Thursday, November 02, 2017

'Pilot' Dron Perlu Ada Ilmu Dan Memahami Peraturan Asas Penerbangan

'Pilot' Dron Perlu Ada Ilmu Dan Memahami Peraturan Asas Penerbangan

Dikenali sebagai aktiviti rekreasi mahupun hobi, menerbangkan dron adakalanya boleh menjejaskan keselamatan jika sewenang-wenangnya dipandu tanpa asas betul.

Dron

Justeru pemandu dron atau ‘pilot’ perlu mempunyai ilmu serta memahami selok-belok penerbangan kapal terbang mini terbabit supaya tidak menjejaskan reputasi mahupun penggiat industri fotografi udara.

Itu disaran dua penggiat ‘tegar’ model kapal terbang mini terbabit, Sharif Zulkepele Harun dan Soffre Sukiman.

Kedua-duanya sangat teratur serta cekap mengendalikan dron masing-masing yang sesekali terbang rendah untuk mempel­bagaikan sudut gambar subjek yang ingin diambil.

Mereka turut ditemani Mohamad Faezzuddin Osman selaku pembantu Sharif yang turut me­ngambil peluang mempelajari serta memahami cara pengendalian kerana untuk memiliki spesifikasi model terbabit menelan kos tinggi sehingga mampu mencecah belasan ribu ringgit.

Shariff berkata, dia terbabit dalam pengendalian dron kerana komitmen terhadap pelanggan mengharapkan mutu visual menerusi pandangan sudut tinggi (high angle) mendesak dia memiliki model berkenaan.

Mengakui cabaran ketika itu sangat besar kerana dia terpaksa menghadiri kelas tertentu sebelum mengendalikan dron.

“Dulu pemilik dron perlu me­ngambil inisiatif sendiri, termasuk menghadiri kelas khas dalam memahami cara pemanduan dan pengendaliannya.

"Ia bukan sewenang-wenangnya boleh dikawal alat kawalan jauh kerana model saya pakai berkualiti sederhana.

“Maksudnya, saya di peringkat ‘medium range’ yakni model dron saya memerlukan talian akses kepada sistem satelit membolehkan dia terbang.

"Penjual model dron ketika itu tidak menyediakan perkhidmatan mengajar pengendalian, menyebabkan saya terpaksa menghadiri beberapa kelas anjuran agensi tertentu seperti Jabatan Penerbangan Awam (DCA) untuk terbangkannya.

“Ia jauh lebih sukar berbanding mereka yang mahu mempelajari dron pada ketika ini yang sedia de­ngan sesi pembelajaran asas penjual model alat terbang terbabit,” kata­nya.

Mengakui sukan berkenaan dalam kelas tersendiri, Shariff berkata, peminat fotografi udara tidak perlu gusar kerana mereka boleh mulakan hobi memiliki dron bermula dengan model pada kualiti asas.

“Memang dengar saja harga model untuk julat sederhana dan tinggi, tidak terjangkau memiliki permainan mencecah ribuan ringgit, tetapi mereka ada opsyen memulakan hobi dalam fotografi udara dengan ‘spec’ asas.

“Mereka boleh menggunakan model tanpa Global Positioning System atau GPS (Sistem Kedudukan Sejagat) hanya boleh terbang sekitar lima meter ke bawah dan tidak lebih 200 meter jauh­nya.

“Mereka boleh belajar dengan kualiti kamera lebih rendah belajar untuk terbangkan dengna baik sebelum menaik taraf kualiti dron serta kamera digunakan untuk tujuan fotografi sudut tinggi.

“Ini membantu mereka untuk mengelak berlaku isu tertentu, termasuk dron rosak mahupun diculik’ atau didakwa atas kesalahan tertentu.

"Mula perkemaskan diri asas teknikal, penerbangan dan memahami undang- undang,” katanya yang turut menyediakan kursus sama di pusat latihannya, Infra Minda di Pinggiran Subang, Selangor.

Rakannya, Soffre pula berkata, ‘pilot’ baru perlu jelas de­ngan etika penerbangan mengelak berlaku impak negatif terhadap pemilik dron lain akibat cetek pengetahuan dalam sesetengah hal perundangan membabitkan pengendalian itu.

Dia turut aktif bersama dengan kumpulan komuniti alat terbabit sentiasa berharap kesempatan diberi pihak berkuasa dalam aktiviti berkenaan dapat difahami sewajarnya kalangan penggiat baru.

Ada kes membabitkan penerbang ‘gelap’ yang tidak peka dengan situasi membabitkan kawasan dilarang terbang.

Sikap mereka dikhuatiri mengheret pemilik dron yang lain andainya pihak berkuasa mula menetapkan sekatan terhadap memiliki dron seperti dilaksanakan negara jiran kita di Singapura dan Thailand.

Ia akan memberi kesan kepada peminat fotografi udara mahupun penggiat seni visual yang berdepan kekangan memiliki gambar baik.

“Sebelum ini kami terpaksa menggunakan khidmat helikopter, kos jauh lebih mahal tetapi kualiti termasuk gegaran dan bunyi rasa­nya tidak berbaloi.

"Jadi dron pilihan terbaik ketika ini untuk merakam gambar mahupun visual dari pandangan sisi atas,” katanya.

Perbezaan antara penggiat komersial dengan hobi berdasarkan beberapa kriteria. Kata Soffre, perbezaan mengikut tahap ketinggian dan jauh jarak.

“Kami selaku individu merakam visual serta gambar korporat, kami mendapatkan permit dari DCA dan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) sebelum melaksana­kan sebarang kerja penggambaran. Ini prosedur wajib dan masih ada beberapa peraturan kami perlu patuhi.

“Begitu juga dengan mereka yang berjinak-jinak dengan aktiviti ini perlu peka dengan peraturan tertentu,”katanya sambil memaklumkan, komuniti boleh dirujuk seperti Quadcopter Malaysia, Malaysia Aerialphotography dan Malaysia Cinemafotography.

Sementara itu, Faezuddin berkata, dia sebelum ini hanya me­ngetahui mengenai fotografi udara mahupun dron menerusi YouTube. Mengakui teruja dapat melihat secara dekat menyimpan harapan memiliki model berkenaan sendiri.

“Saya meminati bidang grafik dan fotografi. Sudah tentu impian memiliki dron sendiri. Mungkin saya perlu belajar dulu daripada Shariff sebelum bersedia menggerakkan dron.

"Barangnya bukan murah dan kendaliannya sedikit kompleks, oleh itu saya perlu memahami teknikalnya,” katanya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Bagaimana Hendak Menjadi Seorang Juruterbang Pilot?

sumber: hmetro

3 Jenis Daun Untuk Menghalau Tikus Di Rumah

3 Jenis Daun Untuk Menghalau Tikus Di Rumah

Rimas dengan kehadiran si tikus di kediaman dan pelbagai langkah sama ada pengunaan racun perangkap telah di lakukan tapi bukannya semakin berkurangan malah semakin banyak.

Kalau nak guna racun pula, bila tikus mati di tempat-tempat tersorok susah pula nak mencari bangkainya. Biasanya satu rumah habis di pungah.

Tapi ada 3 bahan semulajadi ini mampu menyelesaikan masalah anda. Ia tidak membunuh, tetapi mencegah kehadiran tikus daripada datang ke rumah kediaman.

1. Daun durian belanda

Durian belanda

Letakkan daun durian belanda di tempat yang kerap menjadi laluan tikus. Lagi banyak lagi elok. Sebelum di letakkan, siat-siat atau ramas daun durian belanda tersebut.

Bau yang terhasil dari daun durian belanda amat tidak digemari oleh tikus. Tapi ambil yang matang sahaja untuk tahan lebih lama. Yang muda dan terlalu matang baunya tidak cukup kuat dan tidak dapat menakutkan tikus.

Bukan sekadar berjaya mencegah kehadiran tikus di kediaman, malah tungau, kutu beras dan pelbagai serangga yang kerap menjadikan rumah sebagai habitat mereka pun akan mula menjauhi kediaman anda.

2. Buah mengkudu

Buah mengkudu

Buah mengkudu banyak dimanfaatkan sebagai ubatan sama ada secara tradisional mahupun moden. Tapi mesti ramai tak tahu, buah mengkudu pun boleh mengelak kehadiran tikus di rumah kan?

Potong buah mengkudu yang tidak terlalu muda dan tidak masak. Yang sedang-sedang sahaja. Potong 4-6 bahagian dari sebiji buah dan letakkan di penjuru dan kawasan yang menjadi laluan tikus.

3. Daun pudina

Daun pudina

Seperti mengkudu, daun pudina juga mempunyai banyak manfaatnya kepada kesihatan. Selain menjadi sebahagian ramuan di dalam masakan. Aroma segar daun pudina yang digemari oleh manusia sebenarnya mengancam tikus.

Namun, kaedah penyediaanya sedikit rumit. Tubuk atau kisar daun pudina sehingga halus, dicampurkan dengan air kemudian ditapis.

Masukkan air tapisan daun pudina tersebut ke dalam penyembur dan sembur sekeliling rumah dan mana-mana kawasan yang berpotensi menjadi laluan tikus. Ulang semburan sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Sesiapa yang ada banyak tikus di ceruk-ceruk rumah itu, boleh la gunakan cara di atas itu dan pastikan rumah anda selalu bersih.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Apa Itu Kencing Tikus? Punca Jangkitan, Simptom Dan Rawatannya

sumber: ohduniawi

Punca Stres Dan Bahayanya Kepada Kanak-kanak Serta Remaja

Punca Stres Dan Bahayanya Kepada Kanak-kanak Serta Remaja

Stres boleh berlaku kepada kanak-kanak dan remaja. Kanak-kanak dan remaja pada hari ini terdedah kepada pelbagai peristiwa yang boleh menyumbang kepada stres diperingkat usia yang masih muda.

Stres

Tindak balas yang tidak sihat terhadap stres berlaku apabila kanak-kanak dan remaja mengalami stres yang melampaui tahap yang boleh diterimanya.

Apakah kaitan stres dan tingkah laku kanak-kanak dan remaja?

Kanak-kanak dan remaja yang tidak beruapaya memenuhi harapan tinggi orang di sekelilingnya (ibu bapa, guru) akan mewujudkan masalah emosi seperti (murung, sedih, resah dan gelisah) serta masalah tingkah laku seperti (ponteng sekolah, mencuri, dan terlibat dalam jenayah).

Apakah punca-punca stres di kalangan kanak-kanak dan remaja?

Punca-punca stress di kalangan kanak-kanak dan remaja boleh dibahagikan kepada empat kategori iaitu:-

1. Peribadi/diri
  • Meletakkan cita-cita dan harapan yang terlalu tinggi, mempunyai harga diri yang rendah, kurang yakin pada diri sendiri
  • Takut untuk gagal
  • Perubahan pada tubuh badan akibat hormon, penyakit atau pemakanan
  • Membandingkan diri dengan orang lain seperti adik-beradik atau rakan

2. Rumah
  • Konflik antara ibu bapa atau keluarga, perpisahan dengan ibu bapa atau keluarga
  • Perceraian ibu bapa atau kematian ibu bapa
  • Kelahiran adik baru
  • Berpindah rumah baru
  • Mengalami penderaan dan pengabaian

3. Sekolah
  • Bertukar sekolah
  • Dihukum guru atau dipersendakan rakan di sekolah
  • Berkelahi dengan rakan-rakan
  • Dibuli rakan

4. Persekitaran Sosial
  • Kekurangan dari segi sosio-ekonomi (tempat tinggal sempit, tiada tempat permainan, tiada sistem pembetungan, air dan elektrik).
  • Persekitaran dan kejiranan yang kurang selamat (ketagihan alkohol, penyalahgunaan dadah, pelacuran).

Bagaimana stres boleh mempengaruhi kanak-kanak/remaja?

Secara positif:

Secara positif, stres boleh memotivasikan seseorang untuk memperbaiki dirinya sehingga ia dapat menghasilkan kerjanya dengan cemerlang.

Contohnya pelajar perlu menghadapi peperiksaan walau pun peperiksaan itu suatu stres kerana tanpa peperiksaan pelajar tidak akan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai keputusan yang memuaskan.

Secara negatif:

Kesan negatif stres terhadap kanak-kanak dan remaja boleh dibahagikan kepada kesan emosi, fizikal dan tingkah laku.
  • Kesan emosi adalah seperti menangis, membuat perangai, mengundurkan diri daripada situasi yang tidak disenangi, risau, letih, tertekan, memencilkan diri, marah dan agresif.
  • Kesan fizikal adalah seperti sakit kepala atau sakit perut.
  • Kesan tingkah laku adalah seperti enggan mematuhi arahan (melanggar peraturan sekolah) dan perlakuan berisiko tinggi seperti penyalahgunaan dadah, merokok, lumba haram, mencuri dan mencederakan diri.

Apakah gejala stres di kalangan kanak-kanak dan remaja?

Gejala stres berlaku apabila ia tidak dapat ditangani oleh kanak-kanak dan remaja. Kesannya juga berbeza dari segi simptom dan tahap keseriusannya.

Kanak-kanak dan remaja akan menunjukkan perubahan tingkah laku dan bertindak melakukan perkara-perkara yang di luar batasan usia mereka.

Kanak-kanak berumur 2-6 tahun, mereka akan menunjukkan kemerosotan tingkah laku seperti menghisap ibu jari, menangis dan merengek kerana merasa takut tanpa kehadiran ibu-bapa.

Di peringkat awal, kanak-kanak ini boleh menunjukkan tanda –tanda seperti:
  • memencilkan diri
  • sikap tidak mempercayai sesiapa
  • tidak mahu hadir ke sekolah atau tidak suka berkawan
  • bersikap menentang atau tidak mematuhi arahan
  • panas baran
  • mempunyai masalah untuk melahirkan perasaan

Kanak-kanak berusia 6-12 tahun menunjukkan tanda-tanda seperti:
  • bimbang tentang masa depan
  • mengadu sakit kepala
  • mengalami masalah tidur
  • hilang selera makan
  • kurang menumpukan perhatian pada kerja sekolah
  • kencing malam

Bagi remaja pula, mereka boleh mengalami:
  • rasa marah dan kecewa
  • sering risau tentang masa hadapan
  • kurang keyakinan diri dan rasa tidak percaya terhadap orang dewasa.
  • tidak mampu untuk membuat keputusan
  • lemah daya tumpuan, daya ingatan dan perhatian kurang
  • mengalami mimpi buruk
  • berfikiran negatif serta mudah putus asa
  • merasa dirinya tidak berharga serta cenderung untuk mencederakan diri sendiri
  • sukar tidur
  • keras kepala atau degil

Kadangkala remaja yang mengalami stres akan menunjukkan tingkah laku aggresif atau depressif. Tingkah laku agresif adalah tingkah laku yang ‘menentang’ orang lain atau pun tingkah laku yang berisiko tinggi seperti membuli, berbohong, memusnahkan harta benda, mengambil dadah, mencuri dan ponteng sekolah. Tingkah laku depresif pula adalah seperti mencederakan diri sendiri dan membunuh diri.

Bagaimana mengatasi stres di kalangan kanak-kanak dan remaja?

Stres boleh di atasi. Kanak-kanak dan remaja perlu mempelajari cara-cara untuk mengatasinya agar hidup mereka lebih sihat dan terlindung daripada tingkah laku negatif yang akan menyusahkan hidup mereka.

Cara-caranya ialah:
  • Kenal pasti tanda-tanda stres
  • Menyukai/menyayangi diri sendiri supaya kita dapat merasa tenang
  • Lakukan yang terbaik mengikut kemampuan diri (jangan meniru/mengikut orang lain untuk menunjukkan kita hebat)
  • Cuba menerima apa yang kita tidak dapat ubah dan jangan risau tetang kekurangan yang ada
  • Berkongsi masalah dengan keluarga, kawan-kawan atau guru kaunseling. Mereka boleh memberikan bantuan pendapat dan cadangan supaya kita boleh membuat keputusan dengan lebih baik dan berkesan.
  • Berfikiran positif. Nyatakan saya boleh, saya mampu buat.
  • Merancang masa dengan bijak
  • Lakukan aktiviti riadah/bersenam/bermain di masa lapang.
  • Bersikap asertif/tegas diri – berani berkata “TIDAK”.
  • Tetapkan matlamat yang realistik/boleh dicapai.
  • Beribadat/mengerjakan solat dan berdoa kepada Allah – ini boleh mententeramkan diri

Ingat, jangan merokok atau mengambil dadah untuk mekegakan stres. Ia tidak dapat menyelesaikan masalah dan hanya akan menjadikan masalah bertambah buruk

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: ‘Burnout’ Adalah Kepenatan Melampau Hasil Rantaian Semua Stress Anda!

sumber: myhealth

9 Serangan Maut Yang Pernah Terjadi Di New York

9 Serangan Maut Yang Pernah Terjadi Di New York

Serangan terbaharu di New York, di mana seorang lelaki yang memandu trak pikap merempuh dan membunuh lapan orang dan mencederakan lebih daripada 12 yang lain, telah mengejutkan penduduk bandaraya tersebut.

New York

Seorang suspek ditembak oleh polis dan ditahan selepas pihak berkuasa menyifatkannya sebagai satu insiden pengganas.

Berikut adalah beberapa serangan yang pernah berlaku di New York..

2017

Seorang pemandu trak pikap membunuh lapan orang dan mencederakan lebih sedozen lagi apabila dia memandu memasuki satu laluan basikal di bandaraya New York di mana pihak berkuasa berkata ia adalah serangan pengganas. Pemandu berusia 29 tahun itu ditembak oleh polis di perut dan ditahan selepas dia merermpuh bas sekolah dan bertindak melarikan diri.

James Harris Jackson, lelaki kulit putih berusia 28 tahun, menikam Timothy Caughman, seorang Afrika-Amerika, beberapa kali dengan pedang pada bulan Mac. Caughman kemudian meninggal dunia akibat kecederaannya dan Jackson memberitahu polis dia pergi ke bandar dari Maryland ke membunuh lelaki kulit hitam.

2016

Tiga butir bom meletup di kawasan New York, dua di kejiranan Chelsea di Manhattan dan satu di New Jersey, pada bulan September, mencederakan 31 orang. Bom yang belum meletup turut ditemui. Suspek, Ahmad Khan Rahimi dari New Jersey, ditangkap selepas berlalu tembak menembak dengan pihak polis. Rahimi, kini 29, yang dilahirkan di Afghanistan, dipengaruhi oleh bahan anti-Amerika yang dipercayai dihasilkan oleh kumpulan militan Islam al Qaeda, kata pendakwa raya.

2010

Times Square dikosongkan pada bulan Mei apabila bom kereta yang gagal meletup ditemui dalam sebuah kenderaan uniliti sukan. Faisal Shahzad, seorang militan yang dilatih Taliban, kemudian mengaku bersalah dan dijatuhi hukuman penjara seumur hidup.

2008

Seorang individu meletupkan bom paip kecil di hadapan stesen merekrut Angkatan Bersenjata AS di Times Square pada bulan Mac. Tiada kecederaan.

2001

Pada pagi 11 September, anggota al-Qaeda menerbangkan dua pesawat penumpang merempuh menara utara dan selatan bangunan World Trade Center. Serangan melibatkan pesawat ketiga yang jatuh merempuh Pentagon dan sebuah pesawat yang jatuh di Shanksville, Pennsylvania, membunuh 2,996 orang dan mencederakan lebih daripada 6,000 yang lain. Jumlah kematian termasuk kira-kira 2,600 orang yang berada di World Trade Center dan yang terkena runtuhan menara itu.

1997

Guru Palestin Ali Hassan Abu Kamal melepaskan tembakan ke atas dek pemerhatian Bangunan State Empire membunuh seorang dan mencederakan enam yang lain sebelum menembak dirinya sendiri.

1994

Imigran kelahiran Lebanon Rashid Baz menembak van pelajar Yahudi Ortodoks di Brooklyn Bridge, membunuh seorang dan mencederakan tiga yang lain.

1993

Militan meletupkan bom trak di bawah Menara Utara World Trade Centre pada bulan Februari, membunuh enam orang dan mencederakan lebih seribu orang.

nota editor: akan dikemaskini.

BACA INI JUGA:

sumber: mk

Apa Itu Trauma, Punca, Diagnostik Dan Rawatannya

Apa Itu Trauma, Punca, Diagnostik Dan Rawatannya

Situasi traumatik atau trauma adalah satu peristiwa yang menyebabkan kecederaan terhadap fizikal, emosi, psikologi atau mental. Seseorang yang mengalami distress mungkin akan merasa bimbang atau ketakutan.

Trauma

Dalam sesetengah kes mereka mungkin tidak tahu untuk memberi respon atau mungkin menafikan kejadian yang berlaku.

Individu ini memerlukan bantuan dan masa untuk menyembuhkan diri disamping menstabilkan emosi dan mental.

Salah satu cara yang berkesan untuk mengurangkan penderitaan terhadap trauma ini adalah dengan berjumpa dengan pegawai professional seperti kaunselor.

Definisi

Kaunseling

Satu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi yang dilakukan oleh kaunselor profesional bagi menghasilkan perubahan, perkembangan dan penyesuaian peribadi klien, yang baik dan menyeluruh secara sukarela sepanjang hayat berlandaskan etika kaunseling.

Trauma

Pengalaman yang dahsyat, keadaan sakit disebabkan oleh luka, renjatan emosi.

Punca

Trauma boleh terjadi daripada pelbagai situasi. Antara situasi tersebut adalah:
  • Kematian ahli keluarga, kawan, atau haiwan kesayanga
  • Perceraian
  • Kecederaan
  • Penyakit
  • Peperangan
  • Bencana alam
  • Keganasan
  • Berpindah ke tempat baru
  • Ditinggalkan oleh ibu bapa
  • Menyaksikan kematian atau situasi traumatik yang lain
  • Mangsa rogol
  • Dipenjarakan

Rawatan Psikologi Kaunseling trauma

Objektif:
  • Untuk mengurangkan stress dan ketegangan
  • Untuk mengurangkan kebimbangan dan tingkahlaku yang tidak diingini
  • Untuk mengurangkan penderitaan emosi yang disebabkan oleh kejadian traumatic

Identifikasi peringkat trauma
  • Tahap 1: Luahan rasa
  • Tahap 2: Penafian
  • Tahap 3: Gangguan
  • Tahap 4: Mengalami

Reaksi psikologikal terhadap trauma
  • Gangguan emosi
  • Kecelaruan kognitif
  • Hyperarousal
  • Penderitaan fizikal

Tahap-tahap pemulihan
  • Kesedaran mengenai kesan trauma
  • Tahap kefungsian yang minima
  • Penghindaran
  • Penerimaan
  • Ubah hala

Tips menangani trauma

Kajian menunjukkan kebanyakan orang mampu untuk kembali daripada sesuatu tragedi.

Ia adalah normal bagi seseorang yang mengalami tekanan selepas bencana tetapi selepas beberapa bulan seseorang itu sudah mampu untuk berfungsi seperti sedia kala.
  • Beri masa untuk menyesuaikan diri.
  • Mendapatkan bantuan daripada seseorang yang mengambil berat dan memahami situasi yang anda hadapi.
  • Meluahkan perasaan anda.
  • Mendapatkan bantuan daripada kumpulan sokongan yang diketuai oleh pakar yang terlatih.
  • Mengamalkan cara hidup sihat.
  • Mengekal dan menambah baik rutin harian.
  • Mengelak daripada membuat keputusan besar.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Kenapa Manusia Takut Gelap?

sumber: myhealth

20 'James Bond' CIA Berjaya Di Bunuh China!

20 'James Bond' CIA Berjaya Di Bunuh China!

Kerajaan China membunuh atau memenjarakan antara 18 hingga 20 pengintip Agensi Perisikan Pusat (CIA) dalam tempoh dua tahun yang melumpuhkan operasi intipan Amerika Syarikat di negara itu.

CIA

Menurut The New York Times, pemberi maklumat CIA itu dibunuh atau dipenjara antara 2010 hingga 2012 dan sehingga kini, CIA masih gagal mengenal pasti bagaimana identiti pengintip terbabit bocor.

CIA tidak dapat memastikan sama ada pengintip dalam agensi itu yang membocorkan identiti atau China berjaya menggodam sistem perhubungan CIA.

Menurut akhbar itu yang memetik sumber pegawai yang masih bertugas dan bekas pegawai Amerika, China membunuh sekurang-kurangnya 12 orang yang memberi maklumat kepada CIA antara 2010 hingga 2012, memusnahkan rangkaian intipan yang mengambil masa bertahun-tahun untuk dibina.

Seorang pengintip CIA ditembak mati di depan bangunan kerajaan di Beijing, kejadian yang dijadikan contoh untuk memberi amaran kepada sesiapa yang bekerja dengan Amerika.

CIA enggan mengulas mengenai laporan The New York Times Mei 2017 lalu.

Amerika mula mendapat maklumat penting mengenai China pada 2010 daripada pengintipnya yang berada dalam kerajaan, termasuk rasuah membabitkan pemimpin kanan China.

Namun, tidak lama kemudian maklumat semakin berkurangan dan pengintip CIA hilang mulai 2011.

Apabila semakin ramai pengintip dibunuh, FBI dan CIA melakukan siasatan bersama, memeriksa semua operasi membabitkan pengintipan di China serta menyiasat setiap kakitangan kedutaannya di China.

Walaupun siasatan membawa kepada penumpuan terhadap seorang ejen CIA yang mengendalikan operasi di China, namun tiada cukup bukti untuk menahannya.

Akhbar kerajaan China yang berpengaruh, China's Global Times, memuji kejayaan menghapuskan rangkaian pengintipan Amerika melalui ruangan lidah pengarangnya yang dianggap sebagai kemenangan besar China.

“Jika laporan itu betul, kami memberi pujian besar kepada aktiviti anti-pengintipan China.

"Bukan hanya memusnahkan rangkaian pengintip CIA, Washington juga tidak tahu apa yang berlaku dan apa kesilapan mereka,” lapor akhbar itu.

Namun, akhbar itu menyatakan laporan mengenai pengintip CIA ditembak di depan bangunan adalah tidak benar dan menganggap ia sengaja diada-adakan berdasarkan ‘khayalan ideologi gaya Amerika’.

BACA INI JUGA: PANAS! CIA Dan Teori Konspirasi Hilangnya MH370

sumber: hmetro

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (2 November)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (2 November)

Tanggal 2 November merupakan hari ke 306 (hari ke 307 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 59 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Perisytiharan Balfour
Perisytiharan Balfour.

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Orang Mati di Mexico dan Hari Para Mendiang dalam agama Kristian Barat.

Peristiwa

1917 - Setiausaha Luar British Arthur James Balfour mengeluarkan Perisytiharan Balfour, yang mengumumkan sokongan British untuk petempatan orang Yahudi di Palestin.

1932 - Tentera Australia memulakan "perang terhadap emu".

1936 - Stesen televisyen BBC Television Service melancarkan perkhidmatan televisyen "definisi-tinggi" awam tetap pertama di dunia.

1947 - Howard Hughes menerbangkan bot terbang terbesar pernah dibina, Spruce Goose bagi penerbangan sulungnya di Long Beach, California, A.S.

1949 - Persidangan Meja Bulat Indonesia-Belanda tamat dengan Belanda bersetuju menyerahkan hak kedaulatan Hindia Timur Belanda kepada Republik Indonesia Syarikat.

1964 - Raja Arab Saudi Saud ibn ’Abd al ’Aziz disingkirkan melalui rampasan kuasa keluarga, dan digantikan oleh adik tirinya Raja Faisal.

2000 - Anak kapal pertama tiba di Stesen Angkasa Antarabangsa.

2008 - Lewis Hamilton memenangi Kejuaraan Pemandu Formula Satu 2008, mengatasi Felipe Massa dengan satu mata.

2009 - Hamid Karzai kekal sebagai Presiden Afghanistan selepas pencabarnya Abdullah Abdullah menarik diri daripada pusingan kedua.

2010 - Pilihan raya separuh penggal Dewan Perwakilan dan Senat diadakan di Amerika Syarikat.

Kelahiran

1766 - Josef Radetzky, fil marsyal dari Austria.

1795 - James K. Polk, Presiden Amerika Syarikat ke-11.

1844 - Mehmed V, Sultan Empayar Uthmaniyyah.

1865 - Warren G. Harding, Presiden Amerika Syarikat ke-29.

1965 - Shahrukh Khan, pelakon India.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (1 November)

sumber: wikipedia

Wednesday, November 01, 2017

Blog Popular Dan Terbaik Malaysia Oktober 2017

Blog Popular Dan Terbaik Malaysia Oktober 2017

Assalaamualaikum, salam sejahtera buat semua rakan-rakan blogger terbaik dan pembaca yang sentiasa sudi singgah membaca post di blog ini.

Daun sukun

Begitu pantas rasanya masa berlalu. Tanpa sedar kita sudah pun hampir dipenghujung tahun 2017. Begitu juga senarai blog dan blogger terbaik ini, sudah pun berlanjutan selama 2 tahun.

Tujuannya untuk memberikan pengiktirafan kepada rakan-rakan blogger yang terus sudi hadir berkomentar setiap masa di blog ini.

Respek buat blogger Khir Khalid, otai blogger berbisa paling mesra sejak hampir 5 tahun lalu. Setiap masa pasti hadir memberikan komen.

Untuk pembaca yang suka bacaan ilmiah, jenguklah blog beliau. Seorang perunding strategik sosial dalam segmen motivasi pembangunan sosio-remaja dan antara content manager media.

Manatau tuan-tuan perlukan khidmat Khir Khalid. Senang dirunding. :)

Begitu juga beberapa orang blogger baru, mula menunjukkan taring. Pasti berjaya dalam beberapa tahun.

***

Ada satu perkongsian menarik kali ini. Khasiat daun sukun.

Kalau anda semua ada keluarg atau rakan yang punya sakit kencing manis, dapatkan segera sehelai daun sukun. Ambil yang masih diatas pokok, paling tua atau sudah menguning. Jemur sehingga kering, rebus dengan air 1.5 liter selama 10-15 minit dan minum rebusannya 2-3 gelas sehari.

Amalkan sehingga penyakit kencing manis sembuh. Insyaa Allah.

Saya sendiri ada bertemu anak seorang penghidap kencing manis kronik yang berjaya sembuh sepenuhnya dengan meminum rebusan daun sukun. Tapi ingat, ubat hospital jangan sekali-kali ditinggalkan.

Melalui carian di google, daun sukun juga menjadi rawatan alternatif penyakit jantung dan sakit buah pinggang. Tapi saya tak pernah jumpa lagi.

Selamat mencuba.

***

Untuk makluman pembaca, senarai dibawah ini adalah blog milik blogger-blogger terbaik dan popular di Malaysia di dalam senarai blog SENTIASAPANAS.

Pembaca semua dengan sukacitanya dijemput berkunjung. Banyak info terbaik yang dikongsikan.

Buat rakan-rakan blogger, datanglah selalu berkomentar. Insyaa Allah akan dimasukkan ke dalam senarai blog popular dan terbaik di Malaysia.

Terima kasih.

SENARAI BLOG POPULAR & TERBAIK MALAYSIA OKTOBER 2017

1. Dedaun Comel - Dedauncomel.com

2. Mein The Swim - Meintheswim.blogspot.com

3. Khir Khalid - Khirkhalid.com

4. Cikgu Etuza - Madey09.blogspot.my

5. Lokman Hakim - Hakimramli.com

6. CSB - CSB

7. Lokman Amirul - Lokmanamirul.com

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM