Thursday, November 02, 2017

Apa Itu Trauma, Punca, Diagnostik Dan Rawatannya

Loading...

Situasi traumatik atau trauma adalah satu peristiwa yang menyebabkan kecederaan terhadap fizikal, emosi, psikologi atau mental. Seseorang yang mengalami distress mungkin akan merasa bimbang atau ketakutan.

Trauma

Dalam sesetengah kes mereka mungkin tidak tahu untuk memberi respon atau mungkin menafikan kejadian yang berlaku.

Individu ini memerlukan bantuan dan masa untuk menyembuhkan diri disamping menstabilkan emosi dan mental.

Salah satu cara yang berkesan untuk mengurangkan penderitaan terhadap trauma ini adalah dengan berjumpa dengan pegawai professional seperti kaunselor.

Definisi

Kaunseling

Satu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi yang dilakukan oleh kaunselor profesional bagi menghasilkan perubahan, perkembangan dan penyesuaian peribadi klien, yang baik dan menyeluruh secara sukarela sepanjang hayat berlandaskan etika kaunseling.

Trauma

Pengalaman yang dahsyat, keadaan sakit disebabkan oleh luka, renjatan emosi.

Punca

Trauma boleh terjadi daripada pelbagai situasi. Antara situasi tersebut adalah:
  • Kematian ahli keluarga, kawan, atau haiwan kesayanga
  • Perceraian
  • Kecederaan
  • Penyakit
  • Peperangan
  • Bencana alam
  • Keganasan
  • Berpindah ke tempat baru
  • Ditinggalkan oleh ibu bapa
  • Menyaksikan kematian atau situasi traumatik yang lain
  • Mangsa rogol
  • Dipenjarakan

Rawatan Psikologi Kaunseling trauma

Objektif:
  • Untuk mengurangkan stress dan ketegangan
  • Untuk mengurangkan kebimbangan dan tingkahlaku yang tidak diingini
  • Untuk mengurangkan penderitaan emosi yang disebabkan oleh kejadian traumatic

Identifikasi peringkat trauma
  • Tahap 1: Luahan rasa
  • Tahap 2: Penafian
  • Tahap 3: Gangguan
  • Tahap 4: Mengalami

Reaksi psikologikal terhadap trauma
  • Gangguan emosi
  • Kecelaruan kognitif
  • Hyperarousal
  • Penderitaan fizikal

Tahap-tahap pemulihan
  • Kesedaran mengenai kesan trauma
  • Tahap kefungsian yang minima
  • Penghindaran
  • Penerimaan
  • Ubah hala

Tips menangani trauma

Kajian menunjukkan kebanyakan orang mampu untuk kembali daripada sesuatu tragedi.

Ia adalah normal bagi seseorang yang mengalami tekanan selepas bencana tetapi selepas beberapa bulan seseorang itu sudah mampu untuk berfungsi seperti sedia kala.
  • Beri masa untuk menyesuaikan diri.
  • Mendapatkan bantuan daripada seseorang yang mengambil berat dan memahami situasi yang anda hadapi.
  • Meluahkan perasaan anda.
  • Mendapatkan bantuan daripada kumpulan sokongan yang diketuai oleh pakar yang terlatih.
  • Mengamalkan cara hidup sihat.
  • Mengekal dan menambah baik rutin harian.
  • Mengelak daripada membuat keputusan besar.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Kenapa Manusia Takut Gelap?

sumber: myhealth

1 comments so far

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon