Wednesday, November 01, 2017

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (1 November)


Tarikh 1 November merupakan hari ke 305 (hari ke 306 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 60 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Mukhriz Mahathir

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Kebangsaan di Algeria (1954), Hari Kemerdekaan di Antigua dan Barbuda (1981) dan Hari Vegan Sedunia.

Peristiwa

1512 - Siling Gereja Sistine siap dicat semula dalam fresco oleh Michelangelo.

1520 - Penjelajah maritim Ferdinand Magellan mengetuai ekspedisi Eropah pertama melayari Selat Magellan, laluan yang menghubungkan Lautan Pasifik dan Atlantik di selatan tanah besar Amerika Selatan.

1755 - Gempa bumi 9.0 Mw dan tsunami memusnahkan Lisbon, mengorbankan sehingga 100,000 nyawa di Portugal dan Maghribi, dan membawa kepada kelahiran kejuruteraan gempa bumi dan seismologi moden.

1800 - John Adams menjadi Presiden Amerika Syarikat pertama mendiami Executive Mansion, kini dikenali sebagai Rumah Putih.

1922 - Dinasti Uthmaniah secara rasmi dibubar sepenuhnya selepas memerintah Turki selama 623 tahun dan ditamatkan pemerintahan kekhalifahan islam. Turki menjadi sebuah negara sekular.

1954 - Front de Libération Nationale memulakan Perang Kemerdekaan Algeria menentang pemerintahan Perancis, dengan serangan gerila di pelbagai kawasan di Algeria.

1955 - Dwight D. Eisenhower menghantar kumpulan pertama Kumpulan Bantuan Penasihat Tentera MAAG ke Vietnam Selatan untuk memberikan latihan kepada Tentera Vietnam Selatan (ARVN). Ini merupakan permulaan pembabitan rasmi Amerika Syarikat di dalam Perang Vietnam.

1963 - Balai Cerap Arecibo, dengan teleskop radio terbesar di dunia, dibuka secara rasmi di Arecibo, Puerto Rico.

1993 - Perjanjian Maastricht mula berkuatkuasa, secara rasmi menubuhkan Kesatuan Eropah.

Kelahiran

1762 - Spencer Perceval, seorang Perdana Menteri United Kingdom.

1839 - Ahmed Muhtar Pasha, seorang jeneral Empayar Uthmaniyyah.

1964 - Mukhriz Mahathir, bekas Menteri Besar Kedah ke-11.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (31 Oktober)

sumber: wikipedia

1 comment

  1. Banyak infor kena tahu secara spontan..kita akan tahu bila membaca.Tahniah blog penuh manfaat

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon