Tuesday, September 05, 2017

Isteri Berang Tidak Puas Di Ranjang Sapu Balm Pada Kemaluan Suami

Isteri Berang Tidak Puas Di Ranjang Sapu Balm Pada Kemaluan Suami

Selalu kita dengar suami memukul atau mendera isteri jika kemahuan batinnya di ranjang tidak dipenuhi namun kali ini giliran isteri pula yang bertindak demikian.

Isteri Tidak

Seorang lelaki terpaksa dikejarkan ke hospital apabila kemaluannya disapu dengan Balm oleh isterinya dalam satu kejadian yang dilaporkan berlaku di Medan, Indonesia.

Lelaki yang dikenali sebagai Daud itu menyatakan isterinya tidak pernah puas di ranjang menyebabkan dia diperlakukan sebegitu.

Pasangan yang baru berkahwin setahun sebelumnya mengalami masalah apabila Daud disahkan mati pucuk menyebabkan isterinya kecewa.

Akibat berang, isteri Daud telah menyapukan Balm pada alat sulit suaminya yang sedang tidur untuk membalas dendam kerana kepuasannya tidak dipenuhi.

Menurut lelaki berusia 35 tahun ini, dia sudah berusaha untuk menyembuhkan penyakit yang dialaminya sejak lima bulan lalu tetapi menemui jalan buntu.

Isterinya pula mahu mengugut cerai kerana kepuasannya tidak dipenuhi dan lebih mengejutkan lagi dia sanggup menyapu Balm pada kemaluan suaminya apabila keluhan dan ugutan cerai itu tidak dilayan.

Bukan itu sahaja, khabarnya isteri Daud ada memukul mangsa dengan batang penyapu dan menyebabkan kepala Daud cedera.

Walau bagaimanapun, suspek sudah ditahan reman oleh pihak polis Medan Tembung.

Menurut suspek, perkahwinan mereka dirancang oleh kedua-dua orang tuanya.

“Saya minta cerai tapi suami tak mahu, sayang katanya. Buat apa sayang kalau tak pandai puaskan isteri.

“Saya ada niat mencari skandal, tapi saya tak sampai hati menipu suami,” katanya.

BACA INI JUGA:

sumber: mynewshub

Monday, September 04, 2017

Tahukah Anda Cara Kucing Minum Air Terjawab Selepas Ribuan Tahun!

Tahukah Anda Cara Kucing Minum Air Terjawab Selepas Ribuan Tahun!

Sejak beberapa ribu tahun lalu, tabiat kucing minum air dengan sempurna telah menjadi tanda tanya.

Kucing minum

Sehinggalah satu kajian mengenai tabiat kucing minum dengan sempurna dilakukan oleh Massachusetts Institute of Technology (MIT), Virginia Tech and Princeton University.

Menurut para pengkaji ini, kucing sebenarnya menyedut air dengan membentuk lidah menjadi huruf J.

Keadaan itu menyebabkan air disedut dengan sempurna tanpa tumpah ke dagu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Tahukah Anda Kenapa Kucing Menggeselkan Badan?

-SENTIASAPANAS.COM

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (4 September)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (4 September)

Tarikh 4 September merupakan hari ke 247 (hari ke 248 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 118 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Steve Irwin
Steve Irwin.

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Pendatang di Australia.

Peristiwa

476 – Pemimpin puak Jermanik Odoacer menawan Ravenna dan menggulingkan Romulus Augustus, Maharaja Empayar Rom Barat terakhir.

1260 – Puak Ghibelline Siena menewaskan puak Guelph Florence dalam Pertempuran Montaperti.

1886 – Selepas lebih 25 tahun menentang Tentera Amerika Syarikat dan Mexico, Geronimo daripada puak Apache Chiricahua menyerah diri di Arizona.

1888 – Pencipta Amerika Syarikat George Eastman mendaftarkan tanda dagangan "Kodak" selepas mendapat paten untuk kamera filemnya.

1956 – Komputer komersil pertama yang menggunakan penyimpanan maklumat magnet, IBM RAMAC 305, diperkenalkan.

1972 – Mark Spitz memenangi pingat emas renangnya yang ketujuh di Sukan Olimpik 1972 di Munich, Jerman Barat, sekaligus menjadi atlet Olimpik pertama memenangi 7 pingat emas.

1998 – Larry Page dan Sergey Brin mengasaskan syarikat Google di Menlo Park, California, A.S., untuk mempromosikan enjin gelintar web yang dibangunkan mereka di ketika belajar Universiti Stanford.

2010 – Gempa bumi bermagnitud 7.1 melanda Pulau Selatan New Zealand, menyebabkan kerosakan meluas di Christchurch.

2011 – Taufan Talas melanda Jepun, mengorbankan sekurang-kurangnya 53 orang.

Kelahiran

1869 - Karl Seitz, Presiden Austria pertama.

Kematian

2006 - Steve Irwin, hos terkenal siri dokumentari alam sekitar Australia The Crocodile Hunter.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (3 September)

sumber: wikipedia

Sunday, September 03, 2017

Helah Cara Bijak Menikmati Hubungan Intim Suami Isteri

Helah Cara Bijak Menikmati Hubungan Intim Suami Isteri

Telah lama mendirikan rumahtangga bukanlah alasan untuk anda culas melunaskan salah satu tanggungjawab sebagai suami isteri. Walaupun kadang-kadang timbul rasa malas, nafkah batin wajib dilunaskan. Kalau tidak, nanti lain jadinya.

Helah-intim

Tips berikut pasti bermanfaat agar anda dan pasangan dapat menikmati hubungan intim dengan cara yang lebih sihat sekaligus dapat meredakan tekanan.

Tips 1: Goda Pasangan

Tiada salahnya suami isteri saling menggoda untuk lebih merangsang antara satu sama lain.

Usai bertemu, lunaskan semua yang terbuku dengan pasangan anda. Bercinta-cinta menghangatkan asmara!

Tips 2: Elak Marah

Sentiasa berbuat baik kepada pasangan dan kawal perasaan anda. Ia akan memberi ruang untuk kalian lebih menikmati dan menghargai hubungan intim dalam erti kata yang sebenar.

Perasaan marah hanya akan membangkitkan aura negatif dan boleh merosakkan perjalanan sebelum membuka ‘bunga’ silat asmara!

Tips 3: Dengar Muzik

Perdengarkan muzik yang romantik untuk menyemarakkan lagi hubungan cinta kalian. Alunan muzik yang perlahan boleh merangsang anda untuk lebih menikmat hubungan intim. Kalau tak percaya, cubalah!

Tips 4: Cuba Elemen Baru

Jangan terlalu serius atau tertekan ketika melakukan hubungan intim. Perlu diingat, hubungan intim adalah satu aktiviti yang menyeronokkan.

Jangan takut mencuba elemen baru, sekali gus dapat melenyapkan rasa bosan pada ritual sama yang sering dilakukan.

Tips 5: Elak Gangguan Lain

Tutup semua elemen yang mampu membuatkan anda terganggu seperti televisyen, radio dan lain-lain.

Hal ini kerana gangguan tersebut akan mengganggu anda dari masa ke masa.

Tanpa gangguan, anda dan pasangan akan lebih fokus dan dapat menikmati hubungan intim secara total. Inilah nikmat asmara dalam kedamaian.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: intrend

Kepentingan e-Dagang Dalam Perniagaan

Kepentingan e-Dagang Dalam Perniagaan

Sememangnya penggunaan konsep e-dagang masa kini amat penting dalam urusan perniagaan dengan pelbagai kepentingan yang diperolehi daripada konsep e-dagang.

Kepentingan e-Dagang

Salah satunya adalah dapat melakukan hubungan terus dengan pelanggan yang dalam hal ini, gologonagn peniaga khususnya dapat berhubung terus dengan pelanggan bukan sekadar menerima maklum balas secara terus, tetapi urusan berkenaan tidak perlu melibatkan pihak ketiga kerana segalanya cepat dilakukan hanya melalui talian terus (online).

Dengan demikan dapat membaiki segala kelemahan melalui pihak ketiga dengan segera. E-dagang juga membantu dalam memudahkan iklan dan melakukan promosi.

Hal ini bererti sekiranya terdapat sebarang perubahan pada bentuk pengiklanan, harga mahupun mempromosi perkhidmatan dan barangan baru, ia mudah disesuaikan mengiktu keadaan semasa yang pelanggan inginkan.

Selain itu, aspek paling penting dalam penggunaan e-dagang ini adalah menjimatkan kos. Dengan menggunakan e-dagang, sebarang kos sewaan, insuran kawalan mahupun kos-kos lain tidak perlu dilakukan termasuklah menjimatkan kos penyimpanan dan transaksi pemindahan barangan atau perkhidmatan.

Kaedah e-dagang ini juga memberi kebaikan kerana semua syarikat-syarikat yang berhubung baik sebagai pembeli, penjual ataupun penyedia perkhidmatan mempunyai satu rangkaian yang sama.

Dengan cara tersebut, sebarang urusan pertukaran maklumat dan transaksi perniagaan dapat dijalankan secepat mungkin tanpa mengisi borang kertas.

Tidak cukup dengan itu, e-dagang turut memberi kelebihan dan penting dalam meluaskan pasaran sesuatu perniagaan.

Hal ini, dibuktikan melalui e-dagang sebarang aktiviti atau urusan pemasaran mampu diperluaskan dan dilakukan dengan mudah serta menjimatkan.

Apabila melibatkan penggunaan internet umumnya, melalui konsep ini, peniaga berpeluang mengiklankan dan memasarkan barangan dan juga perkhidmatan tanpa mengira sempadan.

Para usahawan khususnya dapat berkongsi dan menyebarkan maklumat dengan kadar lebih pantas, tepat dan efisyen melalui e-mel, SMS (sistem pesanan ringkas) dan pelbagai medium lain.

Di samping itu, kualiti perkhidmatan syarikat kepada pelanggan juga dapat ditingkatkan sekiranya e-dagang ini membantu dalam mengintegrasikan semua bahagian apabila melakukan transaksi perniagaan.

Misalnya, apabila pelanggan membuat tempahan pembelian menerusi e-dagang, tempahan tersebut dengan segera dapat dihantar ke beberapa bahagian dalaman berkenaan seperti bahagian penjualan, bahagian logistic dan bahagian pembuatan.

Dengan demikian, pengkoordinasian dalaman berupaya memenuhi pesan tersebut akan menjadi lebih efisyen. Tambahan lagi, teknologi yang wujud hari ini membantu jualan syarikat dengan membenarkan stokis menggunakan alat-alat elektronik peribadi bagi memaparkan dan mempromosi jualan serta menghantar pesan dan maklumat pelanggan ke pejabat dengan cepat.

Alat-alat elektronik ini telah memendekkan masa yang diperlukan syarikat untuk menerima dan menghantar barangan serta menyediakan perkhidmatan yang mana mewujudkan kelebihan daya saing dalam industri perniagaan khususnya.

Kepentingan kepada syarikat yang menjalankan perniagaan, pembentangan produk boleh dilakukan pada bila-bila masa dan segala informasi boleh disimpan di dalam komputer atau laptop.

Secara umumnya dapat dilihat dengan wujudnya teknologi yang diaplikasi ke dalam konsep e-dagang, sesuatu proses perniagaan itu akan mendapat pulangan yang tinggi dan memberikan kepentingan kepada dunia perniagaan masa ini.

Ditambah pula dengan anjakan paradigma globalisasi berjaya mewujudkan perhubungan dunia yang rapat serta menjadikan ekonomi di dunia sebagai sistem yang bergantungan antara satu sama lain.

Penggunaan e-dagang secara global

Perkembangan pesat teknologi maklumat masa ini membawa konsep e-dagang ini seiring maju bersama.

Setiap aktiviti e-dagang yang berlangsung di seluruh dunia dictatkan masa, waktu dan lokasi berlakunya urus niaga.

Kebanyakkan kajian-kajian yang dliakukan, tempat-tempat berlakunya urus niaga e-dagang ini adalah di rumah, pejabat, kafe siber dan lain-lain.

Dalam pada itu, tempat lain yang berlakunya e-dagan ini adalah di bank dan kedai makan yang mana mendapat liputan untuk mengakses internet.

Secara umumnya dapat dilihat perkembangan perniagaan atas talian ini disebabkan perkembangan jaringan internet yang meluas.

Internet telah membawa pelbagai perubahan terutamanya dalam bidang perniagaan atas talian seperti e-dagang.

Apabila berlakunya peningkatan kemajuan dan peningkatan infrastruktur dalam sistem komunikasi, penggunaan e-dagang tealah berkembang pesat seperti cendawan tumbuh dek hujan’.

Dapat dilihat pengguna merasakan keselesaan dan lebih gemar membeli dan melakukan pembelian atas talian khususnya produk atau barangan terkini.

Tambahan lagi, peniaga-peniaga kini juga mengemar perniagaan dan perdagangan secara global. Dengan terdapatnya akses internet para pedagang dapat melakukan transaksi seperti urusan perbincangan, perundingan dan tawar-menawar serta pembelian secara talian.

Kesannya, sekaligus berupaya menjimatkan masa, kos dan memberi kesan kepada peningkatan perniagaan secara global.

Banyak aktiviti perniagaan dan perdagangan juga dapat dijalankan sama ada di dalam atau luar negara.

Tambahan pula, hubungan perniagaan kemasyarakatan sesame peniaga turut terjalin. Di Malaysia, hanya 28 peratus daripada keselurhuan syarikat perusahaan kecil sederhana menggunakan e-dagang berbanding negara lain.

Negatifnya, tidak banyak syarikat perniagaan berminat menjalankan konsep e-dagang. Segelintir pedagang dan peniaga membuat tanggapan bahawa e-dagang hanya memakan masa dan terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi.

Walau demikian, bagi generasi muda mereka mengambil kesempatan dengan menjalankan perniagaan atas talian ini di atas minat yang tinggi.

Secara tidak langsung dapat melihat bahawa generasi muda ini yang pastinya akan terus memperluaskan penggunaan e-dagang secara global bukan sahaja di dunia tetapi seluruh dunia.

Kenapa Perlu Beralih Kepada e-Dagang?

Bagi negara Malaysia, terdapat pelbagai faktor pendorong yang menyebabkan kepada penggunaan e-dagang ini.

Faktor-faktor tersebut seperti pelaksanaannya yang mudah, akibat pengaruh sosial, kos, kepercayaan dan keselamatan.

Pertama sekali adalah berkaitan mudah pelaksanaan konsep e-dagang ini. Hal ini dapat dilihat melalui keinginan seseorang yang berkeinginan membeli sesuatu secara ata talian.

Disebabkan mudah, itu yang menjadi faktor kepada pembelian barangan oleh individu secara atas talian. Hal ini, dapat kita lihat kini, pelbagai perniagaan yang wujud secara online dilakukan melalui aplikasi media sosial seperti Facebook, Instagram, wechat dan aplikasi lain.

Dalam pada itu, dapat melihat penggunaan tersebut sekaligus menunjukkan bahawa seseorang pengguna akan mengenal pasti atau mencuba sesebuah aplikasi yang telah dieseiakan sama ada aplikasi itu mudah digunakan atau sebaliknya.

Sudah pastinya, aspek tersebut mempengaruhi seseorang pengguna untuk terus mencuba atau menggunakan sistem tersebut.

Selain itu, berkaitan pengaruh sosial pula adalah berkaitan keinginan seseorang pengguna itu dalam menggunakan dan mencuba sesebuah aplikasi baru seperti e-dagang ini.

Hal ini terbukti apabila di dalam laman sosial sekiranya seseorang penggunan telah mencuba dan berpuas hati di atas sesuatu laman sesawang berkaitan jual beli barang, pengguna tersebut kebiasaannya akan menyaran rakan-rakan lain atau orang terdekat yang berminat turut mencuba dan menggunakan aplikasi yang sama.

Kos juga menjadi antara faktor menyumbang kepada e-dagang. Dapat dilihat para pengguna seringkali membandingkan harga-harga barangan yang ditawarkan sebelum membuat keputusan membelinya.

Pengguna sememangnya menitikberatkan kos pembelian semasa menggunakan pembelian secara talian ini.

Harga yang berpatutan kebiasaannya akan menjadi pilihan pertama termasuklah kualiti semasa membuat pembelian.

Dalam aspek lain, dari segi penyediaan kewangan oleh pihak kerajaan juga berupaya mewujudkan hubungan erat antara pihak kerajaan dengan pihak swasta atau badan persendirian.

Walaupun terdapat kekangan dan cabaran dari segi kos untuk pelaksanaan e-dagang ini, ia mampu diharungi dan mematangkan pihak yang terlibat kerana pelbagai manfaat diperoleh melalui sistem e-dagang ini kepada ekonomi dan sosial negara.

Di samping itu, salah satu faktor mendorong kepada penggunaan e-dagang ini ialah kepercayaan penggunaan e-dagang.

Faktor ini merupakan asas dalam perniagaan atas talian. Kepercayaan pengguna terhadap sesebuah laman sesawang ini berupaya meningkatkan tahap keyakinan pengguna bagi melakukan transaksi atau urusan pembelian berkonsepkan e-dagang ini.

Berkaitan faktor kepercayaan ini, dapat kita mengetahui tahap keyakinan dan kepercayaan seseorang pengguna dalam menggunakan aplikasi sedia ada masa ini.

Faktor seterusnya adalah faktor keselamatan yang merupakan faktor terpenting dalam menjalankan urusan yang melibatkan urusan perpindahan transaksi seperti urusan pembelia secara atas talian.

Pemeblian tersebut tidak kira sama ada secara perpindahan kredit ataupun menerusi kad kredit. Hal ini kerana penggunaan transaksi seperti ini berupaya memungkinkan berlakunya pencerobohan.

Antara pencerobohan yang boleh berlaku seperti kecurian kata laluan, spam, percubaan mencerobohi data atau maklumat serta pengodaman.

Akhir sekali, faktor lain yang mendorong penggunaan e-dagang ini adalah yang mana pihak bertanggungjawab dan badan-badan NGO khususnya wajar memikirkan pendekatan dinamik dalam memastikan masyarakat boleh menerima dan menggunakan sistem e-dagang dalam urusan kerja masing-masing.

Perlu diketahui juga bahawa penerimaan terhadap sesuatu teknologi juga sangat bergantung kepada peranan yang dimainkan dalam penyelesaian sesuatu kerumitan yang dihadapi selama ini.

Namun demikian, berdasarkan kajian yang mana telah membuktikan bahawa penggunaan e-dagang dapat ditingkatkan pada tahap yang luar biasa sekiranya memperkembangkan sistem e-dagang secara menyeluruh kepada segenap lapisan masyarakat.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: hafizmustafar123

Sejarah 10:10 Pada Jarum Jam Yang Ramai Tak Tahu

Sejarah 10:10 Pada Jarum Jam Yang Ramai Tak Tahu

Jika anda perasan, satu ketika dulu, apabila kita melihat iklan jam atau di kedai jam, kita akan ternampak jarum jam menunjukkan pukul 10:10 minit.

Sejarah 10 10

Boleh dikatakan, semua pengiklan dan penjual jam akan mempamerkan muka jam mereka berkeadaan begitu.

Tapi, tahukah anda waktu yang dipamerkan muka jam ini adalah simbolik waktu bom atom menghancurkan Hiroshime dan Nagasaki di Jepun.

Jadi, bagi mengenangkan peristiwa berkenaan dan sebagai kempen kesedaran terhadap bahaya bom ini serta mengutuk perbuatan Amerika

Syarikat, pengeluar jam mengabadikan waktu ini sebagai malapetaka yang harus dikenang detiknya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (3 September)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (3 September)

Tanggal 3 September merupakan hari ke 246 (hari ke 247 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 119 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Republik San Marino

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Kemerdekaan di Qatar (1971), Hari Angkatan Tentera di Taiwan dan Hari Bendera di Australia.

Peristiwa

301 - San Marino, salah satu negara terkecil di dunia dan republik tertua yang masih wujud, diasaskan oleh Santo Marinus.

1189 - Richard I ditabalkan sebagai Raja England di Westminster.

1260 - Orang Mongol tewas muktamad buat kali pertama, kepada angkatan Mamluk Mesir dalam Perang Ain Jalut di Palestin, menandakan sempadan barat pengembangan Empayar Mongol.

1449 - Maharaja Zhengtong ditawan Mongol selepas tewas dalam Pertempuran Tumu, membawa kepada krisis pewarisan di China Ming.

1783 - Great Britain dan Amerika Syarikat menandatangani Perjanjian Paris, secara rasminya menamatkan Perang Revolusi Amerika.

1901 - Bendera Australia, sebuah Panji Biru yang ditambahkan dengan Bintang Komanwel dan Salib Selatan, dikibarkan buat pertama kali di Melbourne.

1976 - Kapal angkasa lepas Viking 2 mendarat di Utopia Planitia, Marikh dan mengambil gambar warna jarak dekat yang pertama permukaan planet tersebut.

2007 - Taufan Felix melanda Nicaragua sebagai taufan Kategori 5 dan mengakibatkan kematian 38 orang.

2008 - Taufan Gustav mula reda selepas menyebabkan sekurang-kurangnya 112 kematian di Caribbean dan Amerika Syarikat.

2010 - Hurikan Earl bertemu daratan sebagai hurikan Kategori 1 di Maritimes Kanada, meninggalkan hampir sejuta orang tanpa bekalan elektrik.

2011 - Turki mengusir duta Israel selepas Israel enggan memohon maaf berkenaan serbuan 2010nya terhadap armada bantuan Gaza.

Kelahiran

1936 - Zine El Abidine Ben Ali, Presiden Tunisia ke-2.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (2 September)

sumber: wikipedia

Saturday, September 02, 2017

'Suara Ghaib itu Terus Mengikut Nurul'

'Suara Ghaib itu Terus Mengikut Nurul'

Senja itu, Nurul Hidayah melangkah keluar dari rumah keluarganya di Pekan Tapah Road, untuk pulang ke rumah sewanya yang terletak di Jalan Pahang, Pekan Tapah, Perak.

Hantu bilik
Gambar hiasan.

Dia kena cepat kerana hari itu dia akan memulakan tugas di syif malam setelah seminggu bercuti.

Setelah bersalaman dengan ibu bapanya, Nurul lantas mencapai beg pakaiannya lalu menghidupkan enjin kereta motosikal dan terus memecut laju.

Hampir sepuluh minit di jalan raya, persekitarannya sudah mula bertukar gelap.

Sesekali dia menoleh jam ditangan. Walaupun perjalanan menuju ke rumah sewanya tidak mengambil masa yang lama, dia kena cepat kerana perlu menghantar beg pakaian dan menukar uniform terlebih dahulu.

Sedang tekun menunggang, tiba-tiba dengan tidak semena-mena, Nurul berasa bulu romanya berdiri tegak. Badannya seram sejuk.

Tidak pernah pula perkara begini berlaku sebelumnya, walhal jalan yang dilaluinya bukanlah asing.

Boleh dikatakan hampir setiap minggu Nurul berulang-alik melalui jalan ini.

Ketika motosikalnya sampai di Pekan Baru Tapah, Nurul berasa tak sedap badan. Dia menekup tapak tangannya di leher. Terasa panas membahang.

Tiba-tiba dia berasa pening dan lemah disetiap sendi dan anggota badannya.

"Aduh, apa jadi kat aku ni? Kenapa pula tiba-tiba macam ni," bisik hati kecilnya.

Nurul sendiri tidak tahu apa yang berlaku pada dirinya. Dia cuba mendongak namun tidak mampu walau seinci.

Terasa seperti ada beban besar berada di tengkuknya ketika itu, lantas dia memicit serta mengurut-urut tengkuk, sambil menggagahkan diri untuk terus menunggang sehingga sampai ke rumah sewa.

Sampai saja di rumah, air matanya mengalir. Sakit yang ditanggung tidak mampu digambarkan lagi.

Nurul tidak mampu mendongak dan lehernya terasa kejang, kepalanya menjadi teleng.

Nurul pandang wajahnya di cermin. Tiba-tiba jantungnya seperti disentap keluar dari tubuh. Dia mengucap panjang sebelum menggosok matanya berulangkali.

Memang benar dan tidak salah lagi. Satu lembaga hitam bertubuh besar sedang duduk bertenggek sambil memaut tengkuknya. Nurul panik.

"Ya Allah! Makhluk apa pula ni?" katanya sambil menepis-nepis disekitar bahu dan tengkuk, namun Nurul tidak berasa apa-apa kecuali rasa sakit dan lenguh yang semakin bertambah.

Nurul kaget. Dia takut untuk memandang cermin untuk kali kedua. Dia telefon ayahnya dan menceritakan kejadian yang menimpanya.

Bergegas ahli keluarga datang ke rumah sewanya. Nurul dibawa ke hospital Tapah. Apa yang pelik, doktor beritahu Nurul sihat!

Salah seorang pakciknya lantas memanggil seorang ustaz datang ke hospital. Dia syak ada sesuatu yang tidak kena.

Ustaz yang datang melihat keadaan Nurul ketika itu menggeleng kepala. Dia memandang tepat ke arah Nurul sambil mulutnya kumat-kamit membaca ayat-ayat suci al-Qur'an, lantas ditiupnya ke arah ubun-ubun Nurul.

Tidak sampai beberapa saat, Nurul seperti orang dirasuk. Dia menggelupar seakan ayam yang baru lepas disembelih dan menjerit-jerit seperti orang histeria.

Suhu badannya kembali panas dan membahang. Seluruh anggota badannya menjadi kejang sambil mulutnya meracau-racau menyebut perkataan yang sukar difahami.

Puas ahli keluarganya cuba menenangkan. Beberapa kali Nurul diajar mengucap kalimah syahadah, namun dia langsung tidak memberikan sebarang respon. Hanya anak matanya terbeliak tepat memandang siling.

Sejujurnya, Nurul masih mampu mendengar setiap suara di sekelilingnya ketika itu, namun lidahnya terasa keras untuk menyebut kalimah Allah.

Dia sendiri dapat merasakan ada satu kuasa lain yang menumpang ditubuh badannya.

Setiap kali dia cuba melawan, dia merasakan kuasa itu akan melumpuhkan setiap anggota sendi tubuhnya.

***

Sudah seminggu Nurul terlantar, namun masih belum ada tanda-tanda penyakitnya akan beransur sembuh. Malah, semakin hari keadaannya semakin teruk.

Nurul sudah tidak mampu berdiri. Beban yang dirasakan ada dibahunya seakan tidak mampu lagi ditampung oleh kudratnya.

Setiap kali masuk waktu Maghrib, setiap kali itu jugalah badannya akan bertukar menjadi panas membahang.

Namun, bila dibawa ke hospital, mereka mengatakan Nurul sihat saja. Bertambah bingung keluarga Nurul dibuatnya.

Suatu hari, salah seorang ahli keluarga Nurul menjemput Ustaz Hassan untuk melihat sendiri keadaan tersebut.

Sebaik saja sampai di kediaman mereka, Ustaz Hassan percaya ada sesuatu yang tidak kena.

Sebaik saja dia melangkah masuk ke dalam rumah, Nurul terus bertukar menjadi seorang yang agresif. Matanya terbeliak tajam merenung Ustaz Hassan yang berdiri di hadapannya.

Beberapa orang ahli keluarga cuba menenangkan Nurul, namun apa yang terjadi adalah sebaliknya.

Nurul seolah-olah tidak mengenali mereka yang berada disekitarnya ketika itu. Telinganya seperti sudah disumbat dan matanya seakan dikaburkan.

Kedatangan Ustaz Hassan dirumahnya diibaratkan sebagai malapetaka yang cukup besar. Dia mesti mengusir Ustaz tersebut dari rumahnya walau dengan apa cara sekalipun.

"Pergi kauuu..jahanammm..pergiii.."

"Kau jangan ganggu akuuu..Aku benci dengan kauuu..."

Nurul menjerit dengan suara kasar dan garau sambil memaki hamun Ustaz Hassan yang bertentang mata dengannya ketika itu.

Ustaz Hassan sekadar mendiamkan diri. Mulutnya masih lagi terkumat-kamit membaca sesuatu.

Nurul yang selama ini terlantar tidak bermaya beroleh kekuatan secara tiba-tiba. Dia bangun sambil berdiri menghadap Ustaz Hassan.

Fizikalnya cukup menyeramkan. Rambut Nurul menggerbang sambil matanya terbeliak tepat memandang Ustaz Hassan.

"Kau mahu apa dari aku? Pergi kau dari sini. Aku beni tengok muka kau. Jangan ganggu akuuu...!" jerit Nurul sambil matanya memandang galak ke arah Ustaz Hassan.

Ustaz Hassan masih tenang. Lalu dia mengarahkan beberapa orang lelaki yang berada disitu membantunya memegang Nurul.

Tiba-tiba, berlaku sesuatu yang diluar jangkaan. Keempat-empat lelaki yang memegang Nurul terpelanting jatuh. Masing-masing terkejut.

Bagaimana Nurul mampu beroleh kekuatan seperti itu sedangkan tubuh Nurul bukanlah sebesar mana. Yang memegangnya pula semua bertubuh sasa.

Ustaz Hassan kembali meneruskan rawatannya. Dia menghampiri Nurul lantas memegang tengkuknya sambil membaca sesuatu sehingga gadis itu menggelupar kesakitan.

Nurul meronta cuba melepaskan diri namun dengan pengalaman Ustaz Hassan langsung tidak mengganggunya.

Perlahan-lahan Nurul menjadi lemah. Dia terjelepok ke lantai lalu pengsan. Ketika itulah beberapa ahli keluarganya melihat satu makhluk hitam setinggi pohon kelapa keluar dari tubuh Nurul menembusi bumbung rumah ketika itu.

"Insyaa-Allah, sekarang ni anak tuan dah sihat kembali. Nanti kalau dia dah sedar, basuh muka dia guna air ni ya," kata Ustaz Hassan sambil memberikan sebotol air pada ayah Nurul.

Beberapa orang ahli keluarga lantas bertanya pada Ustaz Hassan tentang apa yang terjadi pada Nurul, namun Ustaz Hassan sekadar tersenyum.

Sehingga pulang pun dia tetap mengunci mulut tanpa memberitahu hal yang sebenarnya.

Alhamdulillah, beberapa hari kemudian keadaan Nurul beransur pulih walaupun badannya sedikit lemah.

Selera makannya juga mula bertambah dan dia sudah mampu bersembang dan bergurau dengan ahli keluarganya.

Namun, ada satu perkara lain pula yang merisaukannya ketika ini. Sudah beberapa malam dia tak lena tidur kerana terdengar suara sedih merintih dan mendayu-dayu memanggil namanya.

Keadaannya lebih ketara apabila masuk waktu senja dan waktu tengah malam. Nurul cuba pekakkan telinga tapi suara ghaib itu seringkali mengganggunya.

Ada ketikanya apabila dia bangun ditengah malam untuk ke tandas, suara itu seolah-olah berbisik begitu dekat dengan telinganya.

Suara wanita, suara kanak-kanak merayu mendayu bersilih ganti memanggil namanya. Sebab itulah Nurul berasa cukup obia apabila datangnya waktu malam.

Walaupun suara itu sudah sebati menjadi halwa telinganya, adakala ia ukup menyeramkan sehingga dia sendiri tidak mampu melelapkan mata.

Sampai bila suara itu akan berhenti mengganggu, dia sendiri tiada jawapannya.

~tamat

nota editor: artikel ini dipetik dari majalah mastika februari 2017 dan disiarkan buat kali pertama di blog sentiasapanas.com

BACA INI JUGA: 10 Jenis Hantu Paling Menyeramkan Di Serata Dunia

-SENTIASAPANAS.COM