Tuesday, July 04, 2017

Pertempuran Hittin Dan Kebijaksanaan Salahuddin al-Ayyubi

Pertempuran Hittin Dan Kebijaksanaan Salahuddin al-Ayyubi

Pertempuran Hattin pada Julai 1187 merupakan kekalahan besar bagi Pejuang Salib dan membuka jalan bagi kuasa kota Baitulmuqaddis berpindah daripada orang Nasrani kepada orang Islam di bawah pimpinan Salahuddin al-Ayyubi.

Pertempuran Hittin
Gambar hiasan.

Pertempuran Hattin berlaku di tempat berhampiran dengan Tiberias, di kawasan dimana ciri-ciri geografik utamanya adalah bukit berkembar, sebenarnya gunung berapi mati, ("Tanduk Hattin") sebelah laluan melalui pergunungan utara antara Tiberias dan jalan dari Acre di sebelah barat.

Jalan Darb al-Hawarnah, dibina oleh orang-orang Rom, menjadi laluan utama timur-barat antara teluk (ford) Jordan, Laut Galilee dan persisiran Mediterranean.

Salahuddin Al-Ayubbi telah menawan bandar Tiberias, di sebelah timur, pada 2 Julai 1187 dengan hanya sebahagian kecil tenteranya.

Raymond III dari Tripoli, yang isterinya, Eschiva dikepung di kubu di Tiberias, dan Raja Guy dari Jerusalem berada di Acre dengan sebahagian besar tentera Salib, yang mengandungi 1200 kesasteria, kemungkinan hampir seramai 20,000 tentera berjalan kaki dan sejumlah besar tentera upahan yang diupah dengan wang yang didermakan kepada Kerajaan Jerusalem oleh Henry II dari England.

Raymond menekankan bahawa pergerakan dari Acre ke Tiberias merupakan apa yang sebenarnya dikehendaki oleh Salahuddin dan Sephoria merupakan kedudukan yang kukuh untuk dipertahankan oleh tentera salib, tetapi akibat pertelingkahan dalaman istana dan tuduhan pengecut, Raja Guy memerintahkan tenteranya bergerak menentang Salahuddin di Tiberias.

Ini merupakan apa yang dirancang oleh Salahuddin, kerana tahu dia hanya mampu mengalahkan tentera salib di pertempuran lapangan dan bukannya dengan mengepung kubu mereka.

Tentera Salib memulakan pergerakan mereka dari Sephoria pada 3 Julai dan serta-merta diganggu oleh tentera berkuda Muslim.

Pada waktu tengahari, Salahuddin bergabung dengan tenteranya di Cafarsett dan menghantar tenteranya untuk bertempur dengan tentera Salib yang keletihan dan semakin sedikit.

Tentera Salib telah dibahagi kepada 3 bahagian dan pasukan belakang (rearguard) telah dipaksa berhenti oleh serangan yang berterusan, dengan itu memberhentikan keseluruhan tentera Salib.

Tentera Salib selepas seharian tanpa air, terpaksa berkhemah ditengah-tengah padang rumput, dikelilingi oleh tentera Salahuddin, yang menyalakan api di sekeliling khemah pada waktu malam bagi mengganggu tentera Raja Guy.

Pada pagi 4 Julai tentera Salib, dahaga dan patah semangat, membongkar khemah dan bergerak ke arah mata air Hattin, pergerakan mereka yang tidak sekata diserang oleh tentera Salahuddin yang menghalang pergerakan ke hadapan dan sebarang cubaan untuk berundur.

Count Raymond melancarkan dua serbuan untuk meloloskan diri. Serbuan kedua menyebabkan dia terpisah dari pasukan tentera utama dan memaksa dia berundur.

Kebanyakan tentera berjalan kaki Salib melarikan diri ke Tanduk Hattin dan tanpa perlindungan tentera infantri, kuda kesateria dibunuh oleh pemanah tentera Muslim dan mereka terpaksa berjuang berjalan kaki dan mereka juga turut berundur ke Tanduk Hattin.

Tentera Salib dikepung dan walaupun tiga kali menyerbu ke arah kedudukan Salahuddin, dapat dikalahkan.

Pihak Muslim berjaya menawan khemah diraja Raja Guy dan juga Salib Sebenar (True Cross), barangan peninggalan yang suci bagi tentera Salib.

Salahuddin menawan Raja Guy, termasuk Raynald dari Chatillon, yang dibunuh Salahuddin sendiri, memenuhi ancamannya yang dibuatnya apabila Raynald mengganggu perniagaan orang Islam dan laluan haji pada awal abad tersebut.

Gerard de Ridefort, Grand Master bagi Kesateria Templar dan Grand Master Kesasteria Hospitaller turut ditawan.

Kemungkinan 3,000 pejuang Salib berjaya melarikan diri. Dari mereka yang ditawan, hanya mereka dengan keluarga yang kaya ditebus, bakinya dijadikan hamba dan kesateria kumpulan bersenjata (military orders) dihukum bunuh.

Pada pertengahan September, Salahuddin telah menawan Acre, Nablus, Jaffa, Toron, Sidon, Beirut dan Ascalon dan Jerusalem jatuh ke tangan tentera Muslim pada 2 Oktober 1187, menandakan berakhirnya kehadiran Nasarani di Outremer.

Berita kekalahan teruk di Hattin merupakan pendorong kepada Perang Salib Ketiga.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Bagaimana Perang Salib Pertama Tercetus Dan Baitulmaqdis Ditawan

sumber: wikipedia

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (4 Julai)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (4 Julai)

Tarikh 4 Julai merupakan hari ke 185 (hari ke 186 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 180 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Pertempuran Hattin
Pertempuran Hattin (Gambar hiasan).

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Kemerdekaan di Amerika Syarikat (1776) dan Hari Republik di Filipina (1946).

Peristiwa

1187 – Salahuddin al-Ayyubi menewaskan Raja Jerusalem Guy dari Lusignan dalam Pertempuran Hattin dan merampas Salib Benar.

1776 – Kongres Benua Kedua Tiga Belas Jajahan di Amerika Utara British meluluskan Perisytiharan Kemerdekaan, membentuk Amerika Syarikat.

1862 – Dalam perjalanan dari Oxford ke Godstow, Lewis Carroll bercerita kepada Alice Liddell dan saudara perempuannya kisah yang membentuk asas Alice's Adventures in Wonderland.

1865 – Buku Alice's Adventures in Wonderland oleh Lewis Carroll diterbitkan.

1894 – Republik Hawaii diisytiharkan di Ali'iolani Hale, Honolulu, dengan Sanford B. Dole sebagai presiden pertama.

1941 – Selepas menawan Lwów, tentera Nazi menjalankan hukuman mati terhadap 45 profesor Universiti Lwów.

1976 – Komando Israel menyerbu Lapangan Terbang Antarabangsa Entebbe di Uganda, bagi membebaskan tebusan yang ditangkap oleh perampas PFLP dan RZ.

2007 – Alan Johnston, wartawan BBC yang diculik pada Mac lalu, dibebaskan.

2008 – Penerbangan rentas selat hujung minggu antara Taiwan dan tanah besar China bersambung semula selepas 59 tahun.

2010 – Pemangku Presiden Poland Bronisław Komorowski memenangi pilihan raya khas presiden, menewaskan Jarosław Kaczyński dalam pusingan kedua.

2012 – CERN mengumumkan penemuan zarah baharu dengan sifat sejajar boson Higgs dengan ujikaji menggunakan Pelanggar Hadron Besar.

2012 – Parlimen Eropah mengundi menolak perjanjian Anti-Counterfeiting Trade Agreement.

Kelahiran

1872 - Calvin Coolidge, Presiden Amerika Syarikat ke-30.

Kematian

1826 - John Adams, Presiden Amerika Syarikat ke-2.

1826 - Thomas Jefferson, Presiden Amerika Syarikat ke-3.

2010 - Ayatollah Utama Mohammad Hussein Fadlallah dari Lubnan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (3 Julai)

sumber: wikipedia

Monday, July 03, 2017

Ransomware, 'Penculik Online' Yang Menjadikan Komputer Sebagai Tebusan

Ransomware, 'Penculik Online' Yang Menjadikan Komputer Sebagai Tebusan

Apa itu Ransomware? Ransomware sebenarnya dikategorikan sebagai malware tapi lebih berbahaya berbanding kebanyakan malware yang pernah wujud setakat ini.

Ransomware

Apabila Ransomware menyerang sesebuah komputer, ia akan mengunci semua fail yang ada dan membataskan penggunaan komputer.

Jadi, jika dijangkiti anda sedang berhadapan dengan risiko yang sangat teruk. Kemungkinan anda bakal kehilangan semua fail buat selama-lamanya.

Tujuan penciptaan virus jahat Ransomware

Ransomware bukan sahaja mengunci fail dan membataskan pengunaan komputer, malah tiada apa yang anda boleh lakukan dengan komputer atau peranti yang diserang.

Salah satu cara untuk menghilangkan Ransomware adalah dengan membuat pembayaran.

Anda akan diminta untuk membuat pembayaran dalam linkungan harga sekitar $600 usd hingga $24k usd. Inilah motif serangan Ransomware, wang!

Dalam erti kata lain, komputer atau smartphone anda menjadi tebusan. Kesian.

Bagaimana Ransomeware Menyerang?

Kebiasaannya Ransomware menyerang melalui email menerusi fail PDF. Sebab itulah anda diminta berhati-hati ketika membuka sebarang email dari orang yang tidak dikenali atau lebih baik abaikan sahaja.

Apabila Ransomware aktif, anda diminta untuk membuat pembayaran melalui pautan yang diberikan.

Keadaan mendesak mungkin menyebabkan anda tidak berfikir panjang dan terus melakukan pembayaran tapi nanti dulu, setelah pembayaran dibuat, tiada jaminan komputer atau smartphone anda akan elok seperti sediakala.

Ransomware bukan hanya menyerang pengguna Windows

Ransomware

Tiada yang selamat. Ransomware bukan sahaja menyerang pengguna Windows, malah ia juga mengancam pengguna Linux dan Mac OS, berdasarkan laporan kes yang pernah berlaku sebelum ini.

Kemaskini antivirus terbaru kerana kebanyakkan perisian Anti Virus menyediakan perlindungan dari serangan Ransomware.

Di antaranya Avast, Kaspersky, Bitdefender atau Malwarebit Anti-Exploit (premium) tapi ini tidaklah bermakna pengguna selamat 100% dari terkena serangan, cuma sebagai langkah waspada atau pencegahan sebelum terkena.

Sentiasa berwaspada dengan ancaman siber seperti Ransomware, elakkan dari muat turun perisian atau apa jenis fail yang meragukan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Apa itu Malware WannaCry Ransomware dan Bagaimana Cara Mencegahnya?

sumber: omghackers

Buang Sampah Tabiat Buruk Rakyat Malaysia!

Buang Sampah Tabiat Buruk Rakyat Malaysia!

Kita sering dimomokkan dengan kejahatan masyarakat Barat. Budaya Barat sering juga diterjemahkan sebagai kurang sesuai untuk serapan dan hadaman masyarakat negara ini.

Tabiat Buruk Rakyat Malaysia

Budaya seks bebas, mabuk dan menghisap dadah, berpakaian mencolok mata, melantun kata-kata kesat dan pelbagai lagi perlakuan negatif sering disinonimkan dengan mereka ini.

“Jangan terikut sangat budaya barat, tiada yang elok!,” kata majoriti rakyat kita.

Ya, tidak pula menafikan mana-mana budaya serong dan mampu memesongkan akhlak, wajar ditentang dan ditolak bulat-bulat. Namun, mengapa perlu meniru yang jahat, sedangkan banyak lagi yang baik boleh diteladani?

Pernahkah melihat mat saleh mengemas meja sendiri, angkat talam, lap meja dengan tisu dan buang sampah serta sisa makanan di tong sampah disediakan selepas makan di mana-mana restoran?

Contohnya, memastikan tandas awam bersih dan kering selepas digunakan, meletak semula troli pasar raya di tempat disediakan selepas digunakan, tidak merokok di tempat awam, memberi peluang orang keluar daripada tren terlebih dahulu, dan banyak lagi etiket moral lain.

Bukan sahaja masyarakat barat seperti di Eropah dan United Kingdom, negara-negara maju lain seperti Jepun, Korea Selatan dan juga Singapura, lebih keterhadapan dalam kesusilaan dengan rakyatnya menuju ke arah mentaliti kelas pertama.

Dianggap lumrah

Kita yang kononnya masyarakat yang penuh santun dan adab pula, tidak mengerti mengemas meja sendiri yang dikotorkan selepas makan. Lagilah hendak ikut amalan murni lain.

“Kan ada tukang cuci, ada tukang kemas, buat apa mereka dibayar gaji, kalau aku yang nak kemas sendiri." Itulah pemikiran sesetengah masyarakat kita.

Meninggalkan pinggan, tisu kotor, sampah dan segala sisa makan di atas meja selepas perut kenyang terutama di restoran makanan segera, medan selera atau kafe yang mengamalkan konsep layan diri, boleh dikatakan sikap majoriti rakyat Malaysia.

Itu belum lagi meja bersepah dan makanan berterabur bagaikan tongkang pecah, dan kemudian ditinggalkan sebegitu sahaja.

Jangan lupa di wakaf atau bangku rehat di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) misalnya juga menyaksikan nasib serupa.

Bukan setakat itu sahaja. Kita menganggap merokok di tempat makan sebagai sesuatu yang lazim walaupun ia kurang menyenangkan kepada mereka yang lain.

Kita tidak kisah dengan perokok yang selamba membuang abu dan puntung rokok atas meja atau lantai dan sehinggakan ada yang meninggalkannya atas pinggan mangkuk.

Sedihnya, perkara sebegini sudah dianggap lumrah. Lebih menyedihkan, mana-mana individu yang rela membersihkan meja sendiri pula dipandang sinis dan kadang-kadang ditertawakan.

Mungkin kerana sudah menjadi kebiasaan selepas makan di mana-mana tempat sekalipun, kita meninggalkan semuanya di atas meja atau campak ke lantai meskipun tong sampah dan tempat letak pinggan mangkuk hanya beberapa langkah daripada kita.

Dalam otak kita, kerja mengemas meja bukan tanggungjawab kita, tetapi tanggungjawab petugas restoran atau tukang cuci yang dibayar gaji.

Benar, ada pekerja yang akan membersihkan tetapi di mana ketamadunan kita sebagai manusia? Memang kita bayar bagi makanan tersebut, tetapi adakah itu lesen besar untuk kita menjadi pengotor dan pemalas?

Jika anda boleh melayan diri anda dengan membuat pesanan sendiri dan mengangkat dulang makanan ke meja sendiri, mengapa tidak mengutip sisa makanan yang anda sendiri sepahkan, lantas mengemas meja dan membuang sampah ke tempat sepatutnya?

Paling-paling malas, mengapa tidak satukan semuanya dalam talam, agar mudah pekerja mengemas, bukannya membiarkannya berselerak.

Bagi memastikan rakyat Malaysia mempunyai sensitiviti dan mentaliti terpuji, mungkin kita sentiasa perlu diingatkan meskipun masing-masing sudah punya akal.

Namun adakah ia berkesan?

Ubah sikap!

Lihat sahaja di Ikea, gedung kelengkapan rumah dari Sweden yang terkenal dengan bebola dagingnya. Meskipun sudah ditampal notis besar terang-terang yang meminta dulang dan pinggan diletakkan di sudut khas selepas makan, namun berapa kerat sahaja yang melakukannya.

Meskipun siap ada pelekat ditampal di meja makan mengingatkan untuk mengemaskan meja selepas makan, namun majoritinya tetap tidak segan untuk angkat kaki dengan meninggalkan sisa makanan di meja.

Di dinding, Ikea menyatakan, mereka dapat meminimumkan harga makanan dengan cara tidak perlu menggajikan ramai atau membayar pekerja yang digajikan khas untuk mengemas meja makan, sekiranya pengguna sendiri dapat berbuat demikian.

Namun, mana-mana restoran makanan segera pun terpaksa akur kepada budaya sesetengah rakyat Malaysia yang terlampau sukar hendak membudayakan tabiat yang satu ini.

Kalau masyarakat Barat yang kononnya jahat boleh buat, tidakkah itu beri tamparan buat kita masyarakat yang santun dan berbudi bahasa?

Di rumah pun selepas makan, kita angkat pinggan dan kemas meja sendiri? Maka kenapa tidak kekalkan sikap sebegitu ketika berada di luar? Ia juga melambangkan kita sebagai masyarakat yang berpekerti mulia.

Pastinya pekerja sama ada yang makcik, pakcik, orang kurang upaya (OKU) atau pekerja asing pun turut berterima kasih. Mereka yang hendak guna meja selepas itu pun pastinya gembira.

Jadi mengapa tidak selepas ini, kita mulakan tabiat kemas, angkat dan buang.

Tidak susahkan?

BACA INI JUGA: 10 Tabiat Vapers Paling Orang Menyampah!

sumber: sinarharian

Jejak Gadjet Yang Hilang Dengan Aplikasi Prey

Jejak Gadjet Yang Hilang Dengan Aplikasi Prey

Teknologi Prey adalah aplikasi terbaharu yang boleh digunakan apabila kita kehilangan gadjet akibat kecuaian ataupun dicuri oleh penjenayah.

Prey

Prey ialah sebuah perisian yang perlu dipasang pada PC, laptop atau telefon pintar, yang akan 'menanti' isyarat dihantar kepada pengguna untuk diaktifkan. Signal ini akan dihantar sama ada melalui internet (e-mel) atau mesej pada SMS.

Prey membenarkan anda mendapatkan maklumat mengenai lokasi, keadaan dan kedudukan semasa di mana alat (komputer, telefon pintar) anda berada.

Ia juga akan menunjukkan siapa yang sedang menggunakan gadjet anda dan apa yang sedang dilakukan olehnya.

Prey boleh mengambil menangkap layar pencuri peranti anda secara senyap dan ini amat penting sebagai bahan bukti untuk laporan polis.

Untuk mendapatkan kesemua kemudahan ini sangatlah mudah - install Prey, ikut arahan fail pemasangnya, daftar akaun melalui fail tersebut dan siap.

Prey

Tiada apa-apa tetapan lanjut yang perlu dilakukan, anda hanya perlu log masuk ke dalam panel Prey yang akan diberikan melalui emel yang telah anda gunakan untuk mendaftar dan kemudian tetapkan (set) geolokasi di mana anda berada pada waktu itu.

Sebaiknya, tetapan ini dilakukan di rumah atau di tempat peranti anda akan selalu berada, jadi jika ia hilang atau tidak berada dalam radius yang telah ditetapkan, maka peranti anda akan ditandakan sebagai hilang dan anda akan mendapat amaran dari Prey.

Mudah bukan?

Muat turun percuma di Google Play, Prey Anti Theft - Mobile Tracking & Security.

Baiklah, jika anda rasakan artikel dan aplikasi ini berguna, kongsikan dengan semua orang yang anda kenal.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Lapa, Aplikasi Kesan Kedudukan Anak Dan Barang Jika Hilang!

sumber: omghackers

Manny Pacquiao Tewas Gelaran Tinju WBO 2017

Manny Pacquiao Tewas Gelaran Tinju WBO 2017

Petinju Australia, Jeff Horn mengejutkan juara dunia, Manny Pacquiao untuk meraih gelaran Organisasi Tinju Dunia (WBO) dalam kategori welterweight dalam pertarungan yang disaksikan 50,000 peminat pada Ahad.

Manny Pacquiao vs Jeff Horn

Bekas guru berusia 29 tahun itu menampilkan gaya agresif yang jelas sukar buat Pacquiao.

Tanpa diberikan sebarang harapan oleh kebanyakan pemerhati, Horn menang dengan keputusan sebulat suara apabila ketiga-tiga juri memberikan markah 117-111, 115-113 dan 115-113 selepas 12 pusingan.

"Sungguh gembira, saya tidak dapat gambarkan perasaan ketika ini.

"Sejak usia muda lagi saya membayangkan saat ini," katanya.

Pacquiao, 38 adalah pemegang lapan gelaran dunia dan dianggap salah seorang peninju terbaik dalam generasinya.

Penyokongnya menjangkakan dia akan memperoleh perlawanan yang "singkat dan indah" ke atas Horn yang juga peninju Olimpik Australia 2012.

Begitupun, Horn tidak menampilkan sebarang petanda dia tertekan dengan situasi berkenaan dan memberikan persaingan hebat buat peninju dari Filipina itu sebelum menang.

BACA INI JUGA: Wajah Mirip Manny Pacquiao, Penoreh Getah Dari Sabah Jadi 'Selebriti'



sumber: mstar

Minuman Fanta Halal Dan Tiada Lemak Babi – Jakim

Minuman Fanta Halal Dan Tiada Lemak Babi – Jakim

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memberi jaminan bahawa minuman berkarbonat jenama Fanta adalah halal selepas sebuah poster yang mendakwa sebaliknya menjadi viral (tular).

Fanta Halal

Jakim melalui laman Facebook rasmi Bahagian Hab Halal menegaskan bahawa sehinggi kini, minuman bergas itu adalah pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah.

Kenyataan itu dikeluarkan pada 1 Jun 2017 dan menurut badan agama tersebut, ia bukan merupakan perkara baharu dan pernah diviralkan dua tahun lalu.

“Untuk makluman, jawapan kepada isu ini pernah dijawab oleh Bahagian Hab Halal JAKIM pada 12 Oktober 2016 dan 28 Disember 2015.

“Justeru, bersama kita sebarkan info ini agar dapat menyelamatkan ummah dari terjebak dengan salah faham dan fitnah berangkai,” tulis Jakim.

Dalam poster berkenaan, ia mendakwa air minuman itu mengandungi karsinogenik (E211 dan E224) dan lemak babi.

Poster itu turut menyatakan bahawa perkara itu diperoleh daripada seorang sarjana Islam Sri Lanka, Mufti Mohammed Ibrahim Mohammed Rizwe atau Rizwi Mufti.

Malah, poster itu juga meminta orang ramai supaya tidak memadamnya sebaliknya berkongsi poster terbabit kepada seluruh umat Islam.

BACA INI JUGA:

sumber: mynewshub

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (3 Julai)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (3 Julai)

Tanggal 3 Julai merupakan hari ke 184 (hari ke 185 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 181 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

LNER 4468 Mallard
LNER 4468 Mallard.

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Kemerdekaan di Belarus (1944).

Peristiwa

324 – Maharaja Rom Constantine I menewaskan iparnya Licinius dalam Pertempuran Adrianople.

987 – Hugh Capet dimahkotakan sebagai Raja Perancis, raja pertama dinasti Capet yang memerintah Perancis.

1608 – Bandar Quebec di Amerika Utara diasaskan oleh penjelajah Perancis Samuel de Champlain.

1863 – Serangan Pickett Gabungan terjadi pada hari terakhir dan yang paling menumpahkan darah dalam Pertempuran Gettysburg, menandakan titik peralihan dalam Perang Saudara Amerika.

1938 – Lokomotif Mallard LNER memecahkan rekod kelajuan lokomotif kereta api stim, mencapai 203 km sejam (126 bsj).

1988 – Kapal perang Tentera Laut A.S. USS Vincennes menembak jatuh Penerbangan 655 Iran Air di atas Teluk Parsi, membunuh semua 290 di dalam pesawat.

2010 – Lebih 230 orang terbunuh dan 196 lagi cedera dalam satu letupan lori minyak yang terbalik di Republik Demokratik Congo.

2011 – Dalam pilihan raya umum Thai, Parti Pheu Thai pimpinan Yingluck Shinawatra mendapat kemenangan besar menewaskan Parti Demokrat pimpinan PM Abhisit Vejjajiva.

2012 – Pemandu ujian Marussia F1, Maria de Villota, terlibat dalam kemalangan yang serius.

2013 – Presiden Mesir Mohammed Mursi digulingkan dalam satu rampasan kuasa tentera di tengah-tengah bantahan meluas.

2013 – Raja Albert II dari Belgium mengisytiharkan bakal turun takhta.

Kelahiran

1870 - Richard B. Bennett, Perdana Menteri Kanada Ke-11.

1924 - Sellapan Ramanathan, Presiden Singapura ke-6.

Kematian

1918 - Mehmed V, Sultan Empayar Uthmaniyyah.

1919 - Jaafar bin Haji Muhammad, seorang Menteri Besar Johor pertama.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (2 Julai)

sumber: wikipedia