Monday, July 03, 2017

Minuman Fanta Halal Dan Tiada Lemak Babi – Jakim


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memberi jaminan bahawa minuman berkarbonat jenama Fanta adalah halal selepas sebuah poster yang mendakwa sebaliknya menjadi viral (tular).

Fanta Halal

Jakim melalui laman Facebook rasmi Bahagian Hab Halal menegaskan bahawa sehinggi kini, minuman bergas itu adalah pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah.

Kenyataan itu dikeluarkan pada 1 Jun 2017 dan menurut badan agama tersebut, ia bukan merupakan perkara baharu dan pernah diviralkan dua tahun lalu.

“Untuk makluman, jawapan kepada isu ini pernah dijawab oleh Bahagian Hab Halal JAKIM pada 12 Oktober 2016 dan 28 Disember 2015.

“Justeru, bersama kita sebarkan info ini agar dapat menyelamatkan ummah dari terjebak dengan salah faham dan fitnah berangkai,” tulis Jakim.

Dalam poster berkenaan, ia mendakwa air minuman itu mengandungi karsinogenik (E211 dan E224) dan lemak babi.

Poster itu turut menyatakan bahawa perkara itu diperoleh daripada seorang sarjana Islam Sri Lanka, Mufti Mohammed Ibrahim Mohammed Rizwe atau Rizwi Mufti.

Malah, poster itu juga meminta orang ramai supaya tidak memadamnya sebaliknya berkongsi poster terbabit kepada seluruh umat Islam.

BACA INI JUGA:

sumber: mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon