Wednesday, August 24, 2016

9 Punca Kenapa Wanita Curang Terhadap Suami

9 Punca Kenapa Wanita Curang Terhadap Suami

Rumahtangga yang dibina atas dasar cinta akhirnya musnah kerana kecurangannya. Namun, pernah anda terfikir kenapa si dia curang? Apakah selama ini anda tidak mampu memberikan kebahagian kepada dia?

Curang

Terdapat kajian yang menyatakan wanita Malaysia menduduki tangga ketiga sebagai wanita yang paling curang di dunia. Bahayanya!

9 Sebab Wanita Curang

1. Masalah Kewangan

Apabila sesebuah keluarga itu berhadapan dengan masalah kewangan, proses komunikasi di antara suami isteri akan bertambah rumit. Isteri akan terasa terbeban sehingga menyebabkan tekanan perasaan berlaku sehingga memilih untuk menduakan suaminya.

2. Balas Dendam

Kaum wanita sebenarnya lebih kuat memendam perasaan mereka berbanding lelaki. Jika suami pernah berlaku curang, rasa sakit hati, marah, kecewa yang dipendam hasil dari kecurangan yang dilakukan suami akan menjadi dendam.

Untuk menghilangkan segala perasaan yang dipendam, wanita yang pernah dicurangi biasanya lebih berkemungkinan membalas semula apa yang telah dilakukan terhadap dirinya.

3. Hilang Persefahaman

Jika tiada persefahaman, kerap bergaduh untuk hal yang remeh dan gemar melukakan hatinya, wanita akan mula berasa bosan dan mula berniat untuk mencari yang lain.

4. Terlalu Sibuk Dengan Kerjaya

Bagi isteri yang bergelar suri rumah sepenuh masa pula akan berasa tertekan dengan tindakan suaminya yang terlalu sibuk dengan kerjanya. Jadi tidak hairanlah, jika isteri yang sanggup mencari peneman di laman sosial di kala kesunyian.

5. Naluri Liar

Seperti lelaki, kaum wanita juga sebenarnya mempunyai naluri liarnya sendiri. Walaupun naluri liar tersebut tersembunyi dibalik kelembutan dan sopan santun wanita namun jika keadaan tidak seperti yang dimahukan, naluri tersebut pasti akan memberontak dan menunjukkan kehebatannya. Iyalah, jika lelaki boleh, kenapa tidak wanita. Fikirkan ya.

6. Suami Mementingkan Diri

Jangan terlalu pentingkan diri sehingga hati isteri anda terluka. Cuba belajar untuk menghargai dirinya.

7. Terlalu Ego

Cubalah buang sedikit perasaan ego dan sesekali anda pula beralah demi menjaga hati orang tersayang. Tak bawa ke mana sebuah hubungan itu jika ego terlalu tinggi.

8. Tidak Puas Seks

Rata-rata lelaki sebenarnya mengambil remeh tentang ini. Wanita sebenarnya ingin merasa dirinya diperlukan dan dihargai oleh pasangan. Janganlah pada awal perkahwinan sahaja ada rasa ‘geram’ dekat isteri, tetapi bila dah lama isteri mahu bermanja pun marah. Sebab itu wanita curang.

9. Kemesraan Semakin Hambar

Wanita mempunyai naluri yang suka dimanja dan dipuji walaupun tak ditunjukkan secara zahir. Sikap suami yang dirasakan kurang melayani dirinya membuatkan wanita mudah tergoda dengan kemesraan dari luar, misalnya dari rakan sekerja ataupun kenalan barunya.

8 Tips Elak Wanita Jadi Curang

Berpenampilan Menarik

Setelah menjalani alam rumahtangga bertahun-tahun, penampilan diri selalunye diabaikan. Keinginan utk menarik perhatian pasangan pun semakin pupus. Namun begitu bila berada diluar seperti ditempat kerja, penampialn kita selalunay berbeza.

Menghargai Pasangan

Hargailah isteri, kerana penghargaan akan dibalas dengan kesetiaan. Ucaplah terima kasih setiap kali pasangan membantu anda. Sekali sekala berilah hadiah buat isteri sebagai tanda anda menghargai apa yang dilakukan.

Waktu Hanya Berdua

Ada pasangan menganggap perkara ini sebagai perkara remeh namun waktu romantis hanya untuk anda berdua cukup penting untuk membuatkan hubungan suami isteri bertambah erat.

Dapatkan Nasihat Kaunselor

Jangan ragu untuk mendapat khidmat daripada kaunselor sekiranya hubungan anda menghadapi masalah yang sukar diatasi.

Jika bukan anda berdua yang bersikap proaktif dalam menjaga keutuhan rumahtangga, siapa lagi yang anda perlu harapkan?

Kehidupan Seks Yang Sihat

Memenuhi keperluan seks pasangan sangat penting untuk menjaga perkahwinan. Banyak kes penceraian atau perkahwinan runtuh akibat masalah seks suami isteri.

Jika anda menghadapi masalah yang berkaitan dengannya, berusahalah untuk mengatasinya secepat mungkin.

Bersahabat Dengan Teman-Teman Pasangan

Sekiranya isteri anda curang, anda lebih cepat mengetahuinya dan tindakan segera boleh cepat diambil sebelum segalanya terlambat. Jadikan teman-temannya sebagai teman anda sendiri.

Berwaspada

Jika anda mengesan isteri anda berlaku curang, jangan ragu untuk menyiasatnya. Kecurangan akan berlaku lebih lama jika dia berasa jauh dari jangkauan anda. Jangan biarkan perkara ini berlaku dalam perkahwinan anda.

Kesimpulan

Curang bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik.Sama ada bagi suami mahupun isteri. Bawalah berbincang bersama dan nilai semula diri masing-masing.

Yang paling penting saling memahami dan saling bertolak ansur. Pastinya rumahtangga anda kekal bahagian hingga ke akhir hayat.

BACA INI JUGA:

sumber: wom

Air Mata Sesalan Lee Chong Wei, Berjuang Sendirian?

Air Mata Sesalan Lee Chong Wei, Berjuang Sendirian?

Perlawanan akhir perseorangan badminton lelaki di Sukan Olimpik Rio de Jenario Sabtu lalu antara pemain negara, Datuk Lee Chong Wei dengan pemain dari China, Chen Long cukup mendebarkan.

LCW

Dengan menerima sokongan padu daripada jutaan rakyat Malaysia, Chong Wei bagaimanapun terpaksa akur dengan kehebatan Chen Long apabila kalah 18-21, 18-21 dalam masa 1 jam 13 minit.

Impian Chong Wei untuk meraih pingat emas pertama untuk negara musnah sekaligus mencatatkan beliau kalah buat kali ketiga berturut-turut pada perlawanan akhir Sukan Olimpik.

"Pada Sukan Olimpik 2008 dan 2012, Chong Wei tewas dua kali di tangan pemain yang sama, iaitu Lin Dan, juga dari China.

Biarpun tewas di tangan Chen Long, prestasi Chong Wei tetap dipuji dan disanjung oleh seluruh rakyat Malaysia.

Semangat lawan yang ditunjukkan di atas gelanggang membuktikan pemain negara ini adalah seorang atlet yang tidak mengenal putus asa dan berjuang habis-habisan demi mencari kemenangan.

Pujian ini sesungguhnya bukan sahaja datang dari rakyat Malaysia sahaja, malahan peminat-peminat badminton dari China sendiri pun melahirkan perasaan kagum terhadap usaha gigih yang dipamerkan oleh Chong Wei.

Walaupun pemain negara mereka telah memenangi pingat emas, tetapi ramai rakyat China yang meninggalkan komen-komen di laman sosial tetap menghormati dan menyanjung Chong Wei sebagai seorang atlet yang berjaya dan berjiwa kental.

Memetik satu portal popular dari China, Zhihu, ramai netizen China tidak segan silu memuji persembahan pemain negara kita ini sepanjang temasya Sukan Olimpik kali ini.

"Mereka anggap Chong Wei adalah seorang yang pemain yang 'baik hati' dan tidak suka terlalu menunjuk-nunjuk.

Mereka mengakui mereka bukanlah kasihan kepada Chong Wei yang telah kalah sebanyak tiga kali pada perlawanan akhir, tetapi adalah lebih pada perasaan hormat dan teruja atas semangat perjuangannya hingga ke mata terakhir.

Tulis seorang netizen, Chong Wei mempunyai ramai peminat dan penyokongnya di negara China, salah satu sebabnya ialah mereka gemar melihat permainannya yang menarik dan penampilan peribadi yang bersahaja.

"Chong Wei telah kalah sebanyak tiga kali di perlawanan akhir, tetapi tidak ramai yang berasa simpati dengan nasib yang menimpa dirinya. Sebaliknya beliau adalah pemain yang tidak tolak bandingnya.

"Walaupun perlawanan cukup sengit sekali pun, Chong Wei tetap tenang mengharungi setiap detik perlawanan. Itulah keistimewaan pemain Malaysia ini," tulis netizen itu.

Menurutnya, berbeza dengan Lin Dan, Chong Wei terpaksa bertungkus-lumus untuk memburu setiap perlawanan secara bersendirian.

"Dalam pasukan China, Lin Dan dibantu beberapa pemain handalan dalam negara yang mampu meningkatkan prestasinya. Tetapi tidak pada Chong Wei. Di Malaysia, Chong Wei tidak ada saingan. Selain itu, Chong Wei kerap cedera, dia hanya mampu sabar dan menahan kesakitan secara sendirian," katanya.

Seorang lagi netizen dari China pula mengakui inilah kali pertama dia memberi sokongan kepada pemain negara luar kerana sangat sayang kepada Chong Wei.

"Chong Wei adalah pemain yang sentiasa tumpukan sepenuh perhatian kepada perlawanan. Sama ada sedang mendahului ataupun ketinggalan, beliau tetap tidak gelabah.

"Kadang-kala beliau menggenggam tangan dengan erat sambil memberikan keyakinan kepada dirinya sendiri," kata netizen itu.

Seorang lagi peminat badminton dari China, Yue Liao percaya ada ramai rakyatnya mahu Chong Wei menang dalam perlawanan akhir itu, namun nasib tetap tidak menyebelahi Malaysia.

"Detik-detik sedih sekali lagi terlukis pada raut wajah Chong Wei. Bukan sekali sahaja berlaku di Olimpik Bejing 2008, tetapi suasana sama sekali lagi menimpa dirinya di Olimpik London 2012 dan kali ini, kali ketiga di Rio de Jenario.

"Dia mengesat air matanya secara diam-diam. Hanya dia yang faham betapa sakit dan pilunya di hati biarpun telah cuba sedaya upayanya.

"Saya tahu sebenarnya ramai rakyat China mahu Chong Wei menang, malangnya dia tetap kalah dan hilanglah peluang terakhirnya untuk meraih pingat emas dalam Olimpik," tulisnya.

Bekas pemain wanita ping pong China yang juga bekas juara dunia, Deng YaPing dalam Weibonya memuji Chong Wei yang telah membuktikan dirinya adalah seorang atlet yang dikagumi oleh seluruh dunia.

"Persaingan dalam sukan sememangnya kejam. Chong Wei telah cuba dengan sepenuh tenaganya namun tetap meninggalkan seribu kesalan dalam karier hidupnya.

"Namun anda telah buktinya anda adalah seorang atlet yang berjaya. Dunia badminton sangat gemilang kerana adanya anda dan Lin Dan. Saya ucap tahniah kepada Cheng Long," tulis bekas pemain ping pong handalan itu.

Lin Dan ketika ditemu bual oleh sebuah portal China, Xin Lang.com sebaik sahaja kalah kepada Chong Wei pada separuh akhir melahirkan rasa puas hati kerana beliau kalah kepada kawan baiknya itu.

"Bagi saya, kekalahan Chong Wei di perlawanan akhir meninggalkan banyak kesan kepada saya.

"Saya rasa terharu atas semangat yang ditunjukkannya. Inilah yang menyebabkan saya tidak ada alasan untuk meninggalkan dunia badminton.

"Saya mahu terus berusaha dan menemani Chong Wei bermain badminton sehingga mencipta lebih banyak kejayaan," kata Lin Dan.

Chong Wei Mungkin Sudah Juara Kalau..

Misbun

Ketua jurulatih badminton China, Li Yongbo, mengandaikan jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei mungkin sudah menjadi juara dunia jika berlatih dengan pasukannya.

Memberi komen kepada sina.cn selepas Chong Wei tewas kepada Chen Long di final Olimpik Rio, Yongbo berkata dia akan berbangga jika Chong Wei adalah pemain pasukannya.

"Sudah tentu jika dia berada dalam pasukan saya, dia mungkin sudah menjadi juara dunia," katanya dipetik sebagai berkata.

Legenda badminton negara Tembok Besar itu bagaimanapun memuji prestasi cemerlang yang ditunjukkan Chong Wei termasuk berjaya menewaskan seorang lagi jaguh China, Lin Dan, pada aksi separuh akhir.

Sementara itu, bekas jurulatih Chong Wei, Datuk Misbun Sidek melahirkan rasa kesal apabila pingat emas Olimpik tidak dapat diraih skuad badminton Malaysia kerana masalah dana.

Katanya lapan tahun lalu dia memberi cadangan untuk menambah baik sistem latihan badminton kebangsaan yang dianggapnya "ketinggalan zaman" namun ditolak

"Saya sebelum ini menerima jemputan ketua jurulatih badminton negara China Li Yongbo untuk melawat pusat latihan mereka dan kagum dengan saiz dan kemodenannya," Misbun dipetik sebagai berkata seperti dilaporkan China Press.

Misbun berkata, bagi Lin Dan saja ada tujuh jurulatih khas ditugaskan untuk melatih pemain China itu.

"Pasukan itu menjaga aspek fizikal, psikologi dan memberi tumpuan latihan serta memantau diet Lin Dan.

"Malaysia jauh ketinggalan dalam aspek ini kerana peruntukan yang diberikan kepada jurulatih tidak banyak," katanya.

Mengulas aksi Chong Wei di Olimpik Rio, Misbun berkata ketiadaan pakar untuk memberikan 'tip emas', ulangkaji perlawanan lepas dan mengeenal pasti kesilapan serta memberi sokongan psikologi.

Tambahnya, prestasi Chong Wei merosot selepas pertarungan melelahkan berdepan Lin Dan sebelum bertemu Chen Long dalam perlawanan akhir itu.

Bagaimanapun Misbun berkata, skuad badminton negara sudah memberi keputusan yang baik serta menyumbang kepada prestasi terbaik Malaysia di temasya Olimpik.

Selain pingat perak milik Chong Wei, Malaysia turut meraih tiga lagi pingat perak melalui acara beregu campuran dan beregu lelaki, terjun seirama dan pingat gangsa bagi acara berbasikal.

BACA INI JUGA: Paul Pogba Sah Milik Manchester United, Rekod Baru Termahal Dunia!

Sumber: SH/Mk

Harga Dan Spesifikasi Proton Persona Generasi Kedua

Harga Dan Spesifikasi Proton Persona Generasi Kedua

Proton Holdings Berhad (Proton) yakin jualan model terbarunya Proton Persona generasi kedua mampu mencapai sasaran jualan 3,000 hingga 4,000 unit sebulan.

Proton Persona

Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Ahmad Fuaad Kenali memaklumkan di sebalik kelemahan jualan kenderaan ketika ini, sejumlah 1,000 tempahan diterima bagi Persona sehingga kini.

Ahmad Fuaad menjelaskan keyakinan itu adalah berdasarkan ciri-ciri unik pada generasi kedua Persona ini.

"Sasaran kami bagi Persona ialah antara 3,000 hingga 4,000 setiap bulan. Sebelum ini, Persona (generasi pertama) pernah mencapai sasaran tersebut.

"Antara ciri utama yang mendorong sasaran tersebut ialah keunikan segmen ini. Ia merupakan kereta segmen B tetapi mempunyai harga yang lebih murah daripada kereta segmen B buatan luar dan sedikit mahal daripada Proton Saga.

"Segmen pasaran ini, merupakan segmen yang terbesar di pasaran Malaysia. Segmen B mempunyai 50 peratus perkongsian pasaran," kata Ahmad Fuaad.

Bagaimanapun, beliau mengurangkan sasaran jualan tahunan Proton dari 120,000 kereta ke 100,000 kereta.

"Jika pelancaran berjalan seperti dijadualkan, kita mensasarkan 120,000 setiap tahun. Tetapi, dengan pelancaran yang terlambat tahun ini, kita menjangkakan penjualan 100,000 tahun ini," kata Fuaad.

Proton Persona generasi kedua dikuasakan dengan enjin 1.6 liter dan merupakan kereta Proton pertama yang disokong oleh indikator penanda pemanduan ‘eco’.

Indikator ini akan menyala apabila pemanduan mencapai 5.6 liter setiap 100 kilometer.

Fuaad berkata Proton komited dalam memastikan keselamatan pemandu dan penumpang menjadi keutamaan dengan ciri-ciri keselamatan yang tersendiri.

Ini termasuk kawalan kestabilan elektronik (ESC) dengan sistem kawalan tarikan, sistem brek anti kunci (ABS) dan enam beg udara.

Tambahnya, Persona baharu ini melalui evolusi penambahbaikan yang terperinci dari segi ciri-ciri, teknologi terkini, reka bentuk serta pengurangan getaran bunyi dan kekasaran.

Harga Proton Persona

Harga Proton Persona bermula dari RM46,800 hingga RM59,800 bagi tiga varian, Standard, Eksekutif dan Premium.

Harga atas jalan untuk model standard transmisi manual adalah antara RM43,570 dan RM46,800 (Semenanjung Malaysia) manakala RM48,350 dan RM48,800 (Sabah dan Sarawak).

Bagi transmisi automatik pula daripada RM46,350 hingga RM49,800 bagi Semenanjung Malaysia manakala RM51,350 hingga RM51,800 (Sabah dan Sarawak).

Untuk model eksekutif pula antara RM52,000 dan RM55,800 (Semenanjung Malaysia) dan RM57,350 hingga RM57,800 (Sabah dan Sarawak) manakala model premium daripada RM55,680 hingga RM59,800 (Semenanjung Malaysia) dan RM61,350 hingga RM61,800 (Sabah dan Sarawak).

BACA INI JUGA: 5 Sebab Kenapa Proton Persona Terbaharu 2016 Setanding Kereta Import

Sumber: Astroawani

Lawan Penjahat Dengan Lampu Suluh G700!

Lawan Penjahat Dengan Lampu Suluh G700!

Dinegara maju, jenayah seperti sudah menjadi satu kelaziman dan pelbagai cara telah dicipta untuk menangani kejahatan.

G700 Flashlight

Namun, nampaknya banyak sistem dan kaedah yang digunakan tidak berupaya menjadi penghalang penjenayah.

Menyedari keadaan respon kecemasan merupakan sesuatu yang penting, sekumpulan saintis tampil dengan idea lampu suluh ajaib.

Lampu suluh ini dicipta khusus untuk melumpuhkan seketika seorang penjenayah.

G700 Flashlight

Dinamakan sebagai G700, lampu suluh ini dikategorikan sebagai senjata kerana ia mampu membutakan seketika mata seseorang untuk sesuatu tempoh.

Saintis percaya, dengan melumpuhkan pandangan, seorang penjenayah boleh ditumpaskan.

Ini kerana mata merupakan anggota tubuh paling penting bagi seorang penjenayah untuk bergerak.

G700 Flashlight

Jadi, tanpa panduan penglihatan, mereka tidak mungkin dapat bertindak.

Dan tahukah anda, lampu suluh ini mampu memantulkan cahaya sejauh dua batu!

BACA INI JUGA: Bagaimana Komando Malaysia Dilatih!?

-SENTIASAPANAS.COM

Tuesday, August 23, 2016

Jambatan Kaca Terpanjang Dan Tertinggi Di China Pegang 10 Rekod Dunia

Jambatan Kaca Terpanjang Dan Tertinggi Di China Pegang 10 Rekod Dunia

Terletak di taman negara yang menjadi inspirasi untuk filem 'Avatar' arahan James Cameron, jambatan kaca terpanjang dan tertinggi di dunia ini dikenali sebagai 'Zhangjiajie Grand Canyon Glass Bridge'.

Zhangjiajie Grand Canyon Glass Bridge

Direka firma Haim Dotan Ltd. dari Tel Aviv, Israel, jambatan ini memegang 10 rekod dunia termasuk lompatan bungee tertinggi.

Jambatan ini berukuran 430 meter panjang, 6 meter lebar dan boleh menampung sehingga 800 pengunjung serentak.

Haim Dotan
Arkitek Israel, Haim Dotan.

Walaupun memegang pelbagai rekod dunia, jambatan kaca Zhangjiajie tidak mampu meraih gelaran sebagai jambatan kaca pertama di China.

Ini kerana jambatan kaca ada telah dibuka di bahagian tengah wilayah Hunan pada tahun 2015, dengan ketinggian hampir 180 meter.

Jambatan itu menarik perhatian dunia, selepas retak hanya dua minggu selepas dibuka!

Kini Dibuka Kepada Umum

Zhangjiajie Grand Canyon Glass Bridge

Jambatan terpanjang di dunia ini diperbuat dari 99 panel kaca dan dapat menampung 800 orang dalam satu-satu masa.

Sebelum jambatan ini dibuka kepada umum, satu sidang media telah dibuat untuk menguji kekuatan jambatan ini.

Zhangjiajie Grand Canyon Glass Bridge

Panel lantai jambatan ini telah diketuk dengan tukul besi bagi menunjukkan jambatan ini selamat digunakan.

Mereka turut menyeberangi jambatan itu menggunakan kereta bagi menguji lagi kekuatan jambatan ini.

Zhangjiajie Grand Canyon Glass Bridge

Pengunjung boleh berjalan menyeberangi jambatan ini dan kalau anda seorang yang mahukan lebih cabaran, ada juga servis bungee jump atau zip line disediakan untuk anda yang mahukan aktiviti yang lebih mengujakan.

Zhangjiajie Grand Canyon Glass Bridge

Cuma 8,000 orang dibenarkan untuk merentasi jambatan ini setiap hari dan pengunjung perlu menempah tiket terlebih dahulu yang berharga 138 yuan (lebih kurang RM83) per tiket.

Zhangjiajie Grand Canyon Glass Bridge

Pihak pengurusan jambatan ini yakin yang panel jambatan ini kuat dan selamat buat pengunjung namun, kasut stiletto atau kasut tumit tinggi tidak dibenarkan untuk merentasi jambatan ini sebagai langkah keselamatan.

Zhangjiajie Grand Canyon Glass Bridge

Jadi, kalau sesiapa yang berminat untuk merentasi jambatan ini, bolehlah mula buat tempahan untuk seberangi jambatan ini.

BACA INI JUGA: Misteri Penemuan Jambatan Purba Nabi Adam!

Sumber: Astroawani/Thevocket

Surat 'Menyedihkan' Lin Dan Untuk Lee Chong Wei Rupanya Rekaan!

Surat 'Menyedihkan' Lin Dan Untuk Lee Chong Wei Rupanya Rekaan!

Sebelum ini tersiar di laman sosial kononnya sekeping 'surat' yang ditulis oleh Lin Dan kepada musuh ketatnya dalam dunia badminton, Datuk Lee Chong Wei, surat berkenaan telah menjadi viral meluas.

Lin Dan to LCW

Rata-rata netizen dari Malaysia dan China menyatakan perasaan terharu dengan surat yang merujuk kepada 'Musuh Ketat Di Gelanggang, Rakan Baik Di Luar', ia seolah-olah luahan pesaing hebat seperti Ronaldo dan Messi, Larry Bird dan Magic Johnson, Federer dan Nadal dalam sukan yang diceburi mereka.

Walaupun belum menerima sebarang maklumbalas daripada Datuk Lee Chong Wei, berdasarkan sumber yang diperolehi dan kenyataan semasa surat berkenaan adalah sebuah rekaan di mana ia hanyalah bayangan ataupun imaginasi seorang penulis yang tidak diketahui identitinya, ia juga telah dimuatnaik dailynews.sina sebagai fiksyen peminat.

Memetik laporan New Straits Times yang memetik tulisan dari portal hype.my, artikel asal jelas menyebut “如果他們彼此給對方寫一封信的話,他們又會怎麼说呢?” atau dialih bahasa bermaksud "sekiranya mereka menulis surat kepada sesama sendiri, apakah yang akan mereka katakan?".

Dalam 'surat' yang kononnya diutuskan oleh Lin Dan itu, sepanjang perjalanan jaguh badminton dunia itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada Chong Wei di mana sedikit petikan asal 'surat' itu berbunyi, "Ribuan terima kasih kerana disebabkan kamu, kita diiktiraf seperti juara yang lain sebagai pesaing yang hebat, ‘Lee-Lin’ rivalry. Kita seperti Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi di mana persaingan kita ini tiada kesudahannya."

Berikut adalah 'surat' itu dalam versi penuh.

Lin Dan to LCW
Lin Dan to LCW
Lin Dan to LCW
Lin Dan to LCW

Twit artikel yang meletakan nama @rueyping sebagai penulis asal surat itu telah mendapat 11,000 like dan 15,000 perkongsian. bagaimana pun Twitt asal artikel berkenaan telah pun dipadam oleh penulis asalnya.

Lin Dan to LCW

Berikut adalah reaksi netizen yang menyedari surat tersebut adalah rekaan semata-mata.

Lin Dan to LCW

Bagaimanapun surat imaginasi tersebut tidak memburukkan mana-mana pihak, ia dilihat cuma sekadar 'penambah perisa' dalam kehangatan badminton Olimpik.

Surat itu telah menjadi viral selepas Datuk Lee Chong Wei telah berjaya menewaskan musuh tradisinya itu dalam separuh akhir sukan Olimpik Rio untuk layak ke perlawanan akhir. Lee Chong Wei menang 15-21, 21-11, 22-20 dalam 79 minit bertarung.

Punyai Wajah Seiras Lee Chong Wei

Ika Syazwani

Disebalik ucapan yang diberikan kepada skuad negara terutamanya Dato Lee Chong Wei, terdapat satu kisah yang agak lucu di mana seorang gadis yang mempunyai wajah hampir seiras dengan DLCW kini menjadi viral di laman sosial.

Menurut gadis berkenaan, Ika Syazwani, yang merupakan penuntut di Universiti Utara Malaysia, melalui catatan di Facebooknya, gara-gara kejayaan DCLW di Rio, Facebooknya kini menerima begitu banyak 'Friends Request', ada meminta nombor telefon dan pelbagai lagi.

Ika Syazwani
Ika Syazwani
Ika Syazwani

Ada juga rakan-rakannya yang agak 'nakal' menyakat dengan mengucapkan tahniah atas 'kejayaannya' membawa pulang pingat perak Olimpik Rio.

Ternyata rupa ala-ala 'Chinese look' ini memang cantikkan, lebih-lebih lagi iras kepada idola nombor satu Malaysia ini.

BACA INI JUGA: Surat Lin Dan Untuk Lee Chong Wei Yang Pasti Buat Anda Terharu.

Sumber: Siakapkeli.my

Bintang Kejora Sebenarnya Adalah Sebuah Planet!

Bintang Kejora Sebenarnya Adalah Sebuah Planet!

"Sinaran matamu bak kejora, ditengah malam menyuluh kedamaian hati, halusnya lenganmu sehalus sutera cina, melembutkan setiap kata.."

Bintang Kejora

Rangkap kata diatas adalah sebahagian lirik lagu KEJORA, nyanyian kumpulan SEARCH.

Sejak zaman dahulu, perkataan 'bintang kejora' sering diungkapkan dalam kata-kata, bait-bait perkataan dan madah puitis.

Namun, tahukah anda namanya bermula dengan 'bintang' tetapi kejora sebenarnya bukanlah sebuah bintang, sebaliknya ia adalah sebuah planet!

Planet Zuhrah, itulah sebenarnya bintang kejora! Dalam bahasa Inggeris, Zuhrah disebut sebagai Venus.

Selalu orang dulu-dulu menyebut, bintang kejora adalah yang paling terang diantara semua bintang.

Disebut bahawa ia adalah bintang paling indah kerana paling cerah berkelip diangkasa.

Begini. Planet Zuhrah akan muncul dua kali di dada langit dalam sehari.

Pertama, ia akan muncul disebelah timur sewaktu subuh. Kedua, ia muncul lagi disebelah barat sewaktu senja dan selalunya hilang daripada pandangan menjelang waktu Isyak.

Cuba perhatikan di dada langit, saat matahari mulai terbenam, akan ada satu cahaya paling terang di langit.

Cahaya itu tampak seperti bintang tetapi ia tidak berkelip seperti kelaziman bintang lain. Itulah planet Zuhrah, juga disebut sebagai 'Bintang Petang'.

Planet Zuhrah adalah objek ketiga paling cerah yang dapat kita lihat di dada langit selepas matahari dan bulan.

Ia dianggap sebagai kembar bumi kerana jisim, saiz, isi padu dan ketumpatannya hampir sama dengan bumi.

Planet Zuhrah merupakan planet kedua paling dekat dengan matahari selepas Utarid.

Sebab itulah Planet Zuhrah mencapai kecerahan maksimum sebelum matahari naik atau terbenam dan kerlipannya dahulu juga menjadi salah satu petunjuk arah bagi pelaut.

Ya, itulah dia kejora.

Jadi, jika selepas ini cinta kasih anda bermadah tentang kejora, tanyakan dia, tahu atau tidak apa itu kejora?

Jika tidak tahu, maknanya kekasih anda hanya manis di bibir berkata-kata..

BACA INI JUGA: Pahala Siapakah Sebanyak Bintang Dilangit?

-SENTIASAPANAS.COM

10 Perangai Wanita Yang Lelaki Paling Meluat!

10 Perangai Wanita Yang Lelaki Paling Meluat!

Perangai seseorang wanita sememangnya ada pelbagai ragamnya namun, mereka juga selalu berharap agar menjadi insan yang seratus peratus di hati setiap lelaki dan untuk terus kekal dicintai, ada beberapa perkara yang berkaitan dengan perangai wanita yang tidak disukai lelaki yang perlu anda fahami.

Meluat

Jika tidak dikawal, anda bakal termasuk dalam kategori wanita yang tidak memenuhi tahap untuk menjadi kekasih atau isteri yang baik.

Berikut adalah 10 perangai perempuan yang tidak disukai lelaki dari wanita yang perlu anda berikan perhatian.

1. Berpura-pura

Anda berpura-pura mengatakan tidak ada apa-apa, padahal di dalam hati sudah terang-terang menunjukkan anda tidak menyukainya. Walaupun sudah mengatakan tak ada apa-apa, namun kemarahan tersebut jelas ketara.

2. Sentiasa Betul

Selalu merasakan diri anda yang betul dan ada sering menyalahkan orang lain setiapkali permasalahan terjadi.

3. Suka Mengugut

Selalu mengancam atau menggugut untuk memutuskan perhubungan atau bercerai.

4. Membesarkan Masalah

Sengaja membesar-besarkan masalah ataupun berbohong untuk membuatkan si di/suami bimbang.

5. Suka Mengungkit Masalah

Selalu mengungkit masalah yang sudah lama berlalu. Satu masalah sahaja boloh diungkit sehingga 10 kali. Paling teruk lagi, jika masalah tersebut tak ada hubungannya sama sekali dengan pertengkaran yang terjadi.

6. Selalu Mengkritik

Selalu mengkritik setiapkali membeli barang dan membuatkan si dia/suami merasakan anda adalah wanita yang paling cerewet dan cukup merimaskan.

7. Bersikap Kepala Batu

Selalu tidak melihat situasi yang tepat untuk berbicara, terus sahaja bergaduh dan bersikap 'kepala batu' serta enggan mengalah sekalipun pertengkaran tersebut sebenarnya berpunca daripada sikap anda sendiri.

8. Tidak Menjaga Maruah Pasangan

Suka berkongsi masalah atau bercerita apa yang sedang berlaku di antara anda dengan si dia/suami pada orang lain. Anda langsung tidak menjaga maruah si dia/suami di mata orang lain.

9. Membuang Masa

Selalu membuang waktu untuk bersolek ketika mahu keluar, sekalipun hanya untuk membeli sarapan ataupun membuang sampah. Anda tetap nak pakai bulu mata palsu ataupun maskara!

10. Berlebih-lebihan

Ketika bertengkar terus sahaja update status di media-media atau tukar profil gambar semata-mata untuk melahirkan rasa ketidakpuasan hati anda.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: wom

5 Permainan Terbaik Untuk Melatih Anak Asas Subjek Pengkodan Seawal Tadika

5 Permainan Terbaik Untuk Melatih Anak Asas Subjek Pengkodan Seawal Tadika

Bermula tahun hadapan, pelajar sekolah akan diajar pengekodan komputer seawal darjah tiga, seperti yang diumumkan oleh CEO Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Datuk Yasmin Mahmood.

Skill Pengekodan

Pelajar akan mula diajar pengkodan yang mana mata pelajaran Pemikiran Komputasional dan Sains Komputer Asas akan disepadukan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) di semua sekolah seluruh negara.

Usaha ini dijangka akan memberi manfaat kepada kira-kira 1.2 juta pelajar di 10,173 sekolah di seluruh negara.

Ia selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 yang menggariskan lima aspirasi iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan, dan kecekapan.

Langkah itu diharapkan boleh memantapkan kemahiran kognitif serta memupuk pemikiran aras tinggi sambil menjalin masuk pengetahuan IT sebagai alat mengajar.

Jika dahulu kadar celik diukur dengan keupayaan seseorang mengangkat pensil dan menulis di atas kertas namun kini, dalam era digital, kecelikan mula diukur dengan skill pengekodan.

MDEC juga telah mengumumkan akan mula menerapkan subjek pengekodan dalam kurikulum KSSR dan KSSM.

Jadi, jika anda tergolong dalam kalangan ibu-bapa yang optimis, kami cadangkan 5 permainan yang mungkin boleh mempersiapkan anak anda sebelum sesi persekolahan yang akan datang.

Lightbot

Lightbot

Lightbot dilancarkan pada 2008 oleh Danny Yaroslavski semasa beliau berumur hanya 14 tahun.

Misi robot dalam permainan Lightbot adalah untuk menyelesaikan teka-teki demi menyalakan semua lampu.

Pemain perlu menyusung kod dalam bentuk simbol bagi memberi arahan pada Lightbot. Arahan seperti berjalan, berpaling, melompat, dan memasang lampu boleh diberikan.

Permianan ini ditujukan untuk kanak-kanak seawal umur empat tahun. Ia dihasilkan untuk sistem operasi Android, iOS, Mac, Windows.

Sila ke laman web mereka untuk melihat senarai muat turun.

Cargo-Bot

Cargo-Bot

Cargo-Bot ini amat unik. Game pengekodan ini dikodkan terus daripada iPad menggunakan aplikasi Codea. Ia mengambil inspirasi daripada permainan Tetris.

Objektifnya adalah untuk memberi arahan pada sebuah kren untuk memindahkan sejumlah kotak bewarna dalam pola tertentu.

Teka-teki yang dihidangkan pada pemain semakin mencabar daripada tahap ke tahap seterusnya. Pemain akan sentiasa melakukan kesalahan dan terpaksa memeriksa semula “kod” yang telah diberikan. Dalam dunia pengaturcaraan, ia dipanggil “debugging”.

Pembangun Cargo-Bot mensasarkan untuk mengajar pemain cara mengekod tetapi menggunakan cara yang seronok dan penuh visual.

Muat turun Cargo-Bot di iOS sekarang.

CodeMonkey

CodeMonkey

CodeMonkey menyediakan latihan pengekodan menggunakan bahasa pengaturcaraan yang sebenar untuk menyelesaikan pelbagai teka-teki.

Dalam CodeMonkey, pemain perlu membantu monyet mendapatkan pisangnya. Seperti biasa, teka-teki akan menjadi semakin sukar daripada satu tahap ke yang seterusnya.

Setiap tahap memberikan cabaran pengekodan tersendiri yang memerlukan pemain menggabungkan arahan dan menjadi lebih kreatif dalam mengekod.

CodeMonkey hanya boleh dimainkan pada pelayar web. Berkunjunglah ke laman rasmi mereka untuk mula bermain.

Scratch

Scratch

Scratch adalah hasil tangan sekumpulan pembangun di MIT pada tahun 2006. Ia menggunakan pelayar web, maka pengguna boleh mengakses Scratch daripada pelbagai platform.

Mereka mensasarkan kanak-kanak berumur 8 tahun ke atas yang berminat dalam dunia pengekodan.

Scratch memansuhkan keperluan untuk menaip kod, tetapi menggantikannya dengan blok-blok kod yang bewarna warni. Ia boleh disusun padan untuk membentuk program.

Sila layari laman rasmi Scratch dan mula mengekod sambil bermain!

The Foos

The Foos

The Foos mengajar pengekodan secara halus menggunakan teka-teki kod. Kanak-kanak perlu menggunakan blok yang sesuai.

Permianan penuh warna-warni ini pasti akan menarik minat anak-anak dan walaupun daripada sudut pandang kita ia nampak mudah, pada kanak-kanak ia sangat bermanfaat.

Seorang pegawai polis Hulk cuba mencari Donut dan misi beliau diganggu oleh seekor raksasa biru yang gila.

Anda boleh terus bermain The Foos melalui laman web.

The Foos juga disediakan untuk peranti mudah alih.

Semoga memberi manfaat..

BACA INI JUGA: Kenapa Anak Kecil Suka Sepahkan Rumah Dan Pakar Motivasi Berikan Solusinya

Sumber: Theskop

Monday, August 22, 2016

'Jenazah Isteri Harum Seperti Bunga Ros, Balasan Mentaati Suami'

'Jenazah Isteri Harum Seperti Bunga Ros, Balasan Mentaati Suami'

Saya mempunyai satu pengalaman yang ingin saya kongsi dengan pembaca. Mungkin cerita ini bermanfaat. Kalau baik, jadikanlah pedoman untuk sama-sama akhiri hidup dengan Husnul Khatimah.

Isteri masuk syurga
Gambar hiasan.

Kejadian ini berlaku kepada saya lebih kurang beberapa tahun lalu. Ceritanya begini..

Suatu hari, saya telah mendapat panggilan daripada seorang lelaki yang meminta saya datang ke rumahnya untuk melihat ibunya yang sudah lama sakit.

Cuma kali ini ibunya kelihatan seperti sedang tidur, namun apabila dikejutkan, dia tidak sedarkan diri. Disebabkan permintaannya, saya tunaikan.

Petang itu saya telah pergi ke rumahnya yang terletak di sebuah kampung di Kuala Terengganu.

Sampai dirumahnya, saya lihat semua anak-anak duduk mengelilingi ibu mereka yang keras kaku tidak bergerak.

Sebaik memandang wajahnya, saya lihat wajahnya bersih. Bibirnya juga seolah-olah terukir dengan senyuman.

"Kenapa ni?" soal saya.

"Entahlah ustaz. Cuba tengok. Dari tengah hari tak bangun," jawab anaknya yang menghubungi saya tadi.

Saya pun terus melihat dan mengamati wanita dihadapan saya itu. Mengikut pengalaman dan keadaannya, saya rasakan wanita itu telah pun meninggal dunia.

Tetapi wajahnya memang seolah-olah sedang tidur dan bila diperiksa nadinya, memang sudah tidak berdenyut.

Saya tidaklah pandai sangat, tetapi mengikut pengalaman saya merawat orang, saya tahu serba sedikit.

"Kalau ikut apa yang saya tengok, dah tak ada ni," kata saya.

"Betul ke ustaz?" soal anaknya.

"Ya. Kalau nak kepastian lagi, baik call hospital. Minta mereka datang sahkan," balas saya.

Keadaan masih lagi tenang. Waris-waris wanita itu tidak dapat menerima kata-kata saya. Beberapa orang anaknya juga sudah bergenang air mata.

Dalam keadaan itu, tiba-tiba kami tercium sesuatu. Ia begitu harum. Baunya seperti bunga ros. Sangat wangi.

"Eh, dari mana datang bau ni," soal anaknya.

Saya hanya diamkan diri. Hati saya kuat mengatakan bau itu datang dari arah jenazah wanita itu.

Cuma saya tertarik untuk tahu apakah amalan wanita ini sehinggakan Allah muliakan jenazahnya sedemikian.

Tidak lama selepas itu, pihak hospital datang. Doktor melakukan pemeriksaan dan mengesahkan ibu mereka sudah meninggal dunia beberapa minit yang lalu.

Bererti sewaktu saya tiba, jenazah itu baru sahaja meninggal dunia.

Waktu itu, bau bunga ros sangat kuat. Seolah-olah ada taman di dalam bilik tersebut.

Bila saya perhatikan, wajahnya begitu bersih, cantik dan berseri, seolah-olah sedang tidur dalam keadaan senyum.

"Berapa umur emak ni?" soal saya.

"Dah 70 lebih ustaz," balas anaknya.

Terkejut saya mendengar kata-kata anaknya. Kalau mengikut pengamatan, wajahnya seperti tidak lebih dari 50an. Memang nampak muda dan cantik. Kulit masih lagi tegang seperti orang muda.

"Betul ke?" saya bertanya lagi kerana sukar percaya.

Anak lelakinya pantas mengangguk.

Persiapan telah dibuat, namun saya belum lagi dapat jawapan apa yang saya ingin tahu.

Bukanlah hendak menyibuk tetapi sekurang-kurangnya apa yang saya tahu boleh menjadi iktibar kepada saya.

Tidak lama selepas itu, saya mendekati anak lelakinya itu. Saya duduk disebelahnya sambil bersembang.

Saya bertanya kepada anaknya. Saya nak tahu apa amalan ibunya sewaktu hidup? Lelaki itu seolah-olah pelik mendengar pertanyaan saya.

"Kenapa ustaz?" soalnya.

"Saja nak tahu," balas saya ringkas.

Menurut lelaki itu, sewaktu hidup, arwah ibunya seorang yang baik. Dia tidak pernah sekalipun mendengar terkeluar daripada mulut ibunya berkata buruk tentang orang lain.

Walaupun orang lain berkata buruk tentang jiran-jiran, ibunya tetap berkata benda yang baik.

Dengan anak-anak juga dia tidak marah. Setiap masa terluang dia akan duduk membaca Al-Qur'an.

Paling anaknya ingat ialah sewaktu ayahnya tiada di rumah, ibunya tidak pernah keluar ke mana-mana sekalipun ke kedai membeli barang. Apabila mendapat izin, barulah ibunya akan keluar.

Selain itu, sekalipun dia tidak pernah mendengar ibunya meninggikan suara kepada arwah ayahnya.

Ibunya sentiasa melayan suaminya dengan baik. Apabila ayahnya makan, ibunya akan duduk disebelah.

Apa sahaja kehendak suaminya dituruti biarpun terpaksa bangun untuk membuat air pada waktu malam, dia akan bangun. Sekalipun dia tidak pernah ingkar permintaan suaminya.

Ibunya memang sangat taat dengan apa yang ayahnya katakan. Dia tidak pernah membantah.

Pintu Ke Syurga

Mendengar cerita anak arwah, saya mengangguk. Inilah rupanya balasan untuk isteri yang menghormati dan mentaati suaminya. Masyaa-Allah.

Mungkin disebabkan itulah Allah memuliakan jenazah wanita itu, disebabkan ketaatannya kepada suami. Wallahu a'lam.

"Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga maruah dan mentaati perintah suaminya, maka dia dijemput di akhirat kelak supaya masuk syurga mengikut pintu mana yang ia suka (mengikut pilihannya)." Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani

Begitu senang sekali kan?

Nota editor: Seperti yang diceritakan oleh Ustaz Abdul Rahman Mohd (Pak Zaki) dari Perubatan Islam Darul Syifa Terengganu.

*Dipetik dari majalah Mastika Ogos 2016 dan disiarkan pertama kali diblog sentiasapanas.com

BACA INI JUGA: Kisah Besarnya Pahala Membantu Jiran dan Anak Yatim

-SENTIASAPANAS.COM