Tuesday, August 23, 2016

Bintang Kejora Sebenarnya Adalah Sebuah Planet!


"Sinaran matamu bak kejora, ditengah malam menyuluh kedamaian hati, halusnya lenganmu sehalus sutera cina, melembutkan setiap kata.."

Bintang Kejora

Rangkap kata diatas adalah sebahagian lirik lagu KEJORA, nyanyian kumpulan SEARCH.

Sejak zaman dahulu, perkataan 'bintang kejora' sering diungkapkan dalam kata-kata, bait-bait perkataan dan madah puitis.

Namun, tahukah anda namanya bermula dengan 'bintang' tetapi kejora sebenarnya bukanlah sebuah bintang, sebaliknya ia adalah sebuah planet!

Planet Zuhrah, itulah sebenarnya bintang kejora! Dalam bahasa Inggeris, Zuhrah disebut sebagai Venus.

Selalu orang dulu-dulu menyebut, bintang kejora adalah yang paling terang diantara semua bintang.

Disebut bahawa ia adalah bintang paling indah kerana paling cerah berkelip diangkasa.

Begini. Planet Zuhrah akan muncul dua kali di dada langit dalam sehari.

Pertama, ia akan muncul disebelah timur sewaktu subuh. Kedua, ia muncul lagi disebelah barat sewaktu senja dan selalunya hilang daripada pandangan menjelang waktu Isyak.

Cuba perhatikan di dada langit, saat matahari mulai terbenam, akan ada satu cahaya paling terang di langit.

Cahaya itu tampak seperti bintang tetapi ia tidak berkelip seperti kelaziman bintang lain. Itulah planet Zuhrah, juga disebut sebagai 'Bintang Petang'.

Planet Zuhrah adalah objek ketiga paling cerah yang dapat kita lihat di dada langit selepas matahari dan bulan.

Ia dianggap sebagai kembar bumi kerana jisim, saiz, isi padu dan ketumpatannya hampir sama dengan bumi.

Planet Zuhrah merupakan planet kedua paling dekat dengan matahari selepas Utarid.

Sebab itulah Planet Zuhrah mencapai kecerahan maksimum sebelum matahari naik atau terbenam dan kerlipannya dahulu juga menjadi salah satu petunjuk arah bagi pelaut.

Ya, itulah dia kejora.

Jadi, jika selepas ini cinta kasih anda bermadah tentang kejora, tanyakan dia, tahu atau tidak apa itu kejora?

Jika tidak tahu, maknanya kekasih anda hanya manis di bibir berkata-kata..

BACA INI JUGA: Pahala Siapakah Sebanyak Bintang Dilangit?

-SENTIASAPANAS.COM

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon