Monday, February 29, 2016

10 Filem Francais Hollywood Paling Laris Di Dunia

10 Filem Francais Hollywood Paling Laris Di Dunia

Kali ini, kami mahu membawa pembaca sekalian untuk melihat 10 francais filem terlaris di dunia dengan kutipan pecah panggung luar biasa yang dengan mudahnya meletakkan mereka dalam kelompok filem terlaris.

Senarai itu merangkumi jumlah kutipan keseluruhan yang telah dicatatkan, jumlah filem di dalam francais tersebut serta filem paling laris di dalam siri filem berkenaan.

Apakah filem francais kegemaran anda berada dalam kelompok 10 filem terlaris itu?

1. Marvel Cinematic Universe

Marvel Cinematic Universe

Jumlah kutipan di seluruh dunia: AS$9.08 billion (RM39 billion)

Jumlah filem: 12 buah termasuk dua buah filem The Avengers, Iron Man (tiga), Captain America (dua), Thor (dua) dan selebihnya adalah The Increcible Hulk (2008), Guardians of the Galaxy (2014) dan Ant-Man (2015).

Filem paling laris: The Avengers (2012) – AS$1.52 billion (RM6.52 billion)

2. Harry Potter

Harry Potter

Jumlah kutipan di seluruh dunia: AS$7.72 billion (RM33.2 billion)

Jumlah filem: Lapan buah

Filem paling laris: Harry Potter and the Deathly Hallows – Part 2 (2011) – AS$1.34 billion (RM5.74 billion)

3. James Bond

James Bond

Jumlah kutipan di seluruh dunia: AS$6.83 billion (RM29.2 billion)

Jumlah filem: 26 buah termasuk dua filem yang bukan terbitan EON – Never Say Never Again (1983) dan Casino Royale (1967)

Filem paling laris: Skyfall (2012) – AS$1.10 billion (RM4.72 billion)

4. Middle-earth

Middle-earth

Jumlah kutipan di seluruh dunia: AS$5.9 billion (RM25.3 billion)

Jumlah filem: Tujuh buah filem – enam masing-masing dalam siri The Lord of the Rings dan The Hobbit manakala sebuah lagi adalah filem The Lord of the Rings yang pernah diterbitkan pada tahun 1978.

Filem paling laris: The Lord of the Rings: The Return of the King (2003) – AS$1.12 billion (RM4.8 billion)

5. Star Wars

Star Wars

Jumlah kutipan di seluruh dunia: AS$4.39 billion (RM18.8 billion)

Jumlah filem: Tujuh buah termasuk sebuah filem animasi, The Clone Wars (2008)

Filem paling laris: Star Wars: Episode I – The Phantom Manace (1999) – AS$1.02 billion (RM4.4 billion)

6. Spider-Man

Spider-Man

Jumlah kutipan di seluruh dunia: AS$3.96 billion (RM17 billion)

Jumlah filem: Lima buah termasuk tiga yang diarahkan dan diterbitkan oleh Sam Raimi dan selebihnya daripada siri The Amazing Spider-Man.

Filem paling laris: Spider-Man 3 (2007) – AS$890 juta (RM3.82 billion)

7. The Fast and the Furious

The Fast and the Furious

Jumlah kutipan di seluruh dunia: AS$3.89 billion (RM16.7 billion)

Jumlah filem: Tujuh buah

Filem paling laris: Furious 7 (2015) – AS$1.51 billion (RM6.5 billion)

8. Batman

Batman


Jumlah kutipan di seluruh dunia: AS$3.8 billion (RM16.3 billion)

Jumlah filem: 10 buah termasuk lima daripadanya adalah daripada pengarah Tim Burton dan Joel Shumacher, Christopher Nolan (tiga), sebuah filem asal Batman: The Movie (1966), filem animasi Batman: The Mask of the Phantasm (1993) serta filem Catwoman (2004)

Filem paling laris: The Dark Knight Rises (2012) – AS$1.08 billion (RM4.64 billion)

9. Transformers

Transformers

Jumlah kutipan di seluruh dunia: AS$3.78 billion (RM16.2 billion)

Jumlah filem: Lima buah temasuk sebuah filem The Transformers: The Movie yang pernah diterbitkan pada tahun 1986.

Filem paling laris: Transformers: Dark of the Moon (2011) – AS$1.12 billion (RM4.81 billion)

10. Pirates of the Caribbean

Pirates of the Caribbean

Jumlah kutipan di seluruh dunia: AS$3.72 billion (RM16 billion)

Jumlah filem: Empat buah

Filem paling laris: Pirates of the Caribbean: Dean Man’s Chest (2006) – AS$1.07 billion (RM4.59 billion)

BACA INI JUGA: Top 10 Kos Pembikinan Paling Mahal Filem Hollywood

Sumber: Therakyatpost

Senarai Penuh Pemenang Anugerah Oscar 2016

Senarai Penuh Pemenang Anugerah Oscar 2016

Untuk pertama kali, Leornardo DiCaprio berjaya memenangi anugerah Oscar, selepas enam kali tercalon di majlis anugerah berprestij itu.

Leornardo Dicaprio Oscars 2016

Kemenangan pelakon utama filem The Revenant, Leornardo Dicaprio adalah antara yang paling dinantikan bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik.

Sementara itu, Filem Terbaik dimenangi oleh filem Spotlight arahan Tom McCarthy.

The Revenant juga turut memenangi beberapa kategori termasuk Pengarah Terbaik untuk González Iñárritu.

Pada awalnya filem Mad Max: Fury Road dilihat mendominasi kemenangan untuk beberapa anugerah yang diumumkan.

Keputusan akhir, The Revenant menang tiga kategori manakala Mad Max: Fury Road menang enam kategori.

Ini senarai penuh pemenang Anugerah Oscar 2016 yang ke 88:

Filem Terbaik
  • The Big Short
  • Bridge Of Spies
  • Brooklyn
  • Mad Max: Fury Road
  • The Martian
  • The Revenant
  • Room
  • Spotlight (Pemenang)

Pelakon Lelaki Terbaik
  • Bryan Cranston, Trumbo
  • Matt Damon, The Martian
  • Leonardo DiCaprio, The Revenant (Pemenang)
  • Micheal Fassbender, Jobs
  • Eddie Redmayne, The Danish Girl

Pelakon Wanita Terbaik
  • Cate Blanchett, Carol
  • Brie Larson, Room (Pemenang)
  • Jennifer Lawrence, Joy
  • Charlotte Rampling, 45 Years
  • Saoirse Ronan, Brooklyn

Pengarah Terbaik
  • The Big Short, Adam McKay
  • Mad Max: Fury Road, George Miller
  • The Revenant, Alejandro González Iñárritu (Pemenang)
  • Room, Lenny Abrahamson
  • Spotlight, Tom McCarthy

Lagu Tema Terbaik
  • “Earned It” from “Fifty Shades of Grey” Muzik dan Lirik oleh Abel Tesfaye, Ahmad Balshe, Jason Daheala Quenneville dan Stephan Moccio
  • “Manta Ray” from “Racing Extinction” Muzik oleh J. Ralph dan Lirik oleh Antony Hegarty
  • “Simple Song #3” from “Youth” Muzik dan Lirik oleh David Lang
  • “Til It Happens To You” from “The Hunting Ground” Muzik dan Lirik oleh Diane Warren dan Lady Gaga
  • “Writing’s On The Wall” from “Spectre” Muzik dan Lirik oleh Jimmy Napes dan Sam Smith (Pemenang)

Skor Muzik Terbaik
  • “Bridge of Spies” Thomas Newman
  • “Carol” Carter Burwell
  • “The Hateful Eight” Ennio Morricone (Pemenang)
  • “Sicario” Jóhann Jóhannsson
  • “Star Wars: The Force Awakens” John Williams

Filem Bahasa Asing Terbaik
  • “Embrace of the Serpent” Colombia
  • “Mustang” France
  • “Son of Saul” Hungary (Pemenang)
  • “Theeb” Jordan
  • “A War” Denmark

Filem Pendek
  • “Ave Maria” Basil Khalil and Eric Dupont
  • “Day One” Henry Hughes
  • “Everything Will Be Okay (Alles Wird Gut)” Patrick Vollrath
  • “Shok” Jamie Donoughue
  • “Stutterer” Benjamin Cleary and Serena Armitage (Pemenang)

Filem Dokumentari
  • Amy, Asif Kapadia and James Gay-Rees (Pemenang)
  • Cartel Land, Matthew Heineman dan Tom Yellin
  • The Look of Silence, Joshua Oppenheimer dan Signe Byrge Sørensen
  • What Happened, Miss Simone?, Liz Garbus, Amy Hobby dan Justin Wilkes
  • Winter on Fire: Ukraine’s Fight for Freedom, Evgeny Afineevsky dan Den Tolmor

Dokumentari Subjek Pendek
  • Body Team 12, David Darg dan Bryn Mooser
  • Chau, beyond the Lines, Courtney Marsh dan Jerry Franck
  • Claude Lanzmann: Spectres of the Shoah, Adam Benzine
  • A Girl in the River: The Price of Forgiveness, Sharmeen Obaid-Chinoy (Pemenang)
  • Last Day of Freedom, Dee Hibbert-Jones dan Nomi Talisman

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
  • Christian Bale, The Big Short
  • Tom Hardy, The Revenant
  • Mark Ruffalo, Spotlight
  • Mark Rylance, Bridge of Spies (Pemenang)
  • Sylvester Stallone, Creed

Filem Animasi Terbaik
  • Anomalisa, Charlie Kaufman, Duke Johnson and Rosa Tran
  • Boy and the World, Alê Abreu
  • Inside Out, Pete Docter dan Jonas Rivera (Pemenang)
  • Shaun the Sheep Movie, Mark Burton and Richard Starzak
  • When Marnie Was There, Hiromasa Yonebayashi and Yoshiaki Nishimura

Kesan Visual
  • “Ex Machina” Andrew Whitehurst, Paul Norris, Mark Ardington dan Sara Bennett (Pemenang)
  • “Mad Max: Fury Road” Andrew Jackson, Tom Wood, Dan Oliver dan Andy Williams
  • “The Martian” Richard Stammers, Anders Langlands, Chris Lawrence dan Steven Warner
  • “The Revenant” Rich McBride, Matthew Shumway, Jason Smith dan Cameron Waldbauer
  • “Star Wars: The Force Awakens” Roger Guyett, Patrick Tubach, Neal Scanlan dan Chris Corbould

Filem Animasi Pendek
  • “Bear Story” Gabriel Osorio dan Pato Escala (Pemenang)
  • “Prologue” Richard Williams dan Imogen Sutton
  • “Sanjay’s Super Team” Sanjay Patel dan Nicole Grindle
  • “We Can’t Live without Cosmos” Konstantin Bronzit
  • “World of Tomorrow” Don Hertzfeldt

Suntingan Bunyi
  • “Mad Max: Fury Road” Mark Mangini and David White (Pemenang)
  • “The Martian” Oliver Tarney
  • “The Revenant” Martin Hernandez and Lon Bender
  • “Sicario” Alan Robert Murray
  • “Star Wars: The Force Awakens” Matthew Wood and David Acord

Adunan Bunyi
  • Bridge of Spies, Andy Nelson, Gary Rydstrom dan Drew Kunin
  • Mad Max: Fury Road, Chris Jenkins, Gregg Rudloff dan Ben Osmo (Pemenang)
  • The Martian, Paul Massey, Mark Taylor dan Mac Ruth
  • The Revenant, Jon Taylor, Frank A. Montaño, Randy Thom dan Chris Duesterdiek
  • Star Wars: The Force Awakens, Andy Nelson, Christopher Scarabosio dan Stuart Wilson

Suntingan Terbaik
  • The Big Short, Hank Corwin
  • Mad Max: Fury Road, Margaret Sixel (Pemenang)
  • The Revenant, Stephen Mirrione
  • Spotlight, Tom McArdle
  • Star Wars: The Force Awakens, Maryann Brandon dan Mary Jo Markey

Sinematografi
  • Carol, Ed Lachman
  • The Hateful Eight, Robert Richardson
  • Mad Max: Fury Road, John Seale
  • The Revenant, Emmanuel Lubezki (Pemenang)
  • Sicario, Roger Deakins

Solekan dan Dandanan Rambut
  • “Mad Max: Fury Road” Lesley Vanderwalt, Elka Wardega dan Damian Martin (Pemenang)
  • “The 100-Year-Old Man Who Climbed out the Window and Disappeared” Love Larson dan Eva von Bahr
  • “The Revenant” Siân Grigg, Duncan Jarman dan Robert Pandini

Rekaan Produksi
  • “Bridge of Spies” Rekaan Produksi: Adam Stockhausen; Dekorasi Set: Rena DeAngelo dan Bernhard Henrich
  • “The Danish Girl” Rekaan Produksi: Eve Stewart; Dekorasi Set: Michael Standish
  • “Mad Max: Fury Road” Rekaan Produksi: Colin Gibson; Dekorasi Set: Lisa Thompson (Pemenang)
  • “The Martian” Rekaan Produksi: Arthur Max; Dekorasi Set: Celia Bobak
  • “The Revenant” Rekaan Produksi: Jack Fisk; Dekorasi Set: Hamish Purdy

Rekaan Kostum
  • Carol, Sandy Powell
  • Cinderella, Sandy Powell
  • The Danish Girl, Paco Delgado
  • Mad Max: Fury Road, Jenny Beavan (Pemenang)
  • The Revenant, Jacqueline West

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
  • Jennifer Jason Leigh, The Hateful Eight
  • Rooney Mara, Carol
  • Rachel McAdams, Spotlight
  • Alicia Vikander, The Danish Girl (Pemenang)
  • Kate Winslet, Jobs

Lakon Layar Adaptasi
  • “The Big Short” Charles Randolph dan Adam McKay (Pemenang)
  • “Brooklyn” Nick Hornby
  • “Carol” Phyllis Nagy
  • “The Martian” Drew Goddard
  • “Room” Emma Donoghue

Lakon Layar Asli Terbaik
  • “Bridge of Spies” Matt Charman, Ethan Coen & Joel Coen
  • “Ex Machina” Alex Garland
  • “Inside Out” Screenplay by Pete Docter, Meg LeFauve, Josh Cooley; Cerita asal oleh Pete Docter, Ronnie del Carmen
  • “Spotlight”Josh Singer & Tom McCarthy (Pemenang)
  • “Straight Outta Compton” Jonathan Herman dan Andrea Berloff; Cerita oleh S. Leigh Savidge & Alan Wenkus dan Andrea Berloff

BACA INI JUGA: Kontroversi Pemilihan Pelakon Filem-filem Hebat Hollywood

Sumber: Astroawani.com

Senarai Penuh Pencalonan Anugerah Oscar 2016

Senarai Penuh Pencalonan Anugerah Oscar 2016

Filem The Revenant menguasai pencalonan Anugerah Oscar 2016 dengan meraih 12 pencalonan. Filem hebat itu dibintangi aktor hebat, Leonardo DiCaprio yang tercalon bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik, pengarahnya, Alenjando Inarritu (Pengarah Terbaik) dan Tom Hardy (Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik).

Anugerah Oscar 2016

Jennifer Lawrence dan Cate Blanchett terus jadi pilihan pencalonan aktres terbaik oleh Oscar manakala aktres muda, Saoirse Ronan kembali tercalon menerusi kategori yang sama setelah pertama kali dicalonkan ketika usia 13 tahun pada 2007.

Lihat pencalonan penuh Anugerah Oscar ke-88 di bawah.

Filem Terbaik
  • The Big Short
  • Bridge Of Spies
  • Brooklyn
  • Mad Max: Fury Road
  • The Martian
  • The Revenant
  • Room
  • Spotlight

Pelakon Lelaki Terbaik
  • Bryan Cranston, Trumbo
  • Matt Damon, The Martian
  • Leonardo DiCaprio, The Revenant
  • Micheal Fassbender, Jobs
  • Eddie Redmayne, The Danish Girl

Pelakon Wanita Terbaik
  • Cate Blanchett, Carol
  • Brie Larson, Room
  • Jennifer Lawrence, Joy
  • Charlotte Rampling, 45 Years
  • Saoirse Ronan, Brooklyn

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
  • Christian Bale, The Big Short
  • Tom Hardy, The Revenant
  • Mark Ruffalo, Spotlight
  • Mark Rylance, Bridge of Spies
  • Sylvester Stallone, Creed

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
  • Jennifer Jason Leigh, The Hateful Eight
  • Rooney Mara, Carol
  • Rachel McAdams, Spotlight
  • Alicia Vikander, The Danish Girl
  • Kate Winslet, Jobs

Pengarah Terbaik
  • The Big Short, Adam McKay
  • Mad Max: Fury Road, George Miller
  • The Revenant, Alejandro González Iñárritu
  • Room, Lenny Abrahamson
  • Spotlight, Tom McCarthy

Suntingan Terbaik
  • The Big Short, Hank Corwin
  • Mad Max: Fury Road, Margaret Sixel
  • The Revenant, Stephen Mirrione
  • Spotlight, Tom McArdle
  • Star Wars: The Force Awakens, Maryann Brandon dan Mary Jo Markey

Filem Bahasa Asing Terbaik
  • “Embrace of the Serpent” Colombia
  • “Mustang” France
  • “Son of Saul” Hungary
  • “Theeb” Jordan
  • “A War” Denmark

Lagu Terbaik
  • “Bridge of Spies” Thomas Newman
  • “Carol” Carter Burwell
  • “The Hateful Eight” Ennio Morricone
  • “Sicario” Jóhann Jóhannsson
  • “Star Wars: The Force Awakens” John Williams

Rekaan Produksi
  • “Bridge of Spies” Rekaan Produksi: Adam Stockhausen; Dekorasi Set: Rena DeAngelo dan Bernhard Henrich
  • “The Danish Girl” Rekaan Produksi: Eve Stewart; Dekorasi Set: Michael Standish
  • “Mad Max: Fury Road” Rekaan Produksi: Colin Gibson; Dekorasi Set: Lisa Thompson
  • “The Martian” Rekaan Produksi: Arthur Max; Dekorasi Set: Celia Bobak
  • “The Revenant” Rekaan Produksi: Jack Fisk; Dekorasi Set: Hamish Purdy

Visual Effects
  • “Ex Machina” Andrew Whitehurst, Paul Norris, Mark Ardington dan Sara Bennett
  • “Mad Max: Fury Road” Andrew Jackson, Tom Wood, Dan Oliver dan Andy Williams
  • “The Martian” Richard Stammers, Anders Langlands, Chris Lawrence dan Steven Warner
  • “The Revenant” Rich McBride, Matthew Shumway, Jason Smith dan Cameron Waldbauer
  • “Star Wars: The Force Awakens” Roger Guyett, Patrick Tubach, Neal Scanlan dan Chris Corbould

Lakon Layar Adaptasi
  • “The Big Short” Charles Randolph dan Adam McKay
  • “Brooklyn” Nick Hornby
  • “Carol” Phyllis Nagy
  • “The Martian” Drew Goddard
  • “Room” Emma Donoghue

Lakon Layar
  • “Bridge of Spies” Matt Charman, Ethan Coen & Joel Coen
  • “Ex Machina” Alex Garland
  • “Inside Out” Screenplay by Pete Docter, Meg LeFauve, Josh Cooley; Cerita asal oleh Pete Docter, Ronnie del Carmen
  • “Spotlight”Josh Singer & Tom McCarthy
  • “Straight Outta Compton” Jonathan Herman dan Andrea Berloff; Cerita oleh S. Leigh Savidge & Alan Wenkus dan Andrea Berloff

Filem Animasi
  • Anomalisa, Charlie Kaufman, Duke Johnson and Rosa Tran
  • Boy and the World, Alê Abreu
  • Inside Out, Pete Docter dan Jonas Rivera
  • Shaun the Sheep Movie, Mark Burton and Richard Starzak
  • When Marnie Was There, Hiromasa Yonebayashi and Yoshiaki Nishimura

Sinematografi
  • Carol, Ed Lachman
  • The Hateful Eight, Robert Richardson
  • Mad Max: Fury Road, John Seale
  • The Revenant, Emmanuel Lubezki
  • Sicario, Roger Deakins

Rekaan Kostum
  • Carol, Sandy Powell
  • Cinderella, Sandy Powell
  • The Danish Girl, Paco Delgado
  • Mad Max: Fury Road, Jenny Beavan
  • The Revenant, Jacqueline West

Filem Dokumentari
  • Amy, Asif Kapadia and James Gay-Rees
  • Cartel Land, Matthew Heineman dan Tom Yellin
  • The Look of Silence, Joshua Oppenheimer dan Signe Byrge Sørensen
  • What Happened, Miss Simone?, Liz Garbus, Amy Hobby dan Justin Wilkes
  • Winter on Fire: Ukraine’s Fight for Freedom, Evgeny Afineevsky dan Den Tolmor

Dokumentari Subjek Pendek
  • Body Team 12, David Darg dan Bryn Mooser
  • Chau, beyond the Lines, Courtney Marsh dan Jerry Franck
  • Claude Lanzmann: Spectres of the Shoah, Adam Benzine
  • A Girl in the River: The Price of Forgiveness, Sharmeen Obaid-Chinoy
  • Last Day of Freedom, Dee Hibbert-Jones dan Nomi Talisman
  • Solekan dan Dandanan Rambut
  • “Mad Max: Fury Road” Lesley Vanderwalt, Elka Wardega dan Damian Martin
  • “The 100-Year-Old Man Who Climbed out the Window and Disappeared” Love Larson dan Eva von Bahr
  • “The Revenant” Siân Grigg, Duncan Jarman dan Robert Pandini

Lagu Asal
  • “Earned It” from “Fifty Shades of Grey” Muzik dan Lirik oleh Abel Tesfaye, Ahmad Balshe, Jason Daheala Quenneville dan Stephan Moccio
  • “Manta Ray” from “Racing Extinction” Muzik oleh J. Ralph dan Lirik oleh Antony Hegarty
  • “Simple Song #3” from “Youth” Muzik dan Lirik oleh David Lang
  • “Til It Happens To You” from “The Hunting Ground” Muzik dan Lirik oleh Diane Warren dan Lady Gaga
  • “Writing’s On The Wall” from “Spectre” Muzik dan Lirik oleh Jimmy Napes dan Sam Smith

Filem Animasi Pendek
  • “Bear Story” Gabriel Osorio dan Pato Escala
  • “Prologue” Richard Williams dan Imogen Sutton
  • “Sanjay’s Super Team” Sanjay Patel dan Nicole Grindle
  • “We Can’t Live without Cosmos” Konstantin Bronzit
  • “World of Tomorrow” Don Hertzfeldt

Filem Pendek
  • “Ave Maria” Basil Khalil and Eric Dupont
  • “Day One” Henry Hughes
  • “Everything Will Be Okay (Alles Wird Gut)” Patrick Vollrath
  • “Shok” Jamie Donoughue
  • “Stutterer” Benjamin Cleary and Serena Armitage

Suntingan Bunyi
  • “Mad Max: Fury Road” Mark Mangini and David White
  • “The Martian” Oliver Tarney
  • “The Revenant” Martin Hernandez and Lon Bender
  • “Sicario” Alan Robert Murray
  • “Star Wars: The Force Awakens” Matthew Wood and David Acord

Adunan Bunyi
  • Bridge of Spies, Andy Nelson, Gary Rydstrom dan Drew Kunin
  • Mad Max: Fury Road, Chris Jenkins, Gregg Rudloff dan Ben Osmo
  • The Martian, Paul Massey, Mark Taylor dan Mac Ruth
  • The Revenant, Jon Taylor, Frank A. Montaño, Randy Thom dan Chris Duesterdiek
  • Star Wars: The Force Awakens, Andy Nelson, Christopher Scarabosio dan Stuart Wilson

BACA INI JUGA: Kisah Kemahsyuran Walk of Fame Hollywood

Sumber: Astroawani

Misteri Kehilangan 11 Hari Pada September 1752

Misteri Kehilangan 11 Hari Pada September 1752

Sememangnya banyak perkara misteri di dunia, sesetengahnya kekal menjadi persoalan sehingga ke hari ini, manakala yang lain terjadi atas sebab-sebab yang tidak pernah diduga.

1752

Lebih tepat lagi, September pada ketika itu hanya memiliki 19 hari sahaja. Kejadian itu dikatakan berlaku di Kepulauan British. Pelik!

Pada mulanya, penduduk melalui situasi harian seperti biasa, bagaimanapun keadaan mula berubah selepas tarikh yang sepatutnya wujud pada esok hari bertukar secara tiba-tiba.

Pada tarikh yang sepatutnya iaitu 3 September 1752, penduduk tiba-tiba mendapati kalendar dicatatkan adalah 14 September!

Kejadian ini sekaligus menimbulkan rasa pelik kepada orang ramai dan selepas melakukan kiraan, didapati sebanyak 11 hari telah lenyap dalam bulan tersebut.

Lebih memeranjatkan, situasi sama turut berlaku pada tanah jajahan lain dan penduduk beranggapan seluruh kawasan di dunia mengalami perkara serupa.

Akibatnya, suasana menjadi tegang dan berlaku rusuhan dibeberapa tempat kerana masyarakat percaya kehilangan 11 hari itu merupakan agenda kerajaan untuk menipu rakyat.

Tambahan lagi apabila memikirkan upah pekerja selama sebulan mungkin tidak dapat diperolehi seperti biasa.

Bagi mengatasi situasi panik dan kemarahan rakyat, kerajaan bertindak melakukan pembayaran gaji 30 hari upah bagi individu yang bekerja penuh selama 19 hari untuk mengurangkan rasa marah dan bingung dikalangan penduduk.

Kepulauan British dilaporkan menjadi negara terakhir yang mengalami situasi pelik ini. Sebabnya, peristiwa yang sama dikatakan berlaku pada negara-negara lain terlebih dahulu.

Perancis, Austria dan Norway turut tersenarai dalam negara yang mengalami kehilangan hari dalam bulan itu.

Persoalannya, bagaimana perkara pelik ini boleh berlaku?

Menurut rekod yang dikeluarkan oleh Historic UK, situasi itu dikatakan terjadi akibat perubahan kalendar.

Sebelum itu, kerajaan Britain dan jajahannya menggunakan kelaendar Julian. Susunan tarikh ini dicipta oleh Julius Caesar pada tahun 46 Sebelum Masihi.

Kalendar Julian yang digunakan pada masa itu telah diubah kepada Gregorian oleh kerajaan Britain.

Jadual masa ini telah diwujudkan oleh Pope Gregory XIII dan tujuannya supaya tetapan tarikh dapat ditentukan dalam kedudukan yang sama dengan negara Eropah yang lain.

Sebelum ia diubah, kalendar Julian sering mengalami ralat satu hari bagi setiap 128 tahun. Ia dipercayai berpunca daripada kesalahan mengira tahun matahari sebanyak 11 minit, sekaligus menyebabkan masa bergerak lebih jauh daripada Ekuinoks.

Ekuinoks bermaksud peristiwa matahari dilihat berada tepat diatas garisan khatulistiwa Bumi.

Bagi menyelesaikan masalah ini, kalendar Gregorian mula diperkenalkan dan jadual tarikh ini disusun berdasarkan jumlah 365 hari dalam setahun, dimana ia dibahagikan kepada 12 bulan.

Setiap bulan mengandungi jumlah sama ada 30 atau 31 hari. Ia termasuklah satu bulan pendek yang mempunyai 28 hari iaitu Februari.

11 September 1752 Mystery [2]
Keadaan menjadi huru-hara.

Sengguhpun begitu, dalam tempoh empat tahun, akan berlakunya tahun lompat dengan kewujudan 29 hari di dalam bulan Februari.

Namun, pelaksanaan kalendar Gregorian sukar dilaksanakan dengan mudah. Ini bermaksud, tahun 1751 menjadi tahun pendek kerana hanya mempunyai 282 hari iaitu bermula pada 25 Mac (tahun baru dalam kelendar Julian) hingga 31 Disember.

Sementara pada tahun 1752 bermula pada tarikh 1 Januari, akan tetapi situasi tersebut kekal menjadi masalah persamaan tarikh bagi England dan negara Eropah lain.

Akhirnya, pemerintah membuat keputusan untuk melenyapkan 11 hari bagi membetulkan semula susunan tarikh.

Maka, 14 September ditetapkan sebagai tarikh seterusnya selepas 2 haribulan.

BACA INI JUGA: Misteri 'Ley Lines' Garisan Spiritual Bumi

-SENTIASAPANAS.COM

Sunday, February 28, 2016

Cara Daftarkan Nama Anak Sebagai Pemilik Tanah atau Rumah Sebagai Persediaan

Cara Daftarkan Nama Anak Sebagai Pemilik Tanah atau Rumah Sebagai Persediaan

Mungkin ramai sudah baca mengenai bagaimana menggunakan Trust Deed atau Surat Ikatan Pemeganag Amanah untuk ‘pindahkan’ harta kepada nama anak-anak semasa kita masih hidup.

Trust Deed

Sebenarnya, tujuan saya tulis Trust Deed tu ada kaitannya dengan penjualan dan pemilikan lot banglo yang dijual oleh sesetengah pemaju tanah kepada orang ramai.

Trust Deed ni digunakan untuk mengikat pembeli dan penjual tanah lot banglo tersebut. Dalam hal jual-beli lot banglo ini, penjual dinamakan sebagai Pemegang Amanah dan pembeli dinamakan sebagai Beneficiary.

Pembeli bukanlah penama berdaftar di dalam geran tersebut. Itu namanya geran kongsi. Selagi pemaju tanah tersebut tidak menyempurnakan tukar syarat tanah daripada pertanian kepada bangunan dan proses pecah sempadan dan seterusnya mendapatkan geran individu untuk dipindahmilik kepada pembeli, selagi itulah pembeli-pembeli itu berkongsi geran.

Bila berkongsi geran ni akan timbul banyak masalah daripada pelbagai segi antaranya pinjaman bank, perkongsian bayaran cukai tanah, sempadan dan utiliti. Kalau sudah meninggal, lagi panjang cerita isu pusaka.

Asalnya, trust deed di pejabat tanah digunakan untuk ‘memindahkan’ nama daripada ibubapa kepada anak-anak sahaja. Dalam trust deed hanya ada 3 klausa sahaja.

Namun trust deed yang sama telah digunakan oleh pemaju tanah untuk penjualan lot banglo menggunakan konsep yang sama iaitu penjual sebagai Pemegang Amanah dan ditambahkan lagi beberapa klausa mengikut persetujan pembeli dan penjual lot banglo berkenaan.

Berikut saya kongsikan langkah mudah bagaimana untuk memindahkan nama anak sebagai pemilik tanah atau rumah sewaktu kita masih hidup ini.

#1. Dapatkan Surat Ikatan Pemegang Amanah di Pejabat Tanah

Boleh dapatkannya di Pejabat Tanah. Apa antara kegunaan Trust Deed ini ? Gunakanlah ia untuk kita ‘memindahkan’ tanah/rumah kita kepada anak-anak atau orang yang kita pilih, walaupun semasa kita hidup.

#2. Isi Borang & Hantar Borang ke Unit Pendaftaran

Katakan kita ada tanah 1 ekar. Kita ada anak 4 orang. Kita nak anak kita setiap seorang dapat ¼ bahagian untuk tanah 1 ekar tersebut. Isi borang trust deed ni.

Namakan setiap anak kita dan bahagian yang diberikan kepada setiap anak tersebut di dalam borang Trust Deed. Hantar ke Pejabat Tanah (Unit Pendaftaran).

Maklumkan yang kita nak daftar Trust Deed ni dalam rekod Pejabat Tanah dan nak daftarkan nama anak dan bahagian-bahagian anak ke dalam geran tanah.

Nama anda akan dibatalkan sebagai pemilik di dalam geran. Sebaliknya akan didaftarkan sebagai Pemegang Amanah kepada anak-anak anda.

#3. Selepas Kematian, Anak Akan Membuat Tuntutan Pusaka

Selepas kematian anda, anak-anak akan membuat tuntutan pusaka ke Pejabat Pusaka (jika harta bawah RM2 juta) atau Mahkamah Tinggi (jika harta atas RM2 juta) sebagai bukti pemberian bahagian tanah telah dilaksanakan sebelum ini di Pejabat Tanah secara bertulis melalui Trust Deed.

Selepas penghakiman, anak-anak perlu bawa perintah penghakiman tersebut ke Pejabat Tanah dan nama anak-anak akan didaftarkan di dalam geran sebagai pemilik mengikut bahagian masing-masing.

Sebab Apa Tidak Disarankan Pindah Milik?

Kenapa kita tidak buat pindahmilik sahaja kepada anak-anak semasa kita hidup guna borang 14A? Sebab bila pindah hakmilik guna 14A, kita bukan lagi pemilik berdaftar harta berkenaan.

Ada kemungkinan anak-anak akan menghalau kita atau menjual hartanah berkenaan kerana dihasut oleh pihak ketiga.

Nota: Kami berpendapat info seperti ini jarang sekali kita ambil tahu, sedangkan bila-bila masa sahaja ketentuan telah ditetapkan masa untuk kita kembali dijemput Allah. Terima kasih tuan Jusni Hashim atas perkongsian, kami juga jemput anda untuk lawati laman TanahKosong.com untuk lebih banyak informasi mahal seperti ini!

BACA INI JUGA: Akaun ASB Di Bekukan Selepas Anda Meninggal!

Sumber: Majalahniaga.com

Penyakit Alahan Tiada Penawar!

Penyakit Alahan Tiada Penawar!

Di Malaysia, dianggarkan empat dalam setiap lima kanak-kanak berisiko menghidap alahan apabila kedua-dua ibu bapa mereka didapati menghidap penyakit itu. Alahan kini semakin berleluasa hingga ke tahap epidemik kerana tiada penawar.

Alahan alergik
Gambar hiasan.

Bagi menangani kebimbangan umum tentang isu alahan yang semakin meningkat, Persatuan Alergi & Imunologi Malaysia (MSAI) telah memulakan inisiatif Negara Bebas Alahan (Allergy Free Nation) pada peringkat kebangsaan.

Inisiatif ini bertujuan mengubah landskap alahan di Malaysia di samping menumpukan perhatian kepada bagaimana alahan dikenal pasti serta didiagnosis.

Ketua Penyiasat Kaji Selidik, Prof Dr Intan Hakimah Ismail, berkata kaji selidik berkenaan menyasarkan 10,000 responden berusia 22 hingga 40 tahun termasuk lelaki dan wanita untuk menilai hubung kait mereka dengan alahan di peringkat individu.

“Kaji selidik ini dijalankan di lebih 250 klinik pediatrik dan pakar sakit puan seluruh negara, 40 pusat perkembangan dan kanak-kanak di sekitar Lembah Klang.

“Soal selidik boleh disertai secara dalam talian di laman sesawang MSAI, Allergy-FreeNation.com,” katanya pada Pelancaran Inisiatif Penting Ke Arah Negara Bebas Alahan.

Menurutnya, data yang dikumpul akan dianalisis oleh pasukan pengkaji di Universiti Putra Malaysia (UPM) bawah bimbingan Dr Intan Halimah dan hasil kaji selidik dijangka akan diumumkan oleh MSAI pada Minggu Alahan Sedunia yang berlangsung pada 4 hingga 10 April 2016.

Katanya, kajian itu juga bermatlamat mengetahui tahap kesedaran orang ramai terutama ibu bapa mengenai penyakit alahan kerana mereka memainkan peranan penting untuk mencegah penyakit berkenaan.

Di seluruh dunia pula lebih 300 juta menghidap sekurang-kurangnya satu jenis alahan dan menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), asma merupakan alahan kronik kanak-kanak yang paling tinggi di Asia.

Asma adalah alahan kronik kanak-kanak paling lazim ditemui dengan tujuh juta dalam kalangan mereka terjejas akibat penyakit itu.

Di benua Asia sahaja, peningkatan penyakit berpunca daripada alahan adalah sangat signifikan sejak 10 tahun lalu dengan pening­katan kes asma daripada 0.8 peratus kepada 29.1 peratus manakala kes alahan resdung meningkat daripada lima peratus kepada 45 peratus dalam tempoh sama.

Angka ini dijangka terus meningkat, namun faktor penyebab peningkatan ini masih belum ditemui.

Presiden MSAI, Datuk Amir Hamzah Abdul Latiff pula menjelaskan, walaupun penyakit yang berpunca daripada alahan semakin menular, potensi penemuan hasil penyelidikan dihalang oleh kekurangan data untuk memastikan tahap kesedaran masyarakat mengenai isu ini.

Dilema ini kemudian mengakibatkan orang ramai tidak mengetahui mengenai alahan sehingga seseorang yang dekat dengan mereka seperti anak atau ahli keluarga menderita disebabkan penyakit ini.

“Kes alahan semakin meningkat menandakan semua orang mempunyai risiko menghidapinya. Negara Bebas Alahan adalah ikrar berani tetapi kami di MSAI percaya ia boleh dicapai apabila kami lebih memahami rakyat negara ini dan hubung kait dengan situasi alahan. Untuk menjadikannya suatu realiti, kita harus bermula dari sekarang.

“Betapa ironinya apabila sesuatu yang pada mulanya adalah mekanisma pertahanan sistem imun diri kini adalah salah satu daripada penyakit kanak-kanak yang semakin lazim.

“Bukan itu saja, ia turut menjejaskan kualiti hidup seseorang. Kesimpulannya alahan adalah kecelaruan pengaturcaraan sistem imun yang boleh mendatangkan kesan buruk,” katanya.

BACA INI JUGA: Bahaya Alahan Kepada Tubuh Manusia

Sumber: Hmetro

Kesan Buruk Akibat Tekanan Kerja Yang Anda Patut Tahu

Kesan Buruk Akibat Tekanan Kerja Yang Anda Patut Tahu

Tidak dinafikan tekanan untuk memenuhi kehendak karier yang penuh dengan persaingan kini menjadi alasan manusia sanggup untuk bersusah payah.

Stress at work

Apabila wang menjadi fokus utama, maka ada sesuatu yang lain perlu dikorbankan. Kesihatan tidak lagi diberi perhatian lalu menyebabkan pelbagai penyakit dan stres kronik yang adakalanya boleh mengakibatkan kematian.

Sikap terlalu fokus dan obses terhadap kerja menyebabkan seseorang individu itu mengalami ketidakseimbangan dalam perjalanan hidupnya. Berikut adalah akibat tekanan kerja yang banyak.

Nutrisi badan tidak seimbang

Bila anda terlebih bekerja, badan anda menjadi terlampau penat. Ini menyebabkan anda bergantung kepada kopi untuk kekal bertenaga, juga cenderung untuk memilih makanan yang tidak sihat kerana kekangan masa yang terhad. Bersenam juga seakan perkara yang semakin dilupakan.

Kurang tidur Orang dewasa memerlukan tidur yang mencukupi antara 7 hingga 8 jam sehari bagi memberi tenaga pada keesokan harinya. Kurang tidur menyebabkan otak jadi lembap dalam memberi tindakbalas dan berfikir.

Tidak gembira

Asyik dengan kertas kerja dan perbincangan berjam-jam lamanya membuatkan anda tiada masa untuk diri sendiri, apatah lagi untuk orang sekeliling.

Tiada komunikasi untuk menyemai hubungan baik bersama keluarga. Mudah berang dan tidak mensyukuri nikmat hidup. Hubungan dengan manusia terganggu, sekaligus menambah beban stres yang ada.

Penambah tenaga

Tidak fokus, mengantuk dan letih mendorong anda untuk menikmati minuman tenaga agar segar kembali. Minuman tenaga mengandungi bahan tambahan dan vitamin yang jika diambil secara berlebihan boleh menyebabkan toksik pada hati, gangguan sistem saraf, tekanan darah rendah serta penyakit mental.

Penyakit

Menurut World Health Organizatiion (WHO), 35 peratus daripada kes stres kerja mengakibatkan penyakit mental kronik. Mereka juga mengalami kemurungan yang berpanjangan akibat panik dan kerisauan sepanjang masa.

Selain itu, bagi mereka yang bekerja melebihi 10 jam setiap hari mempunyai 60 peratus peluang lebih tinggi untuk menghidap penyakit jantung.

BACA INI JUGA: Anda Mengalami Masalah Mental Apabila Berfikir Terlalu 'Jauh'

Sumber: Eh.com.my

Saturday, February 27, 2016

9 Nama Pulau Paling Pelik Di Malaysia

9 Nama Pulau Paling Pelik Di Malaysia

Negara kita sememangnya kaya dengan pelbagai tempat yang mempunyai nama pelik dan unik. Jom semak senarai nama pulau-pulau yang sangat pelik dan unik ini bagi menambahkan lagi pengetahuan am bersama!

Pulau Kentut Besar/Kentut Kecil

Pulau Kentut Besar/Kentut Kecil

Kedua-dua pulau ini terletak di perairan Pulau Langkawi. Ia merupakan dua diantara lambakan gugusan pulau yang berada di situ dengan pemandangan menarik, pantai pasir putih, dan laut biru yang sungguh jernih.

Pulau Babi Tengah

Pulau Babi Tengah

Pulau Babi Tengah atau Pulau Tengah adalah sebuah pulau milik persendirian. Ia terletak sembilan batu nautika dari luar pantai Mersing di Laut China Selatan di luar kawasan pantai timur Johor.

Perjalanan dari jeti bot Mersing mengambil masa kira-kira 30 minit.

Dalam tahun 70-an, pulau ini terkenal sebagai kem transit pelarian Vietnam yang kemudiannya ditutup pada awal tahun 80-an.

Pulau Babi Besar

Pulau Babi Besar

Pulau Besar, yang sebelum ini dikenali sebagai Pulau Babi Besar, adalah sebuah pulau di luar pantai timur Johor. Ia juga boleh diakses dengan bot dari bandar Mersing (kira-kira 30 minit).

Titik tertinggi di pulau ini mempunyai ketinggian 258 meter (845 kaki) dari aras laut.

Ia dikelilingi oleh Pulau Rawa, Pulau Sibu dan Pulau Tinggi, dan mempunyai ciri-ciri yang tenang, pantai yang bersih, pasir putih dan air biru jernih.

Pulau Timba Timba

Pulau Timba Timba

Pulau Timba Timba merupakan salah satu gugusan pulau kecil yang terletak di kawasan perairan Semporna, Sabah.

Antara tarikan popular di sini ialah satu garisan pemisah laut yang boleh dilihat dengan begitu jelas. Warna biru gelap dan warna biru terang seakan-akan terpisah dengan kemas dalam satu jajaran lurus.

Pulau Bum Bum

Pulau Bum Bum

Pulau Bum Bum dengan keluasan kira-kira 40 kilometer merupakan pulau kedua terbesar di Teluk Darvel yang terletak di Semporna, Sabah.

Ia dihuni oleh kaum Bajau Laut, sebuah kumpulan etnik peribumi tradisional yang tinggal di laut. Hanya 40,000 penduduk yang menetap di pulau ini.

Pulau Pom Pom

Pulau Pom Pom

Pulau Pom Pom juga terletak di kawasan perairan Laut Sulawesi di sekitar Semporna, Sabah. Ia mempunyai tumbuh-tumbuhan tropika yang kaya dan dikelilingi oleh pasir putih dan perairan biru yang memukau mata memandang.

Pulau kecil yang mengambil masa kira-kira sejam untuk berjalan ini merupakan tempat perlindungan penyu yang selalu datang pada waktu malam untuk bertelur.

Pulau Talang-Talang

Pulau Talang-Talang

Kawasan perlindungan marin pertama Sarawak, Taman Negara Talang-Satang meliputi kawasan seluas 19.414 hektar dan telah diwartakan pada tahun 1999 untuk meningkatkan pemuliharaan penyu.

Taman ini merangkumi kawasan pantai dan perairan sekitar empat pulau; Pulau Talang-Talang Besar dan Pulau Talang-Talang Kecil (terletak di luar Sematan), dan Pulau Satang Besar dan Pulau Satang Kecil (terletak di luar Santubong).

Pulau Bohey Dulang

Pulau Bohey Dulang

Pulau Bohey Dulang merupakan salah satu pulau paling popular di Taman Marin Tun Sakaran di kawasan perairan Semporna, Sabah.

Bohey Dulang sangat terkenal dengan pemandangan yang menakjubkan di bahagian atas puncak. Lihat saja gambar-gambar di bawah. Pasti ramai yang sukar mempercayai pulau ini sememangnya terletak di Malaysia.

Pulau Susu Dara

Pulau Susu Dara

Pulau Susu Dara terletak berhampiran dengan Pulau Perhentian. Di sekitar pulau ini terdapat gugusan pulau kecil iaitu Pulau Susu Dara Besar, Pulau Susu Dara Kecil dan Pulau Tokong. Kebiasaannya tetamu yang tinggal di Pulau Perhentian akan dibawa ke sini untuk snorkeling.

BACA INI JUGA: 13 Nama Tempat Pelik Yang Benar-Benar Wujud Di Malaysia

Sumber: Says

Facebook Perkenal Lima Butang Baru, ‘Love’, ‘Haha’, ‘Wow’, ‘Sad‘, ‘Angry‘

Facebook Perkenal Lima Butang Baru, ‘Love’, ‘Haha’, ‘Wow’, ‘Sad‘, ‘Angry‘

Anda mungkin berasa marah, geli hati, atau tersentuh dengan sesuatu yang anda lihat atau baca menerusi laman media sosial popular Facebook (FB)? Namun tidak tahu pula menyatakan perasaan itu?

Facebook+new+buttons

Jangan bimbang kini, anda boleh meluahkan perasaan sedemikian di laman tersebut. Selain butang ‘like‘ atau tanda suka, pengguna juga boleh menekan lima lagi butang pilihan – ‘love’, ‘haha’, ‘wow’, ‘sad‘ atau ‘angry‘.

FB melancarkan ciri-ciri baharu itu kepada pengguna seluruh dunia mulai 24 Februari dan diperkenalkan untuk membolehkan pengguna meluahkan pelbagai emosi unik terhadap catatan, gambar atau video yang dimuat naik.

Namun, anehnya butang ‘dislike‘ (tidak suka) tiada pula diperkenalkan – sesuatu yang diminta para pengguna FB sejak bertahun-tahun lamanya, malah pernah dibuat tinjauan pendapat oleh pihak pengurusan laman itu sendiri.

Pihak pentadbiran FB menyatakan bahawa mereka buat masa ini tidak akan menyediakan butang ‘dislike’ untuk mengelakkan pengguna daripada meluahkan perasaan kebencian atau menyalahgunakannya bagi maksud jahat.

“Saya sudah lama memikirkan cara betul untuk buat perkara ini dengan pasukan kami. Salah satu matlamat saya ialah untuk menjadikannya seringkas mungkin, seperti tekan butang ‘like‘,” kata pengasas FB, Mark Zuckerberg.

Facebook+unlike

Catatannya beliau itu mendapat ribuan ‘like’, ‘love’ dan reaksi lain. “Tidak semua detik kehidupan yang anda ingin kongsi adalah detik bahagia. Kadangkala anda mahu kongsi sesuatu yang sedih atau yang membuat anda marah.

“Sudah bertahun-tahun para pengguna di seluruh dunia mahukan butang ‘dislike‘, tapi bukan kerana mereka mahu beritahu rakan-rakan bahawa mereka tidak suka apa yang dicatatkan menerusi akaun mereka.

“Orang ramai perlu meluahkan rasa empati dan mahu meluahkan lebih banyak emosi dengan selesa di Facebook,” ujar Zuckerberg lagi sebagai menjelaskan rasional ketiadaan butang ‘dislike’ yang mencetuskan kontroversi itu.

FB sejak beberapa lama menjalankan ujian tentang cara beri lebih banyak pilihan kepada pengguna selain butang ‘like’, setelah ramai mengadu bahawa butang itu kadang kala tidak sesuai digunakan, terutama kejadian tragik.

“Kami pertimbang saranan ramai dan tahu patut sedia lebih banyak cara untuk mudah dan pantas luah apa yang anda rasa kepada sesuatu yang anda lihat di News Feed anda,” kata pengurus produk, Sammi Krug dalam blognya.

“Oleh itu, hari ini kami mula melancarkan ciri ‘Reactions’, lanjutan daripada butang ‘like‘, untuk memberikan anda lebih banyak cara untuk mengongsi reaksi anda dengan cara yang mudah dan pantas,” kata beliau lagi.

“Butang ‘like’ dengan imej tanda jempul masih kekal lagi di FB, namun disertakan dengan emotikon baharu. Kami faham ini satu perubahan besar, dan mahu melancarkannya setelah pertimbang dengan teliti,” kata Krug.

“Selama lebih setahun, kami menjalankan kajian secara global, termasuk kumpulan-kumpulan fokus dan tinjauan awam untuk mengenal pasti jenis reaksi apakah yang pengguna universal mahu gunakan,” tambah wanita itu lagi.

Ciri reaksi diperluaskan itu sudah diuji di beberapa pasaran dunia dan kini dilancarkan secara global. Butang reaksi baharu itu didedahkan Oktober tahun lalu sebagai projek percubaan pengguna FB di Sepanyol dan Ireland.

Lima ciri baharu tersebut malah menjadi topik trend perbualan hangat menerusi FB dan lelaman media sosial lain, dengan para pengguna di seluruh dunia menggunakan hashtag #dislikebutton sebagai tanda sokongan mereka.

Facebook+new+buttons [2]

Seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama samaran menulis komen: “Terima kasih @facebook atas ciri-ciri reaksi baharu ini, kecuali satu-satunya ciri yang saya mahukan sejak sekian lama iaitu #dislikebutton.”

Pengguna Diane Bjorling pula mengalu-alukan ciri itu: “Meskipun selama ini saya ingin butang ‘dislike’, selepas lihat bagaimana butang sedemikian boleh cetus konflik, saya gembira dengan butang-butang reaksi baharu ini.”

Pengguna FB, Greg Kreiger pula berkata butang ‘angry’ (marah) sudah cukup baginya: “Bagi mereka yang masih minta butang ‘dislike‘, tekan sahaja butang ‘angry.’ Ia lebih berkesan secara visual daripada butang ‘dislike’.” –Agensi/Mynewshub.cc/HAA

BACA INI JUGA: Kajian Menunjukkan Anda Lebih Gembira Jika Tiada Facebook!