Sunday, August 30, 2015

Jutawan Sorok Harta Untuk Diburu Dan Masih Belum Ditemui!

Jutawan Sorok Harta Untuk Diburu Dan Masih Belum Ditemui!

Jika anda seorang jutawan dan disahkan oleh doktor hanya mampu hidup beberapa bulan sahaja, apa yang akan anda lakukan?

Forrest Fenn

Forrest Fenn, seorang jutawan dan pemburu harta karun telah menyembunyikan harta yang dianggarkan bernilai USD$1 juta hingga USD$3 juta dikawasan pergunungan Rocky, barat Kanada setelah disahkan menghidap kanser tahap akhir pada tahun 1988.

Forrest adalah seorang pemburu harta karun yang sangat kaya. Dia tinggal di Santa Fe, New Mexico, bersama-sama koleksi barangan purba yang memiliki nilai sejarah berharga.

Dianggarkan koleksi peribadinya bernilai puluhan juta dolar hasil daripada usahanya memburu harta karun sejak usia remaja.

Malangnya, pada tahun 1988, dia disahkan menghidap kanser buah pinggang tahap empat menyebabkan pakar perubatan ketika itu mengandaikan dia hanya mampu hidup beberapa bulan sahaja lagi.

Oleh kerana mahu digelar lagenda, Forrest membuat keputusan untuk menanam sebuah peti yang penuh dengan barangan purba bernilai jutaan dolar di pergunungan Rocky bersama-sama autobiografinya.

Forrest telah membeli sebuah peti gangsa bernilai USD$25 ribu semasa terlantar sakit dan meletakkan semua koleksi purba yang terpilih.

Ketika beberapa barangan dipilih, wartawan media tempatan telah dijemput termasuklah dari akhbar New York Times. Douglas Preston turut dijemput untuk menyaksikan sendiri barang-barang yang disimpan.

Menurut Forrest, antara barangan yang dipilih adalah 265 keping siling emas, beratus keping jongkong emas, patung-patung kecil berupa jed China, artifak haiwan zaman Colombia, beberapa ketul delima, zamrud, nilam, permata dan beberapa beberapa lagi barangan termasuk autobiografinya.

Berdasarkan laporan media ABC News, Forrest Fenn tidak pernah menyatakan berapa nilai barangan-barangan tersebut tetapi dia memberikan klu kotak gangsa itu berukuran lebih kurang 10x10 inci.

Dengan ukuran itu, Jabatan Pelancongan New Mexico menganggarkan nilai barangan tersebut adalah sekitar USD$2 juta!

Forrest Fenn yang akhirnya berjaya sembuh dari penyakit buah pinggangnya menjelaskan, setakat ini sudah puluhan ribu orang telah menjejaki harta karun itu sejak diumumkan beberapa tahun lalu.

Menurut Forrest, sudah ramai yang hampir menemuinya namun atas sebab tidak mengikut arahan dengan betul, mereka gagal dalam misi.

Usaha dan misi pencarian juga sebenarnya bukanlah secara membabi-buta, Forrest terlebih dahulu memberi petunjuk kepada individu yang mahu menjejaki harta tersebut.

Ini termasuklah melalui penerbitan buku bertajuk The Thrill of The Chase, khusus untuk menjelaskan petunjuk lebih terperinci.

Forrest juga telah membuat satu blog khas untuk menulis puisi berkaitan petunjuk-petunjuk baru. Dia juga melayan dan memberi maklumat melalui e-mel kepada sesiapa yang bertanya secara terus.

Menurut Forrest, tujuan utama tindakan tersebut dibuat adalah untuk berkongsi dengan orang ramai harta pusaka yang dimiliki.

Forrest Fenn 9 clue
Antara 9 klu yang dibuat dalam puisinya.

Oleh kerana usahanya selama ini untuk memburu harta karun sangatlah sukar, dia telah merancang pemburuan ini sesuai dengan kesukaran dan nilai harta-harta karun tersebut.

Forrest mempelawa sesiapa sahaja yang mahu menyertai pemburuan harta karun ini termasuklah ahli keluarganya sendiri kerana mereka juga tidak tahu dimana harta-harta karun itu disembunyikan.

Forrest juga memberi petunjuk peti tersebut mungkin berada di Colorado, Montana, New Mexico atau Wyoming, tetapi setiap peserta perlu mengikut petunjuk yang diberi untuk menemuinya.

Adakah anda berminat?

Sila dapatkan buku serta lawati laman web Old Sante Fe Trading Company untuk mengetahui lebih lanjut petunjuk yang dapat membantu menjejaki harta karun bernilai jutaan dolar itu.

Selamat mencuba!

BACA INI JUGA: Dimana Harta Karun Beale Disembunyikan?

-SENTIASAPANAS.COM

Saturday, August 29, 2015

Benarkah Kafein Boleh Mencegah Rambut Gugur?

Benarkah Kafein Boleh Mencegah Rambut Gugur?

Berapa banyakkah manfaat yang boleh didapati seseorang lelaki daripada kafein? Terlalu banyak, kata seorang saintis Jerman.

Rambut gugur

Hasil kajian yang beliau lakukan dengan kerjasama institut penyelidikan dan klinik Jerman mendapati minuman penyegar tubuh itu juga mampu mencegah keguguran rambut dalam kalangan lelaki.

Dr Adolf Klenk, ketua Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Dr Kurt Wolff, berkata kajian itu menunjukkan bukti bahawa apabila kafeina menembusi jauh ke dalam umbi rambut, ia akan melindungi rambut daripada kesan negatif testosteron dan keguguran rambut secara pramatang.

"Kami mencipta syampu daripada sari kafein, yang menghasilkan tenaga diperlukan dalam fasa pertumbuhan rambut serta mampu bertindak balas terhadap kesan testosteron yang menyebabkan botak," katanya.

Beliau bagaimanapun berkata rawatan ini tidak begitu berkesan bagi tujuan pemulihan, tetapi lebih kepada pencegahan.

"Orang muda patut mendapatkan rawatan pencegahan ini apabila mula mencapai usia baligh, terutama yang mempunyai sejarah genetik...ini boleh dipastikan berdasarkan sejarah keadaan rambut bapa dan datuknya," kata beliau.

Sari kafein

Dr Klenk berkata meminum kopi tidak memberi kesan sama kerana dos kafein yang diperlukan untuk sampai ke umbi rambut ialah kira-kira 40 hingga 50 cawan minuman kopi dan ia dengan cepat terlarut serta dikumuhkan oleh tubuh.

Saintis ini berada di Kuala Lumpur baru-baru in untuk membentangkan hasil penyelidikan printisnya tentang kesan kafein terhadap kehilangan rambut dan beliau menjelajah ke seluruh dunia untuk berkongsi penemuannya tentang perkara itu. -Bernama

BACA INI JUGA: Tahukah Anda Siapa Pencipta Sikat Rambut?

8 Manfaat Kesihatan Air Mani Kepada Wanita Menurut Sains

8 Manfaat Kesihatan Air Mani Kepada Wanita Menurut Sains

Apa yang selalunya kita tahu tentang sperma? Selain membuat bayi, ada banyak lagi kebaikan sperma yang sebenarnya kita tak pernah tahu. Di sini kami senaraikan 8 manfaat dan kesan cecair ini kepada kesihatan tubuh badan.

1. Merupakan agen anti-stres semula jadi yang mencegah kemurungan

Mencegah Kemurungan

Seks secara umum boleh meletakkan senyuman kembali pada wajah, tetapi ramai tidak terfikir ia mempunyai kaitan dengan air mani.

Menurut kajian yang dijalankan ke atas 293 pelajar kolej wanita di State University of New York di Albany, pendedahan kepada air mani boleh menurunkan tanda-tanda kemurungan.

Menurut penulis kajian itu, "Data-data ini adalah selaras dengan kemungkinan bahawa air mani mampu menghilangkan gejala kemurungan kerana faraj wanita menyerap beberapa komponen air mani ke dalam saluran darah."

Pada dasarnya, wanita menyerap air mani dengan cepat, dan dengan itu manfaatnya mudah dikesan dalam aliran darah mereka.

2. Membantu untuk tidur lebih baik

Tidur lena

Selalunya, ramai yang akan rasa penat selepas mengadakan hubungan seks dan boleh tidur nyenyak pada malam itu.

Namun sebenarnya, tidur nyenyak itu bukannya disebabkan oleh penat sahaja, tetapi air mani turut main peranan.

Air mani mengandungi melatonin iaitu sejenis bahan kimia semula jadi yang mendorong seseorang untuk tidur dan relax.

Sama ada anda telan, atau menerimanya melalui hubungan kelamin, ia akan memasuki saluran darah dan membantu anda tidur lebih baik daripada kebanyakan ubat tidur lain.

3. Mengandungi multivitamin yang melambatkan proses penuaan

Awet-muda

Satu sudu (teaspoon) air mani mengandungi lebih 200 protein serta beberapa vitamin dan mineral yang baik termasuk vitamin C, kalsium, klorin, asid sitrik, fruktosa, asid laktik, magnesium, nitrogen, fosforus, kalium, natrium, vitamin B12, dan zink.

Walaupun jumlah setiap vitamin berbeza mengikut umur dan kesihatan si lelaki, biasanya mesti akan ada jumlah zink kira-kira 3 peratus, yang merupakan antioksidan yang membantu melambatkan proses penuaan.

Jadi selain senaman, seks juga memberi kesihatan kepada tubuh badan.

4. Seks oral boleh menurunkan tekanan darah

Girl-lollipop

Satu kajian baru-baru ini menunjukkan bahawa menelan air mani secara konsisten mampu menurunkan tekanan darah.

Wanita yang menelan sperma pasangan lelaki mereka semasa seks oral mempunyai risiko yang lebih rendah untuk mendapat preeclampsia iaitu komplikasi semasa mengandung yang menyebabkan tekanan darah tinggi.

Jadi, air mani sebenarnya berguna bukan sahaja dalam membuat bayi, tetapi membantu proses kandungan si isteri.

5. Mengurangkan risiko kanser prostat dan kanser payudara

Eye+wink

Jurnal Persatuan Perubatan Amerika melaporkan bahawa "kekerapan ejakulasi sperma mempunyai kaitan dengan penurunan risiko kanser prostat."

Ini bermakna, sama ada anda melakukannya sendiri atau dengan pasangan, jika ada ejakulasi secara konsisten, risiko untuk menghidap penyakit kanser prostat di kemudian hari berkurangan.

Selain itu, penyerapan air mani melalui dinding faraj juga telah dikaitkan dengan pengurangan risiko kanser payudara. Ini disebabkan oleh glikoprotein dan selenium yang terkandung dalam sperma.

6. Menggalakkan ovulasi dalam faraj

Ovulasi dalam faraj

Satu kajian dari Universiti Saskatchewan di Canada mendapati bahawa protein dalam air mani bertindak ke atas otak wanita untuk menggalakkan ovulasi - dan molekul yang sama ini juga turut mengawal pertumbuhan, penyelenggaraan, dan survival kepada sel-sel saraf.

Oleh itu, jelas menunjukkan di sini bahawa sperma memberi isyarat hormon, yang tercetus melalui hipotalamus dan kelenjar pituitari dalam otak wanita.

Ini seterusnya mencetuskan pengeluaran hormon lain yang memberi isyarat kepada ovari untuk melepaskan telur.

7. Mencegah keguguran

Pregnant

Sesetengah kes kemandulan dan keguguran adalah disebabkan oleh kehadiran antibodi yang memusnahkan protein atau antigen di dalam air mani. Salah satu cara untuk tangani masalah ini ialah dengan mengadakan hubungan kelamin.

Antigen sperma yang menyerap ke dalam saluran darah melalui faraj boleh membantu menjadikan kehamilan lebih selamat dan lebih berjaya.

8. Melebat, mencantik dan menyihatkan rambut

Long+Hair

Pada masa ini, air mani lembu telah digunakan untuk mengembalikan seri kepada rambut kusam dan rambut rosak.

Rupa-rupanya, air mani mempunyai agen penyembuhan vitamin E yang juga kaya dengan protein lima kali lebih banyak daripada produk penjagaan rambut di pasaran.

Kandungan protein di dalam sperma ini saling melengkapi dengan molekul protein di dalam rambut.

Meskipun sperma memberi manfaat kepada kesihatan, masih ada beberapa perkara yang perlu dititikberatkan sebelum mengadakan hubungan seks seperti penyakit STD dan kehamilan.

Jadi kenalah beringat sebelum terkena!

BACA INI JUGA: Cara-cara Isteri Menggoda Suami

Sumber: Says

Bateri Baharu iPhone Direka Tahan Seminggu!

Bateri Baharu iPhone Direka Tahan Seminggu!

Sebuah syarikat Britain mendakwa mencipta sel bahan api untuk telefon pintar ­iPhone yang tahan selama seminggu sebelum perlu dicas semula, lapor sebuah akhbar.

iPhone Hydrogen Fuel

Intelligent Energy membina sel bahan api mini menggunakan kuasa hidrogen dan oksigen. Syarikat itu memasang sebuah prototaip sel bahan api berkenaan di dalam kerangka sebuah iPhone 6.

Sel bahan api itu menggunakan lapisan besi dan plastik untuk membakar oksigen dan hidrogen dengan lubang-lubang kecil pada bahagian belakang membebaskan wap air.

Sel bahan api berfungsi seperti bateri konvensional tetapi memerlukan bahan api untuk ‘pembakaran’.

Tidak perlu dicas menggunakan kuasa elektrik, pengguna sebaliknya mengisi semula gas hidrogen ke dalam sel bahan api itu menggunakan soket khas.

Intelligent Energy iPhone Hydrogen Fuel Cell Technology

Syarikat itu sebelum ini menghasilkan peralatan berkuasa hidrogen yang boleh digunakan untuk mengecas telefon pintar dan alatan elektrik lain tetapi belum pernah membina sel bahan api yang cukup kecil dan muat di dalam sebuah te­lefon pintar.

“Setakat yang kami tahu, belum ada pihak yang menghasilkan sel bahan api untuk telefon pintar,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Intelligent Energy, Henri Winand. – Agensi

BACA INI JUGA: iPhone, Alat Perisikan Amerika Syarikat!

Friday, August 28, 2015

Misteri Deria Keenam, Sixth Sense!

Misteri Deria Keenam, Sixth Sense!

Kita memahami lima deria asas kita iaitu, lihat, dengar, hidu, sentuh dan rasa (lidah). Apa yang kebanyakan orang tidak begitu menyedari adalah perasaan atau deria keenam mereka, iaitu suatu perasaan 'dunia sebelah sana', suatu hubungan kepada sesuatu yang lebih daripada 5 deria fizikal sedia ada.

Sixth Sense
Gambar hiasan.

Perasaan inilah merupakan pintu ke alam yang tidak kelihatan itu tetapi boleh dirasai oleh Pancaindera Keenam (Sixth Sense) kita. Dalam dunia Sixth Sense ini seseorang yang cuba membuat hubungan dengan seseorang yang lain dalam keadaan komunikasi tidak boleh didengar, sentuhan tidak dirasai secara nyata tetapi berlakunya hubungan (connection).

Deria Keenam adalah suatu medium perantaraan di mana minda kita mampu berhubung dengan seseorang atau sesuatu menjangkaui sempadan, jarak dan masa.

Sebagai contoh ketika kita sedang memikirkan seseorang di suatu tempat, minda kita sedang fokus tentang dia, tiba-tiba sahaja telefon kita berbunyi dan kita lihat dia yang call kita dan kita merasakan seperti suatu keajaiban. Itulah contoh Sixth Sense bila dua gelombang minda (kita dan dia) berhubung.

Kewujudan Pancaindera Keenam atau Deria Rasa Keenam (Sixth Sense) ini telah menjadi sebahagian daripada kehidupan kita sama ada kita suka atau tidak.

Malahan ianya dipercayai berada dalam tahap tertinggi pada awal usia kehidupan kita, iaitu ketika kita masih kecil dimana dunia anak kecil ini lebih berada dalam peringkat minda bawah sedar (subconcious mind) yang tinggi, semakin kuat deria keenamnya.

Semakin meningkat usia kanak-kanak ini dalam proses kematangan akal fikiran, semakin berkurang pula tahap minda bawah sedarnya hingga peringkat matang atau dewasa.

Sixth Senth Adalah Saintifik

Setiap kita telah dilengkapi dengan kemampuan Deria Keenam ini sejak dari lahir lagi bagi membolehkan kita (secara sedar atau tidak) untuk berkomunikasi secara spiritual sebagaimana kewujudan roh dalam jasad kita.

Contohnya seorang ibu dapat merasai situasi anaknya walaupun berada berlainan tempat antara kedua mereka.

Ini adalah suatu fenomena bersifat saintifik yang berfungsi seperti dalam proses penghantaran maklumat elektronik seperti televisyen atau radio, memerlukan anda menala (tune) ke frekuensi tertentu untuk mendapatkan program yang anda mahu.

Begitu juga dengan Deria Keenam, ia memerlukan penalaan kepada frekuensi seseorang itu dalam dunia rohani/spiritual (sixth sense).

Kalau penalaan (tuning) elektronik dilakukan secara elektronik yang bersifat mekanikal di alam nyata, penalaan rohani dilakukan melalui otak dengan tumpuan mental (mantle focus), niat dan keinginan untuk tujuan tersebut.

Penalaan Mental (Mantle Tuning)

Walaupun kita mampu untuk melakukan mental fokus (mantle focus), namun penalaan mental fokus ini tidak konsisten dan berubah-ubah, sedang penalaan elektronik boleh dipercayai, konsisten dan hasilnya ketara, kerana sifatnya saintifik.

Perbezaan antara keduanya adalah, mental fokus ini lebih kepada komunikasi 'psikik' (psychic) di mana keketaraannya tidak begitu jelas sebagaimana peringkat awal pembangunan masa depan mampu pergi.

Ia mempunyai asas saintifik bagi merealisasikan objektifnya kerana semua perkara yang berlaku bekerja mengikut hukum saintifik (scientific law), malah boleh mengikut hukum yang belum ditemui lagi (by laws that haven’t been discovered yet).

Sebagai contohnya, andai kita renungkan kecanggihan teknologi hari ini, bagaimana tanggapan masyarakat ketika seratus tahun dahulu, pasti mereka akan ketawa atau pelik bila kita mengatakan "teknologi hanya berada di hujung jari" kepada mereka 100 tahun dahulu.

Begitulah yang dimaksudkan dengan kemampuan mental fokus ini hanya mampu sampai kepada peringkat awal pembangunan yang belum mampu dilihat hasil akhirnya, tetapi merupakan permulaan penting untuk mencapai matlamat.

Bukankah permulaan peranan otak inilah yang menjurus manusia mencipta kajayaan?

Peranan

Harus diingat, Deria Keenam atau Sixth Sense ini mempunyai pelbagai peranan. Rangsanglah Deria Keenam anda untuk tujuan yang baik-baik. Antaranya ketika kita berdoa kepada Allah.

Penalaan mental fokus adalah sangat penting untuk kita berhubung dengan Tuhan Pencipta kita, Dia Maha Mendengar, Maha Mengetahui, maka sambungkanlah (connect) 'bluetooth' kita ini semasa kita solat dan ketika kita berdoa kepada Allah supaya solat dan doa kita 'sampai' kepadaNya.

Antara yang menjadi khabar angin masyarakat pula adalah kemampuan Sixth Sense 'melihat makhluk halus' kononnya, sedangkan para ulama' sepakat mengatakan kita (manusia) tidak boleh melihat mereka.

Dan topik ini TIDAK berkaitan dengan makhluk halus! Topik ini sekadar meningkatkan lagi pemahaman berkaitan bidang Minda Separa Sedar (Subconscious Mind).

Mungkin dimasa akan datang, kita akan kupas lebih lagi akan peranan Deria Keenam ini dalam kehidupan dan bagaimana ia mampu memberi manfaat kepada kita. Insya'Allah.

BACA INI JUGA: 6 Nama Anak Paling Popular Tapi Disukai Jin!

sumber: mindloading

Sekadar Bertanya Kepada Najib, Adakah Itu Fitnah?

Sekadar Bertanya Kepada Najib, Adakah Itu Fitnah?

Kala ini, kita sering mendengar dan membaca perkataan 'fitnah' yang sering dilemparkan kepada pengkritik Najib. Bunyinya sentiasa hampir sama iaitu, Hentikan Fitnah!

Najib+Pengecut

Malangnya, bahagian mana yang sering dikatakan sebagai menfitnah Najib?

Bab 1MDB? Kita tak menuduh apa-apa, kita cuma bertanya. Kenapa begitu, kenapa begini, kenapa bertukar bentuk jadi begitu, kenapa, kenapa?

Kenapa kita terus bertanya? Sebabnya penjelasan yang diberikan itu sendiri yang mengundang persoalan lain!

Penjelasan longgar, tidak tepat, dan tidak boleh diterima begitu sahaja kepada kita yang mampu berfikir. KECUALI kepada mereka yang sanggup menelan apa sahaja yang dilontarkan oleh Najib dan pasukannya.

Makanya kita bertanya terus, adakah itu dikatakan sebagai Fitnah?

Bab Derma RM2.6 bilion? Tang mana yang fitnah tu? Adakah kerana kita tidak dapat menerima begitu saja alasan yang diberikan oleh Najib, ops... Najib tak berani nak jawab, hanya orang-orang Najib saja yang jawab.

Kalau nak berikan alasan sekalipun, biarlah yang masuk akal! Kalau hanya mampu berikan alasan yang memperbodohkan diri sesiapa yang terima dan percaya, jangan salahkan rakyat yang masih mampu berfikiran waras!

Adakah cerita keluarga Najib yang mengamalkan gaya hidup yang tersangatlah mewah dan tidak mencerminkan pendapatan rasmi Najib itu satu fitnah?

Mata kita melihat, telinga kita mendengar. Bukan kita saja malah satu dunia juga memerhati dan bertanya. Jawapan yang diberikan pula mengiyakan cerita-cerita kemewahan itu dan diberikan alasan kekayaan Najib berpunca dari harta pusaka, kah kah..

Anda terima? Kalaulah subjeknya bukan Najib tapi rakyat biasa, adakah anda akan terima alasan sebegitu begitu saja? Pihak berkuasa yang berkenaan dah siasat?

Bahagian mana yang fitnah?

Kenapa pula diminta orang lain yang tolong bersihkan nama Najib kalau tuan punya badan sendiri tidak tampil mempertahankan dirinya terlebih dahulu?

Contohnya dalam isu Derma, pernah Najib sendiri perjelaskan apa-apa? Tidak kan!

Jadi, semua cerita-cerita tentang IS, Yahudi, dana politik, semua itu bukankah satu bentuk fitnah juga? Versi tuan punya badan sendiri apa?

Biasa dengar ungkapan Berani Kerana Benar?

Yang berani ke depan bertemu rakyat dan sanggup bersoal jawab secara spontan dengan rakyat siapa? Najib? Hahahaha..

Dan sekali lagi, rakyat akan buat perbandingan keberanian dan ketelusan antara Tun Mahathir dan Najib..


No untuk rakyat hubungi bagi sebarang pengesahan mengenai majlis.
  • En Razali Alias - 019 7444437
  • En Osmarizan - 019 7999940
  • En Azhar - 019 7775897

Sekian.

BACA INI JUGA: Tun Mahathir Mengaku Pernah Simpan Duit Umno Dalam Akaun Peribadi

Sumber: Dinturtle

Beri Nama 'Syaitan' Elak Anak Meninggal!

Beri Nama 'Syaitan' Elak Anak Meninggal!

Sebelum ini, media Indonesia mendedahkan beberapa pemilik nama unik termasuk seorang warga Banyuwangi yang bernama Tuhan. Kini muncul pula nama unik lain iaitu Saiton, (syaitan).

Saiton

Memetik laporan media Indonesia, lelaki yang bernama Saiton itu berasal dari Palembang, Sumatera Selatan.

"Saiton lahir di Paldas Banyuasin, 10 Febuari 1976. Nama tersebut, kata dia, merupakan pemberian kedua orang tuanya, Cik Nang dan Saimubah," petik laporan Liputan 6 Com.

Menurut Saiton, pemberian nama itu diberikan kepadanya kerana dari 12 orang adik beradiknya yang lahir, dua orang sahaja yang kekal hidup. Sepuluh yang lain meninggal tatkala berusia 5 hingga 7 tahun.

"Jika hidup semua, kami keluarga besar dengan 13 saudara. Saat saya lahir, orang tua saya berfikiran saya tidak mungkin hidup. Kemungkinan kerana kesal anaknya meninggal terus dan sebab itulah orang tua saya menganggap saya sedang diganggu syaitan.

"Kerana itu, saya diberi nama Saiton. Orang tua saya mungkin sudah 'kepalang bingung mau kasih nama apa' (sudah pening untuk memberi nama) ," jelas Saiton.

Bercerita lanjut, Saiton berkata ketika dia berusia tiga tahun, dia pernah memprotes namanya itu, sebab namanya itu sering kali dijadikan sebagai bahan ejekan rakan-rakannya, lantas katanya kedua-dua orang tuanya menggantikan nama itu menjadi Iskandar.

Namun setelah diganti namanya, Saiton sakit dan ia berpanjangan selama tiga tahun. Pelbagai cara digunakan orang tuanya untuk mengubatinya namun tetap tidak berhasil.

"Orang tua saya panik dan beranggapan, bahawa saya juga tidak akan panjang umur sepertimana saudara saya yang lain, akhirnya saya dibawa kepada orang pintar dan disarankan untuk mengembalikan nama saya seperti sediakala.

"Setelah pakai nama Saiton semula, alhamdulillah saya sembuh dan hingga kini tidak ada penyakit yang parah menimpa saya," ujarnya.

BACA INI JUGA: Tuhan Kena Tukar Nama!

Sumber: Sinarharian.com.my

'Engkau Tidak Akan Sabar Dengan Keadilan-Ku'

'Engkau Tidak Akan Sabar Dengan Keadilan-Ku'

Sewaktu sedang bermunajat di bukit Thursina, Nabi Musa a.s. berdoa, "Ya Allah, tunjukkanlah keadilan-Mu kepadaku."

Keadilan Allah

Lalu Allah berfirman, "Jika Aku menampakkan keadilan-Ku kepadamu engkau tidak akan sabar dan segera menyalahkan-Ku."

Musa memohon lagi, "Dengan taufik-Mu, aku akan bersabar dan menyaksikan keadilan-Mu."

Lantas Musa diarahkan pergi ke sebuah mata air. Dia disuruh bersembunyi dan menyaksikan apa yang akan berlaku.

Tidak lama kemudian, datang seorang penunggang kuda. Dia singgah ke situ untuk minum menghilangkan dahaga. Penunggang itu tergesa-gesa pergi sehingga dia tercicir sekantung wang yang dibawanya.

Kemudian, datang pula seorang budak untuk mengambil air disitu. Dia ternampak kantung berisi wang dan mengambilnya lalu dibawa pergi.

Setelah itu, datang pula seorang lelaki tua dan buta. Dia mengambil air untuk minum sebelum berwuduk dan solat berdekatan mata air itu. Ketika itu juga, penunggang kuda tadi datang semula ke situ untuk mencari kantung duitnya yang tercicir.

"Wahai orang tua, adakah kau yang mengambil wangku yang tercicir disini?" tanya penunggang tersebut.

Lelaki tua itu menjawab, "Bagaimana aku dapat mengambil wang kamu sedangkan mata aku tidak mampu untuk melihat."

"Kamu jangan menipu. Tiada orang lain selain kamu di sini!" marah penunggang kuda itu.

Akhirnya dia membunuh lelaki tua yang buta itu dan menggeledah segala barang kepunyaan lelaki tersebut namun gagal menemui wangnya yang tercicir.

Musa yang bersembunyi dan melihat segala kejadian itu tidak faham dan segera bertanya, "Ya Allah, aku jadi tidak sabar melihat kejadian ini. Namun aku yakin Engkau Maha Adil. Mengapa kejadian ini berlaku?"

Lantas Allah mengutus Jibrail untuk menerangkan kepada Musa tentang kejadian yang disaksikannya.

"Wahai Musa, sesungguhnya Allah mengetahui segala perkara yang tidak engkau ketahui. Budak yang mengambil wang itu sebenarnya mengambil haknya sendiri. Dahulu, ayahnya pernah bekerja dengan si penunggang kuda, namun tidak dibayar. Jumlah yang harus dibayar penunggang itu kepada ayahnya adalah sama nilai dengan jumlah wang yang diambil budak itu. Sementara lelaki tua yang buta itu pula adalah orang yang telah membunuh ayah budak itu sebelum dia menjadi buta."

Maka, fahamlah Musa dengan apa yang disaksikannya. Benarlah sebagai manusia biasa, kita tidak mampu membaca keadilan yang hanya diketahui oleh Allah.

Bahkan, kita selalu menganggap Allah tidak adil dalam hidup kita kerana keputusan-Nya yang sering menyukar dan merugikan kita.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu; dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagi mu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah ayat 216)

BACA INI JUGA: Kisah Batu Ajaib Dari Syurga

-SENTIASAPANAS.COM