Sunday, August 30, 2015

Jutawan Sorok Harta Untuk Diburu Dan Masih Belum Ditemui!


Jika anda seorang jutawan dan disahkan oleh doktor hanya mampu hidup beberapa bulan sahaja, apa yang akan anda lakukan?

Forrest Fenn

Forrest Fenn, seorang jutawan dan pemburu harta karun telah menyembunyikan harta yang dianggarkan bernilai USD$1 juta hingga USD$3 juta dikawasan pergunungan Rocky, barat Kanada setelah disahkan menghidap kanser tahap akhir pada tahun 1988.

Forrest adalah seorang pemburu harta karun yang sangat kaya. Dia tinggal di Santa Fe, New Mexico, bersama-sama koleksi barangan purba yang memiliki nilai sejarah berharga.

Dianggarkan koleksi peribadinya bernilai puluhan juta dolar hasil daripada usahanya memburu harta karun sejak usia remaja.

Malangnya, pada tahun 1988, dia disahkan menghidap kanser buah pinggang tahap empat menyebabkan pakar perubatan ketika itu mengandaikan dia hanya mampu hidup beberapa bulan sahaja lagi.

Oleh kerana mahu digelar lagenda, Forrest membuat keputusan untuk menanam sebuah peti yang penuh dengan barangan purba bernilai jutaan dolar di pergunungan Rocky bersama-sama autobiografinya.

Forrest telah membeli sebuah peti gangsa bernilai USD$25 ribu semasa terlantar sakit dan meletakkan semua koleksi purba yang terpilih.

Ketika beberapa barangan dipilih, wartawan media tempatan telah dijemput termasuklah dari akhbar New York Times. Douglas Preston turut dijemput untuk menyaksikan sendiri barang-barang yang disimpan.

Menurut Forrest, antara barangan yang dipilih adalah 265 keping siling emas, beratus keping jongkong emas, patung-patung kecil berupa jed China, artifak haiwan zaman Colombia, beberapa ketul delima, zamrud, nilam, permata dan beberapa beberapa lagi barangan termasuk autobiografinya.

Berdasarkan laporan media ABC News, Forrest Fenn tidak pernah menyatakan berapa nilai barangan-barangan tersebut tetapi dia memberikan klu kotak gangsa itu berukuran lebih kurang 10x10 inci.

Dengan ukuran itu, Jabatan Pelancongan New Mexico menganggarkan nilai barangan tersebut adalah sekitar USD$2 juta!

Forrest Fenn yang akhirnya berjaya sembuh dari penyakit buah pinggangnya menjelaskan, setakat ini sudah puluhan ribu orang telah menjejaki harta karun itu sejak diumumkan beberapa tahun lalu.

Menurut Forrest, sudah ramai yang hampir menemuinya namun atas sebab tidak mengikut arahan dengan betul, mereka gagal dalam misi.

Usaha dan misi pencarian juga sebenarnya bukanlah secara membabi-buta, Forrest terlebih dahulu memberi petunjuk kepada individu yang mahu menjejaki harta tersebut.

Ini termasuklah melalui penerbitan buku bertajuk The Thrill of The Chase, khusus untuk menjelaskan petunjuk lebih terperinci.

Forrest juga telah membuat satu blog khas untuk menulis puisi berkaitan petunjuk-petunjuk baru. Dia juga melayan dan memberi maklumat melalui e-mel kepada sesiapa yang bertanya secara terus.

Menurut Forrest, tujuan utama tindakan tersebut dibuat adalah untuk berkongsi dengan orang ramai harta pusaka yang dimiliki.

Forrest Fenn 9 clue
Antara 9 klu yang dibuat dalam puisinya.

Oleh kerana usahanya selama ini untuk memburu harta karun sangatlah sukar, dia telah merancang pemburuan ini sesuai dengan kesukaran dan nilai harta-harta karun tersebut.

Forrest mempelawa sesiapa sahaja yang mahu menyertai pemburuan harta karun ini termasuklah ahli keluarganya sendiri kerana mereka juga tidak tahu dimana harta-harta karun itu disembunyikan.

Forrest juga memberi petunjuk peti tersebut mungkin berada di Colorado, Montana, New Mexico atau Wyoming, tetapi setiap peserta perlu mengikut petunjuk yang diberi untuk menemuinya.

Adakah anda berminat?

Sila dapatkan buku serta lawati laman web Old Sante Fe Trading Company untuk mengetahui lebih lanjut petunjuk yang dapat membantu menjejaki harta karun bernilai jutaan dolar itu.

Selamat mencuba!

BACA INI JUGA: Dimana Harta Karun Beale Disembunyikan?

-SENTIASAPANAS.COM

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon