Friday, July 24, 2015

Apakah Hukum Pendapatan Hasil Menjual Tahi Ayam?

Apakah Hukum Pendapatan Hasil Menjual Tahi Ayam?

Apakah hukumnya menjual najis ayam atau najis binatang? Apakah hukumnya kita menggunakan sumber pendapatan dari penjualan najis ini?

Baja tahi ayam

Baja yang berasal daripada najis boleh dibahagikan kepada dua kategori:

Pertama: Baja yang berasal daripada najis, tetapi penghasilannya telah melalui proses istihalah yang mengubah hakikat dan sifatnya, sehingga ia tidak lagi dinamakan sebagai najis dan tidak mempunyai sifat-sifat atau ciri-ciri najis. Maka baja seperti ini harus digunakan dan harus dijual beli.

Kedua: Baja yang berasal daripada najis dan masih mempunyai ciri-ciri asal kenajisannya. Baja seperti ini harus digunakan untuk pertanian kerana keperluan.

Tetapi untuk dijual beli, terdapat beberapa pandangan yang berbeza antara ulama Islam.

Sebahagian ulama mengharuskan penjualan baja najis seperti mazhab Hanafi. Al-Sarakhsi menyatakan, “Penjualan najis haiwan adalah harus, sekalipun memakannya adalah haram kerana ia adalah haram secara fizikalnya. Sekalipun demikian, menjualnya adalah harus”. (Al-Mabsut, 24:15).

Manakala jumhur ulama iaitu mazhab Maliki, mazhab Syafie dan mazhab Hanbali mengatakan bahawa hukum menjual najis adalah haram (Al-Majmuk, 9:230; Al-Mughni, 4:192).

Ini berdasarkan kepada hadis, “Sesungguhnya apabila Allah mengharamkan ke atas sesuatu kaum memakan sesuatu, maka Dia mengharamkan juga ke atas mereka nilainya (harga penjualannya)” (Abu Daud, 3:280, no: 3488).

Justeru, hukum asal menjual najis untuk dijadikan baja adalah haram dan tidak sah menurut pandangan majoriti ulama.

Namun, pengambilan keuntungan melalui industri baja boleh dilakukan melalui kontrak selain daripada jual beli seperti kontrak ijarah iaitu pengambilan upah ke atas sesuatu perkhidmatan.

Sebagai contoh, dalam kes seguni baja najis dijual dengan harga RM50, kontrak ditukar kepada ijarah, iaitu upah mengumpul, mengangkut dan menguruskan baja najis adalah RM50 bagi satu guni.

Dalam hal ini, segala syarat-syarat dan rukun-rukun kontrak ijarah mestilah dipatuhi.

Wallahu A’lam.

BACA INI JUGA: 6 Dosa Besar Yang Tidak Akan Diampunkan Allah

Sumber: e-fatwa

Thursday, July 23, 2015

Betul Ke Pelajar Tajaan MARA Asyik Makan Sedap?

Betul Ke Pelajar Tajaan MARA Asyik Makan Sedap?

Sering kali kita mendengar, yang kononnya pelajar-pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) di bawah tajaan pinjaman MARA dikatakan lebih ‘mewah’ berbanding pelajar-pelajar yang menggunakan PTPTN dan JPA.

Makan

Benarkah dakwaan ini?

Dari pengalaman kami sebagai bekas pelajar di bawah tajaan MARA, mungkin apa yang dikatakan ada benarnya dan sedikit sebanyak merasai sendiri apakah yang dimaksukan dengan ‘mewah’ tersebut.

Menerusi sebuah carta yang mengambarkan tahap perbezaan jenis ‘makanan’ di antara perbezaan skim loan pelajaran ini, anda pasti boleh menggambarkan bagaimana situasi yang dikatakan pelajar MARA adalah lebih mewah.

Jom lihat sebab-sebab mengapa pelajar tajaan MARA ini sering memakan makanan yang enak-enak sahaja, dalam kata lain mempunyai wang yang lebih berbanding yang lain.

MARA

Konsep MARA ini senang sahaja, iaitu para pelajar akan ditanggung setiap bulan.

Macam iba-bapa kita bagi duit pada tiap-tiap bulan, ini semestinya amat menyenangkan para pelajar sebenarnya kerana dengan itu, kita akan lebih berjimat.

Duit untuk yuran pembelajaran, akan ditolak oleh MARA sendiri bagi urusan pihak kolej, nampak tak? Kita boleh menilai di situ kelebihan pelajar-pelajar di bawah tajaan MARA.

Maka tidak hairanlah di awal bulan makanan-makanan yang digambarkan melalui gambarajah adalah mahal, namun di setiap hujung bulan, duit bulanan pasti sudah tidak banyak lagi dan itulah yang digambarkan dengan ‘maggi cup‘ sahaja.

PTPTN

Bagi pelajar yang menggunakan loan PTPTN pula, mereka akan diberi wang pinjaman mereka pada setiap satu semester keseluruhan.

Cuba anda bayangkan situasi di mana pada bulan pertama dalam semester tersebut, baki akaun di bank masih mempunyai nilai di antara RM1,000 ke RM2,000.

Pastinya buat pelajar ini pada mulanya akan gembira teramat apabila terdapat duit sebanyak itu di dalam akaun, tetapi apabila masuk ke bulan yang ke-3 atau ke-4, duit pinjaman sudah habis dibelanjakan.

Maka aktiviti tengok wayang di hujung minggu kini tidak lagi menjadi aktiviti kegemaran buat golongan ini.

Seperti gambar maggi cup di dalam carta, begitulah rata-ratanya keadaan ‘ekonomi’ buat kebanyakan pelajar loan PTPTN.

Pada ketika itu, mulalah menghubungi Mak dan Ayah untuk meminta duit tambahan, hmm… agak membebankan di situ.

JPA

Buat pelajar JPA pula, nilai wang dan elaun yang diperoleh agak banyak dan lebih berbanding daripada PTPTN dan MARA.

Pelajar akan diberikan wang sara diri sehingga RM5,000 untuk satu semester.

Cuma yuran pengajian perlu dibayar sendiri untuk semester tersebut tetapi wang yang selebihnya adalah milik sendiri.

Maka jika yuran hanya RM1,000 untuk semester tersebut, jadi masih ada RM4,000 bukan?

Mereka juga turut diberikan pelbagai elaun seperti wang saku latihan amali khas kepada pelajar-pelajar tajaan JPA ini.

Cuma bila dah nama ‘biasiswa’ tu, pastinya proses pindahan wang ke akaun pelajar akan mengambil sedikit masa berbanding loan yang lain.

Bertepatan dengan imej maggi cup di awalan semester yang kemudiannya digantikan dengan imej hidangan stik menandakan pelajar tersebut sudah mendapat wang biasiswa dari JPA.

Disebabkan biasiswa, bersyukurlah kerana anda tidak perlu membayar balik dan itulah kelebihan buat pelajar-pelajar genius yang cemerlang di dalam pelajaran.

Yang penting cuma kekalkan prestasi keputusan CGPA yang baik pada tiap semester agar biasiswa anda tidak ditarik balik.

Pengurusan Kewangan

Apa yang pasti, pengurusan wang itulah sebenarnya “key point” yang paling penting sekali.

Sama ada pelajar itu di bawah tajaan JPA, MARA atau PTPTN, jika gagal menguruskan wang pinjaman pelajaran dengan baik, pasti tiap-tiap bulan yang seterusnya akan menjadikan makanan maggi cup sebagai makanan ‘rasmi’.

Lebih-lebih lagi buat pelajar MARA, kekurangan wang di hujung bulan bukanlah merupakan suatu ‘mitos’, tetapi realiti buat kebanyakan pelajar-pelajar ini.

Jadi buat pelajar dan mahasiswa di luar sana, harap selepas ini uruskanlah kewangan anda dengan baik dan teratur agar tidak rasa tersempit di hujung semester mahupun di hujung bulan.

Jika wang diuruskan dengan baik, Insya Allah pasti akan ada lebihan yang boleh digunakan ketika di alam pekerjaan kelak.

BACA INI JUGA: Alangkah Mudahnya Menjadi Kaya

Sumber: Mynewshub.cc

Pemimpin PAS Langgar Bai’ah, Tertalaklah Isteri Dengan 3 Talak!

Pemimpin PAS Langgar Bai’ah, Tertalaklah Isteri Dengan 3 Talak!

Sedang sibuk segala persiapan dibuat oleh pimpinan PAS yang kalah sewaktu pemilihan Muktamar PAS untuk menubuhkan sebuah parti politik baru Gerakan Harapan Baru, mereka mungkin terlupa dengan BAI’AH yang telah mereka lafaz dan tandatangan sebelum PRU 13.

Gerakan-Harapan-Baru

Ketika ini pemerhati politik tanahair sedang menonton aksi-aksi ahli PAS yang kecewa dan kalah teruk setelah akar umbi perwakilan parti itu tidak lagi mahu memilih mereka sebagai pucuk pimpinan PAS.

Pada pemilihan tersebut terbukti akar umbi perwakilan lebih percaya untuk memilih golongan Ulama’ dan menyingkirkan juak juak yang dilihat menjadi barua dan tukang basuh berak DAP!

Sehubungan dengan kekecewaan dan kehampaan itu, juak juak ini yang diketuai oleh calon Timbalan Presiden PAS yang kalah, Mat Sabu telah membuat pelancaran Gerakan Harapan Baru sebagai platform politik menghalalkan hubungan mereka dengan DAP setelah pada Muktamar PAS membuat keputusan ‘mufarakah’ dengan parti chauvanist itu.

Dalam keghairahan Mat Sabu dan kuncu-kuncunya mencari jalan untuk menghalalkan semula hubungan dengan DAP, agaknya mereka terlupa dengan ucap lafaz BAI’AH.

JOM kita sama sama baca apa isi kandungan BAI’AH yang mereka lafazkan dan tandatangan;

Saya berikrar untuk patuh kepada hukum Allah dan Rasulnya dan patuh pada arahan pucuk pimpinan parti yang tidak bercanggah dengan ajaran islam.

Bahawa saya bersumpah dengan nama Allah, wallahi, wabillahi, watallahi, sekiranya saya meninggalkan atau melompat ke parti lain dengan kerelaan saya sendiri setelah terpilih menjadi Ahli Dewan Negeri atau Dewan Rakyat maka akan tertalaklah isteri atau isteri-isteri saya dengan tiga talak dan segala perbelanjaan saya dengan menggunakan wang elaun ahli dewan tersebut adalah haram.

Dan bahawa saya juga bersumpah dengan nama Allah, wallahi wabillahi, watallahi untuk meletak jawatan dari menjadi Ahli Dewan Negeri atau Dewan Rakyat tersebut apabila saya keluar atau dipecat dari parti.

Saya yang bertandatangan dibawah ini:

Pemimpin PAS Langgar Bai’ah

Nampak jelas? Tak keterlaluan kalau kita namakan pimpinan PAS adalah haiwan politik kerana sanggup memperdagangkan isteri mereka demi kelangsungan politik!

Utusan Online

KOTA BHARU 22 Julai – Setiap wakil rakyat Pas di ne­geri ini yang mengambil keputusan keluar parti tanpa meletakkan jawatan, secara automatik telah menceraikan isteri masing-masing dengan talak tiga.

Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, perkara itu terkandung dalam lafaz bai’ah atau sumpah taat setia yang dibuat setiap wakil rakyat Pas di negeri ini sejak 2004. Sehubungan itu, beliau yang juga Menteri Besar mengingatkan mana-mana pemimpin Pas Kelantan yang bercadang melompat parti supaya sedar tentang kesan jangka panjang yang bakal berlaku sekiranya melanggar bai’ah yang dipersetujui di hadapan Pesuruhjaya Pas negeri ketika itu, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Apabila perkara ini berlaku dalam hukum Islam (bai’ah), sekali kita sebut akan berpanjangan. Bukan bergantung hari ini dan esok sahaja. “Seperti mana Ketua Hakim Mahkamah Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhammad pernah berkata, jangan kita memandang ringan perkara ini kerana kesannya berpanjangan,” katanya selepas merasmikan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Mahasiswa Kelantan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita mengenai kandungan bai’ah dan sumpah wakil rakyat di negeri ini yang tersebar dalam aplikasi WhatsApp bahawa akan jatuh talak tiga terhadap isteri masing-masing jika mereka mengkhianati parti tanpa melepaskan jawatan yang disandang.

Ahad lalu, bekas Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Khalid Abdul Samad mengumumkan pemimpin-pemimpin yang terlibat dalam Gerakan Harapan Baru (GHB) akan mening­galkan Pas secara automatik apabila sebuah parti politik baharu ditubuhkan secara rasmi pada 14 September depan.

Enam wakil rakyat Pas di negeri ini iaitu Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaafar; Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr. Mohd. Hatta Ramli; Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr. Nik Mazian Nik Mohamad; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelaboran, Mohamad Zaki Ibrahim dan ADUN Tendong, Rozi Mohamad antara yang di­jangka menyertai GHB.

Ahmad mengakui lafaz bai’ah menjatuhkan talak tiga ke atas isteri jika meninggalkan atau melompat parti selepas terpilih menjadi wakil rakyat Pas telah lama diamalkan di negeri itu sejak 2004. Walau bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut berhubung isi kandungan bai’ah tersebut, namun mengesahkan kesahihannya.

Apakah nanti Mat Sabu bersama-sama dengan kuncu-kuncunya seperti Salahudin Ayub, Khalid Samad, Dr Hatta Ramli, Husam Musa, Kamaruddin Jaafar, Hanipah Maideen akan menjadi “mangsa” kepada BAI’AH ini sekaligus membuatkan isteri atau isteri isteri mereka akan dijatuhkan talak tiga?

BACA INI JUGA: Kenapa Arab Saudi Bukan Negara Islam, Tapi Penjual Islam?

Sumber: Medan-info-kita

Manuskrip Al-Quran Tertua Di Dunia Berusia 1,370 Tahun!

Manuskrip Al-Quran Tertua Di Dunia Berusia 1,370 Tahun!

Universiti Birmingham dipercayai memiliki manuskrip al-Quran tertua di dunia dipercayai berusia 1,370 tahun.

Manuskrip Al-Quran Tertua
Manuskrip ditulis atas kulit.

Analisis radiokarbon menunjukkan naskhah itu dari sekitar 568 hingga 645 Masihi dengan ketepatan 95.4 peratus.

Hasil ujian itu yang dilakukan di Universiti Oxford mencadangkan manuskrip berkenaan ditulis kurang 20 tahun selepas Nabi Muhammad SAW wafat.

Profesor Agama Kristian dan Islam universiti berkenaan David Thomas berkata, “Ujian itu memang penemuan mengejutkan di dalam koleksi universiti kami, malah manuskrip ini tidak mustahil dihasilkan dalam tempoh beberapa tahun pengasasan Islam.

“Nabi Muhammad menerima wahyu antara 610 hingga 632 Masihi bererti kemungkinan besar orang yang merekodkan manuskrip ini juga hidup pada masa itu, malah mungkin turut mengenalinya.

“Tulisan ini mampu menyokong pandangan bahawa teks al-Quran tidak diubah dan ditulis tidak lama selepas diwahyukan.”

Manuskrip berkenaan sebahagian daripada koleksi Mingana bagi manuskrip Asia Barat merangkumi dua kekulit serta ditulis menggunakan bentuk tulisan ‘Hijazi’ Arab lama.

Manuskrip itu akan dipamerkan di Institut Seni Halus Barbaer universiti terbabit, Oktober (2015) depan. –Agensi

UPDATE
Jul 28, 2015

‘Al-Quran Tertua Dunia’ Diragui Kesahihannya

Ahli sejarawan dan pakar manuskrip menyatakan keraguan mereka mengenai penemuan manuskrip al-Quran yang didakwa tertua di dunia oleh Universiti Birmigham, minggu lalu.

Universiti itu baru-baru ini mendedahkan dua kekulit yang ditulis menggunakan bentuk tulisan ‘Hijazi’ Arab lama yang dipercayai ditulis sekitar 568 hingga 645 Masihi.

Universiti itu mendakwa manuskrip berkenaan mungkin ditulis sekitar waktu kehidupan Nabi Muhammad SAW.

Bagaimanapun, akhbar Makkah melaporkan kelmarin bahawa beberapa faktor membuktikan manuskrip itu kemungkinan besar ditulis selepas kewafatannya.

Pakar berpendapat bahawa ketika zaman Nabi Muhammad SAW, tiada pemisah antara surah menggunakan warna merah, selain tiada dakwat merah digunakan untuk menulis kalimah Bismillah pada awal surah.

Tambahan faktor bahawa surah di dalam al-Quran tidak disusun seperti mana keadaannya pada zaman ini.

Pakar manuskrip, Abdul Sattar Al-Halouji menuduh universiti itu sekadar berhelah untuk mendapatkan publisiti.

“Sukar untuk mengenal pasti sama ada manuskrip berkenaan ditulis ketika hayat Nabi Muhammad SAW. Pihak universiti sepatutnya mengkaji dakwat dan bukan kekulit digunakan,” katanya.

Sementara itu, seorang pakar arkeologi berkata: “Manuskrip itu mungkin ditulis pada zaman Othman bin Affan, yang menjadi khalifah beberapa tahun selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW.”

Dekan perpustakaan Universiti Umm Al-Qura, Adnan Al-Sharif pula berkata, wujud banyak keraguan mengenai dakwaan penemuan manuskrip tertua itu.

Katanya, pemeriksaan radiokarbon manuskrip pula hanya boleh menunjukkan abad dan bukan tahun ia ditulis. Pendiriannya sama dengan seorang lagi pakar manuskrip, Abbas Tashkandi yang berpendapat kekulit berkenaan lebih berusia berbanding tulisannya. –Agensi/myMetro Online

BACA INI JUGA: Keunikan Koleksi Terbesar Buku Mini

U Mobile Power Prepaid, Panggilan Dan Data Berkelajuan Tinggi 1GB Percuma!

U Mobile Power Prepaid, Panggilan Dan Data Berkelajuan Tinggi 1GB Percuma!

Syarikat telekomunikasi kini berlumba untuk pengenalan perkhidmatan prabayar dengan internet asas percuma, U Mobile memperkenalkan produk terbaru mereka dikenali sebagai Power Prepaid.

U Mobile Power Prepaid

Melaluinya, bukan hanya menawarkan internet asas percuma, tetapi turut memberikan akses kepada internet berkelajuan tinggi sehingga 1GB apabila pengguna membuat tambah-nilai sebanyak RM10 setiap bulan.

Untuk mendapatkan pelan prabayar baru ini, pengguna perlu membeli pek permulaan prabayar Power Prepaid berharga RM8.50.

Dengan pek permulaan ini, pengguna akan mendapat kuota data sebanyak 200MB dan panggilan percuma untuk 150 minit. Turut serta dalam pek ini adalah kredit bernilai RM8.50. Pengguna turut boleh membuat perubahan daripada talian sedia ada kepada Power Prepaid ini dengan membuat MNP.

Bagi mendapatkan internet percuma 1GB setiap bulan sepanjang hayat, pengguna hanya perlu memastikan talian mereka aktif setiap bulan dengan cara menambah nilai minimum sebanyak RM10 setiap bulan. Sekiranya kehabisan kuota data, pengguna masih mendapat internet percuma pada kelajuan asas.

U Mobile Power Prepaid [2]

Selain daripada internet asas dan juga data berkelajuan tinggi sehingga 1GB, pihak U Mobile turut menawarkan masa panggilan percuma dengan setiap tambah-nilai.

Tambah nilai sebanyak RM5 memberikan anda masa panggilan percuma sehingga 75 minit sebulan, sementara tambah-nilai sebanyak RM10 memberikan panggilan percuma seingga 150 minit sebulan.

Seperti biasa, perkhidmatan U Mobile ini ditawarkan secara percuma kepada mereka yang memastikan akaun prabayar mereka sentiasa aktif.

Setiap RM1 yang ditambah-nilai memberikan anda masa aktif selama sehari, dan anda dikehendaki menambah-nilai sebanyak RM30 untuk memastikan akaun anda sentiasa aktif sepanjang bulan serta menikmati penawaran data percuma sebanyak 1GB sebulan.

U Mobile Power Prepaid [3]

Penawaran pakej prabayar lama daripada U Mobile masih dikekalkan seperti biasa selain daripada pakej Power Prepaid ini.

Beberapa kelemahan tawaran ini adalah termasuk panggilan percuma yang hanya terhad 15 minit sehari, selain penggunaan internet asas yang dihadkan kepada 2GB sebulan.

Internet asas ditawarkan pada kelajuan sehingga 64kbps seperti syarikat telekomunikasi yang lain.

BACA INI JUGA: Kajian Terbaru, Pengguna Android Berdepan Risiko!

Layari: UMobile Power Prepaid

Sumber: Amanz

Perlekeh UniMAP, Pelajar UM Dikecam Berlagak

Perlekeh UniMAP, Pelajar UM Dikecam Berlagak

Kecoh jadinya di laman Twitter baru-baru ini apabila di satu page yang mewakili pelajar Universiti Malaya (UM) di media sosial, admin yang menggunakan twithandle @budakUM dianggap telah memperlekeh tahap akademik pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Perlekeh UniMAP

Status itu berbunyi, “Berani mak cik aku tanya result dapat berapa.. helo I student UM hokey.. bukan UniMAP.. kalau tak dapat dekan tu perkara biasa.. *jeling”.

Kenyataan angkuh dan sombong dengan memetik nama UniMAP itu sekali gus mengundang kemarahan seluruh pelajar dan alumni universiti tempatan tersebut.

Apa tidaknya, status tersebut jelas ingin menggambarkan percapaian akademik UM tidak sama taraf dan jauh lebih baik daripada UniMAP.

Tambah panas dan sensasi, seorang pelajar UM tiba-tiba muncul bagaikan mencurah minyak ke api apabila mula mempersoalkan tentang kewujudan universiti tempatan tersebut.

Perlekeh UniMAP [2]

Entah bagaimana, isu ini turut menangkap ke telinga Naib Canselor UniMAP, Datuk Prof Dr Kamarudin Hussin yang tampil bersuara menzahirkan kekecewaan berkenaan isu tersebut.

Jelasnya, pelajar UniMAP telah diajar untuk menghormati satu sama lain dan bukan bertindak memperlekehkan pelajar universiti lain.

“Terima kasih kepada alumni dan pelajar-pelajar UniMap. Saya cukup berbangga dengan semangat yang ditunjukkan oleh anda semua dalam menjawab tohmahan beberapa belajar UM kepada pelajar UniMAP.

“Ini melambangkan mereka mengikuti perkembangan UniMap walaupun kita baru berumur 13 tahun dibandingkan dengan UM 100 tahun.

“Ini menunjukkan kematangan kemahiran berfikir. Kita di UniMap di ajar respect dan tidak pernah memperlekeh pelajar Universiti lain dalam semua bidang sama ada akademi, penyelidikan, kebudayaan, sukan dan lain-lain.

“Stakeholder yang akan menentukan dan bukan kita yang angkat bakul.

“Kita doakan beliau supaya Allah membuka minda dan hati supaya bercakap berlandaskan facts dan figures. Tahniah,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Perlekeh UniMAP [3]

Sementara itu, difahamkan akaun @budakUM ditutup dipercayai susulan makian dan cacian orang ramai.

BACA INI JUGA: 14 Kursus Paling Sukar Yang Ditawarkan Universiti Di Malaysia

Sumber: Mynewshub.cc

Wednesday, July 22, 2015

Apa Yang Akan Berlaku Jika Negara Muflis?

Apa Yang Akan Berlaku Jika Negara Muflis?

Sedang kita duduk memikirkan keadaan negara-negara miskin di dunia yang penuh dengan isu mati kebuluran, terdetik di benak, bagaimana keadaanya jika negara kita pula menjadi sebuah negara yang muflis dari segi ekonomi, politik dan juga sosial negara.

Negara Muflis

Bagaimana sesebuah negara itu boleh menjadi muflis? Dengan siapa negara berhutang?

Dalam era pasca modenisasi ini, kita sering menggunakan perkataan muflis atau bankrap kerana keadaan sekeliling dunia yang serba canggih ini mempunyai nilai kebergantungan yang amat tinggi kepada wang.

Dari segi konspetual, muflis bermakna ketidakupayaan individu atau institusi untuk membayar hutang kepada pemiutang. Oleh itu, ianya merupakan kedudukan terakhir individu atau institusi yang tidak berupaya untuk membuat pembayaran.

Tetapi harus diingat, ia adalah status undang-undang yang tidak berdaya membayar hutang kepada pemiutang.

Muflis boleh berlaku kepada anda, saya sendiri atau syarikat yang kita sedang bekerja. Tetapi persoalannya ialah, adakah ianya boleh berlaku kepada negara? Jawapannya ialah ya.

Negara bankrap bukan sekatat teorikal semata-mata. Negara Argentina pernah berada di dalam keadaan negara bankrap pada tahun 2001 dan 3 tahun sebelumnya, Russia juga pernah berada di dalam situasi yang sama. Negara German pernah muflis sebanyak 2 kali dalam sejarah negaranya, di mana kali pertama pada tahun 1923 dan kali kedua pada tahun 1945. Jadi, negara bankrap adalah sesuatu yang tidak mustahil.

Istilah muflis amat signifikan dengan negara-negara yang sedang membangun dan mundur kerana potensi negara tersebut untuk mencapai status negara muflis amat tinggi.

Keadaan muflis akan menyebabkan kita membayar semua aset yang ada kepada pemiutang. Pemiutang boleh menyatakan petisyen muflis terhadap individu atau organisasi untuk mendapatkan kembali sebahagian daripada wang milik mereka.

Inflasi Mengakibatkan Nilai Mata Wang Berkurang

Perkara yang secara tradisinya kerajaan akan lakukan apabila sebuah negara tidak dapat membayar hutang ialah dengan mencetak wang dengan lebih banyak.

Masalah yang akan timbul adalah berlakunya inflasi dengan menyebabkan nilai wang tersebut kian susut. Ianya pernah berlaku suatu ketika dahulu apabila Republik Weimar yang telah dihancurkan di bawah hutang semasa perang dunia pertama memutuskan untuk mencetak lebih banyak wang.

Hal tersebut menyebabkan nilai matawang tersebut jatuh. Senario yang sama boleh berlaku di negara kita dan wang yang disimpan akan semakin tidak bernilai dari semasa ke semasa.

Inflasi adalah satu hakikat hidup yang tidak dapat dielak oleh setiap insan. Bandingkan sahaja nilai RM5 dahulu dengan RM5 sekarang. Inilah yang dinamakan inflasi.

Negara Zimbabwe sedang mengalami hyperinfalsi yang mana 100 billion Dollar Zim hanya mampu membeli 3 biji telur ayam sahaja.

Bayangkan sekiranya anda ingin membeli sedozen telur ayam. Adakah ianya memerlukan sejumlah wang 1 trillion? Sudah tentu!

Hilang Kerja. Gaji Dipotong. Cukai Melambung

Kerajaan atau syarikat tidak mempunyai pendapatan yang kukuh akibat hutang syarikat atau negara yang tinggi. Oleh itu, sesetengah kakitangan atau pekerja syarikat akan kehilangan kerja bagi memastikan syarikat atau kerajaan kehilangan dana akibat daripada membayar gaji pekerja.

Selain itu, bagi syarikat yang bankrap, mereka terpaksa menghentikan syarikat atau kilang mereka. Keadaan ini akan menamatkan kontrak ramai pekerja dan akan menyebabkan ramai rakyat kehilangan kerja.

Sebagai contoh, negara Greece yang berhadapan dengan kebankrapan terpaksa menghentikan 30 ribu orang kakitangan awam mereka. Jumlah ini belum lagi termasuk jumlah pekerja daripada syarikat dan kilang swasta. Kerajaan Greece juga memotong 40 peratus daripada gaji kakitangan awam yang dikekalkan di dalam sektor awam mereka.

Cukai yang dikenakan terhadap rakyat juga melambung tinggi. Hal ini bertujuan bagi pemerintah mendapatkan dana bagi membayar semula hutang dan menjana pendapatan negara semasa negara dalam keadaan muflis. Rakyat akan menanggung hutang yang tinggi daripada kesan negara muflis tersebut.

Hidup dalam keadaan merbahaya

Jika negara bankrap, penduduk di negara itu akan menjadi marah, keliru dan amat kecewa akibat kehilangan sumber ekonomi, taraf hidup kian kurang serta beban cukai yang tinggi.

Mereka tidak lagi mempunyai keyakinan terhadap pemimpinnya yang menyebabkan keadaan negara menjadi sebegitu rupa.

Ianya disusuli lagi dengan ekonomi yang ngeri dan keupayaan untuk menjaga ketenteraman awam dikurangkan oleh kerajaan.

Dalam keadaan itu, rusuhan dan jenayah akan meningkat. Sebagaimana yang berlaku di Argentina suatu masa dahulu apabila negara tersebut berhadapan dengan keadaan negara bankrap, keganasan meningkat sebanyak 142% dan anak-anak muda yang menganggur terpaksa merompak untuk mendapatkan sumber kewangan bagi meneruskan hidup.

Program yang dibiayai oleh kerajaan akan berakhir

Kerajaan ialah institusi utama bagi perkhidmatan awam seperti polis, kesihatan, pendidikan, pembangunan awam, sokongan infrastruktur seperti jalan raya dan utiliti yang lain.

Apabila negara dalam keadaan bankrap, mereka tidak boleh lagi meneruskan program-program ini akibat daripada kekangan dana. Hasilnya, semua program yang dibiayai oleh kerajaan sebelum ini akan berakhir.

Sepertimana negara Indonesia, program kesihatan dan pendidikan tidak lagi dibiayai oleh kerajaan. Maka, rakyat negara tersebut menikmati kemudahan kesihatan daripada pihak swasta dan memerlukan duit yang banyak untuk membiayai kos rawatan dan pendidikan.

Bagi yang berkemampuan sahaja mampu untuk membayar kos persekolahan anak mereka di sekolah menengah. Hal ini menyebabkan keciciran pendidikan dalam kalangan rakyat negara tersebut.

BACA INI JUGA: Daripada 100 Orang, Hanya 1 Jadi Kaya-raya

Reaksi Orang Korea Terhadap Selebriti Malaysia

Reaksi Orang Korea Terhadap Selebriti Malaysia

Video yang baru dimuat naik ke laman sosial ini ternyata mendapat perhatian netizen terutamanya pengguna laman sosial Facebook.

Selebriti-Malaysia

Apa yang menariknya mengenai video ini, beberapa artis wanita di Malaysia telah dipilih untuk diketahui pandangan orang Korea terhadap mereka selain meneka umur artis-artis berkenaan.

Artis popular yang dipilih adalah Nora Danish, Emma Maembong, Hanis Zalikha, Shila Amzah dan Amyra Rosli.

Kebanyakan orang Korea yang melihat kecantikan serta keanggunan selebriti tempatan ini gagal memberikan umur yang tepat malah jauh sekali daripada usia sebenar pelakon dan penyanyi berkenaan.

Pelbagai reaksi dan komen diberikan dan ada juga yang begitu kagum dengan kecantikan bintang terkemuka di Malaysia.

Saksikan sendiri gelagat serta telatah lucu yang diberikan oleh orang Korea ini apabila melihat selebriti-selebriti tanah air yang sensasi ini.

BACA INI JUGA: Rahsia Kecantikan Selebriti Bollywood



Sumber: Mynewshub.cc

Aksi Dalam Tandas Yang Amat Mengejutkan!

Aksi Dalam Tandas Yang Amat Mengejutkan!

Nanti dulu! Jangan fikir perkara yang bukan-bukan mengenai gambar yang kami kongsikan ini.

Aksi Dalam Tandas

Ini bukanlah gambar sepasang kekasih yang ‘kantoi’ melakukan maksiat di tandas awam.

Sebenarnya, ia merupakan gambar seorang bapa bersama anaknya, yang terpaksa menjadikan tandas awam di R&R sebagai tempat untuk menumpang tidur, sedih bukan?

Menerusi gambar beserta penerangan yang dikongsikan Syed Azmi di laman Facebooknya, beliau menceritakan maksud disebalik gambar tersebut.

“Saya tidak boleh tidur malam ini, begitu banyak perkara yang saya fikiran.

Iyalah, perasaan teruja bertemu dengan rakan-rakan ketika hari raya, lebih-lebih lagi yang jarang berjumpa memang seronok.

Setelah selesai saya pun memandu pulang ke rumah.

Sewaktu memandu, saya sempat berhenti di sebuah R&R. Ketika di sana, saya terus ke tandas namun apa yang mengejutkan ialah saya terdengar tangisan kanak-kanak.

Anda boleh bayangkan betapa seram sejuknya saya ketika itu, lebih-lebih lagi di waktu malam yang sunyi sepi.

Saya pun mencari di sekeliling, saya lihat ini seorang kanak-kanak dan seorang dewasa sedang tidur dalam tandas yang bertanda Bilik Persalinan.

Hanya berbantalkan tuala dan lengan beliau, kanak-kanak dan lelaki itu tidur secara senyap di lantai yang keras dan sejuk.

Saya bertanya kepada pengawal berhampiran. Ya, bapa dan anak perempuan, tolong jangan buat laporan, beliau adalah seorang ayah yang baik. Miskin tinggal di bandar.

Saya tidak berani untuk membangunkannya malam ini, jelas saya tidak akan tahu apa yang boleh jangkakan sekiranya dia terjaga. Dan saya percaya pada pengawal tersebut. Naluri saya berkata, ok.

Saya hulurkan kad nama kepada pengawal untuk diberikan kepada lelaki dalam tandas itu. Saya hulurkan juga sedikit wang tunai.

Malam ini masih di malam Hari Raya, bayangkan kita semua selesa dengan aircond ketika di rumah.

Tetapi, kanak-kanak ini pula tidur di dalam tandas, cuba bayangkan anak anda sendiri di tempat tersebut. Itulah perasaan saya sekarang.

Bapa kanak-kanak tersebut cuba lakukan yang terbaik setakat ini sepertimana yang diberitahu oleh pengawal. Siapa lah saya untuk menilai mereka hanya sekadar doa yang terbaik sahaja. Gambar ini adalah benar dan ianya memang menakutkan saya.

Rancangan saya sekarang adalah untuk cuba untuk ajak mereka Sarapan Pagi dan sembang keesokkannya.

Namun pada keesokkan harinya, pada jam 7.30 pagi , saya terus memecut ke R&R yang sama.

Aksi Dalam Tandas [2]

Setelah sampai, apa yang ditinggalkan hanyalah bekas botol minuman F & N, 12 puntung Rokok, ‘biskut lutut kelapa’ dan itu sahaja.

Sama seperti apa yang anda lihat di sini. Pengawal yang saya bertemu semalam sudahpun menamatkan waktu bekerjanya dan diganti kepada pekerja lain.

Saya cuba juga bertanya kepada pengawal tersebut, namun beliau seakan tidak memahami apa yang saya tanyakan.”

Memang banyak perkara yang membuatkan kita bersyukur dengan nikmat yang Allah kurniakan kepada kita.

Buka mata dan selami dengan hati maka kita akan lebih mudah hulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Insyaallah.

BACA INI JUGA: "Yang Baik Itu Tidak Semestinya Baik"

Sumber: Facebook Syed Azmi