Saturday, May 30, 2015

Kajian Terbaru, Pengguna Android Berdepan Risiko!


Kira-kira 500 juta pengguna Android yang menggunakan atau pernah menggunakan perisian itu pada telefon pintar mereka berdepan risiko maklumat peribadi mereka boleh dikongsi semula oleh pemilik gajet berkenaan yang baharu.

Android

Pendedahan membimbangkan oleh Universiti Cambridge itu dibuat selepas institusi berkenaan menerusi kajian mereka mendapati, agak mustahil untuk membuang semua data daripada kebanyakan gajet yang menggunakan sistem operasi itu.

Menurut kajian itu yang dilaporkan Mail Online, teks mesej peribadi, gambar, video dan butiran e-mel masih boleh diperolehi semula, meskipun pemilik asal gajet telah membuat pembersihan data atau membetulkan semula telefon masing-masing kembali pada tetapan asal.

Hal ini bermakna, individu yang telah menyerahkan, menjual atau kehilangan telefon pintar mereka berdepan maklumat peribadi dan sebarang maklumat sensitif pada mesej atau e-mel mereka dilihat semula oleh pemilik baharu gajet tersebut.

Selain itu, pemilik baharu itu boleh mengakses aplikasi pihak ketiga selepas kebanyakan pengguna telefon menyimpan maklumat kewangan dan melakukan urusan perbankan mereka menerusi beberapa aplikasi popular pada tablet dan telefon bimbit seperti Halifax dan Nat West.

Ujian ke atas beberapa telefon bimbit terpakai yang dibeli daripada eBay yang menggunakan pelbagai aplikasi Andorid mendapati, meskipun pengguna telah sepenuhnya menyembunyikan maklumat lama, namun maklumat itu masih boleh diakses semula selepas pembetulan tetapan dibuat.

Android merupakan telefon pintar dan aplikasi perisian yang paling banyak digunakan di dunia dengan pengeluar utama termasuk Samsung dan HTC menggunakannya sebagai sistem operasi untuk telefon dan tablet mereka.

Menurut Android, lebih 50 peratus peranti Android yang menggunakan perisian itu pernah diuji daripada Android 2.2 sehingga 4.3 yang membolehkan penyelidik membuat kesimpulan bahawa kira-kira 500 juta pengguna telefon bimbit berdepan risiko itu.

Malah penyelidik turut mendapati, hampir 630 juta telefon bimbit mungkin tidak membuang maklumat dalaman pada kad memori mereka semasa telefon itu dibetulkan pada tetapan asal yang sering menyimpan kebanyakan gambar dan video pada sebuah telefon.

Mereka berkata, isu itu mungkin akan memberi kesan kepada pasaran telefon pintar dan membataskan perkembangan dan inovasi gajet itu.

BACA INI JUGA: Beg Sandang Terbaik Khusus Untuk Gadjet Anda

Sumber: Utusan.com.my

1 comment

  1. Ini yg banyak berlaku terutamanya kpd artis bila video atau gambar2 panas dijumpa dlm hp bila dijual kpd org lain.. wallahualam..

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon