Jul 22, 2015

Reaksi Orang Korea Terhadap Selebriti Malaysia

Video yang baru dimuat naik ke laman sosial ini ternyata mendapat perhatian netizen terutamanya pengguna laman sosial Facebook.

Selebriti-Malaysia

Apa yang menariknya mengenai video ini, beberapa artis wanita di Malaysia telah dipilih untuk diketahui pandangan orang Korea terhadap mereka selain meneka umur artis-artis berkenaan.

Artis popular yang dipilih adalah Nora Danish, Emma Maembong, Hanis Zalikha, Shila Amzah dan Amyra Rosli.

Kebanyakan orang Korea yang melihat kecantikan serta keanggunan selebriti tempatan ini gagal memberikan umur yang tepat malah jauh sekali daripada usia sebenar pelakon dan penyanyi berkenaan.

Pelbagai reaksi dan komen diberikan dan ada juga yang begitu kagum dengan kecantikan bintang terkemuka di Malaysia.

Saksikan sendiri gelagat serta telatah lucu yang diberikan oleh orang Korea ini apabila melihat selebriti-selebriti tanah air yang sensasi ini.

BACA INI JUGA: Rahsia Kecantikan Selebriti Bollywood



Sumber: Mynewshub.cc

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

3 comments

artis Korea kebanyakannya banyak buat pembedahan plastik. artis Malaysia 99% wajah mereka asli.

Betul tu. Sampai kita pun dah tak tahu wajah diorang betul-betul ori ataupun tidak..

Setuju...dasar korea plastik! Diorang tu sape nak komen2 artis malaysia. X layak langsung nak komen. Artis malaysia natural beauty.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon