Jul 23, 2015

Pemimpin PAS Langgar Bai’ah, Tertalaklah Isteri Dengan 3 Talak!

Sedang sibuk segala persiapan dibuat oleh pimpinan PAS yang kalah sewaktu pemilihan Muktamar PAS untuk menubuhkan sebuah parti politik baru Gerakan Harapan Baru, mereka mungkin terlupa dengan BAI’AH yang telah mereka lafaz dan tandatangan sebelum PRU 13.

Gerakan-Harapan-Baru

Ketika ini pemerhati politik tanahair sedang menonton aksi-aksi ahli PAS yang kecewa dan kalah teruk setelah akar umbi perwakilan parti itu tidak lagi mahu memilih mereka sebagai pucuk pimpinan PAS.

Pada pemilihan tersebut terbukti akar umbi perwakilan lebih percaya untuk memilih golongan Ulama’ dan menyingkirkan juak juak yang dilihat menjadi barua dan tukang basuh berak DAP!

Sehubungan dengan kekecewaan dan kehampaan itu, juak juak ini yang diketuai oleh calon Timbalan Presiden PAS yang kalah, Mat Sabu telah membuat pelancaran Gerakan Harapan Baru sebagai platform politik menghalalkan hubungan mereka dengan DAP setelah pada Muktamar PAS membuat keputusan ‘mufarakah’ dengan parti chauvanist itu.

Dalam keghairahan Mat Sabu dan kuncu-kuncunya mencari jalan untuk menghalalkan semula hubungan dengan DAP, agaknya mereka terlupa dengan ucap lafaz BAI’AH.

JOM kita sama sama baca apa isi kandungan BAI’AH yang mereka lafazkan dan tandatangan;

Saya berikrar untuk patuh kepada hukum Allah dan Rasulnya dan patuh pada arahan pucuk pimpinan parti yang tidak bercanggah dengan ajaran islam.

Bahawa saya bersumpah dengan nama Allah, wallahi, wabillahi, watallahi, sekiranya saya meninggalkan atau melompat ke parti lain dengan kerelaan saya sendiri setelah terpilih menjadi Ahli Dewan Negeri atau Dewan Rakyat maka akan tertalaklah isteri atau isteri-isteri saya dengan tiga talak dan segala perbelanjaan saya dengan menggunakan wang elaun ahli dewan tersebut adalah haram.

Dan bahawa saya juga bersumpah dengan nama Allah, wallahi wabillahi, watallahi untuk meletak jawatan dari menjadi Ahli Dewan Negeri atau Dewan Rakyat tersebut apabila saya keluar atau dipecat dari parti.

Saya yang bertandatangan dibawah ini:

Pemimpin PAS Langgar Bai’ah

Nampak jelas? Tak keterlaluan kalau kita namakan pimpinan PAS adalah haiwan politik kerana sanggup memperdagangkan isteri mereka demi kelangsungan politik!

Utusan Online

KOTA BHARU 22 Julai – Setiap wakil rakyat Pas di ne­geri ini yang mengambil keputusan keluar parti tanpa meletakkan jawatan, secara automatik telah menceraikan isteri masing-masing dengan talak tiga.

Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, perkara itu terkandung dalam lafaz bai’ah atau sumpah taat setia yang dibuat setiap wakil rakyat Pas di negeri ini sejak 2004. Sehubungan itu, beliau yang juga Menteri Besar mengingatkan mana-mana pemimpin Pas Kelantan yang bercadang melompat parti supaya sedar tentang kesan jangka panjang yang bakal berlaku sekiranya melanggar bai’ah yang dipersetujui di hadapan Pesuruhjaya Pas negeri ketika itu, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Apabila perkara ini berlaku dalam hukum Islam (bai’ah), sekali kita sebut akan berpanjangan. Bukan bergantung hari ini dan esok sahaja. “Seperti mana Ketua Hakim Mahkamah Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhammad pernah berkata, jangan kita memandang ringan perkara ini kerana kesannya berpanjangan,” katanya selepas merasmikan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Mahasiswa Kelantan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita mengenai kandungan bai’ah dan sumpah wakil rakyat di negeri ini yang tersebar dalam aplikasi WhatsApp bahawa akan jatuh talak tiga terhadap isteri masing-masing jika mereka mengkhianati parti tanpa melepaskan jawatan yang disandang.

Ahad lalu, bekas Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Khalid Abdul Samad mengumumkan pemimpin-pemimpin yang terlibat dalam Gerakan Harapan Baru (GHB) akan mening­galkan Pas secara automatik apabila sebuah parti politik baharu ditubuhkan secara rasmi pada 14 September depan.

Enam wakil rakyat Pas di negeri ini iaitu Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaafar; Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr. Mohd. Hatta Ramli; Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr. Nik Mazian Nik Mohamad; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelaboran, Mohamad Zaki Ibrahim dan ADUN Tendong, Rozi Mohamad antara yang di­jangka menyertai GHB.

Ahmad mengakui lafaz bai’ah menjatuhkan talak tiga ke atas isteri jika meninggalkan atau melompat parti selepas terpilih menjadi wakil rakyat Pas telah lama diamalkan di negeri itu sejak 2004. Walau bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut berhubung isi kandungan bai’ah tersebut, namun mengesahkan kesahihannya.

Apakah nanti Mat Sabu bersama-sama dengan kuncu-kuncunya seperti Salahudin Ayub, Khalid Samad, Dr Hatta Ramli, Husam Musa, Kamaruddin Jaafar, Hanipah Maideen akan menjadi “mangsa” kepada BAI’AH ini sekaligus membuatkan isteri atau isteri isteri mereka akan dijatuhkan talak tiga?

BACA INI JUGA: Kenapa Arab Saudi Bukan Negara Islam, Tapi Penjual Islam?

Sumber: Medan-info-kita

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

2 comments

apa punya baiah macam tu? astaghfirullahalazim.

kalau yg baiah tu muslimat PAS mcmana?

apa yg nk ditalak 3 kan?

apakah dipaksa talak 3 suami beliau kpd beliau?

nampak sgt pemimpin PAS ni tk kuat jiwa perjuangan sampai terpaksa diugut dgn teruk begitu bagi pastikan mereka tk lompat parti.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon