Friday, April 17, 2015

Tauke (Jambu) Bakal Saman 3 Blogger?

Tauke (Jambu) Bakal Saman 3 Blogger?

Pelawak popular Tauke Jambu telah membuat laporan polis dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap tiga penulis blogger kerana memfitnah dirinya dengan mendakwa dia adalah pelawak kasanova.

Tauke Jambu

Menurut laporan dari Harian Metro, Tauke berkata dia mengambil tindakan demikian kerana mahu mengajar penulis-penulis blog tersebut di atas sikap tidak bertanggungjawab mereka.

"Saya ambil tindakan bagi mengajar golongan tidak beretika ini. mereka hanya tahu mengaut keuntungan untuk kepentingan sendiri tapi memberi impak buruk kepada saya.

"Saya bersabar selama ini dan semakin dibiarkan semakin melampau nampaknya. Saya mahu tindakan ini menjadi amaran dan pengajaran kepada mereka dan blog lain yang tidak mengikut etika yang betul apabila melaporkan sesuatu cerita berkaitan artis."

Tambah pelawak berusia 38 tahun itu lagi, akibat daripada fitnah itu kerjaya terjejas apabila beberapa tawaran kerja dibatalkan di saat-saat akhir.

"Bayangkan, gara-gara laporan yang mendakwa saya bersikap begitu beberapa tawaran kerja dibatalkan penganjur pada saat-saat akhir.

"Sebelum keadaan menjadi semakin melarat dan memburukkan reputasi saya, lebih baik bertindak segera untuk membersihkan nama."

BACA INI JUGA: Tauke (Jambu) Pelawak Kasanova?

Sumber: Tupai.com.my

Kedaifan Keluarga Azizah Yang Menyentuh Hati Di Kedah

Kedaifan Keluarga Azizah Yang Menyentuh Hati Di Kedah

Ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.. begitulah nasib keluarga ini.

Azizah

Meskipun begitu, kedaifan hidup tidak mematahkan semangat buat Azizah sekeluarga menempuh hari-hari yang mendatang.

Dengan menggunakan kudrat yang ada, ibu tunggal ini tetap berusaha demi menyara empat-empat anaknya yang masih bersekolah.

Paling menyentuh hati, melihat kediaman kecil keluarga ini yang dibina atas tanah haram sebagai tempat berteduh.

Kediaman ibarat pondok kecil yang dibina daripada kayu-kayu terbuang ini sekadar cukup untuk dijadikan tempat bermalam buat keluarga ini.

Menurut sumber, Azizah menerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) namun bantuan itu tidak mencukupi bagi menampung sara hidupnya kini.

Bagi yang simpati bolehlah menghubungi Azlina di talian 012-4428693 atau melawat sendiri kediaman Azizah di Kampung Sg Pasir Kecil, Jalan Kuala Ketil, 08000 Sg Petani, Kedah.

Moga-moga ada yang simpati dan berusaha untuk meringankan beban Azizah sekeluarga.

Dimana agaknya orang-orang kaya di Malaysia? Dimana YB-YB? Dimana para pejuang rakyat?

Entahlah..

BACA INI JUGA: Kontraktor Jambatan Syurga Dan Neraka

Sumber: Mynewshub.cc

Thursday, April 16, 2015

Gambar Separuh Bogel Pamela Safitri Sengaja Disebar?

Gambar Separuh Bogel Pamela Safitri Sengaja Disebar?

Sebelum ini kumpulan muzik yang menjadi viral di Indonesia Duo Serigala pernah memuat naik klip video muzik "Abang Goda" yang menyaksikan mereka melakukan goyang dada.

Pamela Safitri

Namun kali ini lebih mengejutkan dunia netizen apabila foto separuh bogel milik salah seorang anggota kumpulan itu Pamela Safitri telah tersebar meluas di Internet.

Beberapa keping gambar yang tersebar menerusi laman sosial Instagram itu memperlihatkan Pamela dengan beberapa 'pose' menayangkan payudaranya.

Pamela Safitri [2]

Walaupun ada yang mengatakan akaun Instagram milik Pamela digodam, namun ramai juga yang tidak mempercayainya kerana Pamela seorang yang gemar memaparkan keseksiannya di laman sosial.

BACA INI JUGA: 5 Lagu Dangdut Yang Diharamkan Kerana Tidak Bermoral

Sumber:Tupai.com.my

Pesara CIA Mengaku Bunuh Marilyn Monroe!

Pesara CIA Mengaku Bunuh Marilyn Monroe!

Seorang pesara CIA telah membuat pengakuan kontroversi sejak dia dimasukkan ke Hospital Sentara.

Marilyn Monroe

Normand Hodges, 78, mengaku telah melakukan 37 pembunuhan untuk kerajaan Amerika Syarikat antara tahun 1959 dan 1972, termasuk membunuh aktres kesayangan ramai, Marilyn Monroe.

Normand bekerja sebagai operatif berpangkat tinggi selama 41 tahun.

Selain dilatih sebagai penembak tepat dan pakar seni pertahankan diri, dia juga mempunyai kelebihan dalam penggunaan racun serta bahan letupan yang boleh memudaratkan.

Menurutnya, dia sering diupah untuk membunuh individu yang boleh mendatangkan ancaman kepada kerajaan.

Antaranya adalah aktivis politik, wartawan dan ketua kesatuan serta beberapa saintis dan artis yang dianggap sebagai ancaman.

Normand Hodges
Normand Hodges.

Marilyn Monroe antara mangsa dan satu-satunya wanita yang dia pernah bunuh dan dia tidak menyesal dengan tindakannya itu.

Normand mendakwa Marilyn merupakan ancaman kepada sistem keselamatan negara kerana beberapa isu skandalnya.

Oleh itu, Normand terpaksa menurut perintah untuk membunuhnya namun pembunuhan aktres itu harus dijadikan seumpama kes bunuh diri.

BACA INI JUGA: Gambar-gambar Terakhir Selebriti Terkenal Dunia

Sumber: Mynewshub.cc

Penemuan Artifak Makhluk Asing Mesir Yang Dirahsiakan

Penemuan Artifak Makhluk Asing Mesir Yang Dirahsiakan

Peninggalan kuno yang luar biasa telah ditemui dan mungkin boleh dijadikan sandaran untuk menulis semula sejarah tamadun Mesir.

Sir William Petrie Alien Artifacts

Artifak misteri ini telah ditemui dibekas rumah Sir William Petrie di Jurusalem, yang dipercayai diambil oleh wakil Muzium Rockefeller, tidak lama selepas penemuan ini menjadi terkenal.

Menurut Shepard Ambellas, editor Intellihub News, artifak makhluk asing Mesir ini ditemui tersembunyi di sebuah ruang rahsia disebalik rak buku Sir William Petrie.

William rupanya telah menemui bukti kehidupan makhluk asing sebelum dia meninggal dunia pada tahun 1942, tetapi memilih untuk menyembunyikannya di Jurusalem.

Sir William Petrie

Sekarang, Muzium Rockefeller telah mengambil alih pemilikan artifak ini dan pakar makhluk asing dan UFO menyatakan kerisauan kerana artifak ini akan disembunyikan, dan akses orang awam disekat dari mengkajinya dengan lebih terperinci.

BACA INI JUGA: Kisah 10 Penampakan UFO Yang Terus Menjadi Misteri Dunia

-SENTIASAPANAS.COM

Ibnu Al-Haitham, Ilmuwan Islam Pencipta Pertama Kamera

Ibnu Al-Haitham, Ilmuwan Islam Pencipta Pertama Kamera

Hanya dengan satu bidikan kamera, mampu menjatuhkan maruah seorang individu. Juga mampu merubah hidup anda sekelip mata. Namun, tahukah anda siapa pencipta pertama kamera?

Kamera

Sebagaimana sedia maklum, banyak teknologi yang ada pada hari ini adalah hasil daripada idea dan ciptaan ilmuwan Islam di Timur Tengah suatu ketika dahulu. Begitu juga dalam rekaan kamera yang asalnya dicipta oleh seorang ilmuwan Islam bernama Ibnu Al-Haitham pada abad ke-10 Masihi.

Fakta ini sebenarnya diakui sendiri oleh sebuah akhbar di United Kingdom, The Independent, pada 11 Mac 2006. Artikel yang ditulis oleh Paul Vallely dibawah tajuk, 'How Islamic Inventors Changed The World', telah menyenaraikan 20 teknologi yang direka umat Islam sebelum ia dibawa ke negara Barat melalui gerakan tentera penjajahan di Eropah yang menamakan diri mereka sebagai tentera salib.

Menurut artikel tersebut, orang-orang Yunani purba percaya bahawa mata kita dipancarkan oleh cahaya seperti laser untuk membolehkan kita melihat. Oleh itu, individu pertama yang menyedari hakikat itu adalah saintis pertama di dunia, Ibnu Al-Haitham.

Semuanya bermula pada suatu hari, apabila dia perasan ada satu cahaya memasuki biliknya menerusi sebuah lubang kecil. Cahaya itu jatuh tepat ke dinding bertentangan dengan memantulkan objek berbentuk semi-nyata matahari kerana ketika itu sedang berlaku gerhana matahari.

Melalui pemerhatian itu, Ibnu Al-Haitham mendapati objek terbentuk dalam keadaan terbalik. ini kerana cahaya sebenarnya bergerak lurus menyebabkan ia bersilang ketika melalui lubang kecil sebelum memantulkan objek pada permukaan rata. Dia turut merumuskan bahawa semakin kecil lubang, semakin jelas imej yang dipamerkan.

Kitab Al-Manazir
Kitab Al-Manazir (Optik).

Menurut pakar optik itu dalam kitabnya, Al-Manazir (optik), teknik asas kamera adalah sama dengan cara mata kita bekerja. Imej yang dilihat juga terbalik tetapi saraf mata yang bersambung dengan otak mentafsirkan sesuatu objek dalam keadaan menegak dan bukannya terbalik.

Hasil eksperimen itulah yang membawa Ibnu Al-Haitham kepada suatu penemuan baru dalam sejarah perkembangan teknologi manusia. Bersama-sama Kamaluddin Al-Farisi, dia berjaya menghasilkan kamera pertama di dunia yang dikenali sebagai kamera Obscura atau Al-Bayt Al-Muzlim. Teknik kamera inilah yang diguna sebagai asas dalam pembuatan kamera hingga ke hari ini.

Sebenarnya, perkataan kamera itu sendiri datang daripada bahasa Arab iaitu Qamara yang bermaksud bilik. Manakala perkataan Obscura pula daripada bahasa latin yang bermaksud gelap.

Kamera Obscura pertama adalah sebuah bilik dengan lubang kecil disatu sisi. Cahaya dari luar akan melalui lubang dan memantulkan imej terbalik pada permukaan dinding bertentangan.

Ibnu Al-Haitham atau nama sebenarnya Abu Ali Al-Hassan Ibnu Al-Haitham turut mengabadikan penemuan kamera Obscura ini dalam kitabnya yang diguna pakai di seluruh dunia hingga ke hari ini.

Teori-teori ini turut dikembangkan pakar matematik, astronomi dan fizik ini hingga membawa kepada penemuan lain yang turut diguna dalam panggung wayang.

Sekitar abad ke-16 Masihi, lebih kurang 600 tahun kemudian, Cardano Geronimo telah membawa konsep kamera Obscura ke negara Barat. Dia menukar lubang bidik kamera kepada lensa kamera. Menurut pendapat lain, Giovanni Batista Della Porta (1535-1615) dikatakan turut menggunakan lensa pada kamera Obscura.

Ada juga yang menyebut kamera Obscura telah diperkenalkan di negara Barat oleh Joseph Kepler (1571-1630). Kepler dipercayai telah melakukan inovasi terhadap kamera itu dengan menambah lensa negatif di belakang lensa positif hingga mampu membesarkan objek yang jauh.

Robert Boyle kemudiannya telah mereka bentuk semula kamera Obscura menjadi lebih kecil berbentuk kotak pada tahun 1665.

Beberapa ratus tahun kemudian, buat pertama kalinya Joseph Nicephore Niepce telah berjaya menghasilkan 'still photo' menerusi kamera Obscura pada tahun 1827 di Perancis.

Pada tahun 1888, George Eastman telah mencipta kamera kodak sebagai tambahan kepada kamera asas Obscura.

Sejak itu, perkembangan demi perkembangan bergerak maju sejajar perubahan semasa hingga ia dapat digunakan untuk berselfie setiap masa sebelum dimuat naik ke laman-laman sosial.

Hebat kan?

BACA INI JUGA: 5 Ciptaan Terhebat Umat Islam Yang Mengubah Dunia!

-SENTIASAPANAS.COM

Wednesday, April 15, 2015

Video Pelajar Perempuan Bertumbuk Di Sabah Cetus Sensasi

Video Pelajar Perempuan Bertumbuk Di Sabah Cetus Sensasi

Sebuah rakaman video menunjukkan sekumpulan pelajar perempuan sekolah menengah bertumbuk telah mencetuskan sensasi di laman sosial, apabila rata-rata penontonnya meluahkan rasa marah dan tidak puas hati terhadap insiden memalukan itu.



Dalam video berdurasi 49 saat yang dikatakan dirakam menggunakan telefon bimbit itu, kumpulan pelajar perempuan yang masih berbaju sukan tertera nama “SMK Limbanak” dilihat sedang bergaduh sesama sendiri sambil disorak oleh rakan-rakan mereka.

Video yang dimuatnaik di akaun Facebook Penampang Bulletin itu telah ditonton sebanyak 22,000 kali dalam tempoh hanya empat jam, sekaligus mencapai status viral di alam maya.

Pada awal video tersebut, seorang pelajar perempuan yang memakai baju Bulan Sabit Merah dilihat menumbuk seorang pelajar lain, sementara seorang lagi rakannya tampil untuk menjernihkan keadaan.

Pergaduhan itu kemudiannya menjadi lebih besar apabila pelajar lain turut campur tangan.

Seorang pengguna Facebook, Abigail Eve berkata, keganasan bukanlah jalan penyelesaian terbaik.

“Pergaduhan mereka memberikan impak negatif kepada imej sekolah dan juga ibu bapa. Pelajar perempuan tidak seharusnya bersikap begini,” tulis Abigail.

SMK Limbanak yang terletak 15km daripada pekan daerah Penampang juga mempunyai pelajar lelaki.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Datuk Jame Alif berkata, pihak polis telah dimaklumkan mengenai insiden tersebut.

“Kes ini sedang disiasat pihak polis dan saya menunggu laporan selanjutnya,” kata Datuk Jame Alif.

BACA INI JUGA: Festival Bertumbuk Takanakuy!


Sumber: Mynewshub.cc

Gambar ‘Hantu’ Paul Walker Jadi Viral

Gambar ‘Hantu’ Paul Walker Jadi Viral

Seorang peminat Paul Walker yang memuat naik gambar bayangan pelakon itu berdiri di sebelah rakannya, Vin Diesel telah menjadi viral tanpa disangka-sangka.

Gambar ‘Hantu’ Paul Walker

Gambar ‘hantu’ Paul itu dimuat naik di laman sosial Facebook oleh seorang individu bernama Jeffery Raymond Frohlich.

Tanpa niat tersembunyi, gambar itu sebenarnya merupakan penghormatan yang diberi untuk memperingati pelakon utama filem Fast and Furious itu.

Dalam pada itu, Vin Diesel telah membuat tribute untuk ‘adiknya’ itu ketika Anugerah Filem MTV apabila menyanyikan lagu See You Again sebagai mengingati kenangan ketika mereka bersama.

Paul meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada November 2013 dan filem terakhir lakonannya adalah Furious 7 yang sedang ditayangkan di seluruh dunia sekarang.

BACA INI JUGA: Maharajas' Express, Perkhidmatan Keretapi Paling Mewah India

Sumber: Mynewshub.cc

Tuesday, April 14, 2015

8 Tips Menangani Putus Cinta

8 Tips Menangani Putus Cinta

Sesiapa yang pernah bercinta pasti tahu betapa rapuhnya sesebuah perhubungan itu jika tidak kena pada cara, tidak kena pada tune-nya.

Putus Cinta

Tidak hairanlah acapkali terlintas berita mengenai insiden membunuh diri kerana dikecewakan kekasih.

Sebagai seorang manusia yang waras dan beragama, setiap masalah itu pasti ada ubat dan penyelesaiannya. Putus cinta haruslah diatasi dengan cara yang bijaksana dan tenang.

Tiada siapa yang mahu hubungan yang dibina atas dasar saling mencinta akhirnya putus kerana sebab-sebab tertentu, tapi itulah asam garam dalam roda percintaan. Putus cinta adalah perit.

8 Tips Menangani Putus Cinta

1. Be positive

happyJangan pernah berdendam atau stress akibat putus cinta. Positifkan minda anda, ambil masa untuk berfikir dengan bijaksana.

Anggaplah ini fasa terbaik untuk anda refleksi diri dan membantu ke arah pembangunan jiwa anda.

Belajar daripada apa yang berlaku, jadi lebih matang, dan persiapkan diri untuk ke perhubungan cinta yang seterusnya setelah anda betul-betul bersedia.

Usah lagi bermuram durja. Bangkit! You can move on with dignity.

“Pain is inevitable. Suffering is optional” -M. Kathleen Casey

2. Sibukkan diri

Berbanding merokok dan alkohol, pilihlah jalan yang lebih sihat. Sibukkan diri anda dengan bekerja, bekerja, dan kerja lagi.

Bagi yang masih belajar, study lebih waktu atau menyertai events yang diadakan oleh pihak kolej.

Kerja overtime sehingga anda tiada masa untuk melakukan perkara lain melainkan kerja, makan, dan tidur. Ini dapat mengelakkan daripada anda kembali teringatkan kekasih lama.

Cuba hobi baru, mendaki gunung atau melancong misalnya untuk memberi anda dimensi baru tentang kehidupan.

3. Lakukan aktiviti fizikal dan riadah

Kerapkan aktiviti yang memerlukan badan dan fizikal anda bekerja. Apabila fizikal bergerak, secara automatisnya minda anda juga akan turut distimulasi.

Hadir ke gimnasium, bermain futsal, atau berjoging di taman (atau tambahan lagi, shopping!) boleh membantu anda fokus kepada apa yang anda lakukan dan secara tidak langsung akan divert pemikiran anda daripada ingatkan kisah sedih lalu.

Memotong rambut juga terbukti dapat menjadikan anda lebih fresh dan persediaan untuk menjadi diri anda yang baharu.

4. Berkomunikasi dengan orang sekeliling

Tiba masanya untuk anda berhenti sejenak, take a deep breath, dan lihat sekeliling anda. Dunia anda sekarang tidak lagi seperti dulu, tidak lagi sesempit dulu, kini bebas!

Carilah teman untuk berbicara dan bisa membuat anda selesa.

Bagi perempuan, agak mudah untuk mereka mencari teman sebagai bahu tempat mengadu, mereka tidak perlu sebondong kawan tetapi cukup dengan seorang atau dua yang boleh berkongsi rahsia bersama dan juga tempat meluahkan perasaan.

Bagi lelaki, inilah masanya untuk anda kembali kepada ‘geng’ lama yang, tanpa sedari, pernah anda abaikan sewaktu zaman berpacaran dahulu.

Pada mulanya pasti akan berasa janggal tapi lama-kelamaan anda akan dapat rasakan kembali keremajaan dan lively dalam diri anda.

“Laughter is the best medicine”

5. Stay single!

Jangan takut atau rasa terasing untuk menjadi single. In fact, 52% orang dewasa di dunia adalah bujang.

Kebanyakan individu yang baru putus cinta akan cenderung untuk jump into another relationship kepada lelaki/perempuan yang anda jumpa sejurus setelah break up.

Inilah antara kesilapan besar yang biasa dilakukan. Tiada apa perasaan konkrit yang wujud dalam perhubungan seperti itu melainkan dendam, ia suatu jalan pintas yg sangat kebudakan.

Cinta kilat seperti itu beberapa hari lagi akan pudar dan berakhir, meninggalkan ‘kambing hitam’ yang terkapai-kapai tak tentu arah.

(Mesej ini juga diajukan kepada mereka yang gemar mengambil kesempatan terhadap gadis yang baru putus cinta!)

Putus Cinta [2]

6. Jangan stalk ex anda

Sesekali datang keinginan untuk menyemak akaun Facebook si dia, tetapi anda perlu gagahkan diri untuk mengelakkannya.

Padamkan semua contact si dia, delete phone number, unfriend akaun Facebooknya, dan paling penting padamkan SEMUA mesej daripadanya.

Tabiat mengenangi semula perkara lampau akan hanya mengakibatkan perasaan lemah semangat (down) dan menjustifasikan diri anda looser kerana tidak dapat menjadi pencinta sebenar seperti yang anda berdua impikan.

Elakkan diri anda untuk mengenanginya langsung untuk sementara waktu ini. Tiada guna anda mengenang orang yang sudah tidak langsung pedulikan anda lagi. Buang masa!

“You don’t actually miss him. You miss who you thought he was.”

7. Masih ada yang sayang

Ingatlah putus cinta bukanlah pengakhiran hidup. Anda masih ada keluarga yang menyayangi, teman karib, dan yang paling penting anda ada diri anda sendiri.

Bangkit. Hiduplah untuk siapa anda yang sebenar. Lagipun, bukanlah si dia yang memberi anda oksigen untuk hidup sehari-hari, tapi Dia Yang Satu.

8. Lepaskanlah apa yang terpendam

Jangan takut untuk melayani perasaan anda. Lelaki terutamanya, menganggap bersedih dan air mata adalah simbol kelemahan. Tanggapan ini salah dan terlalu mengikut ego diri semata-mata.

Berikan masa beberapa jam untuk anda menyendiri, merentas kembali waktu bahagia dulu dan merembeskan kesedihan yang bersarang di hati.

Cara ini membolehkan anda membina kembali motivasi diri dan memberi ruang untuk anda menyusun serta menilai semula jati diri anda. Menangislah sepuasnya…

BACA INI JUGA: Misteri Kalimah Cinta Yang Tersembunyi

sumber: zoncinta