Apr 15, 2015

Gambar ‘Hantu’ Paul Walker Jadi Viral

Seorang peminat Paul Walker yang memuat naik gambar bayangan pelakon itu berdiri di sebelah rakannya, Vin Diesel telah menjadi viral tanpa disangka-sangka.

Gambar ‘Hantu’ Paul Walker

Gambar ‘hantu’ Paul itu dimuat naik di laman sosial Facebook oleh seorang individu bernama Jeffery Raymond Frohlich.

Tanpa niat tersembunyi, gambar itu sebenarnya merupakan penghormatan yang diberi untuk memperingati pelakon utama filem Fast and Furious itu.

Dalam pada itu, Vin Diesel telah membuat tribute untuk ‘adiknya’ itu ketika Anugerah Filem MTV apabila menyanyikan lagu See You Again sebagai mengingati kenangan ketika mereka bersama.

Paul meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada November 2013 dan filem terakhir lakonannya adalah Furious 7 yang sedang ditayangkan di seluruh dunia sekarang.

BACA INI JUGA: Maharajas' Express, Perkhidmatan Keretapi Paling Mewah India

Sumber: Mynewshub.cc

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

3 comments

rindu kat mediang lah tu kan...tapi serius cik akak pun minat juga pelakon nie

Tiada apa yg bersalahan pun dgn gambar ni kan.. satu pnghormatan. Nostalgia juga gambar mcm ni..

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon