Wednesday, April 15, 2015

Video Pelajar Perempuan Bertumbuk Di Sabah Cetus Sensasi


Sebuah rakaman video menunjukkan sekumpulan pelajar perempuan sekolah menengah bertumbuk telah mencetuskan sensasi di laman sosial, apabila rata-rata penontonnya meluahkan rasa marah dan tidak puas hati terhadap insiden memalukan itu.



Dalam video berdurasi 49 saat yang dikatakan dirakam menggunakan telefon bimbit itu, kumpulan pelajar perempuan yang masih berbaju sukan tertera nama “SMK Limbanak” dilihat sedang bergaduh sesama sendiri sambil disorak oleh rakan-rakan mereka.

Video yang dimuatnaik di akaun Facebook Penampang Bulletin itu telah ditonton sebanyak 22,000 kali dalam tempoh hanya empat jam, sekaligus mencapai status viral di alam maya.

Pada awal video tersebut, seorang pelajar perempuan yang memakai baju Bulan Sabit Merah dilihat menumbuk seorang pelajar lain, sementara seorang lagi rakannya tampil untuk menjernihkan keadaan.

Pergaduhan itu kemudiannya menjadi lebih besar apabila pelajar lain turut campur tangan.

Seorang pengguna Facebook, Abigail Eve berkata, keganasan bukanlah jalan penyelesaian terbaik.

“Pergaduhan mereka memberikan impak negatif kepada imej sekolah dan juga ibu bapa. Pelajar perempuan tidak seharusnya bersikap begini,” tulis Abigail.

SMK Limbanak yang terletak 15km daripada pekan daerah Penampang juga mempunyai pelajar lelaki.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Datuk Jame Alif berkata, pihak polis telah dimaklumkan mengenai insiden tersebut.

“Kes ini sedang disiasat pihak polis dan saya menunggu laporan selanjutnya,” kata Datuk Jame Alif.

BACA INI JUGA: Festival Bertumbuk Takanakuy!


Sumber: Mynewshub.cc

3 comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon