Apr 8, 2015

Tauke (Jambu) Pelawak Kasanova?

Pelawak dan penyampai radio popular Tauke (Jambu) berkata dia terkesan apabila kontroversi pelawak kasanova didedahkan baru-baru ini kerana namanya terpalit dengan kontroversi tersebut.

Tauke (Jambu)

"Dosa dan kenakalan saya yang lepas menghantui saya. Jadi, apabila isu macam ini timbul terus orang akan menuding jari kepada saya.

"Apa yang boleh saya katakan, saya harap masyarakat di luar san abaca dan ikutilah laporan isu ini sehingga akhir.

"Jangan membuat tuduhan melulu tanpa mengetahui kisah sebenarnya," katanya.

Tambah pelawak berusia 39 tahun itu lagi, berikutan kontroversi itu ia sedikit sebanyak menjejaskan kerjayanya.

"Sebenarnya, isu ini juga menjejaskan periuk nasi saya. Namun apabila situasi ini terjadi saya tidak boleh marah siapa kerana media sosial memang susah untuk kita kawal."

Dalam pada itu, Tauke memberitahu bahawa dia bakal menamatkan zaman bujangnya pada tahun ini.

"InsyaAllah benda yang baik, jika sudah tiba masanya nanti, saya akan kongsikan. Mungkin dalam tahun ini."

BACA INI JUGA: Pelawak Popular Kantoi Hantar Mesej Lucah Goda Gadis

Sumber: Tupai.com.my

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

6 comments

biar betik...dia ke..hohoho

TU LE... KASANOVA SGT SAMPAI ORG PUN NAIK PERCAYA

Komen dlm Oh Bulan kata ZIZAN RAZAK. Mcm x caya je kan

mmm artis....macam-macam semoga cepat ke alam perkahwinan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon