Saturday, January 31, 2015

Lady Dai, Mumia Paling Sempurna

Lady Dai, Mumia Paling Sempurna

Suatu hari pada tahun 1971, sekumpulan buruh kasar sedang sibuk menggali kubu untuk kegunaan sebuah hospital di wilayah Changsha, China.

Lady Dai - Art

Ketika kerja-kerja menggali giat dijalankan, buruh yang terlibat terkejut apabila menemui sebuah kubur purba.

Makan yang tidak diketahui siapa pemiliknya itu terletak dalam sebuah liang yang agak besar dan menempatkan tiga keranda sekaligus.

Dengan bantuan lebih 1,500 orang pelajar tempatan, ahli arkeologi memulakan proses cari gali secara besar-besaran bermula pada bulan Januari 1972. Pengkaji menganggarkan usia kubur itu adalah lebih kurang 2,000 tahun.

Hasil kajian mendapati, kubur yang paling utama adalah milik Xin Zhui atau lebih dikenali dengan nama Lady Dai yang merupakan isteri kepada Li Cang, salah seorang daripada pemerintah sewaktu zaman Dinasti Han. Dua lagi keranda dipercayai milik suami dan juga anak Lady Dai.

Lady Dai - 12 Metre Tomb [2]

Kubu dimana jasad Lady Dai ditemui merupakan satu hasil kerja yang dilakukan dalam keadaan cermat dan berhati-hati. Ia terletak 12 meter dibawah tanah dan dikunci dalam empat lapisan keranda.

Keranda itu pula diletakkan dalam sebuah kubu yang berbentuk corong dan diperbuat daripada tanah liat.

Bukan itu saja, Lady Dai juga telah dibalut dengan 20 lapisan kain sutera dan direndam dalam 80 liter cecair yang belum diketahui isi kandungannya. Menurut saintis yang terlibat, cecair tersebut mengandungi asid dan magnesium di dalamnya.

Lima tan arang hitam yang mampu menyerap lembapan diletakkan disekeliling kubu tersebut. Manakala kawasan atas keranda dilapisi dengan tanah liat sedalam tiga kaki.

Kerja-kerja pengebumian Lady Dai dipercayai dilakukan dengan sangat teliti. Tiada objek asing yang boleh menembusi kubu sedalam 12 meter itu.

Lady Dai - 12 Metre Tomb

Bakteria yang menyebabkan pereputan juga tidak mampu untuk menjalankan tugas mereka kerana kekurangan oksigen.

Pendek kata, proses pengebumian Lady Dai telah menyebabkan mumia wanita dapat dielakkan daripada mengurai.

Badan masih terpelihara

Lady Dai Full Body

Ahli arkeologi yang membuat kajian mengenai Lady Dai mengatakan wanita itu mati sekitar tahun 178 hingga 145 Sebelum Masihi ketika berusia 50 tahun.

Barang-barang lain yang ditemui dalam kerandanya menandakan Lady Dai seorang yang berpengaruh penting sewaktu zaman itu.

Tetapi bukan perkara itu yang menarik perhatian pengkaji mumia seluruh dunia. Yang menghairankan, walaupun telah dikebumikan lebih kurang 2,000 tahun, keadaan tubuh mumia itu masih utuh.

Kulit Lady Dai dikatakan berada dalam keadaan yang lembab dan elastik. Sendi-sendi badannya juga masih boleh digerakkan. Boleh dikatakan hampir setiap anggota badan mumia itu dalam keadaan yang baik.

Namun, sewaktu dikeluarkan daripada keranda dan kubur tersebut, oksigen telah 'memakan' badan Lady Dai dengan sangat cepat menyebabkan keadaan mumia itu sekarang jauh berbeza dengan keadaan asal sewaktu ia ditemui dari dalam kerandanya.

Walaupun begitu, ahli forensik yang menjalankan bedah siasat amat terkejut apabila mendapati keadaan mumia itu sama seperti mereka yang baru sahaja meninggal dunia. Semua organ dalaman Lady Dai masih lagi sempurna.

Lady Dai Scanning

Terdapat darah beku ditemui pada saluran darahnya, membuktikan Lady Dai mempunyai masalah jantung dan juga beberapa jenis penyakit lain seperti darah tinggi, kencing manis dan tahap kolesterol yang tinggi dalam darah selain penyakit batu karang.

Pasukan forensik sepakat mengatakan punca kematian Lady Dai kerana serangan sakit jantung. Lady Dai juga dipercayai seorang yang obses, kurang bersenam dan tidak mengamalkan diet seimbang.

Sewaktu para pengkaji menjalankan ujian pada bahagian esofagus Lady Dai, mereka berjaya menemui lebih 138 biji tembikai yang belum dihadam.

Menurut saintis yang terlibat, biji tembikai mengambil masa satu jam untuk dihadam. Jadi, mereka membuat kesimpulan Lady Dai meninggal dunia tidak lama selepas memakan buah tembikai.

Antara barangan lain yang turut ditemui bersemadi bersama Lady Dai ialah lebih 1,000 jenis peralatan merangkumi pakaian, lengkap dengan almari yang mempunyai 100 jenis persalinan.

Lady Dai juga disemadikan dengan pelbagai jenis makanan mewah yang disimpan rapi dalam 30 bekas yang diperbuat daripada buluh. Antaranya, gandum, daging angsa, itik, ayam, ikan, telur dan pelbagai jenis makanan lagi.

Walaupun persoalan bagaimana jasad Lady Dai masih lagi kekal utuh selepas lebih dua ribu tahun dikebumikan telah terjawab, saintis masih gagal meniru cara yang digunakan sehingga ke hari ini.

Kajian demi kajian masih lagi dijalankan untuk mengetahui sumber cecair 'misteri' yang ditemui bersama Lady Dai yang membantu mengawet mayat sebaik itu.

Lady Dai

Malah, beberapa jasad lain yang ditemui berhampiran makam Lady Dai mengandungi cecair yang berbeza dalam setiap keranda mereka.

Apa juga teknik yang digunakan oleh kaum terdahulu untuk mengawet jasad Lady Dai, ianya begitu berkesan dan rahsianya masih tersimpan sehingga ke hari ini.

Pelancong daripada segenap pelosok dunia juga kini boleh melihat sendiri jasad Lady Dai yang disimpan untuk tatapan umum di muzium daerah Hunan, China.

BACA INI JUGA: Misteri Teknologi Canggih Pembinaan Piramid Firaun

-SENTIASAPANAS.COM

Penjenayah Terkenal Yang Kekal Misteri

Penjenayah Terkenal Yang Kekal Misteri

Banyak perkara yang berlaku di seluruh dunia kadangkala mengundang misteri, tambahan lagi apabila ia tak mampu diselesaikan. Ia tergantung begitu sahaja sejak dahulu sehingga kini. Yang ada hanya teori dan seribu satu andaian.

The Zodiac Killer

The Zodiac Killer

Si pembunuh Zodiac aktif di Northern California selama sepuluh bulan pada akhir 1960an. Dia telah membunuh sekurang-kurangnya lima orang dan mencederakan dua orang lagi.

Dia melakukan dua pembunuhan pertama menggunakan pistol di sempadan Benecia. Dalam kejadian kedua di Vallejo, dia berusaha untuk membunuh dua orang lagi tetapi salah seorang telah terselamat walaupun telah ditembak dikepala dan leher.

Setelah 40 minit, polis menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang mengaku sebagai pembunuh mereka. Dia juga mengaku membunuh dua mangsa sebelumnya.

Dalam masa sebulan, tiga pucuk surat yang dikirim kepada sebuah akhbar di California berisi pengakuan bahawa pembunuh misteri itu akan mendedahkan namanya.

Beginilah antara lain kandungan surat itu;

""Saya telah membunuh ORANG kerana suka. Membunuh adalah satu kegiatan yang menyenangkan. Ia seperti satu permainan, memberikan pengalaman yang menyenangkan lebih daripada anda bersama seorang wanita".

Arthur Leigh Allen adalah suspek utama, namun semua bukti yang ada tidak dapat mengaitkannya.

Sehingga ke hari ini kes pembunuhan Zodiac tidak dapat diselesaikan.

Jack The Ripper

Jack The Ripper

Pada pertengahan 1888, heboh dengan serangkaian pembunuhan di sekitar timur London, terutamanya di daerah Whitechapel.

Nama Jack The Ripper diambil dari surat yang dikirim kepada sebuah akhbar ketika itu oleh seseorang yang mengaku sebagai pembunuh.

Golongan pelacur yang menjadi mangsa korban biasanya ditemui dalam keadaan yang mengerikan, dengan leher disembelih dan tubuh yang dimutilasi.

Dalam beberapa kejadian, mayat ditemui hanya beberapa minit setelah Ripper meninggalkan tempat kejadian. Polis mempunyai ramai suspek tetapi tidak pernah menemui bukti yang mencukupi untuk melakukan tangkapan.

Masa berlalu dan muncul beberapa spekulasi bahawa Albert Victor adalah pembunuh sebenar. Namun, tiada siapa yang benar-benar pasti dan yakin siapa pembunuh sebenarnya. Semua spekulasi dan andaian semata-mata.

Sehingga ke hari ini tidak ada seorang pun yang tahu identiti Jack The Ripper yang sebenarnya.

D.B Cooper

D.B Cooper

DB Cooper @ Dan Cooper adalah nama samaran yang diberikan kepada seorang perampas kapal terbang terkenal pada 24 November 1971.

Setelah menerima pembayaran wang tebusan sebanyak $200,000, dia terjun dari sebuah Boeing 727 yang sedang terbang di atas Pacifik Northwest, satu lokasi yang terletak di Cascades Selatan.

Dikatakan keadaan cuaca pada ketika itu sangat buruk dan tidak mungkin sesiapa pun selamat jika terjun dalam keadaan itu.

Sejak itu Cooper tidak pernah muncul lagi. Tidak diketahui adakah dia selamat selepas terjun dari kapal tersebut.

Pada tahun 1980, dilaporkan seorang kanak-kanak berusia lapan tahun telah menemui wang bernilai $5,800 dalam keadaan basah. Wang pecahan $20 itu terdampar di tepi Sungai Columbia.

Cooper terjun dari pesawat Boeing 727 dengan menggunakan payung terjun dan sehingga ke hari ini tidak diketahui adakah dia selamat ataupun tidak.

-Sentiasapanas.com

Friday, January 30, 2015

Doa Memanggil Ikan Untuk Kaki Pancing

Doa Memanggil Ikan Untuk Kaki Pancing

Kali ini SP ingin berkongsi petua untuk mendapat ikan ketika memancing yang dipetik dari rakan blogger, mSelim3.

Doa-mendapat-ikan [2]

Memancing itu memerlukan kesabaran. Perkara ini memang tidak dapat dinafikan oleh mereka-mereka yang memang gemarkan aktiviti memancing untuk mengisi masa lapang atau yang terluang.

Kepada kaki pancing samada pro atau pun yang baru hendak berjinak-jinak dengan memancing ikan samada di tasik, kolam, ataupun lautan bolehlah amalkan doa ini semoga ada manfaatnya.

Semoga mendapat hasil tangkapan ikan yang banyak. Insyaa-Allah...

Tetapi jangan lupa pada cara memancing, teknik dan petua yang betul masa memancing. Ok!

Doa-mendapat-ikan

Maksudnya, "Allah yang memudahkan laut bagi kegunaan kamu, supaya kapal-kapal belayar padanya dengan perintahNya, dan supaya kamu mencari rezeki dari limpah kurniaNya, dan juga supaya kamu bersyukur". (Surah Al-Jathiya ayat 12)

Bacakan di mata kail yang telah berumpan dengan ayat ini. Insyaa-Allah ada ikan yang mengena walaupun seekor.

Pesanan

Doa memanggil ikan untuk kaki pancing ini adalah sebagai usaha kita memohon pertolongan kepada Allah.

Ingatlah Allah ketika waktu senang maupun susah. Sesungguhnya senjata orang mukmin itu adalah doa.

BACA INI JUGA: Bacaan Doa Jika Anda Sukar Tidur Malam

Tanda-Tanda Hati Yang Kotor

Tanda-Tanda Hati Yang Kotor

Tidak sukar untuk mengetahui bahawa kita menghidap penyakit hati jika kita muhasabah diri sendiri. Yang jadi tak tahu itu biasanya kerana tidak mahu memeriksa diri.

Hati-kotor

Cara paling mudah ialah dengan melihat rutin harian, yang biasa berlaku dan jarang tak berlaku. Secara ringkas, antaranya:

1. Sukar bangun subuh setiap hari secara konsisten, kalau bangun pun hanya pada hari-hari tertentu, atau atas kepentingan dan urusan tertentu.

2. Sukar menghadirkan diri berjemaah di masjid atau surau setiap hari.

3. Sering berfikiran kotor dan negatif, hati merasa susah dengan kesenangan orang lain, selalu melihat sesuatu perkara dengan pandangan negatif. Apatah lagi mempunyai hasad dengki dan iri hati yang membuak-buak.

4. Sering teringat-ingat (atau rindu) dengan maksiat yang pernah dilakukan dulu, terasa indah seolah-olah ingin kembali semula.

5. Sentiasa merasa diri betul dan orang lain sentiasa salah.

6. Selalu tak cukup duit, hutang sukar berkurang malah semakin membukit.

Punca Hati Kotor

1. Selalu terlibat dengan maksiat yang dirasakan ‘ringan‘, seperti melihat gambar lucah dalam WhatsApp, melihat awek dalam Facebook, share sesuatu yang tak pasti sehingga menjadi fitnah di Twitter, WeChat keburukan rakan sehingga terjadinya mengumpat tanpa disedari, dan sebagainya.

2. Meng-open-kan maksiat ‘berat‘ seperti menjadi rakan yang supporting bila senyum tengok rakan bawa awek naik motor, membenarkan anak perempuan bawa balik kawan lelaki asal tak mengandung, dan sebagainya.

3. Mengambil ringan tentang dosa yang menjadi kebiasaan seperti budaya bersalaman bukan muhrim, adik tidak bertudung depan abang ipar, bersanding di majlis perkahwinan takut orang kata pelik tak bersanding, dan sebagainya.

4. Ambil ringan tentang pembangunan akhlak seperti makan atau minum sambil berdiri atau berjalan, bersetubuh tanpa berselimut, dan sebagainya.

5. Tidak menjaga pandangan mata seperti melihat najis, melihat aurat, melihat maksiat dan sebagainya.

6. Tidak memelihara pergaulan dengan masyarakat termasuklah berkawan rapat dengan orang yang sama minat atau hobi tetapi tidak sensitif terhadap agama, ‘merestui’ hubungan bernafsu syahwat (pakwe makse) kononnya open, malah ada juga yang ‘merestui’ nafsu sejenis dengan merasakan OK atau tidak menjadi masalah bagi diri mereka sendiri.

Cara Atasi Hati Kotor

1. Betulkan yang biasa, biasakan yang betul

Setiap apa yang dah menjadi tabiat atau budaya, jika dapat tahu ianya salah, walau sesukar mana pun, betulkanlah.

Sebagai contoh, merokok. Dulu tak tahu sekarang dah tahu hukumnya haram. Berat tak berat, sukar tak sukar, betulkanlah. Hentikan tabiat haram itu.

Biasakan membuat perkara yang betul walaupun sukar atau dipandang serong oleh masyarakat sekeliling.

Contoh, mengelak untuk lepak dengan jiran sebab takut akan dosa mengumpat, tapi jiran-jiran pula duk mengumpat dia kata dia sombong dan sebagainya.

Maka biasakanlah yang betul, insya-Allah hati kotor itu akan bersih juga akhirnya.

2. Buat apa yang boleh dahulu

Gunakan apa yang ada sebagai peluang, jangan tunggu peluang datang. Contoh, pergi umrah nanti nak bersihkan hati kotor yang semakin berkarat ini.

Jangan! Bersihkan hati mulai sekarang, bila dah sampai sana kuatkan usaha yang telah pun disemai, bukan baru nak cuba.

Jangan tunggu sesuatu baru nak mula. Contoh, lepas kahwin nanti aku akan jaga solat 5 waktu.

Jangan! Jangan jaga nanti dah lepas kahwin, tetapi jaga solat mulai sekarang, selepas kahwin nanti dipertingkatkan lagi kualiti solat itu sendiri.

3. Bersungguh dalam beribadat

Kalau sebelum ini kita sudah pun solat lima waktu sehari semalam tanpa tinggal, tapi penyakit hati kotor masih membelenggu, cuba perbaiki setiap ibadat.

Kalau dulu solat tak tahu makna, lepas ni solatlah dengan kefahaman. Jika dulu bersedekah asyik seringgit jer, lepas ni sentiasa tingkatkan dan buang rasa sayang dan takut duit habis.

4. ‘Wujudkan’ Tuhan di hadapan sedang melihat kita

Khusyuk adalah rahsia nikmat dalam solat. Untuk mendapat khusyuk hati mesti suci bersih dahulu. Jadi bagaimana bila hati masih kotor?

Cuba ‘wujudkan’ Allah di hadapan kita. Bayangkan Allah s.w.t sedang melihat kita.

Walaupun kita sudah maklum bahawa Allah s.w.t memang ada di hadapan kita tapi kita tidak pernah endahkan, cuba belajar untuk rasai wujudnya Pencipta Agung.

5. Lawan saat nafsu memuncak nak buat maksiat

Sewaktu hati kotor masih bersama, akan hadir saat di mana kerinduan memuncak, syaitan dan nafsu menyerang tanpa belas kasihan.

Di saat itu pula maksiat ada di depan mata. Cuba lawan untuk sekali ini, anda pasti akan rasai kenikmatannya apabila anda menang melawan syaitan dan nafsu.

Masa itulah anda akan rasai magik yang benar-benar berlaku, dan anda bercita-cita untuk lawan nafsu dan syaitan untuk kali yang kedua.

6. Kepentingan ibadat sunat yang istiqamah, bukan sekali buat tapi panjang/lama

Ibadat sunat sangat berperanan mengubat hati kotor, termasuk wirid selepas solat, berzikir, bertahmid dan bertasbih, berdoa umum atau khusus, bersolat sunat rawatib selain solat dhuha dan tahajud, serta bersedeqah.

Wirid dalam solat biarlah pendek asal sentiasa buat. Bukannya sekali buat panjang berjela, kemudian bila ada kesibukan tak buat langsung.

Begitu juga solat sunat dhuha sebagai contoh. Biarlah solat itu tak sempurna sangat pun asal dibuat hampir setiap hari sampai bila-bila.

Jika bersedekah itu seringgit, janganlah terus naikkan RM50 lepas tu langsung tak sedekah. Ingat, yang penting konsisten. Naikkan RM5 dalam suatu jangkamasa, kemudian naik lagi kepada RM10 dalam suatu jangkamasa dengan penuh konsisten.

Lama kelamaan barulah dapat rasai nikmat bersedeqah RM50 setiap hari tanpa rasa sayang dan takut duit habis. Maka bersihlah hati orang yang tidak sayang dalam bersedeqah.

Semoga perkongsian di atas dapat memberi sedikit sebanyak manfaat kepada kita semua.

BACA INI JUGA: Kenapa Orang Yang Tidak Solat Selalunya Berjaya?

Sumber: Soleh.net

Thursday, January 29, 2015

Raja Baharu Arab Saudi Hafaz Al-Quran

Raja Baharu Arab Saudi Hafaz Al-Quran

Siapakah sebenarnya Raja Salman bin Abdul Aziz Al-Saud, iaitu raja baharu bagi Arab Saudi pada Jumaat minggu lalu? Mungkin ramai yang setakat berkata, baginda ialah raja yang memerintah ‘negara minyak’ terkaya di dunia ini.

Raja Salman bin Abdul Aziz Al-Saud
Raja Salman bin Abdul Aziz Al-Saud.

Namun, tahukah anda, pada usia semuda 10 tahun, Raja Salman sudah pun menghafaz Al-Quran di bawah bimbingan imam Masjidil Haram, Sheikh Abdullah Khayat, malah baginda juga disifatkan sebagai seorang yang warak.

Raja Salman khatam Al-Quran tiga kali pada setiap bulan suci Ramadan, menurut kenyataan Kementerian Kebudayaan dan Penerangan Arab Saudi, maka tidak hairanlah, raja baharu itu dilaporkan seorang yang memiliki daya ingatan amat kuat.

Yasser Arafat
Penyokong kuat perjuangan Yasser Arafat.

Baginda menerima pendidikan awalnya di Sekolah Putera-Putera di ibu kota, Riyadh bagi mempelajari subjek pendidikan agama dan sains moden, namun Raja Salman dikatakan lebih berminat terhadap pengajian sains sejak usia kecil lagi.

Ibarat ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, kepandaian sains juga diwarisi anakandanya. Tahukah anda, Raja Salman ialah ayahanda kepada Putera Sultan, yang menjadi angkasawan Muslim pertama di dunia pada tahun 1980-an.

Seorang lagi anakanda lelakinya, Putera Khaled, dilaporkan menjadi antara juruterbang tentera yang menjalankan serangan udara terhadap kumpulan militan Daulah Islamiyah (IS) di Syria tahun lalu, menurut stesen penyiaran Amerika Syarikat (AS), CNN.

(Baca: Tahukah Anda Air Yang Paling Sedap Di Dunia?)

Portal berita Arabnews.com pula menulis, sebagai seorang individu, Raja Salman seorang yang sangat menjaga masa, dan tidak suka lambat bahkan baginda sampai ke pejabat tepat pada masanya setiap hari, sepanjang tahun.

Lantaran itu, Raja Salman kurang suka jika orang membazirkan masa baginda kerana baginda rajin melawat orang sakit dan menghadiri upacara pengebumian di tengah-tengah kesibukan dan jadual padat rasmi sebagai putera mahkota dahulu.

Raja yang menjadi pengamanah Masjidil Haram dan Masjidin Nabawi di dua kota suci umat Islam, Makkah dan Madinah itu juga dilaporkan seorang yang penyabar, laman berita Saudi Gazette melaporkan.

Portal berita Arabnews.com pula menulis, sebagai seorang individu, Raja Salman seorang yang sangat menjaga masa, dan tidak suka lambat bahkan baginda sampai ke pejabat tepat pada masanya setiap hari, sepanjang tahun.

Putera Sultan
Putera Sultan angkasawan Muslim pertama di dunia.

Lantaran itu, Raja Salman kurang suka jika orang membazirkan masa baginda kerana baginda rajin melawat orang sakit dan menghadiri upacara pengebumian di tengah-tengah kesibukan dan jadual padat rasmi sebagai putera mahkota dahulu.

Raja yang menjadi pengamanah Masjidil Haram dan Masjidin Nabawi di dua kota suci umat Islam, Makkah dan Madinah itu juga dilaporkan seorang yang penyabar, laman berita Saudi Gazette melaporkan.

Sumber: Agensi/Mynewshub.cc

Video Raja Arab Saudi 'Tinggalkan' Barrack Obama Demi Solat!

Video Raja Arab Saudi 'Tinggalkan' Barrack Obama Demi Solat!

Telah bersabda Rasulullah SAW, “Pada akhir zaman akan muncul seorang khalifah yang berasal dari umatku, yang akan melimpahkan harta kekayaan selimpah-limpahnya. Dan ia sama sekali tidak akan menghitung-hitungnya.” (HR. Muslim dan Ahmad)

Raja Salman

Setelah berkunjung ke India, Presiden US, Barrack Obama singgah di Arab Saudi bersama dengan isterinya bagi mengucapkan takziah kepada keluarga diraja atas kemangkatan Raja Abdullah dan juga penghormatan keatas pertabalan raja baru iaitu Raja Salman.

Namun sesuatu yang luar biasa terjadi ketika kunjungan Obama di Arab Saudi dimana Raja baru itu pergi meninggalkan manusia paling berpengaruh itu dan isteri bersendirian apabila azan asar berkumandang.

Bayangkan di saat-saat protokol masih berlangsung, Raja Salman terus meninggalkan Obama untuk menunaikan solat Asar sebaik sahaja azan berkumandang.

Video ketika lawatan Obama itu telah dirakam dan dimuat naik ke laman Youtube dan menerima sejumlah tontonan yang banyak dengan komen positif dari pengguna laman tersebut.

(Baca: Mengapa Umat Islam Tidak Digalakkan Menyebut 'Rest In Peace'?)

Di dalam video tersebut, kelihatan Raja Salman bersama beberapa menteri menyambut kedatangan Obama di lapangan terbang. Setelah berjabat tangan, Raja Salman dilihat meninggalkan Obama untuk menunaikan solat Asar.

Obama setelah itu berjalan di atas karpet merah bersama isterinya tanpa ditemani oleh Raja Salman.

Seorang rakyat arab saudi telah memuat naik satu tweet berserta gambar dengan kapsyen "Inilah lelaki yang meninggalkan pemimpin negera terpenting dunia untuk sembahyang".

Saksikan video dibawah:



Bagaimanapun, Raja Salman menerusi rakaman siaran televisyen dilihat terlebih dahulu menjelaskannya kepada Presiden itu sebelum berlalu pergi. Salute!

Sumber:
Depalma-sp.blogspot.com/Mynewshub.cc

Pemain Bola Sepak Jerman Masuk Islam

Pemain Bola Sepak Jerman Masuk Islam

Tersentuh hati kami mendengar luahan seorang pemain bola sepak Jerman bernama Danny Blum yang mengumumkan telah memeluk agama Islam dan menyifatkan agama ini sebagai sumber kekuatan kepada dirinya.

Danny Blum

“Islam memberi saya harapan dan kekuatan. Solat menenangkan jiwa saya,” beritahu Blum kepada akhbar Bild pada hari Isnin lalu.

Blum yang menyertai FC Nurnberg di Bavaria sejak Julai lalu juga pernah mengalami kecederaan lutut dan terpaksa berehat selama enam bulan.

Bagaimanapun, beberapa minggu yang lalu pemain bola sepak ini akui mengambil keputusan untuk memeluk islam setelah tertarik agama ini ketika dalam lawatannya ke sebuah masjid.

“Saya ada melawat sebuah masjid dan entah mengapa saya terus tertarik untuk mengetahui lebih dalam mengenai agama ini.” kata Blum.

Danny Blum

Jejaka berusia 24 tahun ini akui sedang belajar mengamalkan ajaran agama Islam seperti solat dan pengambilan makanan halal.

Menurut Blum, pada mulanya dia gusar dan takut keputusannya memeluk agama Islam dihalang oleh ibu bapanya namun berita tersebut disambut baik oleh keluarganya.

“Mereka adalah orang Kristian yang taat. Tetapi tidak lama selepas itu mereka berkata yang saya perlu berbuat demikian jika saya percaya bahawa Islam adalah agama betul,” katanya.

Kisah Danny Blum yang memeluk agama Islam ini heboh diperkatakan oleh media barat.

BACA INI JUGA:



Sumber: Mynewshub

Aplikasi WhatsApp Melalui Komputer Anda!

Aplikasi WhatsApp Melalui Komputer Anda!

Anda pengguna media sosial WhatsApp? Terima kasih kepada artikel ini yang dikongsikan oleh blogger Bin Muhammad melalui blognya di relaksminda.

WhatsApp Web

Ada berita baik untuk anda di mana kini Aplikasi WhatsApp boleh digunakan melalui komputer desktop/ labtop anda! Aplikasi ini dikenali sebagai WhatsApp Web tetapi hanya boleh digunakan melalui Browser Google Chrome.

Kini anda boleh berkomunikasi sesama rakan anda dengan lebih selesa di skin yang lebih besar! Ianya memaparkan paparan yang serupa seperti di smartphone anda dan boleh melihat semua gambar dan video dengan lebih jelas. Nak simpan pun mudah tanpa perlu memenuhkan memory card/ smartphone anda.

Aplikasi WhatsApp Web ini memerlukan sambungan tetap pada telefon pintar anda untuk berfungsi. Jika telefon anda terputus talian, WhatsApp Web akan tetap memaparkan segala yang telah di download sebelum itu. Senang kata, segala fungsinya sama seperti aplikasi di telefon pintar.

Cara Guna Aplikasi WhatsApp Web

Bagaimana cara untuk ada menggunakan Aplikasi WhatsApp Web ini? Mudah sahaja, hanya ikut panduan berikut:

Buka Google Chrome anda dan pergi ke website: https://web.whatsapp.com./. Anda akan lihat QR code. Scan code tersebut dan anda dah boleh gunakan Aplikasi WhatsApp Web ini. Mudah bukan...

WhatsApp Web [2]

Untuk lebih jelas, sila ke halaman berikut: Use WhatsApp Web

WhatsApp Web Guidelines

Connect your web browser to your WhatsApp client, simply open https://web.whatsapp.com in your Google Chrome browser. You will see a QR code --- scan the code inside of WhatsApp, and you're ready to go.

You have now paired WhatsApp on your phone with the WhatsApp web client. Your phone needs to stay connected to the internet for our web client to work, and please make sure to install the latest version of WhatsApp on your phone.

In terms of availability, it currently works on Android, Windows Phone, Blackberry, BlackBerry 10 and Nokia S60. Sorry... no web solution at this time for iOS users because of limitations of the platform

Selamat mencuba dan ceritakan pengalaman anda menggunakan Aplikasi WhatsApp Web ini...

BACA INI JUGA: Kehebatan Yahudi Memanipulasi Media

Sumber:
http://relakssminda.blogspot.com/2015/01/guna-whatsapp-hanya-melalui-komputer.html
http://blog.whatsapp.com/614/WhatsApp-Web
http://www.androidcentral.com/whatsapp-now-has-chrome-web-client