Thursday, February 05, 2015

Anda Tidak Pernah Puas?

Anda Tidak Pernah Puas?

Apa yang kita cari didalam hidup ini? Adakah kita tidak pernah merasa puas dengan apa yang kita miliki? Sebagai renungan buat kita semua, kami kongsikan buat anda..

Jiwa-kosong

Kita hidup digunung, merindukan pantai. Kita hidup dipantai, merindukan gunung.

Kalau kemarau kita tanya bila hujan? Di musim hujan kita tanya bila kemarau?

Diam di rumah, keinginan untuk keluar. Setelah keluar berkeinginan untuk pulang.

Waktu sunyi mencari keramaian. Waktu ramai cari ketenangan.

Ketika bujang mengeluh keinginan untuk menikah. Sudah berkeluarga mengeluh belum punya anak. Setelah ada anak, mengeluh perbelanjaan hidup.

Ternyata, sesuatu tampak indah kerana belum kita miliki..

Bilakah kebahagiaan akan diperolehi kalau kita sentiasa memikirkan apa yang belum ada, tapi mengabaikan apa yang sudah kita miliki..

Jadilah peribadi yang selalu bersyukur dengan rahmat dan nikmat yang sudah kita miliki..

Mungkinkah selembar daun yang kecil dapat menutup bumi yang luas ini? Sedangkan menutup telapak tangan sahaja pun sudah begitu sukar..

Tapi, kalau daun kecil ini melekat di mata kita, maka tertutuplah bumi dengan daun..

Begitu juga bila hati ditutupi fikiran buruk sekecil manapun, maka kita akan melihat keburukan dimana-mana, bumi ini sekalipun akan tampak buruk..

Jadi, janganlah menutup mata kita, walaupun hanya dengan daun yang kecil.

Janganlah menutup hati kita dengan sebuah fikiran buruk, walaupun cuma seujung kuku.

Syukuri apa yang sudah kita miliki, sebagai modal untuk memuliakan-Nya.

Kerana hidup adalah, waktu yang dipinjamkan dan amanah yang dipertanggungjawabkan..

Bersyukurlah atas nafas yang masih kita miliki..

Bersyukur atas keluarga yang kita miliki..

Bersyukur atas pekerjaan yang kita miliki..

Bersyukur atas kesihatan yang kita miliki..

Bersyukur atas rahmat dan nikmat yang kita miliki..

Bersyukur dan sentiasa bersyukur di dalam segala perkara..

Semoga kita mendapat manfaat dan sentiasa bersyukur..Amiin

BACA INI JUGA: Jangan Cuba Menggapai Perkara Yang Tidak Pasti

-SENTIASAPANAS.COM

Wednesday, February 04, 2015

Kisah Benar Di Sebalik Kejayaan Pengasas D’Herbs

Kisah Benar Di Sebalik Kejayaan Pengasas D’Herbs

Mungkin kerana ramai yang mencari-cari motivasi atau contoh yang boleh diteladani untuk mencapai kejayaan hidup, semestinya kisah Dato’ Aliff Syukri ini adalah terbaik untuk kita sama-sama mengambil pengajaran. Semoga bermanfaat untuk semua.

Dato’ Aliff Syukri

Ketika pertama kali Dato’ Aliff Syukri muncul di kaca TV dalam program Wanita Hari Ini. Dengan kepetahan mulutnya, penulis tergelak kerana tidak menyangka sehingga ke tahap ‘begitu’ beliau sanggup mempromosikan produk D’Herbs.

Namun, tahukah kita kisah kejayaan anak melayu yang kini bergelar sebagai jutawan ini dengan tagline ‘Terlajak Laris’?

Al-kisahnya:

Saya berasal dari Pahang datang dari keluarga yang susah. Saya gemar berdikari untuk menjayakan dirinya dan enggan duduk di kepompong yang sama.

Pengalaman yang paling bermakna buat saya, saya ingin berniaga tetapi tiada duit. Angan-angan itu besar tetapi tiada duit. Duit dalam simpanan tak usah nampak seribu, ratus-ratus je yang ada. Macam mana nak berniaga? Macam mana nak buka kedai?

Dengan berbekalkan azam yang kuat, saya berniaga dengan cara apa sekali pun. Bermula dari menjual pada kawan-kawan di pejabat. Kemudian membuka gerai di pasar tani setiap minggu. Kadang-kadang, hari sabtu dan ahad saya berniaga di Pasar Tani Seksyen 13, Kelana Jaya & Sri Andalas sebab saya pantang duduk diam.

Saya terkejut dengan sambutan yang bagus bila saya menjual kosmetik. Mula-mula berniaga, dapat RM500, RM600. Alhamdulillah, syukur kepada Allah dengan mulut saya yang macam makcik-makcik ini, saya dapat menarik ramai pelanggan. Daripada sehari RM400, selepas 2 bulan, saya mampu meraih RM2,000 – RM3,000!

Nilai 2-3 ribu memang nilai yang mengejut bagi saya. Sebelum kita berjaya, kita jangan minta tolong orang. Kita usaha dulu!

Walaupun pinjaman saya di bank ditendang, dimaki, diherdik. Malah mereka tak pandang pun saya dan saya amat kecewa ketika itu. Saya dah buat paperwork susah-susah, dah berbulan-bulan saya buat paperwork. Tetapi pegawai bank itu hanya baling paperwork saya dan mengatakan loan saya tak lulus.

Kenapa saya punya loan tak lulus?

Jawab mereka, “awak masih mentah. awak perlukan gurantor, awak perlukan tanah, awak perlukan aset untuk buat loan dan sebagainya.”.

Saya menangis teresak-esak dan saya sedar diri saya begitu kerdil di mata mereka. Ada juga saudara terdekat yang mengatakan:

“alaa Syukri, kau tu takkan boleh berjaya. Kau tu lepasan SPM, masuk universiti pun tak lepas. Kau takkan berjaya Syukri.”

Alhamdulillah, syukur kepada Allah bila ada kawan-kawan terdekat, pelanggan-pelanggan yang memanggil saya ketika membuat bengkel kecantikan di seluruh Malaysia itu, saya hubungi mereka dan saya beritahu hajat saya ingin membuat satu jenama dan ingin berkongsi bersama beliau membantu saya.

Saya panggil mereka dan saya terangkan kertas kerja yang pegawai bank tersebut tak nak layan saya. Dan respon yang diberikan amatlah mengejutkan. Rata-rata yang menyertai mesyuarat yang saya anjurkan, semua berminat dan yakin dengan kewibawaan saya untuk membuat satu jenama.

Duit yang mereka bagi, saya jadikan pelaburan. Saya jadikan modal awal saya dan digabungkan dengan peniagaan pasar tani saya dua tahun itu, dapatlah lebih kurang RM100,000!

Sebab itu hari ini, saya amat menghargai beliau. Saya tak lupa pada Encik Putra, Puan Rohani, abah saya sendiri, Puan Linda, Puan Rina dan semua yang ada pada hari ini. Saya rasa tanpa anda semua pastinya syarikat D’Herbs tidak akan sampai ke tahap ini.

Makin kita tinggi, makin kita tunduk. Jadi saya menyeru kepada semua orang yang ada dekat sini, marilah kita berniaga. Tak kisahlah orang pandang kita apa pun, dan kita perlu bermula daripada bawah. Insha Allah, hasil yang kita berdiri di tapak kaki sendiri lebih bermakna daripada kita menumpang dari hasil orang lain.

Saya mempunyai matlamat saya sendiri untuk berjaya, tidak meniru orang lain. Nama D’Herbs akan sentiasa gah dan kuat di Malaysia ini. Itulah matlamat saya sampai bila-bila. Dan generasi saya akan membesarkan lagi legasi D’Herbs Healthy Sdn Bhd ini. Amin amin ya rabbal alamin.


Beliau juga ada mengeluarkan satu video pengalaman beliau ini yang dilakonkan sendiri oleh beliau. Semoga video ini menjadi pemangkin semangat untuk kita lebih berjaya:

BACA INI JUGA: Kisah Benar Menjadi Jutawan Kerana Amalan Sedekah

Sumber: Fitrihadi.com

Bagaimana Sebenarnya Sikap Nursyuhada?

Bagaimana Sebenarnya Sikap Nursyuhada?

Kematian ngeri penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh, Pulau Pinang, Nursyuhada Johari, 20, masih menjadi sesuatu yang mengemparkan negara.

Nursyuhada Johari

Walapun lelaki yang dikatakan bertanggungjawab melakukan jenayah itu telah ditahan pihak berkuasa, namun episod untuk keadilan dapat ditegakkan masih lagi jauh.

Kita semua mahu lelaki tersebut dibawa ke tali gantung secepat yang boleh namun ia tidak akan berlaku dengan pantas kerana masih ada proses perbicaraan mahkamah yang perlu dilalui.

Seperti kes-kes lain yang mendapat perhatian ramai, kes Nursyuhada juga tidak terlepas dari menjadi buah mulut jahat sesetengah manusia.

Khabar dan perkara yang tidak sihat juga disebarkan pihak tertentu yang boleh dikatakan sama tahap sakit otak mereka dengan lelaki yang mengelar Nursyuhada itu.

Atas kesedaran agar jangan ada lebih banyak khabar kurang sihat bertebaran, ahli jawatankuasa sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Muslim Care tampil membuat penjelasan mengenai siapa adik Nursyuhada.

Nursyuhada Johari [2]

“Dimaklumkan bahawa seorang adik yang terbunuh semalam adalah seorang yang baik, cemerlang peribadi dan antara individu yang menjadi sukarelawan Muslim Care ke Kelantan 2 minggu lepas.

“Alhamdulillah sepanjang misi CUCI dan serah sumbangan, arwah dan rakan-rakannya sangat bersemangat dan berharap akan bersama sekali lagi untuk misi-misi akan datang.

“Saya memohon untuk kita sentiasa bercakap yang baik walaupun terdapat pelbagai spekulasi melalui media arus perdana atau media baru.

“Selaku AJK Muslim Care, yang mengatur perjalanan sukarelawan daripada utara ke pantai timur, saya sangat terkesan dengan pemergian adik Nursyuhada dan berharap agar kita semua mendoakan yang terbaik buar adik arwah Nursyuhada,” katanya melalui kenyataan di sebuah media sosial.

Kesungguhan dan baris cerita yang disampaikan dengan jelas memperlihatkan ketinggian budi pekerti dan kebaikkan dalam jiwa adik Nursyuhada.

Nursyuhada Johari [3]

Sudah pasti jasa Allahyarhamah ketika di Kelantan diingati semua yang sempat merasanya.

Hakikatnya, Nursyuhada masih muda dan perjalanan hidupnya masih jauh.

Cuma takdir menentukan ada mangkuk ayun gila mana entah yang pada satu petang tanpa berfikir panjang mengambil keputusan akal singkat untuk meragut nyawa budak itu!

Apa pun, pada masa yang sama, marilah kita menyedekahkan al-fatihah untuk adik Nursyuhada yang menjadi mangsa seorang lelaki gila.

BACA INI JUGA: Elisa Lam, Kematian Misteri Di Hotel Cecil

Sumber: Mynewshub.cc

Tuesday, February 03, 2015

Cara Melajukan Peranti Android Seperti Asal

Cara Melajukan Peranti Android Seperti Asal

Anda boleh melajukan kembali peranti Android anda seperti pada asalnya dengan melakukan beberapa perkara asas.

Android slow

Bagi para pengguna peranti Android, terutamanya peranti berspesifikasi pertengahan, anda akan merasai peranti anda menjadi semakin perlahan atau mengalami sela masa setelah digunakan beberapa bulan.

Perkara ini berlaku kerana beberapa perkara, termasuk fail storan yang semakin bertambah, selain fail berbentuk cache yang disimpan pada peranti.

Membuang Aplikasi Yang Tidak Digunakan

Uninstall

Seperti biasa, salah satu perkara utama yang boleh dilakukan adalah membuang aplikasi yang tidak digunakan.

Untuk membuang sesuatu aplikasi, anda hanya perlu membuka talam aplikasi, dan seterusnya tap pada ikon aplikasi yang ingin dibuang untuk seketika, dan seterusnya menarik ikon berkenaan kepada bahagian yang dinamakan sebagai “Uninstall”.

Aplikasi berkenaan akan dipadam daripada peranti anda, tetapi tidak perlu risau memandangkan anda masih boleh memuat-turunnya pada bila-bila masa daripada Google Play Store.

Gunakan Launcher Seperti Google Launcher atau Nova Launcher

Kadang-kala, sesuatu peranti tersebut mengalami sela masa yang tinggi disebabkan oleh kesan grafik yang digunakan oleh tema antaramuka pada telefon berkenaan.

Anda boleh menggantikan ia dengan menggunakan launcher daripada pihak ketiga, dimana antara yang popular adalah daripada Google sendiri dinamakan Google Launcher, ataupun turut popular adalah Nova Launcher.

Saya lebih mengemari Nova Launcher, dimana selepas memasangnya, anda boleh mengawal pelbagai perkara, termasuk kesan animasi, aplikasi yang dipaparkan dan sebagainya – sekaligus mengurangkan penggunaan kuasa pemprosesan berbanding tema asal seperti TouchWiz.

Membuang Cache Yang Tidak Digunakan

Cache

Pelbagai aplikasi Android menyimpan data dalam bentuk cache untuk menjadikan anda membuka sesuatu aplikasi dengan pantas, dan pada masa yang sama tidak menggunakan data yang tinggi.

Memandangkan mungkin anda ada membuang sejumlah aplikasi yang tidak digunakan, maka data-data cache untuknya turut akan disimpan – yang mana anda boleh membuangnya dan mendapatkan ruangan storan tambahan.

Terdapat beberapa aplikasi yang memudahkan proses ini dan melakukannya secara berkala, seperti Clean Master dan juga CCleaner.

Tetapi, jika anda ingin melakukannya secara manual, anda boleh ke halaman Settings > Storage, dan tap pada Cached Data untuk membuang data yang disimpan padanya.

Pindahkan Gambar Lama Untuk Simpanan Di Komputer

Kadang-kala, peranti anda akan menjadi sedikit lambat apabila storan padanya dipenuhi. Salah satu perkara yang anda boleh lakukan untuk mengosongkan storan pada peranti adalah dengan memindahkan sejumlah gambar yang dirakamkan oleh anda ke komputer untuk digunakan pada masa akan datang.

Ketika memindahkan fail-fail anda, anda turut boleh menyemak folder Downloads pada peranti anda untuk turut melihat fail-fail yang telah dimuat-turun anda dan tidak digunakan.

Factory Data Reset

Factory Data Reset

Jika pelbagai kaedah ini masih gagal untuk mengembalikan peranti anda dalam keadaan dan prestasi seperti pada asalnya, anda boleh memilih untuk membuat Factory Data Reset – tetapi pastikan anda telah membuat salinan pendua untuk pelbagai fail dan data pada peranti.

Sebaik sahaja ia selesai, anda boleh memulakan kembali peranti anda seperti keadaan asal, dan memilih data yang ingin di sync serta aplikasi yang ingin dipasang.

BACA INI JUGA: 5 Smartphone Berkualiti Tapi Murah Dari China

Sumber:
http://amanz.my/2015/02/4-cara-bagaimana-menjadikan-peranti-android-anda-kembali-laju-seperti-pada-asalnya/

10 Salah Faham Terbesar Mengenai Islam

10 Salah Faham Terbesar Mengenai Islam

Wartawan dan pengarang Swiss, Roger Du Pasquier pernah berkata, “Di Barat, sama ada Kristian atau agama lain, tidak pernah benar-benar mengenali Islam.

Islam

Sejak mereka melihat ia muncul di pentas dunia, Kristian tidak pernah berhenti menghina dan memfitnah untuk mencari justifikasi untuk melancarkan perang ke atasnya.”

Kali ini saya ingin memuatkan 10 salah faham terbesar mengenai Islam dari kaca mata masyarakat dunia.

Semoga memberi pendedahan kepada kita semua terhadap salah anggap yang berlaku dan dapat menjawab setiap persoalan yang dilemparkan kepada agama Islam.

Muslim adalah Arab
Salah faham: Semua orang Islam adalah orang Arab

Imej biasa seorang muslim dalam pemikiran Barat adalah seorang lelaki berserban Arab dengan janggut yang panjang.

Walau bagaimanapun, imej ini adalah sebahagian daripada minoriti umat Islam. Arab terdiri daripada hanya 15% daripada penduduk Islam di dunia.

Fakta menunjukkan bahawa penganut agama Islam di Timur Tengah adalah yang ketiga, dengan Asia Timur pada tangga pertama (69%) dan kawasan benua Afrika (27%) pada tangga kedua.

Satu lagi salah faham yang biasa ialah bahawa semua orang Arab beragama Islam. Yang sebenarnya, walaupun majoriti orang Arab Islam (75%), terdapat banyak agama-agama lain yang diamalkan oleh orang Arab termasuk Kristian dan Yahudi.

Muslim dan Jesus
Salah faham: Orang Muslim membenci Jesus

Sebenarnya banyak persamaan fakta sejarah diantara Kristian dan Islam. Sebenarnya ramai yang tak tahu bahawa orang Islam mengakui bahawa Jesus adalah salah seorang daripada utusan Tuhan (Allah), iaitu dikenali sebagai Nabi Isa.

Seseorang muslim itu wajib beriman dan percaya kepada kelahiran suci Maryam dan mukjizat-mukjizat yang terdapat pada Nabi Isa (Jesus).

Nabi Isa (Jesus) turut disebut di dalam kitab suci Al-Quran di dalam pelbagai surah dan baginda (Nabi Isa/Jesus) sering dirujuk sebagai contoh tauladan yang mulia dan terpuji.

Walau bagaimanapun, perbezaan utama diantara kepercayaan penganut Kristian dan Islam adalah, Islam tidak meletakkan Jesus sebagai tuhan.

Islam juga mempercayai Nabi Isa sebagai penyelamat manusia di akhir zaman.

Hak Kanak-Kanak
Salah faham: Kanak-kanak tidak mempunyai hak

Kanak-kanak, mengikut undang-undang Islam, mempunyai hak yang pelbagai. Salah satunya ialah hak dipelihara dan dibesarkan dengan baik dan diberi pendidikan.

Islam menggalakkan kanak-kanak dibesarkan dengan baik kerana ia adalah tanggungjawab seorang dewasa untuk membesarkan anaknya untuk menjadi seorang dewasa yang bermoral dan beretika.

Anak-anak juga perlu diberi layanan yang adil. Apabila memberi hadiah wang, mereka semua harus mendapat jumlah yang sama dan tidak harus ada pilih kasih di kalangan mereka.

Kanak-kanak dibenarkan untuk mengambil sedikit daripada harta ibu bapa mereka untuk menampung perbelanjaan bagi diri, walaupun jika ibu bapa enggan memberikan mereka perbelanjaan yang sepatutnya untuk hidup.

Seorang kanak-kanak juga tidak dibenarkan untuk dipukul di muka atau dirotan oleh apa-apa lebih besar daripada sebatang pensil.

Agama Yang Tiada Toleransi
Salah faham: Islam tidak boleh bertolak ansur kepada agama-agama lain

‘Bunuh orang kafir’ adalah frasa yang ramai orang percaya bahawa ini adalah ideologi orang Islam terhadap orang bukan Islam.

Ini adalah satu gambaran yang tidak betul tentang undang-undang agama Islam. Islam sentiasa memberi penghormatan dan kebebasan beragama kepada semua penganut agama lain.

Dalam Al-Quran mengatakan, ‘Dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa’. (Surah al-Ma’idah : 8)

Terdapat banyak contoh sejarah toleransi Islam terhadap agama lain. Salah satu contoh adalah apabila Khalifah Umar menjadi penguasa Jerusalem dari 634 hingga 644 Masihi.

Dia memberikan kebebasan kepada semua lapisan masyarakat agama dan berkata bahawa penduduk bandar adalah selamat dan tempat ibadat mereka tidak akan diambil dari mereka.

Beliau juga telah menubuhkan mahkamah yang telah ditetapkan kepada minoriti bukan Islam.

Apabila beliau melawat kawasan suci (holy area) beliau akan meminta ketua Kristian, bapa Sophronius (Christian patriarch Sophronius) untuk menemaninya.

Jihad
Salah faham: Jihad bermaksud membunuh demi tuhan

Makna sebenar bahasa Arab bagi perkataan jihad adalah perjuangan. Terdapat banyak bentuk jihad tetapi yang paling penting adalah jihad al-nafs (jihad melawan nafsu diri), jihad bil-lisan (jihad dengan menjaga percakapan), yad bil jihad (jihad dengan menggunakan tindakan), dan Jihad bis Saif (jihad dengan menggunakan pedang).

Setiap jihad berada pada kedudukan berbeza dan telah diriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW pulang dari pertempuran dan berkata, ”Kita telah pulang dari jihad yang kecil (yang pergi ke medan peperangan) kepada jihad yang lebih besar (perjuangan melawan hawa nafsu).

Ini bermakna bahawa Islam mementingkan perjuangan menentang nafsu diri dan jiwa, lebih penting daripada jihad dalam perang.

Mati syahid tidak hanya mati di medan perang. Seseorang yang meninggal dunia semasa menunaikan haji di Mekah, seorang wanita yang meninggal dunia semasa melahirkan anak, atau seseorang yang mati dalam kemalangan kereta ketika beliau dalam perjalanan ke masjid, semuanya diberi kemuliaan syahid.

Perkahwinan Kanak-Kanak
Salah faham: Nabi Muhammad SAW adalah pedophile ( bermaksud sumbang mahram/salah laku seks terhadap kanak-kanak)

Walaupun ia adalah benar bahawa baginda berkahwin dengan Aisyah yang pada ketika itu berusia sembilan tahun, tetapi itu bukanlah sesuatu yang dipanggil pedophilia.

Sejarah pada waktu itu menunjukkan, dan juga didalam Islam, umur di mana seorang perempuan telah dianggap bersedia untuk berkahwin adalah setelah mencapai akil baligh.

Perkara ini juga terdapat dalam Bible, dan masih digunakan hari ini untuk menentukan umur perkahwinan di banyak kawasan di dunia. Ini adalah sebahagian daripada norma manusia.

Aisyah (Isteri Nabi Muhamad SAW) berkahwin setelah baligh 3 tahun sebelum perkahwinan. Dia telah mencapai umur akil baligh.

Dan lelaki atau perempuan, menurut di sisi undang-undang Islam, mereka bertanggungjawab atas segala tindakan mereka di bawah undang-undang Islam.

Pada waktu ini, mereka dibenarkan untuk membuat keputusan sendiri dan bertanggungjawab terhadap tindakan mereka.

Dalam Islam juga, adalah menyalahi undang-undang untuk memaksa seseorang untuk berkahwin dengan seseorang jika mereka tidak mahu berkahwin.

Tidak ada sebarang petunjuk bahawa masyarakat pada zaman itu mengkritik atau mengecam gadis yang berkahwin pada usia muda.

Sebaliknya, perkahwinan telah digalakkan oleh keluarga gadis dan telah disambut baik oleh masyarakat umum.

Keganasan Tentera Muslim
Salah faham: Tentera Islam adalah orang yang tidak bertamadun dan biadab semasa perang

Ini agak berlawanan kerana terdapat sepuluh peraturan perng yang setiap tentera Islam mesti patuhi:
  • Jangan melakukan pengkhianatan
  • Tidak menyimpang dari jalan yang lurus
  • Jangan merosakkan mayat
  • Jangan membunuh kanak-kanak
  • Jangan membunuh wanita
  • Jangan membunuh lelaki tua
  • Tidak memudaratkan atau membakar pokok
  • Jangan memusnahkan bangunan-bangunan
  • Tidak memusnahkan tanaman musuh, melainkan jika digunakan untuk makanan
  • Membiarkan orang yang menumpukan hidup mereka kepada perkhidmatan monastik

Semasa perang salib, apabila Salahuddin menewaskan tentera Frank, baginda memberi penghormatan kepada tentera Frank yang dikalahkan dan membekalkan mereka dengan makanan dan semasa perang salib ketiga apabila musuh Salahuddin, raja Richard jatuh sakit, Salahuddin menghantar kepada baginda hadiah buah-buahan dan kuda.

Karen Armstrong menggambarkan penaklukan kali kedua keatas Jerusalem dengan kata-kata berikut ini:

Pada tarikh 2 Oktober 1187, Salahuddin dan tenteranya memasuki Jerusalem sebagai penakluk dan selama 800 tahun berikutnya Jerusalem tetap menjadi bandar Muslim. Salahuddin menepati janjinya, dan menakluk kota tersebut menurut ajaran Islam yang murni dan yang paling tinggi.

Dia tidak berdendam untuk membalas pembunuhan tahun 1099, seperti yang Al-Qur'an anjurkan (16:127), dan sekarang, kerana permusuhan dihentikan, ia menghentikan pembunuhan (2:193-194).

Tidak ada seorang Kristian pun yang dibunuh dan tidak ada rampasan harta. Jumlah tebusan pun sangat rendah....

Salahuddin menangis tersedu-sedu kerana keadaan mengenangkan keluarga-keluarga yang hancur berpecah-belah dan dia membebaskan banyak daripada mereka, mengikut imbauan Al-Quran, walaupun menyebabkan putus asa pengurus negara yang telah lama menderita.

Saudara lelakinya al-Adil begitu tertekan kerana penderitaan para tawanan sehingga dia meminta Salahuddin untuk membawa seribu orang di antara mereka bersamanya dan kemudian membebaskan mereka di tempat itu juga...

Semua pemimpin Islam merasa tersinggung kerana melihat orang-orang Kristian kaya melarikan diri dengan membawa kekayaan mereka, yang boleh digunakan untuk menebus semua tawanan...

Heraclius membayar tebusan dirinya sebanyak sepuluh dinar seperti tawanan lain dan bahkan diberi pengawal peribadi untuk mempertahankan keselamatan harta bendanya selama perjalanan ke Tyre.

Subhaanallah..

Hak Wanita
Salah faham: Wanita tidak mempunyai hak dalam Islam

Imej bagi seorang wanita memakai tudung dari kepala ke kaki, adalah seorang wanita yang tidak mendapat keadilan.

Dan terdapat negara-negara Islam di dunia yang melaksanakan banyak hukuman yang keras terhadap wanita, ini tidak harus digambarkan sebagai undang-undang Islam. Kebanyakan negara-negara ini mempunyai perbezaan budaya yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Perkara ini harus diperhatikan bahawa semasa zaman sebelum ketibaan Islam, wanita telah digunakan untuk memuaskan nafsu sahaja dan tidak mempunyai kebebasan.

Kelahiran anak perempuan dalam keluarga dianggap penghinaan dan amalan pembunuhan bayi perempuan adalah tidak terkawal.

Apabila Islam datang, agama ini melarang keras amalan pembunuhan bayi perempuan. Islam telah memberikan kembali hak asasi manusia yang banyak kepada wanita.

Seorang wanita Islam dibenarkan untuk menolak dan menerima apa-apa pinangan untuk berkahwin dan mempunyai hak untuk memohon perceraian.

Juga dari segi pendidikan, seorang wanita yang bertanggungjawab dan diwajibkan untuk mencari ilmu demi kebaikan dirinya dan masyarakat.

Pada waktu ini, banyak wanita telah dieksploitasi dengan iklan produk yang mendedahkan aurat. Manakah yang lebih melindungi wanita? Islam atau undang-undang ciptaan manusia?

Disebarkan Melalui Pedang
Salah faham: Islam telah tersebar dengan pedang

Sejarawan De Lacey O’Leary mengatakan, “Sejarah menjelaskan bahawa lagenda tentera Islam fanatik yang menyerang dunia dan memaksa memeluk Islam dengan pedang terhadap bangsa yang ditawan adalah salah satu mitos yang paling hebat yang tidak masuk akal dalam sejarah dunia.“

Tidak ada catatan dalam sejarah yang menunjukkan orang yang dipaksa oleh mata pedang untuk memeluk agama Islam.

Apabila Islam tersebar melalui negara, mereka akan menubuhkan gereja persendirian dan rumah-rumah ibadat untuk orang bukan Islam yang tinggal dibawah pentadbiran mereka dan kerana akhlak yang baik yang mereka telah terima, mereka sendiri tertarik untuk menukar agama.

Orang yang melihat sejarah dan gemar berfikir akan menyedari bahawa satu kumpulan kecil orang tidak boleh memaksa orang lain untuk menjadi ahli-ahli agama mengikut kehendak mereka.

Dan yang paling menarik untuk direnungkan, adalah apabila tentera Mongol menyerang dan menakluki sebahagian besar empayar Islam, dan tentera Mongol tersebut bukannya memusnahkan agama Islam, malah mereka pula menerima pakai ajaran Islam dalam kehidupan mereka.

Islam Itu Pengganas
Salah faham: Islam adalah pengganas

Setakat ini, ia merupakan salah tanggapan buruk terbesar tentang Islam, memandangkan media memberikan imej tidak adil dan sikap stereotaip awam (barat).

Kenapa tentera Amerika atau Israel yang menembak orang awam dilabelkan sebagai ’pembenci jenayah’, tetapi apabila seorang Muslim membuat tembakan balas untuk mempertahankan diri atau keluarga mereka, akan dianggap sebagai ’pengganas’?

Pihak media juga menggambarkan Islam sebagai suatu kultus atau kumpulan dimana jika kita menyertainya, kita menjadi seorang pengganas yang kini merupakan sebahagian daripada agenda buruk pihak barat.

Walau bagaimanapun, di seluruh dunia, Islam dalam bentuk sebenar adalah sebagai satu cara hidup.

Terdapat banyak ayat di dalam al-Quran yang menentang idea keganasan.

"Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, (tetapi) janganlah kamu melampaui batas". (QS Al Baqarah: 190)

Tiada tempat dalam Islam, sama ada dalam al-Quran atau ajaran Muhammad, yang menggalakkan pembunuhan orang yang tidak berdosa.

BACA INI JUGA: Saya Rela Masuk Neraka Demi Manusia Lain!

sumber: infokinie

Monday, February 02, 2015

Haram Buat Binaan Batu Kekal Di Kubur - Mufti Pahang

Haram Buat Binaan Batu Kekal Di Kubur - Mufti Pahang

“Hukum membina binaan kekal di tanah perkuburan, hukumnya haram,” tegas Mufti Pahang, Dr Abdul Rahman Osman ketika diminta mengulas mengenai tindakan sebahagian masyarakat Islam kini yang gemar membuat binaan konkrit kekal pada pusara ahli keluarga mereka.

Abdul Rahman
Dr Abdul Rahmanketika melawat perkiburan Sungai Puteri.

Beliau berkata, tanah perkuburan adalah tanah wakaf dan ia tidak boleh menjadi hak milik.

“Sekarang ni, ramai waris kepada pusara-pusara Islam buat binaan kekal seperti memasang konkrit yang siap dipasang batu marmar, kadang-kala siap dipasang pagar… itu tidak boleh.

Jika berlaku sedemikian, itu bermakna hak bahagian orang lain telah kita ambil. Sedangkan, tanah kubur adalah tanah wakaf. Maka, haram hukumnya di dalam Islam.

“Tetapi, jika waris hendak buat binaan kekal sedemikian ia boleh dilakukan, dengan syarat jenazah berkenaan dikebumikan di tanah milik sendiri.

Tetapi, jenazah umat Islam lebih baik dikebumikan di tanah perkuburan iaitu di tempat yang ramai,” jelasnya ketika ditemui di majlis meletakkan papan tanda petunjuk arah kiblat di Tanah Perkuburan Islam Sungai Puteri, di sini yang turut dihadiri Adun Tioman, Datuk Mohd Johari Hussain dan Kadi Daerah Rompin, Adnan Mamat.

Menyentuh mengenai keadaan beberapa pusara di tanah perkuburan tersebut yang dilihat turut dibina binaan kekal oleh pihak waris, Abdul Rahman berkata, pusara-pusara lama sedemikian tidak perlu dipecahkan untuk diganti semula dengan yang baharu.

“Pusara-pusara lama di sini yang telah dibuat binaan kekal tidak mengapa… cuma kini kita akan fokus pada kubur-kubur baharu supaya pihak waris tidak membuat binaan kekal.

"Waris kepada pusara lama di sini mungkin tidak tahu mengenai hal ini sebelum ini.

Sehubungan itu, ia tidak mengapa…” jelasnya.

Dr MAZA Dilantik Mufti Perlis Sekali Lagi

Dr Mohd Asri

Sementara itu, tokoh Islam dan bekas Mutfi Negeri Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dikhabarkan akan kembali dilantik ke jawatan berkenaan sekali lagi esok (hari ini) selepas enam tahun.

Dr Mohd Asri akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Dr Juanda Jaya yang mengakhiri tempoh perkhidmatannya hujung tahun lepas.

Sebelum ini, beliau pernah berkhidmat sebagai Mufti Perlis dari tahun 2006 hingga 2008.

Dengan pelantikan ini, Dr Mohd Asri akan menjadi satu-satunya mufti yang dilantik dua kali ke jawatan yang sama.

Laman web The Star memetik sumber dari Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkata pelantikan akan dibuat secara rasmi hari ini dan beliau akan mula bertugas pada esok.

Difahamkan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail memperkenan pelantikan beliau.

Dr Asri atau lebih dikenali sebagai Dr MAZA di laman media sosial dikenali sebagai seorang yang lantang jika memberi pendapat atau reaksi beliau kepada beberapa isu.

Pada tahun 2006, Dr Mohd Asri dilantik sebagai Mufti Perlis ketika sedang berkhidmat sebagai seorang pensyarah di Universiti Sains Malaysia, Mufti termuda untuk memegang jawatan sebagai mufti.

Beliau merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda, University Of Jordan dan pemegang Ijazah Doktor Falsafah (PHD) dari University Of Wales.

Dr Mohd Asri dikenali sebagai pakar dalam ilmu Hadith dan Fiqh.

Sumber: SinarOnline/Mynewshub.cc

Facebook dan Yahudi

Facebook dan Yahudi

Dalam sentimen kemarahan kita terhadap apa yang menimpa umat Islam di bumi Palestin, kemahuan untuk melakukan sesuatu yang berbalut emosi sering membuatkan kita keterlaluan dalam tindakan.

Facebook

Suatu ketika, kempen boikot berlangsung secara aktif. Senarai panjang barangan dan perkhidmatan disebarkan untuk diboikot. Masyarakat terbahagi kepada beberapa kelompok dalam hal ini.

Ada yang menolak sepenuhnya tindakan boikot, ada yang bertindak memboikot sepenuhnya apa sahaja yang berkaitan dengan Yahudi dan Amerika Syarikat, dan di celah kedua-dua aliran itu, ada yang bertindak memboikot secara selektif.

Tindakan memboikot secara selektif ini didorong oleh kesedaran bahawa mengharamkan secara mutlak urus niaga yang membabitkan Yahudi atau Nasrani semata-mata kerana dia itu Yahudi atau Nasrani, adalah suatu tindakan yang tidak menepati kehendak Syarak.

Di dalam sebuah majalah keluaran September 2009, terdapat sebuah artikel yang tajuknya amat serius berbunyi, “Zuckerberg Guna Facebook Untuk Bunuh Penduduk Palestin”.

Apa yang tidak wajar berlaku ialah, makalah tersebut hanya mendedahkan aktiviti biasa pengasas Facebook, Mark Zuckerberg, sebagai seorang Yahudi yang ‘multazim’ (mempraktikkan agama Yahudi dalam kehidupan seharian).

Tetapi justifikasi terhadap kebenaran dakwaan bahawa Zuckerberg menggunakan Facebook untuk membunuh penduduk Palestin, hanya ditulis dalam sebuah perenggan ringkas berbunyi:

“Pun begitu sebelum pengharaman oleh dua buah negara tersebut dibuat, wujud desas-desus yang mengaitkan penglibatan laman web tersebut dalam membiayai peperangan di Gaza”

Itu sahaja kenyataan yang wujud di sepanjang artikel berkenaan dalam mengaitkan Facebook dengan jenayah perang di Palestin.

Ada pun isi kandungan lain, kesemuanya menceritakan tentang betapa Yahudinya seorang anak muda bernama Mark Zuckerberg, sesuatu yang tidak pernah diputuskan oleh Islam sebagai sebab untuk produk atau perkhidmatannya diharamkan.

Di hujung artikel tersebut, satu lagi dakwaan dibuat pada menyatakan bahawa, “dengan klik sahaja pada Facebook kita juga turut sama menjadi pembunuh orang Palestin di Gaza“

Namun sama juga seperti sebelumnya, tiada sebarang bukti diketengahkan pada menunjukkan bagaimanakah penjanaan keuntungan Facebook disalurkan kepada rejim Zionis yang menjajah bumi Palestin”.

Budaya Melatah

Kita tidak mahu wujudnya satu budaya paranoid umat Islam yang melatah dengan mudah tatkala didatangi oleh kenyataan-kenyataan seperti ini.

Orang Islam sangat cepat dimanipulasi sebagai agen merosakkan produk dan perkhidmatan melalui penyebaran email yang mendakwa ada benda tidak halal, ada campuran beracun dan lain-lain yang mana sebahagiannya adalah palsu.

Ia hanya membuktikan bahawa orang Islam banyak kerisauan tetapi tidak banyak berusaha untuk menyelidik bagi menghilangkan kerisauan tersebut.

Islam tidak pernah mengharamkan Muslim membeli atau menggunakan apa-apa produk dan perkhidmatan daripada non Muslim termasuk Yahudi.

Mengharamkan pembelian atau penggunaan sesuatu produk atau perkhidmatan hanya dengan alasan ia milik Yahudi, boleh mengheret kita terjebak kepada perbuatan mengharamkan apa yang halal, yang mana perbuatan itu sama buruknya dengan menghalalkan apa yang haram.

Malah perbuatan anti Yahudi secara semberono begitu adalah bersifat perkauman yang dibenci oleh Islam. Facebook terbuka sebagai satu ruang untuk dimanfaatkan sebagai medium perhubungan dan penyebaran maklumat.

Ia boleh berfungsi sebagai alat dakwah serta penyebaran maklumat, sebagaimana ia juga boleh berfungsi sebagai alat pemasaran.

Seandainya di Facebook ada kempen yang memburuk-burukkan Islam, maka gunakanlah ruang yang ada untuk kempen memburuk-burukkan Islam itu ditukar kepada suatu bentuk promosi yang menimbulkan rasa ingin tahu manusia kepada Islam, seperti yang banyak berlaku pasca 11 September 2001.

Namun, jika umat Islam menghabiskan masa di Facebook dengan aplikasi yang melalaikan tanpa sebarang tujuan, penggunaan Facebook boleh menjadi haram ke atas golongan seperti ini, sama seperti pembabitannya dalam aktiviti kosong yang lain.

Sedikit nasihat buat mereka yang mengalami ketagihan Facebook, buangkan segala aplikasi third party seperti kuiz, permainan dan yang seumpama dengannya.

Gunakan Facebook sebagai alat komunikasi bersama rakan-rakan, isikan ia dengan perbincangan, perbualan yang merapatkan ukhuwah dan menambah pengetahuan secara berhemah.

Andai kata langkah mudah ini pun gagal mengurangkan tahap ketagihan berkenaan, tamatkan akaun Facebook dan carilah kehidupan yang lebih bermakna di luar sana.

Tepuk dada, tanyalah Iman!

BACA INI JUGA: Keistimewaan Negara Israel Berbanding Mana-mana Negara Lain

sumber: majalah-i

Sunday, February 01, 2015

Kisah Benar Tippi Degre Bersahabat Dengan Binatang Buas

Kisah Benar Tippi Degre Bersahabat Dengan Binatang Buas

Kisah fantasi The Jungle Book (1894), garapan Rudyard Kipling's nyata bukan sekadar fantasi.

Tippi Degre

Tippi Degre, anak kepada dua orang jurugambar hidupan liar juga mempunyai kisah hidup semacam Mowgli, karakter fantasi ciptaan Rudyard.

Sebahagian besar dari masa kanak-kanaknya adalah di samping cheetah, harimau bintang, gajah, burung unta dan haiwan liar lain di Afrika.

Tanpa sebarang kongkongan dari ibu bapanya, Tippi dibiar bebas berkawan dengan mereka yang buas ini.

Tippi Degre [2]

Ketika berusia 4 tahun, gadis Perancis ini menghabiskan kebanyakan masanya bermain di samping haiwan-haiwan liar.

Sesuai dengan gelaran 'Jungle Girl', antara sahabat Tippi ketika itu adalah seekor gajah berusia 28 tahun yang digelar Abu, seekor harimau bintang yang digelar J&B, buaya, anak singa, zirafah, cerpelai, burung unta, meerkat, anak kuda belang, ular, burung nuri kelabu Afrika, katak kuak, charmeleon, Northen Greater Galago dan Banded Mongoose..sahabat? Ya, bersahabat!

Selain dengan haiwan, Tippi yang sememangnya dilahirkan di Namibia ini juga rapat dengan puak-puak orang asli disekitar tempat mereka tinggal.

Puak Bushmen dan Puak Himba tidak menolak Tippi untuk bergaul dengan mereka biarpun dia berlainan warna kulit dan bahasa. Malah, mereka turut mengajar Tippi bahasa dan cara hidup puak mereka.

Tippi kemudiannya berpindah ke Madagascar dan seterusnya ke negara asalnya, Perancis bersama kedua ibu bapanya.

Tippi Degre [3]

Ketika Tippi di Perancis, dia dihantar ke sekolah tempatan namun dia tidak dapat menyesuaikan diri dengan kanak-kanak lain.

Tippi kemudian hanya belajar dirumah namun apa yang mengagumkan, dia merupakan salah seorang pelajar jurusan seni perfileman di Universiti La Sorbonne Nouvelle di Paris.

Rujukan:
http://en.wikipedia.org/wiki/Tippi_Degr%C3%A9

BACA INI JUGA: Kanak-kanak Kurang Vitamin D Rendah IQ

-Sentiasapanas.com