Sep 27, 2014

5 Smartphone Berkualiti Tapi Murah Dari China

Tahun 2014 telah mengubah landskap pasaran smartphone secara drastik apabila jenama smartphone terbaik keluaran syarikat-syarikat gergasi dari China semakin berkembang dengan pesat khususnya di Malaysia sehingga memonopoli hampir keseluruhan daripada perkongsian pasaran peranti mudah alih.

Meskipun dijual pada harga rendah, smartphone yang ditonjolkan sememangnya sangat berkualiti dan dilihat memiliki spesifikasi tinggi yang boleh dibanggakan.

Berikut ialah gergasi teknologi dari China yang mula berkembang di Malaysia.

5. OnePlus
Model utama: OnePlus One

OnePlus One

Mungkin ramai yang sudah tahu, smartphone daripada OnePlus sememangnya mengejutkan ramai pemerhati dunia teknologi diserata dunia.

Spesifikasinya cukup tinggi dan dijual pada harga yang terlalu murah. Jenama baru smartphone OnePlus ini sudah berjaya menarik perhatian ramai dan dijangka akan tersu meledak dipasaran tidak lama lagi.

4. Huawei
Model utama: Huawei Ascend P7

Huawei Ascend P7

Sudah agak lama bertapak di Malaysia, smartphone Huawei juga memiliki kelebihannya yang tersendiri. Selain harga smartphone Huawei yang murah, jenama ini juga turut memiliki asas yang kukuh terutamanya di Malaysia.

Kelebihan ini semestinya memudahkan penggunanya mendapatkan khidmat selepas jualan. Malah, puluhan produk keluarannya memiliki kualiti yang diharapkan dan ia sentiasa mempelopori teknologi terbaru yang membolehkannya memiliki peminat sendiri.

3. Xiaomi
Model utama: Xiaomi Mi3

Xiaomi Mi3

Kekuatan smartphone Xiaomi dilihat dari segi harganya yang separuh daripada peranti berspesifikasi tinggi lain di pasaran.

Smartphone Xiaomi dijenamakan dengan versatil dan antara muka Android yang digelar MIUI menjadikannya berkelas tinggi.

Dijual secara dalam talian di Malaysia dan setiap produknya habis terjual dalam masa singkat.

2. Oppo
Model utama: Oppo Find 7

Oppo Find 7

Memiliki kekuatan dengan antara muka yang tersendiri serta digemari ramai iaitu Color OS dan CyanogenMod. Jenama smartphone Oppo ini mendapat perhatian sebaik sahaja produk terbarunya dilancarkan di Malaysia.

Menawarkan pelbagai kelebihan dari segi penjenamaan, fungsi, ciri-ciri terbaru yang lain dari yang lain, rekaan fizikal yang unik dan mampu memenuhi selera tempatan.

Smartphone Oppo ini boleh diperolehi dengan harga yang berpatutan.

1. Lenovo
Model utama: Lenovo Vibe Z (K910)

Lenovo Vibe Z (K910)

Jenama smartphone paling berjaya tahun ini, Lenovo memiliki kelas tersendiri apabila mampu menguasai sebahagian besar pasaran smartphone dan menjadi antara syarikat dari China yang berjaya di Malaysia.

Jenama ini menggunakan strategi smartphone pada harga murah, variasi model dipelbagaikan dan menjadikannya mampu milik.

Peranti kelas tingginya masih dijual pada harga yang murah, dibandingkan jenama lain di pasaran biasa.

BACA INI JUGA: Cara Mengetahui Smartphone Samsung Original

-SENTIASAPANAS.COM

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

5 comments

Admin SP

berapa harga smartphone ni? Ada tak bawah Rm 200?

Lenovo pun ok juga.. berbaloi.. :)

Oppo best jugak bagi saya hee :D

loni hp yg tersenarai dah jadi top dah..

Xiaomi redmi note 3 yg terbaik!!!
Dlm benchmark pun ade ranking....👍

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon