Jan 29, 2015

Pemain Bola Sepak Jerman Masuk Islam

Tersentuh hati kami mendengar luahan seorang pemain bola sepak Jerman bernama Danny Blum yang mengumumkan telah memeluk agama Islam dan menyifatkan agama ini sebagai sumber kekuatan kepada dirinya.

Danny Blum as Muslim

“Islam memberi saya harapan dan kekuatan. Solat menenangkan jiwa saya,” beritahu Blum kepada akhbar Bild pada hari Isnin lalu.

Blum yang menyertai FC Nurnberg di Bavaria sejak Julai lalu juga pernah mengalami kecederaan lutut dan terpaksa berehat selama enam bulan.

(Baca: 5 Ciptaan Terhebat Umat Islam Yang Mengubah Dunia!)

Bagaimanapun, beberapa minggu yang lalu pemain bola sepak ini akui mengambil keputusan untuk memeluk islam setelah tertarik agama ini ketika dalam lawatannya ke sebuah masjid.

“Saya ada melawat sebuah masjid dan entah mengapa saya terus tertarik untuk mengetahui lebih dalam mengenai agama ini.” kata Blum.

Danny Blum as Muslim [2]

Jejaka berusia 24 tahun ini akui sedang belajar mengamalkan ajaran agama Islam seperti solat dan pengambilan makanan halal.

Menurut Blum, pada mulanya dia gusar dan takut keputusannya memeluk agama Islam dihalang oleh ibu bapanya namun berita tersebut disambut baik oleh keluarganya.

(Baca: Kenapa Islam Haramkan Melukis Gambar Wajah Nabi Muhammad?)

“Mereka adalah orang Kristian yang taat. Tetapi tidak lama selepas itu mereka berkata yang saya perlu berbuat demikian jika saya percaya bahawa Islam adalah agama betul,” katanya.

Kisah Danny Blum yang memeluk agama Islam ini heboh diperkatakan oleh media barat.

Video Aksi Bola Sepak Danny Blum



Sumber: Mynewshub.cc

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

3 comments

Alhamdulillah....moga beliau terus kekal bersama Islam

Bukti bahawa dengan Islam dan hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang..

semoga berita ini benar dan mampu menyedarkan rakan-rakanya yang lain

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon