Sunday, August 03, 2014

Benarkah Epal Mampu Tingkatkan Seksual Wanita?

Benarkah Epal Mampu Tingkatkan Seksual Wanita?

Info Kesihatan. Selama ini epal dianggap sebagai buah yang mampu menambah kesegaran dan memberi kesan kepada kesihatan.

Seksual wanita

Malah, rutin memakan epal setiap hari boleh menjauhkan seseorang daripada penyakit.

Namun, ternyata epal bukan sahaja baik untuk kesihatan tubuh secara keseluruhan, malah meningkatkan prestasi seksual wanita.

Satu penyelidikan mendapati, ada kaitan antara pengambilan epal dengan peningkatan fungsi seksual wanita.

Kajian itu dilakukan ke atas 731 orang wanita berusia 18 hingga 43 tahun. Mereka diminta memakan epal setiap hari dan dibahagikan kepada dua kumpulan.

Hasil kajian menunjukkan pengambilan epal secara teratur mempunyai kaitan dengan kepuasan seksual dan aktiviti seksual yang tinggi.

Penyelidik berpendapat ia disebabkan zat florizin yang ada dalam buah epal.

BACA INI JUGA: Wanita Menangis Setiap Kali Klimaks?

Sumber: Kosmo.com.my

Saturday, August 02, 2014

James Bond 007, Disebalik Jenama Hebat!

James Bond 007, Disebalik Jenama Hebat!

Kali ini, kisah mengenai sebahagian fakta-fakta menarik disebalik 'jenama' yang sangat terkenal ini. Jom baca..

James Bond 007 History

1. Watak agen CIA, Felix Leiter telah muncul dalam sembilan buah filem Bond kesemuanya dan watak ini telah dipegang oleh seramai lapan orang pelakon yang berbeza iaitu Jack Lord, Cec Linder, Rick Van Nutter, Norman Burton, David Hedison, Bernie Casey, John Terry dan Jeffrey Wright.

2. Kebanyakan gadis-gadis Bond adalah aktres-aktres dari pelbagai negara, namun paling ramai ialah aktres Amerika Syarikat iaitu 7 orang diikuti 4 orang dari Britain, 3 dari Perancis, 2 dari Switzerland dan masing-masing satu dari Itali, Jepun, Poland dan Malaysia.

3. Mengikut fakta, James Bond dilahirkan di Jerman, dibesarkan di Scotland dan England dan menganggap dirinya sebagai orang Scotland.

4. Mengikut Ian Fleming, ayah James Bond berbangsa Scotland dan ibunya kacukan Perancis dan Switzerland namun kedua-duanya meninggal dunia ketika usianya 11 tahun akibat kemalangan ketika memanjat gunung. James Bond kemudiannya tinggal dengan makciknya.

5. Biografi James Bond yang pertama ialah yang ditulis oleh John Pearson dan diterbitkan pada tahun 1973.

6. Filem James Bond dengan judul Never Say Never Again adalah filem pertama dari siri filem James Bond yang tidak mengambil secara langsung dari judul novel Ian Fleming.

7. Buat pertama kalinya dalam filem James Bond, watak penjahat utamanya adalah wanita dalam The World Is Not Enough.

8. Tajuk untuk Die Another Day sebenarnya diambil dari sebuah sajak atau puisi dari pemuisi, A.E. Houseman.

9. Anak perempuan salah seorang pemegang watak Bond iaitu aktor Roger Moore pernah membuat penampilan cameonya dalam filem Die Another Day sebagai seorang pramugari.

10. Goldeneye ialah nama timang-timangan bagi rumah Ian Fleming di Jamaica yang terletak berhadapan dengan laut yang mana di rumah itulah dia menulis novel-novel Bond dan beberapa buah cerita pendek di antara tahun 1952 hingga 1964.

11. Kesemua aksi berlari yang kita saksikan ketika Roger Moore memainkan peranannya sebagai James Bond sebenarnya dilakonkan oleh pelakon gantian kerana Rooger Moore merasakan dia kelihatan kaku melakukan aksi tersebut.

12. Satu-satunya pelakon yang memegang watak James Bond dan lebih muda berbanding siri James Bond sendiri setakat ini sejak ia mula dikeluarkan ialah Daniel Craig.

13. Watak Vesper Lynd yang dimainkan oleh Eva Green dalam Casino Royale telah ditulis oleh Ian Fleming berdasarkan kisah Christine Granville iaitu seorang pejuang Perang Dunia Kedua.

14. Filem Bond kedua yang dipilih untuk dihasilkan ialah From Russia With Love setelah Presiden John F Kennedy menyenaraikan buku tersebut sebagai salah satu daripada 10 novel kegemarannya sepanjang zaman.

15. Dalam Casino Royale, pengarahnya, Martin Campbell telah membuat penampilan cameo sebagai seorang pemandu lori yang dibunuh oleh pengganas di Lapangan Terbang Miami.

16. Aktor yang hanya memegang watak Bond sebanyak sekali, George Lazenby sepatutnya mempunyai temujanji makan malam bersama Bruce Lee pada malam kematiannya.

17. Pada mulanya, filem James Bond pertama yang ingin diterbitkan ialah Thunderball namun kerana pertelingkahan undang-undang dengan penulis bersamanya, maka sebaliknya Dr No yang terpilih.

18. Dikatakan makanan kegemaran Bond ialah 'Scrambled Egg' bersama-sama kopi iaitu sama dengan makanan kegemaran Ian Fleming sendiri.

19. Kesemua 22 buah filem James Bond yang telah dikeluarkan telah berjaya membawa pulangan sebanyak USD$11,688,214,000 ($11.68 bilion)!

20. Antara kereta-kereta yang digunakan oleh James Bond termasuklah Aston Martin DB5, V12 Vanquish, Lotus Espirit, BMW Z3 dan juga BMw 750iL.

BACA INI JUGA: Kerugian Filem Hollywood Yang Paling Teruk!

-Sentiasapanas.com

Robot Exoskeleton, Tentera Ironman Masa Depan!

Robot Exoskeleton, Tentera Ironman Masa Depan!

Baru-baru ini, beberapa orang penyelidik Universiti Harvard telah mencipta sejenis robot yang diberi nama Exoskeleton.

Exoskeleton Robot

Penciptaan ini dibuat dengan kerjasama Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat. Sekali pandang, alat ini tidak ubah seperti robot Ironman.

Penciptaan peralatan ini sebenarnya untuk kegunaan ketenteraan. Ia berfungsi untuk membolehkan askar mengangkat beban yang lebih berat daripada kemampuan mereka.

Dalam satu kajian yang dilakukan, pihak tentera mendapati Exoskeleton boleh menjadi alat sokongan berkeupayaan tinggi yang sangat diperlukan terutamanya dalam merangsang perkembangan individu.

Exoskeleton Robot

Exoskeleton diperbuat daripada logam keras dengan plastik. Struktur bahannya membuatkan ia kelihatan seperti jentera yang rumit dan berat.

Selepas melalui proses ujian pelbagai fungsi, robot yang dicipta untuk kegunaan tentera ini sangat berguna dalam operasi ketenteraan.

Robot ini mampu membantu seseorang askar bergerak dalam keadaan membawa senjata yang berat. Robot Exoskeleton ini membolehkan askar bergerak dengan cepat di medan pertempuran.

Exoskeleton Robot

Selain itu, aplikasi sut yang dibina khusus ini juga mampu meningkatkan prestasi atlet dalam sesuatu sukan.

Setakat ini, para saintis percaya, robot ini juga mampu diaplikasikan dalam bidang perubatan terutamanya untuk membantu memulihkan kecederaan otot dan lain-lain lagi.

BACA INI JUGA: Misteri Penemuan Teknologi Canggih Manusia Zaman Kuno

-SENTIASAPANAS.COM

Friday, August 01, 2014

Holocaust, Fakta Kenapa Hitler Membenci Yahudi

Holocaust, Fakta Kenapa Hitler Membenci Yahudi

Pembersihan etnik menjadi langkah pertama yang dilaksanakan oleh Hitler apabila keadaan semakin sukar dan perang tidak lagi dapat dielakkan.

Holocaust

Ia lebih kepada tindakan membalas dendam terhadap penduduk yahudi secara khusus dan memerangi negara-negara yang dianggap bersekutu dengan yahudi yang menyebabkan berjuta-juta rakyat Jerman hidup dalam kesengsaraan selepas Perang Dunia Pertama.

Penderitaan yang dialami oleh Jerman sejak Perjanjian Versailles tidak lagi mampu ditanggung. Kemarahan yang dibendung selama hampir 20 tahun akhirnya mendorong kebangkitan dan pemberontakan ketenteraan yang disifatkan oleh Adolf Hitler sebagai pembalasan terhadap kumpulan yang menyebabkan penderitaan dan kemudaratan kepada rakyat Jerman.

Perjanjian Versailles sebenarnya mendapat kritikan meluas, David Lloyd George, Perdana Menteri England pernah berkata:

"Kita menulis satu dokumen yang menjamin perang akan berlaku sekali lagi dalam tempoh 20 tahun... Apabila kita meletakkan syarat ke atas rakyat Jerman yang mana mereka tidak dapat mematuhinya, kamu memaksa mereka melakukan dua perkara; sama ada melanggar perjanjian itu atau mencetuskan perang. Kita perlu mengubahsuai perjanjian itu dan lebih bertolak ansur kepada rakyat Jerman. Apabila lahir generasi baru mereka pasti mencuba sekali lagi (bagi mengubah perjanjian itu)".

Bak kata Presiden Amerika Syarikat, Woodrow Wilson semasa Perang Dunia Pertama, "Sekiranya saya orang Jerman, saya sendiri tidak akan menandatangani Perjanjian Versailles".

Mengenai Perjanjian Versailles, Hitler menulis dalam Mein Kempf:

"British tidak berminat (berhasrat) tetapi, paling utama, kuasa yahudi yang mahu menghancurkan Jerman".

Hitler menulis lagi, "Di England sendiri terdapat perebutan kuasa antara wakil yang menjaga kepentingan kerajaan British dan yahudi yang menjadi diktator dunia. Ketika England berpenat lelah mempertahankan kedudukannya sebagai kuasa utama dunia, yahudi menjadi pemberontak di England. Perjuangan menentang yahudi perosak dunia pasti berlaku di sana".

Hitler sedar bahawa ketetapan dalam Perjanjian Versailles sememangnya ada kaitan dengan kumpulan pembiaya yahudi antarabangsa.

Kerana itulah Adolf Hitler menjadikan orang awam keturunan ini diseluruh Eropah sebagai sasaran utama setiap kali berjaya menakluk negara lain. Bak kata pepatah, 'Tidak dapat tangan, telinga dipulas'.

Tidak dapat menghapuskan tokoh kewangan yahudi, berjaya menghapuskan orang awam yahudi pun sudah memadai baginya. Hitler melepaskan dendamnya tanpa perasaan belas kasihan. Kanak-kanak, wanita dan orang tua semuanya menjadi mangsa.

Ada juga pihak mengatakan bahawa kebencian Hitler terhadap yahudi kononnya kerana beliau dijangkiti penyakit kelamin akibat perhubungan dengan seorang pelacur yahudi. Walau bagaimanapun, kenyataan ini tidak dapat disahkan oleh sebarang laporan kesihatan.

Malah, jika kita menonton rancangan khas dalam Discovery Channel atau National Geography mengenai Perang Dunia Kedua, perkara ini tidak ketinggalan diperkatakan. Tetapi yang disampaikan hanya separuh benar.

Sebab sebenar kebencian Hitler terhadap yahudi tidak pernah diperkatakan dan tidak mungkin akan disiarkan oleh media arus perdana.

Walhal, sebenarnya ini semua adalah permainan ahli kewangan yahudi yang menjadi dalang dan bertanggungjawab di atas kemelaratan Jerman selepas Perang Dunia Pertama.

Inilah perkara yang menimbulkan konflik yang lebih buruk berbanding tuduhan mengatakan Hitler pernah ditolak daripada menyertai Akademi Lukisan di Munich milik Yahudi atau jangkitan penyakit seksual yang kelihatan begitu remeh dan tidak berasas. Cerita-cerita itu hanya direka oleh Barat bagi mengaburi mata dunia.

Holocaust menjadi ikon kepada puncak kezaliman pembersihan etnik seumpamanya pada zaman moden.

Holocaust menjadi salah satu produk sampingan (by-product) yang dihasilkan oleh permainan wayang pembiaya yahudi dan pemimpin negara sekutu mereka di Eropah dan Amerika.

Peristiwa ini membuktikan pembunuhan dan pertumpahan darah pasti berlaku jika sesebuah negara dan bangsa sebesar Jerman ditekan sehingga mereka tidak mempunyai ruang bagi meneruskan kehidupan.

Mereka tidak mempunyai pilihan dan terpaksa melakukannya. Tindakan itu bertujuan untuk meruntuhkan kuasa yang bertanggungjawab menjerumuskan mereka ke lembah penderitaan yang tidak pernah dialami sebelum ini.

Anti-semitik

Anti-Sematic

Kejayaan kumpulan pembiaya yahudi membakar sentimen anti-semitik berjaya memastikan kelangsungan atau survival yahudi secara umumnya selepas itu.

Seluruh dunia khususnya Amerika Syarikat dan Eropah, bersimpati dan terpaksa merangka undang-undang yang mengiktiraf peristiwa Holocaust benar-benar berlaku.

Di Amerika, Jerman dan Austria serta beberapa negara lain di Eropah seperti Belgium dan Switzerland, sesiapa sahaja yang mempertikaikan kejadian Holocaust, boleh dikenakan tindakan undang-undang seperti hukuman denda dan penjara.

Semoga bangsa laknat yahudi akan ditimpakan bala yang sedahsyat-dahsyatnya diatas segala kejahatan yang mereka lakukan di atas muka bumi ini. Amiin..

BACA INI JUGA: Keangkuhan Yahudi Terhadap Agama Lain Di Dunia

-Sentiasapanas.com

Pohon Nabi Muhammad Yang Masih Hidup Selepas 1400 Tahun!

Pohon Nabi Muhammad Yang Masih Hidup Selepas 1400 Tahun!

Info Agama. Seorang paderi tinggal disebuah gereja kecil berdekatan kota Busra. Tidak pernah dia melayan para pedagang dari Mekah yang berdagang di kota itu.

The Tree of Rasulullah [2]

Suatu hari, paderi bernama Bahira itu menyaksikan suatu keanehan. Ia berupa satu petanda yang telah dikhabarkan dalam kitab amalannya.

Bahira menyaksikan sesuatu yang tidak disedari paderi lain pada sekumpulan pedagang Quraisy dari Mekah. Bahira memerhatikan segumpal awan mengiringi kumpulan itu.

Apabila kumpulan pedagang itu berhenti untuk berehat, awan yang sama telah melindungi sebatang pohon yang dibawahnya sedang duduk berteduh seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun.

Malah, ranting-ranting pohon itu turut tunduk merendang untuk melindungi anak itu daripada terik mentari. Bahira tidak menunggu lama. Segera dijemputnya rombongan itu menghadiri jamuan di rumahnya.

Para pedagang itu berasa hairan bila seorang paderi gereja menjemput mereka sebagai tetamunya. Tujuan Bahira hanya satu. Ingin bersua muka dengan anak lelaki itu. Hendak dipastikan apakah tanda yang disebut dalam kitab amalannya menepati ciri pada anak tersebut.

Bila sudah berdepan, lalu Bahira bertanyakan tentang Latta dan Uzza, berhala yang disembahnya.

"Demi Tuhan, tiada perkara yang lebih aku benci selain daripada mereka", jawab anak lelaki itu.

Lalu Bahira tanyakan beberapa soalan lain. Jawapan yang diberi kanak-kanak itu meyakinkan Bahira, inilah dia utusan terakhir yang ditunggu-tunggu seperti yang disebut dalam kitab amalannya.

Bahira turut melihat belakang tubuh anak itu. Tanda yang dicarinya jelas. Memang benar, inilah orangnya!

Dengan segera dia memanggil bapa saudara anak lelaki itu. Bahira memberi nasihat agar anak itu segera dibawa pulang dan dilindungi.

Kata Bahira: "Jika Yahudi melihat segala apa yang aku saksikan pada anak ini,mereka akan mencederakan malah akan membunuh anak ini kerana kelak dia akan mendapat amanah dan tanggungjawab besar untuk memimpin manusia. Segeralah engkau membawanya pergi dari kota ini!".

Peristiwa di atas sebenarnya berkaitan dengan Muhammad. Nabi akhir junjungan umat Islam. Ketika itu, Baginda berusia 12 tahun dan kali pertama mengikut bapa saudaranya, Abu Talib pergi berdagang ke negeri Syam.

Dalam sesetengah kisah lain, paderi Bahira turut dikenali dengan nama George iaitu orang pertama yang mengesan tanda kenabian Baginda.

Pohon penaung Rasulullah SAW

The Tree of Rasulullah [3]

Kawasan padang pasir Buqa'awiyya di Jordan hanyalah dataran kering kontang yang dipenuhi debu pasir. Tiada pepohon mampu hidup di kawasan berpasir itu.

Namun, di satu tempat terpencil ditengah-tengah padang pasir itu, kelihatan sepohon pokok yang rendang dan lebat daunnya. Hanya pokok itu satu-satunya tumbuhan yang mampu hidup di tanah gersang itu.

Usia pohon itu ribuan tahun lamanya. Ia hanya pohon biasa namun diselimuti keistimewaan sebagai bukti kebesaran Allah. Pohon itu digelar 'The Only Living Sahabi' atau 'Sahabat Nabi yang masih hidup'.

Dikatakan, itulah 'pohon borton' yang memayungi Rasulullah sewaktu duduk berehat di bawahnya ketika mengikut bapa saudaranya berdagang seperti kisah diatas.

Ajaibnya, 'pohon borton' ini masih hidup hingga ke hari ini. Terdapat kajian di Jordan yang membuktikan usia pohon ini sudah melebihi 1,400 tahun.

Kisah pohon borton ini yang dikaitkan dengan pertemuan seorang paderi Kristian dan Muhammad sewaktu kecil turut dilakarkan dalam sebuah dokumentari pendek berjudul 'The Blessed Tree'.

Ia turut mendapat liputan luas daripada para sejarawan Islam terkemuka seperti Ibnu Hishanm, Ibnu Sa'ad dan Al-Tabari.

Namun, ada juga yang mengaitkan pohon tua ini dengan kisah Baginda sewaktu berdagang kali kedua ke negeri Syam. Usia Baginda ketika itu 25 tahun, membawa barang dagangan kepunyaan Khadijah (yang kemudian menjadi isteri Baginda).

Dikisahkan pembantu Khadijah iaitu Maisara yang turut serta dalam kumpulan itu telah menyaksikan bberapa keanehan. Antaranya apabila seorang pendeta Nasrani bertanyakan tentang gerangan Muhammad yang ketika itu sedang duduk berehat di bawah sebatang pohon rendang.

Kata pendeta itu, hanya seorang nabi yang telah disebut kedatangannya dalam kitab Taurat dan Injil yang mampu duduk di bawah pohon yang memayunginya ketika itu. Namun, tidak pasti apakah ia pohon sama seperti kisah pertama tadi.

Keberadaan pohon itu di zaman ini bagaikan satu bukti yang menyaksikan kecintaan sebatang pohon terhadap junjungan terakhir umat Islam. Subhanallah.

The Tree of Rasulullah

Masih tidak percaya? Anda boleh berkunjung ke Jordan. Lokasi pohon yang juga digelar 'The Tree of Rasulullah' ini terletak dipadang pasir Buqa'awiyya, 170 kilometer dari bandar Amman.

Di bandar kecil bernama Azraq, ada pengangkutan yang boleh disewa untuk membawa pengunjung ke pohon itu. Namun tidak ramai yang sanggup pergi ke situ kerana perjalanan yang sukar merentas padang pasir.

The Only Living Sahabi merupakan salah satu kawasan yang dijaga oleh kerajaan Jordan kerana diwartakan sebagai salah satu khazanah warisan sejarah negara itu.

-Sentiasapanas.com

Al Kautsar Surah Penghibur Hati Rasulullah SAW Yang Banyak Kelebihannya

Al Kautsar Surah Penghibur Hati Rasulullah SAW Yang Banyak Kelebihannya

Surah Al Kautsar adalah surah paling pendek yang hanya mengandungi 3 ayat dan diturunkan di Mekah yang bermaksud sungai di syurga, diperbuat daripada batu permata yang indah dan cantik dan airnya lebih manis daripada madu.

Al Kautsar Surah Penghibur Hati Rasulullah SAW

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad SAW kerana diturunkan ketika baginda bersedih diatas kematian dua orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Menariknya, pelbagai khasiat, manfaat dan kelebihan terkandung di dalam surah Al Kautsar, antaranya;
  • Jika surah Al Kautsar dibaca 1000 kali, insyaAllah rezeki akan bertambah.
  • Membaca surah Al Kautsar ketika hujan turun sambil berdoa, mudah-mudahan Allah memakbulkan doa kita.
  • Jika kehausan dan tiada air, bacalah surah Al Kautsar dan gosokkan tangan di leher, InsyaAllah hilang dahaga.
  • Jika sering mengalami sakit mata, umpamanya mata berair, gatal-gatal ataupun bengkak, sapukan air mawar yang telah dibaca surah Al Kautsar sebanyak 10 kali pada mata, In Sha' Allah sembuh.
  • Jika rumah dipercayai terkena sihir, bacakan surah Al Kautsar sebanyak 10 kali, mudah-mudahan Allah memberikan ilham kepada kita di mana letaknya sihir itu.
  • Jika rajin membaca surah Al Kautsar, hati akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
  • Sekiranya seseorang teraniaya sehingga dimasukkan ke penjara, bacalah ayat Al Kautsar ini sebanyak 71 kali, InsyaAllah pertolongan Allah akan datang kepadanya disebabkan dia tidak bersalah tetapi telah dizalimi.

Sesuatu yang baik akan datang apabila kita selalu mengamalkannya justeru itu, amalkanlah membaca surah Al Kautsar ini atau surah-surah lain secara kerap agar apa yang diinginkan dalam hidup akan tercapai dan akan mendapat kebahagiaan dan kerahmatan di dunia mahupun di akhirat.

Teringat kata-kata seorang ustaz, bukan sesuatu ayat atau zikir yang dapat memberikan segalanya, tetapi semua itu berlaku dengan kehendak dan kekuasaan Allah.

Kesimpulannya, supaya kita tidak mengiktikadkan sesuatu itu sebagai berkuasa padahal segala kekuasaan adalah milik Allah AzzaWajalla.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: almukhlisin

Thursday, July 31, 2014

Israel Tuduh Malaysia Latih Pejuang Hamas!

Israel Tuduh Malaysia Latih Pejuang Hamas!

Pergerakan Hamas menafikan tuduhan Agensi Keselamatan Israel, Shin Bet bahawa Malaysia melatih anggotanya untuk melancarkan serangan rentas sempadan.

Hamas

Pemimpin Kanan Hamas, Dr Khaled Qadoumi menegaskan rejim Zionis Israel mengolah propaganda untuk menutup kelemahan dan kekejaman di Gaza.

“Israel sedang mengalami kekalahan moral yang teruk dalam operasi ketenteraannya kali ini di Gaza dan mereka cuba menjejaskan sokongan sebuah negara Islam yang proaktif dan kuat terhadap warga Palestin,” kata Khaled ketika dihubungi Astro AWANI.

Hamas juga menyifatkan Malaysia menjadi sasaran penipuan Tel Aviv kerana peranan luar biasa Kuala Lumpur dan masyarakat sivilnya dalam memperjuangkan Palestin di pentas global.

“Israel adalah penipu besar. Kenapa tuduh Malaysia? Kerana Malaysia sebuah negara Islam yang bebas serta berani sentiasa berada di sisi rakyat Palestin di Gaza yang terus sengsara,” tegas Dr Khaled.

Justeru, Hamas menyeru semua pihak di Malaysia tidak terpengaruh dengan penipuan dan permainan propaganda Israel.

Dr Khaled mengulas laporan Jerusalem Post yang mendakwa anggota Briged Al-Qassam menerima latihan di Malaysia untuk melancarkan serangan rentas sempadan.

Shin Bet menuduh unit komando Hamas itu menerima latihan seperti payung terjun dan ‘paragliding’ untuk memasuki kawasan selatan wilayah Israel.

Agensi Keselamatan Israel itu juga mendakwa ada anggota Hamas dijadual untuk melatih pejuang lain dalam kemahiran pertempuran bulan ini.

Dalam pada itu, Dr Khaled turut memaklumkan Hamas akan terus bertahan dalam mendepani serangan berterusan dan menyeluruh rejim Tel Aviv di Gaza.

“Kami tiada jalan lain selain mempertahankan diri. Hamas akan terus berjuang mempertahankan Gaza dan menyerang sasaran strategik ketenteraan Israel,” ujar beliau.

Selain perjuangan melalui gerakan gerila, Hamas meneruskan usaha melalui jalan politik dan diplomasi antarabangsa dalam mendepani kekejaman rejim Israel.-Astroawani.com

Derita Penyakit Pelik Sindrom Bau Ikan

Derita Penyakit Pelik Sindrom Bau Ikan

Info Pelik. Sejak disahkan menghidap penyakit sindrom bau ikan, Cassie Graves, 22, terpaksa mengunyah sedozen gula-gula getah perisa pudina bagi mengembalikan semula kesegaran nafasnya.

Cassie Graves

Bau hanyir tersebut dikatakan terlalu kuat sehinggakan penyanyi kelab malam itu dilarang mengambil makanan yang boleh menyebabkan bau badannya merebak ke segenap ruang.

Cassie mengalami trimetilaminuria iaitu gangguan metabolik yang jarang berlaku di mana badan tidak

boleh memecah unsur trimetilamin yang ada dalam makanan tertentu. Bahan kimia yang tidak dapat diproses menjadi air kencing itu dikatakan punca badan berbau hanyir.

Menurut gadis yang berasal dari South London itu, bau badannya sama seperti ikan yang sedang membusuk di pasar.

“Bau busuk ini datang daripada peluh yang keluar dari kulit dan rambut. Tidak kira berapa kali saya mandi, bau ini tetap ada dan sukar dibuang,” katanya.

Keadaan tersebut menyebabkan ibu Cassie melarangnya ke sekolah sebelum ini kerana bimbang dia dibuli oleh rakan sebaya.

Lebih pelik apabila Cassie sendiri tidak dapat menghidu bau badannya dan terpaksa bergantung kepada orang di sekeliling untuk memberitahu perkara tersebut.

Ujar Cassie, pada mulanya dia tidak mengetahui mengenai penyakit misterinya itu. Bagaimanapun, ketika berusia tiga tahun, dia selalu dimarahi oleh kakaknya kerana badannya berbau busuk.

“Semasa kecil saya berkongsi bilik tidur dengan kakak dan disebabkan itu, kakak selalu mengadu kepada ibu mengenai bau badan saya yang sangat busuk.

"Ibu hanya menganggap itu perkara biasa bagi kanak-kanak yang sedang membesar. Namun lama-kelamaan, bau tersebut semakin kuat sehingga tiada siapa yang tahan menghidunya,” jelasnya

Walaupun telah bertemu dengan beberapa orang doktor, namun, bau hanyir badan Cassie masih belum menemui penawar. Sindrom tersebut hanya dapat dikenal pasti selepas ibunya terdengar satu slot kesihatan di radio yang membincangkan topik sindrom bau ikan.

“Sejak itu saya mula mengenal pasti makanan yang perlu dielakkan seperti daging, ikan dan sayur-sayuran berdaun hijau gelap.

"Selepas setahun berpantang dengan makanan tersebut, saya mula mengambil ikan di dalam diet makanan harian.

"Namun, apa yang mengejutkan, badan dan seluruh bilik saya akan berbau hanyir keesokan harinya,” jelas Cassie.

Dalam pada itu, perunding perubatan metabolik di Hospital Universiti Kolej London berkata, trimetilaminuria merupakan satu penyakit baharu di mana doktor sendiri belum dapat memastikan puncanya.

“Pesakit perlu mengambil masa yang lama untuk merujuk keadaan ini kepada pakar tertentu.

"Sehingga kini, rawatan yang disyorkan ialah pengambilan diet rendah trimetilamin di samping tidak mengambil makanan seperti ikan, daging merah dan telur,” jelasnya. -Kosmo

Wednesday, July 30, 2014

Hadis Membuktikan Manusia Memiliki 360 Sendi

Hadis Membuktikan Manusia Memiliki 360 Sendi

Sebahagian besar masyarakat moden hari ini tidak mengetahui berapakah jumlah sendi di dalam tubuh manusia.

Sendi Manusia

Pada awal abad ke-21, kebanyakan ahli perubatan dan bedah tulang juga tidak mengetahui secara pasti perkara ini.

Rata-ratanya cuma menyebut secara anggaran jumlah tulang dalam kerangka manusia adalah diantara 200 hingga 300. Manakala, sekitar 100 hingga 340 pula terdiri daripada sendi.

Malah, sejumlah besar ensiklopedia dunia juga secara terang-terangan tidak mengklasifikasikan perkara itu secara terperinci.

Jumlah tepat sendi manusia sebenarnya telah lama diketahui Nabi Muhammad SAW iaitu sejak 1,400 tahun dahulu lagi.

Daripada Aishah r.a bahawasanya Nabi Muhammad SAW bersabda yang maksudnya, "Anak Adam diciptakan di atas 360 sendi tulang. Setiap 360 tulang sendi itu hendaklah diberikan sedekah setiap hari." (Riwayat Imam Muslim)

Sendi Telinga Manusia
Telinga turut mempunyai sendi.

Sebelum ini, berlaku percanggahan mengenai jumlah sebenar sendi manusia terutama berhubung pembuktian saintifik. Jadi, para sarjana tidak melihat ucapan Nabi Muhammad SAW sebagai fakta.

Hanya disekitar tahun tahun 1990an, ahli sains membuat kajian selanjutnya dan menemui sesuatu yang selama ini para sarjana terlepas pandang.

Rupa-rupanya, apabila diteliti di dalam bahagian telinga didapati alat pendengaran juga mempunyai sendi-sendi, sebanyak 10 sendi disebelah kanan dan 10 lagi disebelah kiri. Apabila dicampurkan dengan jumlah sendi sedia ada, 20 + 340, makan lengkaplah sendi manusia sebanyak 360 kesemuanya!

Berdasarkan perincian yang dilakukan, tulang belakang manusia memiliki 147 sendi, dada memiliki 24 sendi, bahagian atas tubuh dan bawah tubuh masing-masing mempunyai 86 dan 92 sendi, manakala sekitar perut pula memiliki 11 sendi.

Manusia Memiliki 360 Sendi

Tulang dan sendi merupakan dua perkara berbeza dari segi istilah perubatan. Tulang ialah rangka tubuh manusia untuk melindungi organ lembut dan sensitif. Ia bersifat keras dan boleh dirasa. Tanpanya, kita tidak dapat bergerak, duduk, berjalan dan sebagainya. Hanya dengan adanya tulang, kita boleh melakukan semua aktiviti itu.

Setiap manusia dewasa, lelaki mahupun wanita mempunyai jumlah tulang yang sama iaitu 208. Dalam tulang tersebut, terdapat banyak sendi. Sendi pula berbeza dengan tulang kerana ia merupakan tempat perhubungan tulang-tulang atau pertemuan dua ruas tulang.

Jumlahnya seperti yang disebutkan oleh Nabi dalam hadis sahih dan dibuktikan secara saintifik iaitu 360.

Sendi manusia pula secara umum dikategorikan kepada tiga jenis. Sendi pertama ialah tidak boleh bergerak seperti tengkorak. Kedua, pergerakannya terkawal dan sedikit sahaja, contohnya tulang belakang.

Manakala kategori ketiga ialah seperti mana yang diketahui ramai iaitu bergerak atau disebut sebagai sendi sinovial, cecair yang menjadikan struktur menjadi licin dan mudah bergerak. Sendi jenis ini biasanya terdapat pada bahagian bahu, siku, pergelangan tangan dan kaki, jari-jemari, lutut dan tulang belakang.

Allah menciptakan sedemikian bagi membolehkan bahagian tubuh manusia mudah bergerak dan fleksibel. Disinilah, kenapa Nabi Muhammad SAW berpesan kepada umat Islam supaya sentiasa bersyukur kepada Allah.

Bersedekah kepada tubuh

Cara bersyukur itu adalah dengan bersedekah sekurang-kurangnya sejumlah sendi (360) yang ada dalam tubuh kita pada setiap hari.

Untuk bersedekah sebanyak 360 kali setiap hari sebenarnya tidaklah susah. Ini kerana, setiap perbuatan baik dan amal ibadat seperti menolong orang, bertabih, bertahmid, tahlil, berzikir dan menyeru orang berbuat baik, setiap satu daripadanya akan dikira satu sedekah.

Oleh itu, melakukan sedekah untuk 360 tulang sendi dalam satu hari bukanlah perkara susah dan membebankan.

-Sentiasapanas.com

Tuesday, July 29, 2014

Tahukah Anda Asal-usul Topeng Revolusi Inggeris?

Tahukah Anda Asal-usul Topeng Revolusi Inggeris?

Tahukah anda, menjelang malam 5 November setiap tahun, kebanyakan kota-kota besar di benua Eropah akan bergegar dengan dentuman dan percikan bunga api yang menghiasi langit malam.

Guy Fawkes

Ia adalah petanda bahawa ulang tahun tragedi Gun Powder Plot kembali diraikan oleh sebahagian masyarakat Eropah.

Jika ditanya kepada generasi muda Inggeris, kebanyakan daripada mereka sendiri tidak mengetahui kisah sebenar di sebalik perayaan ini kerana peristiwa tersebut telah lama berlaku.

Rata-rata mereka hanya merayakannya mengikut tradisi yang telah dilakukan sejak turun-temurun. Ulang tahun tragedj ini sebenarnya telah diraikan sejak lebih empat abad yang lalu.

Sejarahnya agak panjang, yang mana ia berkisar tentang dua kelompok berbeza yakni golongan pemerintah yang ditentang oleh sebahagian kecil rakyat yang memberontak.

Dan satu sudut, tragedi Gun Powder Plot menceritakan tentang peristiwa pembelotan kepada raja. Manakala dari satu sudut yang lain ia turut dikisahkan tentang penindasan agama, perjuangan serta kekejaman yang berlaku pada ketika itu.

Secara tepat, kemuncak peristiwa tersebut berlaku ialah pada 5 November 1605, yang mana sekumpulan pemuda telah berkomplot untuk membunuh Raja King James I dan anggota parlimen Inggeris pada ketika itu.

Perancangan yang dibuat ialah dengan meletakkan setengah tan bahan peledak di bawah bangunan parlimen ketika hari persidangan.

Tujuan utama ia dilakukan adalah untuk membunuh raja dan ahli parlimen bagi mengembalikan semula kegemilangan sistem monarki Katolik dan membubarkan sistem parlimen.

Selain itu ia juga bertujuan untuk melonggarkan pengaruh kerajaan Sepanyol atas segala urusan yang berlaku di England.

Namun, komplot itu berjaya dihidu oleh pihak berkuasa dan mereka berjaya menahan seorang lelaki bernama Guy Fawkes bersama tujuh orang rakannya yang ketika itu sedang menyusun bahan-bahan letupan di bawah bangunan parlimen.

Kesemua mereka telah ditangkap hidup-hidup. Seorang hakim bernama John Popham telah didatangkan khas ke London untuk mengadili kes ini.

Guy Fawkes Day [2]

Guy Fawkes bersama rakan-rakannya telah didapati bersalah atas tuduhan pengkhianatan kepada raja dan kesemua mereka dihukum mati.

Pelaksanaan hukuman itu dilakukan dengan kejam dan telah menjadi buah mulut di segenap pelosok kota London. Mereka akan digantung tetapi tidak dibiarkan mati.

Kemudian perut mereka dikelar dan sebahagian isi perut dikeluarkan dalam keadaan masih hidup. Selepas itu, tangan dan kaki mereka pula dipotong dan yang terakhir sekali kepala mereka akan dipenggal.

Hukuman itu dijalankan bertujuan untuk memberi hukuman seberat mungkin kepada mereka dan merasai penderitaan yang tidak terperi.

Dalam masa yang sama, hukuman itu juga adalah untuk memberi amaran kepada rakyat bawahan supaya tidak mengkhianati pihak pemerintah.

Setahun selepas kejadian itu, pihak pemerintah iaitu keluarga diraja dan anggota parlimen telah meraikannya dengan pesta besar-besaran.

Sambutan itu dilakukan saban tahun dan ia bertujuan untuk mengingatkan bahawa pengkhianatan tidak akan pernah dilupakan di tanah Inggeris.

Di kalangan puak bawahan, terdapat dua kumpulan yang berbeza pendapat. Sebahagiannya menyokong pemerintahan beraja, manakala sebahagian lagi mengagumi dan menyanjung keberanian Guy Fawkes dan rakan-rakannya menentang penindasan.

Sehingga pada satu tahap, topeng yang memaparkan mimik muka Guy Fawkes telah direka bentuk dan mereka turut memakainya pada malam ulang tahun tragedi Gun Powder Plot.

Guy Fawkes Day

Topeng dengan wajah lelaki berkumis nipis itu telah dijadikan sebagai simbol penentangan terhadap penindasan golongan pemerintah.

Bermula di England, perayaan itu kemudiannya disambut di kebanyakan negara lain di Eropah. Tradisi tersebut dirayakan secara besar-besaran bagi mengingati peristiwa bersejarah itu.

Ternyata, pengaruh keberanian Guy Fawkes sebenarnya telah menyuntik semangat kebangkitan rakyat untuk menentang kezaliman.

Malah, dalam siri Revolusi Inggeris 1688 yang melibatkan pertikaian di antara tuan tanah dan keluarga diraja, semangat Fawkes terus diserap oleh golongan bawahan untuk menentang sikap tamak qolongan bangsawan.

Daripada seorang pembelot dan pengkhianat, nama Guy Fawkes telah diangkat menjadi seorang wira. la terbukti apabila berlakunya beberapa sini demonstrasi di Eropah sekitar abad ke-18, ke-19 dan ke-20, topeng lelaki ini telah dipakai oleh kebanyakan penunjuk perasaan.

Malah, gerakan Occupy yang berlaku di Amerika Syarikat pada tahun 2011, 'wajah' lelaki ini masih berkeliaran di segenap pelosok kota New York. Sehingga kini, Guy Fawkes terus dikenali dan dikenang oleh sebahagian masyarakat dunia.

Bukan kerana pembelotannya terhadap raja, tetapi dia dikenang kerana keberanian dan perjuangannya menentang puak pemerintah yang menindas rakyat.

BACA INI JUGA: Siapa Pencipta Pertama Senjata Penembak Tepat?

-Sentiasapanas.com

Monday, July 28, 2014

Tragedi Mimpi Ngeri Pulang Kampung!

Tragedi Mimpi Ngeri Pulang Kampung!

"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Liza lembut sambil membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya.

Gadis cantik kereta 2
Gambar hiasan.

"Cantik isteri abang hari ini," Usin mencubit pipi Liza lembut.

"Ayah, cepatlah.."

Farah dan Adi meluru masuk bilik kerana dah tidak sabar-sabar nak bertolak balik ke kampung.

Liza hanya tersenyum melihat suaminya melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja.

"Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni kan?"

"Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ini abang ada peluang untuk bercuti panjang," kata Usin kepada isterinya.

Perjalanan dari KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun terlelap di kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya Liza.

"Tak sabar rasanya nak tiba ke kampung," Usin berkata dalam hati.

Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Usin semakin seronok.

Usin sudah tidak sabar untuk sampai segera ke kampungnya. Pedal minyak ditekan lagi dan Honda Civicnya semakin laju.

Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Usin masa itu. Terlupa sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.

"Eh..kenapa abang bawa laju sangat ni?" Tiba-tiba Liza terjaga dari tidurnya.

"Tak apa-apalah sayang. Rileks.. cepat sikit sampai kampung nanti."

"Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa. Jangan laju sangat bang. Liza takut," Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya.

"Rileks Liza.. tak ada apa-apa," Usin terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.

"Ha kan..tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Usin setelah berjaya memotong bas ekspres tadi.

"Sudah la tu bang..." rayu Liza yang semakin cemas.

"Hah.. tu ada satu lagi ba ekspres. Liza tengok abang potong.." Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga 'melekat' ke lantai.

Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan didepannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah. Kemudian...DAMMMM!

accident

"Usin.. Usin.. bangun!" sayup-sayup terdengar suara emaknya. Usin membuka matanya. Dia terlihat emaknya disitu.

"Mana Liza mak? Macamana dengan Liza mak? Farah, Adi... mana anak-anak saya mak?"

Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya. Usin tidak dapat menahan kebimbangannya. Usin menangis semahu-mahunya di depan emaknya.

"Macamana dengan isteri Usin mak, Liza?" Usin terus menangis.

PANNGGGGG! Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam itu?

"Banyak la engkau punya isteri! Kerja pun pemalas ada hati nak berbini.

"Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni!

"Dah! Bangun pergi sembahyang!" Emaknya terus merungut sambil berlalu keluar.

Malu

Usin tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut!

Malu beb!!

BACA INI JUGA: Pelik! Fobia Takut Diperhatikan Itik!

-Sentiasapanas.com

Misteri Penyakit Keloid, Parut Hodoh Yang Hidup!

Misteri Penyakit Keloid, Parut Hodoh Yang Hidup!

Pernahkah anda ternampak seseorang yang mempunyai kesan melecur pada badan? Kemudian wujud pula kesan timbul seperti bekas parut yang masih baru dan bekas parut itu kelihatan kemerah-merahan.

Penyakit Keloid

Fenomena ini selalunya disebut sebagai parut hidup. Tapi tahukah anda parut sebegitu boleh membesar dan menutupi kulit seseorang. Inilah yang dinamakan sebagai Keloid.

Sehingga hari ini, tidak ada kajian lanjut mengenainya, malah sampai sekarang pun, ahli dermatologi dan saintis tidak tahu apakah punca yang menyebabkan keloid berlaku.

Boleh dikatakan semua saintis sepakat mengatakan tiada sebab munasabah yang logik untuk membuktikan bagaimana keloid boleh terjadi.

Keloid terbentuk di atas kesan parut sedia ada. Kemudian, ia akan membesar dan menutup kesan parut lalu menjadi semacam ketumbuhan pada kulit.

Caranya seakan sama dengan tumbuhan parasit yang menumpang hidup pada sesuatu tumbuhan.

Istilah perubatan menjelaskannya sebagai Hypertrophic Scar iaitu kesan parut di tempat yang sama di sesuatu bekas luka.

Secara mudahnya, Keloid merupakan parut yang membesar, menaik dan mempunyai bentuk yang tidak sekata.

Ia terjadi disebabkan oleh pembentukan kolagen yang berlebihan di dalam korium (lapisan kulit daripada komponen sel, elemen fiber dan matriks di bawah epidermis untuk memberi ketebalan pada kulit) semasa pemulihan tisu penghubung berlaku.

Menurut pakar, sesiapa saja berpotensi mendapat Keloid tetapi ia lebih mudah menyerang orang yang berkulit gelap. Setakat ini, belum ini ada penjelasan logik mengapa Keloid gemar menyerang orang berkulit gelap.

Malah saintis di serata dunia juga tidak menemui jawapan, cuma ada beberapa pengkaji mengaitkannya sebagai faktor genetik tetapi ia bukanlah jawapan wajar untuk menjelaskan kenapa ia menyerang mereka yang berkulit gelap.

Sehingga ke hari ini, Keloid dianggap sebagai satu misteri dalam dunia perubatan kerana ia tidak boleh disembuhkan dan tidak ada teknik atau kaedah yang mampu merawatnya.

Seseorang yang diserang Keloid akan mendapat kesan parut seumur hidup.

Proses tumbesaran Keloid kadang-kala boleh menyebabkan kecacatan terutamanya jika ia tumbuh di kawasan berhampiran deria seperti mata, telinga dan sendi.

Lazimnya, mangsa serangan Keloid akan berdepan dengan beberapa gejala seperti gatal dan pedih pada tempat terjadinya Keloid. Gejala ini dapat dikurangkan namun ia akan berterusan sepanjang hayat.

Setakat ini, Keloid dikategorikan sebagai sesuatu yang tidak bahaya kerana ia tidak boleh menyebabkan kematian.

Walau bagaimanapun, ia mampu menyebabkan seseorang merasa malu dan rendah diri kerana kesan parut begitu jelas kelihatan.

Lazimnya Keloid menyerang di lokasi segi tiga tubuh badan iaitu leher, bahu dan dada.

Walaupun terdapat rawatan yang disediakan oleh pihak perubatan kepada pesakit, rawatan yang disediakan hanyalah bertujuan untuk mengurangkan tumbesarannya sahaja tetapi untuk menghilangkan Keloid, adalah mustahil kerana ia merupakan parut kekal.

-Sentiasapanas.com

Sunday, July 27, 2014

Siasat Pengkhianatan Astro!

Siasat Pengkhianatan Astro!

Tindakan rangkaian penyiaran Astro melantik syarikat berasal dari Israel, Amdocs, bagi menyediakan perisian serta perkhidmatan pengurusan perhubungan pelanggan dan pengebilannya, merupakan satu pengkhianatan terhadap rakyat negara ini terutamanya orang Islam.

Boikot-ASTRO

Lebih serius ialah Astro kemungkinan besar secara tidak langsung telah membenarkan Israel mendapat akses maklumat ke atas lebih sejuta rakyat Malaysia melalui syarikat ini.

Apakah jaminan data pelanggan astro terutamanya orang Islam dan pemimpin Islam di negara ini tidak sampai kepada Israel?

Sungguhpun Astro mendakwa Amdocs kini merupakan syarikat senaraian awam di New York Stock Exchange (NYSE) namun, ia tidak boleh menolak hakikat syarikat terbabit masih mempunyai unsur Israel dan Zionis yang kuat.

Eli Gelman

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Amdocs, Eli Gelman sendiri mengakui mereka cuba bergerak secara di bawah radar (low -profile) dan menyingkirkan imej-imej Israel dalam penampilan mereka.

“We’re known for keeping quiet,” says Gelman, who has been with the company for 25 years and has served as CEO since replacing Dov Baharav in November 2010. “That’s one of our core values. We focus on our work. We are very un-Israeli in that sense.”

Namun, hakikat sebenarnya ialah nadi syarikat ini berada di Israel. Inkubator Amdocs adalah berpusat dan “milik” Israel. Sungguhpun telah berkembang di luar jangkaan dan mempunyai ibu pejabat di Amerika Syarikat dan sebahagian besar pekerjanya bukan rakyat Israel, tetapi pusat penyelidikan dan maklumat serta pengurusan tertinggi mereka masih berpusat di Ra’anana, Israel.

Amdocs grew over the years to an unprecedented size for an Israeli company and, in the process, lost a good deal of its Israeli character. The company’s headquarters is now in St. Louis, Missouri, and while its largest research and development center is located in Israel and top management still sits in Ra’anana, most of its employees aren’t Israelis. Still, some things never seem to change.

Dengan kata lain, keseluruhan maklumat pelanggan Astro disimpan dan dikuasai oleh sebuah syarikat di negara Israel. Bagaimanakah ia boleh terjadi memandangkan Malaysia bukan sahaja tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel, malah mengharamkan pemegang pasportnya memasuki Israel?

Astro harus menjawab isu ini atau kerajaan harus menubuhkan dihadapkan ke Suruhanjaya khas menyiasat pengkhianatan ke atas polisi dan kepentingan Malaysia.

Kita mahu tahu bagaimana syarikat ini mendapat kontrak dari Astro. Adakah mereka memberi tawaran yang rendah? Jika demikian, mengapa mereka memberi tawaran yang rendah kepada Astro jika bukan untuk mendapat akses ke atasa data-data rakyat negara ini?

Sistem pengurusan perhubungan pelanggan dan pengebilan Astro bukanlah begitu rumit dan kompleks sehingga memerlukan Astro melantik syarikat berpangkalan di Amerika Syarikat. Syarikat dalam negara pun mempunyai kepakaran sedemikian biar pun tidak sehebat Amdocs.

Astro perlu ingat bahawa sebahagian keuntungan syarikat tersebut dikaut melalui siaran-siaran berbahasa Melayu yang majoriti pelanggannya adalah orang Melayu dan Islam.

Kita juga menunggu reaksi pemimpin-pemimpin Islam negara ini. Kita juga mahu melihat reaksi badan-badan bukan kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh orang Islam. Paling penting kita mahu melihat reaksi kerajaan terhadap isu ini.

Kerajaan harus gantung semua kontrak dengan Astro, malah jika perlu tarik balik lesen mereka.

[Sumber]

5 Fakta Kenapa Bangsa Yahudi WAJIB Di HAPUSKAN!

5 Fakta Kenapa Bangsa Yahudi WAJIB Di HAPUSKAN!

Kekejaman puak Zionis nampaknya terus berterusan dan mendapat restu pengganas-pengganas besar dunia, terutamanya Amerika Syarikat dan Britain.

Kekejaman Zionis

Antara alasan yang sering digunakan sejak bertahun lamanya oleh rejim pengganas Zionis sebagai legitimasi kepungan dan serangan mereka ke atas Gaza dan pencerobohan mereka di Tebing Barat adalah ‘Israel punya hak untuk mempertahankan dirinya sendiri’ iaitu merujuk kepada serangan roket oleh tentera pejuang Briged Izzudin Al Qassam dan Saraya Al Quds yang dilancarkan dari Gaza.

Terkini, ‘Israel Defense Forces’ (IDF) melalui laman media sosial telah melancarkan kempen ‘What would you do’ bagi mencari sokongan masyarakat dunia terhadap serangan yang mereka sedang lakukan di Gaza.

Alasan ini juga sering diulang-ulang oleh pemimpin-pemimpin dunia bagi menyokong tindakan rejim pengganas Zionis seperti Obama, John Kerry,Francois Holande, Angela Merkel dan lain-lain,juga diulang-ulang oleh media-media yang sering menyebelahi kekejaman rejim pengganas Zionis seperti CNN, BBC dan ABC.

Malah, ada dari kalangan mereka yang simpati terhadap Gaza juga menggunakan alasan ini iaitu HAMAS wajib menghentikan serangan roket untuk mencapai jalan perdamaian dengan rejim pengganas Zionis dan juga untuk mengelakkan kepungan dan serangan.

Hakikat yang sebenar adalah HAMAS berhak sepenuhnya untuk mempertahankan diri dengan apa jua cara bahkan lebih dari berhak untuk menyerang Israel dengan roket dan apa jua persenjataan yang ada.

Kekejaman Zionis [2]

Sebab yang pertama adalah kerana negara haram Israel dibina di atas tanah-tanah yang dirampas secara paksa dari rakyat Palestin sejak lebih 60 tahun yang lalu.

Ramai yang dihalau keluar dari rumah sendiri untuk memberi laluan kepada pendatang haram Yahudi untuk mendirikan penempatan mereka. Rejim pengganas Zionis juga secara sistematik dengan menggunakan kekuatan ketenteraan telah menjajah banyak dari kawasan-kawasan Palestin sejak 1948 dan 1967.

Jadi rejim pengganas Zionis sebenarnya adalah penjajah dan perampas tanah rakyat Palestin, dan mereka yang dijajah berhak sepenuhnya secara moral dan menurut undang-undang untuk berjuang membebaskan negara mereka dari penjajahan.

HAMAS, Jihad Islam, FATAH dan mana-mana jua organisasi di Palestin berhak untuk berjuang menggunakan apa jua cara bagi membebaskan negara mereka dari cengkaman penjajah.

Sebab yang kedua, sejak 60 tahun yang lalu, rejim pengganas Zionis telah mencabul maruah rakyat Palestin dengan amat kejam.

Banyak tragedi pembunuhan besar-besaran yang langsung tidak diambil tindakan oleh dunia. Shabra Shatilla, Jenin, pembunuhan 29 jemaah masjid oleh Baruch Goldstein, pembakaran masjid Al Aqsa oleh pelampau Yahudi pada tahun 1969 dan banyak lagi.

Menurut statistik dari UN sendiri, dikatakan lebih 0.3 juta rakyat Palestin telah terbunuh sejak 1967 sahaja. Itu belum yang dipenjarakan, mengalami kecederaan kekal, rumah dimusnahkan dan dihalau keluar.

Apakah satu bangsa yang punya maruah diri boleh bersabar dan tidak melawan atas penjarahan demi penjarahan yang dilakukan?

Atas sebab ini,roket-roket HAMAS mempunyai sebab-sebab yang kukuh untuk menyerang kembali bandar-bandar yang dibina di atas darah rakyat Palestin.

Sebab yang ketiga, rundingan demi rundingan telah berjalan sejak puluhan tahun, namun rejim pengganas Zionis tidak pernah menepati janjinya.

Tidak pernah ada rundingan yang menguntungkan rakyat Palestin dan jelas, rejim pengganas Zionis ini hanya akan tunduk dan faham dengan bahasa kekuatan sahaja.

Sebab yang keempat, Gaza, telah dikepung sejak 7 tahun yang lalu dari arah darat dan laut. Sempadan Rafah hanya dibuka sekali sekala oleh Mesir kecuali ketika zaman pemerintahan Presiden Morsi, dan tembok pemisah yang ada memisahkan Gaza dari dunia luar.

Import banyak barang-barang diharamkan termasuk barang-barang pembinaan, hanya barang-barang tertentu sahaja yang dibenarkan untuk dibawa masuk.

Nelayan juga tidak dibenarkan untuk memancing lebih dari 3 batu nautika dari pantai Gaza. Jika menghampiri atau melebihi jarak tersebut, nelayan akan ditembak atau ditangkap oleh tentera laut rejim pengganas Zionis.

Sebab yang kelima, Gaza juga telah menjadi sasaran serangan bertubi-tubi oleh rejim pengganas Zionis sejak tahun 2000. Siapa yang dapat melupakan serangan demi serangan menggunakan senjata yang terlarang seperti bom fosforus yang telah membunuh ribuan kanak-kanak, wanita dan orang-orang tua.

Antaranya adalah serangan pada tahun 2008 yang telah membunuh lebih 1500 nyawa di Gaza, tidak cukup dengan itu, kapal bantuan Mavi Marmara yang membawa misi kemanusiaan yang ingin ke Gaza juga diserang hingga mengakibatkan ada petugas kemanusiaan yang terbunuh.

Tidak ada manusia yang waras akalnya yang akan berdiam diri dan hanya melutut bila melihat anak-anak dibunuh di depan mata, ibu-ibu mereka ditembak dan dibom sesuka hati, sekolah dan masjid dimusnahkan, bahkan dalam operasi terbaru yang sedang berjalan sekarang, Hospital juga dibedil hingga ranap.

Media sosial telah mendedahkan kepada dunia apa yang sedang dan telah berlaku kepada Gaza secara khusus dan kepada Palestin secara umum yang tidak pernah dilihat sebelum ini.

Melihat kekejaman yang sedang berlaku di hadapan mata kita semua, apakah masih ada yang mempertikaikan serangan roket dari tentera Al Qassam dan mempercayai dendangan alasan rejim pengganas Zionis.

Mohd Hisham Mohd Sharif
PhD Candidate
Business School University of Adelaide
South Australia,
Australia

BACA INI JUGA: Tahukah Anda Watak Superman Di Cipta Sebagai Penyelamat Kaum Yahudi

[Sumber]

Saturday, July 26, 2014

Penyakit Pelik Lahir Tanpa Hidung!

Penyakit Pelik Lahir Tanpa Hidung!

Info Pelik. Tessa Evans suka bermain-main di luar rumah dan memberikan ciuman kepada ibu bapanya. Tetapi tidak seperti kanak-kanak lain, dia sebenarnya menderita keadaan yang amat jarang berlaku iaitu tidak mempunyai hidung sejak lahir.

Tessa Evans Arhinia

Kanak-kanak perempuan berusia 17 bulan itu disahkan menghidap arhinia. Hanya terdapat kira-kira 40 kes seperti itu dalam sejarah perubatan.

Keadaan ini bermakna Evans tiada deria bau dan sinus tetapi dia boleh batuk, bersin dan terkena selesema. Dia bernafas menggunakan mulut.

Menurut ibunya, Grainne, walaupun mempunyai masalah tersebut, Evans sentiasa tersenyum.

"Pada mulanya saya tidak faham. Bagaimana anak saya boleh tiada hidung? Adakah dia akan hidup? Adakah sesiapa yang dapat membantu?

"Tetapi sejak kami pulang ke rumah, saya dapat lihat perubahannya kerana dia sering tersenyum," katanya.

Ujarnya lagi, Evans kerap meniru perlakuan abang dan kakaknya walaupun dia kurang upaya.

"Orang yang bertemu Evans pula serta-merta jatuh cinta dengannya," jelasnya.

Hanya beberapa minggu selepas melahirkan anak ditambah lagi dengan carian di internet, Grainne terbaca artikel yang menyatakan kanak-kanak seperti Evans mempunyai pembangunan mental dan fizikal yang lemah.

Tessa Evans Arhinia [2]

Itu bermaksud ibu bapa perlu diberi pilihan untuk menamatkan kehamilan mereka.

Dia yang merupakan suri rumah sepenuh masa dari pekan Maghera di County Derry, Ireland berkata, anak perempuannya itu membuktikan pendapat itu salah.

"Sebaik melihat wajahnya, saya tahu ada sesuatu yang tidak kena.

"Saya sungguh terkejut tetapi hanya mendiamkan diri," kata Grainne.

Keadaan Evans telah dikesan semasa imbasan kandungan pada usia 20 minggu yang menunjukkan profil muka luar biasa.

Grainne dan suaminya, Nathan sudah diberitahu supaya bersedia bagi membuat keputusan yang sukar tetapi ujian susulan dan imbasan tiga dimensi mendapati Evans sihat dan normal.

Tetapi kelahiran itu sangat traumatik. Setakat ini, hanya ada 47 kes individu yang dilahirkan dengan muka separuh dicatatkan di seluruh dunia. Grainne pula begitu bimbang tentang tanggapan masyarakat terhadap muka anaknya itu.

"Meletakkan Evans di dalam kain anduh memberikan saya keyakinan untuk keluar buat pertama kali di depan khalayak ramai kerana saya sahaja yang memandangnya," tambahnya.

Evans akan memulakan rawatan di Hospital Great Ormond Street di London tidak lama lagi. Prosedur itu akan mereka bentuk acuan hidung yang boleh diletakkan di tempat sepatutnya di muka Evans.

Tessa Evans Arhinia [3]

"Dia benar-benar sempurna, tetapi kami perlu berfikir bagaimana untuk membolehkan dia menjalani kehidupan seperti biasa," katanya.

Evans turut mempunyai masalah penglihatan termasuk lubang kecil di dalam hatinya. Pada usia 11 minggu, dia memerlukan pembedahan membuang katarak mata.

Grainne rela berkongsi cerita mengenai anaknya itu selepas melihat sebuah keluarga menerima seorang kanak-kanak arhinia iaitu Cassidy Hooper di Ukraine yang sebelum itu tinggal di rumah anak yatim.

"Saya berharap kisah Evans ini akan memberi inspirasi kepada orang lain.

"Saya tidak mahu kanak-kanak tidak disayangi semata-mata disebabkan perbezaan fizikal dan penyakit mereka," katanya yang telah menubuhkan dana khas bagi membantu meringankan beban kewangan golongan pesakit arhinia.

[Sumber]