Tuesday, July 22, 2014

Kasih Tak Terbanding Anak Pada Ibu Angkat

Kasih Tak Terbanding Anak Pada Ibu Angkat

Info Motivasi. Setiap tahun, China akan memilih 10 orang warganya yang telah memberi inspirasi kepada negara. Dan salah seorang penerima penghormatan itu ialah seorang gadis muda bernama Meng Peijie dari Shanxi, utara China.

Meng Peijie

Mari kita baca kisahnya. Sejak kecil, Peijie telah ditinggalkan oleh kedua-dua ibu bapanya. Ayahnya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada tahun 1996.

Selepas tragedi itu, ibunya hilang tempat untuk bergantung lantas memutuskan untuk menyerahkan Peijie kepada seorang ibu angkat bernama Liu Fanyang, seorang pekerja sosial ketika itu.

Ketika menerima anak itu, Fanyang juga sebenarnya mengalami masalah kewangan sebagaimana dihadapi ibu kandung Peijie. Namun, kekangan itu bukanlah penghalang untuk tidak menerima orang baru dalam hidup.

Selepas tiga tahun menjaga anak itu dengan penuh kasih sayang, Fanyang jatuh sakit dan disahkan lumpuh. Semenjak itu, si ibu tidak lagi mampu bergerak apatah lagi mengurus diri sendiri.

Tambah perit, bapa angkat Peijie tidak pernah kembali ke pangkuan mereka selepas keluar meninggalkan rumah.

Meng Peijie [2]

Bermula dari hari itu, kehidupan dua beranak ini berubah secara drastik. Tiada siapa lagi yang boleh diharapkan untuk membantu mengurus kehidupan mereka. Si ibu hanya terlantar tanpa mampu berbuat apa-apa.

Bagaimana si ibu ini mampu menjaga Peijie? Macam mana pula nanti dengan makanan dan pakaian anaknya? Siapa pula yang akan membantu menjaga mereka dalam keadaan si ibu tidak mampu bergerak?

Puas difikirkan, akhirnya Fanyang putus asa dan cuba membunuh diri. Akan tetapi, Peijie dapat menyelamatkan ibu angkatnya selepas menemui ubat penenang dan ubat tahan sakit yang sengaja disembunyikan di bawah bantal.

Si kecil ini seperti tahu bahaya pil-pil itu yang boleh menamatkan nyawa orang tersayang jika diambil secara berlebihan.

Meng Peijie [3]

Menurut Fanyang, anak angkatnya menangis teresak-esak sebaik sahaja menemui pil tersebut. Sejak hari itu, anak kecil itu nekad mahu menjaga dan merawat ibu angkatnya.

Malangnya, anak kecil itu hanya berusia lapan tahun pada hari kejadian. Apalah yang boleh dilakukan oleh gadis sekecil itu? Namun, siapa sangka dalam usia setahun jaguang, anak ini tidak kekok melakukan kerja-kerja orang dewasa - mengemas, membasuh dan memasak!

Menurut Fanyang lagi, Peijie terpaksa berdiri di atas bangku untuk mencapai periuk dan barang keperluan dapur. Tidak terkira sudah berapa kali dia terjatuh dari kerusi semasa melakukan kerja-kerja di dapur.

Pada mulanya anak kecil ini tidak tahu melakukannya tapi sangat menakjubkan, dia begitu cepat belajar, termasuklah memandikan ibunya, memasak, menyuap hinggalah memapah ibu tercinta ke tempat tidur.

Meng Peijie [4]

Peijie berkata, dia sanggup berpenat dan berlapar sehinggalah ibunya boleh makan dengan betul. Dia juga yakin, ibunya akan melakukan perkara yang sama jika berada di tempatnya.

Paling mengagumkan, sesibuk manapun, gadis ini tetap tekun belajar dan pergi ke sekolah. Berkat usaha, Peijie akhirnya berjaya masuk ke Shanxi Normal University (SNNU) pada tahun 2009.

Disebabkan jauh dari tempat tinggal, gadis ini menyewa sebuah rumah berhampiran kampus dan membawa ibunya yang lumpuh untuk tinggal bersama.

Pernah satu hari, si ibu dengan perasaan bersalah bertanya kepada Peijie, "Adakah kamu terbeban dan menyesal hidup dengan ibu?" Peijie menjawab, "Tidak. Selagi ibu sayangkan saya, saya akan terus berada di sisi ibu."

Meng Peijie [5]

Jawapan anak itu benar-benar meruntun hati ibunya dan bersyukur kerana telah diberikan anak perempuan sebaik Peijie walaupun bukan dari rahimnya sendiri.

Bagi Fanyang, anak angkatnya merupakan anak yang sangat luar biasa, cantik dan baik hati. Peijie, yang sudah meningkat remaja dan berusia 23 tahun sudah berbakti selama 15 tahun menjaga ibu angkatnya. Begitupun, dia tidak pernah jemu memanjakan ibunya.

Dia masih melatih si ibu untuk bergerak, memberus giginya dan melakukan refleksologi atau urutan kaki.

Kisah hidup anak ini akhirnya sampai ke pengetahuan pihak berwajib. Pada tahun 2010, sebuah hospital tempatan telah menawarkan rawatan ke rumah secara percuma kepada ibunya. Setengah tahun kemudian, ibu Peijie sudah boleh bangun dari tempat tidurnya dan duduk sendiri di kerusi rodanya.

Meng Peijie [6]

Sejak itu, Peijie semakin bersemangat membantu si ibu melakukan pelbagai senaman dengan harapan ibunya dapat berdiri satu hari nanti.

Jadi, adakah anda dan kita semua, seandainya terjadi perkara malang begini akan kuat, tabah dan sanggup melakukan perkara yang sama?

Semoga kita sama-sama mendapat inspirasi daripada sikap yang luar biasa anak ini.

-Sentiasapanas.com

Sokongan Selena Gomez Kepada Gaza Dikecam Peminat!

Sokongan Selena Gomez Kepada Gaza Dikecam Peminat!

Peperangan di Gaza antara Palestin dan Israel sememangnya menarik perhatian orang ramai termasuklah selebriti antarabangsa.

Selena Gomez ‘Pray For Gaza’ [3]

Kalau sebelum ini penyanyi Rihanna telah melahirkan sokongannya dengan menggunakan hashtag #FreePalestine sehingga mendapat kecaman jutaan peminatnya, kali ini tiba giliran Selena Gomez mengalami nasib yang serupa.

#FreePalestine by Rihanna

Menggunakan akaun Instagramnya, Selena menunjukkan tanda simpatinya terhadap apa yang menimpa rakyat Palestin di Gaza.

Tulis Selena Gomez: Please pray for those families and babies today. Please always remember what’s important in life. It’s not any of this. We are here to help, inspire and love. Be that change. #wearethenextgeneration

Susulan perkongsian itu, Selena Gomez telah dikecam hebat oleh jutaan peminatnya yang menyokong Israel. Membaca komen-komen yang diterima olehnya pasti membuatkan Selena terasa cuak. Mana tidaknya, ada yang siap ugut bunuh lagi.

Namun di dalam gambar seterusnya, Selena menerangkan yang dia tidak menyokong mana-mana pihak cuma mahukan keamanan dan keperimanusiaan sahaja.

And of course to be clear, I am not picking any sides. I am praying for peace and humanity for all!

Selena Gomez ‘Pray For Gaza’ [2]

Apa pun, salute dengan Selena Gomez yang sedar mengenai isu semasa yang sedang berlaku di Gaza.

Semoga akan lebih ramai artis antarabangsa tampil dan membuat perkara yang serupa seperti yang telah dilakukan oleh Selena.

Sekurang-kurangnya dapat membuka mata peminat mereka mengenai apa yang sedang terjadi di Gaza.

BACA INI JUGA: Bintang Terkenal Kanak-kanak Disney Yang Kini Menjadi Simbol Seks Dewasa!

[Sumber]

Monday, July 21, 2014

Video Askar Israel Mati Ditembak Sniper Al-Qassam

Video Askar Israel Mati Ditembak Sniper Al-Qassam

Dari laporan yang diterima dari sumber dari Gaza, askar Israel yang terbunuh sudah pun mencecah puluhan orang tetapi mereka hanya berani melaporkan beberapa anggota mereka sahaja yang terbunuh.

Zionis-is-terrorist

Ini bagi memastikan moral tentera dan rakyat Israel tidak tergugat dalam kempem serangan ke atas Gaza kini.

Bagaimanapun laporan ini sebenarnya propaganda Israel yang enggan mengakui sebenarnya banyak lagi askar mereka sudah terbunuh, khususnya menjadi mangsa penembak tepat Briged al-Qassam.

Menurut sumber kanan tentera Zionis, penguasaan terowong rahsia di Gaza tidak memberi peluang kepada mereka untuk menguasai keseluruhan terowong yang sebenarnya begitu besar dan jauh.

Pada awal sebelum serangan darat Israel, pemimpin Hamas sudah pun memberikan amaran bahawa Israel akan menyesal jika meneruskan serangan darat dalam operasi kononnya membalas serangan roket yang ditembak oleh Hamas.

Dalam nada ketakutan, Israel berkata kononnya mereka sudah pun berjaya memusnahkan kira-kira 13 terowong rentas sempadan sejak Khamis lepas.

Menurut Jerusalem Post lagi, Hamas meningkatkan serangan ke atas askarnya yang menjalankan operasi mencari pintu masuk ke terowong rahsia di rumah-rumah warga Palestin berhampiran sempadan negara Zionis itu.

Hamas turut menggunakan terowong berkenaan sebagai laluan untuk masuk ke dalam Israel dan melancarkan serangan ke atas askar Israel.

Dalam satu kenyataan, Briged al-Qassam berkata enam askar dibunuh ketika pejuang-pejuang mereka merentasi sempadan Israel di bahagian selatan di Eshkol mengikut terowong bawah tanah.

Dua lagi operasi sama turut berjaya membunuh tujuh lagi askar Israel.

Di bandar Dimona yang terletak di gurun Negev, seorang lagi askar Zionis berjaya dibunuh.

Hakikatnya, ketika ini Israel sudah semakin gentar dalam melancarkan serangan darat ke atas Gaza dan mahu ia digerakkan dengan lebih hebat agar ancaman ke atas anggota tenteranya yang semakin hebat oleh pejuang Hamas.

Saksikan satu video yang dimuatnaik di laman YouTube pada 18 Julai menunjukkan seorang askar Israel ditembak mati oleh penembak tepat al-Qassam.



Video Tentera Israel Menyorok Ketakutan!

Video Tentera Israel Menyorok Ketakutan!

Bukti demi bukti bahawa tentera rejim Israel sedang dalam ketakutan semakin terserlah apabila ada video yang menunjukkan ketakutan mereka tersebar di internet.

Video Tentera Israel Menyorok Takut Mati

Satu video yang disiarkan dilaman Facebook, sekumpulan penduduk kawasan perumahan di Palestin bertindak menyerbu sebuah rumah dan menemui kira-kira 10 orang askar rejim Zionis bersembunyi ketakutan di dalam sebuah bilik.

Para penduduk kemudian bertindak menghalau kesemua askar rejim laknat berkenaan supaya keluar dari rumah itu.

Askar-askar berkenaan pastinya kecut akibat serangan dan tekanan oleh pejuang Hamas melalui briged al-Qassam yang memerangi mereka habis-habisan.

Sehingga kini dilaporkan sebanyak 18 orang tentera Israel sudah pun terbunuh dengan berpuluh-puluh lagi cedera.

(Baca: Inilah Sejarah Holocaust Yang Sebenarnya)

Masakan tidak kumpulan tentera ini dalam ketakutan, kerana sebelum ini mereka boleh menembak dengan sesuka hati tanpa ada penduduk Palestin yang melawan, tetapi kali ini mereka kembali ditentang habis-habisan.

Tambahan pula apabila mendengar rakan-rakan mereka ada yang sudah mati ditembak, pasti ketakutan semakin menyelubungi para anggota tentera Israel ini sehingga melarikan diri dan bersembunyi di dalam sebuah bilik di dalam rumah berkenaan.

Jika begini semangat askar rejim Zionis yang konon-konon kuat, pastinya Hamas boleh memberi tekanan hebat kepada Israel dan seterusnya memenangi pertempuran menuntut bela di atas kekejaman Zionis ke atas penduduk Palestin selama ini.-Mynewshub.my


Sunday, July 20, 2014

Persiapan Dajjal Mengambil Alih Dunia!

Persiapan Dajjal Mengambil Alih Dunia!

Menyelidiki kedatangan Dajjal, Imam Mahadi dan kemunculan kembali Nabi Isa a.s. Adakah kita sudah bersedia?

Dajjal

Dalam sebuah hadis Nabi Muhammad SAW dikatakan, "Aku memperingatkan kalian untuk melawannya (Dajjal) dan tidak ada Nabi yang memperingatkan umatnya untuk melawan. Tetapi aku akan mengatakan sesuatu yang belum pernah diungkapkan oleh Nabi-nabi sebelumku. Kalian hanya tahu bahawa ia bermata satu. Dan Allah tidak bermata satu".

Hampir semua kebudayaan sudah meramalkan kedatangan Dajjal. Umat Kristian menyebutnya 'Anti-Christ'. Walaupun sebahagian besar orang takut dengan perkara ni, tetapi tidak sedikit pula yang sudah mempersiapkan diri selama ribuan tahun untuk mengadakan acara sambutan.

Tetapi sebenarnya apakah tanda-tanda kemunculan makhluk bermata satu itu?

Simbol Mata Satu (All-Seeing-Eye) sudah wujud sejak ribuan tahun dahulu seperti contoh simbol RA yang terdapat dalam artifak Mesir Kuno.

Dajjal Symbol

Sejak abad pertengahan, Mata Satu (Dajjal) boleh ditemui dalam simbol-simbol Freemason (kumpulan rahsia) yang digunakan dalam ritual mereka. Malah, boleh ditemui dengan mudah dalam not wang satu ringgit dolar Amerika.

Jika kita melihat dengan teliti gambar mata wang dolar, maka akan tampak kelihatan tulisan 'Novus Ordo Seclorum'. Dan jika anda lebih peka, simbol ini juga tertera di dalam program TV kanak-kanak, Nickelodeon.

Simbol Mata Satu (Dajjal) merupakan satu simbol Hieroglyph (Aksara Mesir Kuno) yang bermaksud Dewa Ra iaitu Dewa Matahari. Ra merupakan Dewa tertinggi dalam budaya Mesir Kuno kerana kekuasaannya meliputi alam semesta.

Firaun pada masa lalu menghambakan diri mereka terhadap Ra/Ra-Horakty (tatkala Ra dan Horus bersatu atau merupakan satu jiwa).

Ilustrasi Ra boleh ditemui dalam kitab sihir pada masa itu. Bahkan sehingga sekarang pun boleh dilihat dengan jelas dalam not mata wang dolar AS, sumber keagamaan dalam kumpulan rahsia seperti Freemason dan Illuminiti.

Tanda-tandanya bukan hanya terbatas dalam ilustrasi Mata Satu (Dajjal), namun juga berupa bangunan yang dibina untuk melayani agenda Dajjal, iaitu sebuah 'Tataan Dunia Baru' yang lebih dikenali sebagai 'New World Order' dan salah satu simbolnya adalah Menara Babel.

Dajjal New World Order

Kisah Menara Babel melambangkan keangkuhan, kesombongan manusia, disebut-sebut dalam Kitab Kejadian dan Kitab Suci Perjanjian Lama. Pembinaan menara ini diketuai oleh Raja Namrud, anak cucu Nabi Nuh pada zaman Babilon Kuno, sebelum zaman Nebuchadnezar.

Bangunan piramid juga termasuk sebagai bangunan yang digunakan untuk melayani kepentingan golongan Anti-Christ atau Dajjal. Seperti Piramid Mesir, Gia dan Chinchen Itza yang merupakan tinggalan peradaban bangsa Maya di Amerika Selatan.

(Iblis) berkata, "Ya Tuhanku, oleh kerana Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, maka aku akan memujuk mereka yang ada di muka bumi untuk melakukan perbuatan maksiat dan menjadikan mereka sekutu". (Surah Al-Hijr, 39)

Dan sejak itu, perang telah menjadi sebahagian kehidupan manusia.

Pada tahun 1307, Raja Philippe dari Perancis telah menangkap golongan Anti-Christ sehingga ramai di antaranya melarikan diri keluar dari Eropah.

Freemasonary

Sebahagiannya menetap di Scotland dan mendirikan kumpulan rahsia terkemuka yang dinamakan 'Freemasonary'.

Raja Philippe mengarahkan agen-agennya untuk menangkap Templar dan dijatuhkan hukuman mati pada hari Jumaat, 13 Oktober 1307, sehingga disebut dalam sejarah Eropah sebagai 'Black Friday'.

Inilah sebabnya sebahagian orang menganggap 13 adalah angka malang dan menghubungkan 13 haribulan yang jatuh pada hari Jumaat dengan peristiwa menakutkan seperti filem 'Friday 13th'.

BACA INI JUGA: "Dajjal Tidak Akan Muncul Sehinggalah Manusia Melupakannya"

-SENTIASAPANAS.COM

Pencipta 'Magic Spray' Piala Dunia Bakal Jadi Jutawan!

Pencipta 'Magic Spray' Piala Dunia Bakal Jadi Jutawan!

Dibesarkan dalam kemiskinan dan kemudian mengalami kebangkrapan, Heine Allemagne kini kelihatan bersedia untuk menjadi jutawan, terima kasih kepada 'sihirnya' mencipta semburan ajaib yang digunakan pengadil ketika Piala Dunia 2014.

Heine Allemagne Magic Spray

Buih yang digunakan untuk 'menggaris' jarak 10 ela dan akan terhapus sendiri selepas 60 saat, dijangka digunakan di seluruh dunia dan telah pun dipertimbangkan untuk digunakan dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris.

(Baca: Kisah Pelukis Termuda Yang Menjadi Jutawan)

Heine sangat teruja kerana ciptaannya berjaya digunakan dalam semua perlawanan Piala Dunia Brazil.

Beliau berkata semburan yang digunakan di perlawanan ini adalah "saat ajaib" dan beliau telah menghabiskan masa selama 14 tahun dalam hidupnya khusus untuk idea ini.

Heine Allemagne Magic Spray [2]

Itulah tuah Hanie, sekelip mata ciptaannya berjaya dan bakal menjadikan dirinya seorang jutawan kerana ciptaannya bakal digunakan di seluruh dunia. -Mirror

Tujuh Pesawat Penumpang Yang Ditembak Jatuh

Tujuh Pesawat Penumpang Yang Ditembak Jatuh

Pesawat MH17 yang ditembak jatuh sebenarnya bukanlah kejadian pertama dalam sejarah penerbangan dunia.

Malaysian Airlines MH17 (2014)

Berikut merupakan tujuh insiden pesawat yang ditembak jatuh sejak tahun 1955.

El Al Israel Airlines ELAL402 (1955)

El Al Israel Airlines ELAL402 (1955)

Dalam kejadian bertarikh 27 Julai 1955 itu, pesawat Lockeheed L-049 Constellation yang berlepas dari London menuju ke Tel Aviv itu tersasar masuk ke ruang udara Bulgaria.

Akibatnya, ia ditembak jatuh oleh dua pesawat pejuang MiG-15 milik tentera udara Bulgaria dan terhempas dekat Petrich, Bulgaria sekaligus menyebabkan 58 penumpang dan anak kapal terbunuh.

Bulgaria membuat permohonan maaf dan menyifatkan juruterbangnya ‘tergesa-gesa’ mengambil tindakan.

Libyan Airline 114 (1973)

Libyan Airline 114 (1973)

Berpunca daripada cuaca buruk dan kegagalan alat komunikasi berfungsi, pesawat Boeing 727 yang dalam penerbangan dari Tripoli menuju ke Kaherah itu tersasar masuk ke ruang udara yang dikuasai oleh Israel dekat Semenanjung Sinai.

Ia kemudiannya dipintas oleh dua pesawat pejuang milik Israel dan kemudiannya ditembak jatuh selepas ‘enggan’ memberikan kerjasama.

Siasatan kemudiannya mendapati juruterbang itu menyangka pesawat pejuang itu milik Mesir yang mahu mengiringinya.

Bagaimanapun, lima daripada 113 orang penumpang dan anak kapal terselamat.

Korean Airlines KAL902 (1978)

Korean Airlines KAL902 (1978)

Pesawat yang dalam penerbangan dari Paris ke Seoul ini mengalami gangguan peralatan dan juruterbangnya tersilap membuat perkiraan dan terbang masuk ke ruang udara Kesatuan Soviet (ketika itu) di Garisan Artik.

Menyangkakannya ia pesawat pengintip, tentera udara Soviet melepaskan tembakan.

Namun, pesawat Boeing 707 itu berjaya membuat pendaratan kecemasan dekat sempadan Finland.

Dua daripada 109 penumpang dan anak kapalnya terbunuh.

Korean Airlines (KAL007) (1983)

Korean Airlines (KAL007) (1983)

Kejadian yang mengorbankan 269 orang penumpang dan anak kapal ini berlaku apabila pesawat pemintas milik Soviet Union menembak jatuh pesawat Boeing 747 yang dalam penerbangan dari New York ke Seoul.

Ia terjadi ketika kemuncak era Perang Dingin sekaligus meningkatkan kempen anti-Soviet terutamanya oleh Amerika.

Soviet kemudiannya mengaku bertanggungjawab lima hari selepas insiden.

Iran Air IRA655 (1988)

Iran Air IRA655 (1988)

Insiden ini berlaku ketika Perang Iran-Iraq dan juga ketika hubungan tegang antara Amerika Syarikat dan Iran. Tentera Laut Amerika menyangkakan pesawat Airbus 300 itu adalah sebuah pesawat pejuang.

Selepas beberapa amaran, kapal perang USS Vincennes melepaskan dua tembakan misil yang satu daripadanya mengenai pesawat itu.

Tindakan itu menyebabkan ia jatuh di Selat Hormuz, sekaligus membunuh semua 290 penumpang dan anak kapal.

Iran mendakwa Amerika sengaja menembak jatuh pesawat itu. Akibatnya, negara itu terpaksa membayar ganti rugi sebanyak AS$101.8 juta kepada Iran.

Siberian Airlines SBI1812 (2001)

Siberian Airlines SBI1812 (2001)

Pesawat dalam penerbangan dari Tel Aviv, Israel ke Novosibirsk, Rusia ini ditembak jatuh oleh misil dari Ukraine semasa terbang melintasi Laut Hitam.

Siasatan mendapati tentera udara Ukraine melepaskan dua misil semasa latihan ketenteraan yang menyebabkan 78 penumpang dan anak kapal maut.

Malaysian Airlines MH17 (2014)

MH17

Puak pemisah dituduh bertanggungjawab ke atas kejadian ini kerana dakwaan pesawat tersebut menggunakan peluru berpandu dari darat.

Ini kerana kawasan tempat MH17 didakwa ditembak, berhampiran Torez, merupakan kawasan di bawah kawalan puak pemisah sepenuhnya.

BACA INI JUGA: PANAS! CIA Dan Teori Konspirasi Hilangnya MH370

Saturday, July 19, 2014

MH17: Yang Tidak Sepatutnya Kita Katakan

MH17: Yang Tidak Sepatutnya Kita Katakan

Ada yang positif, namun ramai juga yang berfikiran negatif dengan melontarkan pelbagai soalan dan mencipta spekulasi yang adakalanya tidak masuk akal.

Buk 9K37 Missile MH17

Bermula daripada insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 pada Mac lalu hinggalah kepada kejadian pesawat MH17 terhempas di Ukraine dua hari lepas, ramai netizen yang mengutarakan pendapat mereka menerusi laman sosial.

Namun, kami tertarik dengan status seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Fazrin Jamal yang menulis mengenai kenyataan yang tidak sepatutnya dikeluarkan oleh orang ramai berhubung insiden pesawat MH17:

Perkara perkara yang anda tidak patut katakan berkaitan dengan penerbangan MH17 pada ketika ini:

”Najib harus meletak jawatan”

Najib Razak tak bersalah apa apa pun dalam kejadian ini tapi ada juga penyokong PKR dan PAS yang dengan tak berakalnya menulis komen menggesa perdana menteri meletak jawatan. Sepatutnya dia menyokong usaha pm mendapatkan maklumat berkaitan tragedi ni bukannya politikkan malapetaka.

”Semoga ada umat islam dalam kapal terbang tu terselamat”

Kita bukannya tengah berperang dengan mana mana pihak. Ini adalah malapetaka yang menimpa 298 nyawa yang tak berdosa. Janganlah sifat perkauman atau memihak agama sendiri tu pun nak dibawa masuk dalam isu macam ni.

”Penerbangan MH17. Tarikh terhempas 17hb. Kebetulan?”

Memang kebetulan. Tak payah la nak dihebohkan pasal nombor 17 tu. Tak ada maknanya.

”Ini sebenarnya adalah rancangan Israel untuk mengalihkan perhatian masyarakat dunia daripada keganasan yang berlaku di Gaza”

Nabi Muhammad kata kalau tak ada benda baik nak dicakap lebih baik diam. Aku benci kerajaan Israel tu sebanyak mana engkau membenci tapi benci aku bertempat. Bukan semuanya salah Israel. Tembakan pesawat Malaysia Airlines ni kemungkinan besar berlaku kerana puak pemisah pro-russia menyangka ianya pesawat tentera milik Ukraine.

”Selepas MH370 berlaku pula MH17. Ini sebenarnya amaran yang Tuhan berikan kepada pemimpin malaysia bahawa Tuhan marah dengan segala kemaksiatan yang dibenarkan bermaharajalela di negara kita”

Ini bukan waktunya kau nak menunjuk pandai ilmu agama kau. Sekarang ni keluarga mangsa tengah bersedih jadi janganlah kau nak menulis kata kata bersirat kononnya penumpang kapal terbang tu adalah kambing hitam atas kemurkaan Tuhan terhadap kemaksiatan yang berlaku.

”MAS memang bodoh. Dah tahu itu kawasan konflik yang dia pergi lalu kat situ buat apa?”

Badan penerbangan antarabangsa telah memberitahu Malaysia Airlines bahawa laluan itu selamat untuk dilalui. Malahan, berpuluh puluh syarikat penerbangan lain memberi kebenaran agar ratusan kapal terbang mereka melalui laluan yang sama. Selain itu, kedua dua pesawat milik Ukraine yang ditembak jatuh sebelum MH17 terbang pada ketinggian yang rendah. Oleh itu, memang tak disangka sangka bahawa pesawat pengangkut penumpang MAS yang terbang pada ketinggian yang sangat tinggi boleh ditembak jatuh puak pemisah.

MH17 Hit By Buk9K37 Missile System

Berfikir sebelum berkata.

Jika diteliti, memang ada benarnya apa yang disebut oleh Fazrin Jamal itu.

Terlalu banyak spekulasi tanpa dibekalkan dengan fakta yang jelas sehingga boleh merumitkan lagi siasatan mengenai insiden ini.

Pada saat ini, kita sebagai rakyat Malaysia perlu memberi kerjasama dalam menyokong usaha negara untuk mengenal pasti dalang di sebalik nahas ini dan bukannya hanya tahu menghentam sahaja.-Mynewshub.my

Kisah Benar Menjadi Jutawan Kerana Amalan Sedekah

Kisah Benar Menjadi Jutawan Kerana Amalan Sedekah

Pernahkah anda berasa risau untuk bersedekah di kala anda sendiri menghadapi masalah kewangan?

Jutawan Miskin

Jika jawapannya YA, mungkin anda perlu merenung semula sabda Rasulullah S.A.W daripada Abu Hurairah r.a yang berbunyi:

“Sedekah tidak akan mengurangkan harta seseorang. Sesiapa yang bersikap pemaaf Allah akan menambahkan kemuliaan baginya. Dan sesiapa yang bersikap tawaduk kepada Allah maka Allah akan menaikkan darjatnya.”

Menerusi Facebook Ustaz Azhar Idrus, satu artikel kisah benar telah dikongsikan mengenai seorang pemuda yang menjadi jutawan kerana bersedekah.

Artikel ini pernah diterbitkan di Majalah Anis terbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd pada keluaran Oktober 2012.

Mari kita baca dan hayati untuk panduan bersama:

“Segalanya bermula pada bulan Ramadhan 2010. Masa itu saya benar-benar berada di garis mula memburu impian ini. Saya benar-benar bermula dari kosong,” beliau memulakan kata.

“Bermula dari kosong? Apakah yang berlaku sebelumnya?” soal saya pula.

Saya dari keluarga susah. Malah pernah dibanci sebagai keluarga paling miskin di Besut. Saya masih ingat lagi saat melihat ibu saya menangis. Ibu menangis kerana sedih melihat ulat di kocek baju saya. Pada masa itu saya bekerja sebagai budak pengangkut sampah.

Saya katakan kepada ibu agar jangan sedih dan mohon terus doakan kejayaan saya. Saya yakin akan kasih sayang Allah kepada hamba-Nya. sebelum kita diberi nikmat kita tentu diuji dulu. Begitulah lazimnya. Itulah juga yang berlaku kepada saya.

Semasa bergelar pelajar lagi, saya sudah mula berusaha mencari duit. Malah saya pernah mengusahakan kebun jagung seluas 13 ekar berhampiran KIST (Kolej Islam Sains dan Teknologi ) cawangan Bachok. Kebun seluas itu juga saya kerjakan bersendirian.

“Saya masih boleh dilihat mencangkul di kebun jagung walaupun 30 minit lagi peperiksaan akan bermula.” Terang beliau sambil ketawa.

Kebun Jagung

“Kebun jagung yang sudah hampir membuahkan hasil itu menjadi sandaran saya . Kerana itu saya nekad dengan keputusan berhenti belajar. Kononnya untuk memberi tumpuan kepada bisnes kebun jagung saya. Namun, takdir Allah mengubah segala-galanya. Ribut kuat yang jarang – jarang berlaku telah melanda kawasan Besut. Seterusnya memusnahkan segala impian saya.”

“Ia berlaku pada masa tongkol-tongkol jagung sudah mula menguning. Saya terduduk. Segalanya musnah sekelip mata. Bukan sahaja harapan meraih untung hancur berkecai. Malah saya terpaksa pula menjual satu-satunya motorsikal buruk yang saya ada demi melunaskan sewa tanah kepada orang kampung. Selepas itu saya hanya berjalan kaki.”

“Sudahlah begitu, saya terpaksa juga berdepan dengan pilihan yang berat. Iaitu pilihan di antara mahu meneruskan kuliah saya di KIST atau sebaliknya. Minat saya yang membuak-buak terhadap bisnes memaksa saya membuat pilihan ke-2. Hasilnya saya dicemuh oleh hampir semua orang yang saya kenal. Masa depan saya gelap kata mereka!”

“Pada masa itu saya merasakan sedang berada di titik paling bawah dalam roda kehidupan ini. Saya kehilangan kebun. Saya kehilangan kuliah dan tiada kerja. Sudah tentu saya tiada wang. Saya tidak punya apa-apa lagi.

“Pada masa itu saya cuma ada Allah. Itulah satu-satunya harapan saya. Saya memujuk hati untuk mempercayai bahawa takdir Allah semuanya baik” terang beliau bak air yang mengalir.”

“Seterusnya pada hari bersejarah itu, saya bertemu seseorang dan mohon dipinjamkan wang sebanyak RM50 bagi memulakan hidup baru. Modal itu sebahagiannya saya gunakan untuk fotostat sebanyak 300 keping risalah dengan maksud mahu menjual tanah bagi pihaknya. Dengan harapan bolehlah mendapat sedikit komisyen jika ada orang yang mahu membeli.”

“Pada ketika itu saya memang tidak tahu apa-apa tentang urusan jual-beli tanah. Apa yang saya tahu cuma mahu mengedarkan risalah. Dan memang hanya itu saja peluang yang saya ada. Rasa terpaksa dan malu usah cakap. Saya tidak mampu untuk memikir selainnya.”

“Benarlah sesungguhnya Rezeki dari Allah. Sesingkat 3 jam saya berhasil mendapat RM2000 dari usaha itu. Seterusnya meningkat menjadi berpuluh dan beratus ribu ringgit; dan dalam tempoh beberapa bulan sahaja seorang yang asalnya ‘zero’ tiba-tiba menjadi ‘hero’. “

“Ya, saya benar-benar menjadi hero sehingga saya lemas dan leka dalam limpahan rezeki yang tidak disangka-sangka itu.”

“Syukur kepada Allah yang segera memimpin saya agar segera kembali ke pangkal jalan. Saya segera sedar bahawa rezeki itu sesungguhnya kurniaan Allah dan bukan kerana hebatnya usaha dan kepintaran saya.

“Boleh tuan terangkan secara khusus apakah amalan tuan sehingga mendapat rezeki yang luar biasa itu?” saya memotong ceritanya.

“Apa yang tuan tulis di dalam buku, itulah yang saya amalkan. Contohnya, saya tidak akan memulakan kerja selagi belum bersedekah. Begitulah yang saya lakukan setiap hari.”

“Alhamdulillah rezeki terus datang mencurah-curah sehingga sejuta yang pertama dapat saya raih dalam tempoh setahun. Tepatnya pada bulan Ramadan tahun berikutnya. Iaitu pada bulan Ramadan tahun 2011.

Amalan Sedekah

“Pada suatu hari saya mendapat panggilan telefon dari seseorang yang mahu menjual tanah. Tanah seluas 5 ekar itu terletak di Kampung Raja, Besut. Tuan tanah dengan senang hati mahu menjualnya kepada saya. Malah beliau mahu menjualnya dengan harga RM428,000. Ternyata harga yang ditawarkan itu jauh lebih rendah dari harga pasaran. “

“Kemudian saya pecahkan tanah itu menjadi beberapa lot dan menjualnya semula. Keseluruhan tanah-tanah lot itu dapat dijual dalam tempoh setahun. Urus niaga itu berjumlah RM1.5 juta. Akhirnya seorang budak miskin berjaya menjadi jutawan.”

“Hari ini apabila direnung kembali skrip kehidupan lalu, saya segera insaf . Rezeki besar yang Allah beri sesungguhnya bukan sekadar untuk memenuhi keperluan saya semata-mata.”

“Rezeki yang melimpah-ruah itu rupa-rupanya untuk dikongsi dengan ramai orang lain yang lebih memerlukan. Alhamdulillah dengan izin-Nya saya berusaha menjaga kebajikan sekitar 70 orang anak-anak yatim dan miskin. Mereka berada di Besut, Pakistan, Kemboja dan Indonesia. “

“Saya percaya jumlah mereka ini akan bertambah lagi. Namun, saya tidak pernah bimbang tentang rezeki. Sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui keperluan saya. Saya sekadar melakukan kerja-kerja yang saya mampu, selebihnya biarlah Allah melakukan kerja-Nya. “

“Akhirnya saya sampai ke titik keyakinan bahawa menjemput rezeki itu lebih mudah berbanding mencari-cari rezeki. Yakni mengutamakan Allah dalam setiap masa dan keadaan.”

Kesimpulannnya, janganlah takut untuk bersedekah biarpun hanya sedikit dan mengikut kemampuan.

Jika tidak mampu dari segi kewangan, sekurang-kurangnya sedekahlah dari segi tenaga, ilmu atau sokongan moral kepada mereka yang memerlukannya.-Mynewshub.my

BACA INI JUGA: Wang Zakat Berjuta Ringgit, Orang Miskin Hidup Melarat

-SENTIASAPANAS.COM

Friday, July 18, 2014

Gadis Cantik Ketagih Picit Jerawat!

Gadis Cantik Ketagih Picit Jerawat!

Info Pelik. Info Kesihatan. Setiap pagi, Samantha Wake, 20, akan menghabiskan masa selama enam jam untuk menilik parut yang ada pada wajahnya. Pantang ada sekelumit noda, dia pasti akan memicit atau mengopeknya sehingga berdarah.

Samantha Wake [2]

Gadis kelahiran Telford, Shropshire, England ini hanya akan berhenti setelah dia berasa puas. Akibat perbuatan pelik tersebut, hampir 100 peratus kulit mukanya dipenuhi parut hitam.

Jelas Samantha, dia mula ketagih untuk mengerjakan wajahnya pada usia 14 tahun selepas melihat beberapa jerawat kecil di muka.

"Pada waktu itu, saya memicit di kawasan yang terdapat jerawat sahaja di samping menyapu ubat antijerawat.

"Namun, ketika usia 16 tahun, saya begitu ketagih untuk menguis muka walaupun tiada jerawat. Akhirnya, pada usia 18 tahun, saya terpaksa bertemu doktor bagi mendapatkan rawatan," katanya.

Obsesif kompulsif

Samantha Wake [3]

Bagaimanapun, doktor yang merawatnya memberitahu, perbuatan tersebut perkara normal dan tiada apa-apa yang perlu dibimbangkan.

Samantha hanya mengetahui dia menghidap penyakit dermatilamonia selepas ibunya membawa dia berjumpa dengan seorang pakar yang lain.

Penyakit dermatilomania menjadi punca seseorang ketagih untuk mengopek kulit yang mati sehingga berdarah, lebam dan mudah dijangkiti kuman.

Sesetengah pesakit mempunyai keinginan yang tinggi untuk mengopek parut di kaki atau tangan, tetapi Samantha menjadikan muka sebagai sasarannya.

"Melihat keadaan muka yang dipenuhi darah, saya rasa seperti baru terlibat dalam kemalangan jalan raya.

"Bukan itu sahaja, ramai orang yang bertanya kenapa kulit saya menjadi teruk seperti ini," ujarnya.

Kata Samantha, kebanyakan rakannya tidak mengetahui akan tabiat peliknya itu.

"Saya seperti tidak boleh berhenti kerana saya akan berasa janggal jika tidak membelek muka walaupun sehari," jelasnya.

Penyakit yang dikategorikan sebagai gangguan obsesif kompulsif (OCD) itu lazimnya berlaku kepada wanita berusia antara 15 dan 30 tahun.

Tambah Samantha, dia akan 'tergoda' tatkala melihat wajahnya di cermin.

"Saya akan berasa sangat lega selepas dapat mengopek keruping yang ada.

"Tetapi setelah mendapati kulit saya meninggalkan kesan parut yang sangat hodoh, saya mula takut, menjadi murung dan mudah putus asa," jelasnya.

Walau bagaimanapun, emosi tersebut belum dapat menghentikan tabiat Samantha.

"Badan saya berasa seperti berada di awang-awangan. Jika saya mengesan walaupun bintik yang paling kecil di kulit, saya akan memicit atau mengopeknya sehingga kulit berasa kebas," katanya.

Malangnya tabiat tersebut meninggalkan parut sebesar duit syiling.

"Saya tahu muka saya rosak teruk dan dipenuhi parut serta lubang-lubang kecil.

"Keadaan ini mungkin disebabkan rutin harian saya yang akan melihat cermin dan menilik muka sehingga saya melupakan keadaan di sekeliling," jelasnya.

Ujarnya, tabiat tersebut juga menyebabkan dia kerap terlepas kuliah.

"Jika saya pergi menonton wayang bersama teman lelaki pula, saya akan meninggalkannya seorang diri dan pergi ke bilik air untuk menilik wajah.

Ketagih

Samantha Wake

"Walaupun berasa puas selepas memicit jerawat, namun saya tetap berasa malu apabila orang melihat wajah saya dengan reaksi yang pelik," katanya.

Untuk itu, Samantha akan memakai solekan tebal sebelum meninggalkan rumah bagi mengelakkan mata-mata nakal di luar sana.

"Jika pergi ke majlis makan malam, semestinya saya ingin kulit saya kelihatan bersih dan cantik.

"Namun, apabila menyedari perkara tersebut tidak berlaku, saya berasa sangat tertekan dan mula menguis lebih banyak lagi parut," jelasnya.

Ujar Samantha, walaupun dia telah mengunjungi banyak klinik, namun, doktor masih gagal merawat penyakitnya.

"Ibu saya pernah membawa saya berjumpa pakar kaunseling dan diajar cara untuk mengawal diri daripada mengulangi perkara tersebut.

"Saya dapati, cermin merupakan musuh utama sehinggakan saya terfikir alangkah baiknya kalau cermin tidak pernah wujud di dunia ini," jelasnya.

Bagi menangani masalah tersebut, Samantha diberikan pil untuk mengelakkan permukaan kulit yang terkopek daripada terkena jangkitan.

Ujar gadis yang bercita-cita untuk bekerja di zoo ini, dia mahu individu yang menghidap penyakit yang sama sepertinya agar tidak berasa rendah diri.

"Saya mahu orang ramai tahu bahawa penyakit ini benar-benar wujud dan bukan disebabkan masalah emosi semata-mata.

"Saya percaya penawar penyakit ini akan ditemui suatu hari nanti, begitu juga akan ada doktor pakar yang boleh dirujuk," jelasnya.

[Sumber]

9 Mimpi Nabi Muhammad SAW

9 Mimpi Nabi Muhammad SAW

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam sebelumku di Israqkan".

9 Mimpi Nabi Muhammad SAW

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatangi oleh malaikat maut dengan keadaan yang amat menggerunkan untuk mengambil nyawanya. Maka malaikat itu terhalang perbuatannya disebabkan oleh ketaatan dan kepatuhannya kepada kedua orang tuanya.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyeksakan, diselamatkan oleh berkat wuduknya yang sempurna.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis laknat. Maka dia diselamatkan dengan berkat zikirnya yang tulus ikhlas kerana Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut melalui duburnya oleh malaikat, tetapi solatnya yang khusuk dan tidak menunjuk-nunjuk telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahal puasanya yang ikhlas kepada Allah SWT memberi minum sehingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan. Setiap kali datang dia akan diusir. Maka menjelmalah Mandi junub dengan rukunnya yang sempurna sambil duduk disebelahku (Nabi Muhammad SAW).

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadaan gelap-gelita disekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan bingung. Maka datanglah pahala Haji dan Umrahnya yang ikhlas kepada Allah SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak membalas bicaranya. Maka menjelmalah sifat silaturrahimnya dan tidak suka bermusuh-musuhan sesama umatku lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicaralah mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala sedekahnya yang ikhlas kerana Allah SWT lalu menabir muka dan kepala dari bahaya api neraka.

BACA INI JUGA: Misteri Pemilihan Pusat Pentadbiran Gereja Katolik Di Vatican City

-Sentiasapanas.com

Datuk Siti Nurhaliza Kutuk Rakyat Palestin?

Datuk Siti Nurhaliza Kutuk Rakyat Palestin?

Betul ke Datuk Siti Nurhaliza mengambil kesempatan mengutuk rakyat Palestin di saat mereka kini sedang bertarung nyawa menentang kekejaman rejim zionis Israel?

Datuk Siti Nurhaliza Kutuk Rakyat Palestin

Rupa-rupanya memang terdapat individu yang tidak bertanggungjawab telah menyamar menggunakan nama Siti Nurhaliza di laman Facebook dan berkongsi status yang menghina dan mengutuk rakyat Palestin.

Mengulas mengenai perkara memalukan itu, Siti menjelaskan di laman Instagram peribadinya, bahawa dia mengecam serta tidak akan menghalalkan tindakan individu terbabit.

“Saya kecam dan saya tidak akan halalkan insan yang menyamar mempergunakan nama dan gambar saya untuk kepentingan diri malah menulis sesuatu yang tidak berhati perut.

“Teman-teman dan peminat semua tolong ambil perhatian dengan kewujudan makhluk pelik ini,” katanya.

Antara kata-kata hinaan tersebut yang ditulis individu yang menyamar sebagai Siti itu berbunyi, “nasib kaulah Palestin. Walaupun bumi kau ada Baitulmaqdis, kami tak peduli. Sudah lebih 60 tahun kau berdepan Israel, pasti kau sudah terror dan hebat. Kami peduli apa? Anak Palestin, kau kotor, lemah dan penakut”.

Datuk Siti Nurhaliza Kutuk Rakyat Palestin [2]

Siapalah yang tak berhati perut ni, penulis sifatkan orang macam ini seorang pengecut yang hanya berani dan lantang di papan kekunci sahaja!-Mynewshub.my

Video Pesawat Malaysia MH17 Ditembak Peluru Berpandu Ukraine!?

Video Pesawat Malaysia MH17 Ditembak Peluru Berpandu Ukraine!?

Pesawat Malaysia Airlines MH17 dengan 295 penumpang dilaporkan telah ditembak jatuh selepas terbang di atas timur Ukraine, menurut sumber-sumber penerbangan.

Pesawat Malaysia Airlines MH17 Ditembak Jatuh di Ukraine

Pesawat Malaysia Airlines, yang terbang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, dalam perjalanan pada ketinggian 10km (6.2 batu) apabila ia ditembak jatuh, seperti dilaporkan Interfax Rusia.

Boeing 777 terhempas selepas ditembak peluru berpandu darat ke udara, menurut penasihat kepada Kementerian Dalam Negeri Ukraine yang dipetik oleh agensi berita tersebut.

Penasihat itu berkata 280 penumpang dan 15 anak kapal yang berada di atas kapal terbang dipercayai telah meninggal dunia.

Perdana Menteri Ukraine Arseniy Yatsenyuk telah mengarahkan siasatan segera ke dalam apa yang beliau sifatkan sebagai "malapetaka".

Jurucakap Malaysia Airlines, yang masih terasa bahang kehilangan penerbangan MH370 bulan Mac lalu, mengesahkan ia telah terputus hubungan dengan penerbangan MH17, yang berlepas dari Amsterdam pada 12:14 waktu tempatan.

Pesawat hilang dari radar selepas terbang di ruang udara Ukraine, kata jurucakap itu.

Sky Katie Stallard, di Moscow, menurut laporan media mencadangkan pesawat terhempas di rantau Donetsk, di mana pertempuran berlaku baru-baru ini di tengah-tengah ketegangan berterusan antara Rusia dan Ukraine.

Data dari Flightradar24 menyatakan pesawat terhempas di bandar Kremenchuk, kira-kira 300 km (186 batu) dari sempadan Rusia, apabila ia hilang.

Pesawat Malaysia Airlines MH17 Ditembak Jatuh di Ukraine [2]
Pesawat Malaysia Airlines MH17 Ditembak Jatuh di Ukraine [3]
Pesawat Malaysia Airlines MH17 Ditembak Jatuh di Ukraine [4]

Beberapa video telah dirakam di kawasan itu, yang belum dapat disahkan, menunjukkan kepulan tebal asap hitam yang menjulang tinggi ke udara.

Sumber penerbangan agensi berita Reuters melaporkan, bangkai pesawat yang terbakar ditemui di atas tanah.

Pakar penerbangan, Major Charles Hayman, yang melaporkan kepada Sky News berkata, "Kemungkinan besar pesawat ini terbang di sepanjang garisan pertahanan antara Rusia dan Ukraine.

"Mungkin tentera Ukraine menyangkakan ia adalah pesawat musuh dan menembak pesawat tersebut.

"Mungkin ia adalah kekeliruan di pusat pertahanan udara Ukraine.

"Ia kelihatan seperti seseorang gagal menyedari ia adalah pesawat awam."

Jurucakap Boeing berkata mereka menyedari mengenai kehilangan MH17, manakala seorang pegawai Pejabat Luar berkata, "Mereka akan menyiasat untuk mengetahui apa yang telah berlaku" [Sumber]


Thursday, July 17, 2014

RM79,800, Model Honda Yang Akan Membunuh Proton!

RM79,800, Model Honda Yang Akan Membunuh Proton!

Penggemar kereta jenis ‘compact’ atau ‘hatchback’ kini boleh berkira-kira untuk membeli kereta terbaru keluaran Honda apabila model Jazz generasi ketiga dilancarkan kelmarin.

Honda All New Jazz

Jazz serba baru yang hadir dalam pelbagai variasi amat sesuai menjadi kereta untuk si muda mudi, eksekutif mahupun yang sudah berkeluarga.

Jazz generasi ketiga ini dijual dengan harga bermula dari RM72,800 bagi variasi S. Bagi variasi E; harganya ialah RM79,800 dan bagi variasi V; ia dijual dengan harga 87,800.

Model ini ada kemungkinan menjadi pembunuh model-model kereta keluaran Perusahaan Automobil Negara (Proton) apabila variasi S lebih murah daripada model Proton Suprima S dengan rupa yang lebih kurang sama.

Proton Suprima S dijual pada harga bermula RM76,701.50 berbanding Honda Jazz baru hanya RM72,800.

Bagi variasi V yang paling tinggi harga dengan ciri-ciri keselamatan maksimum, Honda Jazz generasi ketiga masih lagi tampil lebih murah dengan hanya RM87,800 berbanding Proton Suprima S iaitu 87,942.95.

Dalam soal ini, para pengguna akan melihat peluang mendapatkan kereta buatan pengeluar ternama iaitu Honda dengan harga yang lebih murah berbanding kereta keluaran dalam negara.

Honda Jazz generasi ketiga dilancarkan dalam satu majlis eksklusif di tepi Kolam Pancuran Air di pusat membeli-belah Suria KLCC di ibu negara.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia Sdn Bhd; Yoichiro Ueno berkata Honda Jazz generasi kedua sebelum ini mendapat tempat di hati orang ramai apabila terjual sebanyak 5.2 juta unit di seluruh dunia.

“Untuk model ini, Honda mensasarkan untuk mendapatkan jualan untuk semua variasi sebanyak 1,200 unit sebulan dan sasaran 76,100 unit untuk tahun 2014,” katanya dalam ucapan pelancaran model berkenaan.

Yoichiro berkata Honda Jazz yang baru ini bakal menarik minat para pelanggan yang mahukan sebuah kereta yang bukan sahaja seronok untuk dipandu, malah versatil dan memiliki fungsi terbaik demi keperluan gaya hidup penggunanya.

“Jazz serba baru didatangkan dalam satu pakej menarik yang ideal untuk kebanyakan rakyat Malaysia, daripada pelajar kolej, eksekutif muda hinggalah pasangan yang sudah berkahwin serta keluarga,” katanya.

Honda All New Jazz [2]

Sementara itu, dalam ucapan penerangan berkenaan model terbaru itu, Pembantu Ketua Projek Besar All-New-Jazz Daisuke Uragami berkata Jazz baru menampilkan reka bentuk baru dari Honda iaitu ‘H Design’ yang membuatkan kereta ini kelihatan garang dan sporty.

Kereta Honda Jazz baru dikuasakan oleh enjin 1.5 Liter SOHC i-VTEC yang telah ditambahbaik dengan Transmisi Bersambung (CVT) yang baru direka bentuk.

Jazz generasi ketiga, didatangkan dalam lima variasi warna iaitu warna baru perak (New Tinted Silver), biru (Brilliant Sporty Blue Metallic), putih (Taffeta White), hitam (Crystal Black Pearl), dan kelabu (Modern Steel Metallic).

Sumber: Mynewshub.my

Amalan Mulia, Kiki CDM25 Mohon Maaf Melalui Radio Era FM

Amalan Mulia, Kiki CDM25 Mohon Maaf Melalui Radio Era FM

Nampaknya ramai yang tidak berpuas hati dengan tindakan radio Era FM menjemput Siti Fairrah Ashyikin atau Kiki yang terlibat dengan kes buli jalan raya terhadap seorang warga emas yang dikenali sebagai Uncle Sim, pagi tadi.

Kiki-CDM25

Jemputan itu bertujuan untuk memberi peluang kepada Kiki membuat permohonan secara terbuka bukan sahaja kepada Uncle Sim, tetapi juga kepada rakyat Malaysia atas kebiadapannya.

Sebenarnya, pihak Era FM turut menjemput Uncle Sim, namun dia tidak dapat hadir kerana tinggal di Kuantan dan ada urusan di balai polis.

Justeru itu, mereka telah menghubungi warga emas itu untuk bercakap sendiri dengan Kiki.

Berikut adalah antara komen-komen yang diterima menerusi Facebook rasmi ‘Era FM & Era FM’:

Kiki-CDM25 [2]
Kiki-CDM25 [3]

Mungkin ada benarnya kata-kata pengguna Facebook yang tidak bersetuju dengan perkara ini kerana ia seolah-olah mempopularkan lagi Kiki yang terang-terangan melakukan kesalahan.

Namun, dari sudut positif pula, ia dapat membuktikan bahawa wanita ini sememangnya sudah berbaik-baik dengan Uncle Sim.

Sama ada wajar atau tidak, terpulanglah kepada anda untuk menilai sendiri perkara ini kerana masing-masing punya pendapat yang tersendiri.-Mynewshub.my

Apapun, saksikan video kenyataan maaf Kiki ini:



*Buat Kiki, tahniah kerana mempunyai keberanian untuk mengakui kesalahan. Memohon maaf dan memaafkan apatah lagi dengan niat yang ikhlas adalah amalan yang mulia.-sentiasapanas

UPDATE

Kiki Kena Tahan Di IPD Kuantan

Siti Fairrah Asyikin @ Kiki

KUANTAN – Kiki yang bertindak ganas ke atas seorang warga emas Sim Siak Heong, 68, dalam satu insiden kemalangan pada Isnin lepas di bandar ini ditahan untuk membantu siasatan berhubung kejadian tersebut.

Dikenali sebagai Siti Fairrah Asyikin atau Kiki, 30, tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan kira-kira pukul 4 petang tadi (17/7/14) dengan ditemani kedua-dua ibu bapanya serta seorang adik perempuan.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata polis kini sedang menyiasat daripada pelbagai sudut mengenai kejadian yang tersebar luas di media sosial itu.

“Polis juga sedang mengesan pengunci stereng yang digunakan wanita terbabit untuk mengetuk kereta warga emas berkenaan.

“Mengikut keterangan awal, wanita itu mendakwa telah membuang pengunci stereng itu di sekitar bandar ini dan kita dalam usaha mencari alat tersebut sebagai barang kes,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata, selain itu pihaknya sudah mengenal pasti individu yang merakam video dan dimuat naik di laman sosial untuk membantu siasatan.

Abdul Aziz berkata polis juga sudah merakam percakapan Sim dan sekiranya ada sebarang keperluan dalam siasatan, polis akan memanggilnya semula untuk memberi keterangan.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.

Dalam kejadian 1.10 tengah hari Isnin lepas, Kiki yang memandu sendirian mengamuk dan mengetuk kereta Sim dengan pengunci stereng setelah kereta Sim secara tidak sengaja melanggar kereta Peugeot 208 milik Kiki. –BERNAMA