Thursday, July 17, 2014

Amalan Mulia, Kiki CDM25 Mohon Maaf Melalui Radio Era FM


Nampaknya ramai yang tidak berpuas hati dengan tindakan radio Era FM menjemput Siti Fairrah Ashyikin atau Kiki yang terlibat dengan kes buli jalan raya terhadap seorang warga emas yang dikenali sebagai Uncle Sim, pagi tadi.

Kiki-CDM25

Jemputan itu bertujuan untuk memberi peluang kepada Kiki membuat permohonan secara terbuka bukan sahaja kepada Uncle Sim, tetapi juga kepada rakyat Malaysia atas kebiadapannya.

Sebenarnya, pihak Era FM turut menjemput Uncle Sim, namun dia tidak dapat hadir kerana tinggal di Kuantan dan ada urusan di balai polis.

Justeru itu, mereka telah menghubungi warga emas itu untuk bercakap sendiri dengan Kiki.

Berikut adalah antara komen-komen yang diterima menerusi Facebook rasmi ‘Era FM & Era FM’:

Kiki-CDM25 [2]
Kiki-CDM25 [3]

Mungkin ada benarnya kata-kata pengguna Facebook yang tidak bersetuju dengan perkara ini kerana ia seolah-olah mempopularkan lagi Kiki yang terang-terangan melakukan kesalahan.

Namun, dari sudut positif pula, ia dapat membuktikan bahawa wanita ini sememangnya sudah berbaik-baik dengan Uncle Sim.

Sama ada wajar atau tidak, terpulanglah kepada anda untuk menilai sendiri perkara ini kerana masing-masing punya pendapat yang tersendiri.-Mynewshub.my

Apapun, saksikan video kenyataan maaf Kiki ini:



*Buat Kiki, tahniah kerana mempunyai keberanian untuk mengakui kesalahan. Memohon maaf dan memaafkan apatah lagi dengan niat yang ikhlas adalah amalan yang mulia.-sentiasapanas

UPDATE

Kiki Kena Tahan Di IPD Kuantan

Siti Fairrah Asyikin @ Kiki

KUANTAN – Kiki yang bertindak ganas ke atas seorang warga emas Sim Siak Heong, 68, dalam satu insiden kemalangan pada Isnin lepas di bandar ini ditahan untuk membantu siasatan berhubung kejadian tersebut.

Dikenali sebagai Siti Fairrah Asyikin atau Kiki, 30, tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan kira-kira pukul 4 petang tadi (17/7/14) dengan ditemani kedua-dua ibu bapanya serta seorang adik perempuan.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata polis kini sedang menyiasat daripada pelbagai sudut mengenai kejadian yang tersebar luas di media sosial itu.

“Polis juga sedang mengesan pengunci stereng yang digunakan wanita terbabit untuk mengetuk kereta warga emas berkenaan.

“Mengikut keterangan awal, wanita itu mendakwa telah membuang pengunci stereng itu di sekitar bandar ini dan kita dalam usaha mencari alat tersebut sebagai barang kes,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata, selain itu pihaknya sudah mengenal pasti individu yang merakam video dan dimuat naik di laman sosial untuk membantu siasatan.

Abdul Aziz berkata polis juga sudah merakam percakapan Sim dan sekiranya ada sebarang keperluan dalam siasatan, polis akan memanggilnya semula untuk memberi keterangan.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.

Dalam kejadian 1.10 tengah hari Isnin lepas, Kiki yang memandu sendirian mengamuk dan mengetuk kereta Sim dengan pengunci stereng setelah kereta Sim secara tidak sengaja melanggar kereta Peugeot 208 milik Kiki. –BERNAMA

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon