Saturday, July 29, 2017

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (29 Julai)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (29 Julai)

Tanggal 29 Julai merupakan hari ke 210 (hari ke 211 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 155 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

ENIAC
ENIAC.

Hari ini juga merupakan sambutan Ólavsøka di Kepulauan Faroe dan Hari Lagu Kebangsaan di Romania.

Peristiwa

1030 – Raja Olaf II terbunuh dalam Pertempuran Stiklestad ketika cuba mendapatkan semula takhta Norwaynya daripada orang Denmark.

1836 – Arc de Triomphe di Paris dirasmikan, memperingati mereka yang terkorban dalam Perang Revolusi Perancis dan Perang Napoleon.

1858 – Jepun dengan berat hati menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Perdagangan, suatu perjanjian tak setaraf dengan Amerika Syarikat.

1907 – Gerakan Pengakap bermula dengan perkhemahan pengakap pertama di Pulau Brownsea, Dorset, England.

1947 – Komputer digit elektronik serbaguna pertama di dunia ENIAC dihidupkan; komputer ini beroperasi secara berterusan sehingga 2 Oktober 1955.

1950 – Perang Korea: Pembunuhan Beramai-ramai di No Gun Ri.

1954 – Bahagian pertama novel The Lord of the Rings, The Fellowship of the Ring diterbitkan di United Kingdom.

1957 – Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) diasaskan.

1958 – NASA ditubuhkan.

1981 – Lebih 700 juta orang di seluruh dunia menonton siaran langsung perkahwinan Putera Charles dan Diana Spencer di Katedral St Paul di London.

2005 – Sekumpulan ahli astronomi mengumumkan penemuan "planet kesepuluh Sistem Suria", Eris, kini dianggap sebagai planet kerdil.

2007 – Iraq membuat kejutan dengan menjuarai kejohanan Piala Asia 2007.

2008 – Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa menarik balik larangan menyertai Sukan Olimpik 2008 yang dikenakan terhadap Iraq lima hari sebelumnya.

2010 – Bot karam di Sungai Kasai, Republik Demokratik Congo mengorbankan sehingga 140 orang.

2011 – Ollanta Humala mengangkat sumpah sebagai Presiden Peru.

2012 – Lewis Hamilton memenangi Grand Prix Hungary 2012.

Kelahiran

1883 - Benito Mussolini, seorang Perdana Menteri Itali.

1945 - Muhammad Haji Muhd Taib, bekas Menteri Besar Selangor ke-11.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (28 Julai)

sumber: wikipedia

Friday, July 28, 2017

Liyana Jasmay Kini Berhijab, Berdoa Terus Istiqamah

Liyana Jasmay Kini Berhijab, Berdoa Terus Istiqamah

Aktres popular Liyana Jasmay mengesahkan dia kini sudah meninggalkan imej dahulu dengan mengenakan hijab sepenuhnya.

Liyana Jasmay

Liayana sebelumnya telah mencetuskan tanda tanya peminat apabila memuat naik gambar bertudung di Instagram.

Menurut Liyana, 29, semalam (Rabu) sebenarnya adalah hari pertama dia bertudung dan berdoa semoga dia istiqamah menutup aurat dengan sempurna.

“Saya sebenarnya segan nak bercerita, tetapi disebabkan ramai bertanya jadi tak salah jika saya berkongsi.

“Ibu saya juga berpesan agar perlahan-lahan dalam perjalanan baru ini dan menjadi diri sendiri walau dalam apa jua situasi.

“Apa pun saya bersyukur dengan penghijrahan ini. Saya berdoa semoga terus diberikan ketetapan hati,” katanya kepada Harian Metro.

Liyana yang juga penyanyi lagu Oh Na Na menjelaskan keputusannya itu bukan atas paksaan atau desakan mana-mana pihak.

Liyana juga berkata, penghijrahannya itu bukan penghalang untuknya terus aktif dalam bidang lakonan dan nyanyian.

Dalam pada itu, penghijrahan Liyana turut dipuji netizen yang rata-ratanya mengatakan kecantikan semulajadi ibu dua cahaya mata ini semakin menyerlah setelah bertudung.

BACA INI JUGA: Laman Web Terbaik Beli Tudung Online Di Malaysia

sumber: mynewshub

Eyelash Extention Hukumnya Haram, Peringatan Untuk Wanita Yang Taksub Kelihatan Cantik

Eyelash Extention Hukumnya Haram, Peringatan Untuk Wanita Yang Taksub Kelihatan Cantik

Pastinya semua wanita ingin kelihatan cantik bagi memenuhi kepuasan diri mereka. Ada sesetengah wanita yang berasa lebih confident apabila dia tambil dengan imej yang menarik dan wajah yang jelita.

Eyelash Extention Haram

Jika bulu mata pendek dan nipis, dibuatnya eyelash extention, rambut konon tak cantik, ditanam pula rambut entah siapa-siapa dekat kepala tu.

Apa yang lebih membimbangkan lagi adalah apabila ada sesetengah artis wanita berhijab serta model Muslimah yang juga mempromosikan perkhidmatan eyelash extention di laman sosial tanpa berfikir panjang.

Penceramah bebas, Syamsul Amri Ismail atau lebih dikenali sebagai Syamsul Debat telah memberi ulasan lanjut tentang perkara ini.

“Memang haram hukumnya sambung rambut ni. Tak kisahlah sama ada sambung rambut, bulu mata, jambang atau pun bulu hidung.”

“Ia boleh menjadi fitnah kerana mengubah ciptaan Allah dan menyambung rambut yang menyerupai kejadian asal bulu mata,” katanya.

Ulasan Syamsul Debat ini juga ada kaitannya dengan perbuatan sesetengah selebriti wanita tempatan yang kelihatan secara sengaja telah mengakui terang-terangan perbuatan mereka.

Ada yang melakukan eyelash extention dan turut menggalakkan orang awam lain untuk melakukan perkara yang sama seperti itu.

Tambah pendakwah selebriti ini lagi, ada perbezaan pendapat yang berkaitan pemakaian bulu mata palsu.

“Ada pandangan ulama yang bulu mata palsu (pakai buang) itu menyerupai kejadian asal bulu mata yang asli, jadi hukumnya haram.”

Syamsul Debat

“Namun, ada pandangan dari segi syarak dibenarkan seandainya berniat menghiaskan diri untuk suami atau kerana faktor kesihatan atau kecacatan hingga memaksa dia pakai bulu mata palsu itu.”

“Tapi janganlah berlebih-lebihan macam bulu mata tarian singa tu pula,” ujar Syamsul Debat yang kelihatan berseloroh di hujung talian.

Jadi yang mana kita nak ambil iktibar? Nampak cantik tapi dalam masa yang sama dapat dosa. Kita nak kumpul pahala, bukan kumpul dosa.

Moga-moga tiada mana-mana artis wanita berhijab yang terasa dengan artikel ni sebab kita takda mention siapa-siapa pun di sini.

Kalau bukan artis sekalipun, ada juga para Instafamous yang buat benda macam ni.

BACA INI JUGA: Apa Hukum Berduaan Bersama Pemandu Bukan Mahram?

sumber: mynewshub

3 Wanita Rogol Pastor Untuk Buktikan Orang Alim Juga Tidak Terkecuali Dari Nafsu

3 Wanita Rogol Pastor Untuk Buktikan Orang Alim Juga Tidak Terkecuali Dari Nafsu

3 wanita yang didakwa merogol pastor di Zimbabwe memberi alasan mahu ‘membetulkan’ lelaki berkenaan yang mendakwa ‘kebal’ daripada godaan serta membuktikan orang alim juga tidak terkecuali daripada godaan seksual.

Rogol+pastor

Tiga wanita, Sandra Ncube, 21, Riamuhetsi Mlauzi, 23, and Mongiwe Mpofu, 25, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Western Commonage di Bulawayo, semalam, bagi tuduhan melakukan serangan tidak bermoral terhadap pastor berkenaan pada 14 Julai lalu.

Daily Mail yang memetik laporan Chronicle (Zimbabwe) melaporkan, menurut pendakwa, pastor di sebuah gereja di Cowdray Park, ke rumah didiami tiga wanita itu bagi mengutip hutang daripada Riamuhetsi.

“Sebaik masuk ke dalam rumah kira-kira 7 petang, seorang daripada wanita itu menangkap pinggangnya dan seorang lagi melucutkan seluar serta merabanya.

“Mereka menariknya ke katil dan Mongiwe kemudian datang membawa kondom. Sandra melakukan seks dengan mangsa tanpa kerelaannya,” katanya.

Ketiga-kita wanita itu menafikan tuduhan merogol namun mengaku melakukan serangan tidak bermoral.

Riamuhetsi berkata, pastor itu yang selalu datang ketika dia mandi, mendakwa ‘imannya’ sebagai lelaki alim, tidak tergugat dengan nafsu.

“Saya mahu membuktikan pastor juga ‘ada perasaan dan nafsu’ seperti orang lain.

“Saya mahu dia sedar dia bukannya istimewa, tidak terkecuali daripada godaan seksual.

“Dia terangsang dengan godaan. Itu saja yang saya mahu lihat,” katanya.

Sandra berkata, dia menganggap kejadian itu sebagai ‘gurauan’ manakala Mongiwe mendakwa hanya memberi kondom selepas diminta dua rakannya.

Pastor itu dibawa ke hospital untuk pemeriksaan bagi menyediakan laporan untuk mahkamah, manakala ketiga-ketiga wanita terbabit direman sehingga 7 Ogos menunggu perbicaraan penuh.

BACA INI JUGA: Nasihat Seorang Perogol Untuk Wanita

sumber: hmetro

Ginjal Terjejas Selepas Makan 54 Batang Aiskrim

Ginjal Terjejas Selepas Makan 54 Batang Aiskrim

Seorang lelaki di China bernama Zheng, 44, telah menikmati aiskrim bagi menghilangkan rasa panas yang melanda sejak beberapa minggu untuk menyejukkan badan.

Aiskrim

Malang sekali, Zheng yang berasal dari Quzhou wilayah Zheijang, China ini telah dimasukkan ke hospital setelah mengadu sakit perut ketika sedang tidur dan didapati dalam keadaan teruk.

Pada mulanya, Zheng hanya memakan sebatang aiskrim sahaja, lama-kelamaan dia ketagih dan terus makan tanpa menyedari yang dia sudah makan sebanyak 54 batang aiskrim!

Mungkin silapnya apabila Zheng makan aiskrim secara berterusan dan akhirnya dia telah minum segelas air berais.

Malangnya, doktor mengesahkan bahawa Zheng telah mengalami gastroenteritis iaitu masalah yang berkaitan buah pinggang.

South China Morning Post melaporkan bahawa pihak hospital masih belum dapat mengenal pasti bagaimana aiskrim itu memberi kesan yang sangat teruk kepada buah pinggang Zheng.

Atau, ia mungkin disebabkan air berais yang diminumnya? Atau sistem badannya terkejut kerana terlalu sejuk?

BACA INI JUGA: Mitos Tentang Aiskrim

sumber: mynewshub

Tiada Dalil Menukar Nama Bapa Apabila Masuk Islam

Tiada Dalil Menukar Nama Bapa Apabila Masuk Islam

Umat Islam adalah bersaudara tidak kira di mana dia berada dan diikat jiwanya antara satu sama lain melalui kalimah syahadatain.

Menukar Nama Bapa

Ikatan ini melangkaui semua jenis ikatan persaudaraan namun, itu bukan bererti Islam menafikan pertalian darah dan keturunan.

Dari sudut kemanusiaan, seseorang yang memeluk Islam tidak putus hubungan kekeluargaan dengan saudara maranya yang masih belum Islam lebih-lebih lagi ibu dan bapanya.

Masih ada tanggungjawab kekeluargaan yang perlu dilunaskan selama mana ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam dan inilah intipati ajaran yang terkandung di dalam firman Allah ‘azza wa jalla.

“Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan dengan-Ku sesuatu yang engkau tidak mengetahui sungguh adanya, maka janganlah engkau taati mereka; dan bergaullah dengan mereka di dunia secara baik. Dan turutilah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepada-Ku (dengan Tauhid dan amal-amal soleh). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semua, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan.” (Luqman:15)

Menukar Nama Bapa

Isu yang biasanya akan ‘menghantui’ golongan saudara baru ialah menukar nama bapanya.

Seperti yang telah dimaklumi, kebiasaan masyarakat Islam Malaysia ialah saudara baru akan memilih nama baru dan di ‘bin’kan kepada Abdullah. Contohnya: Muhammad Farid Ravi Bin Abdullah dan Muhammad Ridhuan Tee Bin Abdullah.

Tindakan ini sama sekali tidak berasaskan kepada mana-mana dalil al-Quran mahupun al-Sunnah. Malahan ia bercanggah dengan petunjuk kedua-duanya.

Rasulullah S.A.W telah menukar nama ramai sahabat baginda, tetapi baginda tidak pernah mencadangkan atau mengarahkan mereka menukarkan nama bapa-bapa mereka.

Buktinya ialah Umar tetap berbinkan Al-Khattab, Ali tetap berbinkan Abu Talib, ‘Utbah tetap dibinkan kepada Abu Lahab dan sebagainya.

Mungkin timbul persoalan bagaimana dengan nama-nama bapa yang mengandungi makna yang tidak baik?

Jelas melalui dalil-dalil yang ada, tuntutan menukar nama kepada yang lebih baik hanyalah untuk Muslim sedangkan orang bukan Islam tidak dituntut menukar namanya. Itupun untuk diri sendiri, tidak dituntut menukar nama ibu bapa, datuk atau keluarga.

Rasulullah S.A.W telah menukar nama Harb kepada Salm dan Al-‘As kepada Hisyam tetapi di kalangan sahabat tetap dibinkan kepada Harb dan Al-‘As iaitu Abu Sufyan Sakhar Bin Harb dan ‘Amru Bin Al-‘As.

Sekalipun nama bapa mengandungi makna yang bercanggah dengan ajaran agama, seorang Muslim hanya disyariatkan menukar nama sendiri sahaja.

Sebagai contoh, nama penuh Abu Sufyan ialah Sakhar Bin Harb Bin Abd Syams Bin Abd Munaf.

Nama seperti Abd Syams jelas berunsur syirik, tetapi itulah nama Abu Sufyan yang dikenal sehingga ke hari ini.

Begitu juga ‘Utbah Bin Abi Lahab kerana nama sebenar Abu Lahab ialah ‘Abd al-‘Uzza, nama salah satu berhala paling utama di Makkah.

Rasulullah S.A.W tidak pernah meminta mereka atau mana-mana sahabat r.a menukarkan nama bapa atau datuk mereka.

Oleh itu tidak timbul persoalan tentang nama-nama seperti Ahmad Bin Subramaniam atau Ali Bin Siva, walaupun nama-nama itu adalah nama dewa-dewa Hindu.

Kajian Ilmiah dan Fatwa Arab Saudi telah ditanya beberapa soalan berhubung penukaran nama bapa atau datuk yang tidak Islami (mengandungi unsur haram atau syirik).

Jawapan yang diberikan:

a) “…wajib menukar namanya yang berunsur syirik dengan nama yang Islami dan tidak wajib menukar nama bapanya dan datuk nenek moyangnya”.

b) “…maka seorang Muslim tidak mukallaf untuk mengukar nama datuknya, sebaliknya dia hanya dituntut menukar namanya sahaja, jika ianya berunsur syirik, hodoh dan tidak elok”.

Masalah Berhubung Penukaran Nama Bapa

Berdasarkan keterangan di atas, perbuatan menukar nama bapa kandung kepada yang selainnya adalah tindakan yang menyalahi sunnah Rasulullah S.A.W sedangkan baginda ikutan umat Islam.

Selain itu ia membawa kepada suatu masalah yang lebih besar.

Masalah yang dimaksudkan ialah menghilangkan nasab sebenar dan menyedihkan hati ibu bapa kandung. Allah S.W.T menjelaskan berhubung panggilan bagi seorang anak, firman-Nya:

“Panggillah anak-anak angkat itu dengan ber”bin”kan kepada bapa-bapa mereka sendiri; cara itulah yang lebih adil di sisi Allah.” (Al-Ahzab:5)

Ayat ini adalah berkaitan suatu amalan Jahiliyyah, iaitu apabila seseorang itu mengambil anak angkat, anak tersebut akan dibinkan kepadanya. Sebelum turun arahan Allah ini, Rasulullah S.A.W juga telah melakukan perkara yang sama terhadap anak angkanya, Zaid Bin Harithah. Baginda pernah menamakan beliau sebagai Zaid Bin Muhammad sempena nama baginda sendiri.

Apabila turun ayat ini, bersegeralah baginda menukarnya kembali kepada Zaid Bin Harithah sebagai ketaatan terhadap perintah Allah.

Ramai ulama yang mengulas ayat ini menemukan kesimpulan yang sama, iaitu haram meletakkan bin bukan kepada bapa kandung yang sebenar. Syeikh al-Islam Ibn Taymiyyah menjelaskan tentang ayat ini dengan katanya:

“Allah mewajibkan kita memanggilnya (seseorang itu) dengan dibinkan kepada bapanya yang melahirkan dia, bukan bapa yang mengambilnya sebagai anak angkat…”.

Jika bapa yang memelihara seseorang sebagai anak angkatpun tidak berhak menasabkan seseorang kepadanya, apatah lagi nama yang tidak diketahui siapa tuan empunya badannya.

Ibn ‘Asyur juga menegaskan bahawa meletakkan bin kepada bapa kandung adalah keadilan yang sempurna manakala tindakan selainnya adalah kekejaman ke atas para bapa yang sebenar dan anak-anak angkat; ini kerana ia menghilangkan nasab yang sebenar.

Jika seorang ‘saudara baru’ dibinkan kepada Abdullah yang bukan bapa kandungnya, tentu sahaja ini mendedahkan kepada risiko tersebut.

Apatah lagi ada satu dua kes di mana bapa angkat kepada ‘saudara baru’ itu memang bernama Abdullah.

Tindakan mengubah ‘bin’ kepada Abdullah dapat menghapuskan ikatan saudara baru dengan bapa kandungnya.

Dibimbangi ini termasuk di dalam sabdaan Rasulullah S.A.W:

“Jangan kamu membenci bapa-bapa kamu, barangsiapa yang membenci bapanya maka ia adalah suatu kekufuran” (H.R Al-Bukhari)

Al-Hafiz Ibn Hajar menukilkan perkataan Ibn Battal yang mensyarahkan hadith ini, katanya:

“Maksud ‘membenci bapa’ ialah barangsiapa yang menukarkan nasabnya daripada (dibinkan) kepada bapanya (untuk dibinkan) kepada selain bapanya sedang dia mengetahuinya, secara sengaja dan dengan pilihan sendiri…dan kufur tersebut bukan dimaksudkan kufur sebenar yang mengekalkan nya di dalam neraka”.

Larangan yang lebih jelas berhubung hal ini didapati di dalam beberapa hadith, antaranya:

i- Daripada Anas Bin Malik:

“Barangsiapa yang mendakwa (berbinkan) kepada bukan bapanya atau bernasab kepada bukan maulanya, maka ke atasnya laknat Allah yang berterusan hingga Hari Kiamat”. (H.R Abu Daud dan disahihkan oleh Al-Albani)

ii- Ali Bin Abi Talib berkhutbah yang diambil daripada Rasulullah S.A.W:

“Barangsiapa yang mendakwa (berbinkan) kepada bukan bapanya atau bernasab kepada bukan maulanya, maka ke atasnya laknat Allah, para malaikat dan manusia seluruhnya, Allah tidak menerima daripadanya pada Hari Kiamat taubat mahunpun fidyah”. (H.R Muslim)

iii- Daripada Saad Bin Abi Waqqas dan Abi Bakrah r.a, Rasulullah S.A.W bersabda:

“Barangsiapa yang mendakwa (berbinkan) kepada bukan bapanya, sedangkan dia mengetahuinya, maka syurga haram baginya”. (H.R al-Bukhari)

Para ulama hadith seperti Al-Nawawi, Ibn Hajar, Al-‘Azim Abadi dan yang seumpamanya ketika mengulas hadith-hadith ini menegaskan bahawa ia menunjukkan betapa beratnya pengharaman menasabkan diri kepada bukan bapa sebenar.

Ini kerana perbuatan ini membawa kepada kufur nikmat, memutuskan silaturrahim dan penderhakaan terhadap ibu bapa.

Kesimpulan

Perbuatan yang sudah menjadi kebiasaan ini walaupun tiada arahan rasmi jelas mengundang bencana. Ia tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W.

Walaupun ada pihak yang memandang enteng perkara ini, namun ia sesuatu yang besar di sisi mereka yang sentiasa menjunjung sunnah Rasul S.A.W.

Selanjutnya ia diangap kufur nikmat kerana tidak menghargai nikmat ibu bapa kandung yang sah. Ia juga seperti yang telah dinyatakan, menyebabkan banyak keluarga rasa dibuang akibat penukaran nama bapa ini.

Bukankah ini secara tidak langsung bermaksud memutuskan silaturrahim dan hubungan kekeluargaan?

Selanjutnya apabila ibu bapa kandung bersedih dengan tindakan ini sedangkan ia tidak dituntut agama, bererti penderhakaan terhadap mereka berdua.

Ini jelas bercanggah dengan arahan al-Quran supaya bergaul dengan mereka secara makruf seperti yang dijelaskan dalam surah Luqman ayat 15.

Penutup

Berdasar apa yang telah dikemukakan, ternyata tidak menjadi syarat memeluk Islam dengan menukar nama asal seseorang.

Rasulullah S.A.W hanya menukar nama-nama yang ‘bermasalah’ sahaja dan tiada nas menunjukkan ada sahabat menukarkan ‘bin’nya kepada Abdullah.

Oleh sebab itu, sebarang cadangan, arahan atau perbuatan meletakkan ‘bin Abdullah’ bagi saudara baru perlu dinilai semula.

Ia tidak disyariatkan malahan memberi kesan ke atas hubungan kekeluargaan dan pandangan ahli keluarga yang belum Islam terhadap dakwah Islam.

Di samping itu, memandangkan terdapat kemungkinan berlakunya penafian nasab akibat penukaran tersebut, mungkin suatu tindakan rasmi daripada pihak berwajib dapat menyekat daripada berlakunya larangan syarak itu.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

sumber: soaljawab

Isu Bin Dan Binti Nama Bapa Anak Luar Nikah, JPN Tidak Terikat Fatwa

Isu Bin Dan Binti Nama Bapa Anak Luar Nikah, JPN Tidak Terikat Fatwa

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak terikat dengan fatwa yang dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan dalam menentukan nama bapa pada sijil kelahiran bagi anak orang Islam yang dilahirkan luar nikah.

Isu Bin

Dalam keputusan penting setebal 29 muka surat, Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli berkata, bidang kuasa ketua pengarah adalah sivil dan terhad kepada menentukan sama ada ibu bapa kanak-kanak telah memenuhi keperluan berdasarkan Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian (BDRA) 1957 yang meliputi anak tidak saf taraf Islam dan bukan Islam.

Beliau berkata ketua pengarah berpandukan prosedur menurut BDRA dan tugasnya ialah meluluskan permohonan pendaftaran sekiranya semua keperluan mengikut akta itu dipenuhi.

Beliau berkata BDRA tidak mencerminkan penggunaan sebarang prinsip substantif undang-undang Islam dalam proses pendaftaran, dan menambah bahawa Seksyen 13A (2) akta itu membenarkan anak tidak sah taraf dibin, bintikan kepada nama individu yang mengakui dirinya ayah kepada anak tersebut.

Abdul Rahman berkata ketua pengarah pendaftaran negara bertindak secara tidak rasional apabila enggan mengubah nama bapa daripada ‘Abdullah’ kepada nama bapa anak tersebut dalam sijil kelahiran, atas dasar fatwa yang dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa seseorang anak tidak boleh berbin, bintikan nama bapa jika ia anak tidak sah taraf.

“Fatwa, kami ulangi, bukan undang-undang dan tidak mempunyai kuasa undang-undang serta tidak boleh dijadikan asas undang-undang bagi ketua pengarah pendaftaran negara untuk memutuskan nama bapa anak tidak sah taraf menurut Seksyen 13A (2) BDRA,” katanya.

Abdul Rahman berkata fatwa yang dikeluarkan sebuah badan agama tidak mempunyai kuasa undang-undang melainkan fatwa itu diterima atau diguna pakai sebagai undang-undang persekutuan menerusi parlimen, yang mana fatwa menjadi sebahagian undang-undang persekutuan tanpa perlu melalui proses perundangan.

Beliau berkata Seksyen 13A (2) BDRA tidak memberi kuasa kepada ketua pengarah pendaftaran negara untuk menolak hasrat seorang ayah yang mahukan seorang kanak-kanak dinisbahkan kepada namanya.

“Juga tidak ada peruntukan yang memberinya kuasa untuk memutuskan sendiri nama bapa kanak-kanak itu ‘Abdullah’, “ katanya semasa membenarkan rayuan satu pasangan dan seorang kanak-kanak yang nama mereka dirahsiakan mahkamah bagi melindungi identiti anak terbabit.

Beliau berkata BDRA tidak membezakan anak orang Islam dan bukan Islam, dan seksyen 13A(2) akta tidak menyatakan anak tidak sah taraf Islam mesti diberi layanan berbeza berbanding anak bukan Islam dalam perkara berkaitan pendaftaran nama bapa, keluarga, serta tidak menyatakan dalam kes anak orang Islam mesti berbin/bintikan ‘Abdullah'

“Fatwa yang dikeluarkan badan agama hanya melibatkan pentadbiran undang-undang Islam atau hukum syarak dan tidak kena-mengena dengan tugas ketua pengarah pendaftaran negara berdasarkan BDRA untuk mendaftarkan kelahiran dan kematian di negeri-negeri di Semenanjung Malaysia,” katanya.

Pada 25 Julai lalu, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan iaitu Abdul Rahman, Datuk Tengku Maimum Tuan Mat dan Puan Sri Zaleha Yusof membenarkan rayuan pasangan itu yang memohon perintah mahkamah untuk mendorong ketua pengarah pendaftaran negara menggantikan nama ‘Abdullah’ dengan nama bapa kanak-kanak terbabit dalam sijil kelahirannya.

Pasangan itu, kedua-duanya beragama Islam, berkahwin secara sah pada 2009 dan anak berkenaan lahir di Johor pada tahun berikutnya, iaitu lima bulan dan 24 hari (lima bulan dan 27 hari mengikut kalendar Islam) iaitu kurang enam bulan daripada tarikh pernikahan mereka.

Kelahiran kanak-kanak itu hanya didaftarkan dua tahun kemudian sebagai pendaftaran lewat menurut Seksyen 12 (1) BDRA dan pasangan terbabit secara bersama memohon nama bapa dimasukkan dalam pendaftaran sebagai ayah kepada anak berkenaan.

Bagaimanapun, pada sijil kelahiran kanak-kanak itu yang dikeluarkan pada 6 Mac 2012, nama bapa kanak-kanak diletakkan sebagai ‘Abdullah’, bukan nama ayahnya.

Pada Februari 2015, permohonan untuk membetulkan nama bapa ditolak berdasarkan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan yang menyatakan anak tidak sah taraf tidak boleh dibin, bintikan kepada nama bapa anak itu atau individu yang mendakwa ayah kepada kanak-kanak berkenaan.

Ini menyebabkan mereka memfailkan semakan kehakiman di mahkamah. Permohonan semakan kehakiman itu difailkan oleh kanak-kanak tersebut menerusi rakan-rakannya iaitu ibu bapanya dan menamakan JPN, ketua pengarah pendaftaran negara serta kerajaan Malaysia sebagai responden.

Dalam penghakimannya, Abdul Rahman berkata bukan satu keperluan undang-undang bahawa sijil kelahiran anak tidak sah taraf mesti disokong dengan Seksyen 13 akta berkenaan memandangkang seksyen itu hanya menetapkan prosedur bagi si bapa didaftarkan sebagai ayah kepada anak tidak sah taraf terbabit dan ia tidak mengarahkan maklumat tersebut dimasukkan dalam sijil kelahiran.

‘Justeru, adalah keterlaluan dan langsung tidak perlu untuk menisbahkan apa-apa nama bapa/keluarga kepada anak dalam sijil kelahiran melainkan, dalam kes anak orang Islam, bagi tujuan mengumumkan kepada seluruh dunia yang anak itu anak tidak sah taraf dengan menyertakan nama ‘Abdullah’ bersama namanya dalam sijil kelahiran.

“Kami percaya Islam tidak menyokong perbuatan memalukan anak yang tidak bersalah itu secara terbuka sedemikian.

“Perayu pertama (si anak), terpaksa membawa stigma anak tidak sah taraf sepanjang hidupnya, kes klasik dihukum atas dosa ibu bapa yang pada hakikatnya berkahwin secara sah sebelum dia dilahirkan,” katanya.

Beliau berkata pasangan itu kekal sebagai ibu bapa kanak-kanak berkenaan sehingga sekarang dan kesedihan kanak-kanak tersebut akan bertambah jika dia membandingkan sijil kelahirannya dengan sijil kelahiran adik-adik (jika ada) yang tertera nama bapa mereka, tidak seperti sijil lahirnya.

“Kita boleh bayangkan kesedihan perayu pertama (si anak), apatah lagi perasaan malu yang ditanggungnya untuk sepanjang hayat.

"Sekeping sijil kelahiran menjadi peringatan pedih tentang situasi kelahirannya ke dunia ini. Ia tidak patut dijadikan instrumen malu,” katanya.

BACA INI JUGA:

sumber: sinarharian

Sambutan Hari Hepatitis Sedunia

Sambutan Hari Hepatitis Sedunia

Hari Hepatitis Sedunia, disambut pada 28 Julai setiap tahun, bertujuan untuk meningkatkan kesedaran diseluruh dunia terhadap penyakit berbahaya hepatitis B dan hepatitis C serta mendorong pencegahan, diagnosis dan rawatannya.

Hari Hepatitis Sedunia

Ramai tidak mengetahui status kesihatan mereka sama ada menghidap penyakit Hepatitis atau tidak berikutan kurangnya kesedaran untuk membuat saringan awal.

Setiap individu harus mengetahui status kesihatan mengenai Hepatitis bagi membolehkan mereka mendapatkan vaksinasi jika belum terjangkit dan mengambil langkah pencegahan agar tidak menjangkiti orang lain.

Orang awam hanya akan mendapat tahu mereka menghidap penyakit Hepatitis adakalanya semasa menderma darah, saringan ibu mengandung dan semasa sakit dan menerima rawatan di hospital.

Sehubungan itu, orang ramai diharap lebih peka dan prihatin terhadap status kesihatan mereka agar langkah seterusnya boleh diambil termasuk merawat dan mencegah Hepatitis daripada merebak.

Golongan muda dalam lingkungan 20-an hingga 40-an dikenal pasti paling ramai dijangkiti dua jenis virus hepatitis yang paling bahaya itu ekoran gaya hidup mereka.

Hepatitis C disebarkan melalui jangkitan darah yang tercemar se­perti menerima pemindahan organ atau darah daripada penderma sebelum 1994, menyuntik dadah atau berkongsi jarum dengan seseorang yang dijangkiti Hepatitis C, membuat cacah atau dilahirkan oleh ibu yang dijangkiti penyakit ini.

Dianggarkan bahawa sekitar 500 juta orang di seluruh dunia menghidap hepatitis B atau hepatitis C yang jika tidak dirawat dan ditangani, akan menyebabkan kerosakan hati (sirosis hati) dan komplikasi lain, termasuk kanser hati atau kegagalan hati.

Sementara ramai orang lebih khuatir tentang penyebaran AIDS berbanding hepatitis, kenyataannya bahawa setiap tahun 1.5 juta orang di seluruh dunia meninggal akibat hepatitis B atau C berbanding HIV/AIDS.

Selamat menyambut Hari Hepatitis Sedunia.

BACA INI JUGA: 14 Suntikan Pelalian Yang Wajib Untuk Anak Anda

sumber: wikipedia

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (28 Julai)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (28 Julai)

Tarikh 28 Julai merupakan hari ke-209 (hari ke-210 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 156 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.

Bangunan Bank Rakyat
Bangunan Bank Rakyat.

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Hepatitis Sedunia dan Hari Kemerdekaan di Peru (1821).

Peristiwa

1794 - Revolusi Perancis: Pemimpin Pemerintahan Ganas, Maximilien de Robespierre dipancung dengan gilotin.

1914 - Austria-Hungary menolak penerimaan bersalah bersyarat lalu mengisytiharkan perang terhadap Serbia, memulakan Perang Dunia Pertama.

1954 - Bank Kerjasama Rakyat Malaysia telah ditubuhkan di Malaysia di bawah Ordinan Syarikat Kerjasama 1948.

1976 - Satu gempa bumi dengan magnitud 8.2 ML meranapkan Tangshan, China, membunuh 242,769 orang dan mencederakan 164,851 lagi.

1990 - Alberto Fujimori menjadi Presiden Peru, dan dengan itu menjadi orang pertama berketurunan Jepun yang menjadi ketua kerajaan bagi sebuah negara Amerika Latin.

1996 - Jasad Manusia Kennewick prasejarah ditemui berhampiran Kennewick, Washington, Amerika Syarikat.

2009 - Amerika Syarikat dan Republik Rakyat China mengadakan Dialog Ekonomi dan Strategik AS.-China yang pertama.

2010 - Dalam bencana udara terdahsyat di Pakistan, Penerbangan 202 Airblue terhempas di Bukit Margalla berhampiran Islamabad, membunuh semua 152 di atas pesawat.

2013 - Dalam Formula Satu, Lewis Hamilton memenangi perlumbaan pertamanya untuk Mercedes di Grand Prix Hungary.

2013 - Parti Rakyat Kemboja memenangi majoriti kerusi dalam pilihan raya Perhimpunan Kebangsaan Kemboja.

Kelahiran

1929 - Jacqueline Kennedy Onassis, Wanita Pertama Amerika Syarikat.

1949 - Soh Chin Aun, pemain bola sepak Selangor dan Melaka.

1981 - Michael Carrick, pemain bola sepak Manchester United F.C.

Kematian

1808 - Selim III, Sultan Uthmaniyyah.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (27 Julai)

sumber: wikipedia

Thursday, July 27, 2017

Apa itu Orang Bunian Dalam Pandangan Islam?

Apa itu Orang Bunian Dalam Pandangan Islam?

Masyarakat Melayu menganggap bunian adalah antara makhluk ghaib yang menjadi penyebab kepada histeria (penyakit urat saraf yang terlihat pada letusan-letusan emosi yang tidak dapat dikawal) atau dikenali dalam kebudayaan Melayu sebagai ‘dirasuk hantu’.

Apa itu Bunian

Orang Bunian adalah merujuk kepada makhluk halus atau orang halus yang tinggal di hutan, sebagaimana yang dinyatakan di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat.

Menurut pandangan pakar perubatan Islam terkemuka, almarhum Tuan Guru Dato Dr. Haron Din, orang bunian adalah wujud dan tergolong dalam kelompok makhluk halus.

Makhluk halus seperti ini suka tinggal bersama manusia dalam rumah manusia, malah mereka suka mencari tempat yang tidak berjauhan dari perkampungan manusia dan mewujudkan perkampungan mereka sendiri disamping hidup berkeluarga dan bermasyarakat.

Secara khususnya, Bunian adalah daripada kelompok jin yang dikenali dengan nama ‘Amir (عَامِرٌ) yang tinggal bersama-sama dengan manusia.

Ini kerana ianya bersamaan dengan kebiasaan kelompok bunian yang tinggal berdekatan dengan penempatan manusia dan mempunyai penempatan tersendiri.

Ini disokong oleh sebuah hadith Nabi SAW yang maksudnya, “Jin itu ada tiga golongan. Satu golongan yang mempunyai kepak yang terbang ke sana ke mari (di udara), satu golongan pula berbentuk ular dan anjing, manakala golongan yang ketiga ada yang tinggal setempat dan ada yang berpindah randah.” (Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, no. 573; al-Hakim dalam al-Mustadrak no. 3702)

Akhukum fillah.

BACA INI JUGA: Benarkah Syiling Yasin Mampu Tarik Duit Dari Alam Ghaib?

sumber: muftiwp

Sejarah 'Made In China', Bermula Dengan Perang Dingin Kepada Persaingan Produk

Sejarah 'Made In China', Bermula Dengan Perang Dingin Kepada Persaingan Produk

Sejarah awal “Made in China” terhasil akibat persaingan teknologi pada era Perang Dingin menentang Amerika Syarikat (AS) yang memburuk-burukkan jenama, label dan barangan tiruan buatan China.

Made In China

China mengeluarkan hampir 80 peratus dari semua produk kegunaan dalam kehidupan seharian manakala “Made in China” adalah terma yang digunakan bagi produk yang dihasilkan dari Tanah Besar.

Namun kini, produk China adalah label yang paling dikenali di dunia dengan industri perkilangan China yang pesat membangun, kos pengeluaran paling rendah, membuatkan China menjadi negara pengeksport terbesar di dunia.

Antara syarikat China paling terkenal adalah BYD, Shenzhen Airlines, Huawei, dan TCL Corporation.

China juga mengeluarkan 1.8 bilion tan simen merangkumi 60 peratus pengeluaran dunia. Manakala perkapita pengeluaran melebihi 6 kali ganda tahap purata dunia.

Produk telefon bimbit Made in China juga menguasai 70.6 peratus pengeluaran yang sangat laku keras di seluruh dunia.

Antara jenama murah Smartphone dari China Alcatel, Huawei, Lenovo Oppo, Vivo dan Xiomi dengan tahap perkapita pembuatan telefon adalah 10 kali ganda dari purata tahap pengeluaran global.

80 peratus dari pendingin hawa juga dihasilkan dari Tanah Besar China dengan tahap perkapita mencapai 17 kali ganda melebihi purata pengeluaran dunia.

Made in China 2025 yang didrafkan Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat China bakal menjadi platform baharu. Majlis Kebangsaan China telah meluluskan pelan tersebut pada 19 mei 2017 lalu.

Rancangan bagi 10 tahun pertama adalah menumpukan usaha mempromosikan bidang pembuatan manakala tiga langkah dicadangkan untuk mengubah China menjadi kuasa pembuatan yang terkenal menjelang tahun 2049.

Pada ketika itu China akan menyambut ulangtahun ke-100 penubuhan republik rakyatnya.

BACA INI JUGA: China Cipta Selaput Dara Palsu (AVH) Pula!

sumber: mynewshub