Friday, July 28, 2017

Sambutan Hari Hepatitis Sedunia


Hari Hepatitis Sedunia, disambut pada 28 Julai setiap tahun, bertujuan untuk meningkatkan kesedaran diseluruh dunia terhadap penyakit berbahaya hepatitis B dan hepatitis C serta mendorong pencegahan, diagnosis dan rawatannya.

Hari Hepatitis Sedunia

Ramai tidak mengetahui status kesihatan mereka sama ada menghidap penyakit Hepatitis atau tidak berikutan kurangnya kesedaran untuk membuat saringan awal.

Setiap individu harus mengetahui status kesihatan mengenai Hepatitis bagi membolehkan mereka mendapatkan vaksinasi jika belum terjangkit dan mengambil langkah pencegahan agar tidak menjangkiti orang lain.

Orang awam hanya akan mendapat tahu mereka menghidap penyakit Hepatitis adakalanya semasa menderma darah, saringan ibu mengandung dan semasa sakit dan menerima rawatan di hospital.

Sehubungan itu, orang ramai diharap lebih peka dan prihatin terhadap status kesihatan mereka agar langkah seterusnya boleh diambil termasuk merawat dan mencegah Hepatitis daripada merebak.

Golongan muda dalam lingkungan 20-an hingga 40-an dikenal pasti paling ramai dijangkiti dua jenis virus hepatitis yang paling bahaya itu ekoran gaya hidup mereka.

Hepatitis C disebarkan melalui jangkitan darah yang tercemar se­perti menerima pemindahan organ atau darah daripada penderma sebelum 1994, menyuntik dadah atau berkongsi jarum dengan seseorang yang dijangkiti Hepatitis C, membuat cacah atau dilahirkan oleh ibu yang dijangkiti penyakit ini.

Dianggarkan bahawa sekitar 500 juta orang di seluruh dunia menghidap hepatitis B atau hepatitis C yang jika tidak dirawat dan ditangani, akan menyebabkan kerosakan hati (sirosis hati) dan komplikasi lain, termasuk kanser hati atau kegagalan hati.

Sementara ramai orang lebih khuatir tentang penyebaran AIDS berbanding hepatitis, kenyataannya bahawa setiap tahun 1.5 juta orang di seluruh dunia meninggal akibat hepatitis B atau C berbanding HIV/AIDS.

Selamat menyambut Hari Hepatitis Sedunia.

BACA INI JUGA: 14 Suntikan Pelalian Yang Wajib Untuk Anak Anda

sumber: wikipedia

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon