Friday, July 28, 2017

Liyana Jasmay Kini Berhijab, Berdoa Terus Istiqamah


Aktres popular Liyana Jasmay mengesahkan dia kini sudah meninggalkan imej dahulu dengan mengenakan hijab sepenuhnya.

Liyana Jasmay

Liayana sebelumnya telah mencetuskan tanda tanya peminat apabila memuat naik gambar bertudung di Instagram.

Menurut Liyana, 29, semalam (Rabu) sebenarnya adalah hari pertama dia bertudung dan berdoa semoga dia istiqamah menutup aurat dengan sempurna.

“Saya sebenarnya segan nak bercerita, tetapi disebabkan ramai bertanya jadi tak salah jika saya berkongsi.

“Ibu saya juga berpesan agar perlahan-lahan dalam perjalanan baru ini dan menjadi diri sendiri walau dalam apa jua situasi.

“Apa pun saya bersyukur dengan penghijrahan ini. Saya berdoa semoga terus diberikan ketetapan hati,” katanya kepada Harian Metro.

Liyana yang juga penyanyi lagu Oh Na Na menjelaskan keputusannya itu bukan atas paksaan atau desakan mana-mana pihak.

Liyana juga berkata, penghijrahannya itu bukan penghalang untuknya terus aktif dalam bidang lakonan dan nyanyian.

Dalam pada itu, penghijrahan Liyana turut dipuji netizen yang rata-ratanya mengatakan kecantikan semulajadi ibu dua cahaya mata ini semakin menyerlah setelah bertudung.

BACA INI JUGA: Laman Web Terbaik Beli Tudung Online Di Malaysia

sumber: mynewshub

1 comment

  1. Terbaik.. semoga Liyana terus istiqomah.. Lagi cantik kalau bertudung :)

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon