Monday, July 17, 2017

Tunku Tun Aminah Kahwin Jejaka Belanda, Dennis Muhammad 14 Ogos 2017

Tunku Tun Aminah Kahwin Jejaka Belanda, Dennis Muhammad 14 Ogos 2017

Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim, anakanda Sultan Johor, bakal melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya, Dennis Muhammad Abdullah, 14 Ogos 2017.

Tunku Tun Aminah

Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli berkata istiadat perkahwinan pasangan pengantin diraja akan dilaksanakan dengan penuh adat istiadat Melayu dan budaya Istana Johor.

“Sultan Johor Sultan, Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah berkenan dan merestui perkahwinan paduka anakanda Tunku Tun Aminah dengan Dennis Muhammad Abdullah,” katanya yang mengumumkan istiadat perkahwinan berkenaan kepada pemberita.

Abdul Rahim berkata Istiadat Meletak Kerja dengan menaikkan bendera istiadat kerajaan akan diadakan pada 8 Ogos ini bagi menandakan permulaan istiadat perkahwinan diraja.

Beliau berkata majlis tahlil dan doa kesyukuran akan diadakan pada 6.30 petang, 10 Ogos di Masjid Pasir Pelangi, di sini, bagi memohon restu Allah SWT terhadap perkahwinan berkenaan.

“Istiadat pertunangan pula akan diadakan pada 10 pagi, 14 Ogos, di Istana Bukit Serene, di sini, diikuti istiadat nikah dengan Sultan Ibrahim berkenan mewakilkan Mufti Johor, Datuk Muhammad Tahrir Shamsudin sebagai wali.

“Istiadat persandingan pasangan pengantin diraja akan diadakan di Bilik Singgahsana Istana Besar, di sini, pada 8 malam, hari yang sama (14 Ogos),” katanya dan menambah istiadat tersebut berlangsung secara tertutup.

Menurut Abdul Rahim, majlis bersiram pula akan diadakan keesokan hari (15 Ogos) di Bandstand Bukit Bintang, Taman Botani Diraja Istana Besar dan pasangan pengantin akan menziarah Makam Diraja Mahmoodiah pada 16 Ogos.

Abdul Rahim berkata Tunku Tun Aminah yang merupakan puteri tunggal daripada enam adik-beradik diputerikan pada 8 April 1986 di Hospital Sultanah Aminah di sini dan diperkenan oleh Almarhum Sultan Iskandar dengan nama Tunku Aminah Maimunah Iskandariah.

Dennis Muhammad Abdullah

Beliau berkata Tunku Tun Aminah mendapat pendidikan asas dan rendah di Hilltop Kindergarten, Sekolah Convent serta Sekolah Seri Utama, di sini, sebelum melanjutkan pelajaran menengah di Australia International School di Singapura seterusnya di La Salle School of Fashion and Design, juga di Singapura.

Katanya Tunku Tun Aminah yang dikurniakan gelaran tradisi ‘Tun’ oleh Sultan Ibrahim pada 2012, melibatkan diri dalam sukan lasak seperti menunggang kuda, joging dan mendaki selain dilantik sebagai Presiden Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), 2016 lalu.

Tunku Tun Aminah juga terlibat dengan kerja amal termasuk menghulur bantuan kepada mangsa banjir dan merupakan Timbalan Yang Dipertua I Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Johor serta penaung Johor Bahru International Festival City dan Persatuan Pencegahan Penganiayaan Haiwan Johor Bahru.

Sementara itu, Abdul Rahim berkata Dennis Muhammad atau nama asalnya Dennis Verbaas pula dilahirkan pada 1 Mei 1989 di Lisse, sebuah bandar berdekatan Amsterdam, Belanda dan merupakan anak kedua daripada tiga beradik.

Beliau berkata anak pasangan Martin dan Henriette Varbaas itu menerima pendidikan di Floretti College Hillego The Netherlands dan kemudian meneruskan pelajaran vokasional dalam bidang kejuruteraan mekanikal di ROC Leiden, The Netherlands.

Katanya, gemar bermain bola sepak, Dennis Muhammad bekerja dengan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor sebagai Pengurus JDT Concept Store and Café dan selepas itu sebagai Pengurus Pemasaran Kelab Bola Sepak Tampines Rovers Singapura.

Dennis Muhammad Abdullah

Menurut Abdul Rahim, Dennis Muhammad memeluk Islam pada 31 Mei 2015 di Pejabat Kadi Johor Bahru dan dipimpin oleh pegawai agama bagi mempelajari Islam termasuk solat, berpuasa Ramadan, pengajian al-Quran, akhlak dan tulisan jawi selain dididik dalam Bahasa Melayu, budaya, etika serta protokol istana.

“Mulai tahun ini, Dennis Muhammad diasuh dan dipimpin oleh keluarga angkat yang diperkenan tuanku. Jadual pelajaran agama ditambah dan prestasi beliau sentiasa dipantau oleh panel guru dan pendidik Jabatan Agama sehingga mencapai taraf yang diperkenankan. Dennis Muhammad lulus cemerlang dalam ujian tulisan, lisan dan praktikal,” kata Abdul Rahim.

BACA INI JUGA: Jika Janji Dilanggar Johor Terkeluar Dari Malaysia!

sumber: bernama

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (17 Julai)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (17 Julai)

Tarikh 17 Julai merupakan hari ke 198 (hari ke 199 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 167 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Treponema pallidum
Treponema pallidum.

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Perlembagaan di Korea Selatan (1948) dan Yama-boko Junkō di Kyoto, Jepun.

Peristiwa

1203 - Angkatan Perang Salib Keempat menawan ibu negara Empayar Byzantine Constantinople, memaksa Maharaja Alexios III Angelos melarikan diri ke dalam buangan.

1815 - Perang Napoleon: Napoléon menyerah kepada angkatan British di Rochefort, Perancis, menamatkan Seratus Hari.

1918 - Revolusi Rusia: Bolshevik menjalankan hukuman mati ke atas Tsar Nikolay II dan keluarganya di Yekaterinburg.

1936 - Pemberontak nasionalis cuba merampas kuasa di Republik Sepanyol Kedua, mencetuskan Perang Saudara Sepanyol.

1945 - Winston Churchill, Joseph Stalin dan Harry S. Truman bertemu di Persidangan Potsdam untuk memutuskan bagaimana mentadbir Jerman selepas Perang Dunia Kedua.

1955 - Taman tema Walt Disney yang pertama Disneyland dibuka di Anaheim, California.

1968 – Dipimpin Ahmed Hassan al-Bakr, Parti Ba'ath Sosialis Arab menggulingkan Presiden Iraq Abdul Rahman Arif.

1975 - Timor Timur diilhak dan menjadi provinsi Indonesia yang ke-27.

1996 - Penerbangan 800 TWA yang bertolak ke Paris meletup berhampiran pantai Long Island, New York, membunuh kesemua 230 penumpang di dalam pesawat.

1998 - Jurnal Science melaporkan bagaimana ahli biologi berjaya menjujuk genom bakteria yang mengakibatkan sifilis, Treponema pallidum.

2007 - Penerbangan 3054 TAM Linhas Aereas terhempas ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Congonhas di São Paulo, Brazil, membunuh 199 orang.

2007 - Satu gempa bumi dan tsunami berlaku berhampiran pulau Jawa, Indonesia, mengorbankan lebih 650 orang.

2008 - Lebih seribu tentera Kemboja dan Thailand berkumpul berhampiran Kuil Preah Vihear, fokus pertikaian sempadan kedua negara itu.

2009 - Letupan bom di Jakarta, Indonesia, membunuh sekurang-kurangnya 9 orang dan mencederakan lebih 50 lagi.

2010 - Taufan Conson bertemu daratan berhampiran Hai Phong, Vietnam, selepas membinasakan Filipina, meninggalkan 74 orang maut.

Kelahiran

1939 - Ali Khamenei, Presiden Iran ke-3.

Kematian

2005 - Edward Heath, Perdana Menteri United Kingdom.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (16 Julai)

sumber: wikipedia

Sunday, July 16, 2017

Apa Itu Sianida, Bahaya Dan Sejarahnya

Apa Itu Sianida, Bahaya Dan Sejarahnya

Apa itu sianida? Sianida merupakan racun yang memiliki toksik yang sangat tinggi dan hanya dengan sedikit kandungan sianida, seseorang akan mengalami keracunan bahkan kematian.

Apa Itu Sianida

Sianida adalah pembunuh semulajadi. Sianida mula digunakan ketika perang dunia pertama sebagai senjata kimia yang sangat menakutkan.

Ia juga merupakan bahan yang pernah digunakan Tentera Parti Nazi semasa perang dunia kedua untuk membunuh jutaan dalam peristiwa holocaust di German. Bahan itu juga digunakan dalam pelaksanaan hukuman mati di beberapa negeri di Amerika Syarikat.

Walaupun begitu harus diketahui bahawa sianida pada mulanya sudah terdapat di alam semulajadi, dan bukan hanya buatan manusia.

Sianida terdapat pada biji epal, biji peach, kacang almond dan turut dihasilkan oleh beberapa bakteria dan alga.

Sejarah Penggunaan Sianida

Tidak kurang dari itu, sianida juga terkenal sebagai bahan yang digunakan untuk membunuh diri. Ia juga popular digunakan untuk kegiatan terorisme dan pembunuhan. Fungsi bahan berbahaya turut digunakan juga sebagai bahan pemudahcara perlombongan emas di beberapa kawasan perlombongan emas seluruh dunia.

Sianida digunakan sebagai pelerai logam emas dengan menggunakan teknik amalgamasi dengan sianida, kadar emas yang boleh diperolehi mampu mencapai 89-95% jauh lebih baik dari kaedah lain yang hanya mencapai 40-50%.

Penggunaan lain sianida adalah bagi membunuh tikus untuk menjaga tanaman.

Kenapa Sianida Berbahaya?

Secara kimia, formula sianida adalah CN-, merupakan gabungan antara atom Karbon dan Nitrogen yang berikatan secara kovalen.

Anion sianida ini memiliki sifat yang sangat reaktif pada logam-logam bermuatan positif, kation.

Dalam sistem pernafasan kita, darah merupakan alat pengangkutan yang akan membawa oksigen ke seluruh sel tubuh untuk menghasilkan tenaga. Dalam darah, sel aktif yang berperanan mengikat oksigen adalah hemoglobin.

Ketika seseorang terkena racun sianida, maka ion CN- akan berikatan dengan ion logam Fe2+.

Ketika Fe2+ dalam hemoglobin telah bergabung dengan CN- maka oksigen tidak lagi mampu bergabung dengan Fe2+, akibatnya darah tidak lagi mampu mengangkut oksigen, lalu seluruh sel dalam tubuh tidak mampu menghasilkan tenaga.

Ciri-ciri Tubuh Terkena Sianida

Beberapa simptom dibawah ini merupakan ciri-ciri ketika tubuh terdedah kepada racun sianida secara berlebihan:
  • Tubuh lemas
  • Sakit kepala dan pening
  • Mual dan sakit perut
  • Kejang
  • Sesak nafas, sukar bernafas

Itulah yang menyebabkan racun sianida begitu berbahaya bagi tubuh.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 1 Gram Bisa Katak Neraka Brazil Mampu Membunuh 80 Orang!

sumber: mystupidtheory

10 Fakta Menarik Ikan Buntal, Isinya Sedap Tapi Sangat Beracun

10 Fakta Menarik Ikan Buntal, Isinya Sedap Tapi Sangat Beracun

Walaupun ikan Buntal enak dimakan faktanya, spesies ikan ini adalah beracun kerana mengandungi tetrodotoxin, sejenis toksik yang amat berbahaya dimana hanya 25 miligram mampu membunuh manusia dalam tempoh beberapa jam sahaja.

Ikan buntal beracun

Lebih menakutkan, tiada antidot atau penawar bagi toksik ikan buntal dan dianggap lebih bahaya daripada sianida.

Bagaimanapun, ini tidak bermakna ikan buntal langsung tidak boleh dimakan kecuali pengasingan bahagian yang beracun dibuat dengan kemahiran yang tinggi.

Bahagian yang beracun adalah seperti hati, mata, telur, darah dan kulit.

Ikan buntal atau dikenali sebagai fugu di Jepun turut dijadikan hidangan makanan laut, namun ia dijual di pasar dan restoran yang dikawal dengan ketat.

Rasa isi ikan buntal kononnya seperti rasa daging ayam. Isinya pejal dan sangat sesuai jika digoreng kerana tidak mudah hancur.

Terdapat banyak spesies ikan buntal namun hanya ikan buntal pisang sahaja yang boleh dimakan.

Di Malaysia, ikan buntal dianggap sebagai 'ikan sampah' (tiada nilai komersial) oleh Jabatan Perikanan dan tidak pernah ditangkap secara komersial mahupun dijual di pasar.

Berikut adalah 10 fakta unik dan menarik tentang ikan buntal.

1. Ikan Buntal Mempunyai 1,000 Jenis Spesies

Menurut pakar haiwan laut, ikan buntal mempunyai 1,000 jenis spesies kerana ikan buntal mempunyai proses pembiakan yang cepat dibandingkan ikan lain.

Nama ikan buntal berbeza sebutannya disetiap negara antaranya Ballonfish, Blowfish, Globerfish dan Toadfish.

2. Ikan Buntal Membesar sehingga 2 Meter

Ikan buntal beracun

Ikan buntal terbesar pertama ditemui di perairan laut Jepun dan Afrika. Spesis ikan buntal terbesar di dunia dikenali dengan sebutan ikan stella yang mampu mencapai panjang 47 inci.

Ikan buntal di sungai Kongo dikenali sebagai ikan jenis air tawar. Ikan ini dikategorikan sebagai ikan terbesar di dunia dengan ukuran 26 inci.

Ikan buntal di India pula dikategorikan sebagai ikan Buntal terkecil di dunia. Ukuran ikan buntal India hanya berukuran 1 inci.

3. Ikan Buntal Mempunyai Racun yang Berbahaya

Keunikan yang dimiliki ikan buntal adalah racun yang terdapat di kulitnya, bukan di dalam tubuh.

Racun ini dikenali Tetrodotoxin atau TTX. Tetrodotoxin adalah neurotoksin yang mampu merosakkan sistem saraf sehingga menyumbat saluran komunikasi antara tubuh dengan otak dalam waktu yang singkat.

Sebab itulah dikatakan bahawa racun yang ada pada ikan buntal lebih berbahaya dibandingkan dengan sianida.

4. Ikan Buntal Mampu Menggembungkan Badannya Sehingga 3 Kali Ganda

Keunikan ikan buntal adalah ketika diancam pemangsa, ikan Buntal akan mengembungkan tubuhnya sehingga duri-duri tajam yang beracun di kulit menakutkan pemangsa.

Lebar ikan buntal ketika mengembungkan tubuhnya melebihi 3 kali ganda dari ukuran biasa.

5. Ikan Buntal Mampu Berubah Warna

Ikan buntal juga mempunyai keunikan lain iaitu kemampuan untuk mengubah warnanya mengikut keadaan disekeliling.

Selain itu, ikan buntal juga dapat melarikan diri dengan cepat kerana ikan buntal mempunyai penglihatan yang jauh lebih baik berbanding ikan lain.

6. Ikan Buntal Mempunyai Gigi yang Kuat

Ikan buntal adalah dari keluarga Tetraodontidae yang diambil dari bahasa Yunani iaitu “tetra” yang bererti empat dan “odous” bermakna gigi.

Apabila dilihat sekilas, keempat gigi tersebut hampir menyerupai bentuk paruh, padalah itu bukanlah paruh!

Namun, gigi ikan buntal mempunyai karakter seperti gigi haiwan pengerat yang selalu tumbuh memanjang.

Untuk mengatasi tumbuhnya gigi, ikan buntal memotong giginya dengan cara menggesekkan gigi pada terumbu karang dan batuan.

Gigi yang amat kuat tersebut biasanya digunakan oleh ikan buntal untuk memangsa ikan dan cacing yang bersembunyi di bawah batu karang dengan cara mencungkil batu karang.

7. Ikan Buntal Membuat Tempat Tinggal Sendiri

Ikan buntal beracun

Dari sekian banyak spesies ikan buntal, ada sebahagian ikan yang mampu membuat tempat tinggalnya sendiri.

Misalnya seperti ikan buntal putih dan buntal masked. Kedua jenis ikan ini membuat tempat persembunyian atau rumah sendiri.

Ikan buntal putih membuat sarangnya dengan menggunakan dasar pasir. Adapun gambaran sarang yang biasanya dibuat oleh ikan tersebut berbentuk bulat dengan diameter 6 kaki atau 3 meter.

Ini mereka lakukan untuk menarik perhatian ikan buntal betina untuk bertelur di dalam rumahnya.

8. Ikan Buntal Boleh Dijadikan Ikan Peliharaan

Ikan buntal ikan yang beracun, tetapi ramai peminat ikan memelihara ikan beracun tersebut.

Ikan buntal yang selamat untuk dipelihara adalah, Buntal Spotted Green, Buntal Bronze dan Buntal Pignose.

Ketiga ikan buntal di atas dijadikan sebagai ikan peliharaan kerana telah terbukti selamat untuk dipelihara.

Walau bagaimanapun, ikan buntal memerlukan banyak air maka wajib bagi pemelihara ikan ini untuk selalu menggantikan airnya.

Mengingat gigi ikan buntal yang cepat tumbuh, maka ikan tersebut sangat memerlukan batu karang atau cengkerang siput sebagai bahan pengerat.

Ikan buntal agresif apabila bercampur dengan ikan lain.

9. Ikan Buntal Menjadi Hidangan Lazat di Jepun

Ikan buntal beracun

Di restoran Jepun, ikan buntal menjadi santapan yang lazat namun, memerlukan skil yang baik dalam mengolah ikan buntal sebelum menjadi makanan yang lazat.

Untuk menghidangkan ikan Buntal memerlukan pakar atau koki untuk mensiang ikan tersebut agar racun ikan buntal boleh dibuang sepenuhnya sehingga selamat untuk dimakan.

Koki tersebut juga perlu lulus ujian cara menghidangkan ikan Buntal yang betul dan selamat terlebih dahulu.

Masyarakat Jepun pernah digemparkan dengan insiden keracunan makanan setelah menikmati hidangan ikan buntal.

Pada tahun 1996 sehingga 2006, 44 kematian dilaporkan selepas keracunan ikan fugu.

10. Ikan Buntal Spesis Terancam

Dikatakan bahawa ikan buntal di perairan laut China, Jepun dan Korea dalam tempoh 40 tahun terakhir, berkurangan  sehingga 99%.

Ikan buntal Canthigaster Cyanetron, ikan yang hidup di perairan pulau Paskah juga dikatakan pupus kerana rosaknya terumbu karang di kawasan pantai pulau Paskah.

Ikan Buntal readline dan ikan kerdil yang terdapat disungai Nigeria juga termasuk dalam senarai ikan yang terancam.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Ikan Paling Mahal Di Malaysia

sumber: hidupmulia

Mesin Taip Kod Rahsia Enigma 1 Jerman Dilelong RM200k

Mesin Taip Kod Rahsia Enigma 1 Jerman Dilelong RM200k

Sebuah mesin taip bagi menulis kod rahsia pada Perang Dunia Kedua, iaitu German Wehrmacht Enigma I, dibeli pada harga AS$51,617 (RM221,748) dalam sesi lelongan dalam talian oleh firma lelongan Artmark, di Bucharest.

Mesin Taip Enigma 1

Mesin taip itu dibeli daripada pemiliknya di sebuah pasar lambak pada harga AS$115 (RM493), sebelum pengumpul barangan antik itu menjualnya semula di Artmark dengan harga permulaan AS$10,300 (RM44,249).

“Seorang pengumpul membeli mesin taip ini di sebuah pasar lambak.

“Beliau adalah seorang profesor kriptografi dan amat mengetahui nilai barang yang dibelinya,” kata pengurus bahan terkumpul Artmark, Cristian Gavrila.

Pakar sejarah berkata, Romania yang juga sekutu Nazi di Jerman hingga 1944 sebelum beralih sokongan kepada pihak bersekutu mungkin memiliki lebih banyak mesin kriptografi tetapi ia gagal ditemui.

Mesin taip Enigma digunakan untuk mentafsirkan kod dan menulis kod pesanan atau mesej yang dihantar oleh pelbagai cawangan tentera Nazi.

Namun, pakar matematik Britain, Alan Turing dan pasukannya dari pusat pemecah kod Britain pada zaman perang, iaitu Bletchley Park berjaya mentafsirkan kod yang dihantar tentera Nazi itu.

Hasil kerja mereka itu berjaya menamatkan perang dalam tempoh dua tahun.

BACA INI JUGA: Alatan Perisikan Dan Teknik Mengintip Rahsia Paling Terkenal!

sumber: bharian

Misteri Wabak Ketawa Tanganyika

Misteri Wabak Ketawa Tanganyika

Pada tahun 1962, sebuah negara di Afrika, Tanganyika atau kini dipanggil Tanzania telah dilanda satu wabak pelik dan misteri yang menjejaskan ribuan rakyat di negara itu.

Misteri Tanganyika

Apa yang peliknya, kesemua individu yang diserang wabak misteri tersebut akan ketawa tanpa henti selama berhari-hari.

Tragedi pelik ini mula berlaku pada 30 Januari 1962 disebuah sekolah yang terletak di sebuah perkampungan dikenali sebagai Kashasha.

Tiga pelajar wanita tersebut dipercayai menunjukkan tingkah laku pelik dengan ketawa tanpa henti.

Gejala pelik tersebut berlarutan sehingga lebih dua minggu sebelum ketiga-tiga pelajar tersebut mula berhenti ketawa.

Pada 18 Mac 1962, wabak pelik tersebut menyerang pelajar sekali lagi di sekolah tersebut. Kali ini dengan skala yang lebih besar.

Seramai 95 orang daripada 159 orang pelajar dijangkiti wabak ketawa itu. Mereka berusia antara 12 hingga 18 tahun.

Wabak misteri itu memaksa pihak sekolah untuk menutup aktiviti persekolahan untuk sementara waktu bagi mengelakkan ianya menjangkiti pelajar lain.

Malangnya, penularan wabak misteri semakin mengganas dan mula mengancam penduduk lain.

Akibatnya, pada 29 Mac 1962, individu yang dijangkiti wabak pelik tersebut telah meningkat kepada 217 orang.

10 Jun, epidemik yang tidak diketahui puncanya terus menyerang 98 orang pelajar wanita di Sekolah Menengah Ramashenye, Bukoba, yang mula ketawa tanpa henti selama lapan hari berturut-turut.

Insiden misteri yang berlanjutan selama satu tahun enam bulan itu juga menular ke negara jiran seperti Uganda dan Kenya.

Berdasarkan laporan pihak berkuasa tempatan, sepanjang tempoh tersebut, 1,000 orang penduduk telah dijangkiti wabak ketawa tersebut.

Hasil penyelidikan yang dijalankan juga tidak menemui sebarang patogen atau agen beracun yang boleh menjelaskan sebab perilaku pelik ketawa tanpa henti itu malah, tiada sebarang jangkitan dikesan menerusi ujian dilakukan.

Hasil ujian dilakukan juga turut mengenal pasti bahawa wabak itu akan hilang sepenuhnya selepas 18 bulan kemudian.

Penduduk yang dijangkiti bukan sahaja ketawa malah turut menunjukkan tanda-tanda histeria. Mangsa juga mempunyai kesan ruam pada anggota badan.

Selain ketawa tanpa henti, mangsa juga akan bertindak ganas jika disuruh berhenti ketawa. Kebanyakan mangsa pengsan akibat keletihan.

Jumlah mangsa dijangkiti paling ramai adalah wanita dewasa, kanak-kanak perempuan dan lelaki, manakala lelaki dewasa jumlahnya direkodkan agak rendah.

Epidemik yang hampir serupa juga pernah dilaporkan berlaku di Eropah, dikenali sebagai 'Dancing Plague' atau Wabak Menari yang direkodkan sekitar tahun 1518 lalu.

Wabak Menari telah menyebabkan 400 orang mangsa menari selama beberapa hari tanpa henti.

Kebanyakannya rebah akibat keletihan dan meninggal dunia akibat strok, serangan jantung dan keletihan melampau.

BACA INI JUGA: Penyakit Ganjil, Pengsan Apabila Ketawa!

-SENTIASAPANAS.COM

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (16 Julai)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (16 Julai)

Tanggal 16 Julai merupakan hari ke 197 (hari ke 198 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 168 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Tun Mahathir

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Perayaan Santo Helier (Gereja Katolik Rom).

Peristiwa

622 – Takwim Hijrah terjadi, menandakan penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. dari Makkah ke Madinah.

1945 – Projek Manhattan: "Trinity", letupan ujian nuklear yang pertama, diledakkan dekat Alamogordo, New Mexico, Amerika Syarikat.

1969 - Apollo 11 berlepas ke bulan.

1979 – Saddam Hussein menjadi Presiden Iraq, mewarisi sepupunya Ahmed Hassan al-Bakr yang meletakkan jawatan.

1981 - Dr. Mahathir bin Mohamad dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-4.

1994 – Serpihan Komet Shoemaker-Levy 9 mula mengenai planet Musytari.

2007 – Gempa bumi bermagnitud 6.7 MW terjadi di perairan wilayah Niigata, Jepun, membunuh 11 orang dan merosakkan Loji Kuasa Nuklear Kashiwazaki-Kariwa.

2007 – IAEA mengesahkan bahawa Korea Utara telah menutup reaktor nuklear utamanya di Yongbyon.

2008 – Tokoh pembangkang Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan atas tuduhan meliwat seorang bekas pembantunya.

Kelahiran

1936 - Yasuo Fukuda, seorang Perdana Menteri Jepun.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (15 Julai)

sumber: wikipedia

Saturday, July 15, 2017

Nanas Kuatkan Antibodi Badan, Menurut Kajian Oxford

Nanas Kuatkan Antibodi Badan, Menurut Kajian Oxford

Satu kajian terbaharu yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik daripada University Oxford, Britain, mendapati khasiat buah nanas mampu menguatkan daya tahan badan.

Nanas

Hal ini kerana, Nanas diklasifikasikan sebagai salah satu buah tropika yang kaya dengan kandungan vitamin C yang mampu menguatkan antibodi badan.

Nanas juga kaya dengan bromelain iaitu sejenis enzim yang mampu untuk mencerna protein dan ia juga turut digelar ubat pencernaan.

Kandungan bromelain dalam nanas juga mampu melawan radikal bebas, seterusnya menghilangkan pelbagai penyakit.

Begitu pun, khasiat penuh pada buah nanas boleh diperolehi sekiranya ia dimakan dan bukannya dijadikan jus.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Khasiat Buah Tunjuk Langit Sebagai Penawar Mujarab

sumber: kosmo

'Klip kertas' Prada Berharga RM795, Ada Yang Sanggup Nak Beli?

'Klip kertas' Prada Berharga RM795, Ada Yang Sanggup Nak Beli?

Bukan calang-calang klip kertas, sebab ini adalah klip kertas berjenama Prada! Sanggupkah anda membayar harga yang tinggi untuk 'klip' ini?

Prada Clip

Sebelum ini jenama fesyen Balenciaga teruk dikecam kerana mengeluarkan beg berwarna biru mirip beg IKEA pada harga AS$2,000 (RM8,590), kini tiba giliran Prada pula.

Klip kertas yang bercetak tulisan Prada itu sebenarnya money clip (klip wang kertas) yang boleh disimpan dalam dompet pemakai.

Money clip ini dibuat menggunakan logam perak yang berukuran 6.25 inci panjang dan 2.25 sentimeter lebar.

Teruja atau tidak, pengguna Twitter sudah mula melahirkan pandangan masing-masing.

"AS$185 (RM795) untuk sebentuk klip kertas? Benda ini seharusnya boleh mengubah hidup saya," seloroh @FreddyAmazin.

Anda sanggup?

BACA INI JUGA: 10 Bahan Yang Sangat Mahal Di Dunia

sumber: astroawani

Neelofa Dinobat 'Queen of Social Media' Malaysia Pengikut 4.9 Juta Di Instagram

Neelofa Dinobat 'Queen of Social Media' Malaysia Pengikut 4.9 Juta Di Instagram

Neelofa berjaya mematerikan namanya sebagai Queen of Social Media di Malaysia selepas bilangan pengikutnya mencecah angka 4.9 juta di Instagram.

Queen of Social Media Malaysia

Bilangan followers yang sebegitu ramai ini sekaligus memecah rekod yang dipegang pelakon Nora Danish sebelum ini.

Neelofa, menerusi Instagramnya @neelofa kini mendahului kira-kira 100,000 pengikut berbanding Nora Danish yang kini mempunyai 4.8 juta pengikut.

Pelakon yang berasal daripada Pasir Mas, Kelantan ini turut berkongsi khabar gembira itu di Twitternya pada pagi Khamis.

“4.9 juta! Kita semua telah bersama-sama dalam satu tempoh masa yang agak lama dan terima kasih kerana terus setia bersama saya. Agar kita dapat lebih masa kegembiraan di IG,” tulis neelofa.

Populariti Neelofa naik mendadak selepas dia memenangi pertandingan Dewi Remaja 2011 dan terus-menerus mencuri perhatian sejak mula bertudung dan memperkenalkan jenama tudungnya, Naelofar Hijab.

Selain itu, fenomena #Lofatah selepas tamatnya siri drama Suri Hati Mr. Pilot turut mejadi antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan jumlah pengikutnya itu.

Sebelum ini, pada Ogos 2014 Nora Danish menjadi artis pertama memegang rekod selebriti Malaysia yang mempunyai pengikut paling ramai di laman Instagram dengan jumlah 1 juta pengikut pada ketika itu.

Status itu didominasi oleh Nora selama tiga tahun sehinggalah Neelofa berjaya ‘merampas’ kedudukannya kini.

BACA INI JUGA: Lady Gaga Selebriti Paling Ramai Pengikut Di Twitter

sumber: mynewshub

Twitter Perkenal Ciri Baru Cegah Pembuli Dalam Talian

Twitter Perkenal Ciri Baru Cegah Pembuli Dalam Talian

Twitter dalam kemaskini terkini telah memperkenalkan ciri baharu dalam usaha membendung pembuli dalam talian yang menggunakan platformnya.

Twitter Bullying

Menurut laporan laman web Techcrunch, pengguna kini mempunyai pilihan untuk meredamkan pemberitahuan daripada akaun yang tidak diikuti serta akaun yang tidak mengikut mereka.

Pengguna juga dapat menapis twit berkualiti rendah seperti twit yang dipercayai dikeluarkan secara automatik atau yang mengandungi perkataan atau frasa tertentu.

Bagaimanapun, pengguna masih diberi pilihan untuk membaca balasan twit sekiranya mahu, dengan menekan butang khas pada bahagian bawah skrin.

Seterusnya ia akan menghalang individu yang akaunnya telah digantung bagi membuka akaun baru, ini akan menghentikan amalan membuka akaun pendua yang kemudian digunakan untuk meneruskan cacian.

Fungsi ini juga merupakan boleh menapis kandungan yang dianggap sensitif dari dipaparkan.

Ini adalah amat berguna bagi mereka yang tidak mahu terlihat kandungan berunsur lucah atau ganas yang boleh ditemui di dalam Twitter.

Twitter dan Facebook menghadapi kritikan kerana gagal menangani pembuli dalam talian, berita palsu dan propaganda pelampau pada platform masing-masing.

BACA INI JUGA: 7 Negara Yang Menyekat Akses Ke Akaun Media Sosial

sumber: mynewshub