Jun 18, 2015

Jika Janji Dilanggar Johor Terkeluar Dari Malaysia!

Dalam situasi meruncing antara Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz, adinda kepada TMJ iaitu Tengku Idris pula mencuri perhatian rakyat jelata.

Tengku Idris

Melalui ruangan Instagram, Tunku Idris yang juga Tengku Temenggong Johor memuat naik satu kenyataan tentang perjanjian yang dimeterai antara Almarhum Sultan Abu Bakar dan Kerajaan British pada 1885, juga dengan Kerajaan Persekutuan pada 1946.

Pada perjanjian Setia 1885 dengan British, Kerajaan Johor dikenali sebagai sebuah negeri yang merdeka dan berdaulat.

Seterusnya, perjanjian yang dibuat antara Johor dan Kerajaan Persekutuan pada 1946 telah disusuli dengan beberapa syarat.

Namun yang mencuri perhatian, di penghujung keratan ayat tersebut, ia tertulis, “Sekiranya mana-mana daripada syarat-syarat tersebut dilanggar, maka terkeluarlah Johor daripada Malaysia.”

Antara syarat yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak adalah Islam sebagai agama negeri, air dan tanah negeri Johor adalah hak mutlak Kerajaan Johor dan tidak boleh dicuit tanpa kebenaran kerajaan negeri dan Askar Timbalan Setia Negeri tidak boleh dibubarkan.

Tengku Idris [2]

Selain itu, Perlembagaan negeri Johor juga tidak boleh diusik serta kuasa kerajaan negeri Johor terletak pada Sultan Johor.

Di ruangan kapsyen pula, Tunku Idris hanya meletakkan ‘#sejarah’ tanpa sebarang penjelasan lanjut.

Semua tahu, semenjak beberapa hari lalu, kekanda Tunku Idris iaitu Tunku Ismail telah dihentam oleh Nazri selaku Ahli Parlimen Padang Rengas, Perak.

Semuanya gara-gara teguran TMJ kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak setelah Najib gagal muncul dalam satu program anjuran NGO SukaGuam bertajuk #Nothing2Hide.

Isu tersebut menjadi semakin besar selepas pihak berkuasa bertindak menyiasatnya di bawah Akta Hasutan 1948.

BACA INI JUGA: "Betapa Angkuh Dan Sombongnya Anda.." - TMJ

Sumber: Mynewshub.cc

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

1 comments so far

budak baru nak belajar mabuk cakap pasal sejarah! HAHAHA.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon