Sunday, July 16, 2017

10 Fakta Menarik Ikan Buntal, Isinya Sedap Tapi Sangat Beracun

Walaupun ikan Buntal enak dimakan faktanya, spesies ikan ini adalah beracun kerana mengandungi tetrodotoxin, sejenis toksik yang amat berbahaya dimana hanya 25 miligram mampu membunuh manusia dalam tempoh beberapa jam sahaja.

Ikan buntal beracun

Lebih menakutkan, tiada antidot atau penawar bagi toksik ikan buntal dan dianggap lebih bahaya daripada sianida.

Bagaimanapun, ini tidak bermakna ikan buntal langsung tidak boleh dimakan kecuali pengasingan bahagian yang beracun dibuat dengan kemahiran yang tinggi.

Bahagian yang beracun adalah seperti hati, mata, telur, darah dan kulit.

Ikan buntal atau dikenali sebagai fugu di Jepun turut dijadikan hidangan makanan laut, namun ia dijual di pasar dan restoran yang dikawal dengan ketat.

Rasa isi ikan buntal kononnya seperti rasa daging ayam. Isinya pejal dan sangat sesuai jika digoreng kerana tidak mudah hancur.

Terdapat banyak spesies ikan buntal namun hanya ikan buntal pisang sahaja yang boleh dimakan.

Di Malaysia, ikan buntal dianggap sebagai 'ikan sampah' (tiada nilai komersial) oleh Jabatan Perikanan dan tidak pernah ditangkap secara komersial mahupun dijual di pasar.

Berikut adalah 10 fakta unik dan menarik tentang ikan buntal.

1. Ikan Buntal Mempunyai 1,000 Jenis Spesies

Menurut pakar haiwan laut, ikan buntal mempunyai 1,000 jenis spesies kerana ikan buntal mempunyai proses pembiakan yang cepat dibandingkan ikan lain.

Nama ikan buntal berbeza sebutannya disetiap negara antaranya Ballonfish, Blowfish, Globerfish dan Toadfish.

2. Ikan Buntal Membesar sehingga 2 Meter

Ikan buntal beracun

Ikan buntal terbesar pertama ditemui di perairan laut Jepun dan Afrika. Spesis ikan buntal terbesar di dunia dikenali dengan sebutan ikan stella yang mampu mencapai panjang 47 inci.

Ikan buntal di sungai Kongo dikenali sebagai ikan jenis air tawar. Ikan ini dikategorikan sebagai ikan terbesar di dunia dengan ukuran 26 inci.

Ikan buntal di India pula dikategorikan sebagai ikan Buntal terkecil di dunia. Ukuran ikan buntal India hanya berukuran 1 inci.

3. Ikan Buntal Mempunyai Racun yang Berbahaya

Keunikan yang dimiliki ikan buntal adalah racun yang terdapat di kulitnya, bukan di dalam tubuh.

Racun ini dikenali Tetrodotoxin atau TTX. Tetrodotoxin adalah neurotoksin yang mampu merosakkan sistem saraf sehingga menyumbat saluran komunikasi antara tubuh dengan otak dalam waktu yang singkat.

Sebab itulah dikatakan bahawa racun yang ada pada ikan buntal lebih berbahaya dibandingkan dengan sianida.

4. Ikan Buntal Mampu Menggembungkan Badannya Sehingga 3 Kali Ganda

Keunikan ikan buntal adalah ketika diancam pemangsa, ikan Buntal akan mengembungkan tubuhnya sehingga duri-duri tajam yang beracun di kulit menakutkan pemangsa.

Lebar ikan buntal ketika mengembungkan tubuhnya melebihi 3 kali ganda dari ukuran biasa.

5. Ikan Buntal Mampu Berubah Warna

Ikan buntal juga mempunyai keunikan lain iaitu kemampuan untuk mengubah warnanya mengikut keadaan disekeliling.

Selain itu, ikan buntal juga dapat melarikan diri dengan cepat kerana ikan buntal mempunyai penglihatan yang jauh lebih baik berbanding ikan lain.

6. Ikan Buntal Mempunyai Gigi yang Kuat

Ikan buntal adalah dari keluarga Tetraodontidae yang diambil dari bahasa Yunani iaitu “tetra” yang bererti empat dan “odous” bermakna gigi.

Apabila dilihat sekilas, keempat gigi tersebut hampir menyerupai bentuk paruh, padalah itu bukanlah paruh!

Namun, gigi ikan buntal mempunyai karakter seperti gigi haiwan pengerat yang selalu tumbuh memanjang.

Untuk mengatasi tumbuhnya gigi, ikan buntal memotong giginya dengan cara menggesekkan gigi pada terumbu karang dan batuan.

Gigi yang amat kuat tersebut biasanya digunakan oleh ikan buntal untuk memangsa ikan dan cacing yang bersembunyi di bawah batu karang dengan cara mencungkil batu karang.

7. Ikan Buntal Membuat Tempat Tinggal Sendiri

Ikan buntal beracun

Dari sekian banyak spesies ikan buntal, ada sebahagian ikan yang mampu membuat tempat tinggalnya sendiri.

Misalnya seperti ikan buntal putih dan buntal masked. Kedua jenis ikan ini membuat tempat persembunyian atau rumah sendiri.

Ikan buntal putih membuat sarangnya dengan menggunakan dasar pasir. Adapun gambaran sarang yang biasanya dibuat oleh ikan tersebut berbentuk bulat dengan diameter 6 kaki atau 3 meter.

Ini mereka lakukan untuk menarik perhatian ikan buntal betina untuk bertelur di dalam rumahnya.

8. Ikan Buntal Boleh Dijadikan Ikan Peliharaan

Ikan buntal ikan yang beracun, tetapi ramai peminat ikan memelihara ikan beracun tersebut.

Ikan buntal yang selamat untuk dipelihara adalah, Buntal Spotted Green, Buntal Bronze dan Buntal Pignose.

Ketiga ikan buntal di atas dijadikan sebagai ikan peliharaan kerana telah terbukti selamat untuk dipelihara.

Walau bagaimanapun, ikan buntal memerlukan banyak air maka wajib bagi pemelihara ikan ini untuk selalu menggantikan airnya.

Mengingat gigi ikan buntal yang cepat tumbuh, maka ikan tersebut sangat memerlukan batu karang atau cengkerang siput sebagai bahan pengerat.

Ikan buntal agresif apabila bercampur dengan ikan lain.

9. Ikan Buntal Menjadi Hidangan Lazat di Jepun

Ikan buntal beracun

Di restoran Jepun, ikan buntal menjadi santapan yang lazat namun, memerlukan skil yang baik dalam mengolah ikan buntal sebelum menjadi makanan yang lazat.

Untuk menghidangkan ikan Buntal memerlukan pakar atau koki untuk mensiang ikan tersebut agar racun ikan buntal boleh dibuang sepenuhnya sehingga selamat untuk dimakan.

Koki tersebut juga perlu lulus ujian cara menghidangkan ikan Buntal yang betul dan selamat terlebih dahulu.

Masyarakat Jepun pernah digemparkan dengan insiden keracunan makanan setelah menikmati hidangan ikan buntal.

Pada tahun 1996 sehingga 2006, 44 kematian dilaporkan selepas keracunan ikan fugu.

10. Ikan Buntal Spesis Terancam

Dikatakan bahawa ikan buntal di perairan laut China, Jepun dan Korea dalam tempoh 40 tahun terakhir, berkurangan  sehingga 99%.

Ikan buntal Canthigaster Cyanetron, ikan yang hidup di perairan pulau Paskah juga dikatakan pupus kerana rosaknya terumbu karang di kawasan pantai pulau Paskah.

Ikan Buntal readline dan ikan kerdil yang terdapat disungai Nigeria juga termasuk dalam senarai ikan yang terancam.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Ikan Paling Mahal Di Malaysia

sumber: hidupmulia

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon

Loading...