Sunday, July 16, 2017

Mesin Taip Kod Rahsia Enigma 1 Jerman Dilelong RM200k


Sebuah mesin taip bagi menulis kod rahsia pada Perang Dunia Kedua, iaitu German Wehrmacht Enigma I, dibeli pada harga AS$51,617 (RM221,748) dalam sesi lelongan dalam talian oleh firma lelongan Artmark, di Bucharest.

Mesin Taip Enigma 1

Mesin taip itu dibeli daripada pemiliknya di sebuah pasar lambak pada harga AS$115 (RM493), sebelum pengumpul barangan antik itu menjualnya semula di Artmark dengan harga permulaan AS$10,300 (RM44,249).

“Seorang pengumpul membeli mesin taip ini di sebuah pasar lambak.

“Beliau adalah seorang profesor kriptografi dan amat mengetahui nilai barang yang dibelinya,” kata pengurus bahan terkumpul Artmark, Cristian Gavrila.

Pakar sejarah berkata, Romania yang juga sekutu Nazi di Jerman hingga 1944 sebelum beralih sokongan kepada pihak bersekutu mungkin memiliki lebih banyak mesin kriptografi tetapi ia gagal ditemui.

Mesin taip Enigma digunakan untuk mentafsirkan kod dan menulis kod pesanan atau mesej yang dihantar oleh pelbagai cawangan tentera Nazi.

Namun, pakar matematik Britain, Alan Turing dan pasukannya dari pusat pemecah kod Britain pada zaman perang, iaitu Bletchley Park berjaya mentafsirkan kod yang dihantar tentera Nazi itu.

Hasil kerja mereka itu berjaya menamatkan perang dalam tempoh dua tahun.

BACA INI JUGA: Alatan Perisikan Dan Teknik Mengintip Rahsia Paling Terkenal!

sumber: bharian

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon