Tuesday, June 13, 2017

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (13 Jun)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (13 Jun)

Tarikh 13 Jun merupakan hari ke 164 (hari ke 165 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 201 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.

Kuar Hayabusa
Kuar Hayabusa.
Hari ini juga merupakan sambutan hari perayaan Santo António (Gereja Katolik Rom).

Berikut merupakan sejarah penting dunia yang berlaku pada tarikh hari ini.

Peristiwa

624 - Perang Badar berlaku di antara tentera Islam dari Madinah dan tentera kaum Musyrikin dari Makkah.

1525 - Martin Luther mengahwini Katharina von Bora, melanggar dekri pembujangan paderi oleh Gereja Roman Katolik.

1777 - Marquis de Lafayette mendarat berhampiran Georgetown, South Carolina, bagi membantu revolusi Tiga Belas Jajahan terhadap Great Britain.

1886 - Raja Ludwig II dari Bayern ditemui mati di Tasik Starnberg berhampiran Munich dalam keadaan misteri.

1898 - Wilayah Yukon dibentuk di Kanada, hasil daripada pemecahan Wilayah Barat Laut.

1935 - Dalam salah satu kejutan terbesar kejohanan tinju, peninju bukan pilihan James J. Braddock menewaskan Max Baer untuk menjadi juara heavyweight sedunia.

1966 - Keputusan kes Mahkamah Agung Amerika Syarikat Miranda lwn. Arizona mengasaskan amaran Miranda dalam menahan orang yang disyaki.

1971 - Perang Vietnam: The New York Times memulakan penerbitan Pentagon Papers.

1983 - Pioneer 10 menjadi objek buatan manusia yang pertama melepasi orbit Neptun, planet terjauh Sistem Suria.

2007 - Salah satu tapak tersuci Syiah, Masjid Al Askari di Samarra, Iraq dibom sekali lagi.

2009 - Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad memenangi pilihan raya Presiden Iran 2009.

2010 - Kapsul kuar Jepun Hayabusa (gambar) kembali ke Bumi, mengakhiri misi 7 tahun mengambil sampel asteroid 25143 Itokawa.

Kelahiran

1970 - Julián Gil, pelakon Argentina.

1980 - Florent Malouda, pemain bola sepak Chelsea F.C.

1986 - Keisuke Honda, pemain bola sepak CSKA Moscow.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (12 Jun)

sumber: wikipedia

Misteri Cukai Pelancongan, Mengapa Gelojoh dan Rakus Sangat?

Misteri Cukai Pelancongan, Mengapa Gelojoh dan Rakus Sangat?

Tindakan Menteri Pelancongan Malaysia, Nazri Abdul Aziz menempelak rakan sejawat Menteri Pelancongan Sarawak, Dato Abdul Karim Rahman Hamzah sebagai “baru setahun jagung” dan “jahil” sangat memalukan dan menimbulkan pelbagai persoalan.

Misteri Cukai Pelancongan

Abdul Karim berhak mempertikaikan cukai pelancongan yang dikenakan oleh Kementerian Pelancongan ke atas hotel-hotel di negara ini terutamanya di Sarawak dan Sabah kerana kutipan cukai seperti selalunya di bawah kuasa Pihak Berkuasa Tempatan dan Negeri.

Mengapa Kementerian Pelancongan begitu beria-ria melaksanakan kutipan cukai ini dalam masa terdekat merupakan satu misteri.

Alasan ia telah diluluskan oleh Parlimen tidak memadai untuk menghalalkan untuk Menteri Persekutuan hina rakan sejawat dari Sarawak.

Alasan ia telah diluluskan oleh Parlimen sahaja tidak sepatutnya untuk mewajarkan kontroversi ini ketika kita akan berhadapan pilihan raya akan datang.

Apakah alasan sudah diluluskan Parlimen sahaja sudah mencukupi untuk kita tidak boleh mempertikaikannya lagi?

Anehnya, bacaan kali pertama dibuat pada bulan April lepas dibentang dan diluluskan pada jam 3 pagi dengan 70 klausa. Dan tiga bulan kemudian sudah diwartakan untuk pelaksanaannya. Gelojoh sungguh hendak kutip duit buat pegawai promosi pelancongan berjalan.

Pertanyaan lebih serius ialah kenapa semua rakyat yang menginap di hotel perlu bayar sedangkan mereka telah membayar GST dalam transaksi yang sama?

Sewajarnya tiada cukai pelancongan kerana Malaysia berusaha menarik pelancong bukannya terlebih pelancong seperti sesetengah negara.

Namun, jika mahu dikenakan pun, cukai pelancongan ini sewajarnya dikenakan kepada pelancong asing dan orang kaya sahaja bukan kepada semua rakyat Malaysia yang telah membayar GST, cukai pendapatan dan cukai korporat.

Menggelikan.

'Cukai pelancongan bukti kantung negara makin tenat'

Cukai pelancongan yang dikenakan terhadap penginapan di bilik hotel adalah langkah terdesak kerajaan untuk mencari dana tambahan, kata Ketua Pemuda Parti Amanah Nasional (AMANAH), Faiz Fadzil.

"Pelaksanaan cukai baru ini setelah GST (Cukai Barangan dan Perkhidmanatan) diperkenalkan dua tahun lalu menunjukkan kantung negara berada dalam keadaan tenat.

"Langkah terdesak ini berpunca daripada salah urus tadbir kerajaan sehingga pendapatan negara terjejas akibat korupsi dan ketirisan perbelanjaan selama ini," dakwanya pada kenyataan media.

Menurut Faiz, laporan terbaharu hutang negara yang mencecah RM908.7 bilion dan bersamaan 73.9 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tidak mampu dipulihkan oleh kerajaan.

"Oleh sebab itu, kerajaan tiada pilihan selain daripada mengenakan cukai baru yang regresif dan terdesak ini," katanya pada kenyataan media.

Memetik Laporan Tahunan Program Transformasi Negara, beliau berkata resit pelancongan tahun 2015 merosot sebanyak empat peratus kepada RM69.1 bilion berbanding RM72 bilion bagi tahun 2014.

Katanya, keadaan itu pasti menjejaskan industri pelancongan yang akan memberi kesan kepada peluang pekerjaan dan perniagaan yang bergantung kepada industri ini.

"Dengan bayaran tambahan ini, dibimbangi industri pelancongan akan lebih terkesan," katanya.

BACA INI JUGA:

sumber: mykmu | mk

Apa Bezanya Nazri Aziz Dan Ahmad Maslan?

Apa Bezanya Nazri Aziz Dan Ahmad Maslan?

Nazri Aziz bukanlah dikenali sebagai menteri yang baik dalam barisan kabinet yang boleh diteladani atau memiliki ciri-ciri kepimpinan terpuji, tetapi lebih dicop sebagai menteri samseng, celupar, kasar dan selalu memandang rendah orang lain.

Nazri aziz hina Sarawak

Selalu kedengaran beliau membangga diri - "saya menteri, saya lebih besar daripada dia", "saya sudah 17 tahun menjadi menteri", "saya lebih lama jadi menteri berbanding dia", "saya menteri, dia cuma timbalan menteri", "dia tu budak mentah" dan macam-macam lagi ungkapan yang senada dengannya.

Dalam isu cukai pelancongan yang dipertikaikan oleh seorang menteri Sarawak, Abdul Karim Rahman Hamzah, Nazri sekali lagi dengan kasar membidas menteri berkenaan sebagai "menteri setahun jagung" sambil meneruskan kekasarannya, "jangan banyak cakaplah".

"Saya jadi menteri bukan setahun dua, banyak tahun dah. Dia menteri baru, menteri BN, janganlah tunjuk lagak sangat.

"Jumpa saya, awak tu menteri baru lagi, menteri setahun jagung. Jangan cakap banyaklah," demikian antara lontaran kata-kata yang keluar daripada mulut Nazri.

Malah, Nazri Aziz membidas seorang lagi menteri yang mempertahankan Menteri Sarawak yang dilabelnya sebagai Menteri Setahun Jagung.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, memuat naik tweet berikut:

“Datuk Karim mungkin baru sebagai Menteri Sarawak, tetapi dia sudah pasti ahli politik Sarawak berpengalaman dengan bertahun-tahun pengalaman sebagai YB yang dipilih.”

Bagaimanapun, Nazri menjawab, Rahman juga menteri ‘baru dan tidak berpengalaman’ dan tidak perlu campur tangan dalam pertelingkahannya dengan Karim.

“Dia (Rahman) adalah menteri baru. Beliau memegang satu jawatan dan ditukar kepada jawatan lain tidak lama kemudian. Jadi saya fikir lebih baik dia tidak terlibat dan biarkan saya selesaikan perkara ini dengan Karim,” katanya memetik laporan dari Free Malaysia Today.

“Dia tidak perlu menasihati menteri kanan dan saya tidak perlukan bantuannya. Lagipun dia dari Malaysia timur, dia tidak neutral,” katanya lagi.

Nasib baik Nazri belum berbalah dengan Zahid Hamidi yang sekarang menjadi Timbalan Perdana Menteri, jika tidak barangkali akan terpacul juga bidasannya, "jangan banyak cakaplah, saya lebih lama jadi menteri daripada awak."

Dengan sikap Nazri yang selalu berbangga dengan jawatan menteri atau senioritinya itu, beliau sebenarnya tidak jauh berbeza pun dengan Ahmad Maslan yang pernah menunjukkan pencapaian akademiknya sebelum ini berikutan beberapa kali didapati "tidak cerdik" dalam mengeluarkan kenyataan.

Apakah bezanya Ahmad Maslan yang gagal menjawab hujah dengan menunjukkan kelulusan akademiknya berbanding Nazri yang juga tidak mampu menjawab persoalan daripada seorang menteri negeri Sarawak, tetapi berbangga, "saya jadi menteri bukan setahun dua, awak tu baru setahun jagung."

Susulan kenyataan Nazri yang dianggap kasar, tidak wajar serta mencerminkan semangat BN oleh beberapa pemimpin Sarawak, kerajaan negeri dalam tindakan pantasnya kemudian bertindak menarik diri daripada Lembaga Pelancongan Malaysia, berkuatkuasa serta-merta.

Meskipun alasan yang diberikan ialah kerana penyertaan dalam lembaga itu menyebabkan pertindihan tigas dan peranan dengan Lembaga Penggalakan Pelancongan Sarawak, hakikatnya kerajaan negeri pimpinan Abang Johari Abang Haji Openg jelas terguris hati dan terluka keculaparan Nazri.

Malah, Sabah turut mengumumkan tidak akan menyokong pelaksanaan Cukai Pelancongan yang jelas membebankan rakyat miskin.

Apa lagi tindak-balas Sabah dan Sarawak selepas ini?

Sedarkah Nazri jika tanpa sokongan daripada Sabah-Sarawak, beliau mungkin bukan berjawatan menteri ketika ini?

‘Cukai pelancongan bukti Umno tidak fahami Sabah, Sarawak’

Azis Jamman

Ketua Pemuda Parti Warisan Sabah (Warisan), Azis Jamman berkata pelaksanaan cukai pelancongan bukti Umno tidak memahami sensitiviti rakyat Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata, dengan pelaksanaan cukai ini, kerajaan terlepas pandang Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), menunjukkan ia tidak berniat untuk memenuhinya.

“Cukai pelancongan dilaksanakan tanpa mengambil pandangan kedua-dua negeri, seolah-olah Sabah dan Sarawak hanya penumpang yang mengikuti kehendak Umno dari Semenanjung,” kata beliau dalam kenyataan.

Katanya, cukai ini hanya menambah beban kepada Sabah dan Sarawak, yang sudah terjejas dengan penarikan balik subsidi dan GST.

Azis juga berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hanya memberi “harapan palsu” kepada rakyat Sabah dan Sarawak.

Beliau juga mempersoalkan kenyataan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Nazri Aziz yang menyatakan hasil daripada cukai itu akan disalurkan kembali kepada negeri mengikut kutipan mereka, menunjukkan kerajaan mengamalkan pilih kasih.

“Mengapa sistem ini tidak digunakan pemimpin Umno dalam pengagihan semula hasil minyak kepada Sabah dan Sarawak sementara negeri-negeri di Semenanjung, kecuali Terengganu yang tidak menyumbang sebarang hasil minyak?

“Apabila raja Arab Saudi datang ke Malaysia, Najib menghantar pelaburan ke Johor yang tidak mempunyai minyak,” katanya.

Beliau berkata bekas timbalan menteri kewangan Datuk Ahmad Maslan pernah mengatakan hasil GST akan dikembalikan kepada rakyat.

“Selepas 1 tahun, bukan sahaja kita tidak melihatnya, tetapi hasil GST digunakan untuk menyelesaikan hutang 1MDB.

“Sekarang Nazri menggunakan perkataan yang sama apabila menyatakan pendapatan (daripada cukai pelancongan) akan diberikan kepada rakyat. Bolehkah sekali lagi kita mempercayai Umno apabila ia melibatkan wang?”

Aziz juga berpendapat gabungan Barisan Nasional (BN) tidak boleh membentuk kerajaan tanpa penyertaan ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak.

Katanya, pilihan raya umum (PRU-14) akan menjadi platform untuk Sabah dan Sarawak “bersatu dan mengajar Umno tentang hormat dan sensitiviti”.

BACA INI JUGA:

sumber: shahbudin | fmt


Selepas 'Penghinaan' Nazri Aziz, Sarawak Dan Sabah Tolak Pelaksanaan Cukai Pelancongan!

Selepas 'Penghinaan' Nazri Aziz, Sarawak Dan Sabah Tolak Pelaksanaan Cukai Pelancongan!

Kerajaan negeri Sarawak memutuskan untuk menarik balik penyertaan wakilnya dalam Lembaga Pelancongan Malaysia selepas menterinya, Abdul Karim Rahman Hamzah, seolah 'dihina' Nazri Aziz dengan membidas menteri berkenaan sebagai "menteri setahun jagung".

Nazri aziz hina Sarawak

Berdasarkan satu kenyataan media dari Pejabat Ketua Menteri Sarawak, keputusan itu akan berkuatkuasa serta merta.

Kerajaan negeri berpendapat bahawa perwakilannya dalam Tourism Malaysia tidak perlu kerana ia menyamai peranan dan fungsi Lembaga Promosi Pelancongan Sarawak.

Sabah tolak pelaksanaan Cukai Pelancongan

Sementara itu, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Seri Masidi Manjun, menolak sebarang pelaksanaan Cukai Pelancongan yang dicadangkan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz bermula 1 Julai ini, lapor Sarawak Voice.

Menurut Masidi, sebarang bentuk cukai perlu disalurkan ke negeri Sabah, bukannya ke kantung Kerajaan Persekutuan.

Meskipun faham dengan langkah yang diambil kerajaan untuk menjana pendapatan dalam keadaan yang sukar, namun analisis kos dan faedah perlu dilakukan sebelum melaksanakan cukai sedemikian.

“Pelancongan dianggap penyelamat ekonomi negara ketika negara berdepan kesukaran. Banyak pemain tidak meraih pendapatan tinggi sekarang,” katanya.

Menurut Masidi, Kabinet ada membincangkan isu tersebut dan menyatakan cadangan cukai pelancongan itu wajar dipertimbangkan tetapi bukan pada ketika ini.

“Yang saya hendak tekankan ialah kita dapat ‘menjual’ Sabah lebih baik daripada orang lain, kerana ini negeri kita dan kita tahu dengan tepat bagaimana ‘menjualnya’.

“Ramai rakyat Sabah akan kehilangan pekerjaan jika industri pelancongan terjejas dan keadaan akan bertambah buruk jika kerajaan mengambil keputusan melaksanakan cukai pelancongan,” katanya lagi.

Tiada kesan, kata Nazri selepas Sarawak tarik diri dari lembaga pelancongan

Masidi Manjun
Datuk Seri Masidi Manjun.

Nazri Aziz hari ini tidak mengheboh-hebohkan keputusan Sarawak menarik diri dari Pelancongan Malaysia, menyifatkan keadaan akan “berjalan seperti biasa” dan tidak akan menjejaskan pelancongan di negeri itu.

“Saya boleh ganti mereka dengan orang lain,” kata Nazri kepada FMT, sehari selepas menteri pelancongan dan kebudayaan itu membidas menteri Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah yang mempertikaikan culai pelancongan yang akan berkuatkuasa bulan depan.

Berikutan itu, kerajaan Sarawak hari ini mengumumkan mereka menarik diri dari Pelancongan Malaysia, agensi persekutuan yang bertanggungjawab untuk mempromosikan industri pelancongan.

“Saya akan terus mempromosikan Sarawak walaupun tanpa wakil mereka. Itulah yang saya lakukan selama ini,” kata Nazri.

Pengumuman Sarawak itu menyusuli ketegangan akibat cukai pelancongan baharu tersebut yang bakal menyaksikan hotel mengenakan bayaran tambahan RM2.50 hingga RM20 bagi penginapan semalaman.

“Kerajaan negeri menganggap penyertaan wakilnya dalam Pelancongan Malaysia tidak lagi perlu kerana ia bertindih dengan peranan dan fungsi Lembaga Penggalakan Pelancongan Sarawak,” kata pejabat ketua menteri hari ini.

Karim berkata cukai baru itu contoh kerajaan persekutuan mengenakan undang-undang cukai ke atas Sarawak tanpa berunding terlebih dahulu, dakwaan yang mengundang kemarahan Nazri.

“Anda (Karim) tidak perlu bercakap besar dalam politik. Jika anda mahu menunjukkan samseng, kita adalah samseng lagi besar,” kata Nazri.

Kenyataan itu dikutuk ahli politik kedua belah pihak di Sarawak. Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Fadillah Yusof mengecam Nazri kerana menghina Karim.

Untuk itu, Nazri berkata dakwaan Karim kononnya kerajaan persekutuan cuba merampas kuasa Sarawak juga menghina.

“Tuduhan itu tidak benar, jadi adakah dikira menghina juga? Adakah Fadillah fikir hanya rakyat Sarawak yang sensitif? Seluruh rakyat Malaysia tidak mempunyai hak untuk sensitif?

“Tidakkah dia fikir Karim sebagai menteri baru sepatutnya berkata beliau akan mendapatkan penjelasan daripada saya, bukannya menipu dengan mengatakan ia adalah tipikal Malaysia Barat untuk merampas kuasa kerajaan negeri?”

Nazri menafikan tuduhan Putrajaya gagal berunding dengan Sarawak mengenai pelaksanaan cukai pelancongan.

Beliau berkata rang undang-undang cukai pelancongan pertama kali dibentangkan dalam jemaah menteri, yang ketika itu turut dianggotai Fadillah selaku menteri kerja raya, sebelum dibahaskan di Parlimen.

“Jadi kenapa kata kami mahu merampas kuasa Sarawak? Rang undang-undang itu dibahaskan di Parlimen dengan semua ahli Parlimen Sarawak hadir.

“Semasa kita membentangkan rang undang-undang cukai pelancongan, tidak terlintas di fikiran kita yang ia akan dilihat sebagai, atau digunakan untuk, mengambil alih kuasa rakyat Sarawak.

“Saya rasa kita semua perlu matang dan mula berfikir sebagai rakyat Malaysia,” kata Nazri.

BACA INI JUGA:

sumber: astroawani | arif | fmt

Monday, June 12, 2017

Apa Sebenarnya Cukai Pelancongan Dan Kenapa Ianya Bakal Menyusahkan Rakyat Berpendapatan Rendah?

Apa Sebenarnya Cukai Pelancongan Dan Kenapa Ianya Bakal Menyusahkan Rakyat Berpendapatan Rendah?

Cukai Pelancongan bakal dilaksanakan selepas Rang Undang-Undang Cukai Pelancongan diluluskan di Parlimen pada sidang yang lalu.

Cukai Pelancongan
Gambar hiasan.

"Cukai Pelancongan" yang akan bermula pada 1 Julai dan berkuatkuasa pada 1 Ogos akan menyaksikan pelanggan bakal membayar sehingga RM20 semalam untuk sebuah bilik hotel.

Cukai Pelancongan bakal membabitkan sesiapa saja yang menginap di mana-mana premis hotel di Malaysia, termasuk rakyat tempatan dan mereka yang melakukan perjalanan bagi tujuan perniagaan dan bukan santai.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, kerajaan boleh mengutip sehingga RM654 juta jika kadar penginapan adalah pada 60 peratus.

Menurut Kastam Diraja Malaysia, kadar cukai adalah berdasarkan kepada penarafan penginapan.

Kadar cukai itu adalah seperti berikut:
  • Lima bintang: RM20 bagi setiap malam
  • Empat bintang: RM10 bagi setiap malam
  • Satu hingga tiga bintang: RM5 bagi setiap malam
  • Satu hingga tiga orkid: RM2.50 bagi setiap malam
  • Tidak dinilai: RM2.50 bagi setiap malam

Menurut Jabatan Kastam Diraja Malaysia, cukai pelancongan turut dikenakan di sebalik membayar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan caj perkhidmatan.

Bagaimanapun, ia berkata bilik berdaftar dengan kerajaan di bawah program homestay dikecualikan daripada cukai.

Selain itu, Kastam Diraja Malaysia berkata premis yang menyediakan penginapan dengan kurang daripada 10 bilik juga dikecualikan.

Katanya bilik disenggarakan oleh institusi agama, kerajaan dan badan-badan berkanun untuk tujuan bukan komersial juga diberikan pengecualian.

Cukai Pelancongan menyusahkan rakyat

Kerajaan sepatutnya mempertimbangkan semula dengan melaksanakan cukai pelancongan ini secara berperingkat. Contohnya, kenakan pada hotel bertaraf 4 atau 5 bintang sahaja untuk fasa pertama.

Orang yang menginap di premis 4 dan 5 bintang tidak akan ambil kisah RM20 on top of hotel rate sedia ada kerana memang mereka boleh bayar.

Konsep cukai pelancongan ini memang selayaknya dikenakan terlebih dahulu kepada pihak berpendapatan tinggi, diikuti secara beransur-ansur kepada golongan sederhana dan rendah.

Malangnya, sudah menjadi kelaziman pihak kerajaan acapkali memperkenalkan sesuatu cukai, ia sering dilakukan pada waktu yang tidak sepatutnya dan ini bakal memberi kesan kepada political mileage mereka.

Tak bijak langsung. Rakyat bawahan sentiasa didahulukan. Kah kah..

BACA INI JUGA:

sumber: malaysiakini

Makan Kulit Telur Mampu Legakan Sakit Tulang (Osteoporosis)

Makan Kulit Telur Mampu Legakan Sakit Tulang (Osteoporosis)

Menurut laporan Business Insider, sebanyak 150,000 tan kulit telur dibuang setiap tahun di Amerika Syarikat (AS), sehingga memaksa penyelidik menjalankan kajian untuk mengetahui manfaat kebaikan kulit telur.

Kulit Telur

Selain dijadikan baja kompos, kulit telur juga mempunyai kebaikan pada kesihatan jika dimakan.

Kajian yang dijalankan penyelidik dari Institut Penyelidikan Perubatan Kebangsaan AS mendapati, kulit telur mengandungi 95 peratus kalsium yang digunakan sebagai antasid untuk masalah pedih hulu hati, senak asid dan sakit perut.

Kulit pada sebiji telur mempunyai sekurang-kurangnya dua gram kandungan kalsium.

Cara penyediaan kulit telur adalah dengan merebusnya terlebih dahulu untuk membunuh bakteria berbahaya sebelum ia dibakar di dalam ketuhar selama 15 hingga 20 minit dengan suhu 93 darjah Celsius.

Kulit telur yang telah dibakar itu kemudiannya akan dihancurkan menjadi serbuk dan boleh dicampur ke dalam adunan roti, piza atau spageti.

Menurut kajian, kulit telur membantu melegakan kesakitan tulang terutama pada wanita yang menderita akibat osteoporosis.

BACA INI JUGA: Pentingnya Kalsium dan Magnesium Pada Tubuh, Dua 'Kembar' Ajaib Yang Diabaikan!

sumber: kosmo

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (12 Jun)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (12 Jun)

Tanggal 12 Jun merupakan hari yang ke 163 (hari ke 164 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 202 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Gossamer Albatross
Gossamer Albatross.

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Kemerdekaan di Filipina (1898) dan Persekutuan Rusia (1990) juga sambutan Dia dos Namorados di Brazil.

Berikut adalah sejarah penting dunia yang berlaku pada tarikh hari ini.

Peristiwa

1864 - Perang Saudara Amerika: Jeneral Kesatuan Ulysses S. Grant mengundurkan askar-askarnya daripada Pertempuran Cold Harbor yang berat sebelah.

1889 - Bencana kereta api Armagh membunuh 88 orang berdekatan Armagh, di Ireland Utara kini.

1898 - Kemerdekaan Filipina daripada Sepanyol.

1942 - Anne Frank mula menyimpan diarinya semasa pendudukan Nazi di Belanda.

1964 - Nelson Mandela dan pemimpin anti-aparteid lain didapati bersalah, lalu dihukum penjara seumur hidup oleh kerajaan Afrika Selatan.

1979 - Pesawat berkuasa manusia Gossamer Albatross (gambar) terbang menyeberangi Selat Inggeris untuk memenangi hadiah Kremer ke-2.

1994 - Boeing 777, jet kembar terbesar di dunia, menjalani penerbangan sulungnya.

2008 - Republik Rakyat China dan Taiwan mengadakan perundingan rasmi pertama sejak sedekad lalu.

2010 - Rusuhan etnik di selatan Kyrgyzstan menyebabkan sekurang-kurangnya 170 orang maut.

2011 - Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdoğan terpilih untuk penggal ketiga dan AKP mengekalkan majoriti parlimennya.

Kelahiran

1924 - George H. W. Bush, Presiden Amerika Syarikat ke-41.

Kematian

1524 - Diego Velázquez de Cuéllar, penakluk Cuba.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (11 Jun)

sumber: wikipedia

7 Perbuatan Yang Membatalkan Puasa

7 Perbuatan Yang Membatalkan Puasa

Perkara yang membatalkan puasa ada tujuh perkara dan semuanya membatalkan puasa apabila dilakukan secara sengaja (kecuali gila), jika tidak sengaja, terlupa dan dipaksa, maka tidak batal.

Perbuatan batalkan Puasa

7 Perkara Membatalkan Puasa;

1. Makan dan minum. Batal sama ada sedikit atau banyak.

2. Sampainya ain kepada rongga tengah badan melalui laluan yang terbuka. Ain bererti fizikal sesuatu yang terlihat pada mata. Ruang tengah termasuklah bahagian otak, dan bahagian bawah halkum, perut dan terus ke kemaluan depan dan belakang. laluan terbuka bererti lubang mulut, hidung, qubul dan dubur.

3. Sengaja muntah.

4. Persetubuhan. Sekalipun tidak mengeluarkan air mani.

5. Melancap. Yakni mengeluarkan air mani.

6. Datang darah haid atau nifas.

7. Gila dan murtad.

Semuanya membatalkan puasa apabila dilakukan secara sengaja (kecuali gila), jika tidak sengaja, terlupa dan dipaksa, maka tidak batal. Rujuk Fiqh al-Manhaji (1/241-245).

Perlu disebutkan juga, dalam kes pemakaian inhaler bagi pesakit asthma, kami tarjihkan pendapat tidak membatalkan puasa atas sebab darurat dan lain-lain.

Rujuk Irsyad Al-Fatwa Khas Ramadhan #15: Hukum Menggunakan 'Inhaler' di laman web kami.

Wallahu a’lam.

BACA INI JUGA: 19 Perkara Yang Tidak Membatalkan Puasa Dalam Bidang Perubatan

sumber: muftiwp

Sunday, June 11, 2017

6 Rahsia Kecantikan Dan Kebaikan Minum Lemon, Air Panas Setiap Pagi

6 Rahsia Kecantikan Dan Kebaikan Minum Lemon, Air Panas Setiap Pagi

Tahukah anda bahawa buah lemon mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan dan kecantikan, kepada anda yang mengamalkan minum air suam bercampur perahan lemon selepas bangun daripada tidur.

Minum Lemon

Untuk pengetahuan anda, inilah antara amalan kecantikan model antarabangsa dan juga selebriti tempatan seperti Scha Alyahya dan Fazura.

Mari kita semak 6 lagi kebaikan mengamalkan minuman ini setiap pagi untuk kecantikan dan kesihatan.

1. Menyokong dan meningkatkan sistem imunisasi

Lemon tinggi dengan kandungan Vitamin C dan kalium. Kandungan Vitamin C yang tinggi berguna untuk melawan selesema .Kalium pula merangsang otak , fungsi saraf dan membantu mengawal tekanan darah.

2. Mengimbangkan pH badan

Percaya atau tidak, lemon adalah makanan yang amat beralkali. Ya, mereka adalah berasid dengan sifat yang tersendiri, tetapi di dalam badan kita ianya bersifat alkali (asid sitrik tidak mewujudkan keasidan dalam badan apabila dimetabolismekan).

Seperti yang anda Untuk pengetahuan anda, pHbadan yang beralkali merupakan kunci kepada kesihatan yang baik.

3. Memperbaiki kulit

Lemon bertindak dengan cemerlang dalam melawan penuaan kulit. Ciri-ciri antioksidan membantu memerangi kerosakan radikal bebas, yang bertanggungjawab untuk gejala penuaan.

Kandungan Vitamin C nya juga mewujudkan sintesis kolagen yang boleh mencegah kedutan. Vitamin C diperlukan dalam sintesis asid amino ke dalam kolagen dan tugas kolagen dan tisu penghubung adalah untuk menganjalkandan melindungi tisu kulit kita.

4. Mengurangkan berat badan

Lemon mengandungi pektin, serat larut yang biasa ditemui dalam buah-buahan sitrus. Pektin membantu menghindari kelaparan manakala serat mewujudkan rasa kenyang, dan menyebabkan anda kurang berasa lapar.

Dengan rasa kenyang yang lebih lama, anda akan membuat pemilihan makanan yang lebih bijak dan kurang selera untuk memakan makanan ringan.

5. Penghidratan

Lemon juga akan membantu anda kekal terhidrat sepanjang hari, terutamanya jika anda kurang minum air. Ini kerana lemon akan meningkatkan penghasilan air dalam badan.

6. Menyingkirkan toksin

Minuman ini juga akan membantu menyingkirkan toksin daripada buah pinggang dan hati anda selain merangsang sistem pencernaan anda.

Ia juga boleh meningkatkan keupayaan tubuh anda untuk menyerap nutrien.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Diet Terbaik Mencegah Penyakit Batu Karang

sumber: wanista

Ibu Lebih Utama Mendapat Layanan Anak Berbanding Ayah

Ibu Lebih Utama Mendapat Layanan Anak Berbanding Ayah

Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata: Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya:

Ibu atau ayah

“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”

Baginda menjawab: “Ibu kamu.”

Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”

Baginda menjawab: “Ibu kamu.”

Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”

Baginda menjawab: “Ibu kamu.”

Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”

Baginda menjawab: “Ayah kamu.”

Seorang sahabat bernama Jahimah radhiallahu 'anh datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam meminta pandangan baginda untuk dia ikut serta dalam ekspedisi Jihad.

Rasulullah bertanya: “Adakah kamu masih mempunyai ibu?”

Jahimah menjawab: “Ya.”

Lalu Rasulullah bersabda: “Tinggallah bersamanya kerana sesungguhnya syurga terletak di bawah tapak kakinya.”

Di antara ibu dan ayah, ibulah yang lebih berhak untuk menerima perhatian daripada seorang anak. Tidak sekadar itu, ibu memiliki hak tiga kali ganda lebih besar daripada seorang ayah sepertimana terbukti melalui hadis di atas.

Syurga juga terletak di bawah kaki ibu, sebagaimana yang dijelaskan dalam hadis kedua di atas. Selain itu Allah Subhanahu wa Ta‘ala juga telah mengkhususkan beberapa ayat-Nya di dalam al-Qur’an untuk ibu.

Ini tidak lain menunjukkan betapa besar dan mulia kedudukan ibu di sisi Allah dalam peranannya melahirkan anak dan membesarkannya.

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)." [Luqman 31:14]

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah." [al-Ahqaf 46:15]

Terdapat beberapa sebab mengapa ibu memiliki hak tiga kali ganda lebih besar daripada seorang ayah:

Ibu terpaksa menanggung pelbagai kesusahan, sama ada dari sudut fizikal mahupun mental, dalam proses mengandung seorang anak.

Allah mengkhabarkan kesusahan ini dengan firman-Nya yang bermaksud: “…ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah…” [al-Ahqaf 46:15]

Kesusahan ketika mengandung semakin bertambah selari dengan pembesaran janin. Kesusahan yang semakin bertambah mengakibatkan seorang ibu menanggung kelemahan demi kelemahan: “…ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan…”

Kesusahan ini mencapai tahap paling berat ketika hendak melahirkan anak tersebut: “...dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah.”

Kesusahan ini diungkap oleh Allah dalam kisah Maryam ketika beliau hendak melahirkan ‘Isa: (Ketika dia hendak bersalin) maka sakit beranak itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar (kurma); dia berkata: “Alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan menjadilah aku sesuatu yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang!” [Maryam 19:23]

Berkenaan kesusahan yang amat berat saat hendak melahirkan, Abi Burdah radhiallahu 'anh pernah melihat Ibn ‘Umar radhiallahu 'anhuma dan seorang lelaki dari Yaman sedang tawaf di sekeliling Ka’bah.

Lelaki tersebut sedang mendukung ibunya lalu mengeluh: “Saya baginya bagaikan tunggangan yang hina.”

Lalu dia bertanya: “Wahai Ibn ‘Umar! Apakah sudah aku balas budinya?”

Ibn ‘Umar menjawab: “Tidak! Walaupun setarik nafasnya (yakni ketika ibunya sedang melahirkannya).”

4. Setelah melahirkan, ibu benar-benar memberi perhatian kepada anaknya. Seandainya anaknya tidak

sihat atau hilang sekejap daripada perhatiannya, nescaya dia menjadi bimbang. Apatah lagi jika anaknya dijauhkan daripadanya, seorang ibu akan teramat berdukacita sehingga hatinya menjadi kosong, sehinggalah anaknya dikembalikan kepadanya.

Kenalilah perhatian seorang ibu terhadap anaknya berdasarkan kisah berikut daripada al-Qur’an, ketika Allah Subhanahu wa Ta‘ala memerintah ibu Musa untuk menghanyutkan anaknya (Musa) agar dia (Musa) tidak ditangkap dan dibunuh oleh Fir’aun:

"Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa: “Susukanlah dia; dalam pada itu jika engkau takutkan sesuatu bahaya mengenainya (dari angkara Firaun), maka (letakkanlah dia di dalam peti dan) lepaskanlah dia ke laut; dan janganlah engkau merasa bimbang dan jangan pula berdukacita; sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu dan Kami akan melantiknya menjadi salah seorang daripada Rasul-rasul Kami."

Setelah itu dia (Musa) dipungut oleh orang-orang Firaun; kesudahannya dia akan menjadi musuh dan menyebabkan dukacita bagi mereka; sesungguhnya Firaun dan Haman serta orang-orangnya adalah golongan yang bersalah.

Dan (ketika melihat kanak-kanak itu) berkatalah isteri Fir’aun:

“(Semoga dia menjadi) cahaya mata bagiku dan bagimu; janganlah kamu membunuhnya; mudah-mudahan dia berguna kepada kita atau kita jadikan dia anak.”

Padahal mereka tidak menyedari (kesudahannya).

Dan (sepeninggalannya) menjadilah hati ibu Musa kosong; sesungguhnya dia nyaris-nyaris menyatakan perihal anaknya itu dengan berterus-terang jika tidaklah Kami kuatkan hatinya (dengan perasaan sabar dan tenang tenteram), supaya tetaplah dia dari orang-orang yang percaya (akan janji Allah).

Dan berkatalah dia kepada kakak Musa:

“Pergilah cari khabar beritanya.” (Maka pergilah dia) lalu dilihatnya dari jauh sedang orang ramai tidak menyedarinya.

"Dan Kami jadikan dia (Musa) dari mulanya enggan menyusu kepada perempuan-perempuan yang hendak menyusukannya; (melihatkan halnya itu), kakaknya berkata (kepada isteri Fir’aun): “Mahukah aku tunjukkan kamu kepada penduduk sebuah rumah yang dapat memeliharanya untuk kamu, serta mereka tulus ikhlas kepadanya?”

"Maka (dengan jalan itu) Kami kembalikan dia kepada ibunya supaya tenang tenteram hatinya dan tidak berdukacita (disebabkan bercerai dengannya); dan supaya dia mengetahui bahawa janji Allah (untuk menyelamatkannya) adalah benar; akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (yang demikian itu)." [Maksud surah al-Qasas 28:7-13]

5. Sekalipun dengan segala pengorbanan ibu daripada saat mengandung hinggalah kepada membesarkan, seorang anak lazimnya akan lebih cenderung untuk meremehkan ibunya berbanding ayahnya.

Faktor penyebab adalah sama ketika menjelaskan bab sebelum ini berkenaan mengapa ibu dikhususkan daripada ayah dalam larangan menderhaka.

Sifat kewanitaan seorang ibu yang lemah lembut dan peranannya yang “hanya di rumah” menyebabkan sebahagian anak-anak tidak menghormati ibu mereka dan justeru melecehkan tuntutan berbuat baik kepadanya.

Lima sebab di atas, paling kurang, menjelaskan mengapa Allah dan Rasul-Nya mengkhususkan seorang ibu di atas seorang ayah.

Malah hadis yang asal dalam perbincangan ini memberi hak tiga kali ganda lebih besar kepada seorang ibu berbanding seorang ayah.

Oleh itu dalam rangka berbuat baik kepada ibubapa, hendaklah kita memberi perhatian dan keutamaan kepada ibu.

Mengambil iktibar daripada kisah para sahabat Rasulullah, seorang lelaki pernah bertanya kepada Ibn ‘Abbas radhiallahu 'anhuma, “Saya meminang seorang wanita tetapi dia menolak pinangan aku. Setelah itu datang orang lain meminangnya lalu dia menerimanya. Saya menjadi cemburu kepadanya dan saya membunuhnya. Apakah ada taubat untuk saya?”

Ibn ‘Abbas bertanya: “Apakah ibu kamu masih hidup?”

Dia menjawab: “Tidak.”

Ibn ‘Abbas berkata: “Bertaubatlah kepada Allah dan mendekatlah kepada-Nya semampu mungkin.”

Atha’ bin Yasar (yang hadir sama saat itu) bertanya kepada Ibn ‘Abbas: “Mengapa engkau bertanya kepada lelaki tersebut sama ada ibunya masih hidup?”

Ibn ‘Abbas menjawab: “Saya tidak tahu perbuatan yang paling mendekatkan (seseorang) kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala melainkan berbakti kepada ibu.”

BACA INI JUGA: Keistimewaan Wanita Di sisi Islam Berbanding Lelaki

sumber: hafizfirdaus

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (11 Jun)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (11 Jun)

Tarikh 11 Jun merupakan hari yang ke 162 (hari ke 163 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 203 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Gossamer Albatross
Great Barrier Reef.

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Kamehameha di Hawaii.

Berikut merupakan peristiwa-peristiwa penting yang telah berlaku hari ini dalam sejarah tamadun dunia.

Peristiwa

1509 - Raja Henry VIII dari England berkahwin dengan Catherine dari Aragon.

1770 - Terumbu Sawar Besar (Great Barrier Reef) mula diketahui orang Eropah apabila kapal Kapten James Cook HM Bark Endeavour terkandas di sana.

1938 – Pertempuran Wuhan bermula, berlangsung selama empat bulan setengah, menjadi pertempuran terbesar dan terlama Perang China-Jepun Kedua.

1955 - Lebih 80 orang terbunuh selepas Pierre Levegh dan Lance Macklin berlanggar di perlumbaan kereta 24 Jam Le Mans.

1963 - Universiti Alabama menghapuskan pengasingan kaum sewaktu Gabenor George Wallace bergerak ke tepi selepas berdiri menyekat laluan pintu auditorium universiti itu.

1963 - Sami Vietnam Thích Quảng Đức membakar dirinya sehingga mati di Saigon bagi membantah penindasan penganut fahaman Buddha oleh pentadbiran Presiden Vietnam Selatan Ngo Dinh Diem.

2009 - Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengisytiharkan wabak selesema babi (H1N1) kini sebagai pandemik, yang pertama sejak 1968.

2009 - Manchester United F.C. menerima tawaran £80 juta daripada Real Madrid C.F. untuk Cristiano Ronaldo, satu rekod baru dalam bola sepak.

2010 - Piala Dunia FIFA 2010 bermula di Afrika Selatan.

2012 - Lebih 70 orang maut tertimbus akibat dua gempa bumi di utara Afghanistan.

2013 - China melancarkan Shenzhou 10, misi bermanusia kelima dan terlama program angkasa lepasnya.

Kelahiran

1952 - Anote Tong, Presiden Kiribati ke-9.

1994 - Ivana Baquero, pelakon Catalan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (10 Jun)

sumber: wikipedia