Tuesday, June 13, 2017

Misteri Cukai Pelancongan, Mengapa Gelojoh dan Rakus Sangat?

Tindakan Menteri Pelancongan Malaysia, Nazri Abdul Aziz menempelak rakan sejawat Menteri Pelancongan Sarawak, Dato Abdul Karim Rahman Hamzah sebagai “baru setahun jagung” dan “jahil” sangat memalukan dan menimbulkan pelbagai persoalan.

Misteri Cukai Pelancongan

Abdul Karim berhak mempertikaikan cukai pelancongan yang dikenakan oleh Kementerian Pelancongan ke atas hotel-hotel di negara ini terutamanya di Sarawak dan Sabah kerana kutipan cukai seperti selalunya di bawah kuasa Pihak Berkuasa Tempatan dan Negeri.

Mengapa Kementerian Pelancongan begitu beria-ria melaksanakan kutipan cukai ini dalam masa terdekat merupakan satu misteri.

Alasan ia telah diluluskan oleh Parlimen tidak memadai untuk menghalalkan untuk Menteri Persekutuan hina rakan sejawat dari Sarawak.

Alasan ia telah diluluskan oleh Parlimen sahaja tidak sepatutnya untuk mewajarkan kontroversi ini ketika kita akan berhadapan pilihan raya akan datang.

Apakah alasan sudah diluluskan Parlimen sahaja sudah mencukupi untuk kita tidak boleh mempertikaikannya lagi?

Anehnya, bacaan kali pertama dibuat pada bulan April lepas dibentang dan diluluskan pada jam 3 pagi dengan 70 klausa. Dan tiga bulan kemudian sudah diwartakan untuk pelaksanaannya. Gelojoh sungguh hendak kutip duit buat pegawai promosi pelancongan berjalan.

Pertanyaan lebih serius ialah kenapa semua rakyat yang menginap di hotel perlu bayar sedangkan mereka telah membayar GST dalam transaksi yang sama?

Sewajarnya tiada cukai pelancongan kerana Malaysia berusaha menarik pelancong bukannya terlebih pelancong seperti sesetengah negara.

Namun, jika mahu dikenakan pun, cukai pelancongan ini sewajarnya dikenakan kepada pelancong asing dan orang kaya sahaja bukan kepada semua rakyat Malaysia yang telah membayar GST, cukai pendapatan dan cukai korporat.

Menggelikan.

'Cukai pelancongan bukti kantung negara makin tenat'

Cukai pelancongan yang dikenakan terhadap penginapan di bilik hotel adalah langkah terdesak kerajaan untuk mencari dana tambahan, kata Ketua Pemuda Parti Amanah Nasional (AMANAH), Faiz Fadzil.

"Pelaksanaan cukai baru ini setelah GST (Cukai Barangan dan Perkhidmanatan) diperkenalkan dua tahun lalu menunjukkan kantung negara berada dalam keadaan tenat.

"Langkah terdesak ini berpunca daripada salah urus tadbir kerajaan sehingga pendapatan negara terjejas akibat korupsi dan ketirisan perbelanjaan selama ini," dakwanya pada kenyataan media.

Menurut Faiz, laporan terbaharu hutang negara yang mencecah RM908.7 bilion dan bersamaan 73.9 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tidak mampu dipulihkan oleh kerajaan.

"Oleh sebab itu, kerajaan tiada pilihan selain daripada mengenakan cukai baru yang regresif dan terdesak ini," katanya pada kenyataan media.

Memetik Laporan Tahunan Program Transformasi Negara, beliau berkata resit pelancongan tahun 2015 merosot sebanyak empat peratus kepada RM69.1 bilion berbanding RM72 bilion bagi tahun 2014.

Katanya, keadaan itu pasti menjejaskan industri pelancongan yang akan memberi kesan kepada peluang pekerjaan dan perniagaan yang bergantung kepada industri ini.

"Dengan bayaran tambahan ini, dibimbangi industri pelancongan akan lebih terkesan," katanya.

BACA INI JUGA:

sumber: mykmu | mk

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.

#senarai bloglist hilang secara misteri. rakan blogger yang ada memasukkan blog ini dalam senarai bloglist, sila 'remove' blog ni ye. maaf diatas segala kesulitan.
EmoticonEmoticon