Sunday, April 02, 2017

Belgian Blue Spesis Lembu Paling Berat Di Dunia

Belgian Blue Spesis Lembu Paling Berat Di Dunia

Tahukah anda spesis lembu terbesar di dunia mempunyai berat satu tan yang dikenali sebagai Belgian Blue.

Belgian Blue

Ia bukan sebarangan lembu atau spesis di dunia kerana dihasilkan melalui kejuruteraan genetik dengan kaedah kacukan.

Ia sesuatu yang sangat jarang dilakukan di dunia namun, percayakan anda, baka lembu jenis Belgian Blue ini telah mula dikacukkan sejak dari tahun 1808 lagi.

Hasilnya cukup memberangsangkan. Seekor lembu ini mampu membekalkan daging kepada 1,000 orang penduduk.

Jadi tidak hairanlah spesis lembu Belgian Blue ini dikategorikan sebagai 'Super Cow'.

Menarik..

BACA INI JUGA: Toro De Fuego, Tradisi Kejam Bakar Lembu Untuk Seronok!

-SENTIASAPANAS.COM

Saturday, April 01, 2017

Aleexandra Kefren, Remaja Jual Dara 2.3 Juta Euro!

Aleexandra Kefren, Remaja Jual Dara 2.3 Juta Euro!

Seorang remaja, Aleexandra Kefren sebelum ini telah mengiklankan diri untuk menjual daranya dan mendapat bidaan tertinggi pada harga 2.3 juta euro atau kira-kira RM10 juta daripada seorang ahli perniagaan dari Hong Kong.

Aleexandra Kefren

Proses membida dara itu dikendalikan oleh sebuah agensi Cinderella Escorts dari Jerman dan bagi tujuan berkenaan, sebuah bilik hotel telah ditempah dan Kefren, 18, juga telah berbual dengan pembelinya itu melalui telefon.

Mereka bagaimanapun masih belum bertemu.

“Saya memang mahu menjual dara saya melalui Cinderella Escorts berbanding memberikannya kepada rakan yang mungkin akan meninggalkan saya,” katanya.

Keputusan Aleexandra Kefren ini bagaimanapun telah mendapat tentangan daripada keluarganya dan mereka mengancam untuk membuangnya jika dia tetap dengan keputusan berkenaan.

Ini kerana apa yang dilakukan oleh Aleexandra Kefren ini tiada bezanya dengan pelacur, yang menjual kehormatan kepada lelaki yang sedia memberikan bayaran.

Selepas mendapat bidaan berkenaan, Cinderella Escorts telah menerima tawaran daripada kira-kira 300 anak dara yang berhajat mahu menjual dara mereka dari seluruh dunia.

Ia termasuk dari Australia, Eropah, Afrika, Amerika Utara dan Selatan serta Asia.

BACA INI JUGA: Ariana, Gadis Dari Rusia Lelong Dara Untuk Tampung Yuran Pengajian!

sumber: mynewshub

7 Sebab Suami Benci Isteri Dari Dr Fadzilah Kamsah

7 Sebab Suami Benci Isteri Dari Dr Fadzilah Kamsah

Dalam hubungan suami isteri di alam rumahtangga, tidak dinafikan adanya kelemahan pada setiap pasangan, namun yang paling penting adalah menyedari apa yang pasangan kita tidak suka lalu berusaha memperbaiki diri.

Suami Benci

Tips 7 'C' sebab suami benci isteri dari Dr Fadzilah Kamsah ini adalah perkongsian yang sangat baik kali ini sebagai renungan agar keharmonian rumahtangga dapat dijaga dan sebagai renungan bersama.

Tips ini adalah kebiasaan sikap seorang isteri yang amat buruk pada pandangan seorang suami dan tidak sewajarnya keluar dari mulut isteri.

Harus diingat, suami sangat pantang dicabar. Cubalah dan kesan buruk pasti berlaku.

Semoga memberi manfaat dan dapat diambil pengajaran untuk kita semua.

1. Cabar

Lelaki mempunyai ego mereka yang tersendiri. Lelaki tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita dan wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar.

Isteri, apabila bergaduh dengan suami mulalah kata, "Kalau awak berani cubalah (cabar suami cari perempuan lain)!"

Dr Fadzilah kata JANGAN CABAR SUAMI, nanti suami buat betul-betul isteri juga yang putih mata.

2. Cabul

Perbuatan dan kata-kata isteri yang tidak sopan (isteri hilang sifat malu) seperti mengeluarkan kata-kata yang tidak baik pada mertua mahupun suami.

3. Celupar

Wanita yang cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar, sama seperti cabul. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.

4. Comot

Ada wanita yang cantik tetapi comot. Comot samada melibatkan wajah, penampilannya yang selekeh, kerja yang dilakukan serta tindak-tanduknya.

Isteri bila nak keluar rumah saja barulah nak comel berhias tapi bila di rumah, comotnya!

Ada isteri kata mekap untuk suami, tapi bila di rumah tak mekap pun.

5. Cemburu

Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan tetapi wanita yang terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka.

Ini akan membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai.

Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan. Sikit-sikit telefon suami di ofis. Suami baru balik kerja dah kena tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yang bukan-bukan.

6. Cerewet

Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapan. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Sangat tak suka.

7. Cincai

Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadzilah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak.

Anak dah masuk longkang tapi mak masih lagi lepak depan tv.

Kesimpulan

7C ini merupakan sebahagian daripada lambang keperibadian muslimah yang lemah. Berpelajaran tinggi hingga ke PhD pun belum tentu tinggi akhlaknya.

Tapi manusia adalah insan yang mudah lupa dan lalai pada masa-masa tertentu, mungkin juga kerana sifat suami dan keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri-ciri 7C ini.

Yang penting, muhasabah dan sentiasa berusaha memperbaiki diri.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Apa Sebenarnya Isteri Mahu Dari Suami?

sumber: luvislam92

Sambutan Hari Kesedaran Autisme Sedunia, World Autism Awareness Day

Sambutan Hari Kesedaran Autisme Sedunia, World Autism Awareness Day

Hari Kesedaran Autisme Sedunia, World Autism Awareness Day disambut pada setiap 2 April setiap tahun untuk memupuk kesedaran dikalangan masyarakat agar lebih peka terhadap keadaan pesakit Autisme.

Autisme

Hari Kesedaran Autisme Sedunia disambut dengan tema warna biru, 'Light It Up Blue', dimana sambutan di luar negara, bangunan-bangunan pencakar langit dan lokasi besar yang menjadi 'landmark' sesuatu tempat akan memberi sokongan dengan cara menyalakan lampu biru.

Sambutan Hari Kesedaran Autisme Sedunia bukan sahaja diharap untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai mereka yang mempunyai autisme tetapi juga supaya masyarakat akan mengetahui dengan lebih mendalam mengenai latihan dan pendidikan yang dilalui oleh para pelajar Autisme.

Ketika Sambutan Hari Kesedaran Autisme, orang ramai dialu-alukan untuk sama-sama berkunjung ke acara sambutan dan jualan amal di mana mereka boleh membeli sambil beramal.

Light It Up Blue

Autisme adalah gangguan perkembangan otak seseorang individu yang berkaitan dengan masalah hubungan sosial, masalah komunikasi, perubahan emosi, kurang kebolehan berimaginasi dan bermain.

Malah, anak Autisme akan menunjukkan tingkah laku terhad dan berulang, lebih-lebih lagi berkaitan minat, aktiviti dan perangai.

Selamat Menyambut Hari Kesedaran Autisme Sedunia.

BACA INI JUGA:

sumber: famf-tower

Tahukah Anda Asal Usul Nama Bulan April?

Tahukah Anda Asal Usul Nama Bulan April?

Bulan keempat dalam kalendar Julian dan Gregory tetapi menurut kalendar Roman, April merupakan bulan kedua sebelum raja Numa Pompilius memasukkan Januari dan Februari dalam senarai kalendar pada 700 sebelum masihi.

April

April menjadi bulan keempat pada masa Decemvris yang diberikan sebanyak 29 hari dan mengalami perubahan dalam kalendar Gregory.

Makna April sebenarnya kurang jelas tetapi menurut etimologi dari Latin, nama April mungkin berasal dari perkataan ‘aperire’ yang bermaksud ‘membuka’, merujuk kepada musim bunga.

Nama April juga mungkin diberi sebagai penghormatan kepada dewi Aphrodite (Aphros) atau Aprus, nama salah satu dewa.

Menurut satu lagi versi, pada bulan April inilah musim bunga bermula dengan bunga-bunga mulai mekar.

Cendekiawan Rom bernama Varro (116–27 SM) menyebut bulan ini Aprilis, diambil dari kata Latin aperio yang bererti “terbuka”.

Menurut kamus Ayto, nama bulan April berasal dari kata Yunani Aphro, kependekan dari Aphrodite, nama Dewi Yunani yang melambangkan cinta.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Tahukah Anda Asal Usul Nama Bulan Mac?

-SENTIASAPANAS.COM

Friday, March 31, 2017

Adegan Cium Bibir Nora Danish Dan Nedim Selepas Pernikahan Melampau?!

Adegan Cium Bibir Nora Danish Dan Nedim Selepas Pernikahan Melampau?!

Bagi yang menyaksikan majlis akad nikah pelakon Nora Danish di ibu negara, pasti ada perasan satu adegan si pasangannya, Nedim Nazri cium bibir isterinya sejurus selepas mereka selamat diijabkabulkan.

Cium Mulut Nora Danish

Rata-rata netizen kecoh mengatakan perbuatan mereka berdua itu tidak manis dipertontonkan buat tatapan umum memandangkan itu merupakan majlis agama yang mulia dan tinggi nilainya di sisi Allah SWT.

Menurut pendakwah terkenal, Haslin Baharim atau lebih dikenali sebagai Ustaz Haslin Bollywood apabila diminta pendapat dan pandangan beliau mengenai isu tersebut, secara adabnya tindakan itu tidak sesuai langsung dilakukan di khalayak ramai walaupun selebriti terkenal berkenaan sudah pun selamat sah bergelar sebagai suami isteri.

Dengan status Nora Danish sebagai artis dan Nedim Nazri sebagai anak kepada seorang ahli politik, perkara itu mungkin menjadi ikutan kepada mereka yang meminati mereka khasnya remaja.

“Kita ni sebagai orang Islam, bukannya orang Kristian yang memang adatnya si pengantin lelaki akan cium mulut pasangan selepas mereka berkahwin di gereja. Itu mereka bukan bagi kita yang beragama Islam ni.

"Sebenarnya, mencium dahi isteri juga adalah lebih baik jika dilakukan secara bersendirian, dan bukan langsung terbuka depan orang ramai sambil ditayangkan pula kepada umum,” kata Haslin lagi.

Mengulas pula tentang busana yang digayakan oleh Nora semasa majlis pernikahannya, beliau berkata, dalam Islam sememangnya melarang wanita memakai pakaian yang jarang dan menampakkan susuk badan.

Ia ibarat berpakaian tetapi terlanjang. Tambah beliau, ajaran Islam sangat menitikberatkan tentang cara berpakaian, waima seorang wanita itu bertudung, tetapi pakaiannya ketat, jarang dan tidak mengikut syiar Islam, ia tetap haram.

USTAZ HASLIN BAHARIM

Ujar Haslin, memang tiada kompromi dalam bab tersebut di sebalik tanggapan konon ia hanya sekadar fesyen.

“Nabi SAW sendiri pernah menegur Siti Asmah (kakak ipar baginda) yang memakai baju agak jarang dan meminta tukar dengan memakai pakaian yang lebih tebal sehingga tidak menampakkan tubuhnya,” kata beliau.

Menjelaskan pula isu tentang segelintir pihak yang mendakwa bahawa busana Nora itu menyerupai pakaian Kristian, Ustaz Haslin berkata, memang ramai yang suka meniru gaya Barat.

Tanpa diketahui sendiri, bahawa ia adalah gaya kaum Nasara dan kita sebagai umat Islam sebenarnya jelas tidak boleh meniru mana-mana gaya kaum lain.

Tambah beliau, Rasulullah SAW juga pernah bersabda yang maksudnya bahawa: “Barang siapa menyerupai sesuatu kaum, maka ia termasuk daripada kalangan mereka.”

Nora Danish Seksi

Sekadar renungan semua, Ustaz Haslin turut memetik satu hadis baginda yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a:

“Ada dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku (Nabi Muhammad SAW) melihatnya, iaitu; kaum lelaki memegang cemeti seperti ekor sapi yang mereka gunakan untuk memukul orang lain, dan wanita–wanita yang berpakaian tetapi mereka (sebenarnya) bertelanjang (pakaian tiada menutup aurat kepala dan badan sebagaimana yang diperintahkan oleh agama), yang berjalan melagak menggoyangkan bahu, kepala mereka seperti bonggol unta yang condong.

“Mereka tidak boleh masuk syurga, bahkan tidak boleh menghidu baunya, padahal bau syurga itu sebenarnya dapat dihidu dari jarak sekian, sekian (yang cukup jauh).” (Riwayat Muslim)

Apa-apa pun, semoga pasangan ini berbahagia hingga ke akhir hayat.

BACA INI JUGA: Kisah Perceraian Dan Kontroversi Selebriti Malaysia 2016

sumber: mynewshub

Kisah Kaum ‘Aad Yang Dimusnahkan Allah!

Kisah Kaum ‘Aad Yang Dimusnahkan Allah!

Allah SWT mengutus Nabi Hud a.s kepada kaum ‘Aad yang menghuni daerah al-Ahqaf di sekitar Hadhramaut, Yaman.

Kaum ‘Aad

‘Aad, suatu kaum yang dianugerahkan kelebihan daripada segi kekuatan tubuh badan, keelokan paras rupa dan kekuasaan, namun mereka berbuat syirik dan melakukan kezaliman dan menjajah hamba-hamba Allah.

Kaum ‘Aad berkata, "Siapakah yang lebih besar kekuatannya daripada kami." (al- Fussilat: 15).

Seperti kaum Nabi Hud, kaum ‘Aad juga merupakan keturunan Nabi Nuh, namun mereka tidak mengakui keesaan Allah SWT meskipun Nabi Hud telah mengingatkan mereka. Oleh kerana itu, Allah SWT membinasakan mereka melalui azab-Nya.

Allah mengisahkan perdebatan antara Nabi Hud a.s dengan kaumnya menerusi firman-Nya yang bermaksud,

"Dan (Kami telah mengutus) kepada kaum ‘Aad saudara mereka, Hud. Ia berkata, “Hai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada Allah bagimu selain-Nya. Maka mengapa kamu tidak bertakwa kepada-Nya?” Ketua-ketua yang kafir dari kaumnya berkata, “Sesungguhnya kami benar-benar memandang kamu dalam keadaan kurang akal, dan sesungguhnya kami menganggap kamu termasuk orang-orang yang berdusta."

Hud berkata, “Hai kaumku, tidak ada padaku kekurangan akal sedikitpun, tetapi aku ini adalah utusan dari Rabb semesta alam."

Mereka berkata, “Apakah kamu datang kepada kami, agar kami hanya menyembah Allah saja dan meninggalkan apa yang biasa disembah oleh bapa-bapa kami, maka datangkanlah azab yang kamu ancamkan kepada kami jika kamu termasuk orang-orang yang benar.”

Ia (Hud) berkata, “Sungguh sudah pasti kamu akan ditimpa azab dan kemarahan dari Rabbmu. Apakah kamu sekalian hendak berbantah dengan aku tentang nama-nama (berhala) yang kamu dan nenekmu menamakannya, padahal Allah sekali-kali tidak menurunkan hujah untuk itu. Maka tunggulah (azab itu), sesungguhnya aku juga termasuk orang yang menunggu bersama kamu.” (al-‘Araaf: 65-71)

Bahkan mereka meminta didatangkan azab Allah sebagaimana dijelaskan dalam firman Allah SWT yang bermaksud, "Mereka menjawab, “Apakah kamu datang kepada kami untuk memalingkan kami dari (menyembah) ilah-ilah kami? Maka datangkanlah kepada kami azab yang telah kamu ancamkan kepada kami jika kamu termasuk orang-orang yang benar.”

Setelah itu Allah mendatangkan azab yang membentang di ufuk pada waktu mereka amat memerlukan hujan. Datanglah awan yang mereka anggap sebagai tanda datangnya nikmat hujan yang mereka nantikan, namun ternyata adalah azab Allah kepada mereka.

Allah SWT berfirman yang bermaksud, "Maka tatkala mereka melihat azab itu berupa awan yang menuju ke lembah-lembah mereka, berkatalah mereka: “Inilah awan yang akan menurunkan hujan kepada kami”. (Bukan)! Bahkan itulah azab yang kamu minta supaya datang dengan segera, (iaitu) angin yang mengandungi azab yang pedih, yang menghancurkan segala sesuatu dengan perintah Rabbnya, maka jadilah mereka tidak ada yang kelihatan lagi kecuali (bekas-bekas) tempat tinggal mereka. Demikianlah Kami memberi balasan kepada kaum yang berdosa." (al-Ahqaf: 24-25)

Kaum ‘Aad

Dalam ayat lain, iaitu dalam surat al-Haqqah ayat 6-8, Allah menjelaskan keadaan mereka, yang bermaksud:

"Adapun kaum ‘Aad maka mereka telah dibinasakan dengan angin yang sangat dingin lagi amat kencang, yang Allah menimpakan angin itu kepada mereka selama tujuh malam dan lapan hari terus menerus; maka kamu lihat kaum ‘Aad pada waktu itu mati bergelimpangan seakan-akan mereka tunggul-tunggul pohon kurma yang telah kosong (lapuk). Maka kamu tidak melihat seorang pun yang tinggal di antara mereka."

Syeikh ‘Abdurrahman as-Sa’di mengatakan, setelah mereka menguasai dunia dan mencapai kemuliaan, semua keperluan hidup diperolehi, daerah dan kabilah di sekelilingnya tunduk kepada mereka, tiba-tiba Allah mengirim angin yang sangat dingin dan kencang agar mereka merasakan kehinaan di dunia dan azab akhirat.

Kaum Nabi Hud a.s dihancurkan Allah dengan angin yang sangat kencang dan cuaca teramat sejuk selama tujuh malam lapan hari, disebabkan kekufuran dan kemaksiatan mereka terhadap Allah dan Rasul-Nya.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA: Misteri Tengkorak Gergasi, Mereka Kaum 'Aad!

sumber: irfanirsyad

Kenapa Orang Meninggal Lebih Memilih Untuk Bersedekah Seandainya Dikembalikan Ke Dunia?

Kenapa Orang Meninggal Lebih Memilih Untuk Bersedekah Seandainya Dikembalikan Ke Dunia?

Sesungguhnya Allah SWT memberi ganjaran kepada orang yang bersedekah. ‍‌‌‌‌‍‌‍‌Adakah anda pernah membaca tentang besarnya ganjaran pahala bersedekah?

Fadhilat bersedekah

Sebagaimana firman Allah, “Dan infakkanlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum kematian datang kepada salah seorang diantara kamu; lalu dia berkata (menyesali), wahai Tuhanku, sekiranya Engkau berkenan menunda (kematian)ku sedikit waktu lagi, maka aku dapat bersedekah dan aku akan termasuk orang-orang yang saleh.” (Al Munafiqun: 10)

‍‌‌‌‌‍‌‍‌Sedangkan dia tidak berkata, “Supaya aku dapat mengerjakan umrah” atau “supaya aku dapat solat” atau “supaya aku dapat berpuasa”.

‍‌‌‌‌‍‌‍‌Seorang ulama berkata, “Tidaklah seseorang yang telah mati itu menyebut untuk bersedekah melainkan kerana kehebatan pahala yang telah dilihatnya selepas kematiannya.”

‍‌‌‌‌‍‌‍‌‌‌Maka hendaklah kamu perbanyakkan bersedekah kerana sesungguhnya seorang mukmin akan berada di bawah teduhan pahala sedekahnya pada hari kiamat nanti. ‍‌‌‌‌‍‌‍‌

Bersedekahlah untuk saudaramu yang telah meninggal dunia kerana sesungguhnya mereka amat berharap untuk kembali ke dunia untuk bersedekah dan melakukan amal soleh.

Latihlah diri kita dan anak-anak supaya membiasakan diri dengan bersedekah kerana sangat banyak fadhilatnya disisi Allah, antaranya;

1‍‌‌‌‌‍‍‌. Amalan sedekah itu adalah salah satu pintu daripada pintu-pintu syurga.

‍‌‌‌‌‍‍‌2. ‌‌Sedekah adalah sebaik-baik amalan soleh dan sebaik-baik sedekah ialah memberi makan.

‍‌‌‌‌‍‍‌3. Pahala sedekah akan menaungi pemiliknya pada hari kiamat dan melepaskannya dari azab neraka.

4‍‌‌‌‌‍‍‍‌‌. ‌‌Sedekah dapat memadamkan kemurkaan Allah SWT dan panas azab kubur.

‍‌‌‌‌‍‍‍‌5. Sedekah adalah sebaik-baik hadiah buat si mati, yang paling bermanfaat untuknya di kubur dan yang ditambah oleh Allah SWT akan rezeki (kerana bersedekah).

‍‌‌‌‌‍‍‍‍‍6. Sedekah adalah penyucian harta dan jiwa yang dapat menggandakan kebaikan.

‍‌‌‌‌‍‍‍‌7. Sedekah adalah puncak kegembiraan si pemberi dan puncak wajahnya bercahaya di hari kiamat.

‍‌‌‌‌‍‍‍8. Sedekah menjadi pengaman dari ketakutan pada hari huru hara besar dan hari yang tiada kesedihan kerana hilangnya sesuatu darinya (hari kiamat).

‍‌‌‌‌‍‍‌‌‌9. Sedekah menjadi puncak keampunan terhadap dosa dan penghapusan dari kejahatan.

‍‌‌‌‌‌‌‍‌10. Sebagai pembawa berita gembira tentang akhir yang baik dan puncak doa malaikat buatnya.

‍‌‌‌‌‍‍‌‌‌‌‌11. Orang yg bersedekah adalah orang yang terbaik di kalangan manusia.

‍‌‌‌‌‍‍‌12. Pahala sedekah juga adalah untuk semua yang berkongsi tentang sedekah itu (bukan hanya untuk pemberi).

‍‌‌‌‌‍‍‌13. Pemberi sedekah dijanjikan kebaikan yang banyak dan pahala yang besar.

‍‌‌‌‌‍‍‌14. ‌‌Orang yang suka bersedekah adalah salah satu sifat orang yang bertaqwa.

‍‌‌‌‌‍‍‌15. Dan sedekah menjadi puncak lahirnya kasih sayang hamba Allah SWT kepada si pemberi.

‍‌‌‌‌‍‍‌16. Sedekah tanda dermawan dan salah satu tanda kemuliaan dan kemurahan hati.

‍‌‌‌‌‍‍‌17. Bersedekah memustajabkan doa dan memecahkan segala kesulitan.

‍‌‌‌‌‍‍‌18. Bersedekah menolak bala dan menutup 70 kejahatan di dunia.

‍‌‌‌‌‍‍‌19. Sedekah memanjangkan umur, menambah rezeki, menjadi puncak rezeki dan kemenangan.

‍‌‌‌‌‍‍‌20. Sedekah menjadi ubat, penawar dan penyembuh.

‍‌‌‌‌‍‍‌21. Sedekah menghalang kebakaran, tenggelam akibat banjir dan kecurian.

‍‌‌‌‌‍‍‌‍‍‌‌22. Pahala sedekah adalah tetap (tidak berbeza-beza) walaupun diberikan kepada haiwan ternakan atau burung.

‍‌‌‌‌‍‌‍‌Dan sebaik-baik sedekah sekarang ialah menyebarkan tulisan ini dengan niat bersedekah.

Kerana setiap orang yang membaca dan menyebarkannya, Insyaa Allah akan mendapat ilmu pengetahuan tentang manfaat bersedekah, Aamiin.

BACA INI JUGA: Besar Sangatkah Pahala Menghalalkan Hutang?

sumber: kliksajaanas

Thursday, March 30, 2017

Benarkah Malaysia Memusuhi Homoseksual Dan Pelaku Murtad?

Benarkah Malaysia Memusuhi Homoseksual Dan Pelaku Murtad?

Sejak merdeka, Malaysia telah membangun dengan pesat dan kini diiktiraf oleh Indeks Kemanan Global sebagai salah sebuah negara yang paling aman bukan sahaja di rantau Asia Pasifik, malah juga seantero dunia.

Homoseksual
Gambar hiasan.

Keamanan yang berterusan dan toleransi antara kaum yang agak tinggi mungkin telah menarik minat ramai pelancong dari luar untuk berkunjung ke negara ini.

Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah dinobatkan sebagai salah satu kota yang paling banyak dikunjungi seperti yang dilaporkan oleh Majalah Forbes tahun lalu.

Perlembagaan Persekutuan mempertahankan hak-hak asasi semua rakyat Malaysia dari sebarang bentuk penindasan.

Artikel 8 (2) Perlembagaan Persekutuan menyebut dengan jelas bahawa mana-mana rakyat Malaysia tidak boleh ditindas berdasarkan agama, kaum, keturunan, tempat kelahiran atau jantina di bawah mana-mana undang-undang.

Oleh itu, adakah pengamal homoseksual dan pelaku murtad benar-benar didiskriminasi oleh kerajaan Malaysia?

Sekiranya ini benar, apakah undang-undang yang mengatakan sedemikian?

Undang-undang Malaysia

Sebagai sebuah negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam, Malaysia secara umumnya tidak pernah mendiskriminasi atau menindas mana-mana rakyatnya yang homoseksual dan/atau telah murtad.

Walau bagaimanapun, Kanun Keseksaan ada memperuntukkan sesiapa yang melakukan hubungan kelamin di luar tabii (memasukkan zakar di mulut atau di dubur seseorang) telah melakukan suatu kesalahan yang boleh menyebabkan pelaku dikenakan hukuman penjara tidak melebihi dua puluh tahun dan sebatan.

Kanun Keseksaan ini terpakai untuk orang-orang Islam dan bukan Islam.

Rakyat Malaysia yang beragama Islam juga tertakluk kepada peruntukan Akta Jenayah Syariah yang dikuatkuasakan mengikut bidangkuasa kerajaan-kerajaan negeri di dalam Malaysia.

Walaupun setiap negeri ini mempunyai kod syariah mereka tersendiri, peruntukan undang-undang mengenai perkara ini tidak banyak berbeza.

Seksyen 25 Akta Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 menetapkan bahawa mana-mana lelaki yang melakukan kesalahan liwat dengan lelaki yang lain boleh dikenakan hukuman penjara, denda dan/atau sebatan.

Undang-undang Syariah di negeri-negeri di Malaysia rata-ratanya tidak memperincikan dengan jelas bahawa murtad sebagai suatu kesalahan jenayah.

Walau bagaimanapun, pelaku murtad yang telah disabitkan kesalahan akan dipertimbangkan untuk dihantar ke pusat pemulihan akidah seperti yang termaktub dalam Seksyen 66(1) Enakmen Jenayah Syariah Melaka 1991.

Kanun Keseksaan dan Akta Jenayah Syariah (bagi semua negeri) tidak mengatakan bahawa menjadi seorang homoseksual adalah suatu kesalahan.

Seseorang homoseksual itu hanya boleh disabitkan kesalahan sekiranya dirinya didapati melakukan liwat/sodomi atau seks di luar tabii ke atas individu yang lain.

Lagipula, undang-undang Syariah Malaysia tidak mengklasifikasikan murtad sebagai suatu kesalahan jenayah.

Berdasarkan fakta ini, patutkah Malaysia dianggap sebagai sebuah negara yang menindas dan mendiskriminasi pengamal homoseksual dan pelaku murtad?

BACA INI JUGA:

sumber: aa

Filem Beauty and The Beast Boleh Tayang Babak Gay!

Filem Beauty and The Beast Boleh Tayang Babak Gay!

Kelulusan tayangan filem ‘Beauty and The Beast’ di bawah klasifikasi P13 tanpa ditapis diputuskan Jawatankuasa Rayuan Filem (JKRF) dan bukannya oleh Lembaga Penapis Filem (LPF), menurut Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Beauty & The Beast Gay

KDN dalam kenyataan itu menjelaskan JKRF adalah sebuah jawatankuasa yang bebas daripada LPF yang ditubuhkan berdasarkan Akta Penapisan Filem 2002 dan tidak terikat dengan keputusan LPF.

“JKRF diperuntukkan kuasa untuk mengesahkan, mengubah atau mengakas keputusan LPF,” tambahnya.

KDN menyatakan pandangan bahawa LPF membuat ‘u-turn’ atau mengubah keputusannya dalam menapis filem Beauty and The Beast adalah tidak berasas.

KDN turut menyatakan LPF menapis filem Beauty and the Beast itu pada 17 Februari dan memberi keputusan Lulus Dengan Pengubahan (LDP) melibatkan tiga potongan dan satu dialog disenyapkan atas asas ia mengandungi elemen mempromosi gaya hidup gay.

Menurut KDN, mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan LPF boleh mengemukakan rayuan kepada JKRF dalam masa 30 hari dari tarikh keputusan LPF.

Menurut KDN lagi, pihak pengeluar filem iaitu Walt Disney Pictures, Amerika Syarikat melalui syarikat Buena Vista Columbia Tristar Films (M) Sdn. Bhd. mengemukakan rayuan kepada JKRF pada 20 Mac.

JKRF menapis filem itu dan menimbang rayuan pihak pengeluar filem pada 21 Mac serta memutuskan untuk beri kelulusan untuk tayangan di Malaysia di bawah klasifikasi P13 tanpa ditapis (Lulus Bersih dengan klasifikasi P13), katanya.

Ia atas alasan elemen gay dalam filem tersebut adalah ringan dan tidak menjejas elemen positif yang dipaparkan dalam filem tersebut, tambahnya.

“Kewujudan LPF dan JKRF secara berasingan berdasarkan undang-undang iaitu Akta Penapisan Filem (2002) menunjukkan terdapatnya elemen semak dan imbang dalam proses penapisan filem di negara ini,” menurut KDN.

Mengenai penangguhan tayangan filem itu di Malaysia, KDN menjelaskan ia adalah keputusan pihak pengeluar iaitu Walt Disney Pictures dan pengedar filem, Buena Vista Columbia Tristar Films.

“Keputusan penangguhan tayangan filem berkenaan tiada kaitan dengan LPF,” menurut KDN. Naskhah bercorak muzikal dan fantasi itu akan ditayangkan di pawagam di Malaysia 30 Mac.

BACA INI JUGA:

sumber: mynewshub

Kalimah ALLAH Pada Selipar, KDN Sahkan Benar!

Kalimah ALLAH Pada Selipar, KDN Sahkan Benar!

Lembaga Pengawalan Dan Pelesenan Pencetakan Teks Al-Quran, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan aduan orang ramai berhubung penjualan selipar yang didakwa tertulis kalimah nama Allah iaitu Ya Hayyu Ya Qayyum adalah benar.

Ya Hayyu Ya Qayyum

Pengerusinya Tan Sri Dr Harussani Zakaria berkata lembaga itu telah meneliti selipar berkenaan dan mendapati adalah benar tertulis kalimah Ya Hayyu Ya Qayyum yang mempunyai kalimah suci daripada Asma’ al-Husna (Himpunan 99 Nama Allah).

“Sehubungan dengan itu, rampasan telah dibuat dan tindakan lanjut sedang dilakukan oleh pihak Kementerian Dalam Negeri melalui Akta Pencetakan Teks al-Quran 1986,” katanya dalam satu kenyataan.

Lembaga Pengawalan Dan Pelesenan Pencetakan Teks Al-Quran juga menasihatkan orang ramai yang telah membeli selipar berkenaan supaya menyerahkannya kepada KDN atau Jabatan Agama Islam Negeri untuk tujuan pelupusan, katanya.

Dalam kenyataan berasingan, Harussani berkata semakan dan penelitian Lembaga Pengawalan Dan Pelesenan Pencetakan Teks Al-Quran mendapati tulisan pada tapak kasut jenama Bata yang tular di media sosial tidak menyerupai kalimah Allah.

“Lembaga Pengawalan Dan Pelesenan Pencetakan Teks Al-Quran merakamkan jutaan terima kasih atas keprihatinan rakyat Malaysia yang beragama Islam yang terlebih dahulu merujuk perkara ini kepada kami,” katanya.

BACA INI JUGA: Luarbiasa! Kenapa Bibir Tidak Bergerak Ketika Menyebut Kalimah LA ILA-HA ILLALLAH?

sumber: bernama