Thursday, March 16, 2017

Ini Jawapan Buat Peminat Filem Gay Beauty and The Beast!

Disebalik persoalan isu panas adegan gay tayangan filem Beauty and the Beast di Malaysia, seorang pensyarah Pengajian Media di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Ahmad Farami tampil memberikan penjelasan.

Beauty and the Beast

Ahmad Farami menjawab persoalan yang dilontarkan netizen selepas Disney mengeluarkan kenyataan membatalkan tayangan filem animasi itu di Malaysia.

Menerusi perkongsian Ahmad di Facebook, dia menjawab 15 soalan yang sering dilontarkan netizen yang menyokong filem gay Beauty and the Beast.

Ada netizen yang membuat perbandingan di antara filem tempatan dengan filem Beauty and the Beast dengan persoalan yang nyata dijawab Ahmad dengan penjelasan yang kukuh dan ilmiah.

***

"Kalau ada adegan bunuh dan rompak, hang akan ban filem tu jugak ke? Bukankah itu pun langgar undang undang?"

Boleh ada adegan bunuh dan rompak. Tapi dalam etika dan garis panduan penyiaran, perlu ada "poetic justice" - yang jahat dihukum setimpal atau ada keinsafan di hujung cerita.

Dan paparan pembunuh serta perompak harus negatif. Tapi gay dalam cerita Hollywood diraikan. Cerita gay selalunya menang anugerah. Skrip Hollywood simpatetik terhadap watak gay. Masyarakat yang disuruh insaf dan menerima homoseksualiti.

***

"Ombak Rindu ada rogol boleh pulak lepas wayang"

Ini falasi "false comparison". Dua filem berkenaan perlu dinilai berdasarkan merit masing-masing. Adanya rogol dalam filem Melayu BUKAN justifikasi untuk abaikan homoseksualiti B&B. Sekiranya satu dapat diatasi, kesannya lebih baik berbanding membiarkan kedua-duanya.

Ahmad menjelaskan, adegan bunuh dan merompak yang dipaparkan adalah mengikut garis panduan penyiaran iaitu yang jahat dihukum setimpal atau ada keinsafan di hujung cerita.

“Tapi gay dalam cerita Hollywood diraikan. Cerita gay selalunya menang anugerah. Skrip Hollywood simpatetik terhadap watak gay. Masyarakat yang disuruh insaf, dan menerima homoseksualiti,” tulisnya.

***

"Bestiality (hubungan seksual dengan haiwan) dan Stockholm Syndrome (jatuh cinta dengan penculik) dalam Beauty and the Beast boleh pulak"

"False comparison". Kalau ada adegan 'bestiality', ia juga akan ditapis seperti "gay moment".

***

"Just ada satu character dalam tu openly gay and tertarik dengan watak lelaki. Itu saja. Walhal bukan aksi lucah pun."

Lucah tidak semestinya eksplisit. “Gay moment”, idea homoseksualiti, pandangan dan sentuhan ‘suggestive’ dalam B&B juga lucah (‘indecent’) berdasarkan sensitiviti tempatan.

***

"Tak payah tengok kalau tak suka"

Walaupun ada ahli masyarakat yang tak tengok, penerimaan "gay moment" di sinema (domain awam) tetap memberi signal homoseksualiti adalah 'socially acceptable'.

***

"Nak sekat-sekat macam la orang tak boleh tengok online"

Tengok online, itu private domain. Tanggungjawab sendiri. Tapi dalam public domain, ada pertimbangan lain. Ada implikasi sosial dan budaya. Maka, perlu ada kawalan.

***

"Benci aku Malaysia ni, senstitif sangat bila nak majunya adoiiyaoi.."

"Maju" dengan menerima "gay moment" di domain awam? Maju bermaksud celik norma etika tempatan, mampu menilai dengan kritis propaganda dan normalisasi LGBT. Maju, bila bebas daripada penjajahan budaya.

***

"Takut terpengaruh, iman senipis bawang ke?"

'Resistance' terhadap normalisasi LGBT didorong iman yang belum menipis dalam komuniti.

***

"Homoseksualiti dah lama dalam masyarakat. Apa kaitan dengan filem?"

Memang dah ada lama sejak zaman Nabi Luth a.s. Tapi, homoseksualiti cuba dinormalisasi melalui filem kontemporari. Ini menyebabkan 'desensitisation' (cair sensitiviti) masyarakat terhadap penyimpangan LGBT.

Fikirkan juga tentang kesudahan kaum Nabi Lut.

***

"The world has moved on and it's time we equip our young children with the facts of life of this present day and age"

Kita perlu sama "move on", walaupun ke arah yang salah? Ada hadis sahih menggesa tidak meniru mereka, "moving on" bersama mereka sejengkal demi sejengkal.

Kita ada pegangan nilai tersendiri yang jelas dan bersifat tetap.

***

"Bodohlah nak sekat"

Cerdik, sebab ambil kira sensitiviti majoriti dan kesan jangka masa panjang. Bodoh, bila utamakan Emma Watson berbanding maslahah awam.

***

"Effeminate male characters in Malaysian movies/dramas made the cut but a "gay" scene from an innocent classic must be removed"

'Effeminate' ("lembut") tak semestinya amalkan homoseksualiti. Dalam B&B, wataknya 'openly LGBT', jelas seorang gay. LGBT adalah orientasi seksual dan gaya hidup, bukan sekadar sifat "lembut".

***

"I hope malaysia will be open-minded enough to let it be shown"

Perlu "open minded" untuk faham etika relativisme budaya - apa yang biasa di Amerika Syarikat (AS) tak semestinya dapat diterima di sini. Di AS sendiri, pawagam di Alabama boikot B&B. Jangan kita lebih sudu daripada kuah.

***

"Our self-appointed guardian of morality -- the Censorship Board. They think they're doing the parents a favour, not realising they're a bit behind time."

Your liberal parental sensibilities are insignificant. Kalau Censorship Board tak buat kerja, majoriti ibu bapa akan persoalkan tanggungjawab moral agensi tersebut.

***

"Why some parents think their kids are easily swayed n influenced by movies?"

In sociology, kids learn/internalise values and cultural norms through mass media. Ini disebut "socialization process".

***

Perkongsian Ahmad Farami ini mendapat sokongan netizen lain yang bersetuju dengan penjelasannya yang lebih berbentuk ilmiah dan tidak menghentam dengan membuta tuli.

“Sesetengah pembikin filem Hollywood mempromosi apa yang disebut Human Rights dalam filem-filem yang dikeluarkan oleh mereka.

"Ini bukan pertama kali promosi LGBT berlaku dalam filem, malah dalam tv show, series pun kerap dibuat.

"Antaranya tv series Supergirl terbitan CW juga mempromosi LESBIAN menerusi watak Alex Danvers (kakak angkat Supergirl).

“Jangan cepat melatah. Sedangkan filem ini kena banned di Alabama, malah di Rusia diletakkan di bawah kategori Adult.

"Anglican Church pun tak setuju dengan karakter filem tu. Kau yang Islam kenapa pula nak lebih-lebih?” tulis Tuan Zam.

Walt Disney Co telah menarik balik tayangan filem itu kepada satu tempoh yang tidak diberitahu.

Walt Disney menarik balik tayangan filem tersebut di semua pawagam di Malaysia selepas adegan dalam filem itu yang membabitkan adegan dan karakter gay dipotong.

Filem Beauty and the Beast dibarisi pelakon ternama antaranya Emma Watson, Ewan McGregor, Gugu Mbatha-Raw, Ian McKellen dan Stanley Tucci dan sepatutnya mula ditayangkan di Malaysia pada Khamis, 16 Mac.

BACA INI JUGA:

sumber: fb/AhmadFarami | mynewshub

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

2 comments

kalau susah sangat...jangan tayang terus..lagi bagus

Semua ada kepentingan menyukarkan keadaan.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.

#senarai bloglist hilang secara misteri. rakan blogger yang ada memasukkan blog ini dalam senarai bloglist, sila 'remove' blog ni ye. maaf diatas segala kesulitan.
EmoticonEmoticon