Saturday, January 28, 2017

Apa Itu Stevia, Kelebihan Sebagai Pengganti Gula Dan Cara Menanamnya

Apa Itu Stevia, Kelebihan Sebagai Pengganti Gula Dan Cara Menanamnya

Daun Stevia sebenarnya telah digunakan oleh kaum Red Indian Guarani di Paraguay sejak 1500 tahun yang lalu lagi, namun kajian meluas terhadap Stevia hanya mula dilakukan pada awal kurun ke-19.

Stevia

Pengkaji dan penyelidik Brazil menyedari bahawa sehelai daun Stevia boleh memaniskan sebiji buah peria dan secawan teh herba yang kelat. Biar betul? Memang manis Stevia ni.

Pokok Stevia sudah digunakan oleh puak Quarani sejak 1500 tahun yang lalu di Amerika Latin sebagai ubat tradisional dan juga sebagai pemanis makanan.

Kini, pokok Stevia telah tersebar luas ke negara-negara lain hingga ke negara Malaysia selepas satu artikel jurnal mengenai pokok ini diterbitkan pada tahun 1955.

Apa itu Stevia?

Stevia adalah pemanis semulajadi daripada tumbuh-tumbuhan dan berasal daripada keluarga bunga matahari ataupun nama saintifiknya Astereacea.

Stevia yang digunakan sebagai pemanis gula semulajadi adalah Stevia daripada species Stevia Rebaudiana.

Stevia yang diluluskan dalam Akta makanan untuk dijadikan sebagai pemanis dan pengganti gula pasir adalah ekstrak Stevia.

Apa itu Ekstrak Stevia?

Ekstrak Stevia adalah komponen yang telah diasingkan daripada daun stevia yang akan digunakan sebagai bahan pemanis.

Bahan yang bertanggungjawab memberikan kemanisan pada daun Stevia adalah Steviol Glycoside yang mengandungi Stevioside dan Rebaudioside.

Kemanisan ekstrak Stevia ini adalah 200 hingga 300 kali lebih manis daripada gula tebu dan walaupun ia lebih manis daripada gula pasir, tetapi Stevia tidak mengandungi kalori (zero calorie).

Stevia juga tidak mengandungi karbohidrat, tiada lemak dan tiada kolesterol.

Ekstrak Stevia (Stevia Extract) telah meluas digunakan di seluruh dunia selepas diluluskan oleh FDA.

Di Malaysia, Ekstrak Stevia tidak memerlukan kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana ia bukannya ubat atau supplemen, tetapi Stevia adalah sejenis bahan pemanis yang terletak di bawah Akta Makanan.

Disebabkan Stevia selamat digunakan dan tahan suhu tinggi, telah ramai pengguna Malaysia yang menggunakan pemanis semulajadi ini menggantikan gula pasir dalam pemakanan harian mereka.

Selain Ekstrak Stevia berfungsi sebagai pemanis makanan dan minuman, ia juga mempunyai banyak khasiat dari segi perubatan seperti mengawal berat badan, mengelak dan mengawal Kencing Manis (Diabetes) dan juga mampu mengawal tekanan darah dalam badan. -steviamalaysia

Berikut adalah faedah kesihatan menggunakan herba Stevia:

1. Rendah kalori

Mengandungi kompaun glycoside yang juga terdiri daripada stevioside, steviolbioside, rebaudioside A-E dan juga dulcoside.

2. Mengurangkan glukosa dan kaborhidrat

Stevioside adalah glycoside non-kaborhidrat yang boleh mengurangkan glukosa dan kaborhidrat lain yang dimiliki. Reboudioside A yang terkandung dalam daun stevia 300 kali ganda lebih manis berbanding gula biasa dan ianya kimia yang bukan terproses. Ia juga tahan suhu tinggi dan bukan melalui proses penapaian.

3. Mengandungi sterols dan antioksidan

Pokok stevia mengandungi sterols dan kompoun antioksidan seperti triterpenes, flavonoid dan tannins.

Kandungan flavonoid polyhenolic antioksidan phyto-chemicals dalam daun pokok ini ialah seperti kaemferol, isoquercitrin, isosteviol, quercetin, chlorogenic asid dan caffeic acid.

Kaemferol dikatakan boleh mengurangkan masalah radang pangkreas pada pesakit.

4. Baik untuk salur darah

Sebahagian ekstrak glycoside pada pokok stevia dapat meluaskan atau mengembangkan saluran darah, meningkatkan sodium dan air kencing yang sihat, juga dapat menurunkan tekanan darah.

5. Menurunkan tahap gula

Chlorgenic acid dapat membantu menurunkan tahap gula dalam darah.

6. Mengawal bakteria

Pemanis non-kaborhidrat pokok stevia tidak menggalakkan pembiakan bakteria pada mulut manusia malah pemanis dalam pokok stevia mampu menjejaskan pertumbuhan bakteria yang mengakibatkan kerosakan gigi.

7. Mengandungi vitamin dan mineral

Pokok stevia juga mengandungi beberapa vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan.

Cara Menanam Pokok Stevia

Pokok stevia ditanam menggunakan keratan batang. Ambil batang pokok stevia yang sederhana matang. Potong kira-kira 6 inci.

Rendam ke dalam air 1 jam dan sedia untuk ditanam sama ada dalam pasu atau tanah di laman rumah.

Untuk menuainya hanya petik pucuk muda dan keringkan simpan dalam bekas sesuai dan simpan ditempat selamat. Guna bila perlu. -tanomkinotuan

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Gula Punca Segala Penyakit

-SENTIASAPANAS.COM

Merawat Penyakit Dengan Buah Mulberi

Merawat Penyakit Dengan Buah Mulberi

Pokok mulberi mempunyai nilai perubatan yang tinggi terhadap kesihatan kerana buah mulberi mengandungi asid sitrik, gula dan vitamim C manakala daun mulberi mengandungi adenin, amilas, asid suksinik, karoten dan kolin.

Mulberry

Biji mulberi pula mengandungi ureas dan kulitnya mengandungi beta-amirin, minyak meruap, resinotanol, dan sitosterol.

Bengkak mata

Selain daunnya diberi makan kepada ulat sutera dan rusa, daun mulberi sangat baik untuk pencuci mata yang bengkak dengan merebusnya dan sapu pada mata yang bengkak di awal pagi dan petang.

Merawat demam

Daun mulberi yang dikeringkan berkesan melegahkan selesema, batuk, demam panas dan membersihkan dalaman badan. Caranya rebus daun kering dan minum airnya.

Melegakan gigitan serangga

Daun mulberi juga berkesan melegakan gigitan serangga dengan menumbuk 6 helai daun hingga lumat dan tampal pada kesan gigitan.

Merawat penyakit kronik

Buah mulberi berkesan untuk menyembuhkan penyakit kronik pencernaan, meransang rembesan cecair gastrik, memperbaiki selera makan dan membuang kembung perut.

Merawat asma

Akar pokok mulberi pula berkesan untuk penyakit asma, batuk, busung, melawaskan pembuangan air kecil dan radang dengan cara merebusnya.

Sistem pernafasan

Air rebusan kulit pokok mulberi pula dikatakan boleh merawat sistem pernafasan, asma, batuk, bronchitis, menyingkirkan kahak dan mengawal tekanan darah tinggi.

Ulam

Pucuk muda daun pokok mulberi juga boleh dijadikan sebagai ulam atau sayur tumis. Rasa seperti kangkung tetapi tidaklah pahit.

Apapun, sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu jika menggunakan mulberi sebagai rawatan alternatif bagi mengelak daripada sebarang masalah yang tidak dingini.

BACA INI JUGA: Cara Supaya Mulberi Berbuah Lebat!

Apa Itu 'Cabaran Garam Dan Ais' Yang Sedang Hangat Sekarang?

Apa Itu 'Cabaran Garam Dan Ais' Yang Sedang Hangat Sekarang?

Sekarang ini terdapat kegilaan baru di media sosial di mana remaja di luar negara akan membakar kulit mereka kemudian meletakkan ais dan garam di tempat yang mengalami luka itu.

Cabaran

Kegilaan berkenaan dikenali sebagai `cabaran garam dan ais’. Peserta yang mengambil bahagian perlu menahan diri bagi melihat berapa lama mereka dapat menahan kesakitan tersebut.

Selepas itu mereka akan berkongsi gambar luka terbabit di media sosial.

Meskipun ia berlaku di luar negara, namun tidak mustahil aksi gila dan bodoh ini boleh merebak di negara ini terutama kepada mereka yang gemar mengikut aksi bodoh di internet.

Akibat kebodohan tersebut juga, ada remaja terpaksa dibawa ke hospital akibat luka melecur. Keadaan ini mengakibatkan polis di Yorkshire memberi amaran kepada ibu bapa dan guru-guru supaya memantau anak-anak serta pelajar mereka.

“Tolong beri amaran kepada anak-anak anda agar tidak mengambil bahagian dalam cabaran yang membahayakan ini,” kata polis.

Ini kerana ia bukan hanya mendatangkan kesakitan malah luka yang dialami meninggalkan parut kekal.

BACA INI JUGA: Apa Sebenarnya Punca Air Laut Menjadi Masin?

Sumber: mynewshub

Video Lelaki Luarbiasa Indonesia Kunyah Paku Macam Makan Nasi

Video Lelaki Luarbiasa Indonesia Kunyah Paku Macam Makan Nasi

Seorang lelaki di Indonesia yang juga merupakan penggemar ‘paku’ dianggap sangat luarbiasa kerana sanggup menjadikan paku besi sebagai makanan kegemarannya.

Makan paku

Menerusi rakaman video yang viral di media Indonesia, lelaki berusia 50an ini dilihat betul-betul memakan paku dan sangat berselera sama seperti sedang memakan nasi.

Paku-paku itu diambil dengan menggunakan tangan dan kemudian disuap masuk ke dalam mulut.

Jumlah paku yang dimasukkan ke dalam mulutnya memang banyak dan bagaimana dia dapat mengunyah besi itu tidak diketahui. Nampak seperti mudah sahaja dia menelan paku-paku berkenaan.

Jika aksi yang dilakukannya secara berseorangan, ada kemungkinan ia adalah video yang dirakam menggunakan tipu helah penggambaran, tetapi dalam hal ini ia tidak dapat dikesan.

Apa yang pasti, kekuatan gigi dan kunyahan lelaki ini pastinya bukan sebarangan kerana objek keras seperti besi memerlukan daya yang kuat untuk dihancurkan.

Daripada pertuturan yang boleh difahami dalam video, lelaki terbabit dipercayai berasal dari Bekasi, Indonesia dan aksinya boleh anda tonton di YouTube.

BACA INI JUGA: Luarbiasa! Perkataan Baik Mampu Mempengaruhi Makanan!

Sumber: mynewshub

Friday, January 27, 2017

Jutawan Muda Nur Sajat Pemilik Baru Banglo Dato' Aliff Syukri Berharga RM11 Juta!

Jutawan Muda Nur Sajat Pemilik Baru Banglo Dato' Aliff Syukri Berharga RM11 Juta!

Nampaknya hak milik banglo mewah Dato' Aliff Syukri yang berharga RM11 juta kini sudah pun bertukar tangan apabila berjaya dijual kepada rakannya yang juga seorang usahawan kosmetik bergelar jutawan, Nur Sajat Fariz.

Nur Sajat

Pembelian keseluruhan banglo itu diumumkan oleh Nur Sajat, yang juga pemilik syarikat Nur Sajat Aesthetic Sdn Bhd menerusi satu temubual khas di Hotel Royal, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Selain itu, Dato' Aliff Syukri juga turut mengumumkan pembelian itu di laman Instagram miliknya baru-baru ini.

"Hari ni saya nak meluahkan rasa sedih saya sebab terpaksa meninggalkan rumah kesayangan saya ni yang dah hampir 5 tahun saya tinggal di sini,rumah pertama saya dan segalanya bermula di sini suka duka susah dan sedih semua ada sayang sgt nak tinggalkan," tulis Aliff Syukri.

Aliff Syukri juga turut menyatakan harapannya agar Nur Sajat dapat menjaga rumah kesayangannya itu dengan sebaik mungkin.

"Dan yang paling penting tahniah kepada usahawan perempuan @nursajat02 sebab menjadikan impiannya menjadi realiti untuk memiliki rumah banglow mewah 10 bilik ini, harap dapat jaga rumah ni sebaik-baiknya." tulis beliau.

Kisah kejayaan Nur Sajat mungkin sudah tidak asing lagi bagi mereka yang gemar mengikuti perkembangan usahawan-usahawan tempatan.

Nur Sajat

Bagi yang belum mengetahui, Nur Sajat tidak bermula dengan latar belakang yang senang.

Malah, dia dulu pernah bekerja disamping ibu bapanya ditapak pasar malam bagaimanapun, terdetik di hati Nur Sajat tekad untuk mengubah nasib keluarga ketika itu.

Perjalanan bisnes kosmetik Nur Sajat bermula apabila dia memulakan jenama kosmetik Let's Cantik by Nur Sajat.

Namun, langkah kejayaannya mula berputik apabila apabila dia menggunakan wang sakunya sendiri yang berjumlah RM500 untuk tujuan pemasaran viral.

Ketika itu, RM500 bagi Nur Sajat adalah jumlah yang besar memandangkan dia baru sahaja memulakan bisnesnya.

Untuk setiap tapak kejayaan yang diperoleh, banyak halangan dan liku-liku yang terpaksa dihadapi oleh Nur Sajat termasuk tohmahan orang ramai terhadap fizikalya.

Penat lelah Nur Sajat selama dua tahun berhasil apabila dia sekarang sudah bergelar jutawan muda di Malaysia.

Nur Sajat Fariz

Kini, nama Nur Sajat bukan sahaja berada di produk kosmetik, malah turut menempa nama dalam bidang kecantikan lain apabila turut membuka Pusat Kecantikan Nur Sajat Beautician yang terletak di Ampang dan Shah Alam.

Bagi yang ingin mendapatkan tips-tips bisnes dan perkembangan terkini tentang bisnes Nur Sajat pula, boleh ikuti laman Instagram usahawan itu di https://www.instagram.com/nursajat02.

Dalam pada itu, Aliff Syukri memaklumkan dia akan berpindah ke rumah persinggahannya di kampung sementara menunggu rumah banglonya bernilai RM20 juta siap dibina.

Difahamkan, Aliff Syukri menjual rumah banglo rekaan ala istana itu kepada Nur Sajat termasuk dengan perabotnya sekali.

BACA INI JUGA: 3 Tips Hebat Oleh Tiga Jutawan Selebriti Malaysia

Sumber: siakapkeli

Skandal BMf Dan 1MDB Bezanya Macam Langit Dengan Bumi!

Skandal BMf Dan 1MDB Bezanya Macam Langit Dengan Bumi!

Tak sampai seminggu Tun dikaitkan dengan BMf, beliau telah menjawab dengan jelas menjadikan mereka yang terkinja-kinja membuat tuduhan tanpa sebarang fakta berada dalam kesipuan.

Skandal BMF

Kenapa Tun Mahathir mampu menjawab dengan cepat dan tepat? Yang pasti, jika ianya suatu yang tidak benar dan fitnah, sudah tentu fakta dan situasi menyebelahi Tun.

Tiap kali Tun difitnah dan dapat dijawab oleh Tun dengan cepat, fakta jelas dan tidak meragukan maka populariti Tun meningkat dan rakyat semakin percaya.

Sebaliknya jika tuduhan itu benar, sampai sekarang beberapa individu terus senyap, menghilangkan diri dan ada tukang karut yang tolong jawab. Umum sudah tahu bangkai gajah, pembohongan tidak bertahan lama menutupnya.

Satu demi satu Tukang Karut telah menarik diri dari mempertahankannya.

Faktor utama;
  • Tun tidak menubuhkan BMf.
  • Tun bukan Menteri Kewangan pada masa itu.
  • Tun bukan Pengerusi atau Penasihat BMf.
  • Tidak ada satu sen pun yang masuk ke akaun peribadi Tun atau secara kebetulan ada Pak Arab yang menderma.
  • Kes telah dibawa ke mahkamah.

BMf dengan 1MDB, bezanya macam langit dengan bumi!

Tun Mahathir menyatakan perbezaan antara skandal Bumiputra Malaysia Finance (BMF) yang berlaku pada eranya dengan isu 1MDB yang membayangi Datuk Seri Najib Razak.

1. Dalam kemaskini terbaru di blognya, Dr Mahathir berkata, kes BMF tidak membabitkan tuduhan salah laku secara langsung dengan kerajaan Malaysia.

2. Sebaliknya, isu 1MDB berkaitan secara langsung dengan salah laku dengan keadaan sekarang.

3. Isu BMF tidak berkait secara langsung dengan saya sebagai perdana menteri ketika itu. Sebaliknya, isu 1MDB mempunyai kaitan terus dengan Najib (Abdul) Razak, perdana menteri ketika ini. Malah hakikatnya dia berada di tengah-tengah skandal berkenaan, katanya.

4. Skandal BMF diperkatakan ramai pada awal 1980-an apabila berlaku urus niaga yang mencurigakan serta menyebabkan kerugian kira-kira AS$1 bilion.

5. Ia membabitkan pinjaman bernilai RM2.5 bilion kepada beberapa syarikat yang mempunyai rekod meragukan, termasuk yang berpangkalan di Hong Kong.

6. Ia menjadi lebih panas apabila seorang pegawai bank yang ditugaskan untuk menyiasat kes berkenaan di Hong Kong, Jalil Ibrahim, dibunuh.

7. Skandal itu juga menyaksikan Bank Bumiputra Malaysia Bhd (BBMB) yang memiliki BMF terpaksa diselamatkan oleh kerajaan yang menyuntik modal kepadanya.

8. BBMB adalah syarikat perbankan yang mempunyai saham kerajaan di dalamnya. Dr Mahathir dilantik sebagai perdana menteri kira-kira dua tahun sebelum itu.

9. Najib pula sentiasa menafikan beliau menyalahgunakan dana 1MDB untuk kepentingan peribadi seperti dituduh banyak pihak - termasuk Dr Mahathir.

10. Sebaliknya Najib berkata, tuduhan berkenaan sengaja dibuat sebagai pakatan musuh untuk menggulingkannya.

11. Peguam Negara juga sudah membersihkan Najib daripada sebarang salah laku membabitkan isu 1MDB.

12. Mengulas mengenai dokumen CIA baru-baru ini, Dr Mahathir berkata, ia disediakan oleh agensi perisikan AS dan bukan laporan khusus negara itu mengenai isu BMF.

13. Sebaliknya, kata Dr Mahathir, siasatan Jabatan Kehakiman (DOJ) AS secara khusus mengaitkan dapatan mereka dalam isu 1MDB dengan Malaysian Official 1 (MO1).

14. Datuk Abdul Rahman Dahlan mengesahkan MO1 adalah Najib namun menegaskan perdana menteri tidak dinamakan dalam dokumen mahkamah dikemukakan oleh DOJ itu. Justeru, kata pengarah komunikasi startegik BN itu, Najib tidak disiasat.

15. Tun Mahathir juga mengingatkan, berhubung isu BMF, kerajaan menubuhkan jawatankuasa siasatan khas dan hasil perolehan mereka didedahkan kepada umum.

16. Mengenai isu 1MDB, kerajaan Najib belum menubuhkan sebarang jawatankuasa siasatan bebas. Malah, laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB sedia ada tidak didedahkan, dan diletak di bawah Akta Rahsia Rasmi, tambahnya.

17. Berkaitan kesan daripada skandal BMF, kata Tun Mahathir, ada tindakan diambil ke atas beberapa individu terlibat, sama ada di Hong Kong atau Malaysia.

18. Keadaan bagaimanapun tidak sama, katanya. Bagi kes 1MDB, menurut Tun Mahathir, pihak yang berkaitan - seperti polis - belum membuat sebarang kesimpulan walaupun pihak berkuasa di AS, Switzerland dan Singapura sudah bertindak, termasuk mendakwa mereka di mahkamah.

19. Tetapi kertas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditolak peguam negara yang baru dan melantik dirinya menggantikan peguam negara terdahulu yang diketepikan, kononnya atas sebab kesihatan tetapi tanpa laporan Lembaga Perubatan, katanya lagi.

20. Tun Mahathir juga menegaskan, kesan isu BMF itu secara umumnya diterima baik masyarakat, termasuk di kalangan pembangkang serta kumpulan politik lain.

21. Untuk menguatkan hujahnya bekas Perdana Menteri itu memetik laporan The New York Times pada 8 Januari 1985, bertajuk “Malaysia discloses details of bank scandal” (Malaysia mendedahkan butiran skandal bank).

22. Mengenai isu 1MDB, Peguam Negara sebenarnya menghentikan siasatan lanjut, sedangkan dia tidak diberi kuasa untuk berbuat begitu. Parti-parti pembangkang tidak berpuas hati dengan keputusan skandal melibatkan 1MDB, katanya.

BACA INI JUGA: Skandal BMF Dan Misteri Pembunuhan Jalil Ibrahim

Sumber: malaysiakini

Yee Sang Sebagai Sajian Tahun Baru Cina, Apa Sebenarnya Sajian Imlek Ini?

Yee Sang Sebagai Sajian Tahun Baru Cina, Apa Sebenarnya Sajian Imlek Ini?

Yee Sang atau Yusheng, adalah sejenis salad ikan mentah (kebiasaannya salmon) yang dicampur dengan potongan sayur-sayuran dan pelbagai sos serta perasa.

Yee Sang

Dalam bahasa Kantonis, yee bermaksud ikan dan ia juga bermaksud mudah (senang) dan sang pula bermaksud hidup.

Maka, yee sang diterjemahkan sebagai “ikan mentah (hidup)” atau “senang hidup” menjadi konotasi untuk kemewahan, kemakmuran dan kesuburan.

Malaysia yang bermasyarakat majmuk, kaya dengan warisan kebudayaan termasuk warisan makanan yang unik dan pelbagai.

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa yee sang telah diisytihar sebagai makanan warisan negara oleh Jabatan Warisan Negara, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

Dari keseluruhan 241 warisan negara, 151 adalah makanan warisan dan yee sang berada pada kedudukan 61 keseluruhan.

Bagaimana yee sang boleh duduk sebaris dengan makanan tradisi Malaysia yang lain seperti budu, cencaluk, tapai, wajik, lempeng, dodol, baulu, apam balik, onde-onde, cendol, muruku, putu mayam dan pelbagai lagi makanan lain yang telah disenaraikan?

Yee sang disenaraikan sebagai makanan warisan Malaysia di bawah warisan budaya Unesco pada tahun 2009.

Yee Sang Budaya Masyarakat Cina Malaysia

Jika ditanya kepada orang Cina di Hong Kong, misalnya, mereka tidak pernah mendengar apatah lagi mempraktikkan budaya ini.

Begitu juga masyarakat Cina di Taiwan dan tanah besar China serta komuniti Cina di bandar-bandar besar yang lain, mereka tidak pula memakan yee sang pada Tahun Baharu Cina.

Walaupun yee sang dikatakan bermula di negara China, yee sang versi Malaysia sangat berbeza dengan yee sang versi China kuno dari segi bahan, cara menghias dan cara memakannya maka, yee sang yang kita kenal hari ini, adalah yee sang “buatan Malaysia”.

Asal-usul Yee Sang

Yee sang Malaysia berasal dari Seremban, dipopularkan oleh Loke Ching Kee, datuk kepada Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke, pada tahun 1940-an.

Loke Ching Kee menyediakan yee sang pada hari keempat hingga ketujuh Tahun Baharu Cina di kedainya di Jalan Kong Sang, Seremban. Mereka melakukan acara melambung yee sang sambil melaungkan “Lou Hei” yang bermaksud gaul naik.

Mereka juga mengucapkan kata-kata yang baik seperti “semoga bertambah rezeki”, “semoga panjang umur”, “semoga keluarga bahagia” dan sebagainya. Ia umpama doa.

Ritual ini adalah simbolik kepada permohonan dan pengharapan agar tuah dan rezeki akan bertambah pada tahun yang mendatang.

Makan ikan mentah merupakan kebiasaan bagi penduduk China suatu ketika dahulu bagaimanapun, setelah sekian lama, ia berkurangan kecuali di beberapa tempat di selatan China seperti Fujian dan Guangdong. Memakan yee sang semasa Tahun Baharu Cina merupakan tradisi etnik Kantonis.

Mitos Dewi Nu Wa

Kira-kira 1,500 tahun yang lampau, yee sang juga dikaitkan dengan sebuah legenda atau mitos. Ia berkenaan Dewi Nu Wa yang kononnya mencipta manusia pada hari ketujuh selepas tahun baharu.

Kaum nelayan dan pelaut China Selatan zaman silam memakan yee sang pada Tahun Baharu Cina untuk memperingati kisah ini.

Persamaannya dengan yee sang moden adalah dari segi ikan mentahnya sahaja, manakala bahan-bahan lain, cara menghias malah cara memakannya termasuk melambung yee sang, tidak dipraktikkan sama sekali oleh mereka.

Pada hari ini, tradisi memakan yee sang bertujuan merapatkan hubungan kekeluargaan, di mana semua ahli keluarga yang berkumpul akan bersama-sama melambung ramuan yee sang ke udara dengan penyepit. Tiada lagi kaitan dengan mana-mana legenda atau mitos.

Adat Turun Temurun

Malah, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, di bawah siri Bayan Linnas-nya, telah menyatakan bahawa upacara yee sang adalah lebih kepada adat dan tidak bersangkut paut dengan persoalan akidah dan harus hukumnya bagi umat Islam yang diajak untuk menyertai upacara tersebut selagi mana tiada unsur maksiat.

Maka, walaupun ada pihak yang cenderung mengatakan bahawa ia boleh membawa kepada syirik, penulis berpandangan ia merupakan salah satu dari banyak perkara yang telah diistihalahkan (ditransformasikan) dengan mengambil kira maqasid syariah.

Perbuatan mengangkat ikan mentah adalah simbolik kepada menaikkan semangat juang kita dalam menghadapi hidup yang penuh dugaan dan cabaran sebagaimana ikan di lautan berjuang untuk hidup.

BACA INI JUGA: 9 Tertib Sebelum Makan Yee Sang Dan Signifikannya Di Tahun Baru Cina

Sumber: SH

Berapa Ramai Menghadiri Majlis Ilmu Dalam Keadaan Hati Yang Ikhlas?

Berapa Ramai Menghadiri Majlis Ilmu Dalam Keadaan Hati Yang Ikhlas?

Berapa ramai manusia pada hari ini menghadiri majlis-majlis ilmu, mempelajari ilmu agama dalam keadaan tidak ikhlas.

Ikhlas+Kerana+Allah

Sama ada sekadar ingin mengisi masa lapang, atau ingin mencari kesilapan dan kesalahan orang, atau bertujuan mendapat ganjaran-ganjaran tertentu, anugerah tertentu, ingin dilihat dan disanjung oleh sebahagian manusia, dan sebagainya.

Allah SWT dan Rasulullah SAW memurkai ibadah tanpa disertai dengan ikhlas. Ikhlas adalah perintah Allah SWT.

Menuntut ilmu agama merupakan fardu ain yakni wajib ke atas setiap individu Muslim. Nabi SAW bersabda, “Menuntut ilmu (agama) itu wajib atas setiap Muslim.” (Sahih. Riwayat Ibnu Majah)

Apabila arahan ini datang daripada Nabi SAW, maka melakukannya merupakan ibadat, dan setiap ibadat mestilah terbina di atas keikhlasan.

Sekiranya kita sekadar menuntut ilmu untuk mengisi masa lapang, kita tidak mendapat sebarang ganjaran. Menuntut ilmu adalah ibadah, dan setiap ibadah terbina dengan keikhlasan dan mengikuti Nabi SAW.

Firman ALLAH SWT, “Tidaklah kalian diperintah untuk beribadat kepada Allah melainkan dengan ikhlas.” (Surah Al-Bayyinah: 5)

Nabi SAW menceritakan tentang ikhlas dalam hadis yang masyhur, “Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung pada niat, dan setiap manusia itu bergantung pada apa yang dia niatkan. Barang siapa yang hijrah kerana Allah dan Rasul maka hijrahnya kerana Allah dan Rasul, barangsiapa yang hijrahnya kerana dunianya atau wanita yang ingin dinikahi, maka hijrahnya adalah apa yang dia niatkan.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Imam Al-Syafi’i apabila melihat hadis ini beliau berkata, “Hadis ini termasuk dalam 70 cabang daripada cabang-cabang ilmu.”

Hadis ini cukup besar pengertiannya bagi orang-orang yang memahami tentang keikhlasan. Imam Al-Bukhari meletakkan hadis ini sebagai hadis yang pertama.

Imam Al-Nawawi dalam kitab Riyadhus Solihin meletakkan hadis ini sebagai hadis yang pertama. Dalam kitab Al-Azkaar beliau meletakkan hadis ini sebagai hadis yang pertama. Dalam kitab Hadis 40, beliau meletakkan hadis ini sebagai hadis yang pertama.

Ini menunjukkan betapa ulama-ulama dulu apabila hendak menulis, mereka mengingatkan diri mereka tentang keikhlasan, tentang niat.

Ini juga menunjukkan betapa niat yang ikhlas itu mesti wujud di dalam setiap amal ibadah yang hendak dikerjakan.

Oleh itu kita perlu pandang serius perihal niat. Kerana niat manusia mendapat ganjaran pahala, kerana niat manusia mendapat dosa.

Imam Muslim meriwayatkan hadis menceritakan tentang tiga golongan manusia yang mana di dunia mereka dimuliakan oleh masyarakat.

Golongan Pertama

Golongan yang pertama adalah seorang yang telah gugur di medan perang. Dia dipanggil dan ditunjukkan kepadanya nikmat yang telah diberikan kepadanya, dan ditanya kepadanya apakah yang telah dia lakukan dengan nikmat itu.

Maka dia mengatakan bahawa, ‘Ya Allah, sungguh aku telah berjuang di jalanMu sehingga aku gugur di medan perang’.

Lalu Allah mengatakan, ‘Engkau telah berdusta. Sebaliknya engkau berjuang supaya dikatakan sebagai seorang yang berani, dan engkau telah diperkatakan sedemikian’.

Maka dia diseret dengan mukanya, lalu dihumban dalam api Neraka.

Golongan Kedua

Golongan kedua pula adalah orang yang telah menuntut ilmu, mengajarnya dan membaca Al-Quran. Dia dipanggil, lalu diperlihatkan kepadanya nikmat yang telah diberi kepadanya, lalu dia ditanya tentangnya.

Dia mengatakan, ‘Sungguh aku telah menuntut ilmu dan mengajarnya untukMu Wahai Allah, dan aku telah membaca Al-Quran untukMu wahai Allah.’

Lalu dikatakan kepadanya, ‘Engkau berdusta. Engkau menuntut ilmu supaya engkau dikatakan sebagai alim, dan engkau membaca Al-Quran supaya engkau dikatakan sebagai qari’, dan engkau telah pun dikatakan begitu oleh manusia.’

Maka dia pun diseret dengan wajahnya di tanah dan dihumban dalam api Neraka.

Golongan Ketiga

Golongan ketiga adalah orang yang telah diperluaskan kepadanya oleh Allah dengan diberikan segala bentuk harta kepadanya.

Mereka diseru dan diperlihatkan nikmat yang telah diberikan, dan ditanya apa yang telah dilakukan dengan nikmat itu.

Mereka menjawab, ‘Sungguh tidaklah jalan untuk aku berinfaq keranaMu wahai Allah, melainkan aku telah infaq pada jalan itu.’

Allah mengatakan, ‘Engkau berdusta. Engkau telah infaq hanya untuk dikatakan oleh manusia sebagai orang yang pemurah, dan engkau telah pun dikatakan begitu oleh manusia.’

Lalu dia diheret dengan wajahnya dan dihumban ke dalam api Neraka. (Riwayat Muslim)

Subhanallah. Di dunia jutaan manusia mengangkatnya. Di dunia, jutaan manusia memuji dan memujanya, tetapi di Akhirat dia tergolong di kalangan ahli neraka. Semuanya kerana niat. Kerana itu setiap ibadah yang kita lakukan perlu bermula dengan niat yang benar.

Seorang salaf, Yahya bin Kathir rahimahullah berkata, “Hendaklah kalian semua belajar tentang niat, kerana mempelajari tentang niat ini lebih berkesan daripada terus menerus mempelajari tentang amalan.”

Kerana itu para ulama seringkali mengingatkan kita tentang kepentingan niat. Cukup cantik kiasan yang dibuat oleh Al-Imam Ibnu Al-Qayyim rahimahullah di mana beliau berkata, “Sesungguhnya suatu amalan tanpa keikhlasan dan tanpa mencontohi Nabi SAW adalah seperti seorang musafir yang memenuhi begnya dengan pasir. Memberatkannya tetapi tidak bermanfaat baginya.”

Ini gambaran bagi manusia yang tidak ada keikhlasan dalam melakukan amal, dan juga manusia yang beramal tetapi tidak mencontohi Nabi SAW.

Setiap amalannya di atas muka bumi sia-sia belaka. Dengan itu saya tekankan sekali lagi bahawa niat merupakan perkara serius yang wajib kita ingat mengingatkan sesama Muslim, khususnya dalam perlaksanaan apa jua ibadat.

Menuntut ilmu adalah ibadat, maka berkewajipan bagi kita memulakan semangat menuntut ilmu dengan niat yang ikhlas hanya semata-mata inginkan keredaan Allah SWT.

BACA INI JUGA: Bersyukurlah Jika Anda Seorang Yang Pemalu

Sumber: Ustazfathulbari

Pantang Larang Ketika Sambutan Tahun Baru Cina

Pantang Larang Ketika Sambutan Tahun Baru Cina

Mengikut kepercayaan masyarakat cina, terdapat banyak pantang larang yang perlu diamalkan untuk mendapat lebih tuah dan kemakmuran ketika sambutan Tahun Baru Cina.

Tahun Baru Cina

Angpau dan limau mandarin amat sinonim dengan sambutan Tahun Baru Cina dan biarpun sudah lama diamalkan oleh masyarakat cina, masih ramai yang mungkin tidak mengetahui simbolik di sebalik setiap adat resam dan tradisi tersebut.

Serba Baru

Antaranya, Pengasas Good Feng Shui berkongsi bahawa keluarga kaum cina akan membersihkan rumah sebelum perayaan.

Sebelum masuk tahun baru, semua barang lama yang bukan sahaja berbentuk fizikal tetapi dari segi fikiran dan pengalaman lama yang tidak baik, seperti sakit hati yang mampu membawa tuah kurang baik, akan dibuang pada hari itu.

Menyapu Rumah

Kaum cina juga dilarang menyapu rumah pada tahun baru cina kerana ia dipercayai akan menghalau tuah.

Memakai Pakaian Baru

Masyarakat Tiong Hua akan mengenakan pakaian baru pada hari berkenaan sebagai simbolik permulaan tahun baru.

Bahasa Kasar

Pada Tahun Baru Cina, masyarakat Cina akan mengelak daripada bercakap kasar atau kesat kerana ia dipercayai membawa malang.

Biasanya, budah nakal ahli keluarga tidak akan dimarahi atau kalau budak buat salah, ibu bapa mungkin cakap pecah itu tanda bagus untuk mencantikkan keadaan yang kurang baik hari itu.

Warna

Antara pantang-larang lain yang diamalkan adalah, tidak dibenarkan memakai warna hitam atau putih yang merupakan warna berkabung.

Angpau

Jumlah angpau yang diberikan pula mesti dalam angka genap.

Kalau ada orang memberi RM6 perlulah diberikan 1 keping RM5 dan 1 keping RM1. Bilangannya mesti genap. Genap membawa maksud yang lebih sempurna.

Limau Mandarin

Amalan memberi limau mandarin juga simbolik memberi tuah.

Buah limau mandarin yang dipanggil "kam" dalam bahasa Kantonis bermaksud emas adalah kewajipan setiap Tahun Baru Cina kerana ia melambangkan limpahan kekayaan kepada masyarakat Tiong Hua. Warna limau juga keemasan seperti memberi jongkong emas kepada orang lain.

Namun terdapat juga segelintir yang memberikan buah epal sebagai simbolik kesihatan yang lebih baik. Epal "ping kuo" bermaksud aman juga membawa maksud kesihatan yang baik.

Tema tahun baru cina, pastinya merah dipercayai membawa tuah malah kediaman juga akan dihiasi dengan warna merah.

BACA INI JUGA: Sambutan Festival Cap Go Meh Dan Maknanya Kepada Masyarakat Cina

Sumber: AA

Thursday, January 26, 2017

Pelajar Britain Tolak Tawaran RM28 Juta Untuk Jual Laman Web!

Pelajar Britain Tolak Tawaran RM28 Juta Untuk Jual Laman Web!

Seorang pelajardari Yorkshire, Britain, berusia 16 tahun menolak tawaran bernilai £5juta (RM 28j) yang ditawarkan untuk laman web yang dibangunkan hanya di bilik tidurnya.

Mohammed Ali

Mohammed Ali menolak tawaran itu kerana dia yakin, harga untuk laman web weneed.com akan meningkat dengan lebih tinggi pada masa depan.

"Tawaran tersebut ditolak pada bulan Disember, beberapa hari sebelum perayaan Krismas.

"Kami bertemu pelabur di London, mereka adalah syarikat data global dan mereka tidak menyedari saya yang membangunkannya.

"Alasan utama saya menolak tawaran itu adalah, jika teknologi dan konsep telah bernilai jutaan dolar, cuba bayangkan berapa nilai jika orang mula menggunakannya," kata pelajar A Level dari Dewsbury itu.

Ali berkata, dia menyedari ia adalah risiko besar menolak sejumlah wang dari pelabur Amerika namun dia mahu mencipta sesuatu untuk diri sendiri.

Ini bukan pertama kali dia berjaya meraih pendapatan sendiri melalui kemahirannya itu.

Sebelum ini projek permainan videonya, Project 2006 berjaya menjana pendapatan £30,000 (RM 167,735) pada tahun 2012.

Usahasama bersama rakan kongsi perniagaan berusia 60 tahun Chris Thorpe akan dilancarkan pada 28 Januari ini lapor metro.uk.

BACA INI JUGA: Kenapa 'Altaba' Dipilih Sebagai Nama Baru Yahoo?

Sumber: SH

Malaysia No 55 Negara Paling Rasuah Di Dunia 2016!

Malaysia No 55 Negara Paling Rasuah Di Dunia 2016!

Malaysia berada di tangga ke 55 daripada 176 negara dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2016 dan tiga negara teratas dalam kalangan negara ASEAN, kata Transparency International-Malaysia (TI-M).

bilion
Sumber gambar, Zunar.

Presidennya Datuk Akhbar Satar berkata Malaysia mencatat skor 49 daripada 100 dalam tinjauan CPI.

Berbanding negara ASEAN lain, Malaysia berada di bawah Singapura (kedudukan ke-7) dan Brunei (ke-41) namun di atas Indonesia (ke-90), Filipina (ke-101), Thailand (ke-101), Vietnam (ke-113), Laos (ke-123), Myanmar (ke-136) dan Kemboja (ke-156).

Pada 2015, Malaysia berkedudukan ke-54 namun tambahan sembilan negara dalam CPI 2016 menyumbang kepada ranking Malaysia untuk 2016 berikutan sesetengah negara terbabit berada di atas Malaysia, katanya.

Skor dan kedudukan CPI ditentukan menerusi tahap persepsi rasuah dalam sektor awam negara berdasarkan skala 0 (dianggap paling rasuah) kepada 100 (paling bersih).

Akhbar berkata Denmark dan New Zealand berkongsi tangga pertama dengan skor 90 manakala Findland, Sweden dan Switzerland masing-masing dalam kelompok lima negara teratas indeks persepsi rasuah.

Lima negara terbawah ialah Sudah Selatan, Korea Utara, Syria, Libya, Yaman dan Sudan.

Akhbar said TI-M menggesa kerajaan melaksanakan syor-syor pertubuhan itu bagi membasmi sepenuhnya rasuah.

Antara syor terbabit ialah memperkenalkan peruntukan tanggungjawab korporat dalam undang-undang sedia ada dan menjadikan sijil ISO 37001 Sistem Pengurusan Anti Rasuah sebagai prasyarat untuk semua vendor kerajaan.

BACA INI JUGA: Najib Kata Derma Tak Salah?! SPRM Kata Rasuah!

Sumber: bernama