Wednesday, January 11, 2017

Wanita Ini Memilih Kerjaya Sebagai ‘Pembunuh Wanita Simpanan’!

Wanita Ini Memilih Kerjaya Sebagai ‘Pembunuh Wanita Simpanan’!

Seorang wanita di China membina kerjaya yang unik apabila membantu golongan isteri membalas dendam terhadap wanita simpanan suami mereka yang curang dalam perkahwinan.

Wanita

Shanghaiist melaporkan, Zhang Yufeng memilih kerjaya pelik itu selepas suaminya sendiri curang dan menceraikannya pada 1990-an.

Zhang memutuskan untuk membalas dendam dengan mencari suaminya dan wanita simpanan terbabit hingga memaksa mereka melarikan diri serta berpindah dari satu tempat ke satu tempat untuk mengelak daripada berjumpa dengannya.

Selepas kejadian tersebut, seorang wanita meminta bantuannya untuk membalas dendam untuk anaknya yang kemurungan dan membunuh diri selepas ditinggalkan suami yang curang.

Dia dilaporkan membantu ribuan isteri yang ‘terluka’ akibat perbuatan curang suami dengan mengumpul bahan bukti untuk kes di mahkamah.

Bukan itu sahaja, dia juga membantu isteri untuk memukul dan memalukan wanita simpanan yang dianggap perosak rumah tangga sehinggakan menerima nama jolokan sebagai ‘pembunuh wanita simpanan’.

Zhang Yufeng

Zhang kini memiliki kediaman di Beijing, China yang turut dijadikan tempat perlindungan untuk wanita yang diusir suami kerana mempunyai kekasih baru.

Dia dianggap sebagai wira dan perniagaannya semakin berkembang sejajar dengan peningkatan kadar penceraian di negara itu.

“Saya berjanji akan menghapuskan lelaki seperti itu tanpa belas kasihan,” katanya yang menerima lebih 100 panggilan sehari daripada wanita yang terdesak.

Sejak kebelakangan ini, banyak video dimuat naik di media sosial China memaparkan sekumpulan wanita memukul dan membogelkan perempuan dipercayai wanita simpanan di khalayak ramai.

Namun, video tersebut mendapat kritikan kerana tidak adil apabila hanya perempuan simpanan yang mendapat malu yang mana sepatutnya suami curang juga harus dipersalahkan dalam hal ini.

Wanita

Bagaimanapun, Zhang berpendapat wanita seperti itu sama saja jahatnya malah dianggap tidak ubah seperti ‘syaitan Jepun’ yang patut dipancung menggunakan pedang.

“Kali pertama saya membelasah seorang wanita simpanan apabila sedang membantu seorang wanita menyiasat suaminya yang curang.

“Ketika saya menendang, memukul dan menghinanya, polis datang dan saya memberitahu wanita itu menggoda suami orang.

“Polis tersebut berkata ‘saya tidak nampak apa-apa’ dan itu menandakan perbuatan saya tidak akan dikenakan tindakan,” katanya.

Zhang menjelaskan perbuatan memukul wanita simpanan ini boleh membantu isteri daripada tekanan emosi.

BACA INI JUGA: 8 Cara Isteri Kena Goda Suami Untuk Elak Cerai

Sumber: mynewshub

Nokia 6, Smartphone Pertama Android Nokia!

Nokia 6, Smartphone Pertama Android Nokia!

Tahun 2017 akhirnya menjadi saksi apabila HMD Global mengumumkan smartphone terbaru Nokia sejak sekian lama dengan pengumuman model Nokia 6, nama model smartphone terpendek setakat ini.

Nokia 6

Peminat boleh menjangka reka bina berkualiti pada Nokia 6. Ia menggunakan badan besi sepenuhnya dari sebuah blok aluminium siri 6000.

Skrinnya sebesar 5.5-inci dengan resolusi HD Penuh diselaputi kaca Gorilla Glass 2.5D.

Kuasa Nokia 6 diperoleh dari pemproses Qualcomm Snapdragon 430, sebuah pemproses kelas permulaan, tetapi ia digandingkan dengan 4GB RAM dan 64GB storan dalaman, spesifikasi yang besar berbanding pemprosesnya.

Kehebatan Nokia 6 ditambah lagi dengan sistem bunyi Dolby Atmos dan dua amplifier terbina di dalam, menghasilkan audio yang bukan sahaja lebih kuat, malah berkualiti.

Tangkapan gambarnya diuruskan oleh kamera 16MP f/2.0 di belakang, bersama kamera 8MP di depan.

Belum ada gambar rasmi dikeluarkan oleh HMD Global, tetapi GSMarena berkongsi koleksi gambar yang diperoleh dari weibo, dengan nombor model TA-1000 dan menjalankan Android 7.0 Nougat.

Nokia 6
Nokia 6
Nokia 6
Nokia 6
Nokia 6

Membawa nama jenama yang sudah dikenali ramai, Nokia 6 bakal dijual dengan harga 1699 Yuan (~RM1100), harga yang agak releven berdasarkan spesifikasi yang ditawarkan serta rekabentuk yang tampak tahan lasak dan kukuh.

Malangnya, smartphone ini cuma difokuskan buat pasaran China sahaja buat masa ini.

Selamat datang Nokia ke dunia Android.

BACA INI JUGA: Nokia 1100 Telefon Paling Laku Di Dunia!

Sumber: thevocket

Bayi Pelik Berkepala Dua Dilahirkan Di Mexico

Bayi Pelik Berkepala Dua Dilahirkan Di Mexico

Kelahiran bayi dengan dua kepala jarang berlaku namun baru-baru ini kecoh di media sosial apabila sebuah video memaparkan bayi berkepala dua dalam satu tubuh dilahirkan di bandar Ciudad Juarez, Mexico.

Bayi

Video tersebut dipercayai dimuat naik oleh ahli keluarga bayi tersebut yang terkejut dengan kejadian itu.

Dalam video berdurasi 30 saat itu memaparkan bayi yang dipegang oleh pasukan perubatan dalam keadaan menangis dengan tiub di hidung masing-masing.

Mirror melaporkan pasukan perubatan dan doktor enggan memberi penjelasan mengenai kes tersebut dan mengesahkan ibu bayi kembar siam itu dalam keadaan stabil.

Doktor kini sedang mencari jalan penyelesaian dan memikirkan masa depan bayi itu yang berkongsi tubuh dan organ dalaman namun mempunyai dua otak.

Dilaporkan, keadaan bayi lelaki itu dipercayai tidak dapat dikesan ketika pemeriksaan atau sama ada ibu bapanya sudah mengetahui bakal mendapat kembar siam.

Sebelum ini, kes kembar ganjil yang biasa ditemui ialah kembar siam yang berlaku dalam satu bagi 100,000 kehamilan

Jurnal perubatan menyatakan kejadian kembar bercantum berlaku apabila wanita menghasilkan hanya satu telur yang tidak berpisah sepenuhnya sebelum ia disenyawakan.

Sebahagian besar kembar bercantum tidak hidup lama kerana organ mereka tidak mampu menampung keperluan tubuh.

Dianggarkan 40 peratus mati sebelum atau sebaik dilahirkan manakala 35 peratus lagi mati beberapa hari kemudian.

Antara kes terbaru sebelum ini, seorang bayi lelaki berkepala dua dilahirkan di Kolej Perubatan Jawaharlal Nehru, Ajmer, Rajasthan, India pada 4 Oktober 2016 lalu, oleh wanita berusia 20 tahun namun bayi itu meninggal dunia 32 jam kemudian.

BACA INI JUGA: Budaya Pelik Kubur Mayat Bayi Dalam Pokok!

Sumber: mynewshub

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem Meninggal Dunia

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem Meninggal Dunia

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem dilaporkan telah meninggal dunia kira-kira jam 1.20 tengah hari pada Rabu di IJN Samarahan, Sarawak, disebabkan oleh komplikasi jantung.

Adenan Satem

Pemergian allahyarham kembali ke Rahmatullah amat dirasai kerana beliau yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bakal menyambut hari kelahirannya yang ke-73 tahun pada 27 Januari depan.

Allahyarham merupakan ketua menteri kelima Sarawak, negeri terbesar di Malaysia selepas mengambil alih jawatan daripada Tun Abdul Taib Mahmud pada 28 Februari 2014 yang kemudian dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri.

Sementara itu Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg pada satu sidang akhbar di Kuching berkata jenazah Ketua Menteri Sarawak itu akan dibawa dari kediaman peribadinya di Santubong ke Masjid Jamek Sarawak Petra Jaya 10 pagi esok dan orang ramai boleh memberi penghormatan terakhir bermula 10.30 pagi.

Selain itu turut diumumkan, tujuh hari tempoh berkabung dan bendera dikibar separuh tiang untuk seluruh negeri Sarawak.

Esok (Khamis) turut diumumkan sebagai hari kelepasan am bagi negeri Sarawak.

Sejarah

Bakal menjangkau usia 73 tahun pada 27 haribulan ini, Allahyarham merupakan ketua menteri Sarawak yang kelima selepas mengambil alih tugas daripada Tun Abdul Taib Mahmud pada 28 Feb 2014.

Pada PRN yang lalu, presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (BN-PBB) memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Tanjong Datu, menewaskan Jazolkipli Numan (PKR) dengan majoriti 5,892 undi.

Adenan, 72, meninggalkan seorang isteri, Puan Seri Jamilah Anu serta lima anak, empat perempuan dan seorang lelaki.

Dilahirkan pada 1944 di Kuching, Sarawak, Allahyarham mendapat pendidikan awal di Sekolah St Joseph, Sarawak sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang undang-undang di Universiti Adelaide, Australia.

Memulakan kariernya sebagai majistret di Kuching pada 1970, Adenan pernah berkhidmat sebagai menteri muda pembangunan tanah Sarawak selama dua tahun sehingga 1987 dan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar pada 2004.

Perjalanan karier Allahyarham sebagai ketua menteri bermula pada 2010 apabila beliau dilantik sebagai penasihat khas di Pejabat Ketua Menteri sebelum menyandang jawatan menteri di Pejabat Ketua Menteri dan menteri tugas-tugas khas Sarawak yang kebanyakannya mengendalikan isu berkaitan tanah.

Sebagai tokoh politik yang banyak menabur jasa dan khidmat khususnya dalam pembangunan negeri Sarawak, Allahyarham dianugerahkan pelbagai pingat dan darjah kebesaran termasuk Darjah Panglima Setia Mahkota, yang membawa gelaran 'Tan Sri', selain Pingat Perkhidmatan Bakti Negeri Sarawak dan Johan Bintang Sarawak pada 1986.

Peningkatan taraf hidup masyarakat di Sarawak merupakan agenda politiknya yang utama dan pangkat bukanlah kayu ukur yang diguna pakai untuk membuktikan kemampuannya sebagai seorang pemimpin yang nyata begitu disegani.

Mengimbas kembali bait-bait ucapannya ketika berucap merasmikan majlis pelancaran jentera PRN-11 PBB zon Samarahan di Dewan Suarah Kota Samarahan, April tahun lalu, "Sebagai seorang yang pernah memegang banyak jawatan penting dalam kerajaan sebelum dilantik menjadi ketua menteri, saya tidak 'gilakan pangkat'.

"Apa yang saya mahu ialah melihat taraf hidup masyarakat terus dipertingkatkan, lihatlah apa yang telah dilakukan sepanjang dua tahun saya dilantik sebagai ketua menteri."

***

"Takziah kepada Puan Sri Jamilah & keluarga serta rakyat negeri Sarawak atas kembalinya ke Rahmatullah Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem. Al Fatihah."

BACA INI JUGA: Maksud Sebenar Gelaran Dato', Datuk, Tun, Tan Sri Dan Sebagainya

Sumber: SH/TMO

Yahoo Akan Dikenali Sebagai 'Altaba' Selepas Ini

Yahoo Akan Dikenali Sebagai 'Altaba' Selepas Ini

YAHOO mengumumkan syarikat itu akan dikenali sebagai Altaba Inc dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Marissa Mayer akan berundur daripada barisan lembaga pengarah selepas memeterai perjanjian dengan Verizon Communications Inc.

Yahoo Altaba

Yahoo mempunyai perjanjian untuk menjual perniagaan teras internetnya, yang merangkumi pengiklanan digital, e-mel dan aset media kepada Verizon dengan nilai AS$4.83 bilion (RM21.6 bilion).

Terma-terma dalam perjanjian itu mungkin boleh dipinda atau transaksi mungkin juga boleh dibatalkan – selepas Yahoo sebelum ini mendedahkan dua kes pencerobohan data, yang salah satunya melibatkan 500 juta akaun pengguna, manakala yang kedua melibatkan lebih satu bilion akaun.

Eksekutif Verizon berkata, meskipun mereka melihat penyesuaian yang kukuh dan strategik dengan Yahoo, mereka masih menjalankan siasatan tentang kes kebocoran data berkenaan.

Lima pengarah Yahoo lain juga akan meletak jawatan selepas perjanjian ditandatangani.

Marissa Mayer
Marissa Mayer.

Sementara itu, baki ahli lembaga pengarah lain akan ditugaskan untuk mentadbir Altaba, sebuah syarikat pegangan dengan aset utamanya sebanyak 15 peratus dalam syarikat dagangan China, Alibaba Group Holding Ltd dan 35.5 peratus pegangan dalam Yahoo Japan.

Syarikat baharu itu juga menamakan Eric Brandt sebagai pengerusi lembaga pengarah berkuatkuasa 9 Januari 2017.

Selamat tinggal Yahoo.

BACA INI JUGA: Akhirnya Yahoo! Dijual Pada Harga $4.8 Billion

Sumber: AA

Nora Danish Bergelar Penyanyi, Muncul Dengan Single Duet 'Ini Lagi Boom'

Nora Danish Bergelar Penyanyi, Muncul Dengan Single Duet 'Ini Lagi Boom'

Nora Danish kini menonjolkan bakat nyanyiannya dan muncul dengan single duet berjudul 'Ini Lagi Boom' bersama penyanyi rap terkenal Waris.

Nora Danish

Lagu tersebut membawa genre Hip Hop Reggae yang diolah khusus bagi menepati citarasa penggemar muzik tempatan.

Menariknya Waris atau nama sebenarnya Muzzammil Alias yang terkenal dengan lagu-lagu rap seperti Rembau Most Wanted tampil buat kali pertama menyanyi tanpa rap.

Ini Lagi Boom dicipta sepenuhnya oleh DJ Fuzz manakala liriknya pula adalah hasil nukilan Waris sendiri bersama rakannya Aziquebeats.

Ketua Pegawai Eksekutif KRU Music, Dato’ Norman Abdul Halim berkata lagu itu terhasil daripada idea segar untuk menggalakan perkembangan industri hiburan tanah air.

"Industri muzik sentiasa perlu tampil dengan idea-idea segar dan menggalakkan kerjasama diantara artis walaupun berbeza syarikat rakaman.

"Ini biasa dilakukan di negara- negara Barat dan kolaborasi secara perkongsian diantara syarikat rakaman tempatan memang wajar dibudayakan di Malaysia untuk memberi variasi kepada peminat industri muzik tempatan.

“Kami berharap kolaborasi-kolaborasi seperti ini dapat memeriahkan lagi industri muzik Malaysia yang kini makin progresif," katanya.

Ini Lagi Boom boleh didengari menerusi platform streaming seperti You Tube, Spotify dan Apple Music; muat turun menerusi iTunes.

Ini Lagi Boom juga boleh dijadikan sebagai lagu nada dering melalui perkhidmatan syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan.

BACA INI JUGA: Ruhainies, Pelakon Cantik Mirip Nora Danish!

Sumber: AA

Tuesday, January 10, 2017

Gara-Gara Aiman, Herman Tino Dituduh Ada Anak Haram

Gara-Gara Aiman, Herman Tino Dituduh Ada Anak Haram

Aiman Tino yang mencipta nama menerusi lagu Ku Rela Dibenci mengakui terkejut apabila dirinya dikatakan anak luar nikah idolanya, Herman Tino, sedangkan selama ini dia tiada masalah menggunakan nama Tino.

Herman Tino

Populariti Aiman Tino semakin memuncak sejak single pertamanya berjudul Ku Rela Dibenci sememangnya mendapat perhatian peminat hiburan tempatan.

Kejayaan yang dikecapi Aiman Tino bagaimanapun membawa ‘khabar buruk’ buat pelakon veteran Herman Tino apabila ada pihak mendakwanya mempunyai anak luar nikah.

Herman Tino atau nama sebenarnya Masrun Tamisi, 63, dituduh mempunyai anak haram, mungkin orang yang membuat dakwaan tak berasas itu hanya bersandarkan kepada nama komersil Tino yang dikongsi kedua-dua selebriti tersebut.

Herman Tino yang dipetik Berita Harian berkata, “Selepas Aiman menjadi sebutan, nama saya terpalit apabila ada pihak menganggap saya mempunyai anak tidak sah taraf.”

Herman turut mendedahkan, isterinya juga mengutarakan soalan sama sehingga dia buntu bagaimana mahu memberikan penjelasan.

"Disebabkan dia sangat popular dan menggunakan nama Tino, ramai berteka-teki dan cuba mengaitkan kami.

"Daripada situ tercetus pelbagai spekulasi sehingga ada yang menyangka Aiman anak luar nikah saya," katanya lagi.

Menurut Aimin pula, asal usul nama Tino itu diberikan ibunya ketika dia berusia 12 tahun gara-gara terlalu meminati Herman Tino.

Dan sehinggalah sekarang nama Aiman Tino melekat dan kawan-kawan juga sudah lama tahu kisahnya.

BACA INI JUGA: 10 Video Muzik Paling Trending Di Malaysia 2016

-SENTIASAPANAS.COM

Ladang Kelapa Kampung Kerpal Terbesar Dan Paling Berjaya Di Malaysia

Ladang Kelapa Kampung Kerpal Terbesar Dan Paling Berjaya Di Malaysia

Ladang kelapa di Kampung Kerpal, Kuala Rompin, seluas 404 hektar dijangka mampu mengeluarkan hasil sebanyak 6 juta biji bagi tahun 2017.

Ladang kelapa

Ladang yang dibangunkan pada 2009 itu merupakan ladang kelapa paling luas di Malaysia melibatkan tiga jenis kelapa iaitu kelapa pandan, kelapa mataq dan kelapa mawar.

Pengarah bersama Ambang Perintis Sdn Bhd, Datuk Seri Abdul Wahid Abdul Manaf, berkata, kelapa jenis pandan paling laris berbanding dua jenis lain disebabkan rasa dan aromanya yang sedap.

Menurutnya, hasil kelapa tidak mencukupi untuk dieksport ke luar negara dan setakat ini hanya mampu untuk menampung pasaran dalam negara.

"Pokok kelapa di ladang ini mengeluarkan hasil selepas tempoh empat tahun dan tahun 2017 dijangka mampu mengeluarkan hasil berjumlah 6 juta biji.

"Setakat ini, ladang ini adalah yang berjaya di Pahang dan menjadikan ia terbesar di Malaysia, ladang lain yang luas juga ada tapi tak berjaya seperti ini," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas sesi taklimat pada Majlis Keberangkatan Pemangku Sultan Pahang, Tengku Mahkota Abdullah Sultan Ahmad Shah ke ladang kelapa di Kampung Kerpal dan kilang kelapa di Kampung Gading.

Dalam pada itu, beliau turut merancang untuk bekerjasama dengan penduduk tempatan bagi menambah pendapatan mereka melalui industri kelapa.

"Kita mungkin boleh membantu penduduk di sini dengan memberi benih dan tanam di tanah mereka, hasil kita akan ambil sekaligus mampu menjana pendapatan sampingan," katanya.

BACA INI JUGA:

Sumber: SH

Kos Ubahsuai Motosikal Unik Mampu Redah Banjir Hanya RM50

Kos Ubahsuai Motosikal Unik Mampu Redah Banjir Hanya RM50

Seorang pemuda, Mohd Faizol Lokman, 30, tidak menyangka video rakaman kakaknya, Khaizuraini, 35, ketika mereka berdua menunggang motosikal meredah banjir tersebar luas di laman sosial mencatat lebih 5 juta tontonan sehingga kini.

Mohd Faizol

Mohd Faizol yang juga mekanik motosikal sambilan dari Kampung Gerung, dekat Kampung Apal, di sini terkejut apabila rakaman yang dibuat kakaknya yang sedang membonceng motosikal mendapat perhatian netizen seluruh dunia.

Menurutnya, dia mengubahsuai motosikal Honda C70 sehingga berkemampuan ‘menyelam’ dalam air tanpa berdepan sebarang masalah.

“Sebenarnya telah beberapa tahun saya ubah suai motosikal sedemikian terutama ketika ingin bermain air banjir. Masa ubah suai motosikal itu hanya memakan masa sejam sahaja.

“Selepas tidak mahu guna, saya akan buka semula barang yang diubah suai itu menjadi motosikal biasa,” katanya ketika ditemui di rumah Adun Jabi, Mohd Iskandar Jaafar di Kampung Gong Lilit.

Mohd Faizol berkata, lokasi dia meredah air di dalam video yang tersebar itu adalah di jalan Kampung Gong Cokoh, Pasir Putih, Kelantan yang terletak bersempadan dengan Kampung Air Terjun, Besut.

Menurutnya, sehari sebelum itu sebaik mengubah suai motosikal dia meredah air sedalam satu meter di kawasan banjir di Hulu Besut.

“Kakak saya yang bekerja di Kuala Lumpur pulang bercuti dan mengajak saya untuk bermain banjir dan perkara sama kami meredah air dalam pada banjir sebelum ini.

“Kakak saya yang membonceng merakam video gunakan telefon bimbit yang dipegang dengan tripod kemudian dia memasuki lagu Jomblo Happy yang kebetulan sangat sesuai dengan video tersebut sebelum dimuat naik dalam Facebook,” katanya yang mahir memasang siling kapur rumah. -SH

Hanya RM50 untuk ubah suai motosikal

Mohd Faizol

Idris (kiri) tertarik melihat motosikal Faizol yang diubah suai sehingga mampu ‘menyelam’ dalam air.

Mohd Faizol berkata, dia hanya mengeluarkan modal RM50 untuk mengubah suai motosikal tersebut sehingga ia berkemampuan menjadi motosikal dua alam.

Menurutnya lagi, kerja mengubah suai motosikal seperti itu tidak rumit iaitu dia hanya perlu memasang paip tangki air kereta ke karburetor yang dipindahkan ke tempat tinggi di dalam raga motosikal.

“Hujung paip getah daripada karburetor pula di hala ke atas manakala minyak tu saya bekas minyak petrol di letak kat atas sekali dan turut dipasang getah paip kecil untuk mengelak dimasuki masuk air,” katanya.

Kata Mohd Faizol sebelum ini dia dan kakaknya tidak merakam video mereka meredah air dalam, tetapi sekadar mengambil gambar biasa menyebabkan ramai tidak percaya tentang kemampuan motosikal tersebut.

“Saya rasa puas kerana dapat meredah air banjir yang menenggelamkan jalan raya dengan motosikal tersebut tanpa motosikal mengalami kerosakan,” katanya.

Sementara itu menurut Mohd Iskandar, ciptaan tersebut hasil inovasi terhadap sukan permotoran yang mendalam dalam diri Faizol dan rakan-rakannya sehingga membolehkan motosikal dinaiki meredah air sedalam sehingga satu meter.

Menurutnya, kreativiti itu boleh diteruskan untuk faedah orang ramai melalui proses penambahbaikan.

“Motosikal seperti itu boleh dikomersialkan malah ia dapat membantu masyarakat di kampung-kampung yang memerlukan satu jenis kenderaan yang dapat digunakan dalam pelbagai keadaan terutama meredah air bagi melancarkan urusan kerja harian mereka.

“Sekarang ini ramai penduduk tidak dapat pergi atau melakukan kerja kerana jalan terputus akibat ditenggelami air walaupun sedalam paras lutut tetapi sekiranya ada motosikal seperti yang diubahsuai Mohd Faizol akan membantu mengurangkan masalah ini,” katanya.

Beliau juga mencadangkan pihak atasan dapat melihat hasil cetusan tersebut untuk memberi peluang kepada Mohd Faizol dan rakan-rakannya mengilap bakat mereka selain memberi pendapatan sampingan kepada golongan muda sepertinya ,” katanya.

Kebolehan Mohd Faizol turut mendapat perhatian Menteri Pendidikan Tinggi yang juga Ahli Parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusoh untuk bertemu dan melihat sendiri hasil ubahsuai yang dilakukan lelaki itu di Kampung Apal, semalam.

Idris dalam kenyataan ringkasnya memuji usaha dan kreativiti Mohd Faizol yang mampu mengubahsuai motosikal Honda C70 boleh bergerak walaupun tenggelam hampir sepenuhnya.

“Saya yakin anak muda kita boleh melakukan sesuatu menakjubkan sekiranya mereka punyai usaha dan kemahuan yang besar untuk berjaya.

"Golongan muda perlu menanam slogan 'tiada halangan hanya peluang, impian menjadi realiti' dalam diri masing-masing,” katanya. -SH

BACA INI JUGA: Sungguh Luarbiasa Orang Buta Pandu Motosikal!

-SENTIASAPANAS.COM

Impian Faiz Subri Selfie Bersama Ronaldo Akhirnya Tercapai!

Impian Faiz Subri Selfie Bersama Ronaldo Akhirnya Tercapai!

Impian pemenang Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016, Mohd Faiz Subri untuk bertemu dan mengambil swafoto bersama idolanya, Christian Ronaldo, akhirnya tercapai.

Selfie

Faiz menerusi akaun Twitter miliknya, memuat naik sekeping gambar bersama bintang bola sepak terkemuka dunia itu, beberapa jam lalu.

“Selepas saya menerima anugerah itu, Cristiano Ronaldo mengucapkan tahniah kepada saya.

"Saya juga sempat bergambar dengannya, memang ketika itu saya tak tahu nak kata apa lagi,” ulas Faiz kepada wartawan Malaysia di Zurich.

Turut kelihatan dalam gambar berkenaan adalah Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Afandi Hamzah.

Neuer

Sebelum ini, media tempatan ada melaporkan hasrat Faiz untuk berjumpa dan bergambar dengan Christian Ronaldo jika berpeluang bertemu bintang Portugal itu.

Faiz memberitahu, beberapa pemain lain seperti Sergio Ramos dan Manuel Neuer turut mengucapkan tahniah kepadanya.

Alex

Selain Ronaldo, Faiz juga sempat berselfie bersama Neuer dan bekas pengurus Manchester United, Alex Ferguson.

Sebelum itu, Faiz juga sempat bergambar bersama legenda-legenda bola sepak, antaranya Maradona dan Roberto Carlos, ketika makan tengah hari.

Maradona

Faiz, pemain berasal dari Ayer Hitam, Kedah melakar sejarah tersendiri apabila menjadi pemain Asia pertama meraih anugerah jaringan tercantik Puskas sejak diperkenalkan pada 2009.

Faiz dinobatkan pemenang Anugerah Puskas menerusi jaringannya yang disifatkan 'melanggar hukum fizik' ketika membantu Pulau Pinang menewaskan Pahang 4-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, pada 16 Feb tahun lepas. -AA

Maradona kecewa Messi gagal hadir di majlis Anugerah FIFA

Diego Maradona

Sementara itu, lagenda bola sepak Diego Maradona kecewa bahawa Lionel Messi dan Barcelona memilih untuk tidak hadir ke Zurich bagi meraikan majlis Anugerah Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016, dengan Roberto Carlos dan Michel Salgado turut mengkritik tindakan itu.

Pemain antarabangsa Argentina itu diatasi oleh bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo, dan Maradona melahirkan kekecewaan apabila rakan senegaranya itu gagal menghadirkan diri.

"Saya kecewa dengan Messi, dengan hanya menonton di rumah anda tidak dapat berjuang untuk apa-apa atau sesiapa -- di sini anda boleh berjuang," kata beliau kepada TVE.

"Saya tidak tahu mengapa Barcelona tidak menghadiri majlis penting ini. Mereka mempunyai keutamaan dan keutamaannya adalah Leo tidak datang. Saya berpendapat dengan datang ke sini (Zurich), mereka boleh lebih berjuang berbanding di Barcelona."

"Saya sedih dan kesal bahawa Leo dan rakan sepasukannya tidak hadir. Mereka memiliki pemain hebat dan kami mahu melihat kehadiran mereka," kata bekas tonggak antarabangsa Brazil itu sebelum majlis berlangsung.

"Kami mahu melihat Messi dan para pemain handalan lain serta jurulatih Barcelona di sini. Ini adalah majlis anugerah FIFA. FIFA adalah kuasa tertinggi dalam bola sepak. Jadi, semua orang patut ada di sini.

"Cristiano sedar mengenainya dan saya berasakan Leo patut tahu dia harus berada di sini. Ini perlu diubah.

"Real Madrid juga mempunyai perlawanan pada minggu ini dan mereka semua tiba di Zurich. Kewajipan untuk menang adalah sama buat kedua-dua kelab."

Salgado turut menyatakan dia menjangkakan tindakan yang lebih baik daripada Barca sebagai sebuah kelab terbesar di dunia.
"Ketika ini Real Madrid adalah kelab terbaik di dunia dan mungkin ini mempengaruhi keputusan pemain Barcelona. Tindakan Barcelona untuk tidak menghantar pemain terbaik mereka adalah salah.

"Saya sedar mereka mempunyai isu dengan FIFA sebelum ini, namun Barcelona perlu faham bahawa FIFA sedang berubah. Ini bukan tindakan yang anda jangkakan daripada sebuah kelab gergasi," katanya lagi. -AA

BACA INI JUGA: Faiz Subri Muncul Pemain Pertama Asia Menang Anugerah Puskas Fifa

-SENTIASAPANAS.COM

Penjelasan JAKIM Isu Sijil Halal KFC

Penjelasan JAKIM Isu Sijil Halal KFC

Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menafikan laporan berkaitan status halal KFC yang viral baru-baru ini.

KFC

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan di laman rasmi Facebook, Jakim berkata, maklumat yang tersebar sejak tahun 2007 berkenaan laporan tinjauan Ustaz Daud Che Ngah ke loji pemprosesan ayam KFC adalah tidak benar dan tidak berasas sama sekali.

Menurut Jakim, KFC (Malaysia) merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah sehingga kini.

"Proses pengeluaran Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) telah mengambil kira setiap ramuan dan proses yang berkaitan di dalam pengeluaran sesuatu produk dengan teliti oleh pakar Syariah dan juga Teknologi Makanan.

"Pegawai pemeriksa yang ditugaskan bukan sahaja membuat pemeriksaan dokumen, malah membuat pemeriksaan pematuhan berdasarkan Standard dan Prosedur SPHM di kawasan kilang yang mengeluarkan produk bagi memastikan apa jua pengisytiharan yang dibuat dipatuhi," jelas Jakim dalam satu kenyataan.

Jakim berkata, syarikat pengeluar juga perlu mewujudkan Sistem Jaminan Halal serta menubuhkan Jawatankuasa Halal Dalaman yang dianggotai oleh seorang Eksekutif Halal bagi memantau keseluruhan perolehan bahan mentah dan proses pengeluaran produk.

"Hal ini bagi memastikan produk tersebut terjamin dari segi aspek kehalalan dan juga jaminan kualiti serta kebersihan (Halalan thoyyiban).

Jakim menasihatkan masyarakat Islam agar lebih bijak dan peka apabila menerima sesuatu maklumat dan jangan mempercayai maklumat yang tidak disahkan, serta perlu menyelidiki terlebih dahulu sebelum menyebarkan maklumat tersebut.

BACA INI JUGA: Tips Dan Cara Membezakan Ais Bersih Atau Kotor

Sumber: SH