Wednesday, January 11, 2017

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem Meninggal Dunia

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem dilaporkan telah meninggal dunia kira-kira jam 1.20 tengah hari pada Rabu di IJN Samarahan, Sarawak, disebabkan oleh komplikasi jantung.

Adenan Satem

Pemergian allahyarham kembali ke Rahmatullah amat dirasai kerana beliau yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bakal menyambut hari kelahirannya yang ke-73 tahun pada 27 Januari depan.

Allahyarham merupakan ketua menteri kelima Sarawak, negeri terbesar di Malaysia selepas mengambil alih jawatan daripada Tun Abdul Taib Mahmud pada 28 Februari 2014 yang kemudian dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri.

Sementara itu Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg pada satu sidang akhbar di Kuching berkata jenazah Ketua Menteri Sarawak itu akan dibawa dari kediaman peribadinya di Santubong ke Masjid Jamek Sarawak Petra Jaya 10 pagi esok dan orang ramai boleh memberi penghormatan terakhir bermula 10.30 pagi.

Selain itu turut diumumkan, tujuh hari tempoh berkabung dan bendera dikibar separuh tiang untuk seluruh negeri Sarawak.

Esok (Khamis) turut diumumkan sebagai hari kelepasan am bagi negeri Sarawak.

Sejarah

Bakal menjangkau usia 73 tahun pada 27 haribulan ini, Allahyarham merupakan ketua menteri Sarawak yang kelima selepas mengambil alih tugas daripada Tun Abdul Taib Mahmud pada 28 Feb 2014.

Pada PRN yang lalu, presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (BN-PBB) memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Tanjong Datu, menewaskan Jazolkipli Numan (PKR) dengan majoriti 5,892 undi.

Adenan, 72, meninggalkan seorang isteri, Puan Seri Jamilah Anu serta lima anak, empat perempuan dan seorang lelaki.

Dilahirkan pada 1944 di Kuching, Sarawak, Allahyarham mendapat pendidikan awal di Sekolah St Joseph, Sarawak sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang undang-undang di Universiti Adelaide, Australia.

Memulakan kariernya sebagai majistret di Kuching pada 1970, Adenan pernah berkhidmat sebagai menteri muda pembangunan tanah Sarawak selama dua tahun sehingga 1987 dan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar pada 2004.

Perjalanan karier Allahyarham sebagai ketua menteri bermula pada 2010 apabila beliau dilantik sebagai penasihat khas di Pejabat Ketua Menteri sebelum menyandang jawatan menteri di Pejabat Ketua Menteri dan menteri tugas-tugas khas Sarawak yang kebanyakannya mengendalikan isu berkaitan tanah.

Sebagai tokoh politik yang banyak menabur jasa dan khidmat khususnya dalam pembangunan negeri Sarawak, Allahyarham dianugerahkan pelbagai pingat dan darjah kebesaran termasuk Darjah Panglima Setia Mahkota, yang membawa gelaran 'Tan Sri', selain Pingat Perkhidmatan Bakti Negeri Sarawak dan Johan Bintang Sarawak pada 1986.

Peningkatan taraf hidup masyarakat di Sarawak merupakan agenda politiknya yang utama dan pangkat bukanlah kayu ukur yang diguna pakai untuk membuktikan kemampuannya sebagai seorang pemimpin yang nyata begitu disegani.

Mengimbas kembali bait-bait ucapannya ketika berucap merasmikan majlis pelancaran jentera PRN-11 PBB zon Samarahan di Dewan Suarah Kota Samarahan, April tahun lalu, "Sebagai seorang yang pernah memegang banyak jawatan penting dalam kerajaan sebelum dilantik menjadi ketua menteri, saya tidak 'gilakan pangkat'.

"Apa yang saya mahu ialah melihat taraf hidup masyarakat terus dipertingkatkan, lihatlah apa yang telah dilakukan sepanjang dua tahun saya dilantik sebagai ketua menteri."

***

"Takziah kepada Puan Sri Jamilah & keluarga serta rakyat negeri Sarawak atas kembalinya ke Rahmatullah Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem. Al Fatihah."

BACA INI JUGA: Maksud Sebenar Gelaran Dato', Datuk, Tun, Tan Sri Dan Sebagainya

Sumber: SH/TMO

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon