3/30/2013

Benarkah Hutan Di Sarawak Tinggal 5% Saja Lagi?

Baru-baru ini, sebuah video yang sememangnya dirancang rapi untuk menjatuhkan Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Taib Mahmud mula menjadi hangat di Youtube.


Ia muncul secara tiba-tiba ketika pilihan raya umum sudah begitu hampir.

Kandungannya cuba menzahirkan bagaimana hutan di Sarawak telah habis dikerjakan oleh keluarga Taib.

Menurut Global Witness, hanya tinggal 5 peratus hutan sarawak yang tidak terjejas dengan pembalakan.

Merbahaya betul…bermakna Sarawak hampir sudah tiada langsung hutan kalau begitu…

Namun, persoalannya, mana mungkin hutan Sarawak hanya tinggal 5 peratus yang tidak terjejas sedangkan bukti dan data dari pelbagai pihak memperlihatkan keluasan hutan di Sarawak adalah antara 65 hingga 70 peratus daripada keseluruhan muka buminya.


Nyata Global Witness menyebut hanya 5 peratus hutan yang tinggal di awal klip semata-mata dengan niat untuk menarik perhatian dan menyakinkan orang ramai yang keadaan di Sarawak adalah di luar kawalan.

Di kala negara-negara barat sendiri memiliki keluasan hutan di bawah 10 peratus daripada keluasan negara mereka, 65 hingga 70 peratus yang dimiliki Sarawak nyata memperlihatkan tindakan Global Witnes bermotifkan politik dan bukannya perjuangan alam sekitar.

Taib Mahmud ketika ditemui mengesahkan, hutan Sarawak kini berkeluasan 65 peratus dengan Hutan Simpan Taman Negara sahaja sudah melebihi 1 juta hektar.

“Kenapa baru sekarang klip video itu keluar? Sangat jelas bukan ia hanyalah kempen politik untuk menjatuhkan saya,” katanya.

Gambar daripada imej satelit Google Map dengan jelas memperlihatkan keluasan hutan di Sarawak mustahil hanya 5 peratus yang kekal tanpa kesan pembalakan.

Dengan jelas kelihatan kehijauan yang ada adalah antara 65 hingga 70 peratus.

Mengenai persoalan lain yang timbul dalam klip berkenaan bahawa beliau menerima wang dari pihak tertentu atas urusan jual beli tanah, Taib berkata;

“Selain pada kata-kata yang keluar dari mulut, boleh sesiapa tunjukkan yang saya mendapat wang yang dimaksudkan,” katanya.

-Mynewshub

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon