Tuesday, January 10, 2017

Impian Faiz Subri Selfie Bersama Ronaldo Akhirnya Tercapai!

Impian pemenang Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016, Mohd Faiz Subri untuk bertemu dan mengambil swafoto bersama idolanya, Christian Ronaldo, akhirnya tercapai.

Selfie

Faiz menerusi akaun Twitter miliknya, memuat naik sekeping gambar bersama bintang bola sepak terkemuka dunia itu, beberapa jam lalu.

“Selepas saya menerima anugerah itu, Cristiano Ronaldo mengucapkan tahniah kepada saya.

"Saya juga sempat bergambar dengannya, memang ketika itu saya tak tahu nak kata apa lagi,” ulas Faiz kepada wartawan Malaysia di Zurich.

Turut kelihatan dalam gambar berkenaan adalah Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Afandi Hamzah.

Neuer

Sebelum ini, media tempatan ada melaporkan hasrat Faiz untuk berjumpa dan bergambar dengan Christian Ronaldo jika berpeluang bertemu bintang Portugal itu.

Faiz memberitahu, beberapa pemain lain seperti Sergio Ramos dan Manuel Neuer turut mengucapkan tahniah kepadanya.

Alex

Selain Ronaldo, Faiz juga sempat berselfie bersama Neuer dan bekas pengurus Manchester United, Alex Ferguson.

Sebelum itu, Faiz juga sempat bergambar bersama legenda-legenda bola sepak, antaranya Maradona dan Roberto Carlos, ketika makan tengah hari.

Maradona

Faiz, pemain berasal dari Ayer Hitam, Kedah melakar sejarah tersendiri apabila menjadi pemain Asia pertama meraih anugerah jaringan tercantik Puskas sejak diperkenalkan pada 2009.

Faiz dinobatkan pemenang Anugerah Puskas menerusi jaringannya yang disifatkan 'melanggar hukum fizik' ketika membantu Pulau Pinang menewaskan Pahang 4-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, pada 16 Feb tahun lepas. -AA

Maradona kecewa Messi gagal hadir di majlis Anugerah FIFA

Diego Maradona

Sementara itu, lagenda bola sepak Diego Maradona kecewa bahawa Lionel Messi dan Barcelona memilih untuk tidak hadir ke Zurich bagi meraikan majlis Anugerah Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016, dengan Roberto Carlos dan Michel Salgado turut mengkritik tindakan itu.

Pemain antarabangsa Argentina itu diatasi oleh bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo, dan Maradona melahirkan kekecewaan apabila rakan senegaranya itu gagal menghadirkan diri.

"Saya kecewa dengan Messi, dengan hanya menonton di rumah anda tidak dapat berjuang untuk apa-apa atau sesiapa -- di sini anda boleh berjuang," kata beliau kepada TVE.

"Saya tidak tahu mengapa Barcelona tidak menghadiri majlis penting ini. Mereka mempunyai keutamaan dan keutamaannya adalah Leo tidak datang. Saya berpendapat dengan datang ke sini (Zurich), mereka boleh lebih berjuang berbanding di Barcelona."

"Saya sedih dan kesal bahawa Leo dan rakan sepasukannya tidak hadir. Mereka memiliki pemain hebat dan kami mahu melihat kehadiran mereka," kata bekas tonggak antarabangsa Brazil itu sebelum majlis berlangsung.

"Kami mahu melihat Messi dan para pemain handalan lain serta jurulatih Barcelona di sini. Ini adalah majlis anugerah FIFA. FIFA adalah kuasa tertinggi dalam bola sepak. Jadi, semua orang patut ada di sini.

"Cristiano sedar mengenainya dan saya berasakan Leo patut tahu dia harus berada di sini. Ini perlu diubah.

"Real Madrid juga mempunyai perlawanan pada minggu ini dan mereka semua tiba di Zurich. Kewajipan untuk menang adalah sama buat kedua-dua kelab."

Salgado turut menyatakan dia menjangkakan tindakan yang lebih baik daripada Barca sebagai sebuah kelab terbesar di dunia.
"Ketika ini Real Madrid adalah kelab terbaik di dunia dan mungkin ini mempengaruhi keputusan pemain Barcelona. Tindakan Barcelona untuk tidak menghantar pemain terbaik mereka adalah salah.

"Saya sedar mereka mempunyai isu dengan FIFA sebelum ini, namun Barcelona perlu faham bahawa FIFA sedang berubah. Ini bukan tindakan yang anda jangkakan daripada sebuah kelab gergasi," katanya lagi. -AA

BACA INI JUGA: Faiz Subri Muncul Pemain Pertama Asia Menang Anugerah Puskas Fifa

-SENTIASAPANAS.COM

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

2 comments

Anak Malaysia Hebattt!!!... bangga dengan Faiz. :D

Tahniah! sebagai anak jati Kedah saya juga berbangga! bukan senang nak dapat peluang berselfie dengan ronaldo, berjuta orang impikan nak dapat

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon