Saturday, October 15, 2016

Budaya Pelik Kubur Mayat Bayi Dalam Pokok!


Disebuah perkampungan, kelihatan sejumlah besar pokok yang hidup subur dalam saiz yang berbeza-beza.

Kubur dalam pokok
Sumber gambar: pojiegraphy

Bagaimanapun, selepas melihat dari jarak dekat, ada sesuatu yang agak pelik. Terdapat bentuk segi empat pada permukaan pokok, seolah-olah ditampal.

Peliknya, hanya pokok bersaiz besar sahaja yang memiliki corak begitu.

Bentuk segi empat itu sebenarnya merupakan kubur manusia! Kubur di dalam batang pokok!

Walaupun kedengaran sangat janggal, perkara ini sebenarnya merupakan budaya suku kaum Toraja.

Perkuburan pokok ini terletak di daerah Tana Toraja, kawasan pedalaman wilayah bergunung di Sulawesi Selatan.

Lebih menggerunkan, kubur pada batang pokok ini dimiliki oleh mayat bayi yang berusia enam bulan ke bawah.

Kubur
Sumber gambar: soloraya

Namun, mayat-mayat bayi ini bukanlah mati dibunuh, sebaliknya meninggal dunia atas sebab-sebab semulajadi.

Masyarakat Toraja yakin, dengan cara tersebut mayat diserap ke dalam alam semulajadi dengan mudah.

Pokok-pokok besar ini pula diberi nama Banyan. Saiz yang besar dan tinggi membolehkan setiap pokok ditanam dengan jumlah mayat bayi yang ramai.

Penduduk akan mula menebuk lubang sejurus menerima berita tentang kematian bayi berlaku. Anggaran lubang yang ditebuk pula berdasarkan kepada saiz seorang bayi.

Sementara itu, ibu bapa yang kematian bayi tersebut akan membalut jasad bayi dengan menggunakan kain.

Kemudian, mayat bayi tersebut akan diletakkan ke dalam lubang pokok yang telah disediakan.

Setelah selesai, lubang itu akan ditutup dan dikemaskan dengan susunan besi yang menyerupai sangkar.

Kubur

Ia bertujuan supaya kubur dalam pokok itu terus berada dalam keadaan kekal dan terbuka.

Selesai pengebumian, maka bermulalah kehidupan baru bayi tersebut di alam barzakh.

Masyarakat Toraja percaya, roh anak-anak yang mati akan mula diterbangkan sejurus selesai upacara pengebumian.

Namun, amalan menanam mayat bayi di dalam pokok tidak lagi diamalkan sejak tahun 1900.

BACA INI JUGA: Upacara Rambu Solo, Suku Kaum Yang Obses Terhadap Kematian

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon