Sunday, December 11, 2016

7 Tips Pemakanan Untuk Kesihatan Jantung

7 Tips Pemakanan Untuk Kesihatan Jantung

Apa punca utama masalah jantung? Sudah pasti kolesterol adalah jawapannya. Kolesterol ditemui dalam tubuh dan dikenali sebagai lipoproteins.

Jantung sihat

'Low-density lipoproteins' (LDL) pula adalah sejenis kolesterol jahat yang boleh menyebabkan kehadiran plak pada bahagian arteri atau pembuluh darah jika wujud dengan banyak.

Namun, ada cara mudah untuk menjaga jantung agar sentiasa sihat hanya dengan mengamalkan pemakanan buah-buahan dan tumbuhan semulajadi yang mempunyai zat-zat yang amat baik untuk kesihatan jantung.

Jadi, untuk mengurangkan kolesterol terutamanya LDL, anda boleh mengamalkan tips mudah ini dalam pemakanan harian.

1. Makanan Berasaskan Oat

Oat kaya dengan beta-glucan, sejenis serat yang bekerja seperti span untuk mengikis kolesterol.

2. Kekacang Badam

Badam mengandungi dua jenis antioksidan yang amat berkuasa iaitu vitamin E dan 'flavonoids' yang berupaya menghapuskan LDL disamping mengelakkan perkembangan plak.

3. Bawang Putih

Bawang putih menghalang keupayaan hati untuk menghasilkan kolesterol.

4. Makanan Yang Mengandungi Phytosterol

Phytosterol adalah sejenis lemak yang ditemui dalam tumbuhan seperi buah-buahan, kekacang, bijirin dan minyak sayuran.

Ia bertindak menyerap kolesterol dan mengelakkan kolesterol daripada masuk ke dalam sel tubuh.

5. Epal

Epal kaya dengan polyphenols, sejenis antioksidan yang amat berkuasa untuk menghalang perkembangan plak.

6. Kekacang

Kekacang mengandungi sejenis serat mudah hancur istimewa yang akan menjalani proses penapaian di dalam 'colon'.

Bakteria sihat yang terhasil akan memakan serat tersebut untuk menghasilkan kitaran pendek asid lemak yang akan bergerak ke bahagian hati dan seterusnya mengelakkan penghasilan kolesterol LDL.

7. Protein Soya

Protein soya mengandungi phytoestrogens yang berupaya memperbaiki kemampuan hati untuk mengelakkan kehadiran kolesterol dalam saluran darah.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Profesor Dedah Bahaya Kandungan Minuman 3 In 1 Boleh Sumbat Arteri Darah!

-SENTIASAPANAS.COM

Ketahui Rahsia Personaliti Melalui Mata Seorang Wanita

Ketahui Rahsia Personaliti Melalui Mata Seorang Wanita

Mata, mampu mengungkap pelbagai makna tersirat disebalik renungan dan pandangan seorang wanita. Mari ketahui personaliti seorang wanita dengan melihat apa sebenarnya yang tersirat disebalik bentuk dan pandangan matanya.

Rahsia mata wanita

Saiz mata kecil
  • Peramah
  • Banyak cakap
  • Kurang pertimbangan (Lelaki boleh jadi kelam kabut akibat mulutnya)
  • Bersikap periang tapi bila marah lambat sejuk
  • Bila bercinta suka tukar pasangan kerana hatinya tidak pernah puas
  • Boleh bahagia dengannya jika dapat penuhi kehendak duniawinya dan melayan syahwatnya dengan baik

Saiz mata sedang
  • Sederhana
  • Tidak banyak berahsia
  • Ada pertimbangan
  • BertanggungjawabPerlukan belaian mesra suami

Saiz mata lebar
  • Cukup kuat berahsia
  • Otak kurang cergas
  • Pemarah
  • Bertindak tanpa fikir panjang
  • Kurang teratur
  • Tiada arah tujuan dan berputus asa
  • Nafsu syahwat tinggi

Mata selalu berkedip
  • Wanita ini baik, pemaaf, senang dibawa berbincang, memahami dan sabar

Mata jarang berkedip
  • Wanita ini istimewa
  • Bijaksana
  • Baik pekerti
  • Setia
  • Adil
  • Bertanggungjawab
  • Tidak cerewet
  • Suka membantu dan membahagiakan

Mata cengkung
  • Kurang memuaskan
  • Materialistik
  • Hidup dengannya boleh sengsara
  • Kata manis tapi bohong
  • Mahu senang
  • Mudah curang
  • Bila anda susah dia tidak peduli

Mata redup
  • Wanita ini mudah dipermainkan
  • Tidak dapat kawal emosi
  • Hati tidak tetapBanyak kenalan kurang sahabat
  • Mengumpat
  • Irihati
  • Kejam
  • Kasar
  • MencemuhPemarah

Matanya seolah tersembul keluar
  • Sifatnya baik
  • Rela
  • Tabah
  • Menyenangkan
  • Ikut kata (Tapi mungkin tidak tepati janji)
  • Pendendam
  • Tamak
  • Marah bila tidak puas nafsu syahwatnya

p/s: Ini adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata-mata dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%.

BACA INI JUGA: Ketahui Rahsia Personaliti Melalui Bentuk Kuku

Sumber: 1001rahsiadiri

Saturday, December 10, 2016

10 Video Muzik Paling Popular Di Dunia 2016

10 Video Muzik Paling Popular Di Dunia 2016

Google dalam kenyataannya menyenaraikan 10 klip video muzik paling popular di seluruh dunia dan trending sepanjang 2016.

Rihanna

Fifth Harmony muncul sebagai klip video muzik paling popular tahun 2016 (dengan lebih dari satu bilion tontonan).

Berikut adalah senarai video muzik paling popular di seluruh dunia bagi tahun 2016:

1. Fifth Harmony - Work from Home ft. Ty Dolla $ign

2. Calvin Harris - This Is What You Came For (Official Video) ft. Rihanna

3. Hasta el Amanecer - Nicky Jam | Video Oficial

4. The Chainsmokers - Closer (Lyric) ft. Halsey

5. Rihanna - Work (Explicit) ft. Drake

6. Mike Posner - I Took A Pill In Ibiza (Seeb Remix) (Explicit)

7. Sia - Cheap Thrills (Lyric Video) ft. Sean Paul

8. ZAYN - PILLOWTALK

9. Coldplay - Hymn For The Weekend (Official video)

10. twenty one pilots: Heathens (from Suicide Squad: The Album) [OFFICIAL VIDEO]

Video muzik Rihanna mencatat jumlah tontonan video tertinggi dalam masa 24 jam pertama untuk sebuah video muzik pada tahun 2016. -mk

BACA INI JUGA: 10 Penyanyi Arab Paling Kaya

10 Video Dan Video Muzik Antarabangsa Paling Trending Di Malaysia 2016

10 Video Dan Video Muzik Antarabangsa Paling Trending Di Malaysia 2016

Bagi kategori 10 video dan video muzik global paling popular di Malaysia 2016, senarai terbaru Google menyatakan, secara keseluruhan semua 10 klip yang tersenarai mencatatkan 550 juta tontonan dan disaksikan untuk tempoh lebih dari 25 juta jam oleh penonton Malaysia.

Adele Carpool Karaoke

Berikut adalah 10 video global Paling Trending dan Popular di Malaysia 2016.

1. Adele Carpool Karaoke

2. Pen-Pineapple-Apple-Pen/PIKO-TARO

3. What's inside a Rattlesnake Rattle?

4. Nike Football Presents: The Switch ft. Cristiano Ronaldo, Harry Kane, Anthony Martial & More

5. Grace VanderWaal: 12-Year-Old Ukulele Player Gets Golden Buzzer - America's Got Talent 2016

6. Water Bottle Flip Edition | Dude Perfect

7. Channing Tatum & Beyonce's "Run The World (Girls)" vs. Jenna Dewan-Tatum's "Pony" | Lip Sync Battle

8. Donald Trump: Last Week Tonight with John Oliver (HBO)

9. THE $21,000 FIRST CLASS AIRPLANE SEAT

10.Brothers Convince Little Sister of Zombie Apocalypse

Saluran-saluran yang mencipta video tersebut memiliki lebih 40 juta pelanggan yang kerap menonton kandungan lucu, berinformasi dan menghiburkan. -mk

BACA INI JUGA: 5 Lagu Michael Jackson Yang Paling Diminati

10 Video Muzik Paling Trending Di Malaysia 2016

10 Video Muzik Paling Trending Di Malaysia 2016

Dalam senarai video muzik paling popular di Malaysia pada tahun 2016, penyanyi Aiman Tino berada di kedudukan tertinggi melalui lagu popularnya, Kurela Dibenci.

Aiman Tino

Google Malaysia menyenaraikan 10 klip video muzik yang menjadi trending di negara ini sepanjang 2016.

Senarai trending untuk video muzik di YouTube Malaysia bagi tahun ini ialah:

1. Aiman Tino - Ku Rela Dibenci (Official Music Video with Lyric)

2. Projector Band - Sudah Ku Tahu (Official Lirik Video)

3. The Chainsmokers - Closer (Lyric) ft. Halsey

4. Gamma1 - Jomblo Happy | Official Video Clip

5. DNCE - Toothbrush (Official Video)

6. JESSICA (제시카) (Feat. Fabolous) - FLY Official Music Video

7. 방탄소년단 'Save ME' MV

8. Galantis - No Money (Official Video)

9. Jennifer Lopez - Ain't Your Mama

10. Maroon 5 - Don't Wanna Know

Aiman Tino mengatasi artis lain termasuk Gamma1, Jennifer Lopez dan Maroon 5. -mk

BACA INI JUGA: Tiket Konsert Paling Mahal Selebriti Terkenal

10 Video Paling Trending Di Malaysia 2016

10 Video Paling Trending Di Malaysia 2016

Google Malaysia dalam kenyataan terbaru menyenaraikan 10 klip video yang paling trending dan popular di Malaysia sepanjang 2016.

Rama-Rama

Mengungguli carta klip video paling trending di Malaysia ialah Lagu Kanak Kanak | Rama-Rama | Didi & Friends, diikuti klip video siri animasi televisyen BoBoiBoy.

Turut tersenarai ialah video klip program hiburan, lagu Namewee dan parodi filem Korea.

Tidak ketinggalan, klip video tendangan percuma luarbiasa Faiz Subri.

Berikut adalah senarai video klip yang menjadi trending di YouTube pada tahun ini:

1. Lagu Kanak Kanak | Rama-Rama | Didi & Friends

2. TERBARU! Musim 3 - Episod TERAKHIR: Jumpa Lagi BoBoiBoy (ENG SUB)

3. TRAIN TOO 'BOSAN' Trailer (Parody of 'Train to Busan' Trailer)

4. Spicy Korean Noodle Challenge | Asyalliee

5. [Namewee Tokok] 057 Tattoo Artist 紋身 10-01-2016

6. Maharaja Lawak Mega 2016 - Akhir (Bocey) Muzikal

7. Faiz Subri insane knuckleball free kick Penang 4-1 Pahang FC

8. Pokemon GO In REAL LIFE

9. 当学校开学的时候 -Youtube

10. Like, DM, Unfollow: Malaysian Beauties

Menurut kenyataan Google Malaysia hiburan kanak-kanak memberi kesan besar pada tahun ini.

"Populariti kandungan YouTube tempatan juga melonjak ke paras tertinggi dengan lapan daripada video yang berada dalam senarai 10 video trending adalah dari bakat-bakat tempatan.

"Mereka melayani para penonton dengan video-video watak menyeronokkan, aksi mendebarkan dan gelagat menghiburkan," katanya. -mk

BACA INI JUGA: Siapa Pencipta Kartun Spongebob Squarepants?

Friday, December 09, 2016

Senarai Filem Wajib Tonton Disember 2016!

Senarai Filem Wajib Tonton Disember 2016!

Bagi penggemar-penggemar filem terbaru, berikut ini adalah filem-filem terkini di pawagam bagi bulan Disember 2016 yang anda wajib tonton.

Sama seperti filem wajib tonton bulan November lalu, movie terbaru di pawagam bulan ini juga nampaknya sarat dengan aksi filem seram.

Kami senaraikan filem-filem terbaru dipawagam yang anda wajib tonton, semoga terhibur.

Underworld: Blood Wars
Tarikh Tayangan: 1 Disember 2016

Underworld - Blood Wars

Vampire Death Dealer Selene meneruskan perjuangannya menentang puak Lycan dan Vampire yang cuba mengeksploitasi darahnya dan anak perempuannya untuk menghasilkan Vampire-Corvinus yang mempunyai kuasa luar biasa.

Dia menyembunyikan anaknya dan bergabung dengan David dan bapanya Thomas dalam cubaan menghentikan perang di antara Lycan dan Vampire.

Incarnate
Tarikh Tayangan: 1 Disember 2016

Incarnate

Dr. Seth Ember berkerusi roda selepas terlibat dalam satu kemalangan. Dia mempunyai kebolehan untuk memasuki minda orang yang dirasuki dan menyembuhkan mereka.

Apabila Vatican telah memanggilnya untuk membantu menyembuhkan seorang budak, Ember mendapati syaitan yang merasuki budak itu sama dengan syaitan yang bertanggungjawab terhadap kematian isteri dan anaknya beberapa tahun sebelum itu.

Bedeviled
Tarikh Tayangan: 8 Disember 2016

Bedeviled

Sekumpulan rakan telah memuat turun satu aplikasi misteri yang pada mulanya berfungsi seperti aplikasi Siri, membantu mereka untuk mendapatkan arah tuju atau cadangan restoran.

Tetapi tidak lama kemudian aplikasi itu mula menunjukkan belang jahatnya, apabila ia bukan sahaja tahu rahsia mereka tetapi mampu menjelmakan ketakutan itu ke dunia realiti yang akan menakutkan mereka sehingga mati.

Sing
Tarikh Tayangan: 8 Disember 2016

Sing

Filem arahan Garth Jennings ini mengisahkan tentang seekor koala bernama Buster yang memiliki sebuah teater. Dia kemudiannya meminta bantuan rakan baiknya untuk memajukan perniagaan teater itu dengan menganjurkan pertandingan menyanyi.

Midnight University
Tarikh Tayangan: 8 Disember 2016

Midnight University

Terdapat khabar angin yang tersebar mengatakan ada sebuah universiti yang mempunyai kelas yang dipenuhi dengan roh-roh pelajar yang mati sebelum mereka sempat menamatkan pengajian.

Mahu membantu roh-roh tersebut, satu kelas istimewa telah diwujudkan supaya kesemua roh-roh itu dapat menamatkan pengajian dan pergi ke syurga.

Tetapi lebih banyak roh mendaftarkan diri ke kelas tersebut dan tiada seorang pun guru yang berani untuk mengajar mereka.

Perkara menjadi lebih pelik dan lucu apabila enam pelajar manusia mendaftar masuk ke kelas tersebut.

The Disappointments Room
Tarikh Tayangan: 8 Disember 2016

The Disappointments Room

Dana dan David bersama anak lelaki mereka yang berusia 5 tahun cuba untuk mencari hidup baru. Mereka telah berpindah ke sebuah rumah lama yang cantik di kawasan pedalaman dan rumah tersebut menepati cita rasa rumah impian mereka.

Tetapi perkara menjadi buruk apabila Dana menemui bilik rahsia di loteng. Dia kemudian menjumpai sebatang kunci, yang telah lama hilang, ke bilik tersebut.

Dia secara tidak sengaja telah membuka dan melepaskan sesuatu menyeramkan, yang mendedahkan tentang masa lampau rumah itu yang menakutkan.

Rogue One: A Star Wars Story
Tarikh Tayangan: 15 Disember 2016

Rogue One - A Star Wars Story

Filem ini adalah di antara "Star Wars: Episode III Revenge of the Sith" dan "Star Wars: Episode IV A New Hope", ketika zaman Empayar.

Ia mengisahkan tentang sekumpulan penentang yang bergabung untuk mencuri pelan ke Death Star, iaitu stesen pertempuran bergerak Empayar Galaktik yang mampu memusnahkan seluruh planet.

Assassin's Creed
Tarikh Tayangan: 22 Disember 2016

Assassin's Creed

Menceritakan tentang seorang pelayan bar yang telah ditangkap oleh sebuah organisasi besar dan telah dipaksa memasuki ke dalam sebuah mesin yang digelar "The Animus".

Setelah dimasukkan ke dalam mesin ini, dia boleh mengimbas kembali memori kehidupan nenek moyangnya yang kebanyakan daripada mereka adalah pembunuh.

Pelayan bar tersebut dipaksa untuk mengambil sebuah artifak yang mempunyai kuasa dan merbahaya.

Filem arahan Justin Kurzel ini menampilkan barisan pelakon hebat seperti Michael Fassbender, Marion Cotillard, Michael Kenneth Williams, Ariane Labed, Jeremy Irons dan ramai lagi.

Apa yang pasti, anda tidak akan kecewa menonton filem ini.

First Born
Tarikh Tayangan: 22 Disember 2016

First Born

Sepasang suami isteri baru menyambut kelahiran anak pertama mereka. Namun kehidupan pasangan muda itu menjadi porak-poranda apabila kelahiran anak mereka itu ditemani entiti menakutkan yang mengancam keluarga mereka.

The Curse Of Sleeping Beauty
Tarikh Tayangan: 22 Disember 2016

The Curse Of Sleeping Beauty

Rasanya ramai yang sudah sinonim dengan filem 'sleeping beauty' yang merupakan filem fantasi dari kita kanak-kanak lagi. Namun filem "The Curse Of Sleeping Beauty" ini bukanlah seperti filem fantasi yang gembira.

Ia mengisahkan mengenai Thomas Kaiser yang mewarisi sebuah rumah agam peninggalan nenek moyangnya.

Selain mewarisi rumah agam dia juga mewarisi sumpahan purba sejak era Crusades dan sekarang dia perlu merungkai misteri rumah tersebut pada masa sama mencari jalan untuk menyedarkan Briar Rose yang terperangkap di dunia bawah tanah yang mana dia pernah melihatnya dalam mimpi.

Filem yang menampilkan pelakon Ethan Peck, India Eisley dan Natalie Hall ini mungkin tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak kecil, namun sekiranya adalah menontonnya dengan pasangan atau sahabat ia adalah sebuah filem yang menarik untuk ditonton.

Dangal
Tarikh Tayangan: 23 Disember 2016

Dangal

Ia berkisarkan tentang Mahavir Singh Phogat yang merupakan bekas juara gusti. Dia kemudian telah berkahwin dengan Shobha Kaur.

Dia mempunyai impian untuk menang pingat emas untuk India dalam sukan gusti, tetapi dia tidak berjaya.

Dia berjanji yang anak lelakinya akan melakukannya tetapi dia kecewa apabila isterinya melahirkan empat anak perempuan.

Dia tidak percaya yang perempuan mampu bergusti dengan baik, bagaimanapun apabila dua daripada anak perempuannya Geeta dan Babita pulang rumah selepas membelasah dua budak lelaki, dia mula sedar silapnya dan melatih kedua-dua anaknya itu dalam sukan gusti untuk menjadi ahli sukan gusti profesional.

Filem ini menggarap kisah sebenar kehidupan Mahavir Singh Phogat yang melatih anak-anak perempuannya untuk bergelar penggusti bertaraf dunia.

Passengers
Tarikh Tayangan: 29 Disember 2016

Passengers

Jim, seorang jurutera mekanikal dari Denver yang mahu meninggalkan Bumi dan Aurora seorang wartawan dari New York City yang berminat dengan pengembaraan kosmik, merupakan dua penumpang dalam kapal angkasa yang akan membawa mereka ke hidup baru di planet lain.

Apabila pod hibernasi secara misteri telah membangunkan mereka 90 tahun sebelum mereka sampai ke destinasi mereka, mereka meneruskan kehidupan dalam kapal angkasa dan mula jatuh cinta.

Perkara menjadi buruk apabila mereka mendapat tahu bahaya sebenar yang dihadapi oleh kapal angkasa mereka dan perlu menyelamatkan bukan sahaja diri sendiri tetapi 5,000 penumpang lain yang masih dalam hibernasi.

Apa yang membuatkan filem ini bakal menjadi pecah panggung adalah barisan pelakonnya yang diterajui oleh Chris Pratt, Jennifer Lawrence serta Michael Sheen, Laurence Fishburne sebagai pelakon pembantu.

The Great Wall
Tarikh Tayangan: 29 Disember 2016

The Great Wall

Filem arahan Zang Yimou ini mengisahkan tentang sekumpulan askar yang dalam pencarian serbuk letupan telah bertembung dengan pembinaan Tembok Besar China.

Mereka kemudiannya mendapati bahawa China membina Tembok itu bukan sahaja untuk menghalang penjajahan Mongolia, tetapi juga untuk menghalang makhluk-makhluk ghaib daripada menyerang negara tersebut.

Selamat menonton.

BACA INI JUGA: Misteri Friday The 13th Masyarakat Barat

Kenapa Dinamakan Jumaat?

Kenapa Dinamakan Jumaat?

Hari Jumaat merupakan nikmat rabbaniyah yang selalu dijadikan bahan kedengkian oleh musuh-musuh Islam.

Jumaat

Dinamakan Jumaat kerana, menghimpunkan manusia untuk menunaikan solat, hari dihimpunkan manusia dan disempurnakan kejadiannya dan hari manusia dihimpunkan dan dihitung amalan mereka.

Hari Jumaat merupakan kurnia dari Allah untuk umat ini yang telah dijadikan sebagai umat terbaik yang dikeluarkan di tengah-tengah manusia.

Allah mengutamakan hari Jumaat di atas semua hari dalam sesuatu minggu dan Dia mewajibkan kepada orang Yahudi dan Nashrani untuk mengagungkannya.

Tapi, mereka ingkar dan sebaliknya memilih hari lain sehingga mereka tersesat dan tidak mendapat petunjuk.

Kemudian Allah SWT menunjukkan kepada mereka yang beriman kemuliaan hari ini dengan mengagungkannya.

Dari Abu Hurairah r.a. beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda;

“Kita adalah orang terakhir, namun yang pertama pada hari kiamat meskipun mereka telah diberikan kitab sebelum kita. Hari ini (Jumaat) adalah hari yang telah Allah wajibkan atas mereka, namun mereka mempertikaikannya. Maka Allah menunjukkan kita akan hari itu sehingga orang-orang mengikuti kita dalam hari ini (Jumaat), sementara orang-orang Yahudi esok (Sabtu) dan orang-orang Nashrani esoknya lagi (Ahad).” (HR. Bukhari, Muslim, Ahmad, An-Nasai dan lainnya)

Maksud “Kita sebagai orang terakhir” adalah sebagai keberadaan umat terakhir di dunia, namun di akhirat kelak akan mendahului mereka.

Iaitu menjadi umat pertama yang dihimpunkan di Mahsyar, umat pertama yang dihisab, umat pertama yang diadili dan umat pertama yang akan masuk syurga.

Dalam riwayat Muslim dari hadis Hudzaifah;

“Kami umat terakhir dari penduduk bumi, namun menjadi umat pertama pada hari kiamat yang diadili sebelum umat-umat lain.”

Dan dalam riwayat Muslim lainnya;

“Kita adalah orang terakhir, namun yang paling awal pada hari kiamat. Dan kita adalah orang yang pertama kali masuk syurga.”

Manakala maksud diwajibkan adalah mesti memuliakan hari tersebut.

Menurut Ibnu Baththal, mereka tidak diperintahkan dengan jelas untuk memuliakan hari Jumaat yang kemudian mereka tinggalkan.

Alasannya, seseorang tidak boleh meninggalkan kewajiban yang Allah tetapkan atasnya sementara masih bergelar mukmin.

Lalu beliau rahimahullah berkata;

“Diwajibkan atas mereka (memuliakan) satu hari dalam Jumaat. Lalu mereka diberi pilihan untuk menegakkan syari’at mereka pada hari itu. Kemudian mereka berselisih tentang hari itu dan tidak mendapat petunjuk untuk memilih hari Jumaat.” Demikian juga yang dinyatakan oleh Al-Qadhi ‘Iyadh. (Lihat Fathul Baari: 2/355)

Imam An-Nawawi rahimahullah berkata;

“Mungkin juga mereka telah diperintah dengan jelas, lalu mereka berselisih pendapat apakah wajib menentukan hari itu saja atau dibolehkan untuk menggantinya dengan hari lain. Kemudian mereka berijtihad dalam hal itu, lalu salah.” (Lihat Fathul Baari: 2/355)

Dan dalam Fathul Baari, Ibnu Hajar rahimahullah menyebutkan sebuah hadis penutup terhadap masalah ini yang diriwayatkan Ibnu Abi Hatim dari jalur Thariq Asbath bin Nashr, dari As-Sudiy dengan lafaz yang sangat jelas bahawa mereka diwajibkan untuk memuliakan hari Jumaat saja lalu mereka menolak.

Sabda Rasulullah SAW;

“Sesungguhnya Allah telah mewajibkan (untuk mengagungkan) hari Jumaat atas Yahudi, lalu mereka menolaknya dan berkata: “Wahai Musa, sesungguhnya Allah tidak menciptakan apa-apa pada hari Sabtu, maka jadikan hari itu untuk kami.” (Fathul Baari: 3/277 dari Maktabah Syamilah)

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA: Awasilah Perkataan Yang Sekalipun Benar Namun Kalian Tidak Diberi Ganjaran Pahala

Sumber: Detikislam

Mengapa Allah Mendatangkan Bahagia Sesaat Tapi Derita Berpanjangan?

Mengapa Allah Mendatangkan Bahagia Sesaat Tapi Derita Berpanjangan?

Kebahagiaan datang hanya sesaat, tetapi mengapa penderitaan datang itu dirasakan sangat lama dan berterusan hadir dalam setiap saat hidup kita?

Derita

Sebenarnya dalam kepedihan ada pengalaman berharga.
Dalam kepahitan ada kesembuhan yang menguatkan.
Dalam kekacauan sekali pun ada ketabahan dan usaha untuk keluar dari semua masalah itu.
Kehidupan ini adalah seperti satu pakej sebenarnya.

Bahagia dan menderita itu saling membelakangi, seperti dua sisi duit syiling. Bila kebahagiaan datang, penderitaan ada pada sisi sebelah lagi yang tertutup.

Tetapi pada saat penderitaan itu datang, bahagia juga berada di sisi sebelah lagi yang tertutup.

“Sesungguhnya sesudah kesulitan ada kemudahan” (QS. Al-Insyirah : 6)

Hanya orang yang bijaksana akan dapat melihat sisi syiling itu dari sudut syiling itu berdiri, dapat melihat keduanya.

Lupakan penderitaan, berjuanglah untuk mengubah keadaan dengan sepenuh tenaga untuk “membalikkan” keadaan.

Mereka yang memiliki sense of humor dapat melihat sesuatu dari sudut yang indah.

Menjadikan kesedihan menjadi gelak tawa. Membuat air mata kepedihan menjadi air mata bahagia.

Tiada harapan yang bersinar lebih terang di kala kegelapan, melainkan harapan yang dipancarkan oleh keimanan kita kepada Allah SWT. Keimanan kita.

Ya, itulah dia harapan yang akan menyuluh jalan keluar di kala kelemahan dan derita.

Mahukan kebahagiaan, maka marilah pada Tuan Punya Kebahagian, iaitu Allah.

Maka yang penting adalah doa, keimanan yang mantap, berusaha dan jangan putus asa dalam mencari kebahagiaan!

Yakin kepada Allah SWT. Berputus asa samalah dengan kita tidak lagi meyakini-Nya. Sebab itu, Allah amat membenci mereka yang berputus asa.

Rahmat Allah sudah sangat luas.

Justeru di manakah ruang kita hendak berputus asa kepada-Nya?

Kita langsung tiada alasan untuk berputus asa hakikatnya.

Ujian adalah lumrah. Tetapi jangan berputus asa. Bersabarlah. Usaha dan usaha lagi.

BACA INI JUGA: 'Kisah Disebalik Gambar Yang Menyayat Hati Ini'

Sumber: Akuislam

Thursday, December 08, 2016

Kajian Mendapati Pengguna iPhone Kurang Jujur Berbanding Pengguna Android

Kajian Mendapati Pengguna iPhone Kurang Jujur Berbanding Pengguna Android

Anda seorang pengguna iPhone? Ya, anda mungkin kelihatan mewah dan bergaya namun, sebenarnya anda mungkin juga mempunyai tahap honesty-humility yang rendah.

iPhone

Honest-humility adalah merangkuimi kejujuran, keikhlasan, kesetiaan dan kebersederhanaan.

Lebih 500 peserta menjawab soalan tentang diri mereka dan sikap mereka terhadap telefon pintar mereka dalam satu kajian.

Kajian tersebut dijalankan oleh penyelidik dari Universiti Lincoln, Universiti Lancaster, dan University of Hertfordshire.

Penyelidik mendapati pengguna iPhone melihat telefon mereka sebagai status dan simbol, mempunyai tahap emosional yang lebih tinggi dan lebih bersifat ekstrovert.

Pengguna Android pula kurang berminat dengan kemewahan, status sosial serta bersikap jujur dalam sesuatu perkara.

iPhone

Kajian yang diterbitkan di dalam sebuah jurnal bertajuk Cyberpsychology, Behaviour, and Social Networking itu memberitahu, kemungkinan bagi pengguna Android melanggar peraturan untuk kepentingan peribadi juga adalah sangat rendah berbanding pengguna iPhone.

Berdasarkan hasil kajian terbabit, penyelidik telah membentuk sebuah program komputer yang bertujuan untuk meramal apa yang dimiliki oleh pengguna telefon pintar.

Program ini meneka dengan betul 70% pada setiap kali ujian dibuat. Sangat mengagumkan!

BACA INI JUGA: Cara Membezakan iPhone Original Dan iPhone Palsu!

Sumber: Says

Misteri Kesatria Hitam, Satelit Atau UFO?

Misteri Kesatria Hitam, Satelit Atau UFO?

Tahukah anda bahawa terdapat sebuah satelit misteri di angkasa lepas yang dikenali sebagai Kesatria Hitam atau Black Knight.

Black Knight UFO

Satelit misteri ini juga tidak diketahui siapa pemiliknya dan Kesatria Hitam bukan berasal dari Bumi.

Istilah yang digunakan untuk satelit misteri ini termasuk apa yang dipanggil Sampah Angkasa (Space Junk) ataupun objek diluar bumi.

Bagi NASA, sampah angkasa tidak mempunyai sebarang nilai sains tetapi jika sampah ini jatuh ke Bumi, ia akan memberi kesan, bergantung kepada saiznya.

Persoalannya, siapa pemilik Kesatria Hitam dan apa fungsinya?

Setakat ini belum ada sebarang jawapan tetapi saintis ada beberapa fakta tentang Kesatria Hitam.

Satelit Kesatria Hitam mula mendapat publisiti pada tahun 1950an walaupun kehadirannya telah dikesan seawal tahun 1930an lagi.

Pada waktu itu, ahli astronomi telah mengesan isyarat radio yang dipercayai berpunca dari satelit misteri tersebut.

Disebabkan manusia belum lagi mempunyai kemampuan serta teknologi untuk menghantar sebarang satelit ke angkasa, minat untuk mengenal pasti serta mengkaji sumber isyarat radio tersebut terbantut.

Apabila Amerika dan Rusia mula membangunkan teknologi angkasa lepas, barulah minat terhadap satelit misteri Kesatria Hitam segar semula.

Pada mulanya, pihak Barat menyangka Kesatria Hitam sebagai satelit risikan kerana Rusia merupakan negara pertama yang berjaya membawa manusia ke angkasa lepas.

Mereka menyangka satelit Kesatria Hitam adalah milik Rusia. Tetapi ia bukan. Malah, satelit Kesatria Hitam bukan berasal dari Bumi pun!

Gelaran Kesatria Hitam (Black Knight) pada satelit misteri ini hanya bermula pada tahun 1998 apabila angkasawan NASA berjaya merakam gambarnya sewaktu berada di angkasa lepas.

Ramai yang percaya bahawa Kesatria Hitam adalah sebuah satelit, tetapi jika dilihat kepada rupa bentuknya, ia lebih mirip sebuah pesawat atau lebih tepat lagi ia mirip seperti sebuah UFO!

Isyarat Radio Misteri

Objek misteri Kesatria Hitam ini telah dikesan mengeluarkan isyarat radio selepas lebih 60 tahun, namun sehingga kini tiada siapa tahu identitinya yang sebenar.

Sehingga kini juga, tiada sebarang usaha mana-mana agensi angkasa lepas untuk memahami maksud isyarat radio Kesatria Hitam.

Isyarat radio yang dipancarkan dari Kesatria Hitam nampaknya bukan ditujukan kepada penduduk bumi kerana ia tidak mengandungi sebarang mesej yang boleh difahami.

Adakah objek misteri Kesatria Hitam sebenarnya sebuah kapal angkasa milik makhluk asing yang rosak dan terperangkap di ruang atmosfera Bumi?

Adakah isyarat yang dipancarkan mungkin isyarat kecemasan untuk meminta bantuan daripada bangsanya?

Rahsia UFO Disembunyikan?

UFO
UFO dilaporkan terhempas di Jepun yang siasatannya dirahsiakan.

Di Bumi, sepanjang beberapa dekad, telah banyak laporan mengenai UFO yang disyaki terhempas.

Dalam semua insiden, kerajaan yang terlibat telah meminta bantuan serta kepakaran kerajaan Amerika Syarikat.

Seperti dalam kejadian UFO yang terhempas di Jepun, Brazil, Turki serta negara-negara lain di luar Amerika.

Kejadian UFO yang didakwa terhempas di Roswell, Amerika Syarikat pada tahun 1947, menjadikan Amerika sebagai rujukan.

Yang peliknya, sebarang laporan kejadian UFO terhempas tidak pernah diumumkan hasil siasatannya kepada orang awam.

Kesatria Hitam mungkin adalah UFO yang tidak jatuh ke Bumi tetapi terapung di luar angkasa disebabkan berlaku kerosakan, lalu manusia menyangka ianya sebagai satelit.

Black Knight Satelit Makhluk Asing?

Seorang operator radio mendakwa berjaya mengungkai mesej yang dipancarkan dari satelit misteri Kesatria Hitam.

Menurutnya, mesej itu adalah sebuah carta kepada sebuah bintang yang terletak di Epsilon Bootes, sebuah sistem yang mengandungi dua buah bintang di bahagian utara gagasan Bootes.

Tambahnya lagi, satelit Kesatria Hitam berasal dari bintang tersebut semenjak 13 ribu tahun dahulu.

Bagaimanapun, dakwaan itu tidak dapat dibuktikan.

***

Epsilon Bootes

The message is as follows:

START HERE.
OUR HOME IS EPSILON BOOTIS.
WHICH IS A DOUBLE STAR.
WE LIVE ON THE 6th PLANET OF 7 - CHECK THAT, 6th OF 7 -
COUNTING OUTWARDS FROM THE SUN
WHICH IS THE LARGER OF THE TWO.
OUR 6th PLANET HAS ONE MOON,
OUR 4th PLANET HAS THREE,
OUR FIRST AND THIRD PLANETS EACH HAVE ONE.
OUR PROBE IS IN THE ORBIT OF YOUR MOON
THIS UPDATES THE POSITION OF ARCTURUS SHOWN ON OUR MAPS."

 Source: Thelivingmoon

***

Namun, kajian keatas mesej yang dikatakan telah dihantar melalui isyarat radio oleh Kesatria Hitam diatas tidak diteruskan.

Adalah tidak logik bagi makhluk asing untuk meletakkan sebuah satelit di Bumi hanya untuk memberitahu mengenai gugusan bintang di Epsilon Boote.

Jika benar makhluk asing mahu berkomunikasi dengan penduduk Bumi, banyak lagi cara yang boleh dilakukan bagi menjalin hubungan dua hala.

Cerita tentang kehadiran Kesatria Hitam mula dipaparkan di dada akhbar pada 14 Mei 1954.

Pihak Amerika merasa cemas kerana memikirkan bahawa Kesatria Hitam adalah milik Rusia yang menjalankan misi pengintipan ke atasnya.

Walau bagaimanapun, Jabatan Pertahanan Amerika kemudiannya mendakwa bahawa satelit tersebut adalah milik tentera udara.

Amerika Syarikat sebenarnya tidak tahu sama sekali siapa pemilik satelit tersebut, jadi mereka cuba merahsiakannya.

Sekumpulan Objek Makhluk Asing?

Kesatria Hitam bukan hanya merujuk kepada satu objek misteri sahaja, kerana mungkin ada lagi dua atau lebih.

Dr. Lincoln LaPaz, seorang pakar tentang objek-objek diluar angkasa Bumi dari University New Mexico, telah mengetuai satu projek untuk mengenal pasti objek misteri ini.

Menurut Dr. Lincoln, ada dua objek atau satelit yang sedang mengelilingi Bumi.

Satu berada pada ketinggian 400 batu, sementara yang satu lagi mengelilingi Bumi pada ketinggian 600 batu.

Sewaktu Spuknik Rusia mengelilingi Bumi, ada laporan mengatakan bahawa Kesatria Hitam mengekori kapal angkasa mereka.

Jika benar ianya berlaku, nampaknya Kesatria Hitam bukan sebuah satelit tetapi sebuah UFO.

Hanya UFO yang akan memberi tindak balas dengan mengekori atau menghampiri sebarang roket yang dihantar manusia ke angkasa lepas.

Satelit, sebaliknya diletak pada ketinggian serta orbit yang ditetapkan dan tidak akan mengekori mana-mana kapal angkasa.

Astronomi dan saintis angkasa lepas menganggarkan, satelit Kesatria Hitam adalah seberat 10 tan.

Kesatria Hitam juga bergerak dua kali ganda lebih pantas berbanding kapal angkasa lepas.

Jadi, jika Kesatria Hitam bukannya berasal dari Bumi, siapa pemiliknya yang sebenar?

Istilah Hitam

Black Knight
Rakaman Kesatria Hitam melintasi bulan.

Pada bulan Februari 1960, majalah TIME melaporkan bahawa Tentera Laut Amerika telah mengesan sebuah objek hitam mengelilingi Bumi di kedudukan 79 darjah pada garisan Khatulistiwa.

Pada mulanya mereka menyangka ia adalah milik Rusia, tetapi ternyata bukan!

Ada yang mendakwa bahawa Kesatria Hitam telah mengekori Stesen Antarabangsa Angkasa Lepas (ISS).

Sementara itu, istilah 'hitam' yang banyak digunakan dalam menggambarkan sesuatu yang ingin dirahsiakan seperti Projek Hitam, Bajet Hitam dan sebagainya, berkaitan dengan projek atau kajian untuk membangunkan senjata dan pesawat canggih yang seakan UFO.

Bagi gelaran Kesatria Hitam (Black Night), ia menggambarkan ketidakpastian identiti sebenar objek tersebut.

Seperti juga projek hitam yang lain, pihak Barat dan Rusia mahu misteri Kesatria Hitam juga dirahsiakan.

Dengan kewujudan Kesatria Hitam ini, adakah itu tandanya makhluk asing sebenarnya sudah pun sampai ke Bumi?

BACA INI JUGA: Misteri Brazil Sebagai Lokasi 'Lawatan' UFO!

-SENTIASAPANAS.COM