Sunday, August 28, 2016

Siapa Pencipta Kartun Spongebob Squarepants?


Sebelum kami beritahu kenapa orang-orang dewasa, termasuk ibu bapa dan atuk nenek patut menonton kartun Spongebob Squarepants, ana perlu tahu dahulu fakta-fakta menarik tentangnya.

Spongebob Squarepants

Untuk pengetahuan anda..

Kartun lucu ini diilhamkan oleh Stephen Hillenburg. Siapa dia? Badut sarkas kah? Bukan. Stephen Hillenburg yang lahir di Oklahoma, Amerika Syarikat pada tahun 1961 ini bukanlah sembarangan orang.

Stephen Hillenburg adalah seorang ahli biologi laut, malah pernah mengajar di Orange County Ocean Institute. Stephen Hillenburg juga seorang pelukis dan pakar animasi kartun.

Kartun Spongebob Squarepants diterbitkan oleh syarikat milik Stephen Hillenburg, United Plankton Pictures Inc. dan siri pertama disiarkan di Amerika Syarikat pada 1 Mei 1999, melalui saluran Nickleodeon.

Sejak disiarkan, Spongebob Squarepants terus mendapat sambutan hangat, sampailah sekarang.

Kini, ia disiarkan di seluruh dunia dan dialih ke pelbagai bahasa.

Jangan terkejut, pada tahun 2007, majalah TIME telah menamakan siri kartun ini sebagai salah satu daripada 100 siri televisyen terhebat sepanjang zaman, bersama Friends, Oprah Winfrey Show, American Idol dan sebagainya.

Siapa watak utamanya? Tidak lain tidak bukan, si span kuning bernama Spongebob. Watak lucu ini diambil daripada haiwan span laut.

Bagaimanapun, untuk siri kartun, ia dibentuk menjadi empat segi seperti span yang digunakan untuk membasuh pinggan dan memakai seluar kotak.

Spongebob tinggal di dalam buah nenas di dasar laut dan suka menangkap obor-obor serta membuat buih.

Dia bekerja sebagai pembuat burger di Krabby Patty di restoran Krusty Krabs, milik Eugene H. Krabs (ketam).

Kawan baik Spongebob ialah 'seorang' tapak sulaiman bernama Patrick Star, yang tinggal di bawah seketul batu, sebelah rumah Spongebob. Wataknya bodoh-bodoh alang dan kelakar.

Squidward with Eugene

Squidward Tentacles (sotong kurita) yang juga jiran Spongebob, bekerja sebagai juruwang di restoran Krusty Krabs.

Masalahnya, Squirdward yang berhidung panjang serta sengau ini sentiasa berlaga angin dengan Spongebob. Ada saja yang digaduhkannya dengan Spongebob.

Eugene H. Krabs, pemilik Krusty Krabs pula sangat gilakan duit, tamak serta pentingkan diri sendiri.

Sebagai majikan, Eugene mengerah sepenuhnya tenaga Spongebob dan Squirdward demi mendapatkan keuntungan semaksimum mungkin.

Kalau anda nampak kartun siput, itulah Gary. Kelakarnya, Gary berbunyi meow saja, seperti kucing. Gary adalah binatang peliharaan Spongebob.

Spongebob and Gary

Watak antagonis dalam siri kartun ini ialah makhluk kecil bernama Sheldon J. Plankton, sempena hidupan seni yang menjadi makanan hidupan laut, plankton.

Plankton memiliki restoran Chum Bucket, tetapi langsung tidak ada pengunjung kerana penduduk Bikini Bottom, lebih suka makan di Krusty Krabs.

Plankton cukup dengki kepada Krusty Krabs, maka dia melakukan pelbagai usaha untuk membangkrapkan Krusty Krabs.

Setiap hari, Plankton berusaha untuk mencuri resepi rahsia Krusty Patty dengan dibantu oleh isterinya, Karen, sebuah komputer! Tapi tidak pernah berjaya.

Chum Bucket

Tadi ada disebut Bikini Bottom kan. Apa itu Bikini Bottom? Pakaian renangkah? Bukan. Bikini Bottom adalah nama lokasi kononnya cerita ini berlaku.

Digambarkan, Bikini Bottom terletak di dasar lautan Atlantik yang penduduknya melebihi sejuta, yang terdiri daripada semua jenis hidupan laut.

Dan jangan terkejut, keadaan Bikini Bottom termasuk tarikan gravitinya adalah sama seperti di daratan, kerana disitu juga terdapat pantai, kolam, unggun api, boleh menuang air dan sebagainya.

Di Bikini Bottom juga ada lapangan terbang, bas, taman permainan, stadium dan pusat hiburan.

Dahulu, Bikini Bottom ada panggung wayang tetapi musnah akibat bau busuk mulut Spongebob dan Patrick!

Ramai artis-artis terkenal turut meminati Spongebob Squarepants.

Spongebob Squarepants by Celebrity

Penyanyi, David Bowe misalnya pernah muncul dalam siri TV itu, manakala kumpulan muzik heavy metal Pantera, Motorhead dan Twisted Sister, menyumbangkan muzik mereka dalam soundtrack kartun tersebut.

Band Metallica pun sama. Kumpulan muzik thrash metal itu bukan setakat minat, malah mengeluarkan T-shirt memaparkan mereka bersama Spongebob dan Patrick Star.

Seperti dikatakan tadi, orang dewasa pun patut menonton kartun Spongebob Squarepants. Kenapa? Sebab, selain kelakar, kartun ini juga membawa mesej supaya kita semua memelihara laut.

Kita dianjurkan supaya bersahabat, mengelakkan pencemaran dan menyayangi hidupan laut.

Jom tonton Spongebob Squarepants..

BACA INI JUGA: Rahsia Kekejian Yahudi Dalam Walt Disney

-SENTIASAPANAS.COM

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon