Thursday, December 27, 2018

Kenali 4 Jenis Gula Yang Kita Makan Setiap Hari

Kenali 4 Jenis Gula Yang Kita Makan Setiap Hari

Ada gula yang 'baik' dan sangat diperlukan untuk metabolisme badan, manakala ada juga gula 'jahat' yang menyumbang ke arah obesiti, sakit jantung dan barah. Mengenali jenis-jenis gula bukan sahaja penting, malah ia mampu menyelamatkan nyawa dan juga ukur lilit pinggang anda.

4 Jenis Gula

Baca adalah empat kategori gula yang kita selalu makan setiap hari:

1. Glukosa

Ini merupakan bentuk gula paling asas dan terdapat dalam setiap sel tubuh badan manusia.

Ia juga dijumpai dalam hampir kesemua makanan yang mengandungi unsur karbohidrat seperti roti, cendawan, mi dan susu.

Tubuh manusia akan menguraikan semua jenis gula kepada glukosa yang akan digunakan sebagai tenaga.

Glukosa ini merupakan gula ringkas dan lebih dikenali sebagai "gula darah" kerana ia adalah gula yang sentiasa bergerak melalui salur darah.

2. Fruktosa

Fruktosa juga merupakan sejenis gula ringkas yang ditemui dalam kebanyakan sayur-sayuran dan buah. Madu asli juga mengandungi fruktosa.

Walaupun ia merupakan sejenis gula ringkas, ia lebih sukar diuraikan berbanding glukosa kerana ia perlu diproses oleh hati sebelum ditukarkan menjadi tenaga.

Ia bersifat lebih cenderung kepada lemak berbanding karbohidrat, tidak merangsang penghasilan insulin dan juga tidak membebaskan hormon ghrelin yang mengawal tenaga dan rasa lapar.

3. Sukrosa

Gula ini merupakan kombinasi antara glukosa dan fruktosa, kebiasaannya dalam nisbah 50:50 dan lebih dikenali sebagai gula pasir yang dihasilkan daripada tebu atau bit gula (sugar beets) yang ditanam di seluruh dunia.

Apabila sukrosa ditambah ke dalam makanan, tubuh manusia perlu memprosesnya menggunakan kedua-dua kaedah.

Glukosa akan terus ditukarkan menjadi tenaga manakala fruktosa pula akan diasingkan dan dihantar ke hati untuk diproses sebagai penyimpanan lemak.

4. Sirap Jagung Berfruktosa Tinggi

Inilah gula yang paling popular dewasa ini sehingga menjadi bahan pemanis yang selalu digunakan dalam makanan.

High-fructose corn syrup (HFCS) dihasilkan daripada jagung dan mempunyai kepekatan berbeza sehingga boleh mencecah 90% fruktosa.

Sama seperti sukrosa, tubuh akan memproses glukosa menjadi tenaga manakala gula selebihnya akan disimpan sebagai lemak untuk digunakan sebagai tenaga pada masa kemudian.

Ia jugalah penyebab badan anda tiba-tiba berasa amat letih akibat makan terlalu banyak gula. Fenomena ini dipanggil 'sugar crash' atau hipoglisemia reaktif.

Kenapa anda wajib mengenali semua gula ini?

Dua kategori gula pertama (glukosa dan fruktosa) merupakan gula semula jadi yang terhasil daripada makanan yang anda makan.

Kedua-dua gula ini ditemani oleh protein, serat, mineral dan vitamin yang diperlukan oleh metabolisme tubuh untuk berfungsi dan menjamin kesihatan.

Misalnya, apabila anda memakan sebiji epal, anda bukan sahaja mendapat fruktosa malah serat dan pelbagai jenis vitamin seperti vitamin A, B, C, fitonutrien, pektin, kuersetin dan juga flavonoid.

Ini bermakna proses penghadaman akan menjadi lebih perlahan dengan membenarkan tubuh untuk menguraikan gula perlahan-lahan secara semula jadi untuk ditukarkan menjadi glukosa.

Penyimpanan lemak juga amat sedikit kerana tubuh bukan berada dalam keadaan terburu-buru.

Sebaliknya, apabila anda mengambil sukrosa atau sirap jagung berfruktosa tinggi seperti bar coklat atau pemanis yang tidak mempunyai kandungan serat atau nutrien lain, tubuh akan tergopoh-gapah mencerna makanan itu sehingga menyebabkan gula darah melonjak naik dengan cepat.

Pankreas kemudian akan bertindak balas menghasilkan insulin dengan amat banyak untuk menentang kenaikan gula dalam darah. Situasi ini akan menghentikan proses penukaran gula kepada tenaga.

Gula punca anda jadi gemuk

Anda juga perlu ingat bahawa hati merupakan satu-satunya organ yang boleh menghadam fruktosa. Jadi, bila terlampau kuat bekerja, ia hanya akan menukarkan lebihan gula ke dalam bentuk lemak.

Pada ketika ini, tubuh tidak akan mendapat isyarat yang ia memerlukan apa-apa lagi tenaga. Inilah keletihan 'sugar crash' yang sering terjadi selepas anda meminum dua atau tiga tin air berkarbonat.

Memandangkan gula kilang atau gula yang diproses ini dimetabolismekan dengan terlalu cepat menjadi tenaga dan lemak, badan anda tidak akan berasa kenyang dan mendorong anda untuk makan lebih banyak.

Jika makanan yang anda makan itu juga mengandungi banyak gula yang diproses, kitaran ini tidak akan berhenti.

Elak obesiti, penyakit jantung dan barah

Oleh sebab itulah anda perlu mengenal pasti jenis gula yang anda ambil dalam diet seharian, disebabkan gula yang diproses ini menjadi salah satu punca utama kegemukan di seluruh dunia.

Seperti yang kita sedia maklum, obesiti merupakan salah satu punca penyakit kronik termasuklah kencing manis, penyakit kardiovaskular dan kanser.

Peningkatan penggunaan gula yang diproses ini mungkin disebabkan kos penghasilannya yang rendah dan amat mudah untuk ditambah ke dalam produk makanan.

Namun ia amat berbahaya kerana kemampuannya merosakkan kesihatan umat sejagat dan mencipta generasi baru yang ketagihan gula sebegini.

Bayangkanlah anda suka makan makanan tinggi gula, ditambah pula dengan makanan tinggi lemak dan garam. Manalah tak dapat macam-macam penyakit kan?

Apa kata mulai dari sekarang, kurangkan (atau sebaik-baiknya elakkan) pengambilan gula sukrosa dan HFCS jika anda mahukan kehidupan yang sihat.

Sebaliknya, ambillah makanan yang mengandungi gula semula jadi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.

Selain memberi serabut diet harian, ia juga bersifat antioksida yang boleh merendahkan paras kolestrol dan mengurangkan risiko penyakit barah.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Apa Perlu Dilakukan Jika Menemui Harta Karun Atau Barang Temuan?

Apa Perlu Dilakukan Jika Menemui Harta Karun Atau Barang Temuan?

Menurut tafsiran dalam Akta Warisan Kebangsaan 2005, harta karun ialah wang, syiling, emas, perak, saduran, barang kemas bulion, batu berharga atau apa-apa objek bernilai dijumpai tetapi tuan punya tidak diketahui atau tidak dijumpai, namun ia tidak termasuk apa-apa warisan kebudayaan ketara.

Menemui Harta Karun
Gambar hiasan.

Objek bersejarah pula ertinya apa-apa artifak atau objek lain yang padanya terdapat kepentingan keagamaan, tradisional, artistik atau bersejarah ini termasuk manuskrip, syiling, wang kertas, pingat, lencana, lambang kebesaran, jata, panji-panji, senjata atau perisai.

Memberikan contoh menentukan spesifikasi kepentingan sejarah dalam artifak yang ditemui berdasarkan tafsiran objek bersejarah, artifak itu perlu dikaji dengan mendalam antaranya dengan menghantarnya ke makmal dan Jabatan Warisan Negara.

Jadi, apa yang sepatutnya dilakukan sekiranya anda menemui harta karun?

Ia perlu diserahkan kepada Pegawai Daerah dikawasan tersebut, berdasarkan prosedur dalam Akta Warisan Kebangsaan 2005.

Pegawai Daerah akan mengambil tindakan seperti melaporkan kepada pihak berkuasa seterusnya menentukan spesifikasi harta itu bagi mengenal pasti harta itu adalah harta karun, objek bersejarah atau istilah lain dalam akta tersebut.

Setiap satu jenis atau istilah harta ini mempunyai cara tertentu dalam akta itu untuk diuruskan, termasuk pemberian ganjaran, faktor lesen pencarian, serta berapa banyak ganjaran patut diberikan kepada individu yang menemuinya.

Hukum Menemui Harta Karun Dalam Islam

Berikut ini adalah kitab matan Abi Syuja' berdasarkan mazhab Syafi'i berkenaan Luqathah atau barang temuan.

Apabila seseorang itu menemui suatu barang (luqhatah/barang temuan) samada di tanah yang mati atau dijalanan, maka dia boleh mengambilnya ataupun meninggalkannya.

Dan mengambilnya adalah lebih utama, itupun jika dia percaya bahawa dia boleh menjaga barang temuan itu.

Jika dia mengambilnya, maka wajib ke atasnya mengetahui enam perkara:
  1. Bekas/tempatnya.
  2. Penutupnya.
  3. Talinya.
  4. Jenisnya.
  5. Bilangannya.
  6. Timbangannya.

Barang temuan itu wajib disimpan di tempat simpanan yang sesuai. Kemudian jika dia ingin memiliki barang temuan itu, dia mestilah mengumumkan selama setahun di pintu-pintu masjid dan juga di tempat di mana barang itu ditemui.

Maka jika tidak dapat menemui pemiliknya, bolehlah dia memiliki barang temuan itu dengan syarat dhamaan (dia mestilah menggantinya jika pemilik itu ditemui).

Barang temuan (luqathah) ada empat jenis:
  1. Jenis yang kekal seperti emas dan perak. Maka itulah hukumnya (perkara yang disebutkan di atas).
  2. Jenis yang tidak kekal seperti makanan basah. Orang yang menemuinya boleh memakannya, kemudian menggantinya, atau boleh menjualnya dan menyimpan wang hasil jualannya.
  3. Jenis yang tidak kekal jika tidak dijaga atau diproses, seperti kurma yang basah. Penemunya hendaklah melakukan apa yang terbaik untuknya, samada menjual dan menyimpan wang hasil jualannya atau mengeringkan dan menyimpannya.
  4. Jenis yang memerlukan biaya, seperti binatang.

Jenis binatang pula terbahagi dua jenis:
  • Binatang yang tidak boleh mencegah/menjaga dirinya sendiri. Penemunya boleh memakannya dan menggantikan nilai harganya atau memeliharanya secara sukarela, kemudian menjual dan menyimpan wang hasil jualannya.
  • Binatang yang boleh mencegah/menjaga dirinya sendiri. Jika ia ditemui di padang, hendaklah dibiarkan/ditinggalkan. Jika ia ditemui di kampung, penemunya boleh memilih melakukan antara 3 perkara yang tersebut di atas.

Kanak-kanak

Apabila ada kanak-kanak yang ditemui di jalanan, maka hukum mengambil, menjaga dan memeliharanya adalah fardhu kifayah.

Kanak-kanak ini tidak boleh ditinggalkan kecuali di tangan orang yang boleh dipercayai.

Jika didapati pada kanak-kanak itu ada harta, hakim hendaklah menampung kos perbelanjaan kanak-kanak itu dengan harta berkenaan. Jika kanak-kanak itu tiada harta, maka kosnya adalah ditanggung oleh baitulmal.

Ma'adin, Kanz dan Rikaz

Ma'adin dengan kata lain adalah bahan galian berharga, yang dengan sendirinya tersimpan di dalam bumi.

Manakala kanz adalah harta yang ditanam di dalam bumi oleh tangan manusia. Istilah Rikaz pula mencakupi kedua-dua ma'adin dan kanz.

Namun, umumnya setiap harta yang tertanam di dalam bumi dipanggil sebagai rikaz.

DALIL ZAKAT RIKAZ

Yusuf al-Qaradawi menyatakan harta yang tertanam termasuklah semua benda berharga yang ditinggalkan oleh manusia terdahulu di dalam tanah seperti emas, perak, tembaga, logam dan seakan dengannya.

Para fuqaha telah menetapkan bahawa sesiapa yang terjumpa harta-harta ini diwajibkan untuk mengeluarkan zakat seperlima bahagian (20%), berdasarkan hadis yang berasal dari Abu Hurairah RA yang bermaksud:

"Rasulullah SAW bersabda: "…harta terpendam (rikaz) (bila ditemui seseorang) zakatnya seperlima (20%)." (HR Bukhari & Muslim)

An-Nasa'i meriwayatkan dari Amru Ibnu Syu'aib dari bapanya dari datuknya bahawa:

"Rasulullah pernah ditanya tentang harta yang hilang dan dijumpai (luqatah), dan Baginda bersabda, "harta benda yang dijumpai dijalan umum atau di kawasan yang didiami orang ramai, hendaklah diberitakan kepada umum selama setahun. Sekiranya tuan empunya barang datang menuntut maka serahkan harta tersebut kepadanya, dan sekiranya tidak, ambillah sebagai milikmu. Tetapi harta yang dijumpai bukan pada jalan umum atau bukan di kawasan yang didiami orang, maka harta tersebut dikenakan bayaran, sebagaimana rikaz, iaitu seperlima bahagian (20%)." (HR An-Nasa'i)

KADAR, NISAB DAN HAUL ZAKAT RIKAZ

Kedua-dua hadis di atas menunjukkan beberapa hal, antaranya:

1. Seperlima bahagian (20%) sebagai zakat bagi harta jumpa yang tidak dipunyai sesiapa sekalipun harta tersebut dijumpai di permukaan atau di dalam tanah. Sekiranya harta yang dijumpai itu ada pemiliknya, sama ada dia seorang muslim atau tidak, maka harta itu mesti dikembalikan kepada pemiliknya.

2. Jumhur ulama berpandangan, rikaz meliputi semua harta yang wujud di permukaan tanah atau tertanam di dalamnya. Hal ini kerana hadis-hadis tersebut mengandungi pengertian yang lebih umum.

3. Kedua-dua hadis di atas menunjukkan bahawa sesiapa yang menjumpai harta rikaz berkewajipan mengeluarkan seperlima (20%) dari harta yang dijumpai itu, tidak kira sama ada beliau seorang muslim atau tidak, demikian juga sama ada kanak-kanak atau dewasa.

Namun, menurut al-Syafi'i, orang bukan Islam tidak diwajibkan seperlima (20%) kerana bayaran tersebut adalah zakat, dan orang bukan Islam tidak diharuskan zakat.

4. Zahir hadis tidak menyatakan tentang nisab dan menurut pandangan Malik, Abu Hanifah, Ahmad, Ishaq dan Syafi'i dalam qaul qadimnya, seperlima (20%) diwajibkan pada harta yang dijumpai tidak kira berapa jumlah kuantitinya.

Hal ini kerana harta ini perlu dibahagi lima, maka tidak perlu diperhitungkan nisabnya, sama halnya dengan harta rampasan perang (ghanimah) sekalipun sedikit.

5. Para ulama sepakat bahawa tiada syarat haul (tidak perlu menunggu setahun) bagi zakat ini. Malah kewajipan ini mesti dilaksanakan dengan segera.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2

Wednesday, December 26, 2018

SBDJ Siri 4: Kereta Datuk Tersadai Di Tepi Jalan

SBDJ Siri 4: Kereta Datuk Tersadai Di Tepi Jalan

Sudah seminggu Hari Raya berlalu, tapi rumah datuk tetap sibuk dengan anak cucu yang datang berhari raya ke rumahnya, pada malam 27 likur yang lalu, datuk turut sama memasang lampu di haalman rumah dengan anak cucu.

Kereta tersadai

Datuk membelikan mercun untuk anak cucunya. Sesungguhnya, datuk amat menyayangi semua anak cucunya memang menjadi kebiasaan dalam hidup datuk, pada Hari Raya pertama ia akan mungumpulkan anak cucunya di anjung rumah, makan lemang dan rendang bersama anak cucu, kemudian akan mengepalai anak cucunya pergi ke masjid untuk sembahyang Hari Raya.

Lepas itu, datuk akan mengajak semua anak cucunya pergi ke tanah kubur menziarahi kubur nenek moyang yang sudah pergi, datuk pun menunjukkan kubur datuk nenek pada anak cucu sambil menyebut keistimewaan datuk nenek masa ada hayatnya dulu.

Dalam suasana yang sibuk itu, tiba-tiba datuk menghilangkan diri. Tidak ada siapa yang tahu ke mana datuk pergi. Bila salah seorang cucu mengesyurkan supaya kehilangkan datuk itu dilaporkan pada pihak polis, nenek dengan tenang bersuara:

“Usah bimbang, dia akan balik dalam sehari dua ini.”

“Dia berhari raya ke rumah yang lagi satu,” jawapan nenek itu, menghilangkan keraguan anak cucu.

Nenek pun menceritakan pada anak cucu, sepanjang bulan puasa yang lalu, datuk tidak pergi turun memburu, ia banyak menghabiskan masanya di kampung orang bunian, bersama isteri barunya, setiap kali datuk pulang, ia membawa buah tangan untuk nenek yang dibekalkan oleh orang bunian.

Sebagai isteri yang setia, nenek tidak pernah bertanya tentang isteri muda datuk. Nenek tahu, kalau ditanya dan disoaljawab nanti datuk naik darah, akibatnya akan berlaku pertengkaran, kalau sudah bertengkar nanti mudah masam muka.

Kalau ini terjadi tentulah tidak elok. Malu pada anak menantu dan cucu cicit. Demi menjaga kerukunan rumahtangga dan anak menantu ada baiknya perkara itu dibiarkan. Itulah pendapat nenek.

Ia merasa bersyukur pada Tuhan, kalau datuk sihat dan boleh makan dengan baik, itu sudah cukup, bagi nenek kalau ia kasihkan datuk sepenuh hati pun tidak ada gunanya, satu hari, salah seorang daripada mereka akan berpisah juga atas kehendak Allah yang maha besar.

Barang kali esok atau lusa ia akan meninggalkan datuk, bila nyawa miliknya diambil oleh Tuhan, begitu juga dengan datuk, tidak ada yang abadi di dunia ini melainkan Allah yang maha bijaksana.

Nenek menghitung semuanya ini, kerana itu ia tetap bersikap tenang dan senang ke atas apa yang terjadi pada diri datuk.

Akhirnya anak cucu datuk yang berkumpul di rumah terpaksa meninggalkan rumah datuk kerana urusan diri masing-masing. Ada yang sudah bekerja sendiri dan tidak kurang pula yang makan gaji.

Kereta yang bersusun di depan rumah datuk, sebuah demi sebuah meninggalkan halaman rumah datuk, pulang ke tempat masing-masing. Nenek berpeluk-peluk dengan anak cucu sambil mendoakan keselamatan mereka semasa dalam perjalanan. Nenek berharap pada Hari Raya tahun depan anak cucu akan kembali ke kampung.

Cuma yang nenek terkilan hanya satu sahaja, semasa kereta anak cucunya bergerak, datuk tidak dapat melambaikan tangan. Datuk tidak dapat memeluk anak cucu dengan penuh mesra. Mengingatkan ini semua nenek jadi sayu, perasaannya cukup hiba.

“Sampaikan salam pada datuk,” kata Ahmad Zaki cucu datuk yang kedua belas. Matanya merenung muka nenek.

“Boleh, jangan bimbang,” nenek memberikan perngakuan.

Ahmad Zaki yang lewat sekali meninggalkan rumah datuk. Ia bertugas sebagai guru mengajar di Sekolah Menengah Dr Burhanuddin di Taiping.

Bila semua anak cucu sudah pergi, nenek kembali dengan kerjanya membelah pokok sireh di belakang rumah, melihat ayam yang bertelur di reban serta memetik kacang panjang.

Kalau diikut kata hati, nenek mahu sahaja mengikut salah seorang dari anak cucunya. Duduk sama mereka. Tidak guna kalau dudu rumah sendiri sedangkan suami selalu sahaja meninggalkannya.

Bila nenek mengkaji semula hal ini dengan sedalam-dalamnya. Ia tidak rela meninggalkan datuk. Ia mengira semua yang terjadi atas dirinya adalah atas kehendak Tuhan yang maha bersar.

Sudah tiga jam anak cucunya pergi, tapi telinga nenek masih dapat mendengar suara anak cucu, bagaikan terbayang tingkah kalu anak cucu di depan matanya.

Nenek tidak tahu pukul berapa anak cucunya pergi meninggalkannya yang pasti masa anak cucunya pergi tadi matahari baru naik segalah, tapi sekarang matahari sudahpun berada di pucuk kelapa.

Nenek masuk ke dalam rumah. Sebaik sahaja ia membasuh dan memotong kacang panjang. Ia terdengar bunyi suara kereta masuk. Nenek menerpa ke muka pintu. Ia melihat Muhammad Hakim keluar dari kereta.

“Kenapa ada barang tinggal?” tanya nenek.

“Tak ada apa nek, kereta Ramlah berlangar dekat pekan pusing. Nenek diam. Ia tahu cucunya itu dalam perjalanan pulang ke Johor Bharu. Ramlah bertugas sebagai pegawai kastam.

“Apa yang mesti kita buat?” Nenek menyoal.

Mohammad Hakim suruh nenek masuk ke dalam keretanya untuk pergi ke Batu Gajah. Pada jiran sebelah telah ditinggalkan pesan, bila datuk balik suruh dia pergi ke Hospital Batu Gajah. Jiran yang baik hati itu berjanji mahu menyampaikan amanat itu.

Bagaikan digerakkan oleh sesuatu, datuk yang sudah lama tinggal dengan isteri mudanya di kampung bunian, teringat mahu balik. Isteri mudanya tidak menahan. Datuk pun balik.

Datuk sampai ke rumah waktu maghrib, dia tidak bertanya pada jiran tentang nenek yang tidak ada di rumah.

Selepas sembahyang, seorang jiran datang menemuinya dan menyampaikan berita yang dipesan. Datuk menerima pesanan itu dengan tenang.

“Terima kasih, aku ingat lepas sembahyang Isyak aku nak pergi,” kata datuk pada jiran yang menyampaikan pesan.

Apa yang dicakapkan oleh datuk, di kotakannya, lepas sembahyang Isyak datuk pun mengidupkan injin keretanya, kemudian datuk matikan injin kereta itu, datuk buka bonet kereta untuk memastikan ia membawa barang keperluan, kalau tayar keretanya bocor di tengah jalan. Datuk periksa enjin kereta,. Ia yakin keadaan keretanya cukup baik dan selamat untuk perjalanan jauh.

Masa datuk meninggalkan rumah, keadaan langit agak mendung, tidak ada bintang mengerdip, tiada bulan sabit di kaki langit. Datuk terus memandu kereta Ford Anglianya dengan tenang membelah kegelapan malam.

Kereta datuk sudahpun melintasi Kampung Buruk Bakul dan Simpang Tiga, bila masuk ke dalam kawasan Kampung Buluh Aur, hujan mula turun dengan lebatnya,agak sukar juga datuk memandu dalam malam hujan lebat.

Ia terpaksa melarikan keretanya dengan perlahan sekali. Sesekali datuk terbabas ke tepi jalan. Bila selisih dengan lori balak atau lori ikan datuk terpaksa memberhentikan keretanya.

Datuk sudahpun melalui Jambatan Nordin di Tanjung Belanja, sekarang datuk sudah memasuki Pekan Parit hujan tidak juga beransur reda, walau apa yang terjadi datuk tetap mahu meneruskan perjalannya ke Hospital Batu Gajah, datuk meninggalkan Pekan Parit, datuk menggigil kesejukan, sampai di satu selekoh kereta datuk berhenti dengan tiba-tiba.

Ia cuba menghidupkan enjinnya, usahanya itu tidak berjaya. Dalam hujan yang lebat itu datuk keluar dari perut kereta. Datuk membuka bahagian depan dengan lampu picit di tangan ia meraba semua wayar yang terdapat pada injin kereta. Badannya sudah basah. Ia menggigil.

Datuk ingin menghidupkan kereta. Tidak berjaya. Datuk membunyikan hon, tidak bersuara. Datuk masih juga tenang. Walaupun ia tahu, ia sekarang berada di tempat sunyi di kiri kanannya penuh dengan hutan tebal.

Kilat mula bermaharajalela. Dari cahaya kilat itu datuk dapat memastikan bahawa dirinya berada tidak jauh dari Bukit Berapit. Setiap kali cahaya kilat memancar ia dapat melihat Bukit Berapit yang tertegun berdiri di kiri kanan jalan.

Hujan terus turun. Jalanraya sudah penuh dengan air melimpah-limpah, datuk melihat jam di tangan, sudah hampir pukul dua belas malam. Tidak ada sebuah kereta yang melintas di situ.

Datuk tetap menggigil dalam perut kereta Ford Anglia, tiba-tiba datuk melihat ada cahaya api dari sebelah kanan jalan. Ia mempastikan cahaya lampu itu datangnya dari sebuah rumah.

Datuk ambil golok, lalu diselitkan ke pinggang. Kemudian ia memutuskan untuk pergi ke rumah yang ada cahaya lampu itu. Datuk mengunci semua pintu kereta. Datuk menyeberang jalan dalam hujan yang begitu lebat.

Datuk masuk ke dalam satu lorong menuju ke rumah tersebut. Sampai sahaja di kawasan rumah itu, kilat pun memancar, datuk dapat melihat rumah itu, ialah sebuah rumah batu beringkat dua, di halamannya penuh dengan pokok-pokok bunga yang sudah basah dengan air hujan.

Datuk masuk ke bawah rumah lalu mengetuk pintu berulang-ulang kali. Tidak ada jawapan. Datuk ketuk lagi. Pintu pun terkuak, seorang perempuan muda berdiri sambil di tangannya tertatang sebuah pelita minyak tanah.

“Saya mahu tumpang berteduh,” kata datuk.

“Begitu, masuklah ke dalam.”

“Tak payah, biarlah di luar sahaja.”

“Jangan begitu masuklah,” pelawa perempuan itu mendesak juga datuk supaya masuk ke dalam rumah.

Akhirnya datuk masuk. Ia disuruh duduk di ruang tamu. Perempuan yang baik hati itu memberikan datuk kain pelikat dan baju Melayu. Datuk terus memakainya. Perempuan itu juga memberikan datuk secawan kopi panas habis dihirup, datuk terasa badannya cukup segar.

“Tinggal seorang saja,” tanya datuk.

Perempuan muda yang berambut panjang itu tersenyum, lampu minyak tanah terlintuk liok ke kiri dan kanan ditiup angin malam.

“Emak dan ayah saya pergi ke Bagan Serai, tengok orang sakit.”

“Suami?”

“Saya belum bersuami, dulu bertunang dengan askar, tapi tunang saya mati ditembak komunis di Sungai Siput.”

“Kalau begitu, tidak manis saya berada di rumah anak dara, malam begini.”

“Apa salahnya, kita tidak berbuat jahat, awak datang dengan kereta awak rosak, dan saya berkewajipan menolongnya, masa ini masa awak, nanti ada masanya saya memerlukan pertolongan dari awak.”

“Awak perempuan yang baik hati.”

“Usahlah terlalu memuji,” tingkah perempuan muda.

Di luar ruamh hujan terus menggila, petir dan kilat juga menunjukkan gagah. Angin yang bertiup kencang menghasilkan bunyi suara daun yang berlaga sama sendiri, sesekali terdengar bunyi dahan pokok yang sekah.

Datuk terdengar bunyi lolongan anjing sayup-sayup di luar bersama bunyi suara kucing berkelahi. Dari arah dapur datuk terdengar bunyi pinggan dan piring berlaga, serentak dengan itu datuk terdengar bunyi suara perempuan mengilai.

Datuk tidak menyoal apa yang didengarnya pada perempuan muda itu. Ia tetap tenang. Tentulah tidak wajar sekali bertemu di rumah orang yang baik budi bahasa mahu menyoal hal peribadi. Itu biadab namanya. Datuk tidak mahu perempuan muda menuduh dia biadab.

Malam itu, perempuan muda yang cantik, berbibir nipis, berdahi luas memberitahu datuk, bahawa dia dan orang tuanya berasal dari Pulau Pinang dan berbangsa Cina.

Masa zaman pemerintahan Jepun mereka tinggal di Batu Gajah dan mereka sekeluarga terus memeluk agama Islam. Bila Jepun kalah, mereka pindah ke Seputih dan membeli rumah dan tanah yang mereka duduki sekarang ini.

Dengan penjelasan itu, datuk senang hati. Kemudian perempuan muda itu memberikan datuk sebuah bilik yang lengkap dengan katil dan meja serta almari.

“Bilik untuk awak tidur di sini,” ujar perempuan muda itu, datuk melihat sebatang lilin yang dimamah api tersedia di atas meja.

“Usah bimbang, esok saya suruh orang baiki kereta awak.”

Tambah perempuan cantik itu lagi, “Kereta awak dan awak selamat di sini.”

“Terima kasih.”

Perempuan muda itu merapatkan daun pintu bilik. Datuk terdengar perempuan muda itu mengunci bilik dari luar.

Datuk tersenyum, dan terfikir bahawa perempuan muda itu berbuat begitu adalah untuk kebaikan dirinya, ia bimbang datuk akan keluar mencarinya di tengah malam lalu merogolnya. Datuk menggelengkan kepala.

“Aku tidak sejahat itu,” kata datuk dalam hati.

Ia rebahkan badan atas katil. Bila datuk mahu merapatkan kedua belah kelopak matanya, ia terdengar bermacam-macam bunyi di luar, ada bunyi orang berjalan, ada suara orang menangis. Datuk tidak menghiraukannya barangkali itu cuma perasaannya sahaja.

Akhirnya, datuk terlelap, ia bermimpi ada orang berkepala anjing datang padanya lalu mahu membaham pangkal pehanya. Datuk melawan dengan sekuat hati.

Dalam perlawanan itu, datuk tewas pada orang berkepala anjing yang terus mengoyak daging peha datuk. Darah bertaburan dalam bilik. Datuk menjerit dengan sekuat hati. Datuk pun terjaga.

Datuk terkejut, kerana hari sudah cerah, matahari mula bersinar dan masuk ke dalam ruang bilik. Datuk mengerutkan dahi, kerana ia mendapati dirinya cuma tidur di atas simen di sebuah bilik yang kotor dan buruk.

Tidak ada katil. Tidak ada meja. Cuma yang ada hanya tunggul kayu dan batang pisang. Datuk keluar. Datuk menarik nafas panjang. Rumah yang malam tadi indah, ternyata sebuah rumah buruk yang hanya menanti masa untuk rebah ke bumi.

Di halaman rumah penuh dengan hutan keduduk, serunai laut, pemandangan sekitar rumah itu amat meyeramkan.

Datuk mencari perempuan muda yang melayannya semala. Tidak nampak batang hidung. Datuk pergi ke ruang tengah. Ia melihat satu cawan sumbing yang kotor. Di dalamnya ada air hitam yang busuk. Ada dua tiga ekor bangkai cicak yang kembung perutnya terdapat dalam cawan itu.

Datuk mengucapkan panjang. Ia ingat malam tadi ia minum di situ. Ia yakin air itu sudah masuk ke dalam perutnya.

“Syaitan, aku dipermainkan oleh syaitan,” bisik batin datuk.

Ia pun meninggalkan kawasan rumah itu menuju ke jalanraya. Datuk cuba menghidupkan injin keretanya. Suara kereta mengaum. Datuk cuba memandu dua tiga rantai ke depan.

Keretanya tidak mengalami sebarang kecelakaan. Datuk terus menuju Hospital Batu Gajah. Ia kecewa. Ramlah yang terlibat dalam kemalangan jalanraya sudah meninggal dunia.

Jenazahnya telah dibawa ke kampung malam itu juga. Datuk menceritakan kisah yang dialaminya pada seorang pekerja di Hospital Batu Gajah.

“Begini pak cik, rumah tu rumah tinggal anak dara tuanpunya rumah itu menggantung diri di ruang tengah rumah tu,” beritahu pekerja itu pada datuk.

“Sebab?”

“Dia kecewa, kerana tunangnya berkahwin dengan orang lain.”

“Begitu?” suara datuk lembut.

Tamat siri 4/284

BACA: SBDJ Siri 3: Tidur Di Rumah Bunian
BACA: Siri Bercakap Dengan Jin (Koleksi Lengkap)

-SENTIASAPANAS.COM

Resepi Pau Kukus Yang Gebu Dan Lembut

Resepi Pau Kukus Yang Gebu Dan Lembut

Pau sangat mengenyangkan dan sebahagian orang memakan pau untuk sarapan, menjadi kegemaran di kalangan kanak-kanak sehingga orang dewasa.

Pau Kukus

Pau merupakan sejenis kuih yang dibuat daripada tepung dan yis, diuli dan dibentuk bulat serta mempunyai inti di dalam, sama ada manisan, daging ataupun sayur-sayuran.

Ciri pau ialah berwarna putih, bulat dan gebu serta lembut dimakan. Walaupun ada beberapa pau berwarna hijau misalnya, menandakan itu ialah pau pandan dengan inti kelapa.

Biasanya setitik pewarna diletakkan di atas pau bagi menandakan jenis inti yang terdapat di dalam pau tersebut.

Teknik popular memasak pau ialah dengan cara kukus dan selain menggunakan teknik mengukus, teknik memasak secara goreng dan bakar juga boleh dilakukan.

Sila cuba resepi ini dirumah dengan cara kukus dan anda boleh meletakkan inti yang anda mahu seperti kaya, kacang merah, coklat, cendawan, ayam dan lain-lain.

Bahan-bahan Resepi Pau Gebu

Bahan A:
  • 1 kg tepung pau.
  • 1 sudu teh baking powder.

Kedua-dua bahan di atas diayak bersama.

Bahan B:
  • 1 sudu teh garam.
  • 1/2 cawan minyak jagung atau minyak masak.
  • 2 1/4 cawan air.
  • 11 gram yis.
  • 1 sudu makan gula.
  • 2 sudu makan susu pekat manis.
  • 1 biji telur.

Satukan bahan di atas dan kacau hingga gula larut.

Cara Membuat:

1. Masukkan Bahan A ke dalam mangkuk besar.

2. Tuangkan Bahan B cecair sedikit-sedikit sambil diuli hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan.

3. Tutup doh dengan kain dan biarkan 5 minit.

4. Ambil sedikit doh dan bulatkan sebesar bola pimpong (anggaran berat 35 gm).

5. Kemudian leperkan.

6. Masukkan inti yang telah dibulat-bulatkan sebesar guli (anggaran berat 12 gm).

7. Tutup dan kemaskan.

8. Letakkan doh di atas lapik kertas minyak yang dipotong segi empat atau bulat atau letakkan di atas paper cup yang dileperkan sedikit.

9. Susun dalam kukusan dan jarakkan sedikit antara satu sama lain.

Tips:

Biarkan doh naik 1 kali ganda. Jangan terlalu naik, sebab ia akan mengecut pula bila di kukus dan membuatkan permukaannya mengerutu dan keras.

Pastikan kukusan telah di panaskan terlebih dahulu hingga airnya betul-betul mendidih.

Balut tutup kukusan dengan kain supaya air dari kukusan tidak menitis atas pau yang membuatkan permukaan pau berkawah.

Jika mahu buat ½ adunan, kurangkan jumlah air, gula, susu pekat, sukatan yis tetap sama.

10. Kukus pau selama 7 hingga 10 minit.

Tips Untuk Pau Frozen:

Setelah membeli pau sejuk dari kedai, simpan dalam bekas plastik yang kedap udara. Masukkan dalam beg plastik pun boleh. Simpan dalam peti ais.

Bila nak makan keluarkan dan kukus semula selama 1 minit.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: saji

Pati Kiub Knorr Pork Dijual Di Malaysia?

Pati Kiub Knorr Pork Dijual Di Malaysia?

Tular di media sosial dakwaan bahawa terdapat kiub pati Knorr yang dijual menggunakan inti babi dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui media sosial memaklumkan bahawa memang terdapat produk jenis kiub inti babi yang dijual namun ianya tidak dijual dan tidak dikilangkan di Malaysia.

Pati Kiub Knorr Pork

JAKIM juga menjelaskan jenama Knorr yang dikilangkan oleh Unilever Foods (Malaysia) Sdn Bhd mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah.

Asal-usul

Unilever ialah syarikat produk kepenggunaan trans-nasional British-Belanda yang beribu pejabat di London, United Kingdom dan Rotterdam, Belanda.

Unilever diasaskan pada 2 September 1929, oleh penggabungan pengeluar marjerin Belanda Margarine Unie dan pembuat sabun British Lever Brothers.

Ia adalah dua syarikat berdaftar yang terdiri daripada Unilever plc, yang berpusat di London dan Unilever N.V., yang berpusat di Rotterdam. Kedua-dua syarikat beroperasi sebagai perniagaan tunggal, dengan lembaga pengarah bersama.

Produknya termasuk makanan dan minuman (kira-kira 40 peratus daripada hasilnya), agen pembersih dan produk penjagaan diri.

Ia merupakan syarikat barangan pengguna terbesar di dunia yang diukur pada tahun 2012 dan syarikat ketujuh paling bernilai di Eropah.

Unilever ialah salah satu syarikat multinasional tertua yang produknya boleh didapati di sekitar 190 negara.

Knorr

Knorr merupakan jenama makanan dan minuman Jerman yang dimiliki oleh syarikat Belanda-British Unilever sejak tahun 2000, apabila Unilever mengambil-alih Best Foods, tidak termasuk Jepun.

Ia menghasilkan sup dehidrasi dan campuran makanan, perasa dan kiub rebusan. Ia dikenali sebagai Royco di Indonesia serta Belanda dan sebagai Continental di Australia.

Di seluruh dunia

Pada tahun 1957, jenama Knorr seperti air daging dan sup, telah dijual di lapan negara dan pada tahun 2000, produk Knorr telah dijual di hampir 90 negara di seluruh dunia.

Di Jepun, Knorr dimiliki oleh Ajinomoto.

Knorr Di Malaysia

Di Malaysia, kisah Unilever bermula pada tahun 1947 dengan pembukaan kilang membuat sabun dan marjerin oleh Lever Brothers di Bangsar.

Berharga RM12 juta, ia merupakan kilang terbesar di negara ini, dengan mesin yang boleh membalut 124 bar sabun satu minit!

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2 | 3

Yasuke, Samurai Berkulit Hitam Pertama Yang Digeruni

Yasuke, Samurai Berkulit Hitam Pertama Yang Digeruni

Pada abad ke 16, Jepun masih lagi berpecah secara dalaman dan jauh daripada hubungan dengan pihak luar. Pada ketika itu, setiap kawasan diperintah oleh seorang pemerintah yang digelar daimyos dan berlarutan sehinggalah ke zaman penjelahan orang barat ke seluruh pelusuk dunia, termasuklah Jepun.

Yasuke black Samurai
Lakaran asal Yasuke.

Mengikut sejarah, orang Portugis adalah golongan pertama yang sampai Jepun. Dengan kedatangan ke Jepun ini, mereka turut membawa bersama-sama agama, bahasa dan budaya mereka ke Jepun.

Kedatangan Yasuke ke Jepun

Selain itu, orang Portugis yang mengamalkan institusi perhambaan pada ketika itu turut membawa bersama golongan hamba ke serata dunia. Golongan hamba ini kebanyakannya diseludup daripada Afrika.

Daripada golongan hamba berkulit hitam inilah lahirnya seorang samurai berkulit hitam yang pertama di Jepun.

Daripada hanya seorang hamba, beliau mula mendapat kepercayaan daripada pemerintah tempatan dan akhirnya menjadi seorang samurai yang dikenali dengan nama Yasuke.

Walau bagaimanapun, seperti kebanyakan hamba lain yang diseludup, latar belakang sebenar Yasuke tidak diketahui dengan tepat namun, terdapat sumber mengatakan beliau merupakan seorang pemuda yang berasal dari Mozambique yang telah dibawa masuk ke Jepun oleh seorang paderi bernama Alessandro Valignano.

Alessandro Valignano merupakan antara paderi terawal yang datang menyebarkan agama kristian timur.

Usahanya ini kemudian diikuti pula oleh seorang lagi paderi bernama Luis Frois. Kebanyakan kisah dan informasi mengenai Yasuke adalah berdasarkan informasi dan catatan beliau.

Menurut Luis Frois, ketibaan Yasuke ke Jepun sangat menarik perhatian orang disana memandangkan kulitnya yang gelap, tidak seperti kulit masyarakat tempatan.

Menurut beliau lagi, kediaman mereka banyak kali diceroboh oleh orang tempatan yang mahu melihat rupa paras Yasuke yang berkulit gelap itu.

Bantuan daripada Oda Nobunaga

Samurai

Kekecohan mengenai keunikan rupa paras Yasuka tersebar luas sehinggalah sampai ke pengetahuan pemerintah tempatan (daimyos) pada ketika itu, Oda Nobunaga.

Memandangkan Oda Nobunaga merupakan seorang yang sangat berminat dengan budaya Barat terutamanya daripada Eropah, maka beliau telah memberi pelbagai bantuan kepada golongan pendatang ini. Beliau turut berbesar hati membina sebuah gereja di Kyoto.

Oda Nobunaga merupakan seorang pemerintah yang sangat berpengaruh pada ketika itu malah, beliau juga merupakan orang penting yang berusaha menyatukan Jepun secara keseluruhannya. Sehigga kematiannya, hampir separuh daripada kawasan di Jepun berada di bawah penguasaannya.

Saat pertama kali bertemu dengan Yasuke, Nobunaga sangat kagum melihat fizikal Yasuke. Beliau menyatakan bahawa kekuatan Yasuke mungkin melebihi 10 orang pemuda. Dengan ketinggian 6 kaki, Yasuke sememangnya lebih tinggi daripada majoriti penduduk Jepun pada ketika itu.

Walaupun keduanya mempunyai masalah komunikasi, Yasuke berjaya mendapat kepercayaan Nobunaga, yang telah melantik Yasuke sebagai salah seorang pengawal peribadinya. Beliau telah diberikan sejumlah wang, sebuah rumah dan juga sebilah pedang katana.

Sejak daripada itu, Yasuke telah memberikan sumpah taat setianya kepada pemerintahan Oda Nobunaga dan dilatih menjadi seorang samurai yang dihormati.

Begitulah kisah bagaimana seorang hamba berkulit hitam yang akhirnya telah diangkat sebagai seorang elit di Jepun.

Kejatuhan pemerintahan Oda Nobunaga

Pemerintahan Oda Nobunaga berakhir pada tahun 1582 apabila beliau telah dikhianati oleh salah seorang pegawainya, Akechi Mitsuhide.

Semasa diserang oleh pasukan tentera Akechi Mitsuhide, Yasuke telah berlawan berhabis-habisan untuk mempertahankan istana pemerintahan Oda Nobunaga daripada ditakluki.

Oda Nobunaga yang pada ketika itu sudah cedera teruk dan hampir dikalahkan telah mengambil keputusan untuk melakukan seppuku, ritual membunuh diri untuk mengelakkan daripada menyerah kalah dan jatuh maruahnya kepada pihak musuh.

Yasuke merupakan antara beberapa orang terakhir yang tidak terbunuh dalam pertempuran itu, namun beliau akhirnya mengaku kalah dengan menyerahkan pedangnya kepada pihak musuh.

Kerana beliau bukanlah orang Jepun, Yasuke dikecualikan daripada hukuman bunuh dan telah diserahkan kembali kepada paderinya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Tuesday, December 25, 2018

41 Jenis Buah-buahan Yang Boleh Dan Tidak Boleh Dimakan Ibu Berpantang

41 Jenis Buah-buahan Yang Boleh Dan Tidak Boleh Dimakan Ibu Berpantang

Ketika berpantang, ada banyak jenis makanan yang ibu-ibu baru bersalin patut makan untuk mengembalikan tenaga selepas melahirkan anak.

Buah dilarang ketika berpantang

Salah satu daripadanya adalah buah-buahan, yang semestinya bagus untuk ibu kerana ia merupakan sumber khasiat semula jadi.

Tetapi, bukan semua buah boleh memberikan kesan l yang positif kerana ada yang bersifat tajam atau sejuk dan memang tak sesuai untuk kesihatan wanita berpantang.

Bagi ibu-ibu yang baru melahirkan anak, sebelum anda termakan, baik semak dulu buah mana yang selamat dan yang mana yang tak.

Buah yang boleh dimakan:
  • Anggur
  • Kurma
  • Oren
  • Epal merah
  • Strawberi
  • Peach
  • Prun
  • Kismis
  • Longan cina
  • Blueberry
  • Walnut

Buah-buahan ini berupaya untuk memulihkan kadar tenaga ibu dan menawarkan zat serta khasiat yang penting dan seimbang agar susu badan yang berkualiti dapat dihasilkan.

Buah yang berwarna terang seperti betik, anggur dan blueberry memang kaya dengan antioksidan yang boleh menguatkan jantung dan mengurangkan risiko kanser serta jangkitan.

Buah seperti oren yang mengandungi vitamin C pula dapat memulihkan semua tisu dalam badan ibu yang berpantang serta sebarang luka yang ada. Kalau boleh makan buah-buahan ini dua kali sehari.

Buah ketika berpantang

Buah yang tidak boleh dimakan:
  • Nenas
  • Limau
  • Buah lai
  • Tembikai susu
  • Tembikai merah
  • Tembikai cina
  • Kiwi
  • Epal hijau
  • Pear
  • Pisang
  • Jambu
  • Belimbing
  • Durian belanda
  • Mangga
  • Betik
  • Ciku
  • Langsat
  • Nangka
  • Cempedak
  • Pisang masak hijau
  • Pisang nangka
  • Pisang embun
  • Pisang udang
  • Ubi kayu
  • Ubi keladi
  • Sengkuang
  • Manggis
  • Macang
  • Kuinin
  • Binjai

Sebab-sebab sesetengah buah tak boleh dimakan adalah kerana mereka sejuk, tajam atau panas yang akan mengganggu proses pemulihan ibu yang baru bersalin.

Mereka juga terlarang kerana anda berpotensi untuk sakit tulang dan otot atau lemah sendi.

Mungkin ia tak boleh dirasai dalam masa terdekat, tapi ia semestinya akan memberi kesan pada masa depan.

Jika anda tak mengamalkan petua ini dengan betul, anda cenderung untuk mendapat penyakit seperti artritis dan rheumatisme. Hati-hati!

Walaupun jumlah buah yang tak boleh dimakan lebih banyak, ingatlah yang sesi berpantang ini sementara saja.

Kalau anda teringin sangat nak makan buah terlarang ini, bersabarlah ya!

p/s: Setiap orang tidak sama tindak balas badannya terhadap sesuatu jenis makanan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: theasianparent

Sejarah Perang Chechnya Angkara Penindasan Terhadap Umat Islam

Sejarah Perang Chechnya Angkara Penindasan Terhadap Umat Islam

Selepas kejatuhan Kesatuan Soviet, zaman kepayahan masih lagi dirasakan oleh banyak negara yang dahulunya merupakan sebahagian daripadanya. Kesan dari polisi perluasan kuasa Rusia di Kazakhstan, Turkmenistan, Azerbaijan, Uz­be­kistan, Kyrgyztan dan Dagesten, penjajahan masih lagi belum dapat dipadamkan.

Perang Chechnya

Negara-negara ini, yang percaya bahawa mereka mampu membina keamanan dan memupuk persaudaraan selepas bebas daripada penindasan rejim Soviet, kemu­diannya mendapati terpaksa ber­konfrontasi dengan penindasan Rusia dalam bentuk yang agak berlainan sedikit.

Sebaliknya, ada juga satu bangsa yang masih belum bebas daripada perjuangan 400 tahun untuk men­dapatkan kemerdekaan daripada Rusia. Negara itu ialah Chechnya, yang keberanian dan hasrat mereka untuk mendapatkan ke­merde­ka­an telah tercatat di dalam sejarah.

Sejarah perjuangan kental umat Islam Chechnya menentang Rusia bermula pada akhir abad kelapan belas berikutan penawa­nan dan seterusnya pembunuhan yang di­lakukan terhadap Imam Mansur, seorang pe­juang penentang legenda, pada tahun 1791, di tangan pihak Rusia.

Pada tahun 1816, selepas Tzar (gelaran yang diberikan kepada raja Rusia dahulu) mengarahkan Jeneral Yermolov untuk memimpin pasukan tentera Rusia, orang-orang Chechen yang tinggal di utara Caucasus telah dibunuh dengan begitu kejam.

Apabila pemimpin umat Islam Chechen Imam Hamzat dibunuh, Sheikh Shamil mengambil alih teraju kepimpinan tentera Chechen, dan mula ber­juang hebat untuk men­dapatkan kemerdekaan, yang seterusnya di­turunkan dari satu ge­ne­rasi ke satu gene­rasi berikutnya se­hing­ga­lah ke hari ini.

Pasukan tentera Sheikh Shamil dengan gagahnya menentang dasar perluasan wilayah oleh pihak Rusia selama suku abad, dari 1834 sehingga 1859.

Namun demikian pada akhirnya, Rusia berjaya menawan wilayah tersebut dan terus berada di situ sehingga hari ini.

Perjuangan orang-orang Chechen untuk mendapatkan kemerdekaan pada hari ini sebenarnya adalah sambungan dari pergerakan yang dimulakan oleh Sheikh Shamil.

Bagaimanakah Perang Tercetus?

Ada berbagai-bagai sebab, faktor-faktor sejarah dan ekonomi tertentu, yang terselindung di sebalik penindasan kejam dan keganasan yang dilakukan terhadap orang-orang Chechen oleh pihak Rusia.

Chechnya sebenarnya mempunyai kepentingan besar kepada Rusia berbanding republik-republik Caucasian yang lain. Wilayah ini mengandungi simpanan tenaga yang sangat banyak, terutamanya minyak dan gas asli.

Semasa Perang Dingin, pihak Komunis Rusia mendapatkan segala keperluan bahan mentahnya dengan harga yang begitu murah daripada Chechnya, dan juga turut menggunakan negara tersebut bagi kepentingannya sendiri.

Selepas kejatuhan Kesatuan Soviet, walau bagaimanapun, deklarasi kemerdekaan yang dituntut oleh Chechnya - sumber bahan mentah terbesar - dan juga bekas-bekas republik Soviet yang lain telah meletakkan Rusia di dalam ke­bimbangan.

Di samping faktor ekonomi, polisi perluasan kuasa Rusia yang berabad-abad lamanya menjadi faktor sejarah yang membawa kepada huru-hara yang berlaku di Asia Tengah dan Caucasus.

Selepas Kesatuan Soviet tumbang, Moscow mengalami waktu-waktu yang tidak stabil, tetapi kemudian cuba keluar dari situasi tersebut, dan mengambil inisiatif-inisiatif jangka panjang untuk mewujudkan semula penguasaan ke atas republik-republiknya yang dahulu.

Tanda pertama yang membuktikan apa yang sedang Rusia lakukan ke atas republik-republik ini telah disampaikan di dalam satu ucapan oleh Presiden Boris Yeltsin pada tahun 1993.

Dalam ucapannya, beliau mengatakan bahawa Rusia akan sekali lagi memenangi status kuasa super dengan mendapatkan semula semua kedudukan-kedudukan yang telah hilang.

Dengan kata lain, Rusia enggan menerima sebarang deklarasi kemerdekaan negara-negara tersebut, kemenangan mereka untuk mendapatkan kebebasan, dan kebolehan mereka untuk berdiri di atas kedua-dua kaki sendiri.

Sebaliknya, Rusia melihat negara-negara tersebut sebagai "kedudukan yang mesti dirampas kembali."

Kesannya, wujud sesetengah komuniti umat Islam yang masih gagal mendapatkan kebebasan dan terus berada di bawah persekutuan Rusia.

Salah satu daripadanya ialah Chechnya, yang telah menjadi sasaran utama tekanan, dan dengan sebab itu ia berhadapan dengan pelbagai jenis kekejaman yang maha dahsyat.

Untuk memahami dengan tepat apa yang sedang berlaku di Chechnya kini, kita perlu menumpukan perhatian terhadap beberapa perkara penting.

Peperangan yang tercetus di Chechnya bukanlah konflik yang mana kedua-dua pihak mengangkat senjata kerana konflik yang berlaku di antara mereka sudah sampai ke tahap yang sudah tidak boleh diselesaikan dengan jalan damai lagi, iaitu perang yang boleh dilihat di mana-mana sahaja di dunia ini.

Keadilan yang dituntut oleh orang-orang Chechen untuk mendapatkan kemerdekaan telah diperdebatkan oleh pelbagai pihak di peringkat antarabangsa, dan pelbagai pendapat telah diajukan. Kesemua pendapat-pendapat tersebut boleh dipertikaikan.

Walau bagaimanapun, perkara yang kesemua pihak bersetuju ialah Rusia telah melampaui batas dan menyerang penduduk yang tidak bersalah, menukar peperangan yang pada mulanya hanya melibatkan askar kepada usaha untuk menghapuskan seluruh populasi Chechnya.

Hal ini tidak dapat diterima, dan ia akan menjadi pokok perbincangan penting di dalam bab ini.

Dalam usaha Rusia untuk memperlihatkan dirinya berada di pihak yang benar di persada arena antarabangsa, Rusia memberitahu bahawa perang yang berlaku di Chechnya hanyalah satu "perkara domestik", dengan harapan ia akan menutup mata masyarakat terhadap keganasan yang berlaku di sana.

Namun, alasan itu tidak mencukupi untuk menerangkan tentang perihal pemuda-pemuda Chechen yang dikumpul di jalanan dan seterusnya dihantar ke pusat-pusat seksaan, mereka yang dipenjara diikat kakinya pada kereta kebal dan seterusnya diseret, bayi-bayi yang masih kecil ditembak dan harta penduduk dirompak.

Ramai ahli sains falsafah dan pakar-pakar bersetuju bahawa Rusia terlibat melakukan genocide di wilayah tersebut dan melakukan kekejaman yang jarang dilihat sebelum ini, kesemuanya dilakukan untuk memastikan Chechnya terus berada di dalam genggamannya.

Sebaliknya, serangan-serangan yang dilakukan oleh sesetengah golongan Chechen terhadap penduduk awam Rusia juga mesti dikecam dengan jelas.

Orang-orang Chechen secara asasnya berjustifikasi mahukan sebuah kehidupan yang bebas dan mulia namun, tindakan-tindakan sedemikian telah menconteng arang terhadap kehendak yang telah dijustifikasikan dan seterusnya menyulitkan lagi usaha untuk membela tindak-tanduk orang-orang Chechen.

Sebagai tambahan, haruslah diingat bahawa menyerang orang awam yang tidak bersalah adalah secara terang-terangan melanggar prinsip-prinsip Islam.

Sepanjang hidup Nabi Muhammad s.a.w., Baginda sentiasa membela hak-hak orang awam, walaupun ketika pergaduhan yang dahsyat, dan mengarahkan semua umat Islam agar bersikap sederhana dan tidak fanatik. Inilah kehendak moral yang dituntut oleh al-Quran.

Di dalam al-Quran, Allah telah mengarahkan umat Islam agar bersikap pemaaf dan bertoleransi dan juga untuk bersikap adil, walaupun ketika peperangan.

Seorang Muslim mesti menjadi orang pertama yang memberi makan kepada orang tawanannya walaupun dia sendiri sedang kelaparan, selalu bersifat sederhana walaupun di tengah-tengah peperangan, membela hak mereka yang ditindas dan tidak pernah terpesong dari jalan kejujuran dan keadilan.

Atas sebab inilah, orang-orang Chechen mesti sentiasa ingat kepada peringatan Allah, "Wahai orang-orang yang beriman. Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sering menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi yang adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlakulah adil, kerana adil itu lebih hampir kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan" (Al-Maaidah, 5), walaupun ketika menentang penindasan Rusia, dan mesti tidak menjadikan orang awam yang tidak bersalah dan tidak bersenjata sebagai sasaran mereka.

Harapan kami adalah untuk mencari jalan penyelesaian terhadap perbezaan di antara orang-orang Chechen dan pentadbiran Rusia dengan berdasarkan cara yang aman dan sederhana, seperti juga yang akan dilakukan terhadap kes-kes lain yang berlaku di kawasan dunia Islam yang lain.

Kebimbangan Moscow Terhadap "Caucasus Bersatu"

Chechnya, yang telah menjadi agenda dunia sejak berdekad yang lalu, merupakan sebuah negara kecil berukuran kira-kira 16,000 kilometer persegi.

Di dalam Persekutuan Rusia hari ini, ada 19 republik autonomi yang mempunyai kedudukan yang sama seperti Chechnya.

Republik-republik ini membentuk 28 peratus, dalam satu perempat, daripada keseluruhan wilayah Rusia.

Moscow masih memiliki pengaruh yang kuat ke atas republik-republik tersebut, dan sangat berharap agar pengaruh tersebut dapat kekal selama-lamanya.

Kehilangan Chechnya akan memecahkan cengkaman kuasa Rusia terhadap republik-republik yang lain, dan seterusnya akan menjadi contoh kepada bangsa-bangsa lain untuk melakukan tindakan yang serupa.

Jika orang-orang Chechen, yang banyaknya seperti kumpulan askar Rusia sahaja, berpisah dari Rusia, ini akan mencetuskan penubuhan gerakan-gerakan menuntut kemerdekaan di dalam republik-republik autonomi yang lain.

Karekteristik paling jelas yang terdapat pada republik-republik di dalam Persekutuan Rusia ialah cara mereka mempengaruhi di antara satu sama lain dengan berkesan sekali, dan bagaimana sesuatu perubahan yang berlaku di dalam sesebuah republik dapat mempengaruhi yang lain.

Di samping semua ini, masih ada satu elemen yang menjadikan Chechnya begitu penting kepada Rusia.

Ketakutan Moscow yang sebenar, seperti contoh di Bosnia dan Kosovo, ialah penubuhan dan perjuangan membela hak-hak umat Islam yang tinggal di dalamnya.

Inilah sebab paling penting mengapa perang yang tidak ber­perikemanusiaan dilancarkan oleh pentadbiran Rusia terhadap Chechnya, yang mana mereka telah berusaha selama bertahun-tahun untuk menghapuskan identiti agama orang-orang Chechen, dan dengan itu mengenakan penindasan kejam ke atas mereka, memusnahkan masjid-masjid, mengharamkan ibadat kepada Allah, dan melarang pendidikan yang bersifat keagamaan.

Orang-orang Chechen dikenali dengan kesetiaan mereka terhadap agama, keazaman mereka berjuang untuk hidup dengan berlandaskan agama, dan identiti keislaman mereka yang amat kuat memberi kesan kepada negara-negara Islam yang lain di Caucasus.

Idea "Cacasus Bersatu" yang telah dicadangkan oleh Imam Mansur pada tahun 1780-an yang bertujuan untuk menyatukan seluruh Caucasus, benar-benar telah memberi amaran kepada Rusia. Ini kerana ciri utama penubuhan kesatuan tersebut bersifat Islamik, dan ia memberikan ancaman getir terhadap segala kepentingan Rusia.

Ketakutan-ketakutan ini telah menimbulkan keinginan Rusia untuk melihat "Chechnya tanpa Chechen".

Berdasarkan kepada polisi semasanya, Rusia mahu menghapuskan orang-orang Chechen sehingga ke akar umbi, menghalang sebarang penubuhan kesatuan Islam, dan mahu mengambil semula bekas-bekas tanah jajahan yang hilang ke pangkuan dominasinya semula.

Sedangkan, walaupun "Caucasus Bersatu" ditubuhkan, ia tidak perlu dianggap sebagai satu per­kembangan anti-Rusia.

Jika Rusia menjalinkan hubungan baik dengan umat Islam Caucasus, jadi tiada sebab bagi mereka, sama ada merdeka atau tidak, untuk menunjukkan sikap menentang terhadap Moscow.

Perjuangan Berterusan Orang-orang Chechen yang Tidak Bersenjata

Terdapat banyak contoh di dalam polisi-polisi Rusia yang lebih cenderung kepada keganasan berbanding keamanan.

Rusia sudah menjalankan pelan-pelan sulitnya di Chechnya, terutama sekali pada permulaan 1990-an.

Rusia berpendapat bahawa mereka tidak boleh menghapuskan orang-orang Chechen yang kesatuan mereka tidak mudah untuk dipecahkan, dengan menggunakan kuasa ketenteraan semata-mata.

Jadi Rusia cuba melemahkan Chechnya dari dalam dan mencuba berbagai-bagai cara untuk melakukannya.

Rusia memulakan langkah pertamanya dengan memusnahkan perpaduan mereka dan mencetuskan kekacauan di Chechnya dengan masuk campur di dalam pilihan raya, membeli ahli-ahli politik, melakukan penculikan dan tindakan-tindakan terorisme, menggunakan paderi-paderi pro-Rusia dan seterusnya mencetuskan perbezaan-perbezaan agama, termasuklah mengenakan tekanan ekonomi dan politik namun, segala usaha tersebut tidak mencapai apa yang di­harap­kan.

"Sesungguhnya orang-orang yang mendatangkan ujian kepada orang-orang mukmin lelaki dan perempuan kemudian mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab Jahannam dan bagi mereka azab (neraka) yang membakar." (Al-Buruuj, 85:10)

Pendudukan Rusia ke atas Chech­nya pada 1991 telah ditamatkan oleh Dzhokar Dudayev. Kemudian satu ke­kacauan serius pada bulan November 1994 bertukar menjadi sebuah pe­pe­rangan pada 11 Disember tahun yang sama.

Lebih 100,000 orang-orang Che­chen hilang tempat tinggal, dan beratus-ratus ribu yang lain terpaksa menjadi pelarian.

Penggunaan senjata kimia yang diharamkan telah membawa kepada genocide dan selain itu, oleh kerana Rusia sudah memberitahu bahawa Chechnya hanyalah satu "masalah dalaman", tiada sebarang reaksi serius dari dunia luar.

Tiada bantuan yang dihulurkan kepada kepada orang-orang Chechen, melainkan beberapa negara-negara Eropah.

Peperangan tersebut berakhir pada Ogos 1996 apabila Rusia mengakui kekalahannya.

Kejayaan orang-orang Chechen ke atas Rusia telah memberi kesan mendalam kepada republik-republik yang lain di Caucasus.

Pada tahun 1998, penduduk di utara Cacasus telah berhimpun dalam "Konvensyen Penduduk Cacasus Utara" di Grozny, ibu negara Chechnya.

Kesemua negara-negara peserta bersetuju dengan posisi masing-masing untuk mengelakkan dari tercetusnya sebarang konflik yang mampu memecah-belahkan penduduk di utara Caucasus, dan saling memberi perlindungan di dalam serangan yang dilancarkan oleh Rusia.

Kesatuan ini memberi mimpi ngeri kepada Rusia. Apa yang ditakuti selama ini telah menjadi kenyataan. Jika Rusia membenarkan ia berlaku, sebuah kesatuan Islam yang ditakuti akan muncul. Inilah sebabnya mengapa Rusia melakukan operasi keduanya untuk menentang Chechnya.

Kali ini, cara yang lebih kejam dilakukan, dan seksaan yang tidak berperikemanusiaan dilakukan ke atas orang-orang yang tidak bersenjata di mata dunia namun atas sebab yang sama, kebuasan yang berlaku hanya dianggap sebagai "hubungan dalaman" Rusia.

Peperangan kedua sebenar yang berlaku di antara orang-orang Chechen dan Rusia bermula apabila Rusia mengepung dan mengebom beberapa perkampungan di Dagestan pada awal 1999.

Lebih kurang 1,500 penduduk di perkampungan tersebut meminta bantuan daripada Chechnya, yang mana mereka menganggapnya sebagai pemimpin.

Shamil Basayev, yang mula mendapat perhatian atas kejayaannya di dalam peperangan, telah memberikan bantuan kepada penduduk Dagestan pada musim panas 1999.

Hanya dua buah kampung sahaja yang telah diserang oleh Rusia berjaya diselamatkan.

Penyembelihan dahsyat telah berlaku di kampung-kampung tersebut, dan penduduk yang tidak bersalah telah dibunuh kejam.

Peperangan yang berlaku di antara Rusia dan Chechnya, yang masih berlaku pada hari ini, telah tercetus lagi menerusi insiden ini.

Kuasa Rusia menceroboh Chechnya pada tanggal 2 Oktober 1999 dan telah melakukan siri pembunuhan yang sangat kejam kepada sesiapa sahaja yang mereka temui, tanpa mengira wanita, kanak-kanak ataupun orang tua.

Mereka mula menyerang penduduk awam. Senjata-senjata kimia, peluru berpandu scud dan napalm (sejenis bahan petrol seperti agar-agar yang digunakan untuk membuat bom) telah digunakan di dalam serangan-serangan tersebut.

Manakala hospital-hospital, wad-wad bersalin, kawasan membeli-belah dan kem-kem tahanan dijadikan sebagai sasaran serangan.

Salah satu daripada serangan-serangan tidak berperikemanusiaan Rusia terhadap penduduk awam ialah dengan meracun Sungai Argun yang merupakan sumber air kepada beberapa buah kampung di Chechen.

Ramai wanita dan juga kanak-kanak yang minum air dari sungai tersebut mati, manakala beratus-ratus yang lain menderita sakit dalam tempoh yang panjang.

Chechnya kehilangan tiga perempat populasinya dalam masa dua tahun sahaja dan sekarang ini pun, orang-orang Chechen masih cuba untuk terus hidup di dalam negara-negara jiran dalam keadaan yang amat menyedihkan.

Pembunuhan beramai-ramai orang-orang Chechen oleh pihak Rusia, yang mana masih kekal di dalam ruang lingkup mentaliti komunis lama, menyerupai tindakan Firaun yang dilakukan berabad-abad yang lampau.

Pada zaman tersebut, Firaun juga turut menyerang golongan yang lemah dan yang tidak bersenjata (dalam kes ini, mereka ialah kaum Bani Israel), dan dengan kejam membunuh mereka semua.

Allah telah menceritakan tentang kekejaman Firaun di dalam ayat-ayat yang berikut:

Dan (ingatlah) ketika Musa berkata kepada kaumnya: "Ingatlah nikmat Allah ke atas kamu sewaktu Dia menye­lamatkan kamu dari (Firaun dan) para pengikutnya, mereka menyiksa kamu dengan siksa yang pedih, mereka menyembelih anak-anak lelakimu, membiarkan hidup anak-anak perempuanmu, dan pada yang demikian itu ada ujian yang besar dari Tuhanmu. Dan (ingatlah juga) sewaktu Tuhanmu memberitahu: "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambahkan (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmatku), maka sesungguhnya azab-Ku amat pedih". (Ibrahim, 6-7)

"Sesungguhnya Firaun telah melakukan sewenang-wenang­nya di muka bumi dan menjadikan penduduknya ber­pecah-belah, dengan menindas segolongan daripada mereka, menyembelih anak-anak lelaki mereka dan membiarkan anak-anak perempuan hidup. Sesungghnya Firaun termasuk dari kalangan orang-orang yang me­lakukan kerosakan." (Al-Qashash, 4)

Mentaliti yang membenarkan berlakunya pembunuhan kanak-kanak, membelah perut wanita-wanita mengandung, memusnahkan rumah-rumah penduduk dengan menggunakan kereta kebal, dan berbagai-bagai lagi kedahsyatan, telah lari jauh dari sebarang sensitiviti moral, perasaan perikamunusiaan, belas kasihan, cinta atau simpati.

Ramai di kalangan mereka yang tidak mengetahui sebab-musabab kepada kekejaman yang dilakukan, tetapi oleh kerana ada sifat jahat yang dibawa oleh ateisme, mereka dengan mudah melakukan pelbagai jenis tindakan syaitan.

Apa yang diharapkan dari Rusia ialah mereka mesti meninggalkan mentaliti hitam tersebut, yang merupakan saki-baki dari Kesatuan Soviet, yang memandu mereka kepada penggubalan polisi-polisi ke atas Chechen, kepada suatu perubahan yang membawa kepada penggubalan polisi yang lebih bersifat sederhana yang seterusnya akan membawa keamanan dan keselamatan, baik kepada Rusia mahupun orang-orang Chechen.

"Orang-orang yang telah diusir dari kampung halaman mereka tanpa sebab, kecuali kerana mereka berkata: “Tuhan kami adalah Allah.” Dan jika Allah tidak menolak (keganasan) manusia dengan sebahagian yang lain, tentulah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadat orang-orang Yahudi dan masjid-masjid, yang di dalamnya banyak disebut nama-nama Allah. Sesungguhnya Allah pasti menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa." (Al-Hajj, 22:40)

Situasi yang Dihadapi oleh Pelarian Chechen

Sebilangan besar organisasi hak asasi manusia yang menjalankan kajian ke atas pelarian Chechen melaporkan bahawa hak-hak asasi mereka telah dilanggar dalam satu skala yang cukup besar.

Kira-kira 250,000 orang-orang Chechen yang lari akibat peperangan kini berada di Ingushetia, dan bakinya boleh dijumpai di kawasan-kawasan jiran.

Orang-orang Chechen sedang berhadapan dengan kebuluran, kehausan dan penyakit-penyakit berjangkit.

Wanita dan kanak-kanak, orang muda dan tua yang terpaksa bermigrasi, kini sedang bergelut untuk terus hidup dalam keadaan yang sangat sejuk dan hujan, dua atau tiga keluarga berada di dalam gerabak keretapi lama yang ditinggal­kan, ataupun dalam bangsal-bangsal kuda di kampung-kampung tempat mereka berlindung.

Sebagai contoh, orang-orang Chechen di kem pelarian Znamens­koye di utara Chechnya kini tidak dapat menghantar anak-anak mereka ke sekolah kerana tidak memiliki baju panas.

Hampir separuh di antara mereka yang mendapatkan perlindungan di situ telah jatuh sakit disebabkan oleh keadaan yang sangat menyedihkan dan kesejukan yang amat sangat.

Penyakit-penyakit seperti tuberkulosis (batuk kering) dan hepatitis sedang merebak di kem-kem pelarian Chechen, yang tidak memiliki apa-apa yang panas untuk dimakan selama berminggu-minggu pada sesuatu masa dan badan mereka pula tidak mampu untuk berhadapan dengan situasi tersebut. Angka kematian sedang meningkat.

Mungkin perkara yang paling mengejutkan ialah majoriti bangsa Barat, yang mendakwa mereka berdiri di barisan hadapan untuk melindungi hak-hak asasi manusia, tidak berusaha untuk menolong para pelarian tersebut.

Bahagian signifikan pandangan-pandangan masyarakat awam dunia ialah mereka tidak betul-betul tahu tentang penderitaan yang sedang orang-orang Chechen alami dan kadang-kala mengabaikan kekejaman yang dikenakan ke atas beratus-ribu orang-orang Chechen yang lari dari kekejaman Rusia.

Bantuan dari negara-negara lain disekat, dan mereka yang sedang kelaparan, kehausan dan kesejukan yang mencengkam amat sukar untuk bertemu walau dengan kerak roti sekalipun.

Kesedihan yang dialami oleh pelarian-pelarian tersebut mesti dipandang sebagai satu perkara yang memerlukan tindakan pantas.

Bagaimana Jalan Penyelesaiannya Dapat Diperoleh?

Jalan penyelesaian terletak di atas bahu Rusia dan juga para pejuang Chechen. Kedamaian yang dicari mesti berlandaskan pendekatan cintakan keamanan dan bersikap sederhana seperti yang dituntut oleh Allah.

Moscow mesti mengelakkan diri dari terus beranggapan bahawa kewujudan dan aspirasi nasional umat Islam Caucasus sebagai satu ancaman, dan mereka mesti meredakan konflik dan tekanan ke paras yang minimum dengan mengambil konsep bersederhana dan polisi yang aman.

Seperti yang telah kita lihat, keganasan Rusia di Chechnya tidak dapat diterima sama sekali.

Walau bagaimanapun di sebaliknya, pejuang Chechen yang terlibat dalam serangan ke atas penduduk awam Rusia turut mengambil jalan yang salah.

Kedua-dua pihak mesti mengelakkan diri dari terus melakukan pertumpahan darah, dan seterusnya berusaha untuk membina kedamaian.

Adalah menjadi satu kewajipan kepada seluruh umat Islam sedunia untuk menghulurkan bantuan kepada orang-orang Chechen yang sedang menderita ditindas.

Cukup jelas bahawa tiada seseorang pun yang benar-benar takutkan Allah dan memiliki konsep keadilan yang digariskan oleh-Nya di dalam al-Quran untuk terus berdiri bodoh melihat kekejaman yang dilakukan terhadap mereka yang tidak bersalah.

Seorang mukmin sejati selalu membantu orang-orang miskin, mereka yang memerlukan, mereka yang diusir dari rumah, dan akan bersedia berkorban apa sahaja untuk mereka.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: wikipedia

Monday, December 24, 2018

SBDJ Siri 3: Tidur Di Rumah Bunian

SBDJ Siri 3: Tidur Di Rumah Bunian

Sebulan kemudian, datuk pergi ke tempat tersebut. Ia berhasrat untuk menemui perempuan cantik. Tepat, pukul tiga petang datuk pun masuk ke dalam hutan. Lebik kurang setengah jam berada di dalam hutan. Datuk diberkas oleh anggota tentera kerana masuk ke dalam kawasan hitam.

Tidur Di Rumah Bunian

Datuk lalau dibawa ke balai polis. Seminggu datuk tidur dalam lokap sementara menanti hari perbicaraan.

Bila dihadapkan ke mahkamah datuk didapati bersalah dan dihukum penjara selama seminggu, datuk bersyukur pada tuhan, kerana pihak mahkamah mengambil kira hukuman itu berjalan dari tarikh ia mula ditahan. Pada hari perbicaraan itu datuk pun dibebaskan.

Datuk mengambil keputusan yang tepat. Ia melupakan tentang perempuan cantik itu. Tapi, perangainya yang suka memburu itu tidak dapat dikikisnya dari hati. Kalau sehari ia tidak pergi memburu, ia terasa hidupnya terlalu sepi.

Semua yang dilakukannya serba tidak kena. Akhirnya, datuk teringat tentang hutan kecil di pinggir bukit kota.

Menurut orang-orang yang berladang di pinggir bukit itu, ayam hutan cukup banyak terdapat di situ. Pelanduk dan landak juga selalu ditemui oleh mereka. Kerana bukit kota tidak termasuk dalam kawasan hitam, datuk pun mengambil keputusan untuk berburu ke tempat tersebut.

Datuk berusaha mengumpulkan beberapa orang kawannya. Diajak berunding untuk berburu ayam hutan. Semua kawan-kawannya menolak dengan alasan takut tersua dengan komunis atau terjumpa dengan anggota tendera.

“Jangan bodoh, itu kawasan putih,” kata datuk pada kawan-kawannya dengan nada suara yang keras sambil meraba-raba misai tebalnya.

“Kami tak mahu pergi,” jawab kawan-kawan datuk.

Kemudian mereka meninggalkan datuk sendirian di anjung rumah. Cerita orang-orang yang berladang di pinggir Bikit Kota terserempak dengan komunis, bukanlah perkar baru.

Sudah jadi buah mulut orang ramai. Sudah sampai ke pengetahuan ketua Kampung Kota dan penghulu. Sudah pun dilaporkan kepada pihak polis. Orang-orang komunis itu memang suka melintas jalan ikut Bukit Kota dari Segari menuju ke Ulu Perak, akhirnya masuk ke dalam kawasan Thailand.

Orang-orang yang berladang di kaki bukit merasa beruntung dan bertuah kerana orang-orang komunis itu tidak menggangu mereka.

Walaupun kawan-kawannya tidak mahu pergi, datuk tetap meneruskan rancangannya. Ia berazam mahu menembak ayam hutan sebanyak yang boleh disamping itu ia berharap juga akan dapat menembak seekor dua napuh atau landak.

Tidak ada persiapan tertentu yang diatur oleh datuk untuk pergi memburu kecuali sehari sebelum masuk hutan, ia membakar kemenyan di hujung bendul sambil membasuh mukanya dengan air kelapa muda tiga kali.

Pagi itu, datuk bertolak dari rumah sesudah makan nasi dan minum kopi. Ia menaiki basikal sejauh dua batu untuk sampai ke ka Bukit Kota.

Memang, sudah dirancangnya untuk memburu ayam hutan pada sebelah pagi. Ia berpendapat pergi memburu pada sebelah pagi banyak untungnya, boleh meredah hutan hingga matahari jatuh.

Waktu datuk sampai di kakai Bukit Kota matahari sudah pun meninggi. Air embun di hujung daun nampak bersinar-sinar di panah matahari.

Datuk tidak terus masuk ke dalam hutan. Ia singgah dulu di sebuah pondok kepunyaan kawannya. Ia bertanya pada kawannya, arah mana terapat bunyi kokok ayam hutan. Kawannya itu pun menunjukkan arahnya.

“Batalkan saja rancangan kau tu,” ujar kawannya dengan tenang sambil merenung ke arah pokok-pokok hutan. Datuk tersenyum sambil melurut muncung senapangnya dua tiga kali dengan tapak tangan.

“Kenapa?” Datuk menimang senapangnya. Kawannya terdiam tapi merenung pada tali pinggang datuk yang digayuti peluru.

“Merbahaya.”

“Kau takut aku ditangkap komunis, kalau tidak kenapa kau tahan aku.”

Datuk meletakkan buntut senapang ke bumi. Ia merenung pada puncak Bukit Kota. Datuk terdengar bunyi kokok ayam hutan atau ayam denak. Mata datuk bercahaya, kokok ayam itu bertalu-talu dan bersahutan -sahutan pula.

Datuk sudah tidak boleh bersabar lagi. Ia segera meletakkan senapang atas bahu dan bersedia untuk melangkah masuk ke dalam hutan.

“Jangan terburu-buru nanti buruk padahnya,” kawan datuk yang bertahi lalat di pipi mengingatkan datuk.

“Kau usah banyak cakap, kalau mahu daging ayam hutan, cakap terang-terang, aku boleh beri. Berapa ekor kau mahu,” Balas datuk dan ia pun mengatur langkah menuju lorong ke dalam hutan.

Kawannya segera mengejarnya. Tiba-tiba sahaja hati datuk jadi panas dengan perbuatan kawannya itu.

“Usah pergi,” tahan kawannya.

“Ini urusan aku, kau tunggu di pondok habuan kau ada.”

“Aku tak mahu apa yang kau dapat, tapi kau mesti ingat tempat ini bukan tempat sebarangan, banyak orang yang sesat di dalamnya.”

“Dia orang itu siapa, dan aku siapa, kalau tak cukup syarat di dada aku tak jadi pemburu tau,” Datuk mula membangga diri. Dan datuk terus masuk ke dalam hutan. Kawannya geleng kepala.

Makin jauh datuk meredah hutan, makin kerap didengannya suara kokok ayam jantan. Datuk pun sampai ke satu kawasan agak lapang.

Datuk berhenti di situ, tiba-tiba ia terpandang sekumpulan ayam hutan keluar dari celah-celah pokok menuju ke kawasan tanah lapang, mencakar-cakar tanah di situ, kemudian masuk ke dalam semak kembali. Memang tidak salah lagi inilah tempatnya kata datuk dalam hati.

Ia merangkak perlahan-lahan menuju ke balik batang besar. Ia duduk di situ, matahari beransur terik, tapi sinar matahari itu tidak dapat menjamah batang tubuh datuk kerana ia diteduhi oleh rimbunan pokok hutan.

Datuk memasukkan peluru penabur ke dalam laras senapang. Datuk terdengar kokok ayam hutan di atas kepalanya. Datuk donggakkan kepala. Ia nampak seekor ayam jantan dengan bulu yang berkilat bertenggik atas dahan.

Ayam itu mengepak-ngepakkan sayapnya. Ekornya yang panjang berkilat bergerak-gerak dimain angin.

Datuk melompat, seekor lipan bara sepanjang satu jengkal keluar dari celah daun-daun kering merayap atas kasut. Kerana kuat sangat datuk melompat lipan itu terpelanting ats tanah. Datuk segera memijaknya hingga lipan itu mati.

Ayam jantan atas kepala terbang dan hilang. Datuk kecewa. Dia terus memaki lipan yang sudah hancur itu. Datuk membuat rancangan lain. Ia mahu berubah tempat kerana datuk yakin ayam-ayam itu tidak akan datang ke situ lagi.

Baru lima langkah datuk melangkah ia terdengar kokok ayam. Datuk berpatah balik ke tempat asal. Datuk di situ sambil menghisap rokok daun nipah. Sepuluh minit masa berlalu, ayam hutan tidak juga datang ke tanah lapang.

Waktu datuk mencampakkan puntung rokoknya ke pangkal pohon meranti patah cabang, datuk terdengar kokok ayam lagi. Datuk tersenyum. Ia yakin ayam-ayam itu akan datang juga ke situ.

Memang benar dugaan datuk. Ranting pokok sebelah kanannya bergerak-gerak. Seekor ayam hinggap di situ, kemudian turun ke tanah lapang. Ayam itu memanggil kawan-kawannya yang lain. Dua tiga ekor ayam betina keluar dari celah-celah pokok lalu menghampiri ayam jantan.

Satu peluang yang baik bagi datuk. Ia melepaskan tembakan. Ayam jantan menggelupur atas tanah. Datuk segera menerkam lalu menyembelihnya.

Masa datuk mengikat kaki ayam untuk digantung ke pinggannga, seekor ayam betina meluru padanya berpusing di depan datuk dua tiga kali. Datuk segera menangkapnya.

Mata golok yang tajam pun memutuskan urat di tengkok ayam. Bila datuk memeriksa badan ayam itu ternyata pangkal paha ayam itu sudah ditembusi peluru.

Dua ekor ayam hutan tergantung di pinggang datuk. Cukup senang hatinya. Dan datuk bercadang salah seekor daripada ayam itu akan diberikan pada kawannya yang berladang di kaki bukit.

Panas kian terik dan datuk mengambil keputusan untuk pulang sahaja. Pada sebelah petangnya ia akan datang lagi berburu ke situ.

Datuk mendongak ke langit. Matahari sudah agak condong ke barat. Datuk senyum, ia dapat menduga pukul berapa sekarang.

“Masih awal lagi, kalau tak silap baru pukul tiga,” kata datuk dalam hati.

Dengan cara mendadak sahaja ia membatalkan rancangannya untuk pulang. Ia mahu memburu lagi, sebelum matahari jatuh di kaki langit, ia bercadang untuk menembak paling kurang lima ekor ayam lagi.

Alang-alang berburu biar puas. Esok lusa belum tentu boleh datang lagi ke sini. Siapa tahu entah esok, entah tulat kawasan ini akan dijadikan ‘Black Area’. Sebelum semuanya berlaku biar aku gunakan peluang ini. Itulah yang difikirkan oleh datuk.

Ia menyumbatkan peluru ke dalam laras senapang. Pusing kiri pusing kanan, Akhirnya datuk berjalan ke arah utara mengikuti lorong ayam hutan dengan harapan di hujung lorong itu ia akan bertemu dengan barang yang dicarinya. Baru lima ela berjalan datuk sudah terdengar kokok ayam jantan.

“Kali ini kawan-kawan yang tidak mahu ikut aku memburu tentu rugi,” kata datuk dalam hati sambil mematah dahan pokok hutan.

Datuk kian jauh masuk ke dalam hutan. Datuk terdengar bunyi suara orang bercakap. Ia segera menyembunyikan diri di celah rimbun pokok hutan. Suara orang bercakap itu makin lama makin dekat berselang seli dengan bunyi kokok ayam dan suara itik.

Sesekali datuk terdengar bunyi orang mengukur kelapa. Puas datuk melihat kiri kanan, ia tidak nampak pun bayang manusia. Datuk mengira itu cuma perasaannya sahaja. Ia segera keluar dari tempat persembunyiaan dan meneruskan perjalanannya.

Datuk terasa kepalanya pening dan ia tercium bau wangi di kelilingnya. Ia menduga penunggu Bukit Kota mahu menguji dirinya. Cepat-cepat datuk memebaca sesuatu, tapi bau wangi itu makin kuat datangnya, kepalanya terasa berdenyut-denyut.

“Ganjil,” kata datuk sambil menggaru tanah.

Dengan hujung goloknya datuk membuat garisan tiga segi di muka bumi. Tapi hujung garisan itu dipacaknya dengan ranting kayu. Mulut datuk terus membaca sesuatu dengan tenang.

Kemudian ia menghembus pancang yang dicacaknya itu dengan mulut. Ketiga-tiga pancang itu rebah ke bumi. Tahulah datuk, bahawa ia tidak berhadapan dengan penunggu Bukit Kota, tapi ia berhadapan dengan makhluk lain yang serba aneh.

Datuk meneruskan perjalannya. Bau wangi tetap menyumbat lubang hidungnya. Daun-daun hutan yang tua berguguran ke bumi. Angin bukit yang bertiup menyegarkan badannya. Rasa pening di kepalanya hilang.

Datuk berhadapan dengan pokok-pokok bunga yang beraneka rupa. Datuk tidak peduli pada semuanya itu. Ia menyimpang ke kiri, masuk ke arah hutan kelubi. Di situ juga datuk bersua dengan pokok-pokok bunga.

Di hujung pokok-pokok bunga itu terdapat jalan tanah merah. Datuk terus ikut jalan itu, kerana kokok ayam hutan datangnya dari situ. Datuk berhenti berjalan, bila ia terpandang seorang perempuan tua berdiri di hujung jalan. Bila melihat datuk berhenti, perempuan itu segera menghampirinya.

“Kau sesat,” kata perempuan itu.

“Tidak.”

“Habis macam mana kau ke mari.”

“Saya memburu ayam.”

“Patutlah ayam aku banyak yang hilang.”

“Saya..”

“Sudah mari singgah di rumah aku dulu.”

Datuk terus mengikuti perempuan tua itu ke rumahnya. Kerana perempuan itu mendakwa, bahawa ayam yang tergantung di pinggang datuk itu, adalah ayam kepunyaanya, tanpa soal jawab datuk terus menyerahkan padanya.

Ayam itu dijadikan gulai yang kemudiannya dijadikan hidangan makan malam buat datuk. Selain dari perempuan tua itu datuk dapat berkenalan dengan seorang perempuan muda yang tinggal serumah dengan perempuan tersebut.

Datuk diberitahu oleh perempuan tua, bahawa perempuan muda itu adalah anaknya, datuk cuma angguk kepala sahaja, kemudian datuk minta perempuan itu menghantarkannya ke kaki Buki Kota.

Permintaan datuk itu tidak dapat dipenuhi oleh perempuan tua tersebut. Ia minta datuk bermalam di rumahnya.

“Baiklah, tapi pagi esok saya mesti balik,” kata datuk.

“Boleh, kami tidak pernah mungkir janji.”

“Hantarkan saya sampai ke kaki bukit.”

“Tentulah boleh, tapi kau mesti berjanji kepada kami.”

“Janji apa?“

“Jangan menembak binatang ternakan kami.”

Datuk terdiam. Apa haknya perempuan tua ini menahan kesukaannya. Datuk menatap wajah orang tua itu lama-lama. Orang tua itu tersenyum.

“Kau susah dengan syarat itu?”

“Tak susah, tapi..”

“Memburulah di tempat lain tapi jangan di sini.”

“Baiklah.”

“Kalau kau mungkir janji buruk padahnya,” Orang tua itu mengigatkan datuk dengan nada yang keras. Bulu tengkuk datuk meremang.

Malam itu datuk tidak tidur. Orang tua itu mengajak datuk berborak hingga menjelang subuh. Secara diam-diam datuk jatuh hati pada perempuan muda yang nampak bersopan santun.

Cantik orangnya dengan sepasang mata yang besinar. Berkulit putih dan rambut terhurai di atas bahu. Subuh itu datuk terpaksa sembahyang subuh di surau bersama dengan penduduk di kampung tersebut. Orang di situ menerima datuk dengan mesra.

Seperti yang dijanjikan. Orang tua itu bersama anaknya menghantar datuk sehingga ke kaki bukit Kota. Sebagai tanda kenangan anak orang tua itu menghadiahkan kepada datuk sebilah keris pendek.

“Ingat, jadilah manusia yang teguh pada janji, tidak menipu dan menyeksa sesama mahkluk,” kata orang tua, bila bertemu dengan jalan ia mula masuk ke hutan dulu.

“Kalau mahu ayam minta pada kami, jangan menembaknya atau mencurinya,” sambung perempuan tua itu.

Datuk mengangguk kepala sambil menoleh ke kanan. Bila datuk menoleh ke kiri semula, perempuan dan anaknya hilang. Datuk pulang tanpa ayam hutan tapi membawa keris pendek yang terpaksa di usap dengan kemeyan setiap malam Jumaat.

Itu pesan perempuan tua yang mesti dipatuhinya, tapi setiap kali keris itu diusap, anak pada perempuan tua itu akan menjelma. Satu perkara yang tidak disenangi oleh datuk.

Lantas datuk mengambil keputusan untuk memulangkan keris itu. Ia pun pergi ke bukit Kota, satu hari satu malam dia berada di situ. Dia tidak juga bertemu rumah perempuan tua itu.

Tempat yang ditandanya dulu, ternyata hutan besar yang menakutkan dan penuh dengan pokok-pokok besar dan akar kayu berjuntaian.

Dari kawan datuk yang membuat pondok di kaki bukit Kota, datuk mendapat tahu, bahawa kampung yang dimasukinya dulu ialah kampung orang bunian.

Dan datuk terjumlah pada orang yang beruntung, kerana orang bunian itu berkenan padanya kerana itu dia dilayan, kalau orang bunian tidak berkenan, sudah pasti datuk sesat di dalam hutan berbulan-bulan.

Walaupun begitu, datuk masih dapat menjalinkan silaturahimnya dengan orang bunian dengan baik. Malah ia telah dikira sebagai salah seorang anggota orang bunian. Datuk mendapat tahu semuanya ini menerusi anak perempuan orang tua melalui keris pendek yang di usapnya pada tiap-tiap malam Jumaat.

“Ingat, buat sesama manusia, jangan tamak dalam hidup, bersihkan diri dari perasaan hasad dan dengki,” kata perempuan tua itu pada datuk pada suatu malam.

“Saya tahu,” jawab datuk.

Kemudian perempuan itu menghilangkan diri di tengah-tengah bau kemeyan yang semerbak. Dua minggu kemudian, datuk menghilangkan diri selama seminggu. Seluruh anak buahnya jadi gempar.

Masuk minggu yang kedua, datuk pulang dan memberitahu nenek, bahawa dia telah berkahwin dengan orang bunian. Nenek terdiam. Tidak memberikan sebarang komen.

Tamat siri 3/284

BACA: SBDJ Siri 2: Bertemu Dengan Penunggu Babi Hutan
BACA: Siri Bercakap Dengan Jin (Koleksi Lengkap)

-SENTIASAPANAS.COM

5 Tabiat Biasa Yang Sebenarnya Boleh Menjejaskan Otak Dan Mental Kita

5 Tabiat Biasa Yang Sebenarnya Boleh Menjejaskan Otak Dan Mental Kita

Bukan tumor, kemalangan atau strok, tetapi tabiat buruk yang anda amalkan setiap hari boleh menjejaskan kesihatan otak anda. Apakah tabiat buruk tersebut?

1. Kurang tidur

Sakit mental

Jika ada satu tabiat anda ingin amalkan untuk mendapatkan kesihatan tubuh yang baik, jawapannya ialah mendapatkan tidur yang cukup.

Bagi kesihatan mental dan otak khususnya, tidur adalah sangat penting. Ia meningkatkan risiko demensia dan Alzheimer.

Jika anda mengalami masalah untuk tidur, elakkan kafein, alkohol dan gajet pada waktu malam. Kemudian, cuba bina rutin tidur yang sama setiap hari.

2. Kurang bersosial

Manusia memang dicipta untuk bersosial. Jika keperluan ini tidak dipenuhi, risiko masalah mental akan meningkat seperti depresi dan Alzheimer.

Kita tidak bercakap tentang bilangan rakan di Facebook tetapi interaksi sosial di dunia sebenar.

Malah, penggunaan media sosial berlebihan boleh mengundang kepada masalah mental kerana pengguna media sosial cenderung untuk menyendiri dari masyarakat.

Dapatkan rakan yang sebenar, bukan sekadar likers atau followers di media sosial.

3. Kerap mengambil makanan ringan dan segera

Makanan ringan dan segera mengandungi banyak bahan yang menggangu fungsi otak berkaitan dengan pembelajaran, memori dan kesihatan mental secara am.

Makanan seperti burger, kentang goreng, dan air berkarbonat yang menjadi kegemaran ramai anak muda sebenarnya satu diet yang tidak sihat.

Sebaliknya, makanan yang lebih sihat harus menjadi pilihan seperti bijirin penuh, kekacang, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Ia membantu mengekalkan kesihatan otak serta melambatkan kemerosotan tahap mental.

4. Kurang bergerak

Selain bersosial, manusia juga perlu bergerak, bukan hanya makan sahaja.

Kehidupan tidak aktif atau sedentari bukan sahaja menyumbang kepada penyakit mental tetapi juga penyakit kronik seperti obesiti, darah tinggi, penyakit jantung dan strok.

Keluarkan sedikit peluh anda!

5. Mendengar lagu terlalu kuat

Mendengar lagu menggunakan fon telinga dengan tahap suara 100% boleh merosakkan telinga dan juga membawa kepada gangguan otak.

Ia mungkin berlaku disebabkan otak sukar memahami apa yang didengari di sekeliling dan gagal menyimpannya dalam memori.

Rendahkan sedikit suara kurang dari 60% dan cuba kurangkan penggunaan fon telinga.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: says