Saturday, May 26, 2018

6 Pengintip Paling Berani Dan Terkenal Di Dunia

6 Pengintip Paling Berani Dan Terkenal Di Dunia

Biasanya, watak mata-mata atau perisik hanya boleh ditonton dalam filem-filem atau buku cerita sahaja namun, adakah perisik yang melalui misi-misi berbahaya ini benar-benar wujud dalam kehidupan sebenar?

Jawapannya ya, dan ramai perisik melakukan misi berbahaya dan menakjubkan seperti mana yang anda tonton di pawagam.

Malah, banyak filem-filem diilihamkan daripada kisah hidup sebenar perisik-perisik.

Kami ingin berkongsi dengan anda 6 perisik paling berani dan berbahaya dalam sejarah dunia.

1. Eli Cohen (Israel)

6 Pengintip Paling Berani Dan Terkenal Di Dunia

Eli Cohen merupakan seorang mata-mata bagi Israel dan bertugas dalam pengintipan di antara tahun 1961 hingga 1965 di Syria, di mana beliau mengumpulkan banyak maklumat penting.

Eli menjalinkan hubungan baik dengan kerjaan dan tentera yang mampu menjamin jawatannya sebagai Ketua Penasihat kepada Menteri Pertahanan.

Beliau ditangkap dan dijatuhkan hukuman bunuh pada tahun 1965 namun hasil kerjanya memainkan peranan penting dalam kejayaan Israel dalam Perang Enam Hari yang juga dikenali sebagai Perang Arab-Israel, antara Israel menentang Mesir, Syria, Jordan, Iraq dan Lubnan.

2. Karl Schulmeister (Perancis)

6 Pengintip Paling Berani Dan Terkenal Di Dunia

Walaupun tak berapa banyak yang diketahui mengenai Karl Schulmeister, namun kerjanya sebagai perisik (double agent) adalah yang terpenting dalam kejayaan Pertempuran Austerlitz.

Karl bekerja untuk Perancis ketika pemerintahan Napoleon dan pergi ke United Kingdom dan Ireland untuk misi pengintipan.

Sumbangannya kepada Perancis juga membawa kepada penangkapan Louis-Antoine-Henri de Bourbon.

Karl Schulmeister dilantik menjadi pengarah Perkhidmatan Rahsia Perancis namun kemudiannya bersara menjadi pengusaha tembakau di Strasbourg.

3. Virginia Hall (Amerika Syarikat & Britain)

6 Pengintip Paling Berani Dan Terkenal Di Dunia

Virginia Hall sangat terkenal dengan hasil kerjanya sebagai Perisik Amerika untuk pihak British pada Perang Dunia Kedua yang membawa kepada penganugerahan pingat MBE (Order of the British Empire).

Beliau menghabiskan 15 bulan di Perancis bekerja bersama dan membantu dalam Pergerakan Perancis yang bermula pada tahun 1940.

Virginia kemudiannya membantu British sebagai sebahagian daripada serangan Normandy di mana beliau memetakan zon di mana bekalan dan tentera boleh dibawa masuk.

Virginia juga mengatur lokasi persembunyian di Perancis dan membantu melatih 3 batalion Pergerakan Perancis.

4. Klaus Fuchs (Jerman)

6 Pengintip Paling Berani Dan Terkenal Di Dunia

Klaus Fuchs adalah seorang ahli fizik Jerman yang telah disabitkan dengan kesalahan memberikan maklumat dari projek British, Amerika Syarikat dan Projek Manhattan kepada pihak Kesatuan Soviet, sebelum dan selepas Perang Dunia Kedua.

Klaus mempelajari dan memperoleh ijazah doktor falsafah di United Kingdom dan bertanggungjawab untuk pembangunan bom atom.

Beliau mula bekerja untuk pihak British dalam pembangunan “tiub aloi” yang mana kemudiannya beliau menyampaikan maklumat tersebut kepada Kesatuan Soviet.

Pada tahun 1950, Klaus memutuskan untuk mengaku bahawa beliau seorang perisik dan dijatuhkan hukuman penjara 14 tahun dan kewarganegaraan Britishnya dibatalkan.

5. Sidney George Reilly (British)

6 Pengintip Paling Berani Dan Terkenal Di Dunia

Sidney George Reilly dikenali sebagai “Ace of Spies” dan menjadi inspirasi kepada watak James Bond.

Beliau bekerja untuk Biro Perkhidmatan Rahsia British pada awal tahun 1900-an dan walaupun banyak kerjayanya sebagai seorang perisik diselubungi misteri, Sidney dipercayai menjadi perisik bagi sekurang-kurangnya 4 organisasi yang berbeza.

Dikatakan bahawa Reilly telah menyamar dan memasuki kawasan musuh iaitu Jerman, ketika Perang Dunia Pertama dan juga melakukan misi mencuri rancangan senjata Jerman pada tahun 1909.

Kerja-kerjanya juga termasuk dilatih untuk percubaan pembunuhan, walaupun banyak hasil kerjanya tidak dapat dipastikan, namun beliau dikatakan antara perisik paling hebat dalam sejarah.

6. Mata Hari (Perancis & Jerman)

6 Pengintip Paling Berani Dan Terkenal Di Dunia

Margaretha Geertruida “Margreet” MacLeod atau nama popularnya, Mata Hari, adalah seorang penari eksotik berasal dari Belanda.

Nama beliau sememangnya bermaksud matahari, atau lebih tepat, “eye of the day”, daripada bahasa Hindia Belanda (kini Indonesia) ketika itu.

Menurut sumber, nama ini digunapakai ketika dia berada di Jawa, Indonesia.

Disebalik menjadi penari eksotik, dia juga merupakan perisik (double agent) bagi Perancis dan Jerman semasa Perang Dunia Pertama.

Walaupun Perancis dan British mengesyaki bahawa Mata Hari berkemungkinan bekerja untuk Jerman, namun perkara ini tidak dapat disahkan sehinggalah Perancis mendekodkan satu mesej yang dihantar oleh Jerman mendedahkan bahawa bantuan yang diberikan Mata Hari sangat berguna.

Disebabkan ini, Mata Hari telah di bicarakan oleh Perancis kerana bantuan yang diberikan kepada Jerman telah menyebabkan kematian sekurang-kurangnya 50,000 orang tentera.

Selepas perbicaraan tamat, Mata Hari dijatuhkan hukuman mati oleh skuad penembak pada 15 Oktober 1917.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

15 Pemimpin Kaki Rasuah Yang Telah Di Penjarakan Di Seluruh Dunia

15 Pemimpin Kaki Rasuah Yang Telah Di Penjarakan Di Seluruh Dunia

Dunia dan politik tidak pernah terpisah namun sejarah juga tidak pernah menipu. Sudah ramai pemimpin dunia dipenjarakan akibat rasuah dan penyalahgunaan kuasa sepanjang pemerintahan.

15 Pemimpin Kaki Rasuah
Gambar hiasan.

Ada bekas pemimpin mengutip ribuan juta semasa berkuasa dan akhirnya semuanya terbongkar selepas disingkirkan.

Semak, pemimpin dunia mana termasuk negara Asean yang pernah didakwa dan dijatuhkan hukuman penjara akibat rasuah dan penyalahgunaan kuasa ketika berada di tampuk kepimpinan.

1. Bekas Presiden Filipina – Benigno Aquino

15 Pemimpin Kaki Rasuah

Sebelum Rodrigo Duterte menjadi Presiden Filipina sekarang, bekas Presiden ke 15 negara terlibat, Benigno Aquino mentadbir Filipina.

Setahun selepas kejatuhannya pada 2016, Benigno didakwa di mahkamah atas kesalahan melanggar undang-undang dan penyalahgunaan kuasa.

Pada tahun 2015, dengan kuasa yang ada Aquino sengaja membiarkan Ketua Polis, Jeneral Alan La Madrid membuat keputusan untuk bertempur dengan pejuang militan Islam yang mengakibatkan 44 orang polis, 18 pejuang Islam dan 5 orang awam mati dalam pertempuran tersebut.

Dihadapkan ke muka pengadilan, Aquino boleh di penjarakan sehingga 15 tahun lamanya.

2. Bekas Presiden Filipina, Gloria Macapagal Arroyo

15 Pemimpin Kaki Rasuah

Nampaknya Presiden Filipina tidak dapat lari dari isu dan kontroversi.

Kali ini melibatkan Presiden ke-14 iaitu Gloria Macapagal Arroyo yang didakwa berkomplot dengan seorang Ketua Turus Angkatan Tentera untuk menipu dalam pilihanraya.

Jika sabit salah, boleh dipenjarakan seumur hidup.

Beliau ditangkap selepas dihalang keluar dari Filipina bagi menjalani rawatan sakit tulang belakang.

Penggantinya, Benigno Aquino semasa berkempen mendakwa Arroyo mengamalkan rasuah.

Arroyo juga melanggar banyak akta rasuah dan penipuan pilihan raya semasa era pemerintahan beliau dari 2001 hingga pertengahan tahun 2015.

Beliau beberapa kali menggagalkan usaha Parlimen untuk memecatnya ekoran dakwaan melakukan penipuan dalam pilihan raya semasa memerintah Filipina.

Ternyata bila berada di atas, Aquino juga menyalahguna kuasanya sebagai Presiden.

Nampak tak permainan orang politik!

Sebelum dilantik berjanji berbagai tapi bila diatas, segalanya terlupa!

3. Bekas Presiden Filipina – Ferdinand Marcos

15 Pemimpin Kaki Rasuah

Berjuta-juta dollar Amerika ditemui di simpan dalam bank Swiss selepas bekas diktator Ferdinand Marcos digulingkan oleh rakyat Filipina.

Memerintah hampir 20 tahun, banyak harta negara disonglapnya dan masa yang sama rakyat begitu menderita.

Pada masa yang sama bekas Presiden ini dan isterinya, Imelda Marcos berseronok, membeli barangan mewah seperti berlian, kasut dan simpanan lebih dari USD712 juta.

Bekas Presiden ini mati dalam buangan di Hawaii dan mayatnya tersimpan lama di luar negara kerana rakyat begitu benci kepadanya dan menolak untuknya dikebumikan di sini sebelum diberi kebenaran oleh Duterte.

4. Bekas Presiden Korea Selatan – Park Geun-Hye

15 Pemimpin Kaki Rasuah

Tidak hanya Filipina, bekas Presiden Korea Selatan, Park Geun-hye juga didakwa terlibat dengan rasuah, penyalahgunaan kuasa selain membocorkan rahsia negara semasa menduduki kerusi tertinggi negara.

Turut terlibat dalam skandal rasuah ini ialah bekas Presiden Samsung, Lee Jae-yong yang dikatakan turut bersubahat.

5. Bekas Presiden Korea Selatan, Lee Myung-bak

15 Pemimpin Kaki Rasuah

Bekas Presiden ini telah didakwa atas tuduhan rasuah.

Tidak hanya rasuah tetapi Lee Myung-Bak turut didakwa atas tuduhan salah guna kuasa, mengambil dana kerajaan dan mengelak cukai.

Pertuduhan itu dikemukakan beberapa hari selepas pengganti Lee, Park Geun-hye dihukum penjara 24 tahun juga kerana rasuah.

“Kami akan mengumpul hasil aktiviti jenayah Lee yang diraih menerusi cara yang salah dengan teliti,” kata Pendakwa raya Han Dong-hoon.

Dia berdepan hukuman penjara seumur hidup jika sabit kesalahan, lapor agensi berita Yonhap.

6. Bekas Presiden Brazil – Dilma Rousseff & Luiz Inacio Lula da Silva

15 Pemimpin Kaki Rasuah Yang Telah Di Penjarakan Di Seluruh Dunia

Dua bekas presiden Brazil, Dilma Rousseff dan Luiz Inacio Lula da Silva didakwa atas tuduhan rasuah membabitkan Petrobras, syarikat minyak gergasi milik negara itu.

Tuduhan berkenaan sekali gus memberi kesan buruk kepada Lula yang ingin bertanding dalam pilihan raya presiden pada 2018.

Dilma adalah pengganti pilihan Lula dan presiden wanita pertama Brazil.

Dipercayai Dilma menerima USD475 juta atau kira-kira RM2.02 bilion dalam bentuk rasuah, menggunakan kemudahan awam Petrobras, Bank Pembangunan Nasional (BNDES) dan Kementerian Perancangan.

7. Bekas Presiden Brazil – Michel Temer

15 Pemimpin Kaki Rasuah

Bekas Presiden, Michel Temer atas dakwaan terlibat dalam kegiatan haram dan menghalang proses keadilan.

Dia dituduh bersama enam pemimpin kanan dari parti politiknya, tiga daripada mereka kini merengkuk di dalam penjara.

Semua mereka berdepan tuduhan yang sama.

Temer didakwa menerima rasuah sebagai ganjaran membuat keputusan-keputusan politik tertentu dan bersubahat menyuap saksi yang boleh mensabitkan kesalahannya.

8. Bekas Perdana Menteri Thailand – Yingluck Shinawatra

15 Pemimpin Kaki Rasuah

Bekas Presiden dalam pelarian ini terlibat dalam rasuah berhubung skim subsidi padi yang penuh kontroversi.

Pihak kerajaan mengalami kerugian berbilion bath kerana banyak lebihan selain membeli pada harga lebih tinggi dari pasaran.

Malah kes Yingluck juga agak kontroversi kerana dia berjaya melarikan diri mengikut jalan laut dan khabarnya kini berada di London kerana kelibatnya pernah kelihatan di negara terlibat.

9. Bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra

15 Pemimpin Kaki Rasuah

Merupakan abang kepada Yingluck dan jutawan telekomunikasi sebelum menjawat jawatan Perdana Menteri Thailand.

Thaksin digulingkan dari tampuk pemerintahan atas dakwaan rasuah.

Thaksin ditumbangkan dalam rampasan kuasa 2006 dan sejak itu hidup dalam buangan bagi mengelak disabitkan dengan tuduhan rasuah yang didakwanya bersifat politik.

10. Bekas Presiden Perancis – Nicolas Sarkozy

15 Pemimpin Kaki Rasuah

Bekas Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy didakwa terbabit dalam kegiatan rasuah dan salah guna kuasa sekali gus menjadi pemimpin pertama negara itu menghadapi pertuduhan jenayah.

Jika didapati bersalah, beliau berhadapan hukuman penjara maksimum 10 tahun.

Kesnya bermula apabila bekas pemimpin Libya, Muamar Gaddafi membiayai kempen politiknya dengan memberikan sebanyak 50 juta euro selain dari wanita terkaya Perancis iaitu pewaris L’oreal, Liliane Betencourt.

Ada juga dakwaan dia menerima RM13.6 juta untuk kempen pilihanrayanya.

11. Bekas Perdana Menteri Bangladesh – Khaleda Zia

15 Pemimpin Kaki Rasuah

Bekas pemimpin ini telah didapati bersalah telah didapati bersalah atas satu kesalahan rasuah dan dihukum penjara lima tahun.

Turut terkena anak lelakinya, Tarique Rahman, Zia dan lima yang lain termasuk anak lelakinya, Tarique, telah didakwa menggelapkan lebih 20 juta taka (USD253,164) sumbangan asing untuk Tabung Amanah Anak-Anak Yatim Zia dari tahun 2001 hingga 2006, ketika beliau menjadi Perdana Menteri.

12. Bekas Presiden Afrika Selatan – Jacob Zuma

15 Pemimpin Kaki Rasuah

Ini lagi pemimpin yang terlibat dengan rasuah. Biar negaranya mengalami kemelesetan ekonomi tetapi Jacob Zuma begitu tegar memakan rasuah lebih dari 9 tahun pemerintahannya.

13. Bekas Presiden Taiwan – Chen Shui-bian

15 Pemimpin Kaki Rasuah

Bekas Presiden Taiwan, Chen Shui-bian yang sering membangkitkan kemarahan China dengan pendirian prokemerdekaan beliau, mula didakwa atas beberapa tuduhan rasuah.

Beliau yang pernah berjanji untuk membersihkan politik Taiwan merupakan bekas pemimpin pertama negara ini yang didakwa.

Beliau dan isterinya Wu Shu-chen didakwa menggelapkan dana awam berjumlah berjuta-juta dolar selain menerima rasuah yang besar dalam satu urus niaga pembelian tanah.

Anak lelaki dan menantu mereka juga didakwa melakukan penggubahan wang haram.

14. Bekas Perdana Menteri Isreal – Ehud Olmert

15 Pemimpin Kaki Rasuah

Rupanya bekas Perdana Menteri Israel Ehud Olmert pernah didakwa akibat rasuah dan menerima hukuman penjara 27 bulan sekaligus menjadi pemimpin pertama negara Israel yang dijatuhkan hukuman penjara.

15. Bekas Presiden Peru – Alejandro Toledo

15 Pemimpin Kaki Rasuah

Jabatan kehakiman Peru meminta Amerika Syarikat mengekstradisi bekas pemimpinnya, Alejandro Toledo yang didakwa melakukan rasuah.Toledo berdepan pertuduhan menerima rasuah sebanyak US$20 juta daripada gergasi pembinaan Brazil, Odebrecht, sebagai pertukaran untuk kontrak kerja-kerja awam yang menguntungkan.

Presiden Peru dari 2001 hingga 2006 itu juga didakwa melakukan kesalahan menjaja pengaruh dan pengubahan wang haram.

Jadi, adakah sejarah juga bakal tercatat di Malaysia dengan isu penggeledahan di kediaman Najib Razak? Sama-sama kita nantikan!

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: remaja

Suami Cerai Isteri Selepas Bernikah 15 Minit Gara-gara Hantaran 100 Ribu!

Suami Cerai Isteri Selepas Bernikah 15 Minit Gara-gara Hantaran 100 Ribu!

Seorang lelaki di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), nekad menceraikan isterinya yang baharu dikahwininya selama 15 minit, selepas lelaki tersebut berasa 'terhina' dengan tuntutan hantaran oleh bapa mertuanya.

Suami Cerai Isteri Selepas Bernikah 15 Minit Gara-gara Hantaran 100 Ribu!
Gambar hiasan.

Ketika kejadian itu, pengantin lelaki tersebut menyerahkan hantaran 50,000 dirham (RM54,160) seperti yang dipersetujui kedua-dua belah pihak dan baki wang tersebut akan diberikan selepas majlis meraikan hari bahagia mereka.

Bagaimanapun, bapa pengantin perempuan tidak sabar dan terus mendesak supaya dia memberikan kesemua wang 100,000 dirham (RM108,320) tersebut.

Lelaki terbabit berasa terhina dengan perbuatan bapa mertuanya dan dia bertindak menceraikan wanita itu di hadapan seluruh keluarga dan rakan mereka.

Sebelum ini, perkahwinan terpendek dalam sejarah Emiriah Arab Bersatu (UAE) berlangsung selama beberapa saat.

Kejadian pada 2012 itu berlaku apabila pengantin lelaki berang selepas bapa mertuanya meminta supaya anaknya dibenarkan untuk terus bekerja.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: sinarharian

Aida Rela Jual Diri Untuk Sara Keluarga

Aida Rela Jual Diri Untuk Sara Keluarga

Menawarkan diri dengan bayaran mencecah RM800 satu malam, seorang remaja 19 tahun menjadikan kegiatan itu untuk meraih pendapatan lumayan.

Aida Rela Jual Diri Untuk Sara Keluarga

Aida bukan nama sebenar mengakui mula terlibat dalam kegiatan itu selepas tertekan dengan keadaan ekonomi keluarga.

Anak bongsu dari tiga beradik itu menjelaskan abangnya baharu sahaja diberhentikan kerja sementara kakak hanya menumpang gaji suami dan kini berdepan masalah rumah tangga.

“Mak ayah dua-dua sakit jantung.

"Jadi, sayalah harapan keluarga bila semua ahli keluarga tinggal serumah,” katanya.

Menurut Aida, dia pernah menawarkan harga setinggi RM500 hingga RM800 satu malam, dan pernah tidur dengan lelaki Melayu, Cina dan India.

Katanya, sejarah silam dirogol teman lelaki semasa berusia 12 tahun menjadikan kepercayaan terhadap lelaki terus padam.

Pertunangan dengan seorang lelaki yang kemudian diputuskan ikatan sebaik sahaja mengetahui sejarah hitam Aida selepas diceritakan rakan baik menyebabkan dia lebih bencikan insan bernama lelaki yang dianggap tidak bertanggung jawab.

Kini, dia mempergunakan lelaki bagi mendapatkan wang dengan alasan mahu menyara keluarga.

Pendapatan sebagai operator pengeluaran wanita sekitar RM800 hingga RM1,000 sebulan tidak mampu untuk menampung kehidupan disebabkan kos sara hidup yang semakin tinggi.

“Saya pernah nak bertaubat tetapi tak kuat,” katanya mengaku teringin untuk mempelajari al-Quran dengan lebih mendalam.

Aida merupakan salah satu pasangan yang ditahan berkhalwat dalam operasi dilaksanakan Pejabat Agama Daerah Kuala Muda dengan kerjasama beberapa agensi berkaitan.

Dalam serbuan dilakukan di salah sebuah hotel bajet, remaja itu ditangkap berdua-duaan dengan rakan sekerja yang berlainan agama dalam sebuah bilik.

Pegawai Agama Daerah Kuala Muda, Syeikh Dr Hazizan Md Desa berkata, berlaku penawaran antara lelaki dan remaja itu tentang penawaran harga yang diletak, namun berdasarkan keterangan, lelaki itu bersetuju untuk membayar RM500.

Bagaimanapun, perbuatan mereka terbongkar selepas diserbu dalam operasi yang diketuai Penguatkuasa Agama Daerah Kuala Muda, Zaiferi Zainul Abidin.

Menurutnya, remaja berkenaan dipanggil memberi keterangan untuk membantu siasatan ke pejabat agama daerah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah yang memperuntukkan hukuman denda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Sempena Ramadhan, Aida yang ditemui mengaku menyesal atas perbuatannya dan bersedia bertaubat untuk kembali ke pangkal jalan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: sinarharian

Friday, May 25, 2018

Sistem Pendidikan Baru Gantikan KBAT, Pelajar Tidak Lagi Jadi Robot!

Sistem Pendidikan Baru Gantikan KBAT, Pelajar Tidak Lagi Jadi Robot!

Dr Maszlee Malik telah dilantik sebagai Menteri Pendidikan bagi menggantikan Tun Mahathir yang diumumkan sebelum ini dan melihat kepada latar belakangnya yang agak akademik iaitu bekas pensyarah UIAM, penceramah motivasi, seorang yang kuat pendidikan agama, sudah tentu ideanya amat dinanti-nantikan oleh ibu bapa dan golongan pelajar khususnya.

Sistem Pendidikan Baru Gantikan KBAT, Pelajar Tidak Lagi Jadi Robot!

Dalam satu temuramah beliau bersama Astro Awani, Dr Maszlee akan menerapkan konsep pembelajaran dari filem 3 Idiots dalam Malaysia baru dalam tempoh 5 tahun ini.

Mungkin bagi pelajar yang tak berapa nak faham, dalam erti kata lain, korang dah tak payah jadi robot lagi kerana sebelum ini asyik exam, exam dan exam sehingga anak-anak berasa stres kerana sistem pendidikan kita berorentasikan peperiksaan dan bukan mengenal pasti apa minat pelajar.

Insya Allah, selepas ini pelajar akan dinilai berdasarkan minat dan bukannya berdasarkan kecemerlangan dalam pendidikan semata-mata.

Baca perkongsian yang ditulis oleh saudara Akhi Fairuz Al-Jengkawi dalam facebooknya.

Ada yang tak dapat tangkap, maksud Dr Maszlee Malik dalam Astro Awani tadi, “Kita akan terapkan konsep pembelajaran dari filem 3 Idiots dalam Malaysia baharu, 5 tahun ini.”

Yang kurang jelas, mesti tak pernah tonton filem lakonan Amir Khan ini.

Baik, mari saya jelaskan pengisian dalam filem berkenaan:

1. Amir Khan mahu mengajak masyarakat untuk memandang anak-anak berdasarkan bakat dan kemahiran yang mereka ada.

Jika anak minat fotografi, jangan paksa anak untuk jadi engineer.

2. Berlumba-lumba untuk dapatkan keputusan cemerlang.

Mahu straight A, dapat nombor 1 dalam kelas, menjawab soalan berdasarkan skema jawapan yang diberikan, akhirnya pelajar menjadi robot, tak kreatif, takut, stress, mengalami depression dan bunuh diri.

3. Ada satu babak yang sangat menarik dalam filem ini.

Prof Virus mengamuk di pejabat bila mana Amir Khan mencabar pegangannya selama ini.

Maka, ditarik tangan Amir Khan masuk ke bilik kuliah dan disuruh mengajar.

Scene ini sangat menarik, Amir Khan mahu beritahu, dia bukan mahu tunjuk pandai, tetapi menunjukkan cara mengajar yang sebenar. Win!

4. Subjek yang kita belajar di sekolah harus diterjemahkan di dalam kehidupan.

Macam Amir Khan di awal babak masuk ke kampus, hingga senior di situ terkena renjatan elektrik.

Rakannya Farhan dan Raju memberitahu, mereka belajar bab itu, tetapi Amir Khan praktikkannya. Genius!

5. Mahu belajar engineering harus berdasarkan minat, bukan paksaan dari sesiapa.

Inilah prinsip yang Amir Khan pegang hingga menjadi seorang Profesor terbilang di hujung cerita.

6. Setiap pelajar berhak untuk menyatakan pendapat, walau pandangan pengajarnya salah.

Sebagai contoh, babak Prof Virus menunjukkan pen yang dicipta dengan nilai jutaan ringgit dan ia hanya digunakan untuk menulis di angkasa.

Akhirnya, Amir Khan kata kenapa tak guna pensel sahaja, kan boleh jimat duit tu. Win!

7. Pelajar yang beria-ia fokus dalam kelas, anak emas guru serta ulat buku tidak semestinya bagus dalam semua perkara.

Dalam filem ini, Amir Khan paparkan watak Silencer yang berlagak konon dirinya paling pandai, tetapi kerjaya yang dibina tak mampu melawan Amir Khan, yang betul-betul minat dalam bidang kejuruteraan.

Cukup 7 point ini rasanya.

Sangat jelas gagasan yang Dr Maszlee Malik mahu bawa dalam pendidikan di negara.

Setiap murid akan dilayan sama rata, tiada yang lebih, tiada yang kurang dan paling penting tugas guru akan diringankan.

Jangan lupa sign petition di sini menyokong Dr Maszlee ya, https://bit.ly/2KAeN06

(Ada pihak yang tak berpuas hati, dilabel Dr Maszlee terlalu Islamik, ekstrimis agama, liberal dan gelaran yang sewaktu dengannya).

Semoga maju jaya Tuan!

Kami bersamamu! Dan saya berharap semua ibubapa juga bersetuju.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: remaja

Cantiknya Fazura Pakai Tudung Di Bulan Ramadhan

Cantiknya Fazura Pakai Tudung Di Bulan Ramadhan

Terserlah keayuan Fazura atau nama sebenarnya, Nur Fazura Sharifuddin apabila memakai tudung sepanjang bulan Ramadhan ini.

Fazura bertudung

Apa yang lebih menarik, bukan netizen sahaja yang teruja dengan penampilan Fazura kali ini, suaminya Fattah Amin pun siap mengusik tak nak bagi isterinya keluar rumah.

Fazura bertudung

Kalau dilihat di laman Instagram Fazura, rata-rata peminat doakan yang baik-baik, malah ada yang berharap moga Fazura terus istiqamah memakai tudung walau pun selepas bulan Ramadan nanti.

Doa Daripada Fazura

"Assalamualaikum wb. Dengan rasa penuh rendah hati, saya ingin memohon ampun dan maaf jika ada keterlanjuran kata atau perbuatan yang telah melukakan hati anda.

Saya juga berdoa semoga Ramadhan ini akan membawa seribu kemaafan, ketenangan, kasih-sayang di antara kita, kesabaran serta keberkatan dalam setiap amalan. In sha' Allah. Lots of LOVE, always.”

***

Alhamdulillah. Tumpang bahagia tengok kebahagiaan pasangan ini, untung Fattah Amin.

Seeloknya perkara yang positif inilah yang artis patut tonjolkan, ada perubahan di bulan yang mulia.

Pendek kata kalau sebelum Ramadhan kita tak solat, kita perbaiki diri menjaga solat.

Jika kita tak menutup aurat, kita perbaiki diri dengan menjaga aurat dan maruah kita.

Andai selama ini tak pernah sentuh al-Quran, kita menjadi akrab dengan al-Quran.

Istiqomah sepanjang Ramadhan hinggalah saat bertemu kembali Ramadhan seterusnya.

Rasulullah saw bersabda, yang bermaksud, “Betapa banyak orang yang berpuasa namun dia tidak dapat dari puasanya melainkan hanya rasa lapar dan dahaga sahaja." – Riwayat Ahmad

Sesungguhnya rugilah orang yang berpuasa (fardu Ramadhan) namun tidak mendapat apa-apa kebaikan (pahala) dari puasanya itu.

Inilah puasa yang sia-sia kerana ia tiada nilai di sisi Allah swt.

Fazura bertudung

Apa pun, kita doakan moga Fazura terus bahagia di samping suami tersayang.

Dan untuk pembaca setia, semoga puasa Ramadhan kita akan terpelihara nilainya dan mendapat puasa yang mabrur hendaknya.

Amin Ya Rabbal ’alamin.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mw

Herba Dari China Punca Barah Hati Di Asia!

Herba Dari China Punca Barah Hati Di Asia!

Penyelidik berjaya membongkar bukti mengaitkan penawar herba China dengan barah hati di seluruh Asia, yang disiarkan dalam jurnal Science Translation Medicine.

Herba Dari China Punca Barah Hati Di Asia!

Hasil kajian menyatakan langkah lebih tegas diperlukan untuk menghalang orang ramai memakan kimia aristolochic acids (AA), yang berasal daripada keluarga Aristolochia.

Asid itu boleh didapati dalam beberapa ubat tradisi China yang diberikan ketika proses kelahiran, untuk mengelakkan parasit dan menggalakkan proses penyembuhan.

Penyelidik menguji 98 tumor hati yang disimpan di hospital di Taiwan, dan mendapati 78 peratus mengandungi corak perubahan yang menunjukkan barah berkemungkinan disebabkan hasil sentuhan dengan kimia.

Disebabkan asid itu menyebabkan 'petanda perubahan jelas', penyelidik juga meneliti 89 contoh barah hati di China, dan mendapati 47 peratus menunjukkan kaitan dengan bahan perubatan tradisi itu.

Taiwan mengharamkan beberapa persediaan herba menggunakan tanaman pada 2003 selepas mendapati asid aristolochic boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang dan barah saluran kencing.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: bhplus

Ujian Gigi Sahkan Adolf Hitler Meninggal Dunia Pada Tahun 1945

Ujian Gigi Sahkan Adolf Hitler Meninggal Dunia Pada Tahun 1945

Pemimpin Nazi, Adolf Hitler, disahkan meninggal dunia pada 1945 di Berlin kerana mengambil sianida dan ditembak, menurut penyelidik Perancis yang diberikan sebahagian gigi diktator itu yang disimpan di Moscow.

Hitler mati 1945

“Gigi itu asli, tiada keraguan lagi dan kajian kami menunjukkan Hitler meninggal dunia pada 1945.

“Kita boleh menghentikan semua teori konspirasi mengenai Hitler.

"Dia tidak melarikan diri ke Argentina dengan kapal selam, dia tidak berlindung dalam kubu di Antartika atau berada di bulan,” kata Profesor Philippe Charlier.

Kajian, yang dilakukan Charlier bersama-sama empat lagi penyelidik, disiarkan dalam majalah saintifik European Journal of Internal Medicine.

Analisis ke atas gigi Hitler yang buruk dan beberapa gigi palsu menunjukkan kandungan tartar putih dan tiada kesan serat daging kerana diktator itu cuma makan sayur-sayuran.

Pada Mac dan Julai 2017, perkhidmatan rahsia Russia, FSB dan arkib Russia membenarkan sepasukan penyelidik memeriksa tulang diktator itu, buat kali pertama sejak 1946.

Penyelidik Perancis memeriksa serpihan tengkorak yang menunjukkan lubang di sebelah kiri yang kemungkinan disebabkan peluru.

Saintis tidak dibenarkan mengambil contoh serpihan itu.

Jika kajian mengesahkan pandangan yang diterima secara umum bahawa Hitler meninggal dunia pada 30 April 1945, dalam kubunya di Berlin dengan kekasihnya, Eva Braun, ia juga menunjukkan punca sebenar kematian, kata Charlier.

“Kami tidak tahu sama ada dia menggunakan sianida untuk membunuh diri atau disebabkan peluru dalam kepala.

"Kemungkinan kedua-duanya,” kata Charlier lagi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: bharian

Fakta Hutang RM1 Trilion Malaysia

Fakta Hutang RM1 Trilion Malaysia

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng membidas bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang dituduh menyamun duit rakyat kerana cuba menyangkal pengumuman kerajaan bahawa hutang negara sekarang berjumlah RM1 trilion.

Fakta Hutang RM1 Trilion Malaysia

Najib dilaporkan berkata kenyataan itu "hanya akan menimbulkan keraguan terhadap pasaran kewangan, mengejutkan agensi penarafan kredit dan menjejaskan keyakinan pelabur dalam institusi negara seperti Bank Negara Malaysia."

Kenyataan Lim Guan Eng

“Izinkan saya mengambil kesempatan ini untuk menerangkan liabiliti bernilai RM1 trilion pada 31 Dis, 2017, seperti yang diumumkan sebelum ini.

"Pertamanya, hutang kerajaan persekutuan adalah RM686.8 bilion iaitu 50.8 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

"Selain itu, kerajaan juga perlu membayar jaminan kerajaan kepada pelbagai entiti yang gagal untuk membayar hutangnya.

"Jumlah ini adalah sebanyak RM199.1 bilion (14.6 peratus daripada KDNK).

"Antara jaminan itu melibatkan entiti seperti Danainfra Nasional Bhd. (RM42.2 bilion), Govco Holdings Bhd. (RM8.8 bilion), Prasarana Malaysia Bhd. (RM26.6 bilion), Malaysia Rail-link Sdn. Bhd. (RM14.5 bilion) serta dianggarkan RM38 bilion untuk 1MDB."

Menurut Lim, selain jumlah berkenaan, kerajaan juga dikehendaki untuk menjelaskan pelbagai pajakan untuk pelbagai projek awam swasta seperti pembinaan sekolah, balai polis, jalan raya serta lain-lain yang berjumlah RM201.4 bilion (14.9 peratus daripada KDNK).

Meskipun tampuk kepemimpinan kerajaan persekutuan sudah berubah, namun tanggungjawab dan komitmen terhadap kewangan negara adalah masih sama.

"Dalam tempoh jangka pendek, keputusan untuk memberi kebenaran mungkin menimbulkan ketidak selesaan kepada (bekas perdana menteri) Datuk Seri Najib Razak.

"Bagaimanapun, kita percaya bahawa dalam tempoh sederhana, dengan mengakui situasi hutang hari ini, kerajaan dapat mengambil langkah konkrit untuk mengawal selia dan mengukuhkan kedudukan kewangan," katanya.

Menurut Lim, kerajaan baru Pakatan Harapan akan melaksanakan pentadbiran berdasarkan prinsip-prinsip kecekapan, akauntabiliti dan ketelusan (CAT).

“Kami mahu menubuhkan garis dasar sebenar mengenai keadaan kewangan, mendiagnosis masalah dan kemudian mencadangkan semua tindakan yang perlu diambil,” katanya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: malaysiakini

13 Aurat Wanita Yang Wajib Dijaga

13 Aurat Wanita Yang Wajib Dijaga

Islam telah menggariskan beberapa panduan khususnya pada wanita supaya menjaga aurat daripada tercebur ke lembah perzinaan demi untuk keselamatan dan kebahagiaan hidup mereka di dunia dan akhirat.

13 Aurat Wanita Yang Wajib Dijaga

Wanita memang diberkati oleh Allah dengan segala keindahan, tapi terkadang itu salah digunakan untuk membuat para lelaki tergoda.

Apa 13 bahagian aurat wanita itu?

1. Bulu kening (Alis)

"Menurut Bukhari, Rasullulah SAW melaknat wanita yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." (Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari)

2. Kaki (tumit kaki) dipasang loceng

"Dan janganlah mereka (wanita) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31)

Menampakkan kaki dan mengayun, melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng, sama juga seperti pelacur dizaman jahiliah.

3. Wangi-wangian

"Siapa saja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berkumpul lelaki hidung belang." (Petikan dari Hadis Riwayat Nasa’i, Ibn Khuzaimah dan Hibban)

4. Dada

"Hendaklah mereka (wanita) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian depan dada-dada mereka." (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31)

5. Gigi

"Rasullulah SAW melaknat wanita yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya."(Petikan dari Hadits Riwayat At-Thabrani.

"Dilaknat wanita yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah." (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

6. Leher

"Dan tinggallah kamu (wanita) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahilliah yang dahulu."

Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Membayang Anggota Tubuh

Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah, "Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah haid tidak boleh baginya menampakkan anggota badan kecuali telapak tangan dan wajah saja." (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari)

8. Berjabat Tangan

"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya." (Petikan dari Hadits Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)

9. Memandang

"Dan katakanlah kepada wanita mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya." (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31)

"Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandang yang pertama saja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan kerana hukumnya haram." (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi)

10. Mulut (suara)

"Janganlah wanita-wanita itu terlalu mendayu-dayu dalam berbicara sehingga orang yang mendengarkan ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik."
(Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32)

11. Kemaluan

"Dan katakanlah kepada wanita-wanita mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka." (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31)

"Apabila seorang wanitaitu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga dari pintu-pintu yang ia kehendaki." (Petikan dari Hadits Riwayat Riwayat Al Bazzar)

"Tiada seorang wanita pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." (Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah)

12. Pakaian

"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." (Petikan dari Hadits Riwayat Ahmad, Abu Daud , An Nasa’i dan Ibn Majah)

"Sesungguhnya sebahagian ahli neraka ialah wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang yang cenderung pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya." (Petikan dari Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim)

Wanita yang berpakaian tipis, jarang, ketat, membentuk dan berbelah, membuka bahagian-bahagian tertentu).

13. Rambut

"Wahai anakku Fatimah! Adapun wanita-wanita yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya dari pandangan  lelaki yang bukan mahramnya." (Petikan dari Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim)

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM