Sabtu, Mei 26, 2018

6 Pengintip Paling Berani Dan Terkenal Di Dunia


Biasanya, watak mata-mata atau perisik hanya boleh ditonton dalam filem-filem atau buku cerita sahaja namun, adakah perisik yang melalui misi-misi berbahaya ini benar-benar wujud dalam kehidupan sebenar?

Jawapannya ya, dan ramai perisik melakukan misi berbahaya dan menakjubkan seperti mana yang anda tonton di pawagam.

Malah, banyak filem-filem diilihamkan daripada kisah hidup sebenar perisik-perisik.

Kami ingin berkongsi dengan anda 6 perisik paling berani dan berbahaya dalam sejarah dunia.

1. Eli Cohen (Israel)

6 Pengintip Paling Berani Dan Terkenal Di Dunia

Eli Cohen merupakan seorang mata-mata bagi Israel dan bertugas dalam pengintipan di antara tahun 1961 hingga 1965 di Syria, di mana beliau mengumpulkan banyak maklumat penting.

Eli menjalinkan hubungan baik dengan kerjaan dan tentera yang mampu menjamin jawatannya sebagai Ketua Penasihat kepada Menteri Pertahanan.

Beliau ditangkap dan dijatuhkan hukuman bunuh pada tahun 1965 namun hasil kerjanya memainkan peranan penting dalam kejayaan Israel dalam Perang Enam Hari yang juga dikenali sebagai Perang Arab-Israel, antara Israel menentang Mesir, Syria, Jordan, Iraq dan Lubnan.

2. Karl Schulmeister (Perancis)

6 Pengintip Paling Berani Dan Terkenal Di Dunia

Walaupun tak berapa banyak yang diketahui mengenai Karl Schulmeister, namun kerjanya sebagai perisik (double agent) adalah yang terpenting dalam kejayaan Pertempuran Austerlitz.

Karl bekerja untuk Perancis ketika pemerintahan Napoleon dan pergi ke United Kingdom dan Ireland untuk misi pengintipan.

Sumbangannya kepada Perancis juga membawa kepada penangkapan Louis-Antoine-Henri de Bourbon.

Karl Schulmeister dilantik menjadi pengarah Perkhidmatan Rahsia Perancis namun kemudiannya bersara menjadi pengusaha tembakau di Strasbourg.

3. Virginia Hall (Amerika Syarikat & Britain)

6 Pengintip Paling Berani Dan Terkenal Di Dunia

Virginia Hall sangat terkenal dengan hasil kerjanya sebagai Perisik Amerika untuk pihak British pada Perang Dunia Kedua yang membawa kepada penganugerahan pingat MBE (Order of the British Empire).

Beliau menghabiskan 15 bulan di Perancis bekerja bersama dan membantu dalam Pergerakan Perancis yang bermula pada tahun 1940.

Virginia kemudiannya membantu British sebagai sebahagian daripada serangan Normandy di mana beliau memetakan zon di mana bekalan dan tentera boleh dibawa masuk.

Virginia juga mengatur lokasi persembunyian di Perancis dan membantu melatih 3 batalion Pergerakan Perancis.

4. Klaus Fuchs (Jerman)

6 Pengintip Paling Berani Dan Terkenal Di Dunia

Klaus Fuchs adalah seorang ahli fizik Jerman yang telah disabitkan dengan kesalahan memberikan maklumat dari projek British, Amerika Syarikat dan Projek Manhattan kepada pihak Kesatuan Soviet, sebelum dan selepas Perang Dunia Kedua.

Klaus mempelajari dan memperoleh ijazah doktor falsafah di United Kingdom dan bertanggungjawab untuk pembangunan bom atom.

Beliau mula bekerja untuk pihak British dalam pembangunan “tiub aloi” yang mana kemudiannya beliau menyampaikan maklumat tersebut kepada Kesatuan Soviet.

Pada tahun 1950, Klaus memutuskan untuk mengaku bahawa beliau seorang perisik dan dijatuhkan hukuman penjara 14 tahun dan kewarganegaraan Britishnya dibatalkan.

5. Sidney George Reilly (British)

6 Pengintip Paling Berani Dan Terkenal Di Dunia

Sidney George Reilly dikenali sebagai “Ace of Spies” dan menjadi inspirasi kepada watak James Bond.

Beliau bekerja untuk Biro Perkhidmatan Rahsia British pada awal tahun 1900-an dan walaupun banyak kerjayanya sebagai seorang perisik diselubungi misteri, Sidney dipercayai menjadi perisik bagi sekurang-kurangnya 4 organisasi yang berbeza.

Dikatakan bahawa Reilly telah menyamar dan memasuki kawasan musuh iaitu Jerman, ketika Perang Dunia Pertama dan juga melakukan misi mencuri rancangan senjata Jerman pada tahun 1909.

Kerja-kerjanya juga termasuk dilatih untuk percubaan pembunuhan, walaupun banyak hasil kerjanya tidak dapat dipastikan, namun beliau dikatakan antara perisik paling hebat dalam sejarah.

6. Mata Hari (Perancis & Jerman)

6 Pengintip Paling Berani Dan Terkenal Di Dunia

Margaretha Geertruida “Margreet” MacLeod atau nama popularnya, Mata Hari, adalah seorang penari eksotik berasal dari Belanda.

Nama beliau sememangnya bermaksud matahari, atau lebih tepat, “eye of the day”, daripada bahasa Hindia Belanda (kini Indonesia) ketika itu.

Menurut sumber, nama ini digunapakai ketika dia berada di Jawa, Indonesia.

Disebalik menjadi penari eksotik, dia juga merupakan perisik (double agent) bagi Perancis dan Jerman semasa Perang Dunia Pertama.

Walaupun Perancis dan British mengesyaki bahawa Mata Hari berkemungkinan bekerja untuk Jerman, namun perkara ini tidak dapat disahkan sehinggalah Perancis mendekodkan satu mesej yang dihantar oleh Jerman mendedahkan bahawa bantuan yang diberikan Mata Hari sangat berguna.

Disebabkan ini, Mata Hari telah di bicarakan oleh Perancis kerana bantuan yang diberikan kepada Jerman telah menyebabkan kematian sekurang-kurangnya 50,000 orang tentera.

Selepas perbicaraan tamat, Mata Hari dijatuhkan hukuman mati oleh skuad penembak pada 15 Oktober 1917.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Seorang blogger yang suka berkongsi ilmu untuk individu yang suka membaca.

1 comments so far

No 7 Ian Fleming a.k.a James Bond.Kenapa tak tersenarai, kisah-kisah James Bond adalah berdasarkan kepada perisik Ian Fleming yang ditulis di dalam novel sebelum karya itu dialihkan kepada filem.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon