Sabtu, Mei 26, 2018

Aida Rela Jual Diri Untuk Sara Keluarga

Menawarkan diri dengan bayaran mencecah RM800 satu malam, seorang remaja 19 tahun menjadikan kegiatan itu untuk meraih pendapatan lumayan.

Aida Rela Jual Diri Untuk Sara Keluarga

Aida bukan nama sebenar mengakui mula terlibat dalam kegiatan itu selepas tertekan dengan keadaan ekonomi keluarga.

Anak bongsu dari tiga beradik itu menjelaskan abangnya baharu sahaja diberhentikan kerja sementara kakak hanya menumpang gaji suami dan kini berdepan masalah rumah tangga.

“Mak ayah dua-dua sakit jantung.

"Jadi, sayalah harapan keluarga bila semua ahli keluarga tinggal serumah,” katanya.

Menurut Aida, dia pernah menawarkan harga setinggi RM500 hingga RM800 satu malam, dan pernah tidur dengan lelaki Melayu, Cina dan India.

Katanya, sejarah silam dirogol teman lelaki semasa berusia 12 tahun menjadikan kepercayaan terhadap lelaki terus padam.

Pertunangan dengan seorang lelaki yang kemudian diputuskan ikatan sebaik sahaja mengetahui sejarah hitam Aida selepas diceritakan rakan baik menyebabkan dia lebih bencikan insan bernama lelaki yang dianggap tidak bertanggung jawab.

Kini, dia mempergunakan lelaki bagi mendapatkan wang dengan alasan mahu menyara keluarga.

Pendapatan sebagai operator pengeluaran wanita sekitar RM800 hingga RM1,000 sebulan tidak mampu untuk menampung kehidupan disebabkan kos sara hidup yang semakin tinggi.

“Saya pernah nak bertaubat tetapi tak kuat,” katanya mengaku teringin untuk mempelajari al-Quran dengan lebih mendalam.

Aida merupakan salah satu pasangan yang ditahan berkhalwat dalam operasi dilaksanakan Pejabat Agama Daerah Kuala Muda dengan kerjasama beberapa agensi berkaitan.

Dalam serbuan dilakukan di salah sebuah hotel bajet, remaja itu ditangkap berdua-duaan dengan rakan sekerja yang berlainan agama dalam sebuah bilik.

Pegawai Agama Daerah Kuala Muda, Syeikh Dr Hazizan Md Desa berkata, berlaku penawaran antara lelaki dan remaja itu tentang penawaran harga yang diletak, namun berdasarkan keterangan, lelaki itu bersetuju untuk membayar RM500.

Bagaimanapun, perbuatan mereka terbongkar selepas diserbu dalam operasi yang diketuai Penguatkuasa Agama Daerah Kuala Muda, Zaiferi Zainul Abidin.

Menurutnya, remaja berkenaan dipanggil memberi keterangan untuk membantu siasatan ke pejabat agama daerah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah yang memperuntukkan hukuman denda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Sempena Ramadhan, Aida yang ditemui mengaku menyesal atas perbuatannya dan bersedia bertaubat untuk kembali ke pangkal jalan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: sinarharian

Seorang blogger yang suka berkongsi ilmu untuk individu yang suka membaca.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon