Thursday, May 10, 2018

PANAS! AGONG Tentukan Perdana Menteri Ke 7, PAKATAN HARAPAN Tidak SAH!

PANAS! AGONG Tentukan Perdana Menteri Ke 7, PAKATAN HARAPAN Tidak SAH!

Khabar mengatakan Tun Mahathir Mohamad akan mengangkat sumpah jawatan sebagai perdana menteri di Istana Negara hari ini (Khamis 10/5/2018) susulan kemenangan Pakatan Harapan dalam PRU14 setakat ini adalah tidak benar dan upacara istiadat mengangkat sumpah perdana menteri Malaysia ke-tujuh itu akan dimaklumkan kelak.

PANAS! Tiada Angkat Sumpah PM, PAKATAN HARAPAN Tidak SAH!?

Tun Mahathir yang juga pengerusi Pakatan Harapan dikhabarkan akan mengangkat sumpah hari ini bagaimanapun tidak menyatakan pada jam berapa upacara angkat sumpah itu akan diadakan.

Berhubung perkara sama, dilaporkan tiada upacara mengangkat sumpah jawatan perdana menteri diadakan di Istana Negara hari ini.

Sumber daripada Istana Negara memberitahu BERNAMA, upacara itu tidak akan diadakan pada hari ini seperti yang ditular di media sosial.

Pihak Istana Negara akan memaklumkan sekiranya sudah memperoleh maklumat terkini mengenai majlis berkenaan.

Setakat ini tiada maklumat bila (ia akan diadakan). Pastinya bukan hari ini, malam ini pun bukan,” kata sumber dari istana.

PAKATAN HARAPAN TIDAK BERDAFTAR

Pengerusi BN, Najib Razak mendakwa tiada parti menerima kerusi yang mencukupi untuk membentuk sebuah kerajaan dengan majoriti mudah.

Bercakap dalam sidang media di PWTC, Kuala Lumpur, pagi tadi, Najib berkata terpulang kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menentukan siapa akan menjadi perdana menteri dan menerajui negara.

BN komited dan menghormati prinsip-prinsip demokrasi berparlimen (tetapi) kerana tiada parti yang dapat simple majoriti (majoriti mudah) Yang di-Pertuan Agong akan buat keputusan siapa yang akan menjadi perdana menteri, katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam mengumumkan Pakatan Harapan (HARAPAN) memenangi 113 kerusi, sementara parti sekutunya, WARISAN memenangi lapan kerusi parlimen.

Berdasarkan keputusan rasmi, HARAPAN yang bertanding di bawah logo PKR memenangi 104 kerusi, manakala DAP - yang bertanding di bawah logonya sendiri di Sabah dan Sarawak - memenangi 9 kerusi.

Ini menjadikan gabungan pembangkang itu mendapat 113 daripada 222 kerusi parlimen yang dipertandingkan.

Walau bagaimanapun, HARAPAN tidak diiktiraf sebagai gabungan rasmi kerana ia tidak didaftarkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).

AGONG TENTUKAN PERDANA MENTERI KE 7

Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Najib Razak hari ini menyerahkan sepenuhnya kepada budi bicara dan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V untuk menentukan siapa yang layak untuk menjadi Perdana Menteri ke-7.

Katanya, pelantikan perdana menteri adalah prerogatif Agong berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, memandangkan tidak ada parti yang mencapai majoriti mudah Dewan Rakyat, iaitu sebanyak 112 kerusi, pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) ini.

“Oleh kerana tidak ada sebuah parti pun yang dapat majoriti mudah, maka Agong akan membuat keputusan siapa yang bakal dilantik oleh Tuanku sebagai Perdana Menteri.

“Mengikut perlembagaan, lantikan ini keputusan Agong dan ia berdasarkan kepada prinsip siapa yang akan memiliki kepercayaan di kalangan ahli Dewan Rakyat,” katanya pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, hari ini.

Berdasarkan peruntukan di bawah Perkara 40(2) Perlembagaan Persekutuan, Agong boleh bertindak menurut budi bicaranya dalam melaksanakan fungsi- fungsi yang berikut, iaitu pelantikan seorang Perdana Menteri.

Najib silap, tak perlu parti majoriti untuk bentuk k’jaan - Aziz Bari

Dakwaan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak bahawa tidak ada parti yang mempunyai majoriti mudah untuk membolehkannya membentuk kerajaan adalah silap, kata pakar perlembagaan, Abdul Aziz Bari.

Beliau yang terpilih sebagai ADUN Pakatan Harapan bagi kerusi Tebing Tinggi, semalam, berkata mengikut perlembagaan persekutuan, tidak ada peruntukan yang mensyaratkan parti mesti memperoleh majoriti mudah di dewan untuk membentuk kerajaan.

Sebaliknya, perlembagaan hanya menyatakan "sesiapa" dan bukannya "parti" yang mempunyai majoriti mudah.

"Saya mahu menjawab kenyataan Najib Razak bahawa tiada parti yang mempunyai majoriti mudah. Ini tidak benar.

"Sekarang kami (HARAPAN) sudah ada majoriti mudah, iaitu dengan "satu parti atau parti-parti lain.".

"Perlembagaan tidak menyebut 'parti', tetapi mengatakan 'sesiapa' dengan majoriti mudah dalam dewan (boleh membentuk kerajaan)," katanya pada sidang akhbar di Ipoh hari ini.

BACA INI JUGA:

sumber: sinarharian | malaysiakini | astroawani

Pihak Yang 'Hutangnya Wajib' Di Balas Budi Oleh PAKATAN HARAPAN

Pihak Yang 'Hutangnya Wajib' Di Balas Budi Oleh PAKATAN HARAPAN

Hari ini matahari bangkit seperti biasa, namun dinikmati dengan cara sangat luar biasa. Ada orang yang kekurangan tidur, malah ada yang mungkin tidak tidur langsung pun. Pagi ini dia punya cerahnya akan terasa lain macam.

Pihak Yang 'Hutangnya Wajib' Di Balas Budi Oleh PAKATAN HARAPAN

Mungkin ada yang tidak terkejut, tetapi secara nisbahnya lebih ramai akan terpempan dengan apa yang boleh dilakukan oleh kira-kira 14 juta rakyat Malaysia.

Rupa-rupanya dengan gerakan serentak dan sekata, ada sesuatu yang nampak mustahil boleh dilakukan. Dan apa yang berlaku itu menjadi lebih berseni kerana ia terjadi seakan api di dalam sekam.

Apakah yang sudah berlaku di Malaysia?

Banyak, namun semuanya boleh disimpulkan kepada muafakat yang terjalin ketika banyak pihak cuba menggagalkannya. Ikatan yang terbina tidak benar-benar kukuh, tetapi dijaga sebaiknya.

Selebihnya Pakatan Harapan wajar berterima kasih kepada pihak-pihak yang membantu mereka secara tidak langsung.

Siapakah mereka?

1. Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS)

Agensi ini banyak menyumbang kepada kelangsungan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU). Sebagai sebuah parti yang masih bertatih, ROS mengasuh BERSATU dengan baik.

ROS tidak memanjakan BERSATU sebaliknya bertegas. Dengan rejim latihan yang spontan BERSATU cepat menjadi dewasa dan matang.

Untuk seketika BERSATU mungkin kelihatan seperti ayam kehilangan ibu. Namun dengan sikap budiman ditunjukkan ROS, BERSATU cepat belajar. Daripada bertatih, tiba-tiba pertubuhan itu pantas dan lihai gerakan silatnya.

Selebihnya adalah kebimbangan yang mungkin bersarang di hati ketua pengarahnya.

2. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)

Badan ini ditubuhkan dengan niat yang sangat baik. Ia adalah pengasuh kepada demokrasi yang baru lahir selepas negara merdeka.

Kemudian ia mengalami proses evolusi yang menyedihkan. Kewibawaannya mula diragui. Dalam keadaan itu pun SPR tetap angkuh mempertahankan apa yang dirasakannya betul.

Bukan salah mempertahankan pendirian. Ia menjadi salah apabila SPR tidak pernah berasa dia salah. Tidak ada yang tidak benar kecuali benar segala-galanya buat SPR.

Lalu dia melakar sempadan pilihan raya baru. Hentam dan kejilah macam mana pun, SPR akan kata dia tidak melakukan kesalahan walaupun kebanyakan kawasan parlimen dan dewan undangan negeri (DUN) itu adalah lelucuan.

Kalau anda mengundi PRU14, ingatlah - bukan mudah untuk melihat jari anda bertanda dengan dakwat hitam itu.

Ia adalah usaha yang jerih dan panjang sebelum akhirnya SPR bersetuju menerima cadangan orang.

Kemudian ketika orang berasa rimas daripada segenap sudut, ia pun berbincang untuk mengadakan pilihan raya umum (PRU).

Daripada tujuh hari yang diciptakan Tuhan, SPR memilih Rabu yang berada di tengah-tengah minggu.

Dan apabila pengundian berlangsung, orang yang marah semakin marah apabila dipaksa berbaris panjang-panjang.

Anda mungkin bertuah jika di pusat pengundian itu tidak dilonggokkan dengan ribuan pengundi.

Tapi di sesetengah pusat mengundi orang 'dipaksa' berbaris berjam-jam. Dan hati masing-masing yang sedia geram, menjadi lebih dendam. Kemarahan itu kemudian dimaknakan dengan dua garis yang bersilang membentuk tanda 'X'.

3. Pasukan keselamatan

Kawalan keselamatan sangat baik. Tidak ada sebarang kejadian buruk berlaku seperti yang pernah kita ketahui sebelum ini.

Ketua Polis Negara dan Panglima Angkatan Tentera menjadi sangat waras dan tidak menunjukkan sebarang aksi yang boleh disalah tafsir oleh masyarakat umum.

Kenyataan mereka bahawa pengundian boleh berlangsung secara bebas memang tidak mampu memadamkan kecurigaan ramai, tetapi memadailah untuk permulaan.

4. PAS

Parti ini tidak boleh diketepikan daripada senarai terima kasih HARAPAN. Ketika PAS berada di arus perdana politik Malaysia, pemimpinnya memilih untuk menapak ke belakang.

Keadaan itu memungkinkan munculnya kesedaran bahawa PAS bukanlah Islam dan sebaliknya Islam bukanlah PAS. Islam ialah Islam dan PAS ialah PAS.

Lebih daripada itu percaturan PAS meletakkan calon-calon mereka di kerusi yang sepatutnya boleh dimenangi HARAPAN juga mudah dibaca oleh orang biasa.

Tidak ada keperluan untuk rakyat diajar mana-mana profesor atau pemegang ijazah doktor falsafah bagi memahamkan mereka bahawa susunan calon PAS kali ini sangat ketara mahu memecahkan undi HARAPAN.

Dengan perasaan geram itu jugalah pengundi mengajar PAS yang selama ini mungkin belajar daripada mimpi dan kata-kata bidalan seorang dua pemimpin serta penasihat mereka.

Ketika muncul bahaya amalan takfiri, sebahagian rakyat memilih untuk bersikap lebih tenang dan teduh.

Bukanlah tidak ada langsung penyokong fahaman keras itu ada, cuma ia menanti untuk dikuarantin daripada orang ramai.

Mudah-mudahan sakit itu akan sembuh, atau sekurang-kurangnya kebah. Bagaimana? Sudah tentu bukan melalui ilham daripada mimpi.

Perlu ada keterbukaan sikap di kalangan anggotanya. Rawatlah sakit yang ada selagi mampu.

Adakah ia mungkin? Ya, kerana sebahagian daripada anggota PAS itulah yang memenangkan HARAPAN semalam.

5. Pemikir Umno/BN

Ada ramai cerdekiawan yang perlu diingati oleh rakyat. Mereka berjasa benar menanamkan kesedaran di kalangan masyarakat.

Badan seperti Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Jabatan Komunikasi Strategik BN, Biro Tatanegara (BTN) dan menteri tertentu berperanan dengan baik sepanjang masa sehinggalah ke detik 9 Mei.

Mereka memahamkan rakyat bahawa wang cukai yang dipungut daripada orang ramai sebenarnya bukan saja boleh dimanfaatkan untuk pembangunan infrastruktur atau kebajikan, malah dapat digunakan sebagai gaji kepada petugas kerajaan yang menyerang pembangkang.

Lebih daripada itu ada kemungkinan juga cukai daripada rakyat itu digunakan bagi mengapi-apikan perasaan perkauman secara sesat dan menyesatkan.

Ia berjaya membentuk kepercayaan bahawa ada satu bangsa lebih mulia daripada bangsa lain hanya kerana faktor "bangsa" itu.

Malah, ada sesetengah orang yang berserban dan berjubah turut menyambar umpan yang dilontarkan mereka.

6. Media dan media sosial

Sesuatu PRU adalah pertembungan strategi. Pihak yang lebih cerdiklah yang selalu menang. Kuat saja belum memadai untuk menjadi juara.

Lalu media dan media sosial adalah wadah yang tersedia untuk digunakan. Bagaimana ia dimanfaatkan - terserah kepada pemikir yang ada di sebalik sesebuah parti.

Langkah yang cerdik ialah menggunakannya mengikut kesesuaian semasa. Zaman sekarang komunikasi bukan lagi sehala, sebaliknya bersifat interaktif.

Komunikasi sehala yang akan kekal relevan cuma ketika seseorang khatib bercakap menyampaikan khutbah di atas mimbar.

Selebihnya adalah komunikasi pancahala, waima ketika seseorang menyampaikan kuliah agama.

Hegemoni ke atas rakyat melalui media dan media sosial adalah tidak berkesan lagi - sekurang-kurangnya ketika ini. Media konvensional semakin bergelut untuk kekal diterima masyarakat.

Ketika penolakan semakin kuat, media konvensional tekal dengan cara dan pendekatan yang menjadi bahan ketawa.

Lalu orang ramai menjauh, sekali gus menyebabkan maklumat daripada kerajaan BN hanya berlegar di kalangan orang yang tidak lagi perlu didakyahkan.

Atau kelompok yang boleh diabaikan oleh HARAPAN.

7. Pegawai-pegawai kanan kerajaan

Mereka jangan dilupakan. Sebagai kakitangan kerajaan, kadang-kadang pegawai kanan kerajaan juga menunjukkan sikap yang sangat cemerlang.

Menempelak seseorang yang mengeluh kerana kesempitan hidup, misalnya. Atau bersungguh-sungguh menggembirakan menteri yang bercokol di Putrajaya sana.

Sesekali mereka melayan rakyat seperti anak-anak kecil yang baru belajar mewarna di tadika.

Daripada satu segi beban HARAPAN untuk menjelaskan sesuatu isu kepada rakyat diringankan oleh pegawai-pegawai kanan yang dimaksudkan itu.

Ia semakin mudah dengan adanya media baru yang digunakan secara meluas oleh masyarakat.

Ada beberapa lagi pihak yang perlu dibalas budinya oleh HARAPAN.

Ia adalah tugas yang berat namun keutamaan yang perlu diberikan oleh kerajaan baru nanti ialah melaksanakan janji-janji yang diikrarkan mereka.

Ingat, masa sentiasa berjalan dan tempoh empat atau lima tahun adalah singkat.

Ketika bau dakwat di jari masih segar ini, orang ramai menunggu harapan yang dijaja itu untuk dilaksanakan.

Melayu sekarang bukan lagi semuanya Melayu zaman Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri kali pertama dulu. Melayu sekarang tidak mudah lupa.

Lakukan pengislahan menyeluruh dalam kerajaan. Demokrasi dibaja dan disuburkan. Jangan menyeksa rakyat lagi. Biarlah kita bangun setiap pagi dengan jiwa yang tenang dan hati yang lapang.

Terima kasih Malaysia.

BACA INI JUGA:

sumber: malaysiakini

PAKATAN HARAPAN Menang PRU14, Mahathir Umum Cukup Majoriti Bentuk Kerajaan

PAKATAN HARAPAN Menang PRU14, Mahathir Umum Cukup Majoriti Bentuk Kerajaan

Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Pakatan Harapan telah menang di lebih 112 kerusi parlimen, yang membolehkan mereka membentuk kerajaan pusat.

pakatan harapan MENANG PRU14

Dalam sidang media di sebuah hotel di Petaling Jaya, beliau mendakwa HARAPAN menang di enam negeri – Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan, Johor dan Kedah.

TAHNIAH PAKATAN HARAPAN.

DOA BEKAS PENGARAH SPRM MAKBUL

Mantan pengarah operasi siasatan khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Bahri Mohd Zin, yang kakitangannya telah memulakan siasatan terhadap SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB yang sarat dengan skandal berkata doa beliau akhirnya termakbul dengan kemenangan gandingan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau mengucapkan tahniah kepada Mahathir dan pasukan Anwar atas kemenangan pilihan raya yang menumbangkan kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bahri juga mengucapkan tahniah kepada 30 juta rakyat Malaysia kerana berani membuat perubahan.

"Slogan (saya) kamu ada kuasa, aku ada Allah insyallah termakbul sudah, inilah doa saya pada sepertiga malam selama ini.

"Lobang cacing tak perlu ku intai lagi dan insyallah kita akan menonton kes-kes yang tak pernah terlintas di benak kita selama ni," katanya.

Bahagian siasatan khas SPRM yang diketuai Bahri dibentuk pada tahun 2010 untuk menyiasat kes-kes berprofil tinggi, terutama yang melibatkan rasuah lebih daripada RM1 juta.

SRC, anak syarikat 1MDB dan kini di bawah Kementerian Kewangan, berada di bawah pemerhatian pasukan Bahri selepas RM42 juta wangnya ditemui dalam akaun bank peribadi Najib. Najib ketika itu juga menerajui Kementerian Kewangan.

Manakala siasatan SPRM terhadap 1MDB cukup rumit dan melibatkan banyak bidang kuasa di luar negara. Peguam negara ketika itu enggan mengeluarkan bantuan daripada segi undang-undang kepada suruhanjaya itu untuk bekerjasama dengan penyiasat asing.

Kes SRC cukup jelas kerana melibatkan sebahagian besar entiti tempatan.

Wang SRC didakwa didepositkan ke dalam akaun Najib dalam dua urus niaga - pada 26 Disember 2014 dan 10 Februari 2015 - selepas diarahkan melalui dua syarikat, Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Ihsan Perdana Sdn Bhd.

Najib dilaporkan mendakwa tidak sedar wang tersebut dari SRC.

Apabila polis di bawah IGP Tan SRi Khalid Abu Bakar menyiasat SPRM tiga tahun lalu dan menahan tiga pegawai penyiasat operasi khas suruhanjaya itu berhubung dakwaan kebocoran kertas siasatan 1MDB, Bahri cukup marah.

"Demi Allah. Saya akan cari dalang (yang mengarahkan) penangkapan ini sehingga ke lubang cacing.

"Kamu ada kuasa sedikit saja, tapi saya ada Allah," katanya.

Khalid Abu Bakar telah menafikan polis campur tangan siasatan SPRM terhadap 1MDB.

Bahri kemudian ditukar ke Jabtan Perdana Menteri bersama pengarah komunikasi SPRM Rohaizad Yaakob.

Namun, kedua-duanya ditukarkan kembali ke SPRM selepas bantahan awam.

Pada akhirnya, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang menggantikan Tan Sri Abdul Gani Patail telah membebaskan Najib daripada sebarang salah laku.

Wednesday, May 09, 2018

Keputusan Penuh PRU14, Pilihan Raya Umum DUN Dan PARLIMEN

Keputusan Penuh PRU14, Pilihan Raya Umum DUN Dan PARLIMEN

Debaran begitu terasa untuk mengetahui siapa pemenang Pilihan Raya Umum ke 14 bagi memilih kerajaan yang akan memerintah untuk tempoh 5 tahun akan datang dengan harapan menggunung parti pembangkang untuk menggantikan Barisan Nasional.

Berikut adalah keputusan-keputusan ringkas dan terkini PRU14 yang akan dikemaskini sehingga keputusan pilihan raya ke 14 dapat diketahui pemenangnya.

KEMASKINI TERAKHIR PADA: 10.41 pagi (10 Mei 2018).


KEPUTUSAN PENUH PRU14 PARTI-PARTI BERTANDING
PARTI BERTANDINGPARLIMENDUN
BARISAN NASIONAL79166
PAS1890
PAKATAN HARAPAN122247
BEBAS32
JUMLAH222505
PILIHAN RAYA UMUM KE 14 DIMENANGI OLEH: -

PANAS!! BERITA TERHANGAT! PAKATAN HARAPAN Menang PRU14, Mahathir Umum Cukup Majoriti Bentuk Kerajaan

LAPORAN SEMASA PILIHAN RAYA UMUM KE 14

10.45 malam:

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyangkal laporan kononnya aset tentera dikerah ke Putrajaya seperti yang ditularkan di media sosial.

Panglima ATM Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor berkata perkara itu tidak benar dan hanya merupakan spekulasi dilakukan pihak tidak bertanggungjawab.

10.08 malam:

Pengerusi HARAPAN Tun Mahathir Mohamad menang di kerusi parlimen Langkawi.

Untuk kali pertama kerajaan BN dikalahkan di Negeri Sembilan.

9.51 malam:

Pengerusi BN, Najib Razak berjaya mempertahankan kerusi tradisinya di parlimen Pekan.

9.44 malam:

Polis menafikan gambar menunjukkan anggota tentera ditempatkan di Putrajaya, yang tersebar di media sosial.

9.10 malam:

P125 Putrajaya: Tengku Adnan Tengku Mansor (BN) menang.

Presiden MCA Liow Tiong Lai kecundang di Bentong di tangan aktivis hijau Wong Tack (HARAPAN-DAP).

Menteri Umno Ismail Sabri kalah di kerusi marjinal Bera, Pahang.

8.40 malam

Presiden MIC merangkap menteri kesihatan sementara S Subramaniam tumbang di Segamat setelah empat penggal menjadi anggota parlimen di situ.

8.15 malam:

P142 Labis, Pang Hok Liong (PKR) menang.

P219 Miri, Michael Teo Yu Keng(PKR) menang.

BN menerima pukulan mengejut di Sarawak, apabila keputusan tidak rasmi setakat ini menunjukkan ia kalah lima kerusi parlimen.

BN kalah dengan PKR di Saratok, Puncak Borneo dan Selangau, sementara Mas Gading kalah kepada DAP.

BN juga gagal mempertahankan Julau, yang terlepas kepada calon bebas Larry Sng.

HARAPAN tidak bertanding di Julau untuk memberi laluan kepada calon bebas.

8.08 malam:

Datuk Liang Teck Meng dari BN mempertahankan kerusi Parlimen Simpang Renggam.

Rashid Hasnon wakil PKR menang Parlimen Batu Pahat.

Datuk Rozman Isli (BN) mempertahankan kerusi Parlimen Labuan.

Calon HARAPAN Xavier Jeyakumar menang Parlimen Kuala Langat, Selangor.

7.45 malam:

Presiden Parti WARISAN Datuk Seri Shafie Afdal menang Parlimen Semporna.

Yusuf Abd Wahab dari BN menang Parlimen Tanjong Manis.

Anyi Ngau dari BN menang Parlimen Baram.

Mohd Nizar Zakaria dari BN menang Parlimen Parit.

7.05 malam:

DAP menang kerusi DUN Skudai yang dimenangi Tan Hong Pin. Manakala UMNO menang DUN Kota Iskandar.

6.20 petang:

Parlimen Kalabakan P191 dimenangi calon BN Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh.

***

Nota:

GABUNGAN SABAH melibatkan Parti Harapan Rakyat Sabah (HR), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Maju Sabah (SAPP) and Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS).

Pakatan Harapan (PH) merupakan gabungan empat parti iaitu PKR, DAP, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Parti Amanah Negara (Amanah) menggunakan logo atau simbol PARTI KEADILAN RAKYAT. Parti Warisan Sabah bukan sebahagian daripada Pakatan Harapan tetapi sekutu gabungan itu. Oleh itu, kerusi yang dimenangi oleh Warisan akan dimasukkan di bawah Pakatan Harapan.

JUMLAH KERUSI PARLIMEN DAN DUN PRU14

Keputusan Penuh PRU14

Pada Pilihan Raya Umum ke 14 ini, sebanyak 222 Parlimen dan 505 Dewan Undangan Negeri (DUN) telah dipertandingkan. Sarawak (71 DUN) adalah berkecuali kerana Pilihan Raya Negeri (PRN) telah diadakan pada tahun 2017 yang lalu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 5 Negara Demokrasi Terbaik Di Dunia 2018

-SENTIASAPANAS.COM


Operasi Serangan Subuh 'Dawn Raid 1981' Malaysia Yang Menggemparkan Bursa Saham London

Operasi Serangan Subuh 'Dawn Raid 1981' Malaysia Yang Menggemparkan Bursa Saham London

Pada 7 September tahun 1981, kota London digemparkan dengan pengambilalihan secara mengejut syarikat perladangan Guthrie di London yang berusia lebih 100 tahun dan merupakan antara syarikat perladangan terbesar British jatuh ke tangan pihak asing di dalam masa 4 jam sahaja.

Operasi Serangan Subuh 'Dawn Raid 1981' Tun Mahathir Yang Menggemparkan Bursa Saham London

Apa yang lebih mengejutkan ialah syarikat tersebut jatuh ke tangan kerajaan Malaysia, di bawah pimpinan Dr. Mahathir Muhammad yang baru memegang jawatan Perdana Menteri selama 2 bulan.

Kemiskinan Orang Melayu dan Kekayaan Orang Inggeris

Selepas kemerdekaan Malaya pada tahun 1957, hampir 1 juta bangsa pendatang seperti Cina dan India diberi kerakyatan secara beransur-ansur.

Sebagai balasannya, mereka bersetuju untuk menghormati hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan.

Setelah lebih 10 tahun merdeka, pegangan orang Melayu terhadap kekayaan bumi Malaya sangat kecil.

Walaupun orang Melayu merupakan majoriti, bangsa ini memegang hanya 1.5% bahagian harta korporat (itupun melalui syarikat kerajaan) berbanding bangsa Cina sebanyak 22.8%.

Walaupun tidak lagi menjajah, bangsa Inggeris pula memegang lebih 60% dari kekayaan negara ini.

Pada masa yang sama, hampir separuh penduduk Malaya tinggal di bawah paras kemiskinan.

Orang Melayu yang kebanyakannya tinggal di kampung sebagai petani dan pesawah adalah bangsa paling ramai tinggal dalam kemiskinan (74%).

Ketidaksamarataan kekayaan dan sikap perkauman tebal menyebabkan beberapa insiden pergaduhan terjadi berulang-ulang kali diantara kaum pribumi yang miskin (Melayu) dengan kaum pendatang yang kaya (Cina).

Ia berlaku di beberapa tempat seperti di Georgetown, Pangkor dan Bukit Mertajam — sehinggalah kemuncaknya pada tahun 1969 di Kuala Lumpur.

Dalam keputusan pilihanraya tahun itu, parti-parti bangsa Cina dan parti Islam berjaya menafikan majoriti parlimen parti pemerintah, sekaligus menyebabkan orang Melayu gusar kehilangan bukan sahaja kuasa ekonomi malah kuasa politik mereka.

Orang Cina pula merayakan kemenangan mereka dengan berarak membawa penyapu dan melemparkan laungan provokatif dalam perarakan besar di Kampung Baru, Kuala Lumpur – satu kawasan penempatan yang dihuni kaum Melayu.

Provokasi ini akhirnya mencetuskan insiden berdarah 13 Mei 1969 yang mengakibatkan ratusan mati dan darurat di isytiharkan.

Antara pihak yang lantang menyalahkan kerajaan pada waktu yang dianggap memberi muka kepada kaum pendatang ialah seorang ahli parti pemerintah bernama Mahathir Mohammad yang mengkritik Perdana Menteri pertama dengan satu surat terbuka.

Katanya, sikap berlembut Tunku Abdul Rahman menyebabkan “… orang-orang China dan India membuat kurang ajar pada 12 Mei kepada orang Melayu. Kalau Tunku biasa diludah dimuka, dimaki dan ditunjok kemaluan, bolehlah Tunku faham perasaan orang Melayu.”

Kerana kritikan ini, beliau dipecat dari parti itu.

Dasar Bagi Membantu Orang Melayu

Apabila Tun Abdul Razak menjadi perdana menteri ke-2 (1970-1976) beliau memperkenalkan satu dasar yang dianggap radikal diberi nama Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Tujuannya — menghapuskan kemiskinan bangsa Melayu dan memastikan agar pegangan orang Melayu dalam kekayaan negara dapat mencapai 30% pada tahun 1990.

Dasar ini bukan saja akan membantu orang Melayu, tetapi juga boleh mengelakkan krisis antara kaum terjadi lagi.

Walaupun adanya dasar baru ini, pemilikan syarikat-syarikat Inggeris sebenarnya semakin bertambah.

Guthrie contohnya, mempunyai 175,000 ekar pada tahun 1970an tetapi memiliki lebih 190,000 ekar tanah kelapa sawit, getah dan teh pada tahun 1981.

Sekitar tahun 1970an juga, seorang hartawan bijih timah Cina dari Ipoh bernama Lee Loy Seng giat membeli tanah pertanian dari British sehingga menyebabkan beliau menjadi salah seorang pemegang tanah terbesar di negara ini.

Pada masa yang sama, syarikat-syarikat British melengah-lengahkan usaha kerjasama bersama kerajaan dengan mengadakan perjumpaan demi perjumpaan dengan wakil kerajaan tanpa sebarang resolusi.

Guthrie juga menolak usaha kerajaan untuk penanaman semula getah untuk pekebun kecil Melayu dan penubuhan kesatuan sekerja yang dianggap menyusahkan British.

Tetapi, atas tekanan Bank Negara Malaysia, Guthrie akhirnya menubuhkan Guthrie-Ropel, sebuah anak syarikat Guthrie yang diberi kurang 17% dari jumlah tanah Guthrie di Malaysia.

Usaha kerajaan ini bertujuan agar orang tempatan dapat membeli sebahagian kecil tanah Guthrie melalui Bursa Saham Kuala Lumpur.

Namun begitu, tembelang British akhirnya pecah apabila didapati bahawa kebanyakan tanah kepunyaan Guthrie-Ropel adalah tanah yang buruk untuk pertanian dan lazimnya terletak di atas kawasan bukit.

Pemerintah Anti-Penjajah, Mahathir Menduduki Kerusi Penting

Mahathir yang diterima masuk semula 3 tahun selepas dipecat, akhirnya menjawat kerusi Perdana Menteri pada tahun 1981.

Berbeza dari 3 Perdana Menteri sebelum ini, Mahathir dirakamkan oleh ahli sejarah sebagai Perdana Menteri pertama yang tidak merokok, tidak minum arak dan tidak meminati sukan golf.

Dan jika pemegang jawatan sebelum beliau berdarah raja, berpendidikan British dan mengekalkan hubungan baik dengan Inggeris, Mahathir pula belajar di Universiti Malaya Singapura, tidak mempunyai rakan berbangsa Inggeris dan terkenal dengan sikap anti-penjajahnya.

Sebelum menjadi Perdana Menteri lagi, beliau mengkritik dasar Inggeris yang membuka Tanah Melayu seluas-luasnya kepada pendatang dari India dan China, sekaligus menyebabkan orang Melayu terpinggir.

2 tahun sebelum beliau menjadi Perdana Menteri, pihak Inggeris menarik semula subsidi pendidikan kepada pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran di Britain dan menaikkan yuran kepada pelajar asing, tetapi tidak kepada pelajar Eropah.

Ia memberikan tamparan hebat kepada 17,000 pelajar Malaysia di negara itu yang terbeban dengan yuran pengajian yang meningkat 3 kali ganda secara tiba-tiba.

Malaysia juga pada waktu itu tidak mampu menyerap pelajar-pelajar ini kerana ia hanya mempunyai 2 buah universiti.

Mahathir yang ketika itu merupakan Menteri Perdagangan memberi amaran bahawa tindakan ini akan merugikan Britain dalam jangka masa panjang.

Namun begitu, amaran beliau tidak diendahkan.

Tidak lama kemudian, London menolak permohonan Malaysia agar syarikat penerbangan MAS diberi hak mendarat tambahan di lapangan terbang Heathrow.

Tetapi pada masa yang sama, Inggeris mencabar kewibawaan kerajaan Malaysia apabila sebuah pesawat supersonic Concorde miliknya menceroboh ruang antarabangsa Subang dalam perjalanannya ke Singapura.

Mahathir melihat ini sebagai sikap angkuh British yang masih memperlakukan Malaysia seperti tanah jajahannya.

Dato Ismail Ali Sebagai Pemimpin Serangan

Operasi Serangan Subuh 'Dawn Raid 1981' Tun Mahathir Yang Menggemparkan Bursa Saham London

Keangkuhan British bukan sahaja disedari oleh Mahathir dan ahli-ahli politik Melayu, tetapi turut dirasai oleh penjawat awam seperti pengerusi PNB, Dato Ismail Ali.

Secara kebetulan, abang ipar Mahathir ini juga adalah bekas Gabenor Bank Negara yang terlibat menggesa Guthrie menubuhkan Guthrie-Ropel.

Beliau juga adalah antara tokoh utama yang menubuhkan PNB — satu agensi yang ditugaskan khas bagi menjayakan DEB.

Sewaktu menjawat jawatan gabenor Bank Negara lagi, beliau menunjukkan sikap tidak mesra kepada Inggeris.

Mark Gent, iaitu pengerusi Guthrie ketika itu berkata, beliau dan pengarah urusan Guthrie, Eric Griffith-Jones hampir pasti akan diarah oleh Ismail Ali untuk “menunggu diluar pejabatnya selama ½ jam” setiap kali mesyuarat diadakan.

Sewaktu Ismail menjadi gabenor juga, wang negara yang disimpan di bank Inggeris seperti HSBC dan Chartered dipindahkan ke bank tempatan. Bank-bank asing pula tidak lagi diberi peluang membuka cawangan di Malaysia.

Seperti Mahathir, beliau juga tidak berpuashati dengan orang Inggeris kerana sungguhpun PNB memiliki 25% saham Guthrie, tiada wakil PNB yang dirujuk dalam mesyuarat untuk menentukan halatuju syarikat.

Ini termasuk keputusan Guthrie menjual beberapa kepentingannya kepada MPH, sebuah syarikat koperasi milik hartawan-hartawan Cina di Malaysia pada awal 1981.

Syarikat MPH yang memiliki aset yang banyak ini pernah cuba membeli bank UMBC (iaitu antara bank terbesar negara ketika itu) sehingga menyebabkan Mahathir campurtangan.

Agar ia tidak didominasi bangsa Cina, Mahathir memastikan PERNAS dan Petronas juga mempunyai kepentingan dalam UMBC.

Kedua-dua tokoh ini melihat bahawa jika pengambilalihan demi pengambilalihan MPH diteruskan, bangsa Cina semakin hampir menggantikan orang Inggeris menguasai ekonomi negara ini.

Atas sebab ini, Ismail membuat keputusan nekad. Guthrie mesti diambilalih secepat mungkin.

Kerjasama Pelbagai Pihak

Operasi Serangan Subuh 'Dawn Raid 1981' Tun Mahathir Yang Menggemparkan Bursa Saham London

Setahun sebelum menjadi Perdana Menteri, Mahathir yang merupakan Menteri Perdagangan dan Tengku Razaleigh Hamzah selaku Menteri Kewangan telah di maklumkan oleh Ismail Ali bahawa beliau merancang untuk mengejutkan Inggeris dengan pengambilalihan syarikat mereka.

4 bulan sebelum serangan, pasukan di PNB yang diterajui oleh pengurus pelaburan bernama Khalid Ibrahim diberi tugas khas untuk meneliti dan merangka strategi bagi memastikan semua berjalan lancar.

Khalid yang pernah bekerja di Barings London (syarikat yang menjadi penasihat kewangan Guthrie), pakar-pakar pelaburan PNB dan penasihat dari bank saudagar N. M. Rothschild & Sons Ltd diarahkan untuk mengkaji secara rahsia samada Guthrie boleh diambilalih.

Jika positif, mereka diarahkan merangka strategi terperinci bagaimana ianya boleh dibuat.

Hasil dari penelitian mereka, kumpulan ini menemui satu kelemahan dalam akta bursa saham London yang boleh dieksploitasi.

Dengan kelemahan ini, satu serang hendap ekonomi untuk mengambilalih Guthrie boleh dibuat.

Syaratnya ianya dibuat sepantas dan serahsia mungkin hingga Inggeris tidak sempat melakukan pertahanan.

Dengan persetujuan Mahathir, modal pengambilalihan (sebanyak 282 juta pound) diambil dari tiga punca – Petronas, PERNAS dan menerusi satu skim amanah saham baru yang ditawarkan kepada orang Melayu 4 bulan sebelum serangan. Skim ini dinamakan Amanah Saham Nasional (ASN).

Untuk memastikan Inggeris tidak menyedari bahawa kerajaan Malaysia berada di belakang pengambilalihan ini, Khalid diarahkan oleh Rothschilds untuk membuka bank akaun di Switzerland untuk tujuan pembayaran saham.

Mengapa Guthrie?

Guthrie menjadi sasaran kerana selain dimiliki pelabur Ingeris, saham-saham Guthrie pada waktu itu juga dipegang oleh beberapa syarikat bukan Inggeris yang mesra kepada PNB.

Antara syarikat tersebut antaranya adalah Genting, Bank Simpanan Nasional, Kuwait Investment Office dan OCBC.

Dengan pegangan sedia ada sebanyak 25%, PNB memerlukan 15% saham sahaja lagi bagi menjadikan keseluruhan pegangannya ke 40%, sekaligus menjadikannya sebagai pemegang saham utama Guthrie.

Untuk ini, N. M. Rothschild & Sons Ltd dilantik bagi membeli saham Guthrie dari pelabur besar bagi pihak PNB, manakala Rowe & Pittman pula dilantik menjadi broker bagi membeli saham Guthrie dari pelabur-pelabur kecil.

Ideanya di sini ialah agar sebahagian besar saham Guthrie di Malaysia dan di London dibeli serentak sebelum bursa dibuka dan ia mesti dibeli tanpa disedari oleh pihak pengurusan Guthrie sendiri.

Untuk memastikan kejayaan serangan rahsia ini, hanya sekumpulan kecil perancang sahaja yang terlibat secara langsung.

Mohammad Desa Pachi, yang juga Ketua Eksekutif PNB ketika itu juga tidak diberitahu secara terperinci bagaimana operasi ini akan dilaksanakan.

Operasi Serangan Subuh atau “Dawn Raid”

Hari serangan akhirnya diputuskan — 7 September, pukul 9 pagi waktu London (4 petang waktu Malaysia).

Mengikut rancangan, kesemua yang terlibat akan mendapatkan persetujuan penjual-penjual sebelum bursa dibuka.

Apabila ia dibuka, PNB akan mengisytiharkan berita menggemparkan ini dan menguruskan dokumentasinya sahaja — sekaligus memberi kejutan kepada Guthrie dan pemegang saham lain.

Yang rumitnya ialah memastikan pembelian ini dilakukan secara rahsia, kerana jika ia terbongkar awal, harga saham Guthrie bakal melambung tinggi dan pengurusan Guthrie akan bertindakbalas untuk menggagalkan serangan hendap ini.

Di Malaysia Khalid yang diberi tugas menguruskan pembelian di sini optimis bahawa Bank Simpanan, Genting dan Kuwait Investment Group akan menerima tawaran PNB kerana ketiga-tiganya dianggap “mesra” dengan PNB.

Dato Ismail pula bergegas ke Singapura pada hari itu untuk berjumpa dengan pengerusi OCBC.

Rancangannya ialah bagi meyakinkan pihak OCBC untuk menerima tawaran membeli saham Guthrie yang dipegang bank itu pada pukul 3:30 petang dan menghantar notis penerimaan pada pukul 3:45 petang.

Di London, Rowe & Pittman serta Rothschilds hanya menunggu lampu hijau dari Malaysia untuk membeli saham-saham Guthrie dari pelabur Inggeris pada pagi tersebut.

Sewaktu di Singapura, Ismail dan pengerusi OCBC, Tan Chin Tuan berbincang mengenai pembelian saham Guthrie sewaktu makan tengahari.

Perbincangan yang memakan masa lama itu akhirnya berakhir dengan satu berita kurang enak, OCBC menolak tawaran PNB.

Ismail menelefon Khalid dan memberitahu berita buruk tersebut tetapi oleh kerana Khalid telah berjaya membeli saham dari Kuwait, Bank Simpanan dan Genting, mereka tiada jalan lain kecuali meneruskan serangan.

Di London, sebaik menerima lampu hijau, kedua-dua firma yang diupah PNB memulakan proses pembelian sepantas mungkin.

Bank saudagar Rothschilds berjaya memujuk M&G Investment Trust, sebuah syarikat amanah saham Inggeris (yang memegang 17% dari Guthrie) menjual 11% saham Guthrie miliknya.

Broker-broker Rowe & Pittman yang ditugaskan membeli saham dari pelabur kecil Britain pula berjaya mengumpulkan sasaran 5% saham dari orang Inggeris.

Walaupun tanpa saham OCBC, dalam masa 4 jam, PNB berjaya memiliki 8 juta saham atau 50.41% dari keseluruhan syarikat, tanpa disedari atau keizinan pihak pengurusan Guthrie.

Lewat tengahari waktu London, Guthrie jatuh ke dalam genggaman Malaysia.

Mahathir Terus Menekan British

Operasi Serangan Subuh 'Dawn Raid 1981' Tun Mahathir Yang Menggemparkan Bursa Saham London

Pengerusi Guthrie, Mark Gent hanya sedar bahawa syarikatnya jatuh ke tangan Malaysia setelah mendengar berita itu di radio.

Pengambilalihan secara tiba-tiba dengan mengeksploitasi kelemahan sistem bursa London oleh tanah jajahannya sendiri menyebabkan kerajaan British malu besar.

Walaupun ada broker di London memujinya sebagai urusniaga “licik”, media London kebanyakannya menyelar serangan ini sebagai “nasionalisasi pintu belakang”.

Sebagai tindakbalas, London kemudiannya bertindak meminda peraturan di Bursa Saham London bagi memastikan syarikat-syarikat lain milik British seperti Dunlop tidak jatuh dengan cara sama.

Sebulan selepas itu, London dikejutkan lagi dengan pengumuman baru Mahathir.

Mahathir mengumumkan bahawa Malaysia akan memboikot barangan dan perkhidmatan British melalui kempen yang dinamakan Buy British Last.

Mahathir yang marah kerana spekulasi timah dunia di London mengakibatkan harga eksport utama Malaysia jatuh mendadak, telah mengarahkan agar semua kontrak kerajaan kepada pihak British dibekukan.

Tindakan Mahathir memberi kesan besar kepada kontrak semasa dan akan datang British berjumlah 1.25 bilion pound sterling yang sepatutnya diterima oleh British.

Kontrak Dunlop untuk membekal tayar kepada kerajaan sejak 1963 lagi contohnya kini diberi kepada sebuah syarikat Amerika Syarikat sehingga menyebabkan Dunlop menjual kepentingan mereka kepada MPH.

Dalam masa 3 bulan, saham-saham Guthrie perlahan-lahan dijual kepada PNB dan pada akhir tahun 1981, Guthrie 100% berada di bawah pegangan anak tempatan.

Ismail akhirnya mengambilalih pengurusan Guthrie dan memindahkan ibu pejabat operasi Guthrie dari London ke Kuala Lumpur sebagai tanda berakhirnya penguasaan Inggeris ke atas syarikat tersebut.

Tidak lama selepas Dawn Raid juga, Mahathir memboikot Persidangan Negara-Negara Komanwel (negara bekas jajahan British) yang diterajui oleh Britain.

Menurutnya, mesyuarat itu hanya melebihkan kepentingan orang berkulit putih.

Beliau juga mengumumkan dasar baru kerajaan iaitu Dasar Pandang ke Timur yang dengan dasar ini, cara kerja Inggeris akan digantikan dengan cara pengurusan dan kerja orang Jepun, Taiwan dan Korea.

Hasil Besar dari Serangan

Operasi mengejut “serangan subuh” ke atas Guthrie dan dasar-dasar keras Mahathir memberi impak besar dalam masa yang cukup singkat.

Firma-firma British di Malaysia yang sebelum ini bersikap acuh tidak acuh kepada arahan kerajaan Malaysia kini akur membuka pintu rundingan.

Tidak lama selepas itu, tiga syarikat perladangan besar British di Malaysia — Highlands & Lowlands, Barlows dan Harrisons & Crosfield (H&C) akhirnya tunduk menjual kepentingan mereka di Malaysia kepada PNB.

Hasilnya, tanah milik Guthrie dan tanah-tanah lain milik Inggeris di Malaysia kembali ke tangan rakyat Malaysia.

Oleh kerana H&C memiliki tanah ladang getah, kelapa sawit dan aset bukan sahaja di Malaysia tetapi di negara lain seperti di India, New Zealand dan Taiwan, PNB juga menjadi tuan tanah baru kepada asset-aset Inggeris dari seluruh dunia.

Dengan pemilikan baru ini, PNB selaku wakil orang Melayu muncul sebagai pemilik tanah ladang terbesar di dunia.

Lebih manis lagi, dalam temuramah dengan wartawan tempatan, Khalid memberitahu bahawa setelah PNB menjual aset Guthrie di luar Malaysia, keuntungan yang didapati melebihi jumlah kos yang diguna sewaktu Dawn Raid.

Kata Khalid, "Kita sebenarnya mendapat Guthrie secara percuma.”

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: jomjalan

Tuesday, May 08, 2018

Memilih Pemimpin Politik Tidak Sama Seperti Memilih Imam Solat

Memilih Pemimpin Politik Tidak Sama Seperti Memilih Imam Solat

Memilih pemimpin negara atau negeri tidak sama seperti memilih imam solat, walaupun kedua-dua kedudukan itu untuk diikuti oleh makmun ataupun rakyat di belakang mereka, tapi siyasah ataupun urustadbir negara tidak seperti solat.

Memilih Pemimpin Politik Tidak Sama Seperti Memilih Imam Solat
Gambar hiasan.

Imam solat diukur kelayakan di sudut bacaan dan pengetahuan mengenai solat.

Hukum-hakam solat pula kebanyakannya sudah tetap dan tidak memerlukan kesungguhan untuk berfikir menangani kerumitan.

Ia satu ilmu yang sangat terbatas.

Sementara pemimpin dalam urustadbir negara memerlukan kemampuan di sudut siyasah dan ketangkasan dalam menguruskan situasi rakyat.

Ia memerlukan keupayaan berinteraksi dengan suasana semasa dalam dan luar negara.

Dalam Islam, bab politik hanya diberikan garis panduan umum sahaja, di mana kebanyakan urusan politik diserahkan kepada ijtihad manusia berdasarkan situasi yang mereka hadapi.

Nas-nas agama tidak begitu mengikat manusia dalam politik sedangkan nas-nas itu begitu mengikat muslim dalam hukum-hakam solat.

Justeru itu kita melihat, sahabat Nabi SAW yang sangat bagus bacaan al-Quran ialah Ubai bin Ka'ab tidak dilantik dalam urustadbir politik.

Kelebihan beliau di sudut bacaan al-Quran diakui dan dipuji oleh Nabi SAW sendiri.

Namun, beliau tidak dicadangkan menjadi khalifah ataupun pemerintah ataupun gabenor.

Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab beliau dilantik menjadi imam untuk mengepalai solat tarawikh.

Umar sangat menghormati keilmuan dan pegangan agamanya.

Dalam Tabaqat Ibn Saad, ada riwayat yang Ubai bin Ka'ab pernah bertanya Umar, "Mengapa engkau tidak melantikku (sebagai anggota pentadbiran)."

Jawab Umar, "Aku tidak suka dicemari agamamu."

Ini kerana, pengurusan politik mempunyai seni dan bidangnya yang tersendiri, bukan semua orang mampu mengharunginya.

Inilah juga yang Nabi SAW jawab kepada sahabat yang dikasihi baginda Abu Zar, apabila beliau meminta jawatan politik daripada Nabi SAW.

Jawapan baginda kepadanya, "Wahai Abu Zar! Sesungguhnya engkau ini lemah, sedangkan jawatan itu adalah amanah. Ia pada hari akhirat nanti adalah kerugian dan penyesalan, kecuali sesiapa yang mengambilnya dengan kelayakan dan menunaikan apa yang menjadi tuntutannya." (Riwayat Muslim).

Abu Zar bukan lemah iman, tapi lemah dalam kemampuan politik.

Justeru itu Nabi SAW menyatakan ia nanti satu kerugian di akhirat disebabkan kegagalan memikul tanggungjawab politik sekalipun baik di sudut amalan peribadi.

Dalam bahasa tempatan kita, bukan semua yang bergelar ustaz tahu berpolitik.

Bahkan dalam Sirah, Rasulullah SAW melantik muka-muka baru yang mungkin ‘tidak terkenal dengan warak’ tetapi tangkas dan memenuhi sasaran kepimpinan.

Ini seperti melantik ‘Amr bin al-As menjadi gabenor Oman walaupun beliau masih baru menganut Islam dibandingkan sahabat-sahabat yang lain.

Bahkan Nabi SAW mengiktiraf mereka yang mempunyai kualiti kepimpinan yang tertonjol semasa zaman jahiliah.

Apabila mereka menganut Islam dan dapat memahami Islam dengan baik, maka mereka yang terpilih semasa zaman jahiliah akan terpilih juga semasa Islam.

Senioriti dalam menganut agama bukan penentu kepada kepimpinan. Ini disebut dalam hadis Nabi SAW, "Manusia bagaikan bahan galian, seperti galian emas dan perak. Mereka yang terpilih semasa jahiliah, terpilih juga semasa Islam sekiranya mereka itu memahami Islam.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Oleh itu, pandangan sesetengah pihak supaya pilih calon pilihanraya orang yang kelihatan kuat atau ada pengetahuan agama TANPA menilai kemampuan individu itu dalam urustadbir politik merupakan satu kesilapan yang menyanggah petunjuk Nabi SAW dan para sahabat baginda.

Namun, jika ada tokoh yang kuat beragama dan tangkas dalam urustadbir politik maka pasti itulah yang terbaik.

Inilah sebabnya Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali dipilih. Bukan kerana sekadar kuat beribadah, tetapi kukuh pengetahuan agama dan tangkas dalam bidang politik.

Namun, jika sekadar imam dan ustaz semata terus kita lantik tanpa menilai kemampuan urustadbir yang baik (good governance) maka itu merupakan satu kesilapan di sudut agama dan juga kebijaksanaan hidup.

Maka kenyataan sesetengah pihak yang menyamakan pilihan imam solat dengan pilihan calon pilihanraya merupakan satu kesilapan.

Dr. Mohd Asri Zainul Abidin
Mufti Perlis.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: shahbudindotcom

MTUC Dan Syarikat Teksi Gesa 14 Juta Pekerja Serta Pemandu Di Malaysia Undi Pakatan Harapan!

MTUC Dan Syarikat Teksi Gesa 14 Juta Pekerja Serta Pemandu Di Malaysia Undi Pakatan Harapan!

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa 14 juta pekerja di seluruh negara mengundi Pakatan Harapan (HARAPAN) dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14.

MTUC Dan Syarikat Teksi Gesa 14 Juta Pekerja Serta Pemandu Di Malaysia Undi Pakatan Harapan!

Dalam kenyataan Setiausaha Agung MTUC J Solomon berkata dengan mengundi HARAPAN akan menghantar mesej kepada pekerja bahawa mereka adalah kunci kepada ekonomi negara dan "tidak seharusnya diabaikan".

"Pekerja mempunyai kuasa untuk tidak mengundi kerajaan yang antipekerja dan kleptokratik kerana suara dan kekuatan pekerja sangat berkuasa.

"Kami mahukan kerajaan yang memberi penghormatan yang sama terhadap kami dalam perjanjian tiga pihak, agar pekerja mempunyai saham yang sama dalam kekayaan negara," katanya.

Menurut Solomon, gaji pekerja ketika ini rendah dan golongan itu semakin miskin dalam situasi yang ditekan kenaikan kos hidup serta GST.

"75 peratus rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan yang cukup untuk menampung mereka leboh dari seminggu tidak bekerja dan 18 peratus pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan hidup di atas garis kemiskinan selepas bersara.

"Kesatuan pekerja diperlukan untuk meningkatkan sosia-ekonomi golongan pekerja, namun di Malaysia, mereka ditekan oleh undang-undang kuno yang tiada tanda akan dimansuhkan.

"Rayuan kami kepada kerajaan untuk mengubah dan memperbaiki undang-undang itu tidak didengar, sebaliknya apabila ia melibatkan kepentingan mereka yang berkuasa, undang-undang seumpamanya diperkenalkan dengan cepat untuk melindungi kepentingan mereka," kata Solomon yang menambah, perdana menteri sementara Najib Razak dan timbalannya gagal merespons rayuan MTUC berhubung pelbagai isu pekerja.

Tiga juta kerja untuk siapa?

Solomon juga mengulas bahawa tiga juta peluang pekerjaan yang dijanjikan BN dalam manifestonya baru-baru ini tidak jelas kerana tidak menyatakan peluang pekerjaan itu untuk warga tempatan atau pekerja asing dari China.

Tambah Solomon, janji 1.5 juta pekerjaan yang dimasukkan dalam Rancangan Malaysia ke-11 sehingga kini belum dipenuhi.

Selain itu, Solomon mendakwa kerajaan juga masuk campur dalam pengurusan MTUC menyebabkan perpecahan di dalam kepimpinan kesatuan itu.

"Hak asasi manusia dan pekerja hanya disebutkan dalam silibus pendidikan untuk pelajar, malah graduan universiti tidak tahu hak asas mereka.

"Kekayaan paling besar kita adalah perpaduan dalam negara pelbagai bangsa dan kita tidak boleh menjejaskan kekayaan budaya ini kerana ketamakan kuasa, kemewahan dan bertopengkan revolusi industri 4.0," katanya.

"Dengan mempertimbangkan kesemua faktor yang terjadi dalam setahun lima bulan ini dan menyaksikan situasi pekerja hak kesatuan pekerja yang semakin terhakis, sebagai Setiausaha Agung MTUC dan Ketua Pegawai Eksekutif MTUC, meskipun menyokong BN dan kerajaan sebelum ini, saya bertanggungjawab untuk merayu kepada anda mengubah kerajaan," katanya.

Solomon menambah bahawa HARAPAN perlu diberi peluang berkhidmat untuk rakyat Malaysia untuk lima tahun seterusnya dan sekiranya mereka gagal seperti yang dijanjikan, rakyat boleh menukar kerajaan dalam PRU seterusnya.

Syarikat Teksi Mahu Pemandu Undi Pakatan Harapan

Syarikat teksi premium di ibu negara juga tampil menyeru pemandu teksi di seluruh negara mengundi Pakatan Harapan (HARAPAN) pada 9 Mei.

Penasihat Big Blue, Datuk Shamsubahrin Ismail berkata, beliau turut menggesa pemandu teksi supaya bangkit dan memangkah HARAPAN.

Ini kerana, menurutnya, dengan mengundi HARAPAN dapat menghentikan kezaliman yang dibuat perdana menteri sementara Najib Razak.

"Kita dah bersiap sedia, semua pemandu teksi di seluruh Malaysia bersedia, akan memangkah HARAPAN.

"Kerajaan di bawah Najib dan (Datuk Seri) Nancy (Shukri) ini tak boleh diharapkan. Mereka telah lakukan kezaliman terhadap industri teksi terutamanya kepada pemandu yang kurang berkemampuan.

"Saya seru seluruh pemandu teksi di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak, bangkitlah mengundi esok.

"Saya sedih apa yang dizalimi oleh Nancy dan Najib.

"Hari ini dan esok adalah hari terakhir buat BN. Cukuplah apa yang mereka buat pada industri teksi dan pemandu teksi," katanya dengan nada sebak sambil menitiskan air mata.

Beliau berkata demikian pada sidang media di ibu negara.

Selain itu, Shamsubahrin turut mengkritik tindakan Najib yang memberi kad bantuan Teksi 1Malaysia bernilai RM800 kepada pemandu teksi.

Beliau mempertikaikan bantuan berkenaan yang diberi menjelang pilihan raya umum (PRU).

"Nak pilihan raya baru bagi kad dan kata 'kami memahami kesusahan kita (pemandu teksi)'.

"Mereka tidak boleh mempolitikkan pendapatan pemandu teksi, ada anak yang tidak ke sekolah, tak ada duit untuk makan," ujarnya yang turut memaklumkan terdapat kira-kira 180,000 pemandu teksi di seluruh Malaysia.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: malaysiakini

'Rakyat Malaysia, Tolong Ingat Altantuya Dalam Pilihan Raya Ini'

'Rakyat Malaysia, Tolong Ingat Altantuya Dalam Pilihan Raya Ini'

Kurang daripada 24 jam sebelum rakyat Malaysia mengundi, ayah kepada rakyat Mongolia Altantuya Shaariibuu menghubungi bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan mesej untuk rakyat Malaysia.

'Rakyat Malaysia, Tolong Ingat Altantuya Dalam Pilihan Raya Ini'

Dalam pesanan ringkas untuk Pengerusi Pakatan Harapan, Dr Setev Shaariibuu berharap rakyat Malaysia akan mampu memperoleh kebebasan dan keadilan dalam pilihan raya umum (PRU) esok.

"Rakyat Malaysia, tolong ingat Altantuya dalam pilihan raya ini," kata Setev.

"Jika rakyat Malaysia buat pilihan salah, anda semua mungkin akan kalah, seperti pembunuhan (Altantuya) ini," tambahnya.

Setev turut mengepilkan gambarnya memegang bendera Malaysia, selain menandatangani pesanan tiga ayat itu.

"Dia (Altantuya) dibunuh 12 tahun lalu tapi belum ada penyelesaian dalam kesnya. Berapa lama kami harus tunggu.

"6 Mei merupakan hari kelahirannya. Dia kini berumur 40 sekiranya masih hidup hari ini.

"Memandangkan hari kelahirannya sama dengan tempoh kempen pilihan raya di Malaysia, saya ingin berpesan kepada semua rakyat Malaysia yang prihatin - tolong jangan lupa Altantuya, undi dengan bijak," katanya.

Pada 2 Mei lalu, kerajaan memfailkan usul untuk meninggalkan rayuan di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan untuk mengembalikan semula kerajaan sebagai defendan dalam saman yang difailkan Setev dan keluarga mendiang Altantuya yang dibunuh pada 19 Oktober 2006.

Menurut peguam keluarga Altantuya, Sangeet Kaur Deo, keluarga itu perlu memfailkan afidavit untuk menjawab usul berkenaan sebelum 6 Jun.

Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Ogos tahun lalu membenarkan kerajaan membatalkan permohonan oleh keluarga Altantuya, dengan alasan "tiada sebab munasabah untuk tindakan".

Bagaimanapun, tiga anggota mahkamah rayuan yang diketuai Hakim Mohd Zawawi Mohd Salleh sebulat suara menolak keputusan Mahkamah Tinggi dan membenarkan rayuan keluarga berkenaan.

Mereka memutuskan terdapat isu untuk perbicaraan dan kerajaan disebutkan semula sebagai defendan dalam saman RM100 juta itu.

Setev dan dua anak Altantuya, Mungunshagai Bayarjargal dan Altanshagai Munkhtulga memfailkan saman sivil berkenaan pada 2007.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: malaysiakini

7 Tanda Seorang Lelaki Sudah Bosan Dengan Kamu!

7 Tanda Seorang Lelaki Sudah Bosan Dengan Kamu!

Hubungan cinta memerlukan rasa kasih yang jujur dari kedua belah pihak dan pasti gagal jika hanya salah seorang sahaja yang beriya-iya untuk menjayakannya.

7 Tanda Seorang Lelaki Sudah Bosan Dengan Kamu!

Jika perkara seperti ini berlaku ia pastinya sangat memedihkan dan demi memastikan korang tidak menjadi mangsa keadaan begini, jom ikuti perkongsian kali ini bagaimana mengetahui petanda bahawa kekasih anda sudah tidak lagi sayang pada korang.

1. Tidak lagi menjadikan kamu sebagai salah satu keutamaan

Perkara pertama yang boleh korang perasan ialah jika merasakan yang dia tidak lagi menjadikan kamu sebagai keutamaannya dalam hidup.

Mungkin keadaan sudah berubah dengan pelbagai faktor seperti komitmen kerja atau keluarga.

Tetapi jika terlalu obvious dia sudah mengabaikan kamu dan sering cari alasan untuk tidak berjumpa, usahlah bertahan lagi.

Keutamaan itu flesksibel dan boleh di atur tapi kalau sudah sama sekali menolak, itulah tanda dia sudah tidak seperti dulu.

2. Sepi tanpa khabar

Saat awal bercinta dia memang tidak dapat berenggang dengan telefon.

Setiap masa akan ada sahaja perkara yang ingin dia bualkan tidak kiralah menerusi panggilan telefon atau hanya teks ringkas.

Namun sekarang boleh berlarutan selama beberapa hari tanpa khabar berita.

3. Memarahi kamu di depan orang

Orang yang menyayangi kita adalah orang yang paling bersifat melindung.

Itulah lumrah bagi seorang lelaki yang mencintai seorang wanita.

Jika dia memilih untuk memarahi korang di tempat terbuka dan depan orang, itu bermakna dia sudah tidak memikirkan perasaan, maruah dan hubungan lagi.

Di sini korang patut mula bertanya kepada diri sendiri, ‘adakah dia masih sayang?’

4. Buat kamu rasa bersalah

Jika pasangan korang benar-benar ambil peduli, dia tidak akan lakukan hal seperti ini.

Walaupun kesalahan korang sangat kecil tetapi dia akan mempersoal dan memperbesar-besarkan seakan-akan ia merupakan satu kesalahan besar.

Ini sebenarnya membuktikan dia sengaja cari alasan untuk memarahi kamu tanpa sebab.

5. Lakukan perkara yang kamu tak suka

Kalau benar-benar peduli, dia tidak akan lakukan perkara yang korang benci dan tak suka.

Tapi jika dia sudah mula tunjuk petanda dan banyak kali buat begitu, ini bermakna dia sudah tidak ambil kisah pandangan korang padanya.

Dan mungkin juga dia lakukan sebab ingin sakitkan hati korang sahaja.

6. Sudah hilang minat

Orang kalau sudah tidak sayang apa yang kita buat pun dia tak ambil peduli.

Jika dulu dia suka berbual dan berkongsi apa jua perkara tapi kini sudah berubah dan tidak berikan perhatian.

Bila diajak berbual ada sahaja yang dia buat contohnya bermain telefon ketika bercakap.

7. Lebih minat perkara lain berbanding kamu

Dulu, waktu bertemu korang adalah saat yang paling dinantikan oleh si dia.

Dan bila bertemu ada sahaja aktiviti menarik yang korang lakukan bersama.

Pendek cerita, korang adalah insan yang paling utama dalam hidup dia.

Tapi sejak kebelakangan ini korang perasan dia mula alihkan perhatian kepada perkara lain.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: remaja

Pengundi Muda Akan Keluar Mengundi Jika Baca 4 Alasan Ini

Pengundi Muda Akan Keluar Mengundi Jika Baca 4 Alasan Ini

9 Mei 2018 ini, seluruh rakyat yang mempunyai kewarganegaraan Malaysia akan keluar untuk melunaskan tanggungjawab mengundi pemimpin negara akan datang namun, sedih sekali apabila terdapat sentimen di kalangan pengundi muda berdaftar yang enggan untuk keluar mengundi.

Pengundi Muda Akan Keluar Mengundi Jika Baca 4 Alasan Ini
Gambar hiasan.

Ini 4 alasan yang selalu diberikan oleh mereka.

Baca jawapan balas kami untuk setiap alasan tersebut.

1. Tidak Mahu Masuk Campur Politik

Ini merupakan alasan paling selalu diberikan pengundi muda. Mereka katanya tidak mahu berpihak kepada mana-mana pihak.

Bagi mereka, politik itu kotor dan hanyalah untuk orang dewasa.

Funny thing is, bila satu isu negara menjadi viral, pengundi muda jugalah orang yang selalu ‘berperang’ di Facebook dan Twitter.

Golongan ini perlu faham, perbuatan memangkah mana-mana ahli politik yang bertanding bukannya bermaksud mereka mendaftar masuk mana-mana parti atau taksub dengan parti tertentu.

Ia adalah untuk membantu memilih wakil rakyat yang akan membantu membangunkan kawasan mereka dan pada masa yang sama, menentukan hala tuju negara.

2. Suara Tak Pernah Didengari, Jadi Buang Masa Saja Mengundi

Alasan ini selalu diberikan oleh pengundi muda yang gemar mengikuti demonstrasi jalanan.

Pada mereka, jika suara rakyat yang bersusah payah berkumpul di bawah terik matahari pun tak diterima pemimpin negara, buat apa nak mengundi. Buang masa je.

Tanggapan itu salah sebenarnya.

Malaysia adalah negara yang menentukan kepimpinannya melalui proses undian dan itu adalah saluran yang betul.

Jika tidak berpuas hati dengan mana-mana calon, undi calon bertentangan.

3. Tidak Tahu Kepentingan Sebagai Seorang Pengundi

“Alaa, kalau aku undi calon A pun, calon B guarantee menang. So buat apa aku nak susah sangat sokong calon A?“

Ini adalah alasan yang kurang bijak.

Kita semua pernah didedahkan dengan mata pelajaran sejarah yang banyak kali menyentuh tentang pilihan raya.

Jika proses mengundi ini memang tak penting, tak adalah mereka nak lakukan Pilihan Raya Umum setiap lima tahun sekali.

Alasan “Aku tak penting pun” selalu diberikan oleh golongan yang suka tunggu, lihat dan kemudiannya lantang manaip macam-macam jenis ‘reviu’ di status masing-masing selepas keputusan Pilihan Raya diumumkan.

Usah jadi golongan rakyat itu.

4. Tiada Masa Untuk Mengundi

Persoalan sebenar bukanlah tiada masa tetapi mereka yang tidak mahu mencuri masa untuk mengundi.

Bayangkan, cuti sudah diberi secara rasmi dan proses mengundi hanya perlu dilakukan sekali dalam tempoh LIMA TAHUN.

Now, you do the maths. Tiada masa atau hanya alasan semata-mata?

***

Apapun alasan yang diberikan, jika memang benar korang tak nak keluar mengundi atau merancang untuk menabur undi rosak, situasi ini memang menyedihkan.

Jika korang tak nak mengundi untuk kepentingan ahli politik, calon atau parti sekalipun, undilah demi negara.

Ketepikan persepsi dan suara negatif, lakukannya demi diri sendiri dan negara.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: remaja